unit 6 - undang-undang sewa beli

20
UNDANG-UNDANG SEWABELI P2114 / UNIT 6 / 1 UNDANG-UNDANG SEWABELI OBJEKTIF OBJEKTIF AM Mendedahkan kepada pelajar mengenai definisi agensi, ujian kewujudan agensi serta hak dan tanggungjawab prinsipal kepada agensi. OBJEKTIF KHUSUS Di akhir unit ini, anda sepatutnya boleh: POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA UNIT 6

Transcript of unit 6 - undang-undang sewa beli

Page 1: unit 6 - undang-undang sewa beli

UNDANG-UNDANG SEWABELI P2114 / UNIT 6 / 1

UNDANG-UNDANG SEWABELI

OBJEKTIF

OBJEKTIF AM

Mendedahkan kepada pelajar mengenai definisi agensi,

ujian kewujudan agensi serta hak dan tanggungjawab

prinsipal kepada agensi.

OBJEKTIF KHUSUS

Di akhir unit ini, anda sepatutnya boleh:

a. Menjelaskan maksud agensi

b. Menyenaraikan ujian-ujian kewujudan agensi

c. Menerangkan hak prinsipal kepada agen

d. Menghuraikan tanggungjawab prinsipal kepada agen

POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

UNIT 6UNIT 6

Page 2: unit 6 - undang-undang sewa beli

UNDANG-UNDANG SEWABELI P2114 / UNIT 6 / 2

6.0 PENGENALAN

Undang-undang Agensi adalah berkait rapat dengan undang-undang kontrak.

Undang-undang agensi ditadbir oleh Bahagian X Akta Kontrak 1950.

Dua perkataan yang perlu difahami sebelum memulakan topik ini ialah seperti

yang diterangkan dalam seksyen 135 Akta Kontrak 1950 iaitu :

Agen - seseorang yang diambil atau digajikan untuk bekerja bagi pihak orang

lain.

Prinsipal - orang yang melantik ejen untuk melakukan kerja bagi pihaknya.

DEFINISI AGENSI

Agensi ialah perhubungan antara agen dan prinsipal yang mana agen akan

diberi kuasa oleh prinsipal untuk mewakilinya membuat urusan dengan pihak

ketiga. Apabila kontrak telah dibuat, pihak yang akan bertanggung jawab ke

atas kontrak tersebut ialah prinsipal dan bukannya agen.

POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Page 3: unit 6 - undang-undang sewa beli

UNDANG-UNDANG SEWABELI P2114 / UNIT 6 / 3

6.1 UJIAN-UJIAN KEWUJUDAN AGENSI

Pada umumnya agensi boleh wujud dalam berbagai cara seperti yang diterangkan di

bawah.

a. Perjanjian yang nyata

Agen dilantik secara nyata oleh prinsipal samada dengan cara bertulis atau lisan.

Contohnya surat kuasa wakil.

b. Termaklum atau tersirat

Pada umumnya agensi termaklum wujud melalui beberapa cara:

i. Prinsipal melalui kata-kata atau perbuatan telah mengemukakan seseorang

sebagai agen. Ini diperuntukkan di bawah seksyen 140 AK 1950. Ini boleh

dirujuk melalui contoh kes CHAN YIN TEE LWN WILLIAM JACKS &

CO. (MALAYA) LTD.

ii. Hubungan suami dan isteri apabila mereka tinggal bersama- sama. Isteri

boleh berhutang atas nama suaminya bagi barang keperluan yang sesuai

dengan taraf hidup mereka dan hutang itu akan mengikat suami.

POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Kalau anda seorang yang sibuk dan tidak mempunyai banyak masa untuk melakukan semua kerja, anda boleh melantik agen untuk membuat kerja bagi pihak anda. Kalau anda ingin tahu bagaimana cara melantik agen

atau mewujudkan agen, haa mari kita baca seterusnya.

Page 4: unit 6 - undang-undang sewa beli

UNDANG-UNDANG SEWABELI P2114 / UNIT 6 / 4

Walau bagaimanapun suami boleh untuk tidak bertanggungan dengan

membuktikan bahawa;

Suami telah melarang isteri berhutang atas namanya.

Suami telah membekalkan isterinya dengan jenis barangan

berkenaan secukupnya.

Suami telah memberi amaran kepada peniaga supaya tidak

membekalkan isterinya dengan barang-barang secara hutang.

Suami telah menyediakan elaun yang mencukupi kepada isteri untuk

membeli barangan tanpa perlu berhutang

Perbelanjaan isteri adalah membazir berbanding pendapatan suami.

Contoh kes MISS GRAY LWN CAT CARD

iii. Rakan kongsi dalam perniagaan perkongsian adalah merupakan ejen

kepada pekongsi dan firma.

POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Kami adalah rakan kongsi, jadi kami akan bertanggung jawab ke atas segala perlakuan

oleh rakan-rakan kongsi kami

Firma kami juga akan turut sama bertanggungan jika pelanggan

kami telah mengalami

kerugian yang disebabkan oleh

kami.

Page 5: unit 6 - undang-undang sewa beli

UNDANG-UNDANG SEWABELI P2114 / UNIT 6 / 5

c. Ratifikasi

Ratifikasi ialah tindakan mengesahkan sesuatu perbuatan atau kontrak yang

pada asalnya tidak sah. Ini dinyatakan di bawah seksyen 149 AK 1950 bahawa

seorang prinsipal berhak menolak atau menerima kontrak yang dibuat oleh agennya

tanpa pengetahuannya atau melampaui kuasanya.

Ratifikasi dibenarkan di dalam keadaan-keadaan berikut;

Perbuatan atau kontrak yang dimasuki oleh agen mestilah tidak dibenarkan.

(Seksyen 149 AK 1950)

Agen mestilah bertindak sebagai agen kepada prinsipal pada masa kontrak

berkenaan, bukannya untuk dirinya sendiri.

Prinsipal mestilah mempunyai pengetahuan mengenai urusan yang hendak

disahkan melainkan prinsipal sanggup memikul tanggungjawab walau

apapun berlaku. (Seksyen 151 AK 1950)

Agen mestilah mempunyai prinsipal yang sebenarnya wujud atau boleh

ditentukan semasa urusan tidak sah itu dilakukan dan semasa penggesahan

hendak dibuat.

Pengesahan tidak boleh memudaratkan pihak ketiga. (Seksyen 153 AK 1950)

d. Keperluan

Agensi secara perlu wujud dalam keadaan kecemasan di mana seorang agen

mempunyai kuasa untuk melakukan apa sahaja untuk melindungi prinsipal

daripada kerugian.

POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Page 6: unit 6 - undang-undang sewa beli

UNDANG-UNDANG SEWABELI P2114 / UNIT 6 / 6

Agensi secara perlu wujud berdasarkan syarat-syarat berikut ;

Seseorang agen tidak mungkin mendapatkan arahan daripada prinsipal.

Kes yang boleh dirujuk ialah SPRINGER LWN GREAT WESTERN

RAILWAY CO di mana mahkamah memutuskan bahawa defendan

bukanlah agen secara perlu kerana dia gagal untuk memenuhi syarat.

Tindakan agen adalah dalam keadaan hendak mengelakkan kerugian

bagi pihak prinsipal.

Agen secara perlu telah bertindak secara suci hati atau jujur.

Agen dan prinsipal telah ada hubungan kontrak agensi.

e. Persekatan

Agensi ini wujud dalam keadaan di mana seseorang prinsipal dengan kata-kata

atau perbuatannya telah membenarkan pihak ketiga mempercayai bahawa

seseorang itu adalah agennya dan telah menyebabkan pihak ketiga

mempercayainya hingga merugikan pihak ketiga, maka prinsipal tadi akan disekat

atau dihalang dari menafikan tentang kewujudan kuasa agen berkenaan.

Ringkasan faktor-faktor yang menentukan kewujudan agensi adalah seperti yang

ditunjukkan oleh Rajah 6.1 di bawah.

POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

PERJANJIANTERMAKLUMRATIFIKASIKEPERLUANPERSEKATAN

KEWUJUDAN AGENSI

Page 7: unit 6 - undang-undang sewa beli

UNDANG-UNDANG SEWABELI P2114 / UNIT 6 / 7

Rajah 6.1 : Ujian kewujudan agensi

POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Contoh 6.1

Seorang majikan secara bergurau memberitahu pelanggannya

bahawa Mat adalah agennya dan pelanggan itu telah

mempercayainya. Wujudkah perhubungan agensi antara majikan dan

Mat?

Penyelasaian :

Wujud

Page 8: unit 6 - undang-undang sewa beli

UNDANG-UNDANG SEWABELI P2114 / UNIT 6 / 8

1. Jelaskan apakah yang dimaksudkan dengan agensi?

2. Senaraikan bagaimana sesuatu hubungan agensi boleh wujud ?

3. Sila bantu selesaikan masalah sisuami di bawah .

POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Saya hutang barang dari Kedai Abu . Nanti awak pergi bayar.

Bagaimanakah cara aku nak elak dari kena bayar hutang isteri aku ni?

AKTIVITI 6aAKTIVITI 6a

Page 9: unit 6 - undang-undang sewa beli

UNDANG-UNDANG SEWABELI P2114 / UNIT 6 / 9

1. Maksud agensi ialah perhubungan antara agen dan prinsipal di mana agen

akan diberi kuasa oleh prinsipal untuk membuat urusan dengan pihak

ketiga.

2. Hubungan agensi boleh wujud samada melalui ;

Perjanjian

Termaklum

Ratifikasi

Keperluan

Persekatan

3. Suami boleh untuk tidak bertanggungan ke atas hutang yang dibuat oleh

isteri dengan membuktikan bahawa;

Suami telah melarang isteri berhutang atas namanya.

Suami telah memberi amaran kepada peniaga supaya tidak

membekalkan isterinya dengan barang-barang secara hutang.

Suami telah menyediakan elaun yang mencukupi kepada isteri untuk

beli barangan tanpa perlu berhutang.

Perbelanjaan isteri adalah membazir berbanding pendapatan suami.

POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

MAKLUM BALAS 6aMAKLUM BALAS 6a

Page 10: unit 6 - undang-undang sewa beli

UNDANG-UNDANG SEWABELI P2114 / UNIT 6 / 10

6.2 TANGGUNGJAWAB PRINSIPAL TERHADAP AGEN

Seksyen 175 hingga 178 AK 1950 memperuntukkan tanggungjawab prinsipal

terhadap agennya. Tanggungjawab yang dimaksudkan adalah seperti berikut;

a. Membayar komisyen atau ganjaran-ganjaran lain yang dipersetujui, melainkan

hubungan agensi itu adalah secara percuma.

b. Tidak akan menyekat atau menghalang agen dengan sengaja daripada

mendapatkan komisyennya.

c. Akan melepaskan tanggungan agen bagi perbuatan yang dilakukan dalam

menjalankan tugasnya.

Hak terhadap lepas tanggungan ini akan timbul apabila

i. agen telah mengalami kerugian atau telah melakukan perbelanjaan

dalam menjalankan kuasanya;

ii. Agen telah menyebabkan bencana kepada pihak ketiga dalam

menjalankan tugasnya;

iii. Agen telah mengalami bencana semasa menjalankan tugasnya

disebabkan oleh kelalaian prinsipal atau kekurangan kemahiran.

Sila uji kefahaman anda di muka surat sebelah……..

POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Page 11: unit 6 - undang-undang sewa beli

UNDANG-UNDANG SEWABELI P2114 / UNIT 6 / 11

1. Huraikan 2 tanggungjawab prinsipal terhadap agen.

2. Agen telah ditugaskan menghantar barangan kepada pelanggan. Di

pertengahan jalan kenderaan yang digunakan telah mengalami kerosakan.

Apakah tindakan wajar yang boleh diambil oleh agen?

3. Seksyen apakah yang memperuntukkan tanggungjawab prinsipal terhadap

agen?

POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

AKTIVITI 6bAKTIVITI 6b

Page 12: unit 6 - undang-undang sewa beli

UNDANG-UNDANG SEWABELI P2114 / UNIT 6 / 12

1. 2 tanggungjawab prinsipal terhadap agen ialah :

a. membayar komisyen atau ganjaran-ganjaran yang telah dipersetujui

b. tidak akan menyekat atau menghalang agen dengan sengaja daripada

mendapatkan komisyennya.

2. Agen boleh menuntut kembali perbelanjaan yang digunakan untuk membaiki

kenderaan tersebut daripada prinsipal.

2. Seksyen 175 hingga 178 Akta Kontrak 1950.

POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

MAKLUM BALAS 6bMAKLUM BALAS 6b

Page 13: unit 6 - undang-undang sewa beli

UNDANG-UNDANG SEWABELI P2114 / UNIT 6 / 13

PENILAIAN KENDIRI

Sesuatu perhubungan agensi wujud di mana agen sepatutnya diberi kuasa oleh

prinsipal untuk bertindak bagi pihaknya. Walau bagaimanapun di dalam

keadaan-keadaan tertentu, perhubungan ini boleh wujud dengan tiada apa-apa

kuasa yang diberi kepada agen oleh mana-mana prinsipal. Akibatnya, wujud

satu hubungan di antara mereka di mana prinsipal akan menanggung liabiliti

ke atas tindakan agen tadi. Huraikan.

POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Page 14: unit 6 - undang-undang sewa beli

UNDANG-UNDANG SEWABELI P2114 / UNIT 6 / 14

MAKLUM BALAS PENILAIAN KENDIRI

Didalam keadaan tertentu seperti kewujudan agensi secara pengesahan dan

secara perlu menyebabkan perhubungan agensi wujud walaupun agen tidak

diberi kuasa. Ini akan mengakibatkan prinsipal terpaksa menanggung liabiliti.

Ini boleh disokong oleh satu kes iaitu Springer lwn Great Western Railway

Co. di mana mahkamah memutuskan bahawa defendan bukanlah agen secara

perlu kerana beliau gagal memenuhi syarat untuk membolehkan kewujudan

agensi secara perlu.

ANDA BOLEH KE UNIT SETERUSNYA …….

POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA