Unit 9 ( Ujian Pemadatan di Tapak )

download Unit 9 ( Ujian Pemadatan di Tapak )

of 12

description

PEMADATANC3008/9/1Di akhir pembelajaran, pelajar dapat mengetahui dan membuat analisa kepada keputusan ujian pemadatan di tapak.Di akhir unit ini, pelajar akan dapat : 1. 2. 3. Menerangkan dengan jelas tujuan ujian pemadatan di tapak dijalankan. Menerangkan dan mengenalpasti jentera yang digunakan untuk memadatkan tanah di tapak. Menerangkan dan mengetahui beberapa kaedah yang digunakan untuk mendapatkan ketumpatan pukal tanah di tapak : (a) Kaedah Gantian Pasir (b) Kaedah Belon Getah (c)

Transcript of Unit 9 ( Ujian Pemadatan di Tapak )

PEMADATAN

C3008/9/1

Di akhir pembelajaran, pelajar dapat mengetahui dan membuat analisa kepada keputusan ujian pemadatan di tapak.

Di akhir unit ini, pelajar akan dapat : 1. 2. 3. Menerangkan dengan jelas tujuan ujian pemadatan di tapak dijalankan. Menerangkan dan mengenalpasti jentera yang digunakan untuk memadatkan tanah di tapak. Menerangkan dan mengetahui beberapa kaedah yang digunakan untuk mendapatkan ketumpatan pukal tanah di tapak : (a) Kaedah Gantian Pasir (b) Kaedah Belon Getah (c) Kaedah Pemotong Teras

PEMADATAN

C3008/9/2

9.0

Pengenalan

Anda mungkin bertanya, apa perlunya dijalankan ujian pemadatan ditapak sedangkan kita telah pun menjalankan ujian pemadatan tanah di makmal. Sebenarnya, keputusan ujian pemadatan di makmal tidak boleh digunakan terus untuk pemadatan di tapak kerana usaha padatan atau tenaga pemadatan di makmal adalah berbeza, dan dikenakan dengan cara yang berlainan dibandingkan dengan penggunaan peralatan di tapak. Keputusan ujian makmal hanyalah merupakan panduan kasar tentang kandungan air yang seharusnya diperolehi untuk nilai ketumpatan kering maksima di tapak. Tegasnya keputusan ujian pemadatan di makmal berguna untuk tujuan pengelasan dan pemilihan tanah yang sesuai untuk kerja tanah. Piawaian bagi pemadatan di tapak yang diperlukan boleh ditentukan mengikut peratusan minima daripada ketumpatan kering maksimum yang di hasilkan di dalam salah satu daripada ujian makmal yang piawai. Misalnya, mungkin dicatat di dalam spesifikasi bahawa ketumpatan kering mestilah tidak kurang daripada 95% ketumpatan kering maksimum yang diperolehi daripada ujian Proctor piawai di makmal. Selain daripada itu, had kandungan air mestilah dinyatakan. Maksudnya, pemadatan akan tercapai sekiranya kandungan air semulajadi tanah berada di dalam had-had tersebut. Sebelum membincangkan lebih lanjut tentang ujian-ujian pemadatan yang boleh dijalankan di tapak, perlu diketahui jenis-jenis alat pemadat yang boleh digunakan.

PEMADATAN

C3008/9/3

9.1 9.1.1

Jenis-Jenis Jentera Pemadat di Tapak. Penggelek Roda Licin

Merupakan jentera penggelek yang paling lazim digunakan. Ia terdiri daripada penggelek 3 roda tandem 8 000 10 000 kg. Ia bergerak sendiri dengan enjin diesel dan mudah dipandu kerana mempunyai stereng untuk mengawalnya. Di samping itu ia juga mempunyai taburan berat yang dapat diubah dengan menambahkan pemberat kepada penggelek. Penggelek ini sesuai untuk semua jenis tanah apabila tindakan penghancuran diperlukan, tetapi ia tidak sesuai untuk tanah pasir berkelodak dan pasir yang seragam.

Rajah 9.1 : Penggelek Roda Licin

9.1.2

Penggelek Bertayar Pneumatik.

Penggelek ini pada asalnya merupakan satu pelantar yang dipasang antara dua gandar. Gandar belakang biasanya mempunyai tiga tayar dan gandar hadapan dua tayar. Walaupun demikian setengah model mempunyai lima tayar di belakang dan empat tayar di hadapan. Penggelek ini sesuai untuk kebanyakan tanah yang berzarah halus dan kasar tetapi tidak sesuai untuk tanah yang bergred seragam.

PEMADATAN

C3008/9/4

Rajah 9.2 : Penggelek Bertayar Pneumatic

9.1.3

Penggelek Kaki Kambing.

Penggelek ini terdiri daripada tong keluli geronggang berkaki banyak yang berbentuk belantan yang tertonjol keluar daripada permukaannya. Kaki ini menghasilkan tekanan yang tinggi di atas satu kawasan yang kecil. Penggelek kaki kambing ini lebih sesuai digunakan untuk tanah berzarah halus, terutamanya pada tanah yang mempunyai kandungan air yang kurang daripada kandungan air yang optima.

Rajah 9.3 : Penggelek Kaki Kambing

PEMADATAN

C3008/9/5

9.1.4

Penggelek Grid

Ia merupakan unit tertarik yang terdiri daripada pengguling yang diperbuat daripada batang keluli yang bergarispusat 38 mm pada jarak 130 mm dari pusat ke pusat dan memberikan ruang segiempat sama 90 mm. Jisim penggelek biasanya dalam lingkungan 5 500 kg tetapi boleh dinaikkan sehingga 11 000 kg dengan menambahkan beban mati. Biasanya terdapat dua pengguling, tetapi pengguling ketiga boleh ditambah untuk memberikan liputan yang lebih luas. Penggelek grid sesuai untuk semua jenis tanah, termasuk tanah liat basah dan kelodak.

Rajah 9.4 : Penggelek Grid

PEMADATAN

C3008/9/6

9.1.5

Penggelek Bergetar.

Penggelek ini merupakan penggelek roda licin yang dipasang dengan penggetar. Penggelek jenis ini digunakan untuk kebanyakan jenis tanah dan ia lebih berkesan sekiranya kandungan air tanah melebihi had optima. Penggelek ini juga berkesan untuk tanah berzarah kasar yang mempunyai sedikit atau tiada bahan-bahan halus.

Rajah 9.5 : Dram Penggetar pada Penggelek Roda Licin

PEMADATAN

C3008/9/7

9.2 9.2.1

Ujian Ketumpatan Tanah di Tapak Kaedah Penggantian Pasir Dengan kaedah ini lubang digali dalam tanah, jisim dan kandungan air tanah yang dikeluarkan dapat ditentukan. Isipadu lubang boleh ditentukan dengan mudah daripada berat pasir yang dimasukkan ke dalam lubang dan ketumpatan pasir tersebut. Rajah 9.6 menunjukkan lakaran peralatan gantian pasir. Kaedah ini sesuai untuk tanah berbutir.

Rajah 9.6 : Kaedah Penggantian Pasir

Rajah 9.7 : Kaedah Pemotong Teras

PEMADATAN

C3008/9/8

9.2.2

Kaedah Pemotongan Teras.

Ujian ini dilakukan dengan memacu sebuah silinder pemotongyang sudah diketahui isipadunya kedalam tanah dan kemudian menariknya keluar bersama-sama tanah di dalamnya. Jisim dan kandungan air contoh tanah dapat ditentukan untuk mengira ketumpatan tanah tersebut. Kaedah ini sesuai untuk tanah yang berzarah halus dan tidak berbatu.

9.2.3

Kaedah Belon Getah.

Kaedah ini dilakukan dengan mengorek lubang ke dalam tanah dan isipadunya ditentukan dengan mengukur kuantiti air yang diperlukan untuk mengisi belon. Sekiranya dinding lubang tersebut tersangat kasar, ralat dalam keputusan akan terjadi disebabkan belon yang cuba merentang diatas sebarang ketaksekataan dinding lubang. Ketumpatan dikira dengan mengukur isipadu lubang, jisim dan kandungan air tanah.

PEMADATAN

C3008/9/9

Untuk menguji kefahaman anda, sila jawab soalansoalan di bawah niii

Soalan 1 Apakah tujuan Ujian Pemadatan di tapak di jalankan ? Soalan 2. Berikan 4 jenis jentera yang digunakan untuk proses pemadatan di tapak. Soalan 3. Berikan kesesuaian tanah bagi menentukan ketumpatan di tapak bina dengan menggunakan kaedah gantian pasir dan kaedah pemotong teras.

PEMADATAN

C3008/9/10

Jawapan 1 Tujuan ujian pemadatan di tapak adalah sebagai panduan kasar tentang kandungan air yang seharusnya diperolehi untuk nilai ketumpatan kering maksima di tapak.

Jawapan 2. Empat jenis jentera yang boleh digunakan untuk proses pemadatan di tapak adalah : (a) Jentera penggelek roda licin (b) Jentera penggelek bertayar pneumatic (c) Jentera penggelek grid (d) Jentera penggelek bergetar

Jawapan 3 Kesesuaian tanah untuk kaedah penggantian pasir adalah tanah berbutir atau kasar manakala untuk kaedah pemotong teras adalah tanah bijian halus seperti tanah

PEMADATAN

C3008/9/11

Uji kefahaman anda berkenaan pelajaran dalam unit ini dengan menjawab soalansoalan berikut .

Soalan 1 Mengapakah keputusan ujian pemadatan di makmal tidak boleh digunakan terus untuk pemadatan di tapak ?

Soalan 2 Berikan kesesuaian jenis tanah untuk jentera penggelek roda licin untuk tujuan pemadatan di tapak.

Soalan 3 Berikan tiga parameter tanah yang boleh diperolehi ditapak dalam menjalankan ujian penggantian pasir.

Soalan 4 Berikan tiga kaedah yang boleh dijalankan untuk ujian ketumpatan di tapak.apan 2 Rujuk bahagian 9.1.1

PEMADATAN

C3008/9/12

.

Semak jawapan anda dengan jawapan pensyarah. Sekiranya sama tahniah!!.

Alamak! Kenapa jawapan tak sama nii

Jawapan 1 Rujuk bahagian 9.0

Jawapan 2 Rujuk bahagian 9.1.1

Jawapan 3 Rujuk bahagian 9.2.1

Jawapan 4 (a) kaedah penggantian pasir (b) kaedah pemotongan teras (c) kaedah belon getah