Unit 4: DASAR PEMBANGUNAN NEGARA

19
Unit 4: DASAR PEMBANGUNAN NEGARA

description

Unit 4: DASAR PEMBANGUNAN NEGARA. DASAR. Satu kenyataan mengenai hasrat bagi mencapai sesuatu maksud dan kehendak Satu pengisytiharan (hasrat dan ideologi kerajaan) yang dibuat dari semasa ke semasa untuk menyelesaikan masalah/ mendapatkan hasil dan mencapai objektif yang disasarkan. - PowerPoint PPT Presentation

Transcript of Unit 4: DASAR PEMBANGUNAN NEGARA

Page 1: Unit 4: DASAR PEMBANGUNAN NEGARA

Unit 4:DASAR PEMBANGUNAN

NEGARA

Page 2: Unit 4: DASAR PEMBANGUNAN NEGARA

APA ITU DASAR?

• Satu kenyataan mengenai hasrat bagi mencapai sesuatu maksud dan kehendak• Satu pengisytiharan (hasrat dan ideologi kerajaan) yang dibuat dari semasa ke semasa untuk menyelesaikan masalah/ mendapatkan hasil dan mencapai objektif yang disasarkan

Page 3: Unit 4: DASAR PEMBANGUNAN NEGARA

KEPENTINGAN DASAR

KERAJAAN

Panduan bagiMencapai objektif

Meletakkan asaspentadbiran negara

Mengatasi masalah

Meningkatkan kecekapan

Mengurangkan kospengurusan

Meningkatkanproduktiviti

Menyedarkan orangramai perlunya

satu amalan baik

Page 4: Unit 4: DASAR PEMBANGUNAN NEGARA

RANCANGAN DAN WAWASAN PEMBANGUNAN NEGARA

• Ciri-ciri sistem ekonomi moden dan traditional

EKONOMI TRADISIONAL EKONOMI MODEN

Lebih bersifat sara diri, “cukup makan” dan kurang maju

Bersifat komersil, melibatkan pelaburan besar khasnya dari pelabur asing dan berkembang pesat.

Modal kecil dan lebih bertujuan membekalkan sumber makanan pada ekonomi moden.

Modal yang besar dan hasil dieksport ke luar negara.

Kegiatan bertumpu di kawasan luar bandar.

Kegiatan bertumpu di kawasan pantai barat dan berkembang dengan sokongan sistem pengangkutan yang baik.

Page 5: Unit 4: DASAR PEMBANGUNAN NEGARA

• Kesan dari sistem dwi-ekonomi yang wujud :– Jurang kemiskinan di antara penduduk luar bandar dan

penduduk di kawasan bandar.– Identifikasi kaum berdasarkan aktiviti ekonomi:

• Melayu - Pertanian dan menangkap ikan• Cina - Perdagangan, perniagaan dan perlombongan• India - Perladangan getah dan pembinaan landasan kereta api

Page 6: Unit 4: DASAR PEMBANGUNAN NEGARA

KONSEP DAN MATLAMAT

PEMBANGUNAN NEGARA • MATLAMAT PEMBANGUNAN NEGARA

– melaksanakan beberapa dasar, kempen serta menetapkan etika untuk menjamin pembangunan ekonomi negara.

– Projek-projek pembangunan kerajaan keseluruhannya instrumen penting pada perkembangan & pertumbuhan ekonomi

– Di antaranya:• Dasar Ekonomi Baru• Dasar Pertanian Negara• Dasar Pensyarikatan Malaysia• Bersih, Cekap dan Amanah• Dasar Pandang ke Timur

Page 7: Unit 4: DASAR PEMBANGUNAN NEGARA

RANCANGAN MALAYA PERTAMA

• Matlamat utama:– Untuk memajukan sektor luar bandar– Mempelbagaikan sumber negara supaya tidak terlalu

bergantung pada sektor ekonomi• Dua buah agensi kerajaan telah ditubuhkan iaitu:

– Rural Industrial Development Authority (RIDA) – 1953 (nama baru: MARA)

– Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA)• Pengurusan MARA & FELDA - di bawah Kementerian

Pembangunan Negara dan Luar Bandar.• Harga pasaran dunia bagi getah dan bijih timah telah jatuh

semasa Rancangan Malaya Pertama.

Page 8: Unit 4: DASAR PEMBANGUNAN NEGARA

RANCANGAN MALAYA KEDUA

• Matlamat yang hampir sama dengan Rancangan Malaya Pertama tetapi dengan perancangan yang lebih terperinci. Antaranya:– Pembinaan kemudahan asas dan infrastruktur yang

lebih banyak.– Menggiatkan lagi projek-projek pembukaan tanah– Menggiatkan sektor pertanian dengan mempelbagaikan

jenis tanaman supaya hasil negara semakin bertambah dan mengurangkan import makanan dari luar negara.

– Penubuhan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA)

• Secara kesuluruhan, perancangan rancangan ini lebih tersusun

Page 9: Unit 4: DASAR PEMBANGUNAN NEGARA

RANCANGAN MALAYSIA PERTAMA

• Rancangan lima tahun yang pertama setelah kemasukan Sabah dan Sarawak ke dalam Persekutuan Malaysia.

• Memberi tumpuan kepada aspek integrasi di kalangan penduduk Malaysia.

• Membuat perancangan baru terutamanya berhubung program sumber manusia.

• Beberapa buah agensi kerajaan turut dilahirkan di bawah RMP bagi menjayakan rancangan ini seperti:– Majlis Amanah Rakyat (MARA)– Bank Bumiputera – Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia– Lembaga Penasihat Tarif– Perbadanan Nasional Berhad (PERNAS)

Page 10: Unit 4: DASAR PEMBANGUNAN NEGARA

RANCANGAN MALAYSIA KEDUA

• Selepas 13 Mei 1969, Rancangan Malaysia Kedua dilancarkan untuk mengatasi dan membaik pulih ketidakseimbangan sosioekonomi di antara kawasan kelompok kaum.

• Berteraskan pada program jangka panjang iaitu Dasar Ekonomi Baru:– Mengurangkan dan membasmi kemiskinan di kalangan rakyat

Malaysia– Menyusun semula masyarakat serta menghapuskan

pengenalan kaum• Untuk membaiki kepincangan supaya keadaan ekonomi

dapat diperbaiki dan seimbang seterusnya menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi ekonomi.

• Petroleum Nasional Berhad (PETRONAS) ditubuhkan pada 1974.

Page 11: Unit 4: DASAR PEMBANGUNAN NEGARA

RANCANGAN MALAYSIA KETIGA

• Peringkat kedua dalam perlaksanaan Dasar Ekonomi Baru.• Perancangan pembangunan wilayah telah diperkenalkan di

mana dapat merapatkan jurang perbezaan ekonomi menerusi rancangan pembangunan bandar baru seperti Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA), Lembaga Kemajuan Pahang Tenggara (DARA), Lembanga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) dan Lembaga Kemajuan Selatan Kelantan (KESEDAR).

• Badan-badan berkanun seperti Majlis Amanah Rakyat (MARA), FELDA, PERNAS, Lembaga Kemajuan Luar Bandar (UDA) dan Lembaga Kemajuan Pemilik Industri Kecil Getah (RISDA) meneruskan usaha- usaha pembangunan

Page 12: Unit 4: DASAR PEMBANGUNAN NEGARA

RANCANGAN MALAYSIA KEEMPAT

• Rancangan Malaysia Keempat dilancarkan ketika negara sedang mengalami kemelesetan ekonomi akibat kejatuhan harga pasaran dunia bijih timah dan getah.

• Negara mengalami pelbagai masalah ekonomi seperti kemerosotan dalam imbangan bayaran, kejatuhan harga dan penurunan pendapatan eksport sektor komoditi, kelembapan sektor swasta dan peningkatan kadar pengangguran.

• Mengutamakan sektor perusahaan berat yang berasaskan pelaburan modal, penggunaan teknologi dan tenaga mahir.

• Perbadanan Industri Berat Malaysia (HICOM) ditubuhkan bagi menjayakan program tersebut.

• Kawasan perindustrian baru telah dibuka Senawang, Skudai, Bintulu, Menggatal dan Likas.

• 1983 - dua program telah dilancarkan bagi mengkaji perusahaan awam iaitu:– Kajian Dasar Perindustrian Malaysia– Pelan Induk Perindustrian (PIP)

• Permodalan Nasional Berhad (PNB) & Skim Amanah Saham Nasional (ASN) telah dilancarkan pada 1981

Page 13: Unit 4: DASAR PEMBANGUNAN NEGARA

RANCANGAN MALAYSIA KELIMA

• Untuk mencapai perpaduan negara, mencapai objektif dalam Dasar Ekonomi Baru dan mengecap pertumbuhan yang dapat menjamin kestabilan ekonomi negara.

• Beberapa strategi telah dilaksanakan:– Meningkatkan peranan sektor swasta melalui proses deregulasi

(pelonggaran peraturan dan kawalan).– Menggalakkan sektor pertanian dan industri luar bandar.– Penekanan terhadap bidang penyelidikan dan pembangunan

(R&D). • Rangka Rancangan Jangka Panjang 1 (1971-1990) yang

mencakupi Dasar Ekonomi Baru di dalamnya berakhir apabila tamat tahun 1990.

• 1991, rancangan pembangunan ekonomi yang baru diperkenalkan bagi menggantikan dan program pembangunan di dalam RRJP1 dan Dasar Ekonomi Baru.

• Rancangan-rancangan tersebut ialah:– Rangka Rancangan Jangka Panjang 2 (RRJP2) (1991-2000)– Wawasan 2020 (1991-2000)– Dasar Pembangunan Nasional (DPN) (1991-2000)– Rancangan Malaysia Keenam (1991-1995)

Page 14: Unit 4: DASAR PEMBANGUNAN NEGARA

RANCANGAN MALAYSIA KEENAM

• Telah dibentangkan di Parlimen pada 10 Julai 1991.• Matlamat :

– Mengekalkan pembangunan pesat ekonomi negara.– Menguruskan kejayaan ekonomi negara supaya matlamat

pembangunan tercapai.– Menguruskan kejayaan ekonomi negara supaya matlamat

pembangunan seimbang.– Strategi telah dirangka untuk mencapai matlamat tersebut :

• Kecekapan daya saing ekonomi akan ditingkatkan di samping menggalakkan sektor swasta terus memainkan peranan utama dalam perkembangan ekonomi negara.

• Kerajaan akan mengurangkan penglibatan dalam perniagaan bagi mengurangkan perbelanjaan awam dan yang tidak produktif.

• Asas ekonomi dipelbagaikan dengan menggalakkan kegiatan yang mempunyai nilai tambah yang tinggi.

• Integrasi yang lebih baik antara strategi pertumbuhan ekonomi dengan strategi sektor akan diteruskan untuk memastikan pengagihan kekayaan negara meliputi semua golongan dan wilayah.

• Usahawan bumiputera akan terus dibantu untuk membentuk satu masyarakat perdagangan dan perindustrian Bumiputera yang berdaya maju.

Page 15: Unit 4: DASAR PEMBANGUNAN NEGARA

RANCANGAN MALAYSIA KETUJUH

• Berasaskan pelaksanaan Rancangan Malaysia Keenam dan bertujuan membawa negara abad ke-21.

• Mengekalkan penekanan pada konsep pembangunan seimbang seperti di dalam Dasar Pembangunan Negara.

• Antara strategi yang dilaksanakan:– Pertumbuhan ekonomi yang didorong oleh pelaburan/input.– Peralihan akan dibuat kepada pengeluaran berskala besar bagi

eksport oleh industri-industri Malaysia.• Rancangan Malaysia Ketujuh juga menekankan kepentingan

sumber manusia dengan menambah bidang latihan dan pendidikan, serta sains dan teknologi.

• Menekankan peranan sektor swasta dalam menyumbang pertumbuhan ekonomi negara.

• Rancangan ekonomi turut terjejas akibat krisis kewangan yang bermula pada Julai 1997. Kerajaan telah mengambil beberapa inisiatif untuk memastikan kestabilan negara seperti:– Penubuhan Majlis Tindakan Ekonomi Negara -7 Januari 1998.– Pelan Pemulihan Ekonomi Negara - 23 Julai 1998.

Page 16: Unit 4: DASAR PEMBANGUNAN NEGARA

RANCANGAN MALAYSIA KELAPAN

• Meliputi tempoh 2001 - 2005 - fasa pertama pelaksanaan Rangka Rancangan Jangka Panjang Ketiga (RRJP3) 2001 - 2010 -berteraskan kepada pencapaian objektif Dasar Wawasan Negara (DWN).

• Objektif Dasar Wawasan Negara mencapai pertumbuhan mampan dan pengukuhan daya tahan ekonomi serta mewujudkan masyarakat yang bersatu padu dan saksama.

• Dasar Wawasan Negara (DWN) menggabungkan strategi utama Dasar Ekonomi Baru (DEB) pembasmian kemiskinan tanpa mengira kaum dan penyusunan semula masyarakat serta Dasar Pembangunan Nasional (DPN) yang menekankan pembangunan seimbang.

• Dimensi baru yang diperkenalkan oleh DWN adalah meliputi:• Membangunkan Malaysia sebagai sebuah negara yang mempunyai

masyarakat berasaskan pengetahuan.• Menjana pertumbuhan yang didorong oleh sumber dan kekuatan

tempatan melalui pengukuhan pelaburan   dalam negeri dan pembangunan keupayaan tempatan disamping penarikan pelaburan langsung asing (FDI) yang berterusan ke dalam bidang strategik.

• Menjadikan sektor pertanian, pembuatan dan perkhidmatan lebih dinamik melalui penerapan pengetahuan yang lebih tinggi.

Page 17: Unit 4: DASAR PEMBANGUNAN NEGARA

• Membasmi kemiskinan dikalangan kelompok kecil yang miskin dikawasan terpencil, Orang asli dan kumpulan minoriti Bumiputera di Sabah dan Sarawak serta meningkatkan pendapatan dan kualiti kumpulan pendapatan 30% terendah.

• Mencapai penyertaan Bumiputera yang berkesan serta pemilikan ekuiti sekurang-kurangnya 30% menjelang 2010.

• Meningkatkan penyertaan Bumiputera dalam sektor utama ekonomi.• Mengorientasikan semula pembangunan sumber manusia bagi menyokong

pembentukan masyarakat yang berasaskan pengetahuan

Page 18: Unit 4: DASAR PEMBANGUNAN NEGARA

KONSEP WAWASAN 2020 • Wawasan 2020 terkandung di dalam ucapan dasar Perdana

Menteri ke-4, Tun Dr. Mahathir Mohamed di majlis pelancaran penubuhan Majlis Perdagangan Malaysia pada 28 Februari 1991.– Telah mengemukakan beberapa pandangan beliau tentang arah

pembangunan negara dan langkah-langkah yang perlu diambil untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara industri yang benar-benar maju menjelang tahun 2020. Kemajuan itu adalah menurut acuan negara sendiri.

• Wawasan 2020 berkait rapat dengan empat dokumen lain iaitu:– Rangka Rancangan Jangka Panjang II (RRJPII)– Dasar Pembangunan Nasional – Rancangan Malaysia ke-6– Rancangan Malaysia ke-7

• Matlamat terakhir Wawasan 2020 menjadikan Malaysia negara yang benar-benar maju dalam tiga dekad.

Page 19: Unit 4: DASAR PEMBANGUNAN NEGARA

Untuk mewujudkan kemakmuran masyarakat.

Untuk menjamin pembahagian ekonomi yang adil dikalangan masyarakat.

Untuk melahirkan masyarakat yang berbudi dan bersikap penyayang.

Untuk mewujudkan bangsa yang bersifat saintifik dan progresif.

Untuk melahirkan satu bangsa yang matang dan bertoleransi.

Untuk melahirkan satu bangsa yang mempunyai nilai-nilai moral dan etika tinggi.

Untuk melahirkan satu bangsa yang matang dengan sifat-sifat demokrasi.

Untuk mewujudkan satu bangsa yang merdeka, pemurah dan berkeyakinan.

Untuk mewujudkan satu bangsa dan negara yang bersatu.

WAWASAN 2020