Unit 5 Bermasalah Penglihatan

13
Kanak-kanak Berkeperluan Khas | 48 UNIT 5 KANAK-KANAK BERMASALAH PENGLIHATAN HASIL PEMBELAJARAN Di akhir unit ini, anda diharapkan dapat: 1. Menyatakan definisi kanak-kanak bermasalah penglihatan 2. Mengenalpasti jenis dan tahap penglihatan. 3. Menjelaskan punca dan masalah kanak-kanak bermasalah pendengaran. 4. Menghuraikan strategi mengatasi masalah penglihatan PENGENALAN Selamat bertemu kembali dalam Topik ke 5 yang akan membincangkan kategori kanak-kanak bermasalah penglihatan. Adakah anda pernah bertemu dengan golongan kurang upaya penglihatan yang menggunakan tongkat ketika berjalan. Mohd. Hafiz Baharom dan Sulaiman Mohd. Rizlan (2009) menyatakan setiap orang menggunakan penglihatan untuk aktiviti pengurusan diri, mengenali sesuatu seperti orang dan objek dan sebagainya. Mata juga digunakan untuk belajar, mengendalikan kemahiran motor dan tingkah laku sosial. Tanpa penglihatan kita akan mempunyai masalah dalam kehidupan dan memerlukan bantuan orang lain untuk membantu dalam pergerakan seharian. Penglihatan merupakan deria yang amat penting untuk perkembangan kepada kanak-kanak kerana 80 peratus daripada yang dipelajari oleh kanak-kanak adalah melalui penglihatan. Kecacatan penglihatan boleh terjadi pada pelbagai peringkat usia dengan tahap gangguan yang berbeza-beza. Mata merupakan deria penglihatan yang amat penting kepada semua manusia kerana penglihatan merupakan sumber untuk mendapat dan menerima informasi. Proses ini bermula dari rangsangan fizikal yang sampai ke mata hinggalah akhirnya imej yang dilihat diterjemahkan oleh otak. Mata merupakan bahagian dalam anggota badan manusia yang paling cepat berkembang jika dibandingkan dengan bahagian lain. Dalam laman Kementerian Kesihatan Malaysia (2009) menyatakan saiz bola mata manusia akan berkembang antara 5 hingga 7 milimeter (mm) sahaja sepanjang hayat. Diameter bola mata bayi yang baru dilahirkan adalah 17.5 mm, manakala pada orang dewasa adalah 23 mm. isipadu bola mata manusia juga akan bertambah sebanayak 3.5 sentimeter padu dari manusia dilahirkan sehingga ia dewasa. Ketika bayi baru dilahirkan, ketajaman penglihatannya adalah 6/60, perkembangan ketajaman penglihatan mencapai ke tahap 6/6 ketika kanak-kanak berusia 4 tahun. Menurut Kementerian Kesihatan (2009), gangguan penglihatan boleh berada pada tahap daripada keadaan status penglihatan rendah kepada keadaan buta. Di Malaysia, keadaan buta meliputi 0.2 peratus dan

description

unit 5

Transcript of Unit 5 Bermasalah Penglihatan

Page 1: Unit 5 Bermasalah Penglihatan

K a n a k - k a n a k B e r k e p e r l u a n K h a s | 48

UNIT 5

KANAK-KANAK BERMASALAH PENGLIHATAN

HASIL PEMBELAJARAN

Di akhir unit ini, anda diharapkan dapat:

1. Menyatakan definisi kanak-kanak bermasalah penglihatan 2. Mengenalpasti jenis dan tahap penglihatan. 3. Menjelaskan punca dan masalah kanak-kanak bermasalah pendengaran. 4. Menghuraikan strategi mengatasi masalah penglihatan

PENGENALAN

Selamat bertemu kembali dalam Topik ke 5 yang akan membincangkan kategori kanak-kanak bermasalah penglihatan. Adakah anda pernah bertemu dengan golongan kurang upaya penglihatan yang menggunakan tongkat ketika berjalan. Mohd. Hafiz Baharom dan Sulaiman Mohd. Rizlan (2009) menyatakan setiap orang menggunakan penglihatan untuk aktiviti pengurusan diri, mengenali sesuatu seperti orang dan objek dan sebagainya. Mata juga digunakan untuk belajar, mengendalikan kemahiran motor dan tingkah laku sosial. Tanpa penglihatan kita akan mempunyai masalah dalam kehidupan dan memerlukan bantuan orang lain untuk membantu dalam pergerakan seharian. Penglihatan merupakan deria yang amat penting untuk perkembangan kepada kanak-kanak kerana 80 peratus daripada yang dipelajari oleh kanak-kanak adalah melalui penglihatan. Kecacatan penglihatan boleh terjadi pada pelbagai peringkat usia dengan tahap gangguan yang berbeza-beza.

Mata merupakan deria penglihatan yang amat penting kepada semua manusia kerana penglihatan merupakan sumber untuk mendapat dan menerima informasi. Proses ini bermula dari rangsangan fizikal yang sampai ke mata hinggalah akhirnya imej yang dilihat diterjemahkan oleh otak. Mata merupakan bahagian dalam anggota badan manusia yang paling cepat berkembang jika dibandingkan dengan bahagian lain. Dalam laman Kementerian Kesihatan Malaysia (2009) menyatakan saiz bola mata manusia akan berkembang antara 5 hingga 7 milimeter (mm) sahaja sepanjang hayat. Diameter bola mata bayi yang baru dilahirkan adalah 17.5 mm, manakala pada orang dewasa adalah 23 mm. isipadu bola mata manusia juga akan bertambah sebanayak 3.5 sentimeter padu dari manusia dilahirkan sehingga ia dewasa. Ketika bayi baru dilahirkan, ketajaman penglihatannya adalah 6/60, perkembangan ketajaman penglihatan mencapai ke tahap 6/6 ketika kanak-kanak berusia 4 tahun. Menurut Kementerian Kesihatan (2009), gangguan penglihatan boleh berada pada tahap daripada keadaan status penglihatan rendah kepada keadaan buta. Di Malaysia, keadaan buta meliputi 0.2 peratus dan

Page 2: Unit 5 Bermasalah Penglihatan

K a n a k - k a n a k B e r k e p e r l u a n K h a s | 49

status penglihatan yang rendah meliputi 2.44 peratus daripada jumlah penduduk. Kanak-kanak yang cacat penglihatan biasanya ketinggalan dari segi perkembangan pergerakan fizikal dan motor. Seringkali mereka tidak dapat mencari atau mencapai objek-objek kecil yang terjatuh. Membantu kanak-kanak ini memahami konsep ruang dan saiz akan membantu perkembangan mereka

DEFINISI KANAK-KANAK BERMASALAH PENGLIHATAN

Definisi masalah penglihatan boleh dilihat dalam dua perspektif iaitu dari segi perundangan dan dari segi pendidikan. Menurut Wong Huey Siew (2006) dari segi perundangan adalah masalah penglihatan melibatkan penilaian ketajaman penglihatan 20/200 atau kurang pada mata yang terbaik dengan pembetulan. Pecahan 20/200 bermakna jika seseorang yang penglihatan normal boleh melihat objek tertentu sejauh 200 kaki, maka ketajaman penglihatan bagi orang yang mempunyai masalah penglihatan hanya dapat melihat objek tersebut dalam lingkungan jarak 20 kaki. Lapangan penglihatan bagi orang cacat penglihatan pula adalah tidak lebih daripada 20 darjah pada keluasan diameter. Sebaliknya keupayaan bagi orang biasa adalah 180 darjah. Selain daripada orang cacat penglihatan (buta), terdapat lagi satu kategori orang cacat penglihatan iaitu separa/rabun (partially sighted). Ketajaman penglihatan bagi kategori ini adalah di antara 20/70 dan 20/200 pada mata yang terbaik dengan pembetulan.

Masalah penglihatan dari perspektif pendidikan iaitu bermaksud sekumpulan kanak-kanak yang memerlukan pendidikan khas kerana masalah penglihatan. Ini kerana keadaan mata mereka tidak sama dengan kanak-kanak normal. Oleh itu, kaedah penyampaian pembelajaran dan bahan bantu mengajar perlu diadaptasikan denagn keperluan kanak-kanak ini supaya dapat mengoptimakan pembelajaran dan pencapaian mereka. (Culatta et al 2006). Menurut Marylin Friend (2006) definisi buta berdasarkan definisi IDEA beliau menyatakan bahawa

“. . . visual impairment including blindness means an impairment in vision that, even with correction, adversely affects a childs educational performance. The term include both partial sight and blindness. (Sec. 300.7[b][1]-[13]) . . .”

JENIS DAN TAHAP PENGLIHATAN

Terdapat dua kategori utama dalam masalah penglihatan iaitu buta dan rabun warna ataupun disebut penglihatan terhad (low vision). Pertubuhan kesihatan dunia (WHO) mendefinisikan kedua-dua kategori di atas iaitu gangguan visual adalah berdasarkan kurangnya ketajaman visual atau kurangnya jangkauan penglihatan. Istilah “visual acuity” sama dengan ketajaman penglihatan. Ini dapat di ukur secara kuantitatif oleh kemampuan untuk membezakan antara simbol-simbol pada suatu jarak yang ditentukan. Hal ini sering dilakukan dengan menggunakan grafik yang mempunyai simbol yang mempunyai pelbagai ukuran. Ketajaman penglihatan pesakit dinyatakan berhubung dengan ketajaman normal. Ketajaman visual dari 6/18 bererti pesakit hanya dapat membezakan antara objek yang berjarak 6 meter dimana orang normal dapat membezakannya pada jarak 18 meter. Jadi ketajaman 3/60 bererti seorang pesakit hanya dapat membezakan antara simbol-simbol pada jarak 3 meter dimana orang normal dapat membezakannya pada jarak 60 meter. Istilah “visual field” sama ertinya dengan jangkauan (area) yang dapat dilihat, sementara mata tetap pada keadaan biasa (Douglas & McLinden dalam Lewis & Norwich 2005). Menurut Jamilah (2005) kebutaan, rabun ataupun penglihatan terhad (low vision), sederhana, teruk dan sangat teruk adalah:

Page 3: Unit 5 Bermasalah Penglihatan

K a n a k - k a n a k B e r k e p e r l u a n K h a s | 50

i. Kebutaan:

Penglihatan kurang daripada 3/60, pada mata yang terbaik ataupun medan penglihatan kurang daripada 10 darjah setelah menerima rawatan ataupun pembetulan biasa (refractive).

ii. Rabun ataupun penglihatan terhad (low vision):

Penglihatan kurang dari 6/18 sehingga persepsi cahaya pada mata yang terbaik ataupun medan penglihatan kurang daripada 10 darjah sesudah rawatan ataupun pembetulan biasa (refractive). Individu dengan penglihatan terhad dapat melakukan tugas seharian menggunakan deria penglihatan.Terdapat beberapa tahap masalah penglihatan yang membezakan antara buta dengan penglihatan terhad ataupun low vision berdasarkan ujian visual akuiti dan juga adaptasi pendidikan khas. Masalah penglihatan dapat di lihat dalam tahap berikut:

a. Sederhana

Masalah pada tahap sederhana masih membolehkan kanak-kanak melihat cahaya dan menjalankan aktiviti melibatkan deria penglihatan dengan menggunakan alat Bantu khas seperti kanta.

b. Teruk

Masalah pada tahap teruk menyebabkan kanak-kanak mungkin memerlukan lebih banyak masa dan tenaga dalam menjalankan aktiviti malah mengalami kesukaran melakukan aktiviti berkaitan penglihatan termasuk mobiliti, walaupun dengan bantuan alat khas.

c. Sangat teruk

Masalah pada tahap sangat teruk mengakibatkan kanak-kanak menghadapi kesukaran melakukan aktiviti visual seperti membaca dan mobiliti serta perlu bergantung pada deria-deria lain.

Menurut Nancy & Kathleen (2005) kedua-dua kategori di atas iaitu kebutaan dan rabun adalah sebagai kerosakan visual termasuk buta kerana menjejaskan prestasi pendidikan individu yang mengalami masalah buta ini. Tempoh termasuk penglihatan kedua-dua tidak sepenuhnya dan buta. Kerosakan ini merujuk terhadap ketidaknormalan mata iaitu saraf optik atau pusat visual untuk otak mengakibatkan kurang ketajaman penglihatan. Pelajar-pelajar yang mempunyai masalah penglihatan dikenal pasti mempunyai visual ketajaman 20/70. Sara Begum (2003) menyatakan pelajar yang mengalami masalah penglihatan juga dikategorikan kepada lapan kategori mengikut peringkatnya iaitu Astigmatisme (rabun),glaukoma (tekanan biji mata yang merosakkan saraf urat mata), Strabismus (juling), Ambiplia (mata malas), Diplopia (nampak dua), Albinisme (sensitive pada cahaya), Myopia (rabun jauh) dan Hyperopia (rabun dekat)

Page 4: Unit 5 Bermasalah Penglihatan

K a n a k - k a n a k B e r k e p e r l u a n K h a s | 51

PUNCA MASALAH PENGLIHATAN DAN BAHAGIAN MATA

Menurut Mohd Sharani (2004) masalah-masalah visual timbul daripada sebarang gangguan dengan laluan cahaya itu daripada kemasukannya untuk mata melalui untuk tafsirannya yang bermakna oleh otak. Berkurangan visual diklasifikasikan seperti berikut:

a.Refractive disorder

Adalah disebabkan oleh ketaksekataan dalam bentuk atau saiz bola mata, kornea atau kanta. Rabun jauh, hyperopia, astigmatisme dan rabun tua adalah jenis-jenis utama gangguan biasan.

b.Ocular motility

Oculomotor adalah masalah-masalah gangguan-gangguan gerak mata. Satu masalah seumpama adalah strabismus yang mana adalah tidak diselaraskan mata gerak disebabkan oleh otot tidak berfungsi. Diplopia adalah penglihatan berganda. Nystagmus sebuah pergerakan yang abadi dan tidak sengaja bola-bola mata itu, adalah satu lagi gangguan aculomotor.

c.Eye pathologies

Pathologies mata adalah kesan kerosakan kepada satu atau lebih struktur mata. Ia termasuk penyakit mata, katarak, retinapathy pra-matang, retinitis pigmentosa, berotot retina kemerosotan, retinablastome, diabetic retinapathy, pengasingan retina dan atrofi saraf optik.

d. Lain-lain Kecacatan Mata

Kecacatan mata lain termasuklah buta warna yang menahan daripada tidak hadir atau rosak sel-sel retina. Albinism adalah satu keadaan pigmen tidak ada daripada semua bahagian badan, termasuk retina. orang-orang yang terbabit sering mempunyai fotofobia. Cortical blindness berlaku apabila terdapat beberapa jenis kerosakan pada otak.

Kajian Rokiah et al (2005) menunjukkan 25.4% kanak-kanak dikategorikan mengalami masalah penglihatan terhad sederhana, 33.9% mengalami penglihatan terhad teruk dan 40.7% adalah buta. Punca utama penyebab gangguan visual adalah katarak kongenital, nistagmus kongenital,glaucoma kongenital/keturunan, degenerasi makular keturunan dan retinitis pigmentosa. Amblyopia/lazy eye atau mata malas adalah di sebabkan juling. Salah satu mata tidak dapat berfungsi dengan betul. Oleh itu penglihatan menjadi kabur dan menimbulkan kekeliruan.Keadaan Juling wujud kerana tidak adanya kordinasi di antara otot-otot mata menyebabkan mata tidak lurus, tetapi bertemu di atas, terpesong keluar atau tegak ke atas ke bawah. Oleh itu tidak dapat memfokuskan pada satu objek yang sama. Juling boleh dikesan apabila bayi berumur enam bulan apabila penglihatannya kabur.

Katarak pula adalah sejenis kerosakan mata yang menyebabkan kanta mata berselaput dan rabun. Kanta mata menjadi keruh dan cahaya tidak dapat menembusinya. Keadaan ini menjejaskan penglihatan seseorang dan akan menjadi buta sekiranya lewat, atau tidak dirawat. Masalah katarak berbeza dengan glaukoma yang merupakan sejenis kerosakan mata yang disebabkan oleh tekanan cecair yang terlalu tinggi di dalam bebola mata. Golongan yang berisiko mengidap katarak adalah seperti pesakit kencing manis yang gagal mengawal penyakitnya, kandungan gula dalam darah menjadikan kanta kurang kenyal dan membentuk katarak dan orang dewasa yang berusia 60 tahun ke atas. Katarak merupakan suatu proses

Page 5: Unit 5 Bermasalah Penglihatan

K a n a k - k a n a k B e r k e p e r l u a n K h a s | 52

akibat usia yang lanjut dan kanak-kanak dan bayi yang baru lahir dengan komplikasi Katarak boleh berlaku pada bayi atau kanak-kanak sekiranya ibu mengidap jangkitan seperti penyakit rubella semasa mengandung. Menurut Lim dan Quah (2004) rubella adalah penyakit virus berjangkit seakan-akan cacar yang boleh menyebabkan kecacatan kepada bayi sekiranya dihidapi oleh seseorang ibu yang mengandung antara satu hingga tiga bulan.

Diabetic retinopathy sejenis penyakit mata yang disebabkan oleh tekanan cecair yang terlampau tinggi di dalam bola mata seseorang (Friend 2005). Tekanan yang tinggi ini akan merosakkan sel retina dan serabut saraf sehingga ruang penglihatan menjadi semakin sempit dan akhirnya akan terus menjadi buta. Bagi mata glaukoma, tekanan cecair di dalam bola mata meningkat kerana saluran cecair tersekat akibat kerosakan saraf. Bagi mata sihat (normal) pula, pengaliran masuk keluar cecair di dalam bola mata adalah seimbang. Glaukoma boleh dibahagikan kepada dua, iaitu glaukoma akut dan glaukoma kronik. Tanda-tanda glaucoma. Di antara tanda-tanda glaukoma kronik ialah ruang penglihatan menjadi semakin kecil,penglihatan kabur dan rabun,kesukaran menyesuaikan penglihatan dalam keadaan gelap dan kerap menukar cermin mata kerana penglihatan masih tidak terang.

Age related Mascular Degeneration atau selalunya dipanggil AMD adalah penyebab utama kehilangan penglihatan dan kerabunan (Mason 2001). AMD berlaku apabila makular yang merupakan sebahagian dari retina yang berfungsi untuk ketajaman, dan pusat penglihatan yang diperlukan untuk membaca atau memandu, semakin merosot. Degenerasi makular terbahagi kepada dua, iaitu dalam bentuk basah dan kering. Degenerasi Makular Kering (AMD) adalah peringkat awal kepada penyakit ini, dan disebabkan oleh penuaan dan penjarangan tisu-tisu mokular, endapan pigmen di dalam mokular atau kombinasi kedua-dua proses di atas. Kadang kala, AMD kering menjadi lebih parah dan menjadi suatu penyakit yang dikenali sebagai degenerasi makular basah. Degenerasi Makular Basah terjadi apabila saluran darah yang baru membesar di bawah retina pecah dan membocorkan darah dan cecair. Kebocoran ini menyebabkan kerosakan kekal kepada sel-sel retina yang sensitif kepada cahaya dan seterusnya mewujudkan titik buta pada pusat penglihatan.

1. Senaraikan 5 punca berlakunya masalah penglihatan a. __________________________________ b. __________________________________ c. __________________________________ d. __________________________________ e. __________________________________

2. Nyatakan 5 ciri kanak-kanak yang menghadapi masalah penglihatan a. __________________________________________ b. __________________________________________ c. __________________________________________ d. __________________________________________ e. __________________________________________

Page 6: Unit 5 Bermasalah Penglihatan

K a n a k - k a n a k B e r k e p e r l u a n K h a s | 53

ORGAN MATA DAN FUNGSINYA

Bahagian Keterangan

Kornea Merupakan selaput hening di hadapan biji mata yang menutup mata hitam dan anak mata. Mempengaruhi hampir keseluruhan kuasa mata.

Retina Lapisan mata paling dalam yangg peka kepada cahaya mata hitam.

Makular Merupakan kawasan anatomi kecil yang dapat dibezakan daripada tisu sekelilingnya.

Iris Bahagian yang paling jelas pada matanya dan mempengaruhi warna mata.

Kanta Mata Bersifat lut sinar, memfokus objek pada jarak yang berbeza-beza

Pupil Bahagian tengah anak mata, berwarna hitam, di kelilingi oleh iris, mengawal jumlah cahaya yang masuk ke dalam mata.

CIRI-CIRI MASALAH PENGLIHATAN Terdapat empat ciri yang boleh dikenalpasti bagi kanak-kanak yang menghadapi masalah penglihatan iaitu ciri fizikal, intelek, kesihatan, kecacatan genetik dan tingkahlaku.

Page 7: Unit 5 Bermasalah Penglihatan

K a n a k - k a n a k B e r k e p e r l u a n K h a s | 54

Rajah 1.1 Ciri Fizikal Bermasalah Penglihatan

Oesterreich (2009) menyatakan ciri-ciri fizikal yang ada pada kanak-kanak atau individu yang mengalami masalah penglihatan adalah kebanyakannya mempunyai mata juling. Mereka juga mempunyai mata yang tidak boleh memfokus kepada sesuatu perkara. Kanak-kanak yang mengalami masalah ini juga sentiasa mengelakkan matanya dari cahaya terang. Mata mereka juga sering mengerdip atau mereka sering menggosok mata serta sering tersandung atau terjatuh dan terlanggar objek kecil apabila berjalan. Kanak-kanak ini sentiasa menutup sebelah mata dan menundukkan kepala ke tepi atau ke depan apabila melihat sesuatu atau ketika berjalan. Apabila ingin melihat, mereka kerap berkerut atau mengecilkan mata untuk melihat. Mereka ini juga tidak dapat mencari dan mengambil objek kecil yang terjatuh ke atas lantai atau ke bawah. Kanak-kanak ini mungkin menoleh ke arah lain apabila dipanggil, ini tidak bermakna mereka tidak memberi perhatian, tetapi mereka mungkin mempunyai pandangan tepi yang lebih baik. Jika mereka separa buta, mereka mungkin dapat melihat bayang, warna atau gambar yang besar dan mereka memegang buku atau objek dekat dengan muka untuk melihat atau membaca.

Page 8: Unit 5 Bermasalah Penglihatan

K a n a k - k a n a k B e r k e p e r l u a n K h a s | 55

Rajah 1.2 : Contoh Mata Yang Mengalami Kecacatan (Jenis mata Juling) Rujukan: http://rawatankesihatan.com

Menurut pertubuhan kesihatan sedunia (2009) kanak-kanak yang mengalami masalah penglihatan atau cacat anggota tidak semestinya terencat akal. Ujian minda dirancang khusus untuk menggunakan untuk orang buta, seperti Hayes Binet (a special adaptation of the Stanford-Binet IQ Test) atau Wechsler Intelligence of for children-Revised, menunjukkan kanak-kanak buta tidak mempunyai IQ yang rendah. Ujian IQ, tidak meletakkan kerosakan visual pada satu kerugian kecuali untuk beberapa aspek kecil dalam komunikasi. Kanak-kanak yang mengalami masalah penglihatan berupaya untuk berjaya sekiranya diberi peluang, bimbingan dan tunjuk ajar dalam kehidupan dan juga pendidikan.

Kerosakan visual secara langsung mempengaruhi pembangunan dan pengajian kanak-kanak. Menurut Nancy Hunt & Kathleen Marshal (2005) menggambarkan kesan buta pada perkembangan kognitif dengan mengenal pasti had-had asas pada kanak-kanak itu dalam tiga kawasan iaitu: (a) Julat dan pelbagai pengalaman. Berlaku apabila kanak-kanak mempunyai satu kerosakan visual, pengalaman-pengalaman mesti diperolehi dengan menggunakan rasa kekal, terutama menyentuh dan percakapan. Walau bagaimanapun, deria-deria ini tidak mempamer sepenuhnya untuk ekspres dan maklumat holistik disediakan oleh kawasan (seperti warna saiz dan hubungan ruang. Mereka perlu menjelajah benda-benda dengan sentuhan bahagian untuk keseluruhan proses, dan mereka berhubung dengan objek yang di terokai. (b) Keupayaan untuk bergerak-gerak. Buta atau kerosakan visual teruk menghadkan pergerakan dan juga menjejaskan perhubungan sosial. Bagi mereka yang mengalami masalah ini mereka perlu belajar pelbagai kemahiran untuk menjalani kehidupan yang bermakna dan (c)Interaksi dengan persekitaran kerana kerosakan visual perlu cepat mendapat maklumat jarak, manusia dengan kawasan untuk mengawal persekitaran. Mereka yang ada masalah penglihatan tidak dapat mengawal persekitaran yang dilalui jika tidak di latih. Oleh itu, mereka perlukan latihan untuk membiasakan diri dengan keadaan persekitaran. Pelajar yang mengalami kerosakan

Page 9: Unit 5 Bermasalah Penglihatan

K a n a k - k a n a k B e r k e p e r l u a n K h a s | 56

visual akan mempamerkan satu julat luas kognitif dan kebolehan-kebolehan intelektual. Beberapa pelajar yang mengalami kerosakan visual juga mempunyai bakat, dan ramai pelajar telah menunjukkan keupayaan-keupayaan intelektual.

Menurut Mason (2001) terdapat satu kajian membuktikan bahawa penyebab utama penglihatan terhad di kalangan rakyat Malaysia ialah masalah kesihatan yang melibatkan kesalahan refraktif yang tidak diperbetulkan dan katarak. Kecacatan refraksi menjadikan kanak-kanak rabun dan penyebab utama berlakunya amblyopia. Ini terjadi kerana pembiasan cahaya pada mata kanak-kanak yang rabun tidak terfokus pada retina dan seterusnya tidak merangsang perkembangan sistem penglihatan. Pembetulan masalah penglihatan perlu dilakukan sebelum kanak-kanak berumur lapan tahun supaya sistem penglihatan berkembang dengan normal. Tahap kerabunan antara kedua-dua mata tidak sama, mata yang lebih rabun berkemungkinan besar akan juling. Ini kerana imej kabur dari mata tersebut tidak akan ditafsirkan oleh otak dan akibatnya mata tersebut tidak akan menumpu pada objek yang hendak dilihat.

Kajian yang dilakukan oleh Sharon et.al (2008) menunjukkan kerosakan penglihatan boleh dikaitkan dengan masalah kesihatan yang lain. Masalah ini bukan sahaja menyebabkan masalah psikologi tetapi turut memberi masalah kepada tahap kesihatan seseorang. Misalnya mereka yang mengidap penyakit mata yang kronik dan menyebabkan hilang penglihatan akan mengakibatkan lumpuh sementara waktu. Penglihatan yang kurang jelas dalam kalangan orang-orang dewasa pula atau orang lebih tua memberi kesan kepada kesihatan mental dan boleh menyebabkan serangan jantung dan masalah penglihatan juga dikaitkan dengan mengurangkan aktiviti-aktiviti kehidupan harian seperti sosial. Keadaan ini akan menyebabkan kualiti hidup yang meleset, mengurangkan status kefungsian dalam masyarakat, pergantungan pada orang lain, risiko kemalangan, risiko jatuh dan miskin. Keadaan akan menyebabkan kadar kesihatan akan menurun. Masalah kesihatan yang sering di alami seperti sering mengadu sakit kepala, pening atau loya selepas membuat kerja yang perlu penumpuan. Mereka yang kurang bergerak aktif juga mempuanyai risiko serangan penyakit jantung dan darah tinggi turut menjadi penyebab kepada kehilangan penglihatan sama ada kekal atau sementara.

Menurut International Council of Ophthalmology mereka yang mengalami albinisme sering kali menderita kecacatan penglihatan sehingga pada tahap ramai yang disah buta, sungguhpun hanya sedikit dari mereka buta sepenuhnya. Kongenital Amaurosis Leber mampu menyebabkan buta sepenuhnya atau kehilangan penglihatan teruk semenjak lahir atau awal kanak-kanak. Penyakit berjangkit seperti campak yang dialami oleh ibu mengandung boleh menyebabkan bayi yang dilahirkan mengalami cacat penglihatan. Kurang vitamin A juga boleh menyebabkan buta yang di kenali sebagai keratomalasia yang ada kaitannya dengan kekurangan makanan jenis protein. Penyakit seperti glaucoma juga boleh menyerang kanak-kanak sejak lahir dan ini menyebabkan perkembangan otot-otot mata tidak normal. Keadaan persekitaran yang tidak memuaskan seperti kotor dan busuk juga boleh menyebabkan kanak-kanak mudah diserang penyakit termasuk buta. Kuman seperti sitomegalovirus boleh menyebabkan kecacatan saraf pada bayi dan seterusnya bayi boleh menjadi buta (Mason 2001).

Menurut Julia et al (2009) kanak kanak yang mempunyai masalah penglihatan memerlukan perhatian yang lebih daripada ibu bapa dan juga guru. Kanak kanak yang mempunyai masalah penglihatan mempunyai tingkah laku yang ganas, sifat terlalu bergantung kepada orang lain, suka menentang, tidak mahu menurut kata, sikap suka mengelak dari melakukan sesuatu kerja dan tingkah laku yang pasif. Tingkah laku ini terjadi kerana mereka

Page 10: Unit 5 Bermasalah Penglihatan

K a n a k - k a n a k B e r k e p e r l u a n K h a s | 57

mempunyai ketidakseimbangan bahan kimia di dalam otak dan juga kekurangan fungsi luar kawal otak. Mereka juga sukar dan menghadapi masalah penyesuaian diri dalam komunikasi, kemahiran mengurus kehidupan seharian dan kemahiran mengawal emosi dan social. Mengikut kajian oleh Julia et al (2009) didapati 45.8 peratus daripada kanak-kanak yang cacat yang berumur dari 6-10 tahun mempunyai masalah tingkah laku. Kanak-kanak ini akan terus membesar dengan masalah tersebut jika masalah berkenaan tidak diatasi dari awal.

Tingkah laku yang ditunjukkan dalam interaksi sosial adalah berminat kepada perkara atau permainan tertentu, suka bersendirian, sukar bergaul dengan orang lain, gagal berhubungan dengan orang lain dengan cara yang betul, terlebih sentitif dan tidak sensitif kepada kesakitan dan sukar merasa takut kepada suasana bahaya. Dari aspek komunikasi lisan dan bukan lisan mereka sukar meluahkan keinginan sendiri dan menggunakan banyak bahasa badan daripada perkataan lisan. Mereka yang mengalami masalah penglihatan juga menunjukkan tingkah laku atau membuat pergerakan berulang-ulang yang aneh, ketawa, menangis atau rasa tertekan tanpa sebab dan suka mengamuk dan tiada tindak balas memberangsangkan kepada kaedah pengajaran normal. Selain itu juga mereka turut mengalami masalah dalam aktiviti motor dan fizikal seperti terlalu aktif atau terlalu lembab dan boleh menyebabkan kemusnahan kepada persekitaran.

STRATEGI MENGATASI MASALAH PENGLIHATAN

Tahap penglihatan bagi rabun dekat kanak-kanak dapat diperbaiki dengan menggunakan kanta pembesar, cermin mata berkuasa tinggi, cermin mata dekat dan bifokal. Ini akan membolehkan kanak-kanak tersebut membaca dengan kadar yang yang lebih pantas dan akan dapat membantu mengurangkan masalah yang dihadapi. Pemeriksaan penglihatan yang lengkap juga mampu mengurangkan masalah yang dihadapi oleh kanak-kanak berpenglihatan terhad untuk melakukan tugas harian mereka.

1. Senaraikan 5 ciri fizikal kanak-kanak yang bermasalah penglihatan a. __________________________________ b. __________________________________ c. __________________________________ d. __________________________________ e. __________________________________

2. Nyatakan 5 strategi membantu kanak-kanak bermasalah penglihatan dalam pendidikan.

a. __________________________________________ b. __________________________________________ c. __________________________________________ d. __________________________________________ e. __________________________________________

Page 11: Unit 5 Bermasalah Penglihatan

K a n a k - k a n a k B e r k e p e r l u a n K h a s | 58

Jamilah (2005) menyatakan bahawa pendidikan bagi kanak-kanak bermasalah penglihatan perlu dilengkapi dengan peralatan yang sesuai mengikut tahap masalah yang dihadapinya sebagai keperluan mobiliti sosial mereka. Antaranya adalah tongkat putih, mesin Braille, alat sentuhan seperti peta, gambar rajah timbul, model tiga dimensi, bilik sumber yang dilengkapi dengan kemudahan mesin Braille, bilik penyelenggaraan Braille, bilik low vision, hand held magnifier, stand magnifier, spectacle magnifier, dan teleskop.

Menurut Zuhayati Yazid (2009) menjelaskan optometris di Malaysia dapat memainkan peranan yang lebih positif untuk membantu menangani masalah gangguan penglihatan di kalangan kanak-kanak. Analisis kajian juga menunjukkan bahawa kanak-kanak berpenglihatan terhad lebih suka menggunakan kanta pembesar untuk kerja dekat berbanding cermin mata berkuasa tinggi. Selain itu, keputusan kajian juga menunjukkan bahawa kanak-kanak yang mempunyai masalah penglihatan memerlukan lebih daripada satu alat bantuan untuk membantu mereka dalam tugasan sebagai pelajar. Menurut Jabatan Kebajikan Masyarakat (2009) terdapat banyak kemudahan yang telah di sediakan oleh kerajaan dan badan-badan NGO untuk membantu individu yang menalami masalah penglihatan. Bantuan dan kemudahan turut disediakan untuk memudahkan pergerakan mereka. Bantuan dan kemudahan bukan sahaja diberikan kepada mereka yang mengalami masalah penglihatan tetapi turut di berikan kepada individu yang mengalami masalah pendengaran, masalah fizikal dan sebagainya atau mereka yang di kenali sebagai orang kurang upaya (OKU).

RUMUSAN

1. Penglihatan merupakan deria yang amat penting untuk perkembangan kepada kanak-kanak kerana 80 peratus daripada yang dipelajari oleh kanak-kanak adalah melalui penglihatan.

2. Definisi masalah penglihatan boleh dilihat dalam dua perspektif iaitu dari segi perundangan dan dari segi pendidikan.

3. Terdapat dua kategori utama dalam masalah penglihatan iaitu buta dan rabun warna ataupun disebut penglihatan terhad (low vision).

4. Mengetahui punca kepada masalah penglihatan memudahkan guru dan ibu bapa menyusun strategi membantu dalam aspek pendidikan dan kesihatan.

5. Pencapaian akademik kanak-kanak bermasalah penglihatan lebih baik jika dibandingkan dengan pencapaian akademik kategori keperluan khas yang lain.

6. Perhatian yang khusus daripada ibu bapa dan guru akan membantu perkembangan kognitif, sosial dan emosi kanak-kanak bermasalah penglihatan.

Page 12: Unit 5 Bermasalah Penglihatan

K a n a k - k a n a k B e r k e p e r l u a n K h a s | 59

RUJUKAN

Culatta, A.R., Tompkins, R.J. & Werts G.M. 2003. Fundamentals of Special Children Education. New Jersey: Upper Saddle River.

Heather L. Mason. 2001. Spotlight on Special educational Needs: Visual Impairment. 2nd ed. United kingdom: Graphic Images.

Jabatan Kebajikan Masyarakat. 2009. www.jkm.gov.my. (Akses 3 Januari 2010)

Julia Jantan et.all: 2009. Pengenalan kepada masalah Penglihatan.Fakulti Pendidikan dan Bahasa. Kuala lumpur: Meteor Doc. Sdn. Bhd.

Jamilah K.A Mohamed. 2005. Pendidikan Khas Untuk Kanak-Kanak Istimewa. Batu Caves: Pencetakan Zafar Sdn. Bhd.

Kementerian kesihatan Malaysia. 2009. www.myhealth/myhealth/bm/dewasa_content. (akses 25 December 2009).

Lim, L. & Quah, M.M. (2004). Education learners with Diverse Abilities.National Institute of Education. Singapore: Nannyang Technological University.

Lewis, A. & Norwich, B. 2005. Special Teaching For Special Children. New York: Open University Press.

Marilyn Friend. 2005. Special Education Perspective For School Proffesionals. United States: The University Of North Carolina.

Marylyn Friend. 2006. Special Education: IDEA 2004: Update Edition. New York: Pearson.

Mohd. Hafiz Baharom & Sulaiman Mohd. Rizlan. 2009. Pengenalan kepada pendidikan khas (Masalah Penglihatan). www.spe-ed.net (Special Education Network). (akses 25 December 2009).

Mohd Sharani Ahmad (2004). Special Children. Universiti Putra Malaysia: Press Aremes (M) Sdn .Bhd.

Nancy Hunt & Kathleen Marshall, 2005. Exceptional Children And Youth. United states: Patricia A. Coryell.

Oesterreich, L. 2009. Kecacatan Penglihatan. www.ehomemakers.net/my/article.php?id (akses 26 December 2009).

Pertubuhan Kesihatan Sedunia. 2006. http://www.who.int/en/. (akses 26 Disember 2009).

Rokiah Omar, Victor Feizal Knight, Zainora Mohammed & Tholasi, G. M. 2007. Ciri Kanak- kanak Berpenglihatan Terhad di Klinik .Penglihatan Terhad UKM: Jurnal Sains Kesihatan Malaysia 5 (1) 2007: 37-45.

Page 13: Unit 5 Bermasalah Penglihatan

K a n a k - k a n a k B e r k e p e r l u a n K h a s | 60

Ruth Salisbury. 2008. Teaching Pupils With Visual Impairment: A Guide To Making The School Curriculum Accessible. London: Routledge.

Sharon Sharon L. Christ, David J. Lee, Byron L. Lam, D. Diane Zheng, & Kristopher L. 2008. Social Adjustments and ArheartAssessment of the Effect of Visual Impairment on Mortality through Multiple Health Pathways: Structural Equation Modeling. http://www.iovs.org Rabu, 06/01/2010. 5.00 pm

Sara Begum. 2003. Cognitive Development in blind children. New Delhi: Discovery Publishing House.

Sudhir Bhagotra, Ashok K Sharma & Bhavna Raina. 2009. Social Adjustments and Rehabilitation of The Blind. http://www.jkscience.org/archive/volume101. (akses 3 Januari 2010)

Wong Huey Siew. 2006. Persekitaran Pembelajaran Pelajar Cacat Penglihatan Di Malaysia. Kuala Lumpur: Unit Penerbitan ISM.

Zuhayati Yazid. 2009. Kanak-kanak bermasalah penglihatan. Utusan Malaysia Online. (akses 25 December 2009).