unit 8 - sewa beli

34
SEWABELI P2114 / UNIT 8 / 1 SEWA BELI Objektif am : Mempelajari dan memahami perkara-perkara di bawah urusniaga sewabeli. Objektif khusus : Di akhir unit ini, anda sepatutnya dapat : a. Menyatakan maksud sewabeli. POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA OBJEKTIF UNIT 8

Transcript of unit 8 - sewa beli

Page 1: unit 8 - sewa beli

SEWABELI P2114 / UNIT 8 / 1

SEWA BELI

Objektif am : Mempelajari dan memahami perkara-perkara di bawah urusniaga sewabeli.

Objektif khusus : Di akhir unit ini, anda sepatutnya dapat :

a.Menyatakan maksud sewabeli.

b.Menerangkan hak dan tanggungan pemilik dan penyewa.

c.Menjelaskan perjanjian sewabeli yang ditamatkan lebih awal.

POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

OBJEKTI

UNIT 8UNIT 8

Page 2: unit 8 - sewa beli

SEWABELI P2114 / UNIT 8 / 2

d.Menerangkan penarikan balik barangan sewabeli.

8.0 PENGENALAN

Undang-undang yang berhubung dengan sewabeli dalam negara ini dikuasai oleh

Akta Sewabeli 1967 dan Akta Sewabeli 1976 (pindaan). Sewabeli telah

didefinisikan dalam Seksyen 2(1) seperti berikut :

“Perjanjian sewabeli” termasuk penyewaan barang-barang dengan suatu opsyen

untuk membeli dan suatu perjanjian bagi pembelian barang-barang menerusi

ansuran (samada perjanjian itu menghuraikan ansurannya sebagai sewaan atau sewa

atau sebaliknya).

URUSNIAGA DI BAWAH SEWABELI

Di dalam konteks sewabeli, banyak perkara-perkara yang harus diketahui

sebelum sesuatu urusniaga sewabeli dilakukan. Perkara-perkara tersebut adalah

seperti yang dinyatakan di bawah.

a) Barang-barang di bawah sewabeli.

Akta Sewabeli 1967 hanya melindungi sejumlah barang-barang yang

disenaraikan di dalam jadual pertama. Ini termasuklah:

POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Page 3: unit 8 - sewa beli

SEWABELI P2114 / UNIT 8 / 3

i. semua barang-barang pengguna – seksyen 21 ASB 1967.

ii. Kenderaan bermotor.

b) Perjanjian sewabeli

Seksyen 4A ASB 1967 menyatakan perjanjian mestilah dibuat secara

bertulis dan hendaklah lengkap dan jelas serta mestilah bertaip. Sekiranya

perjanjian tersebut kabur atau tidak dapat dibaca, ia dianggap tidak sah dan

ini menjadi satu kesalahan di bawah Seksyen 4A(3) ASB 1967.

Kandungan perjanjian sewabeli juga perlu mematuhi Seksyen 4C ASB

1967. Ini termasuklah:

Tarikh penyewaan bermula;

Bilangan bayaran ansuran;

Amaun bayaran ansuran, kepada siapa bayaran dibuat dan tempat

pembayaran;

Masa pembayaran;

Perihal barangan yang disewa;

Alamat barang sewaan disimpan;

Beberapa perkara di dalam perjanjian sewabeli perlu dinyatakan di dalam

jadual seperti yang dikehendaki oleh Seksyen 4C(c). Ini termasuklah;

Harga tunai barang;

Deposit;

Caj penghantaran;

Bayaran pendaftaran barang;

POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Cuba teka adakah saya boleh dibeli melalui perjanjian sewabeli?

Haaa.. tentulah tidak boleh!!!

Page 4: unit 8 - sewa beli

SEWABELI P2114 / UNIT 8 / 4

Insuran;

Perjanjian adalah sah apabila ia mematuhi setiap peruntukan ASB 1967 dan telah

ditandatangani oleh pihak-pihak atau wakil pihak-pihak yang berkontrak (Seksyen

4B ASB 1967). Walaubagaimanapun, pindaan boleh dilakukan dengan persetujuan

pihak-pihak yang berkontrak dengan menandatangani pindaan di dalam perjanjian

tersebut (Seksyen 39 ASB 1967).

Adalah juga menjadi kewajipan oleh pemilik untuk menghantar satu salinan

perjanjian kepada penyewa di dalam masa 14 hari selepas perjanjian dibuat.

(Seksyen 5(1) ASB 1967).

c) Harga sewabeli

Seksyen 2 ASB 1967 menyatakan bahawa maksud harga sewabeli ialah

harga penuh yang perlu dijelaskan oleh penyewa di bawah perjanjian sewabeli. Ia

merangkumi wang pendahuluan, ansuran, dan juga faedah yang dikenakan.

Selalunya ia akan melebihi harga tunai barang yang disewa.

d) Syarat dan Waranti

Terma-terma perjanjian sewabeli terdiri daripada syarat ataupun waranti.

Rajah 8.1 menerangkan dengan lebih lanjut mengenai syarat dan waranti.

Syarat ~ penting dan ditentukan dalam kontrak

Waranti ~ syarat yang tidak penting dan tidak ditentukan dalam kontrak.

Syarat ~ membolehkan pihak yang mengalami kerugian membatalkan perjanjian.

Waranti ~ tidak membolehkan mana-mana pihak yang mengalami kerugian membatalkan perjanjian tetapi boleh menuntut

POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Maksud

Pelanggarannya

Page 5: unit 8 - sewa beli

SEWABELI P2114 / UNIT 8 / 5

gantirugi daripada pemecahan waranti. Rajah 8.1 : Maksud dan kesan pelanggaran syarat dan waranti.

Syarat-syarat dan waranti tersirat perjanjian sewabeli

Beberapa syarat dan waranti adalah tersirat di dalam perjanjian sewabeli di bawah Seksyen 7 ASB 1967. Syarat-syarat dan waranti-waranti tersirat ini tidak boleh diubah melainkan untuk barangan terpakai yang mempunyai kualiti boleh niaga dan sesuai untuk digunakan.

Syarat-syarat dan waranti-waranti tersirat tersebut adalah berkaitan dengan;

i) Hakmilik Barangan;ii) Kualiti dagangan;iii) Tujuan barangan disewa.

i) Hakmilik barangan.

ASB 1967Penerangan Seksyen

Seksyen 7(1)

Pemilik barang mempunyai hak untuk menjual barang yang

terdapat pada penyewa pada bila-bila masa. Jika pemilik

melanggar perjanjian dengan menjual barang yang disewa

dalam tempoh sewaan, penyewa berhak untuk mendapat

kembali duit bayaran sewanya. Contoh kes Public Finance

Bhd lwn Ehwan Bin Saring dimana mahkamah memutuskan

bahawa surat hak milik perlu ada pada pemilik sebaik sahaja

perjanjian dibuat. Pindahan hak milik hanya boleh dibuat

POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Faham tak sekarang? Kalau masih tak jelas

baca keterangan di bawah.

Page 6: unit 8 - sewa beli

SEWABELI P2114 / UNIT 8 / 6

setelah semua bayaran dibuat.

Seksyen 7(1)(a)

waranti tersirat berkaitan hak penyewa untuk memiliki

barangan dengan aman tanpa gangguan.

Seksyen 7(1)(b)

syarat tersirat bahawa pemunya atau tuan punya mempunyai

hak untuk menjual pada masa barang-barang tersebut

dilepaskan kepada penyewa.

Seksyen 7(1) (c )

Waranti tersirat bahawa barangan adalah bebas daripada apa-

apa gadaian atau bebanan bagi pihak ketiga pada masa harta

itu dilepaskan.

ii) Kualiti dagangan

ASB 1967 Penerangan

Seksyen 7(2) Menjadi syarat tersirat bahawa barang-barang yang

disewa atau dijual mestilah mempunyai kualiti

dagangan atau kualiti boleh niaga iaitu mempunyai

nilai untuk dijual kembali dan barang tersebut tidak

mengalami sebarang kecacatan.

Syarat ini tidak akan terpakai sekiranya :

a. penyewa telah memeriksa barangan tersebut

b. barang tersebut adalah barangan terpakai dan

barangan terpakai itu telah dinyatakan di dalam

perjanjian sebagai :

barang itu adalah barangan terpakai

syarat dan waranti yang menyentuh

kelayakan dan kesesuaian barangan

tersebut telah dinegatifkan secara nyata

POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Page 7: unit 8 - sewa beli

SEWABELI P2114 / UNIT 8 / 7

dan pernyataan itu telah dibawa ke

pengetahuan penyewa dan penyewa

secara bertulis telah mengiktirafnya.

Contoh kes Trader Finance Corp Ltd lwn Romlee &

Anor di mana mahkamah memutuskan di dalam

perjanjian mestilah menyatakan bahawa barangan itu

adalah terpakai.

c. Tujuan barang disewa

Seksyen7(3) ASB 1967 memperuntukkan berkaitan syarat termaklum bahawa

barang yang diberikan oleh pemilik adalah sesuai dan memenuhi tujuan yang

sepatutnya.

Contoh kes Lau Hee Teah lwn Hargill Engineering di mana agen syarikat

pemilik telah melawat penggunaan barang di tempat penyewa dan mendapati ia

telah digunakan menepati dengan tujuan dan fungsi barang itu.

POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Page 8: unit 8 - sewa beli

SEWABELI P2114 / UNIT 8 / 8

1. Apakah yang dimaksudkan dengan sewabeli ? Berikan seksyen yang

terlibat.

2. Tanpa perjanjian, kontrak sewabeli adalah tidak sah. Nyatakan apakah

sebahagian kandungan penting di dalam perjanjian sewabeli tersebut?

3. Jelaskan kandungan seksyen 7(2) Akta Sewabeli 1967.

POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

AKTIVITI 8aAKTIVITI 8a

Page 9: unit 8 - sewa beli

SEWABELI P2114 / UNIT 8 / 9

1. Maksud sewabeli ialah :

“ perjanjian sewabeli” termasuk penyewaan barang-barang dengan suatu

opsyen untuk membeli dan suatu perjanjian bagi pembelian barang-barang

menerusi ansuran (samada perjanjian itu menghuraikan ansurannya sebagai

sewaan, atau sewa atau sebaliknya). Seksyen yang terlibat ialah Seksyen

2(1) ASB 1967.

2. Sebahagian kandungan di dalam perjanjian sewabeli seperti yang dinyatakan

di dalam Seksyen 4C Asb 1967 ialah :

Tarikh menyewa;

Bilangan bayaran ansuran;

Amaun bayaran, bayaran kepada siapa, tempat pembayaran;

Masa pembayaran;

Perihal barangan disewa;

Alamat barang disimpan.

3. Seksyen 7(2) ASB 1967 merujuk kepada kualiti dagangan di mana barang-

barang yang disewa atau dijual mestilah mempunyai kualiti dagangan atau

POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

MAKLUM BALAS 8aMAKLUM BALAS 8a

Page 10: unit 8 - sewa beli

SEWABELI P2114 / UNIT 8 / 10

kualiti boleh niaga iaitu mempunyai nilai untuk dijual kembali dan barang

tersebut tidak mengalami sebarang kecacatan.

8.2 HAK DAN TANGGUNGAN PEMILIK DAN PENYEWA

Berikut adalah hak dan tanggungjawab pemilik dan penyewa di bawah

perjanjian sewabeli.

a) Tanggungan pemilik dan penyewa untuk salah nyataan

Jika sekiranya pemilik atau agennya telah melakukan salahnyataan,

penyewa mempunyai hak untuk membatalkan perjanjian dan meminta

gantirugi . Ini boleh dirujuk di bawah Seksyen 8(1) ASB 1967.

b) Tugas untuk membekal dokumen dan kenyataan yang berkaitan

dengan perjanjian

Penyewa berhak untuk meminta daripada pemilik berkaitan maklumat-

maklumat penting seperti :

Jumlah yang telah dibayar.

Jumlah yang belum dibayar(baki hutang).

Jumlah bayaran di bawah perjanjian sewabeli.

Penyewa boleh membuat permohonan secara bertulis dan ditandatangani

olehnya atau agennya. Pemilik adalah berkewajipan untuk menunaikan

permohonan tersebut dalam masa 14 hari dari tarikh penerimaan surat

POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Page 11: unit 8 - sewa beli

SEWABELI P2114 / UNIT 8 / 11

permohonan. Jika ia gagal atau mungkir tanpa alasan yang munasabah,

tindakan tidak dapat dibuat ke atas penyewa.

c) Penyerahan hak-hak penyewa secara sukarela

Kaedah am undang-undang mengatakan bahawa penyewa bukanlah pemilik

barang-barang yang disewa. Oleh itu, penyewa tidak boleh menjual barang-

barang tersebut. Walau bagaimanapun, Akta Sewabeli membenarkan

penyewa untuk menyerahkan hak-haknya (hakmilik dan faedah di bawah

perjanjian sewabeli termasuk hak terhadap opsyen untuk membeli) dengan

kebenaran pemilik.

Pemilik tidak boleh menahan kebenaran tersebut. Jika kebenaran ditahan,

penyewa boleh memohon kepada mahkamah untuk mengisytiharkan

penyerahan hak tersebut tanpa kebenaran dari pemilik.

d) Penyerahan dengan penguatkuasaan undang-undang

Di dalam kes kematian, penyewa menjadi bankrap dan tidak mampu untuk

membayar jumlah bayaran yang perlu diselesaikan ke atas barang-barang

yang disewa, maka semua hak-hak tersebut boleh dipindah milik kepada

wakil, pemegang amanah atau waris penyewa melalui proses

penguatkuasaan undang-undang.

POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Page 12: unit 8 - sewa beli

SEWABELI P2114 / UNIT 8 / 12

1. Sila nyatakan secara ringkas berkenaan dengan hak dan tanggungan pemilik

dan penyewa di bawah perjanjian sewabeli seperti yang telah anda pelajari.

2. Di dalam kes seperti muflis, penyewa mempunyai hak untuk membuat

penyerahan barang dengan penguatkuasaan undang-undang. Jelaskan.

POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

AKTIVITI 8bAKTIVITI 8b

Page 13: unit 8 - sewa beli

SEWABELI P2114 / UNIT 8 / 13

1. Hak dan tanggung pemilik dan penyewa di bawah perjanjian sewabeli boleh

dinyatakan seperti di bawah.

Salah nyataan

Pembekalan dokumen/

kenyataan perjanjian

Penyerahan hak penyewa

secara sukarela

Penyerahan secara

penguatkuasaan undang-

undang

2. Sekiranya penyewa menjadi muflis dan tidak mampu untuk membayar

jumlah bayaran yang perlu diselesaikan, maka semua hak-hak tersebut

POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Hak dan tanggungan pemilik dan penyewa

MAKLUM BALAS 8bMAKLUM BALAS 8b

Page 14: unit 8 - sewa beli

SEWABELI P2114 / UNIT 8 / 14

(pembayaran) bolehlah dipindahmilk kepada wakil, pemegang amanah atau

waris si penyewa melalui proses penguatkuasaan undangundang.

8.3 PENAMATAN PERJANJIAN LEBIH AWAL

Merujuk kepada Seksyen 14 ASB 1967 penyewa berhak untuk menamatkan

perjanjian sewa belinya lebih awal dari tempoh yang telah ditetapkan. Di sini

penyewa haruslah memberi notis bertulis kepada pemilik tentang tujuannya

berbuat demikian dan menetapkan tarikhnya. Pada atau sebelum tarikh itu,

penyewa hendaklah menjelaskan kesemua jumlah bersih yang perlu dibayar di

bawah perjanjian itu dan penyewa berhak untuk mendapat apa-apa pengurangan

di dalam bayaran termasuk rebet-rebet yang mungkin ada.

Penyewa tidak mampu bayar

Merujuk Seksyen 15 ASB 1967 pula hak diberikan kepada penyewa yang tidak

lagi mahu ataupun tidak mampu untuk meneruskan pembayaran ansuran di

bawah perjanjian sewabeli itu. Dalam keadaan ini penyewa boleh menamatkan

perjanjian ini dengan mengembalikan barangan itu kepada pemilik. Apabila

perjanjian ditamatkan dengan cara berkenaan :

Penyewa boleh menghendaki pemilik menjual barangan itu kepada

sesiapa saja pada harga yang dipersetujui oleh pemilik.

Jika nilai barangan ketika dikembalikan oleh penyewa melebihi

jumlah yang kena bayar, penyewa berhak mendapat lebihan itu.

POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Page 15: unit 8 - sewa beli

SEWABELI P2114 / UNIT 8 / 15

Jika nilai baranagn yang dikembalikan itu kurang daripada jumlah

yang kena bayar, pemilik berhak menuntut perbezaan nilai itu

sebagai hutangnya.

1. Terangkan langkah yang perlu dilakukan oleh penyewa apabila berkehendakkan

penamatan perjanjian lebih awal seperti di dalam seksyen 14.

POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

AKTIVITI 8cAKTIVITI 8c

Page 16: unit 8 - sewa beli

SEWABELI P2114 / UNIT 8 / 16

1. Langkah yang perlu dilakukan oleh penyewa adalah seperti berikut:

Notis (tujuan berbuat demikian)

Tarikh yang dikehendaki

Jelaskan kesemua jumlah bersih yang perlu bayar

(jika terdapat rebet/ pengurangan di dalam bayaran, penyewa berhak terima)

POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

MAKLUM BALAS 8cMAKLUM BALAS 8c

Page 17: unit 8 - sewa beli

SEWABELI P2114 / UNIT 8 / 17

8.4 PENARIKAN BALIK

Jika penyewa telah memungkiri kontrak yang telah dibuat di antara penyewa dan

pemilik, undang-undang telah memperuntukkan bahawa pemilik boleh menarik

balik barang-barang yang berada di dalam tangan penyewa.

Seksyen 16 ASB 1967 telah memperuntukkan bahawa pemilik tidak mempunyai

kuasa untuk mengambil semula barang-barang yang terkandung dalam perjanjian

sewabeli yang timbul akibat dari kemungkiran perjanjian berhubung dengan

pembayaran ansuran, melainkan terdapat:

i. 2 kali berturut-turut tidak membayar ansuran

ii. ingkar pembayaran akhir

iii. pemilik telah menyerahkan kepada penyewa suatu notis bertulis

( menyatakan hasrat untuk mengambil barang)

iv. tempoh notis telah tamat iaitu melebihi 21 hari

v. pemilik hantar notis penerimaan telah menarik balik barang

POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Page 18: unit 8 - sewa beli

SEWABELI P2114 / UNIT 8 / 18

vi. dalam masa 14 hari selepas rampasan, pemilik dikehendaki sekali lagi

menghantar notis kepada penyewa dan juga penjamin seperti yang

termaktub di dalam seksyen 5(1) ASB 1967.

HAK PENYEWA SETELAH BARANG DIRAMPAS.

Menurut seksyen 18(1) ASB 1967, apabila pemunya mengambil milikan terhadap mana-

mana barang yang terkandung dalam suatu perjanjian sewabeli, maka penyewa mempunyai

hak-hak berikut:

a). Penyewa boleh dalam masa 21 hari selepas penyerahan notis oleh pemilik

kepadanya, menyerahkan notis bertulis yang ditandatangani oleh penyewa atau

ejennya kepada pemunya :

Menghendaki pemunya untuk menghantar semula kepada penyewa barang-

barang yang telah diambil semula milikan atau;

Menghendaki pemunya untuk menjual barang-barang kepada mana-mana orang

yang diperkenalkan oleh penyewa yang bersedia untuk membeli barang-barang

dengan harga tunai suatu harga yang tidak kurang dari nilai barang-barang yang

dianggarkan seperti yang dinyatakan dalam notis terdahulu.

b). Penyewa juga boleh mendapatkan kembali dari pemunya:

POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Alamak... barang aku dah ditarik baliklah.... apa aku nak buat ni???? Tolong!!!!!

OK... kalau barang dah ditarik balik, anda juga ada hak tau.... caranya seperti di bawah.

Page 19: unit 8 - sewa beli

SEWABELI P2114 / UNIT 8 / 19

Sekiranya nilai barang-barang pada masa pemilik mengambil milikan adalah

kurang daripada jumlah bersih yang kena dibayar tetapi jumlah nilai itu di

bawah perjanjian melebihi amaun bersih kena dibayar tolak (-) perbezaan antara

jumlah tersebut dan amaun bersih yang kena dibayar, atau

Nilai barang-barang pada masa pemunya mengambil milikan adalah sama atau

melebihi amaun bersih yang kena dibayar tolak (-) jumlah nilai dan amaun yang

dibayar oleh penyewa, kurang daripada amaun bersih yang kena dibayar.

POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Page 20: unit 8 - sewa beli

SEWABELI P2114 / UNIT 8 / 20

1. Sila penuhkan teka silangkata berikut.

1 3

4

2

MELINTANG

1. Dokumen ini selalu digunakan sebelum sesuatu barangan ditarik balik.

2. Selain penyewa, _____________ juga berhak diberi salinan notis

berkaitan penarikan barang dalam masa 14 hari selepas rampasan.

POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

AKTIVITI 8dAKTIVITI 8d

Page 21: unit 8 - sewa beli

SEWABELI P2114 / UNIT 8 / 21

MENEGAK

3. Pengambilan semula barangan boleh sebabkan oleh ___________ .

4. Individu ini mempunyai kuasa untuk membuat penarikan barang.

1. Jawapan teka silangkata.

N O T I S

N P

G E

K M

P E N J A M I N

R L

I

K

POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

MAKLUMBALAS 8dMAKLUMBALAS 8d

Page 22: unit 8 - sewa beli

SEWABELI P2114 / UNIT 8 / 22

PENILAIAN KENDIRI

Anda telah menghampiri kejayaan. Sila cuba semua soalan dalam penilaian kendiri

ini dan semak jawapan anda pada maklumbalas yang disediakan.

SOALAN 1

Nyatakan jenis barangan di bawah urusniaga sewabeli.

SOALAN 2

Di dalam urusan sewabeli, pemilik dan penyewa mempunyai hak dan tanggungan

yang tersendiri. Terangkan salah satu daripada hak dan tanggungan tersebut.

SOALAN 3

Apakah hak yang ada pada penyewa sekiranya penyewa tersebut tidak mampu

untuk terus membuat bayaran ansuran?

POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Page 23: unit 8 - sewa beli

SEWABELI P2114 / UNIT 8 / 23

SOALAN 4

Terangkan apakah keadaan yang membolehkan pemilik membuat penarikan

barang?

MAKLUMBALAS PENILAIAN KENDIRI

JAWAPAN 1

Barang-barang di bawah sewabeli

Perjanjian sewabeli adalah bagi barang-barang seperti berikut:

Kenderaan bermotor

Alat-alat radio,televisyen, alat-alat peti nyanyi, pita rakaman dan

sebarang kombinasi yang ada.

Peti sejuk dan membekukan makanan pengawetan dan sebarang

kombinasi yang ada

Mesin-mesin jahit

JAWAPAN 2

Penyerahan hak-hak penyewa secara sukarela

Kaedah am undang-undang mengatakan bahawa penyewa bukanlah pemilik

barang-barang yang disewa. Oleh itu, penyewa tidak boleh menjual barang-

barang tersebut. Walau bagaimanapun, Akta Sewabeli membenarkan

penyewa untuk menyerahkan hak-haknya (hakmilik dan faedah di bawah

POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Page 24: unit 8 - sewa beli

SEWABELI P2114 / UNIT 8 / 24

perjanjian sewabeli termasuk hak terhadap opsyen untuk membeli) dengan

kebenaran pemilik.

Pemilik tidak boleh menahan kebenaran tersebut. Jika kebenaran ditahan,

penyewa boleh memohon kepada mahkamah untuk mengisytiharkan

penyerahan hak tersebut tanpa kebenaran dari pemilik.

JAWAPAN 3

Penyewa boleh menamatkan perjanjian dan perlu mengembalikan barangan kepada

pemilik.

JAWAPAN 4

Pemilik boleh membuat penarikan barang ke atas penyewa sekiranya berlaku

keadaan di bawah :

2 kali berturut-turut tidak membayar ansuran

ingkar pembayaran akhir

pemilik telah menyerahkan kepada penyewa suatu notis bertulis

( menyatakan hasrat untuk mengambil barang)

tempoh notis telah tamat iaitu melebihi 21 hari

pemilik hantar notis penerimaan telah menarik balik barang

dalam masa 14 hari selepas rampasan, pemilik dikehendaki sekali lagi

menghantar notis kepada penyewa dan juga penjamin seperti yang termaktub

di dalam seksyen 5(1) ASB 1967.

POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Page 25: unit 8 - sewa beli

SEWABELI P2114 / UNIT 8 / 25

ANDA BOLEH KE UNIT SETERUSNYA!!!!

POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA