Unit 6 - Pengurusan Bilik Darjah edit 1 PDF-1.pdf
-
Upload
izzall8062 -
Category
Documents
-
view
223 -
download
7
Transcript of Unit 6 - Pengurusan Bilik Darjah edit 1 PDF-1.pdf
| 82
Pengalaman Berasaskan Sekolah
UNIT 6
PENGURUSAN BILIK DARJAH
HASIL PEMBELAJARAN
PENGENALAN
Bilik darjah atau kelas di sekolah penting sebagai medium bagi menjayakan proses
pengajaran dan pembelajaran. Pengajaran ialah perancangan dan pelaksanaan
aktiviti yang dirangka secara kreatif dan menarik untuk meningkatkan ilmu
pengetahuan, kebolehan dan kesungguhan pelajar dalam proses ilmiah. Guru perlu
menarik perhatian pelajar dengan aktiviti-aktiviti yang menarik dan mempelbagaikan
kaedah pengajaran. Pembelajaran pula ialah aktiviti atau proses di mana pelajar
tersebut memperoleh ilmu pengetahuan dan kemahiran baru serta
mengaplikasikannya. Justeru, menjadikan pelajar lebih yakin untuk membuat
keputusan dan menyelesaikan masalah dengan bijaksana. Di dalam bilik darjah,
selain mengajar, guru juga memainkan peranannya sebagai pengurus. Tugas guru
sebagai pengurus ialah mengurus rutin bilik darjah, mengurus murid-murid supaya
menjalankan tugas mereka mengikut jadual bertugas, mengurus keadaan fizikal bilik
darjah supaya menjadi lebih kondusif.
a. Menyenaraikan jenis dan ciri-ciri bilik darjah
b. Menerangkan konsep pengurusan bilik darjah
c. Membincangkan masalah yang dihadapi oleh guru semasa mengajar
d. Menganalisis pengurusan bilik darjah
e. Membahaskan perkara yang membawa kepada kepentingan pengurusan
bilik darjah
| 83
Pengalaman Berasaskan Sekolah
Kecekapan guru dalam menjalankan tugas sebagai pengurus akan mewujudkan sosioemosi
yang selesa, disiplin kelas yang baik dan keadaan bilik darjah yang kondusif dan sesuai bagi
meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Pelbagai kekangan dan
permasalahan yang akan wujud dalam bilik darjah. Oleh itu, keperluan dan kesedaran
tentang pentingnya pengurusan bilik darjah perlu ada dan ditanam di dalam dada semua
insan yang bergelar pendidik.
PENGURUSAN BILIK DARJAH
Konsep bilik darjah berubah-rubah mengikut perkembangan pendidikan dari semasa ke
semasa. Sebelum kedatangan kerajaan British tiada bilik darjah yang sesuai. Sebatang
pohon besar, sebuah padang, pondok kecil dan kawasan perkarangan rumah dijadikan
sebagai kelas. Kanak-kanak Melayu belajar ayat-ayat Quran daripada seorang iman di
pondok-pondok atau surau. Konsep bilik darjah ditafsirkan mengikut fungsi pendidikan atau
cirri penyusunan fizikalnya. Menurut Guey R. Lefroncis (1999) dalam bukunya 'Psychology
for Teaching', Pengurusan bilik darjah merupakan "...sesuatu konsep yang komprehensif
untuk pelbagaikan aktiviti guru yang dirancang dengan tujuan memudahcarakan pengajaran
& pembelajaran dalam bilik darjah merangkumi tindakan disiplin, rutin harian, penyusunan
tempat duduk dan memperuntukan masa pelajaran". Pengurusan bilik darjah merupakan
sesuatu seni atau amalan mengurus murid, kemudahan fizikal dan aktiviti, demi membentuk
suatu iklim alam belajar yang kondusif untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam
bilik darjah. Pengurusan bilik darjah boleh dihuraikan sebagai proses untuk membentuk dan
mengekalkan sesuatu alam belajar dan iklimnya yang kondusif untuk pengajaran dan
pembelajaran demi mencapai objektif pelajaran yang telah ditetapkan. Konsep pengurusan
bilik darjah boleh dipandang sebagai kerjasama antara guru dan murid untuk mengurus
segala aspek kehidupan dalam bilik darjah, di samping aktiviti dan segala kemudahan yang
terdapat di dalamnya. Bilik darjah merupakan satu organisasi yang sangat mudah yang
terdiri daripada guru dan sekumpulan murid yang mempunyai matlamat dan harapan yang
sama. Bilik darjah yang standard mempunyai kerusi, meja, kemasukan udara yang
mencukupi, alatan mencukupi dan sesuai dan sistem keselematan yang baik.
Persekitaran bilik darjah yang baik memudahkan guru menyampaikan pengajaran
dan pembelajaran kepada pelajar. Penekanan adalah perlu bagi memastikan persekitaran
bilik darjah dalam keadaan yang baik dan menarik dengan melihat kepada cara guru
menyusun, mengorganisasi dan mengolah segala alatan dalam bilik darjah, menyusun
kedudukan pelajar dalam bilik darjah serta penyusunan perabot dan alat bantu mengajar.
Secara keseluruhannya, semua perkara tersebut perlu diatur dengan sempurna untuk
| 84
Pengalaman Berasaskan Sekolah
mewujudkan persekitaran yang sesuai untuk pembelajaran dan pengajaran serta tidak
membosankan pelajar dan guru semasa dalam bilik darjah. Tanggungjawab seorang guru
adalah sangat penting dan mereka seharusnya memiliki gaya kepimpinan, kemahiran
merancang, kecekapan mengurus, kepelbagaian dalam pengajaran dan pembelajaran,
kebijaksanaan interpersonal, kemahiran berkomunikasi, kemahiran kaunseling dan mampu
mengendalikan teknologi maklumat dan komunikasi. Seorang guru perlu tahu dan
mempunyai kemahiran untuk mengurus serta mewujudkan bilik darjah yang sesuai dan
sempurna untuk sesi pengajaran dan pembelajaran. Kemahiran seorang guru ini secara
tidak langsung menyumbang kepada suatu keadaan yang baik kepada pelajar dan sekolah.
Pelajar turut berasa dihargai apabila berada dalam bilik darjah yang mempunyai keadaan
pengajaran dan pembelajaran yang baik.
JENIS DAN CIRI – CIRI UTAMA BILIK DARJAH
Antar bilik darjah yang terdapat di Negara Malaysia ialah bilik darjah tradisi, bilik darjah
terbuka, bilik darjah bercantum, bilik darjah prasekolah, bilik darjah KBSM/KBSR, bilik darjah
multimedia, dan bilik darjah khas mata pelajaran.
Bilik Darjah Tradisi
Bilik darjah di negara kita telah lama digunakan untuk mendidik kanak-kanak di bawah
program kurikulum lama sekolah rendah dan kurikulum lama sekolah menengah
diperkenalkan. Kaedah ini sesuai apabila seorang guru menyampaikan pengajaran dengan
penggunaan kaedah keseluruhan kelas. Murid akan duduk mengikut susunan kerusi dan
meja, baris demi baris ataupun secara berkumpulan. Dalam setiap baris itu, terdapat murid
yang duduk sebelah-menyebelah atau murid akan duduk secara berkumpulan tidak melebihi
enam orang pelajar dalam satu kumpulan. Manakala meja dan kerusi guru serta papan
kapur digantung di dinding berhadapan pelajar dan guru akan menggunakan strategi
mengajar yang tertentu. Antara ciri-ciri bilik darjah tradisi ialah murid-murid yang bertubuh
kecil dan mempunyai masalah dari segi penglihatan atau pendengaran akan di tempatkan di
barisan hadapan, kerusi dan meja disusun mengikut baris demi baris. Kaedah pengajaran
lebih berpusatkan guru serta aktiviti berkumpulan yang melibatkan murid-murid jarang
dipraktikkan menyebabkan sebahagian murid berada dalam keadaan pasif serta menerima
apa sahaja yang disampaikan guru. Kaedah penyusunan kerusi dan meja secara
berkumpulan pula sesuai dalam sesi pengajaran dan pembelajaran secara berkumpulan
dimana semua pelajar dalam setiap kumpulan akan terlibat dalam tugasan kumpulan seperti
permainan dalam kumpulan.
| 85
Pengalaman Berasaskan Sekolah
Contoh bilih darjah tradisi.
Bilik Darjah Terbuka
Menurut R.S. Barth (1976) d a lam buk u be r j udu l Open Education The
American School menghuraikan konsep pendidikan terbuka sebagai suatu
pendekatan yang sedia terbuka kepada bidang kurikulum, pendekatan
pengajaran dan pembelajaran, ruang-ruang pelajaran, bahan-bahan pelajaran,
dan murid-murid akan memilih bahan pelajaran yang hendak mereka belajar.
Murid-murid akan menentukan dan merancang aktivit i pengajaran dan
pembelajaran sendiri. Pengajaran guru dikurangkan pada peringkat yang
minimum. Guru cuma akan menjadi penasihat dengan membimbing dan
melaksanakan aktiviti pembelajaran secara berkumpulan atau secara individu.
Biasanya pendekatan pengajaran berpasukan yang melibatkan beberapa orang
guru terlatih dalam pelbagai bidang pelajaran untuk membimbing murid -murid
dalam bilik darjah terbuka. Situasi pengajaran dan pembelajaran berbentuk tidak
formal. Ruang dan rekabentuk bilik darjah diubahsuai untuk membolehkan
murid-murid bergerak dengan bebas dari satu tempat ke tempat yang lain,
memilih bahan-bahan pelajaran yang diminati serta menjalankan aktiviti
pengajaran dan pembelajaran selepas berbincang dengan guru.
Ciri-ciri bilik darjah terbuka, aktivit i pengajaran dan pembelajaran
dijalankan secara berkumpulan atau individu. Berbagai -bagai aktiviti pengajaran
dan pembelajaran dilakukan dalam bilik darjah secara serentak. Murid-murid
dapat mengikuti berbagai-bagai aktivit i pengajaran dan pembelajaran mengikut
jadual waktu pelajaran sendiri. Persekitaran bilik darjah terbuka dilengkapkan
dengan peralatan dan bahan pelajaran untuk memudahkan murid
menggunakannya. Tiada kurikulum ditetapkan dan kebebasan diberikan kepada
| 86
Pengalaman Berasaskan Sekolah
murid untuk memilih, merancang dan melaksanakan aktiviti pembelajaran yang
diminati. Murid-murid juga bebas memilih kumpulan atau melaksanakan projek
secara individu. Pendekatan pengajaran guru adalah berdasarkan kebolehan,
perbezaan, emosi serta minat murid. Ujian, peperiksaan, pemberian markah
atau gred tidak diutamakan, malah dikurangkan kepada peringkat minimum.
Kaedah penyelesaian masalah dan kaedah inkuiri penemuan diutamakan dalam
aktivit i pembelajaran. Hubungan terbatas antara guru dan murid. Murid -murid
adalah jujur, saling percaya-mempercayai dan hormat-menghormati. Perhubungan
guru dan murid juga bersifat terbuka dan jujur bagi memudahkan guru menjayakan
pembelajaran sepenuhnya disamping dapat memupuk sikap murid yang saling memahami,
bertanggungjawab dan bertolak ansur. Ujian dan peperiksaan atau pemberian gred atau
markah dikurangkan dan murid bebas bergerak dan bekerja bersama-sama.
Contoh bilik darjah terbuka
Bilik Darjah Bercantum
Kelas bercantum merupakan kelas yang mengandungi murid-murid yang terdiri lebih
daripada satu tahun persekolahan. Misalnya, sebuah kelas bercantum mungkin
mengandungi murid-murid daripada dua tahun persekolahan (Tahun 1 dan Tahun 2) atau
tiga tahun persekolahan (Tahun 1, 2 dan 3). Kelas bercantum diwujudkan keranan bilangan
murid dalam satu tahun persekolahan adalah kurang daripada 15 orang. Mengikut
peraturan, bilangan murid seperti ini tidak mencukupi untuk membentuk sebuah kelas biasa.
Dalam Dasar Pendidikan Kerajaan adalah ditentukan bahawa setiap kanak-kanak yang
telah cukup umurnya akan diberi peluang belajar di tempat tinggalnya. Bilik darjah
bercantum biasanya terdapat di kawasan yang terpencil dan kawasan pedalaman yang
mana bilangan penduduknya tidak banyak. Kelas bercantum akan wujud dengan
mencantumkan dua atau tiga kumpulan murid yang terdiri daripada tahun-tahun
persekolahan yang berlainan. Kelas bercantum biasanya tedapat di sekolah-sekolah yang
| 87
Pengalaman Berasaskan Sekolah
mempunyai bilangan murid yang melebihi 145 orang. Bilangan guru termasuk guru besar
pula tidak melebihi 5 orang. Seorang guru akan mengajar lebih daripada satu tahun
persekolahan secara serentak dalam sesebuah kelas bercantum. Kelas bercantum ini
biasanya didapati di sekolah-sekolah yang terletak di kawasan pedalaman.
Ciri-ciri kelas bercantum adalah, murid-murid dalam sesebuah kelas bercantum
adalah berlainan mengikut tahun persekolahan mereka. Kelas bercantum mengandungi
murid-murid Tahun1, 2 dan 3. Lingkungan umur adalah antara 7 hingga 9 tahun. Bilangan
guru dalam sekolah yang mempunyai kelas bercantum biasanya tidak melebihi 5 orang.
Guru terpaksa mengajar murid-murid daripada dua atau tiga kelas serentak. Strategi
pengajaran dan pembelajaran dalam kelas bercantum adalah tersendiri dan berlainan
daripada kelas biasa. Kemudahan bangunan sekolah biasanya kurang lengkap.
Bilik Darjah Prasekolah
Pendidikan prasekolah merupakan asas pendidikan bagi kanak-kanak berumur 4-6
tahun sebelum mereka memulakan persekolahan secara formal di sekolah rendah.
Pendidikan prasekolah penting untuk menyuburkan perkembangan kanak-kanak dari segi
JERIS (Jasmani, Emosi, Rohani, Intelek dan Sosial) melalui aktiviti pembelajaran dan
permainan dengan menggunakan deria penglihatan, pendengaran, rasa, hidu dan sentuh
mereka. Dalam bilik darjah prasekolah, kerusi-meja disusun mengikut bilik darjah KBSR.
Aktiviti berbentuk permainan menjadi pembelajaran utama kanak-kanak prasekolah. Sebuah
bilik darjah prasekolah yang lengkap mempunyai sudut bacaan bahasa, sudut permainan,
sudut matematik, sudut teka-teki, sudut manipulative, sudut sains, sudut muzik dan sudut
lukisan. Pengajaran dan pembelajaran dalam prasekolah lebih kepada untuk menarik minat
kanak-kanak untuk belajar. Bilik darjah prasekolah direka khas bagi memastikan keselesaan
dan menarik minat kanak-kanak. Guru perlulah mewujudkan hubungan mesra antara guru
dengan kanak-kanak kerana guru dan kanak-kanak akan menghabiskan sebahagian besar
waktu pembelajaran di dalam kelas tersebut. Sudut-sudut pembelajaran prasekolah perlulah
menarik dengan dihiasi sudut lukisan, sudut permainan, sudut muzik, rak-rak buku dan
papan kenyataan. Antara perkara penting yang perlu diambil kira oleh guru adalah
memastikan keselamatan kanak-kanak terjamin dan setiap ruang yang disediakan dapat
mendorong pembelajaran kanak-kanak.
Ciri-ciri bilik prasekolah, bilik darjah ini dikhaskan untuk kanak-kanak lingkungan 4-6
tahun. Ia merupakan tempat melatih kanak-kanak secara tidak formal dan melalui aktiviti
permainan. Meja-kerusi disusun mengikut kumpulan seperti bilik darjah KBSR Tahun satu.
Dinding sekeliling bilik darjah prasekolah dihiasi gambar, pelbagai carta dan ada lukisan
yang berwarna-warni. Sesebuah bilik darjah prasekolah moden pula dilengkapi dengan
| 88
Pengalaman Berasaskan Sekolah
ruang membaca, peralatan permainan bercorak pendidikan asas, computer, televisyen, dan
alatan muzik. Pendidikan jasmani melalui permainan di padang permainan kanak-kanak
berdekatan bilik darjah prasekolah adalah diutamakan. Bilangan murid prasekolah biasanya
melebihi 10 orang.
Contoh bilik darjah prasekolah
Bilik Darjah KBSR dan KBSM
Bilik darjah KBSR mula diperkenalkan pada tahun 1982 manakala bilik darjah KBSM
pula mula diperkenalkan pada tahun 1988. Program KBSR menekankan aktiviti
pembelajaran murid secara kumpulan dan interaksi antara guru dengan murid
diperkenalkan. KBSR menggunakan pendekatan pengajaran yang berpusatkan murid iaitu
penyertaan murid amat digalakkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Bagi bilik
darjah KBSM, susunan meja berbentuk kumpulan menggalakkan murid-murid terlibat secara
aktif serta kerap berinteraksi untuk mewujudkan potensi individu yang menyeluruh dan
bersepadu supaya dapat membentuk insan yang harmoni dan seimbang dari segi intelek,
rohani, emosi dan jasmani.
Ciri-ciri bilik darjah KBSR ialah, kerusi-meja disusun mengikut kumpulan. Murid-
murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan mengikut kebolehan masing-masing.
Penglibatan murid-murid dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran digalakkan. Suasana
pembelajaran yang kondusif dapat diperhatikan melalui pameran hasil kerja murid serta alat
bantuan mengajar yang berkaitan. Ruang-ruang pembelajaran disediakan untuk
memudahkan murid-murid menjalankan aktiviti pembelajaran. Aktiviti murid adalah dalam
keadaan yang aktif. Bilik darjah KBSR dan KBSM ialah murid-murid dibahagikan kepada
beberapa kumpulan mengikut kebolehan masing-masing dengan susunan meja dan kerusi
disusun mengikut kumpulan, penglibatan murid secara aktif digalakkan untuk bergerak dan
| 89
Pengalaman Berasaskan Sekolah
berbincang dengan guru atau rakan dengan kaedah pembelajaran lebih berpusatkan murid,
interaksi guru dengan murid dan murid dengan murid menjadi lebih kerap serta suasana
pembelajaran yang lebih kondusif dan ruang pembelajaran yang disediakan memudahkan
murid-murid menjalankan aktiviti pembelajaran.
Contoh bilik darjah KBSR
Bilik Darjah Multimedia
Penggunaan computer dalam pendidikan telah membawa kepada perkembangan
sistem pendidikan yang semakin canggih. Komputer telah membawa reformasi
perkembangan baru dalam pelbagai bidang pendidikan seperti pengurusan sekolah, teori
pendidikan, teknologi pendidikan, teori pengajaran dan pembelajaran, sistem pentadbiran
pendidikan dan kemahiran latihan asas. Bilik darjah multimedia yang menggunakan konsep
ICT, kebanyakannya ia diperkenalkan di sekolah Bestari bagi mendedahkan murid-murid
mengenai teknologi terkini. Bilik darjah multimedia hendaklah cukup besar bagi menampung
peralatan meja, kerusi dan komputer. Setiap murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan
untuk berkongsi dari segi penggunaan komputer. Di dalam bilik darjah ini, guru hendaklah
berusaha memastikan bilik darjah multimedia benar-benar berfungsi supaya tidak
menjejaskan pengajaran dari segi kesesuaian tempat duduk, bilangan computer dan segala
keperluan lain yang boleh mengganggu pembelajaran.
| 90
Pengalaman Berasaskan Sekolah
Contoh bilik darjah multimedia
KAEDAH MENINGKATKAN PENGURUSAN BILIK DARJAH
Menurut Robiah Siddin (1993), beliau telah mengemukakan empat perkara utama yang
perlu diberi perhatian dan pertimbangan, hasil daripada tinjauan pengurusan bilik darjah di
beberapa buah sekolah di Muar, Johor. Perkara tersebut ialah :
a. Jumlah pelajar di dalam kelas
Rata-rata kebanyakan sekolah di Malaysia mempunyai jumlah bilangan yang ramai
iaitu antara 40 hingga 50 orang pelajar. Oleh itu, tentulah sukar bagi guru untuk
mengurus kelas yang terlalu ramai pelajar.
b. Komunikasi di bilik darjah
Aktiviti dan interaksi di dalam kelas kebanyakannya didapati amat sedikit. Guru
hanya memberikan kuliah dan pelajar dan pelajar pula cuma bercakap apabila
disoal.
c. Kemudahan asas
Walaupun kemudahan asas seperti meja, kerusi, almari, kipas angin dan lampu
disediakan di bilik darjah, kemudahan asas ini tidak dijaga dengan sempurna.
d. Waktu senggang antara pelajaran
Guru tidak menyediakan waktu senggang atau rehat selama lima minit antara
pelajaran.
Keempat-empat perkara yang diperkata itu, jika diberi perhatian dan tindakan dapat
mempertingkat lagi keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan
bilik darjah. Guru tidak dapat memberi perhatian yang secukupnya kepada setiap pelajar
| 91
Pengalaman Berasaskan Sekolah
sekiranya jumlah pelajar di dalam sesebuah kelas terlalu ramai. Ramai pengkaji
mengatakan bahawa jumlah ideal bagi sesebuah kelas adalah tidak melebihi 35 orang
pelajar. Agak sukar bagi guru untuk berinteraksi dengan jumlah pelajar yang ramai. Bahkan
guru tidak dapat mengingati nama kebanyakan pelajar di dalam kelasnya. Dari aspek
psikologi pendidikan, mengetahui nama pelajar adalah amat penting bagi guru. Hubungan
pelajar dengan guru akan lebih mesra dan ikhlas sekiranya guru benar-benar mengenali
pelajarnya.
Kemudahan asas bilik darjah perlu dijaga dengan baik. Tugas menjaga kebersihan
bilik darjah perlu dilakukan setiap hari. Sebarang kerosakan kemudahan asas ini perlu
dilaporkan dengan segera agar suasana kelas akan kekal kondusif.
Cadangan untuk menyediakan waktu senggang selama lima minit antara pelajaran
adalah untuk mengelakkan gangguan ketika guru mengajar. Waktu lima minit yang
diperuntukkan itu boleh digunakan oleh pelajar untuk berehat sebentar, atau untuk beralih
kelas, atau untuk ke tandas. Oleh itu, guru dapat memulakan pelajaran dengan mudah,tepat
dan tanpa diganggu oleh pelajar yang ingin keluar kerana sebab-sebab tertentu.
PENGURUSAN FIZIKAL, SUMBER DAN ORGANISASI
Bilik darjah yang mempunyai peralatan asas iaitu papan hitam, papan kenyataaan, dan
ruang yang selesa, meja dan kerusi untuk guru dan murid, almari, yang diahiasi dengan
penyediaan bahan-bahan bacaan, dan bahan bantuan mengajar serta peralatan sokongan
serta dihiasi dengan keceriaan dan kebersihan. Susunan meja dan kerusi dalam bilik darjah
sebaik-baiknya memberi kemudahan kepada murid-murid mengadakan aktiviti pembelajaran
berpusatkan murid dan aktiviti berkumpulan. Murid mudah berinteraksi sesama mereka dan
mudah berinteraksi dengan guru. Bilik darjah yang berukuran 7 meter x 9 meter boleh
memuatkan 40 orang murid. Cahaya yang mencukupi dan pintu dan tingkap yang terbuka
yang membolehkan pengedaran udara yang secukupnya. Papan kenyataan yang dilengkapi
dengan jadual waktu, jadual bertugas, carta organisasi, pelan keselamatan, sudut mata
pelajaran, sudut bacaan atau rujukan, kata-kata motivasi, termasuk kemudahan
penggunaan laman web, komputer dan CD dan LCD sehingga melahirkan pembudayaan
bilik darjah yang kondusif. Hasilnya terjelma suasana yang harmonis, ceria, dan semangat
kepada murid dan guru untuk berada lebih lama kerana terasa seolah-olah berada dalam
sebuah rumah sendiri, wujudnya perasaan saling berkerjasama dan kekitaan dan semangat
berdikari, iaitu bersama berusaha memajukan diri dan kumpulan secara kolektif. Murid
sebagai sumber manusia yang akan dijelmakan menjadi murid yang berpengetahuan dan
berkemahiran dan berketrampilan memerlukan pengurusan dan perancangan strategik yang
berkesan. Guru berperanan sebagai pencetus idea, pembimbing, fasilitator bagi melahirkan
| 92
Pengalaman Berasaskan Sekolah
suasana pembelajaran yang mengcakupi semua bidang kemahiran sebagai sumber kepada
pembinaan modal insan. Suasana pembelajaran yang kondusif, menyeronokkan,
bermotivasi, bermoral, kreatif, menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih
berfokus.Kejayaan guru mengurus fizikal, sumber dan suasana bilik darjah yang kondusif,
bermakna guru telah berjaya membentuk budaya berdisiplin, kerjasama, sayang kepada
keindahan alam sekitar, mematuhi setiap arahan, kehidupan berkualiti, yang melambang
sebahagian daripada keimanan. Persediaan untuk menghasilkan pengajaran dan
pembelajaran yang berkesan merupakan sebahagian daripada pengurusan bilik darjah
dinamik. Persediaan yang merangkumi pelbagai alatan dan bahan untuk kegunaan guru dan
murid. Ada kalanya murid tidak memberikan perhatian atau berkelakuan di luar daripada
nilai-nilai murni yang hendak digarap boleh dilihat berpunca daripada tidak terdapat
kesinambungan dalam pelajaran disebabkan persediaan guru dari aspek bahan, perlatan,
pengetahuan dan kemahiran yang kurang mantap.
PENGURUSAN BILIK DARJAH
Pengurusan bermaksud satu proses mendapatkan penyertaan, kerjasama, dan
campurtangan ahli untuk mencapai objektif-objektif organisasi atau kumpulan, gerakerjanya
termasuk proses merancang, mengelola, memimpin, mengarah dan mengawal. Bilik darjah
sebagai tempat berlakunya proses pengajaran dan pembelajaran, merupakan tempat yang
terpenting di sekolah. Bilik darjah juga merupakan medan perjuangan utama kerjaya
seorang guru. Pengurusan bilik darjah dinamik ke arah pembinaan modal insan yang
menjurus kepada pembinaan jasmani, emosi, rohani dan intelek memerlukan pelbagai
pengetahuan, kemahiran, prosedur, teknik dan strategi. Guru seharusnya memiliki gaya
kepimpinan, kemahiran merancang, kecekapan mengurus, kepelbagaian dalam pengajaran
dan pembelajaran, kebijaksanaan interpersonal, kemahiran berkomunikasi, kemahiran
kaunseling dan mampu mengendalikan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK). Pelbagai
kekangan dan permasalahan akan wujud dalam bilik darjah, kebiasaannya guru berhadapan
dengan tiga cabaran yang besar iaitu kerenah murid, memastikan hasil pembelajaran
tercapai dan hambatan masa. Guru yang berwibawa bijak bertindak sebagai penyelesaian
masalah, memperjelaskan objektif-objektif setiap perkara yang melibatkan bilik darjah
termasuk pengajaran dan pembelajaran serta penilaian (pentaksiran), keceriaan, dan
pengurusan murid sebagai pelanggan utama. Pengurus yang berwibawa sentiasa
bersungguh-sungguh menjalankan tugas yang diamanahkan, kreatif dan innovatif, dedikasi,
adil, cekap, mesra,periang, bertimbangrasa, bersikap terbuka, tenang, sabar dan sentiasa
bersedia untuk mendengar rungutan, kritikan dan teguran yang dianggap sebagai cabaran
dalam kerjaya. Pengurusan tanpa cacat (zero defect) yang peka dan sentiasa mencari
| 93
Pengalaman Berasaskan Sekolah
pendekatan baru untuk memperbaiki kelemahan-kelemahan serta kekurangan yang menjadi
punca kepada pembaziran dan kegagalan di samping memiliki gaya pengurusan kualti yang
mencakupi semua aspek bagi meningkatkan produktiviti, keberkesanan program dan
bertindak dengan cekap. Pengurusan bilik darjah yang menyeluruh melibatkan pengurusan
fizikal, peralatan dan sumber, pengurusan murid (pelanggan), pengurusan organisasi,
pengurusan masa dan pengurusan pengajaran dan pembelajaran serta penilaian.
MENENTUKAN SUASANA BILIK DARJAH
a. Iklim Sosial
Dari aspek pengurusan bagi mewujudkan iklim sosial, guru hendaklah merancang
pergerakan pelajar, tingkahlaku pelajar di dalam kelas semasa guru mengajar, mewujudkan
kumpulan perbincangan, bertanyakan soalan, berbudi bahasa, mengadakan prosedur dalam
peminjaman dan pemulangan peralatan pembelajaran.
Suasana sosial yang berlaku di dalam bilik darjah merupakan satu faktor yang
penting dalam memastikan suasana pembelajaran itu berlaku dalam keadaan yang positif.
Terdapat pelbagai kaum dan budaya dalam setiap bilik darjah. Oleh itu, sosialisasi
memainkan peranan penting dalam mengawal suasana di dalam bilik darjah. Suasana sosial
ini dapat dibahagikan kepada tiga kumpulan iaitu guru, murid serta guru dan murid
pendidikan khas.
(i) Guru
Suasana sosial di dalam bilik darjah yang melibatkan guru ialah interaksi
dengan murid-murid, berkomunikasi dengan suara yang jelas, menggunakan ayat
yang mudah difahami, menjadikan murid sebagai rakan dan menunjukkan
keperibadian mulia. Hal ini, dapat mewujudkan interaksi antara guru dan murid
dengan berkesan dan akan mencapai matlamat pengajaran dan pembelajaran.
a. Perlu banyak berinteraksi dengan murid-murid.
Sebagai seorang guru, interaksi dengan murid adalah amat penting dalam
mewujudkan suasana sosial di dalam bilik darjah. Kini, kebanyakan guru hanya
mengajar murid semata-mata dan atlamat mereka adalah hanya untuk menamatkan
silibus pelajaran yang diperolehi. Mereka tidak cuba untuk mengenali murid-murid
yang diajar kerana bagi mereka, hubungan diantara guru dan murid adalah sekadar
guru sebagai pemberi ilmu untuk lulus peperiksaan dan tidak perlu untuk guru
| 94
Pengalaman Berasaskan Sekolah
mengenali murid-murid mereka. Hal ini menyebabkan hubungan murid dengan guru
menjadi rengang dan interaksi kurang berlaku semasa dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Bagi mengatasi perkara ini, guru perlulah mengambil inisiatif untuk
mengenali murid-murid mereka. contohnya, guru boleh cuba mengingat nama-nama
murid yang diajar mereka. Walaupun guru hanya mengingati nama mereka, murid itu
akan merasa diri mereka diambil berat oleh guru tersebut. Selain itu, dalam proses
pengajaran dan pembelajaran, guru perlu banyak mewujudkan interaksi dengan
murid. Gunakan beberapa pendekatan pengajaran yang berbentuk hubungan dua
hala seperti bersoal jawab dan bertanya pendapat. Murid akan lebih berasa terlibat
di dalam sesi pengajaran dan pembelajaran itu. Dengan ini, murid akan berasa
selesa berada di samping guru dan lebih berasa terbuka dalam berinteraksi dengan
guru.
b. Berkomunikasi dengan menggunakan suara yang jelas
Pertuturan merupakan cara komunikasi yang digunakan bagi mewujudkan
hubungan sosial antara seorang dengan seorang yang lain. Nada suara yang
digunakan memainkan peranan dalam perhubungan sosial yang berlaku. Sebagai
seorang guru, nada suara adalah amat penting dalam memastikan apa yang
disampaikan oleh guru tersebut difahami para pelajar. Terdapat guru yang mengajar
dengan menggunakan nada suara yang terlalu perlahan atau lembut ataupun nada
suara yang terlalu kuat atau keras. Ini memberi kesan kepada psikologi para pelajar.
Ramai yang menganggap dengan bercakap kuat, murid-murid akan memberikan
tumpuan kepada guru. Sebenarnya, guru perlulah bercakap dengan menggunakan
nada suara yang sederhana tetapi jelas butir bicaranya. Selain itu, guru juga kurang
menggunakan bahasa badan dalam berkomunikasi. Bahasa badan ini adalah
penting dalam berkomunikasi kerana ia dapat menunjukan seorang guru itu yakin
dan selesa dengan penyampaiannya. Bahasa badan ini termasuklah mimik muka,
gerak laku tubuh serta intonasi suara. Dari bahasa tubuh yang ditunjukkan, murid
dapat mengagak emosi guru tersebut. Dengan komunikasi yang jelas, murid-murid
akan lebih fokus dan dapat memahami isi pengajaran.
c. Menjadikan murid sebagai rakan tetapi masih terdapat batasan-batasan
Hubungan antara guru dan murid adalah sesuatu aspek sosial yang utama di bilik
darjah. Terdapat guru yang sukar untuk didekati oleh pelajar oleh kerana personaliti
| 95
Pengalaman Berasaskan Sekolah
yang ditonjolkan oleh guru tersebut kurang mesra dan guru yang mempunyai
personaliti yang lemah dan tidak menonjol. Ini menyebabkan hubungan guru dan
murid tidak rapat. Bagi mengatasi perkara ini, guru perlu menunjukan personaliti
yang mudah didekati oleh murid. Contohnya, mengunakan faktor kemanusiaan
menggunakan elemen yang melucukan ketika berinteraksi dengan murid. Hal ini
akan menarik perhatian para pelajar dan akan menimbulkan keseronokan kepada
mereka. Seorang guru juga perlu tunjukkan kepada murid bahawa guru merupakan
salah seorang rakan mereka. Tetapi perlu diingatkan bahawa terdapat batasan-
batasan yang perlu dijaga oleh guru, iaitu dari segi bahasa yang digunakan, bahasa
tubuh dan hal-hal peribadi supaya murid tidak akan hilang rasa hormat kepada guru.
Apabila murid berasa guru itu sebagai rakan, mereka akan berasa lebih selera.
d. Guru menunjukan keperibadian yang mulia
Tugas guru bukan sahaja sebagai pengajar ilmu kepada murid-murid tetapi
juga pendidik keperibadian mulia. Guru merupakan salah seorang contoh teladan
yang diikuti oleh murid. Sikap guru yang suka menyindir murid menyebabkan murid
akan berasa tersinggung. Guru perlu mengelakkna daripada menyindir pelajar. Hal
ini kerana, motivasi pelajar akan merudum dan akan menyebabkan gangguan
psikologi pelajar tersebut. Selain itu, guru perlu mengawal perasaan marah mereka
dan tidak terlalu agresif terhadap pelajar. Hal ini sering berlaku pada masa kini dan
sering terpapar dalam dada akhbar tentang berita murid dipukul oleh guru. Guru-
guru seharusnya berfikir dahulu sebelum mengambil tindakan. Guru boleh menyindir
murid bertujuan supaya menyedarkan mereka, tetapi sindiran itu tidak boleh sampai
menjatuhkan air muka murid. Guru perlulah memikirkan implikasi perbuatan mereka
terhadap murid kerana hal ini adalah penting bagi memastikan suasana sosial yang
terhasil adalah baik.
e. Murid
Suasana sosial di dalam bilik darjah yang melibatkan murid terbahagi kepada dua
iaitu hubungan sesama rakan mereka dan hubungan murid dengan guru.
b. Hubungan sesama rakan
Di dalam bilik darjah, interaksi sosial yang paling utama berlaku kepada murid
adalah interaksi mereka sesama rakan sebaya. Oleh kerana setiap murid
mempunyai personaliti yang berlainan, akan wujud pelbagai jenis situasi sosial di
| 96
Pengalaman Berasaskan Sekolah
dalam bilik darjah. Terdapat dua jenis personaliti iaitu Ekstrovert dan Introvert.
Mereka yang bersifat Ekstrovert merupakan mereka yang mahir bersosial dengan
orang lain. Mereka mempunyai lebih banyak kawan. Manakala mereka yang bersifat
Introvert lebih suka bersendiri dan tidak mahir bergaul denga orang lain.
Selain itu, terdapat juga murid yang hanya bergaul dengan ahli kumpulan
mereka sahaja. Pelajar di peringkat remaja selalunya berkumpul di dalam kumpulan
yang berkongsi minat yang sama. Ini menimbulkan masalah di dalam bilik darjah
seperti buli. Perkara ini menyebabkan pelajar yang dibuli ini merasa tertekan berada
di dalam bilik darjah.
Untuk mengatasi masalah ini, guru perlulah memainkan peranan. Kenal pasti
taraf sosial murid-murid mereka dan ambil tahu apa yang berlaku di dalam bilik
darjah. Pastikan setiap murid kenal akan rakan mereka dan fahami personaliti
mereka. Antara strategi yang boleh dilakukan adalah dengan mengadakan aktiviti
berkumpulan. Guru perlulah membahagikan murid-murid dalam kumpulan yang
berbeza. Campurkan murid yang pelbagai di dalam kumpulan itu dan pastikan
mereka berinteraksi antara satu sama lain. Strategi ini akan membantu para pelajar
mengenali personaliti antara satu dengan yang lain dan akan timbul rasa toleransi
serta hormat-menghormati.
c. Hubungan dengan guru
Dalam membincangkan tentang suasana sosial murid di dalam bilik darjah,
kita tidak terlepas dari membincangkan tentang hubungan sosial murid dengan guru.
Hubungan murid dengan guru yang berlaku di dalam bilik darjah menentukan iklim
yang berlaku. Pada masa kini, cabaran seorang guru dalam mendidik murid adalah
semakin mencabar oleh kerana murid pada zaman ini adalah lebih pandai dan
berani. Ini disebabkan faktor kemajuan bidang teknologi informasi serta faktor
keluarga. Terdapat murid yang menyatakan secara berani bahawa mereka tidak
menyukai guru. Mereka menganggap guru itu sebagai seorang individu yang suka
meleter dan memarahi serta hanya mencari kesalahan murid. Bagi mereka, ilmu
akademik yang diajar kepada mereka boleh diperolehi di tempat-tempat lain seperti
pusat tuisyen, internet, perpustakaan ataupun bagi yang mampu, tutor persendirian.
Mereka sebenarnya salah faham tentang kepentingan guru bukan sahaja sebagai
mengajar ilmu akademik sahaja, tetapi sebagai model insan yang boleh dicontohi.
Hal ini akan mewujudkan masalah tingkah laku murid ke atas guru seperti
| 97
Pengalaman Berasaskan Sekolah
mengunakan kata-kata kesat terhadap guru, vandalisme dan yang lebih teruk lagi
memukul guru. Ini menyebabkan hubungan sosial di dalam kelas menjadi buruk.
Bagi mengatasi masalah ini, guru perlulah menggunakan pendekatan-
pendekatan yang sesuai bagi menangani pelajar begini. Antara pendekatan yang
boleh digunakan adalah pendekatan psikologi.
Seterusnya, dalam mewujudkan suasana sosial yang positif dalam bilik
darjah, murid perlu berinteraksi dengan guru dengan beradab dan bersopan. Dalam
sub-tajuk suasana sosial di dalam bilik darjah melibatkan guru, guru perlu
menjadikan murid sebagai rakan, begitu juga sebaliknya. Murid juga perlu
menjadikan guru sebagai rakan, tetapi masih perlu menjaga batasan-batasan.
b. Iklim Emosi
Pengurusan bilik darjah terdiri daripada pengurusan fizikal, pengurusan
pembelajaran dan pengurusan tingkah laku yang melibatkan emosi. Ketiga-tiga
perkara ini perlu diberi perhatian yang sewajarnya supaya organisasi bilik darjah
dapat berfungsi seperti yang sepatutnya. Faktor emosi merujuk kepada perasaan
murid-murid terhadap guru mereka. Suasana emosi ini akan menimbulkan jenis-jenis
tingkah laku murid yang di tentukan oleh sifat guru dan gaya mengajarnya. Mengikut
kajian, suasana emosi bilik darjah yang kondusif biasanya di timbulkan oleh guru
yang mempunyai sifat-sifat seperti penyayang, bertimbang rasa, peramah dan lucu,
serta menjalankan tugas dengan bertanggungjawab dan adil, mengamalkan sikap
demokrasi dan tidak memilih kasih (Mok Soon Sang, 2008). Ganjaran dan pujian
merupakan salah satu cara yang dapat memotivasikan pelajar.
Suasana bilik darjah yang berkesan berlaku apabila terdapatnya iklim sosial
dan juga iklim emosi yang positif. Pengurusan hal ehwal murid dalam bilik darjah
melalui pendekatan sifat penyayang yang digambarkan oleh guru memudahkan
guru agar bercakap dengan bahasa yang lembut dan dan lembut, menegur dan
membaiki kesilapan dengan cara yang berhemah, di samping menggunakan segala
sifat terpuji, akan mempercepat proses kecintaan dan kesetiaan murid terhadap
gurunya, dan memberi kesan kepada pemindahan maklumat daripada guru kepada
muridnya.
Kemahiran yang pelbagai perlu ada dalam diri setiap guru bagi menjamin
pengurusan bilik darjah yang berkesan. Salah satunya adalah kemahiran
| 98
Pengalaman Berasaskan Sekolah
berkomunikasi dan ianya asas yang menjadi akar kepada pembentukan budaya
yang positif dalam bilik darjah. Komunikasi merupakan aspek penting dalam
pengurusan bilik darjah. Ini adalah kerana komunikasi adalah mnyampaikan sesuatu
yang penting atau yang diingini yang melibatkan manusia. Oleh kerana pengurusan
bilik darjah melibatkan manusia iaitu guru dan murid, perhubungan antara mereka
sentiasa wujud dan penting untuk membina proses sosialisasi. Proses sosialisasi di
bilik darjah tidak akan berlaku sekiranya tidak wujud komunikasi.
Komunikasi merupakan proses penyampaian mesej kepada seseorang, sama
ada lisan atau bertulis. Sekiranya mesej yang dihantar oleh penyampai dapat
difahami maksudnya oleh penerima maka komunikasi berkesan telah berlaku.
Komunikasi lisan bukan hanya percakapan sahaja. Ketika guru menulis di papan
hitam untuk kegunaan murid- murid maka komunikasi lisan telah berlaku. Menurut
Feeney (1983) mengatakan bahawa komunikasi merupakan satu proses untuk
menyampaikan maklumat, mesej atau isyarat kepada pihak lain. Proses komunikasi
dibina daripada pengalaman dan persefahaman antara kedua-dua belah pihak.
Tindak balas atau reaksi yang lahir daripada proses komunikasi ini adalah berpunca
daripada pengalaman dan persefahaman yang wujud antara mereka.
Sesetengah murid tidak dapat memahami mesej yang disampaikan oleh guru
mereka disebabkan pelbagai faktor. Bagi memperbaiki masalah tersebut, ciri yang
perlu ada pada seseorang guru untuk memperbaiki kemahiran komunikasi di bilik
darjah ialah:
a. Mengamalkan demokrasi dalam komunikasi.
Mengamalkan prinsip demokrasi di dalam bilik darjah dapat memperbaiki
komunikasi. Murid dan guru bebas menyatakan pendapat dan perkongsian dalam
bilik darjah. Wujudnya amalan demokrasi dalam bilik darjah akan melahirkan
suasana yang kondusif dan harmoni. Murid tidak akan rasa berasa takut atau
tertekan untuk menyuarakan pendapat mereka. Mereka bebas menyuarakan
pandangan walaupun pandangan mereka itu kurang disenangi oleh guru dan rakan
lain.
b. Menghormati perasaan orang lain.
Proses komunikasi juga melibatkan domain efektif, di samping kognitif dan
psikomotor. Sebagai guru, seseorang itu perlu menghormati orang lain, termasuklah
menghormati perasaan atau emosinya. Murid yang tersinggung perasaannya tidak
akan berkomunikasi dengan baik. Atau mungkin ia tidak mahu lagi berkomunikasi
| 99
Pengalaman Berasaskan Sekolah
dengan guru dan seterusnya tidak menyukai guru tersebut. Guru perlu sedar akan
perasaan atau isi hati muridnya agar dapat mewujudkan iklim yang sesuai untuk
berkomunikasi di bilik darjah.
c. Kesediaan untuk mendengar.
Komunikasi bermaksud penyampaian makluamat yang berlaku antara dua pihak,
iaitu pemberi maklumat dan penerima maklumat. Walaupun guru merupakan orang
yang terpenting sebagai pemberi maklumat di bilik darjah, kadang kala guru juga
perlu menjadi penerima maklumat. Kesediaan guru untuk mendengar apa yang
diujar oleh murid dapat mewujudkan suasana yang baik untuk proses
berkomunikasi. Murid akan lebih bersedia untuk memberi pandangan dan
perkongsian ilmu mereka sekiranya mereka mengetahui bahawa guru mereka sedia
untuk mendengar.
d. Menyesuaikan diri dengan situasi.
Guru perlu bijak mengubah peranan mengikut kehendak situasi. Sekiranya
berhadapan dengan situasi yang berbeza, guru perlu menukar cara berinteraksi
yang bersesuaian dengan individu atau kumpulan berkenaan. Contohnya ketika
murid sukar untuk dikawal semasa perbincangan atau semasa bersukan. Guru perlu
bijak menangani murid untuk dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran baru. Ini
kerana, murid di dalam sesebuah kelas adalah terdiri daripada individu-individu atau
kelompok-kelompok yang berbeza. Guru yang prihatin dan sensitif dapat
menyesuaikan diri mengikut keadaan dan situasi.
e. Menggunakan bahasa yang berkesan.
Bahasa merupakan media terpenting dalam proses komunikasi di bilik darjah.
Bahasa mampu mengubah seseorang atau sekumpulan manusia seperti murid.
Mesej atau maklumat yang disampaikan oleh guru kepada murid perlu
menggunakan bahasa yang berkesan iaitu tepat, jelas dan ringkas. Penggunaan
bahasa yang panjang dan meleret - leret akan menyukarkan pemahaman dan
mungkin akan berlakunya penyalahan tafsiran. Bagi memudahkan guru untuk
memahamkan sesuatu kepada murid, guru boleh menggunakan bahasa yang tidak
format yang dapat memahamkan mereka.
Seterusnya adalah aspek pengurusan pengajaran dan pembelajaran di dalam
bilik darjah. Pengajaran dan pengurusan adalah penting dan saling berhubungkait.
Ia melibatkan perancangan guru dalam memastikan proses pengajaran dan
pembelajaran yang berlaku dapat mencapai matlamat dan objektif yang ditetapkan.
| 100
Pengalaman Berasaskan Sekolah
Peningkatan profesionalisme guru di dalam bilik darjah dilihat dalam aspek
kebolehan menyusun organisasi pembelajaran, mencorak kualitipembelajaran,
kebolehan mencorak iklim dalam bilik darjah dan perkara yang berkaitan dengannya.
Bagi mencapai tahap kecekapan yang optimum dalam pengurusan pengajaran dan
pembelajaran maka ini memerlukan kebijaksanaan dan penelitian dalam
perancangan, pelaksanaan, penyeliaan, penilaian dan refleksi. Merancang
kurikulum, sukatan pembelajaran, huraian sukatan, bahan rujukan tambahan sama
ada dari buku - buku yang terdapat di kedai-kedai buku atau boleh juga diakses
melalui internet.
Setiap guru mempunyai gaya , teknik serta kebolehan yang berbeza-beza
bergantung kepada personaliti, pengalaman, dan latihan yang diterima (Shaharir,
1984). Faktor emosi juga dapat di lihat melalui kepimpinan guru dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. Antara jenis kepimpinan guru ialah; gaya kepimpinan
autokratik iaitu mengawal murid melalui ganjaran dan hukuman sehingga
mengwujudkan suasana yang tertekan dan tidak menarik serta tidak kondusif. Gaya
kepimpinan demokratik iaitu berkongsi tanggungjawab dengan murid dengan
memberikan galakan bukannya dengan desakan bagi menghasilkan aktiviti
pengajaran dan pembelajaran yang lebih menarik dan menyeronokan. Gaya
kepimpinan Laissez-Faire iaitu kebebasan sepenuhnya dalam apa jua aktiviti
pembelajaran sehingga menjadikan bilik darjah tidak terurus, kucar kucir, dan
perhubungan antara guru dan murid menjadi tidak akrab dan mesra. Selain itu, guru
juga perlu peka dengan tugasan yang di berikan kepada murid berorientasikan
kepada peningkatan interaksi dan pertumbuhan kognitif di kalangan murid-murid (Dr
Ragbir Kaur, 2008). Dengan kata lain tugasan yang di berikan kepada murid-murid
dapat mewujudkan iklim yang kondusif serta membantu dalam penyediaan bahan
dan alatan, tugasan-tugasan yang diberikan kepada setiap murid pada awal tahun
lagi dapat membantu mengembangkan budaya bertanggungjawab, berkerjasama
serta hubungan yang baik antara mereka dan juga hubungan antara guru dengan
murid, dan peranan guru sebagai pembantu penyelsaian masalah yang dihadapi
oleh murid-murid (Haji Samsudin bin Md Noor).
| 101
Pengalaman Berasaskan Sekolah
PENGURUSAN FIZIKAL
Faktor fizikal merangkumi segala bentuk kemudahan dan peralatan yang terdapat di
sekolah. Susunan peralatan bilik darjah serta bahan pembelajaran perlulah kreatif,
ceria dan pelbagai agar lebih kondusif. Bilik darjah yang kondusif mestilah
mempunyai peralatan asas iaitu papan hitam, papan kenyataaan, dan ruang yang
selesa, meja dan kerusi untuk guru dan murid, almari, yang di hiasi dengan
penyediaan bahan-bahan bacaan, dan bahan bantuan mengajar serta peralatan
sokongan serta dihiasi dengan keceriaan dan kebersihan. Susunan meja dan kerusi
dalam bilik darjah sebaik-baiknya memberi kemudahan kepada murid-murid
mengadakan aktiviti pembelajaran berpusatkan murid dan aktiviti berkumpulan.
Murid mudah berintraksi sesama mereka dan mudah berintraksi dengan guru. Bilik
darjah yang berukuran standard mampu memuatkan 35 hingga 40 orang murid.
Cahaya bagi menerangkan ruang kelas yang mencukupi dan pintu serta tingkap
yang terbuka luas membolehkan pengedaran udara yang secukupnya. Papan
kenyataan yang dilengkapi dengan jadual waktu, jadual bertugas, carta organisasi,
pelan keselamatan, sudut mata pelajaran, sudut bacaan atau rujukan, kata-kata
motivasi, termasuk kemudahan penggunaan laman web, komputer dan CD dan LCD
sehingga melahirkan pembudayaan bilik darjah yang kondusif. Hasilnya terjelma
suasana yang harmonis, ceria, dan semangat kepada murid dan guru untuk berada
lebih lama kerana terasa seolah-olah berada dalam sebuah rumah sendiri, wujudnya
perasaan saling berkerjasama dan kekitaan dan semangat berdikari, iaitu bersama
berusaha memajukan diri dan kumpulan secara kolektif.(Haji Samsudin bin Md
Noor, http://www.google.com.my). Konsep bilik darjah akan berubah-ubah mengikut
perkembangan pendidikan. Pelajar mudah berinteraksi dengan guru dan rakan-
rakan dengan keadaan bilik darjah yang sesuai dan kondusif. Secara
keseluruhannya, semua perkara di dalam bilik darjah perlu diatur dengan sempurna
untuk mewujudkan persekitaran yang sesuai untuk pembelajaran. Seterusnya bukan
hanya faktor penyusunan alatan yang perlu diambil berat malahan faktor kebersihan
juga. Jika seorang guru terpaksa mengambil masa untuk mengemas kelas setelah
tamat suatu sesi pembelajaran ini bermakna guru itu belum cukup mahir dalam
penugasan kerja. Sewaktu melakukan pengajaran, guru perlu memastikan pelajar
| 102
Pengalaman Berasaskan Sekolah
mempunyai cukup masa untuk menyimpan kembali semua bahan ditempatnya agar
kelas bersedia untuk pelajaran akan datang.
PENGURUSAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Pengurusan pengajaran dan pembelajaran adalah aspek yang terpenting dalam bilik
darjah, merupakan tugas utama yang perlu diberi perhatian yang serius, pembaziran
waktu akan berlaku dalam satu masa pengajaran dan pembelajaran sekiranya
objektif pembelajaran tidak tercapai. Pelan Tindakan Strategik bagi mata pelajaran
yang diajar perlu disediakan oleh guru. Kajian dari aspek kekuatan, kelemahan,
peluang dan halangan yang disertai dengan perancangan untuk lima tahun dan
perancangan untuk tahun semasa selaras dengan perancangan staregik sekolah.
Peningkatan profesionalisma guru dalam bilik darjah dilihat dalam aspek kebolehan
mencorak kualiti pengajaran, kebolehan menyusun organisasi pembelajaran,
kebolehan mencorak iklim dalam bilik darjah, kebolehan mencorak perkembangan
murid termasuk perkembangan akademik, perlakuan, sosial, emosi, rohani, intelek
dan jasmani. Guru yang bercita-cita untuk menjadi pengurus bilik darjah yang
berkesan dapat memahami perasaan dan kehendak hati nurani murid-murid, guru
perlu cekap mencorak iklim yang memberansangkan, kecekapan dan kemahiran
pengajaran, pengurusan masa, produktiviti dan tugas pengajaran dan pembelajaran,
mencorakkan tingkahlaku dan pengawalan disiplin murid. Oleh itu guru berperanan
sebagai pendidik, pemudah cara, pemimpin, pembimbing, penilai, perancang,
perunding dan pendorong ke arah kecemerlangan murid.
Bagi mencapai kecekapan dalam pengurusan pengajaran dan pembelajaran
maka perlukan kebijaksanaan dan penelitian dalam perancangan , pelaksanaan,
penyeliaan, penilaian dan refleksi. Merancang kurikululum, sukatan, huraian
sukatan, buku teks, bahan rujukan tambahan dan maklumat tambahan daripada
pelbagai sumber termasuk laman web. Perkara-perkara yang melibatkan innovasi
dan kreativiti dalam pengajaran dan pembelajaran supaya kelas tidak menjadi beku
dan kaku diikuti dengan perancangan kemajuan pelajar, merangka rancangan kerja
tahunan, termasuk ujian, penilaian dan pentaksiran. Perancangan yang berkualiti
menjamin peningkatan kuantiti dan kualiti dalam proses perkembangan
pembelajaran serta hasilannya. Biasanya tingkahlaku dan minat murid akan berubah
| 103
Pengalaman Berasaskan Sekolah
apabila bertukar guru, ada guru yang digemari murid dan sebalik ada yang tidak
digemari murid. Pembelajaran yang bermakna melibatkan proses memahami,
berfikir, berbincang, membuat pertimbangan, menganalisis, kognitif, bagi
mengembangkan minda murid. Diperluaskan kepada kemahiran komunikasi,
menyesuaikan diri, kemahiran sosial, dan perkembangan tingkahlaku. Prinsip umum
pembelajaran, iaitu meningkatkan dan mengekalkan rasa kejayaan, meluaskan
tahap keintlektualan, kerohanian, kekuatan emosi, dan keteguhan jasmani,
merangsang minat dan menghasilkan keseronokan, memberi ruang dan peluang
untuk mengatasi kelemahan, tidak menakut-nakutkan dan mengungut murid,
sebaliknya memberi peluang kepada mereka memperbaiki kelemahan, tidak
membiarkan kegagalan berterusan, pembelajaran perlu realistik dan boleh
dilakukan, mengambil kira kemampuan murid, pembelajaran perlu dapat
menentukan objektif iaitu apa yang hendak dikuasai oleh murid, dan pembelajaran
juga mampu mencabar kebolehan murid bagi mengembangkan potensi mereka.
Guru perlu memiliki beberapa kemahiran penting, kerana kemahiran
mengajar menjadi instrumen untuk kejayaan dalam mengurus bilik darjah, antara
kemahiran dalam pelbagai kaedah pengajaran dan pembelajaran yang boleh diambil
dari modul, model, kaedah dan teknik yang sedia ada atau menggunakan daya
innovasi dan kreativiti membina model-model tersendiri, kemahiran berkomunikasi,
kemahiran interpersonal, kemahiran dalam bimbingan dan kaunseling, kemahiran
dalam menawan emosi atau kesedaran emosi juga menjadi pemangkin dalam
pengajaran dan pembelajaran.
Komunikasi adalah medan pemindahan pengetahuan, penyampaian
pengajaran, mengembangkan kemahiran berkomunikasi, dan mendapat maklumat.
Mengamalkan komunikasi berkesan, penggunaan bahasa, kesediaan mendengar,
meningkatkan proses intraksi, komunikasi terbuka, kemahiran bertutur dan
mengemukakan pandangan, berhujah dan berdialog. Guru seharusnya mampu
mengembangkan kemahiran komunikasi, lebih kreatif dan hubungan yang lebih
dinamik kesannya, penyelesaian konflik yang berrlaku, memberi ruang untuk murid
melahirkan pandangan, guru mampu melakukan pengaliran maklumat yang lebih
berkesan, serta mendapat maklum balas yang benar. Guru berjaya menghasilkan
kreativiti dalam pengajaran dan pembelajaran, dengan membina pelbagai
kemahiran, yang boleh meningkatkan kecekapan, dan meluaskan skop
pembelajaran, yang bermatlamat bagi meningkatkan pengajaran guru.
| 104
Pengalaman Berasaskan Sekolah
Justeru itu guru seharusnya mengelakkan masalah yang boleh menjejaskan
keberkesanan komunikasi seperti kekeliruan, salah tafsir, bahasa yang kasar, suara
yang tidak jelas, bahasa badan yang tidak sesuai, memberi tekanan emosi murid,
komunikasi tertutup, tidak memberi perhatian dan tumpuan tentang pengajaran dan
pembelajaran. Kehebatan pengajaran guru bergantung kepada kejelasan suara,
gaya pengajaran yang menarik, fleksibiliti iaitu tidak sehingga membosankan,
inovasi, kreatif, pendekatan yang sentiasa digunakan untuk membaiki kelemahan
murid, penglibatan murid dalam aktiviti kelas, dan pengurusan masa yang berkesan.
Meransang minat, memenuhi keperluan diri, sosial, dan psikologi, dorongan dan
sokongan, mengembangkan potensi, kebolehan, minat, bakat dan keyakinan diri
murid. Kepakaran guru diukur dari aspek inisiatif, dedikasi, perancangan, kerjasama,
kepimpinan, kepakaran, integriti yang tekal dalam organisasi yang dapat
mengujudkan keharmonian dan menunjukkan kesetiaan dan sokongan bagi
menjayakan wawasan, keaktifan, dan pengurusan masa. Pembelajaran murid
terhasil melalui proses pendengaran,pemerhatian, peniruan, membuat, ekplorasi
iaitu pembelajaran yang aktif yang merangsangkan minat murid, melalui latihan,
percubaan, penglibatan dalam aktiviti pembelajaran.
Kejayaan seseorang guru sebagai pengurus di bilik darjah tidak semata-mata
dinilai daripada aspek kemahiran dan teknik pengajaran dan pembelajaran semata-
mata, tetapi kualiti peribadi dan sahsiah diri juga menjadi tarikan kepada murid-
murid. Pada amnya guru yang disukai murid antaranya ialah yang sentiasa berwajah
periang, pandai berjenaka, bersangka baik, berperasaan yang matang, jujur dan
ikhlas dalam menjalankan tugas, berfikiran positif, tenang menghadapi sebarang
krisis, pendengar yang aktif, berjaya menyelesaikan konflik, dan tidak mudah
menyalahkan orang lain. Imam al-Ghazali menggariskan ciri-ciri guru yang efektif
iaitu guru yang memiliki rasa simpati kepada setiap murid dan melayani mereka
seperti anak sendiri, meneladan sunnah Rasulullah S.A.W. yang ikhlas dalam
memberi perkhidmatan, tidak membenarkan murid melaksanakan sesuatu tugas
kecuali guru benar-benar mengetahui pengetahuan tersebut, menasihat murid
secara lembut dan berhemah supaya meninggalkan perkara-perkara yang buruk,
tidak sekali-kali merendahkan disiplin ilmu yang lain di hadapan murid, menghadkan
pembelajaran bersesuaian dengan tahap pencapaian dan pemahaman murid dan
tidak memaksa mereka mencapai sesuatu di luar kemampuan serta menyediakan
| 105
Pengalaman Berasaskan Sekolah
bahan pembelajaran yang mudah difahami, jelas dan bersesuaian dengan tahap
perkembangan akal murid.
RUMUSAN
Bilik darjah merupakan sebuah komuniti kecil dan menjadi tempat di mana
seorang guru dan sekumpulan pelajar saling berinteraksi secara nyata. Ianya
boleh dianggap sebagai satu unit sosial dalam sebuah organisasi sekolah dan
telah menjadi semakin kompleks.
Struktur bilik darjah melibatkan satu atau lebih pusat kuasa yang menetapkan
matlamat, memperuntukkan sumber dan mengarahkan kemajuan. Di dalam
bilik darjah pusat kuasa yang mengawalnya melibatkan pengetua, guru, ibu
bapa dan sekolah itu sendiri di mana setiap individu mempunyai peranan
masing-masing untuk setiap bahagian masyarakat dan perubahan setiap
bahagian ini akan mempengaruhi bahagian-bahagian yang lain.
Seterusnya, menjadi tanggungjawab seorang guru yang menguruskan bilik
darjah mengambil berat terhadap aspek-aspek tertentu seperti menyediakan
peraturan dan amalan bilik darjah supaya pelajar lebih berdisiplin dan
suasana harmoni dalam bilik darjah dapat diwujudkan. Selain itu
pembentukan suasana bilik darjah yang ceria dan menyeronokkan akan
menyebabkan secara tidak langsung gejala ponteng sekolah dapat
dikurangkan. Kualiti pengajaran dan penyusunan organisasi pembelajaran
perlu diperkemas agar pelajar lebih bersedia untuk belajar sekaligus
meningkatkan penglibatan pelajar dalam P&P dan prestasi pelajar.
Guru juga berperanan mengaplikasikan motivasi dalam pengurusan bilik
darjah agar berlaku satu perubahan dan perkembangan positif di kalangan
pelajar selain mendidik mereka agar mempunyai keyakinan diri yang unggul
dan rasa hormat menghormati antara satu sama lain. Pengurusan bilik darjah
yang berkesan mampu meningkatkan kualiti pelajar yang akan dilahirkan oleh
institusi pendidikan, sekaligus dapat mengurangkan masalah sosial yang
semakin menjadi-jadi sejak akhir-akhir ini.
| 106
Pengalaman Berasaskan Sekolah
5.0 BIBLIOGRAFI
Abdul Rahim Abdul Rashid & Abdul Aziz Abdul Talib & Abdul Ghafar Md. Din
Mohamad Haron, Panduan Latihan Mengajar, Dewan Bahasa dan
Pustaka, Kuala Lumpur, 1992.
Guey R. Lefroncis, Physiology for Teaching, London, 2003.
R.S.Barth (1976) Open Educational of American School. America : Oxford
published.
Samsudin bin Mohd Noor, Pengurusan Bilik Darjah diperoleh pada 2 Oktober
2011 daripada
http://www.google.com/doc/4870216/PENGURUSAN BILIK-DARJAH
http://www.scribd.com/doc/13961139/Aplikasi-Ilmu Sosiologi-Pendidikan-Dalam
Pengurusan-Bilik-Darjah
Ragbi Kaur, (2008). Pengurusan Bilik Darjah Dalam Konteks Pengajaran dan
Pembelajaran Perakaunan : Pearson Prentice Hall.
Mok Soon Sang (2008). Peranan Kepimpinan Guru Dalam Mempengaruhi Iklim
Bilik Darjah. Diperoleh pada September, 2011 daripada
http://www.scribd.com/doc/27154139/Ulasan Jurnal-Peranan
Kepimpinan-Guru.
Robiah Sidin (1993) Classroom Management. Kuala Lumpur. Penerbit Fajar
Bakti Sdn. Bhd.