Unit Akaun - Penyata Pemungut

4
Bil(47)dlm.ANM.PHG.(T)54Bhg.3 23 Januari 2008 Semua Ketua Jabatan Persekutuan / Negeri Negeri Pahang Darul Makmur Y.Bhg. Dato’/Datin/Tuan/Puan, SURAT ARAHAN OPERASI BIL.2/2008 PELAKSANAAN FORMAT BARU BAGI PENYATA PEMUNGUT Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas. 2. Adalah dimaklumkan bahawa penggunaan Penyata pemungut (Bank In Slip) cetakan bank dihentikan dan diganti dengan Penyata Pemungut (Kew.305 – Pind.1/2007) berkuatkuasa mulai Februari 2008. 3. Sehubungan dengan itu, semua PTJ diminta mengambil tindakan berikut : 3.1 PTJ yang belum e-SPKB (manual) diminta untuk mencetak secara depan dan belakang mengikut susunan seperti berikut : Bi l. Jenis Format Muka Surat Bil. Salinan i. Slip Bayar Masuk Bank 1 3 Salinan (PTJ, Bank, Pej. Perakaunan ) ii . Senarai Cek / Kiriman Wang / Wang Pos / Bank Draf yang dibayar masuk 2

description

Penyata Pemungut

Transcript of Unit Akaun - Penyata Pemungut

Page 1: Unit Akaun - Penyata Pemungut

Bil(47)dlm.ANM.PHG.(T)54Bhg.3

23 Januari 2008

Semua Ketua Jabatan Persekutuan / NegeriNegeri Pahang Darul Makmur

Y.Bhg. Dato’/Datin/Tuan/Puan,

SURAT ARAHAN OPERASI BIL.2/2008

PELAKSANAAN FORMAT BARU BAGI PENYATA PEMUNGUT

Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2. Adalah dimaklumkan bahawa penggunaan Penyata pemungut (Bank In Slip) cetakan bank dihentikan dan diganti dengan Penyata Pemungut (Kew.305 – Pind.1/2007) berkuatkuasa mulai Februari 2008.

3. Sehubungan dengan itu, semua PTJ diminta mengambil tindakan berikut :

3.1 PTJ yang belum e-SPKB (manual) diminta untuk mencetak secara depan dan belakang mengikut susunan seperti berikut :

Bil.

Jenis Format Muka Surat

Bil. Salinan

i. Slip Bayar Masuk Bank 1 3 Salinan (PTJ, Bank, Pej. Perakaunan)

ii. Senarai Cek / Kiriman Wang / Wang Pos / Bank Draf yang dibayar masuk

2

iii. Pungutan dimasukkira ke dalam akaun-akaun dibawah

3 2 Salinan (PTJ, Pej. Perakaunan)

iv. Butir-butir Akaun Subsidiari (Jika Berkenaan)

4

v. Senarai Resit Yang Dikeluarkan

5

Page 2: Unit Akaun - Penyata Pemungut

3.2 Bagi PTJ e-SPKB pula penyata pemungut dikeluarkan melalui sistem e-SPKB dan penyata pemungut yang dikemukakan melalui sistem e-SPKB tidak perlu dicetak untuk salinan Pejabat Perakaunan.

3.3 Pengesahan dibuat hanya di muka surat 1 ruangan Perakuan I. Pegawai Penyedia dan Perakuan I merupakan pegawai yang sama. Perakuan II dibuat setelah wang dimasukkan ke bank.

3.4 Sila pastikan nombor slip bank yang diisi mengandungi 14 digit seperti berikut :

Kod Jabatan Kod PTJ Nombor P.Pemungut

3 digit 6 digit 5 digit = 14 digit

Cth : Bagi penyata pemungut yang dikeluarkan oleh JANM Pahang, kod 14 digitnya adalah 23102300100001seperti berikut :

Kod Jabatan Kod PTJ Nombor P.Pemungut = 23102300100001231 023001 00001

Bagi PTJ yang belum eSPKB sila pastikan nombor penyata pemungut sama dengan 5 digit terakhir nombor slip bank seperti contoh di atas ialah 00001. (Pihak bank akan menolak penyata pemungut yang tidak mengandungi 14 digit).

3.5 Cek yang diterima hendaklah dicop dibelakangnya dengan kod Jabatan, kod PTJ dan kod hasil / amanah / vot sebelum diserahkan kepada bank. Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia Bil.1 Tahun 1994 para 4.1 adalah berkaitan. (Pihak bank akan menolak cek-cek yang tidak mematuhi arahan di atas.

3.6 Kemasukan kutipan ke bank hendaklah hanya melalui kaunter bank tidak boleh melalui cash deposit machine / cheque deposit machine. Transaksi yang tidak dikenalpasti akan dimasukkan ke dalam akaun hasil pelbagai.

Page 3: Unit Akaun - Penyata Pemungut

3.7 Bagi PTJ yang belum e-SPKB, pihak bank akan mengembalikan salinan asal dan salinan pejabat perakaunan kepada PTJ. Kemudian PTJ perlu menghantar salinan Pejabat Perakaunan pada hari yang sama ke Pejabat Perakaunan atau selewat-lewatnya keesokkan hari selepas mendapat cetakan pengesahan penerimaan daripada bank. PTJ adalah bertanggungjawab untuk menghantar penyata pemungut tersebut kepada Pejabat Perakaunan dan bukannya bank lagi.

3.8 Bagi PTJ e-SPKB, pihak bank akan mengembalikan salinan asal PTJ. Sila pastikan Perakuan II dilakukan pada hari yang sama atau selewat-lewatnya keesokan paginya selepas tarikh pengesahan penerimaan daripada bank.

4. Bersama ini disertakan softcopy format baru penyata pemungut bagi PTJ belum e-SPKB. Kerjasama dari pihak tuan amat dihargai.

Sekian, terima kasih.

3.7

3.8 “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

“Perakaunan Berintegriti Perkhidmatan Berkualiti”

Saya yang menurut perintah,

(DATO’ HJ ZAMIMI BIN AWANG)Pengarah,Jabatan Akauntan Negara Malaysia,Negeri Pahang,KUANTAN.