UNIT BIOLOGI KOLEJ MATRIKULASI JOHOR PROJEK · PDF filetermasuk 18 orang fasilitator yang...

29
UNIT BIOLOGI KOLEJ MATRIKULASI JOHOR PROJEK KAJIAN TINDAKAN MENINGKATKAN PRESTASI PENCAPAIAN BIOLOGI MELALUI TWINNING SOVEREIGN REMEDY (TSR) OLEH CIK ZURAIDAH BINTI MOHAMED PN HJH MARIAM BT A. GHANI PN HALIZA BT HASSAN CIK AZLINA BT RUHANI CIK ROZITA BT IDRIS CIK RUSMAYATI BT BADRUL HISHAM 2005

Transcript of UNIT BIOLOGI KOLEJ MATRIKULASI JOHOR PROJEK · PDF filetermasuk 18 orang fasilitator yang...

Page 1: UNIT BIOLOGI KOLEJ MATRIKULASI JOHOR PROJEK · PDF filetermasuk 18 orang fasilitator yang terdiri daripada kalangan pelajar cemerlang dan ... Perkongsian pengetahuan di antara guru

UNIT BIOLOGI

KOLEJ MATRIKULASI JOHOR

PROJEK KAJIAN TINDAKAN

MENINGKATKAN PRESTASI PENCAPAIAN BIOLOGI MELALUI

TWINNING SOVEREIGN REMEDY (TSR)

OLEH

CIK ZURAIDAH BINTI MOHAMED

PN HJH MARIAM BT A. GHANI

PN HALIZA BT HASSAN

CIK AZLINA BT RUHANI

CIK ROZITA BT IDRIS

CIK RUSMAYATI BT BADRUL HISHAM

2005

Page 2: UNIT BIOLOGI KOLEJ MATRIKULASI JOHOR PROJEK · PDF filetermasuk 18 orang fasilitator yang terdiri daripada kalangan pelajar cemerlang dan ... Perkongsian pengetahuan di antara guru

2

Kandungan

Kandungan Muka surat

ABSTRAK 4

1.0 PENDAHULUAN 5

1.1 Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran 5

2.0 REFLEKSI MASALAH 6

2.1 Fokus Masalah 6

3.0 OBJEKTIF KAJIAN 6

3.1 Objektif Am 6

3.2 Objektif Khusus 6

4.0 KAJIAN-KAJIAN LEPAS 7

4.1 Apa itu Pembelajaran Kooperatif 7

4.2 Aplikasi 8

4.3 Ciri-ciri Pembelajaran Kooperatif 9

4.4 Apakah Kelebihan Pembelajaran Kooperatif 10

4.5 Beberapa Bentuk Pembelajaran Kooperatif 11

4.6 Beberapa Strategi Meningkatkan Keberkesanan Pembelajaran 12

Kooperatif

5.0 RANGKA KERJA 13

6.0 KUMPULAN SASARAN 14

7.0 PELAKSANAAN TINDAKAN 14

7.1 Tinjauan Masalah 14

7.2 Analisis Tinjauan Masalah 15

7.3 Tindakan yang Dijalankan 16

7.4 Pelaksanaan Tindakan 19

8.0 PENILAIAN DAN PEMERHATIAN 20

Page 3: UNIT BIOLOGI KOLEJ MATRIKULASI JOHOR PROJEK · PDF filetermasuk 18 orang fasilitator yang terdiri daripada kalangan pelajar cemerlang dan ... Perkongsian pengetahuan di antara guru

3

9.0 REFLEKSI TINDAKAN 22

9.1 Refleksi Keseluruhan Kajian 22

9.2 Cadangan Untuk Kajian Seterusnya 22

10.0 RUJUKAN 24

11.0 LAMPIRAN 25

Page 4: UNIT BIOLOGI KOLEJ MATRIKULASI JOHOR PROJEK · PDF filetermasuk 18 orang fasilitator yang terdiri daripada kalangan pelajar cemerlang dan ... Perkongsian pengetahuan di antara guru

4

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan untuk membuktikan bahawa kaedah yang digunakan semasa kelas tutorial

yang hanya lebih berpusatkan kepada pensyarah tidak sesuai untuk semua peringkat pelajar

terutamanya kepada pelajar-pelajar yang lemah dalam biologi. Seramai 195 orang pelajar

termasuk 18 orang fasilitator yang terdiri daripada kalangan pelajar cemerlang dan sederhana

dan 18 orang pensyarah biologi terlibat dalam kajian ini. Tinjauan awal telah dilaksanakan

melalui pemerhatian di dalam kelas tutorial yang telah dilakukan di awal sesi pengajaran dan

pembelajaran bermula iaitu bermula dari topik 1 hingga topik 4 dan juga satu ujian pendek telah

dilakukan di dalam setiap kumpulan tutorial yang terlibat dalam kajian ini untuk mengetahui

tahap kefahaman mereka tentang fakta-fakta yang telah di pelajari. Hasil tinjauan menunjukkan

semasa kelas tutorial, pelajar hanya tertumpu sepenuhnya kepada pensyarah dan tidak

menunjukkan keputusan yang memuaskan di dalam ujian pendek tersebut di mana di dapati 70%

daripada 21 hingga 26 orang pelajar bagi setiap kumpulan tutorial gagal kerana tidak dapat

menghuraikan fakta-fakta yang telah di pelajari dengan betul. Keadaan ini di buktikan pula oleh

markah ujian pra yang kurang memuaskan dan mengecewakan kerana terdapat seramai 22

orang daripada 195 orang pelajar gagal dalam ujian tersebut. Pelajar-pelajar tersebut

kemudiannya telah dikumpulkan dan diberi bimbingan melalui satu program yang di namakan

Twinning Sovereign Remedy. Penilaian adalah dalam bentuk ujian pos iaitu merupakan Ujian

Pertengahan Semester 1. Hasil perlaksanaan kajian tindakan ini, terdapat peningkatan dalam

pencapaian keputusan di mana peratus pelajar cemerlang telah meningkat sementara peratus

yang gagal telah menurun.

Page 5: UNIT BIOLOGI KOLEJ MATRIKULASI JOHOR PROJEK · PDF filetermasuk 18 orang fasilitator yang terdiri daripada kalangan pelajar cemerlang dan ... Perkongsian pengetahuan di antara guru

5

1.0 PENDAHULUAN

1.1 Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran

Dalam proses pengajaran dan pembelajaran biologi terutamanya semasa mengendalikan

kelas tutorial, di dapati seringkali suasana pengajaran lebih berpusatkan kepada

pensyarah. Biasanya pelajar tidak banyak bertanya ataupun menggerakkan minda mereka

semasa kelas tutorial dijalankan. Seringkali pelajar-pelajar hanya menunggu jawapan

yang akan diberikan oleh pensyarah. Pelajar-pelajar hanya berkata faham apabila soalan-

soalan mudah dikemukakan dan tidak banyak pelajar-pelajar yang akan menyoal atau

bertanya kepada pensyarah mengenai tajuk yang diajar. Perkara ini telah diperhatikan

semenjak dari awal sesi pengajaran dan pembelajaran bermula iaitu bermula daripada

topik 1 hingga topik 4. Memandangkan satu ujian pertengahan semester 1 akan

dijalankan dan skop soalan adalah berkaitan dengan 4 topik awal ini maka satu pelan

tindakan harus dibuat bagi memperbaiki keadaan. Satu ujian pendek seterusnya telah

diberikan kepada pelajar-pelajar untuk melihat sejauh mana kefahaman mereka dengan

fakta-fakta yang mereka telah pelajari. Ternyata hasil ujian tersebut mengecewakan

kerana 70% daripada 21 hingga 26 orang pelajar bagi setiap kumpulan tutorial yang

terlibat dalam kajian ini gagal kerana tidak dapat menghuraikan fakta-fakta asas yang

telah di pelajari dengan betul. Ini membuktikan bahawa kaedah yang digunakan semasa

kelas tutorial yang hanya lebih berpusatkan kepada pensyarah tidak sesuai untuk semua

peringkat pelajar terutamanya kepada pelajar-pelajar yang memang lemah dalam biologi.

Selain itu pensyarah juga mempunyai kelemahan yang tersendiri, antaranya ialah

kekurangan masa untuk mendampingi pelajar untuk menyelami masalah sebenar pelajar

disebabkan bebanan waktu mengajar dan kerja-kerja pengurusan yang lain. Dengan

adanya program ini pensyarah dapat mengenalpasti pelajar yang perlu diberi bimbingan

khusus melalui maklumat yang diberikan oleh fasilitator yang terlibat.

Page 6: UNIT BIOLOGI KOLEJ MATRIKULASI JOHOR PROJEK · PDF filetermasuk 18 orang fasilitator yang terdiri daripada kalangan pelajar cemerlang dan ... Perkongsian pengetahuan di antara guru

6

2.0 REFLEKSI MASALAH

2.1 Fokus masalah

Melalui refleksi di atas terdapat sesuatu yang perlu diperbaiki dalam usaha memberi

kefahaman kepada pelajar. Dengan melihat kepada ketidakberkesanan kelas tutorial yang

dijalankan, kajian perlu dilakukan kepada pelajar yang terlibat. Di dapati kaedah

pengajaran secara berpusatkan pensyarah perlu diubah dan kajian ini di harap dapat

membentuk kaedah pengajaran dan pembelajaran berpusatkan pelajar dengan

mendedahkan pelajar-pelajar tentang kaedah belajar secara kooperatif. Berdasarkan

artikel yang ditulis oleh Roger T. Johnson & David W. Johnson (2005), pembelajaran

secara kooperatif merupakan suatu hubungan antara sesama pelajar di dalam satu

kumpulan di mana ianya memerlukan suatu kebergantungan secara positif, akauntabiliti

individu (dapat memberikan sumbangan) dan kebolehan interpersonal (berkomunikasi,

kepercayaan, kepimpinan, kebolehan membuat keputusan). Manakala tujuan

pembelajaran kooperatif menurut Slaving (1994) adalah menciptakan situasi dimana

keberhasilan individu ditentukan atau dipengapit oleh keberhasilan kelompoknya.

(http://www.bpgupg.go.id/kmp/model/modeldetail.php?model=model/kooperatif)

3.0 OBJEKTIF KAJIAN

3.1 Objektif Am

Meningkatkan prestasi pencapaian biologi melalui Twinning Sovereign Remedy (TSR)

3.2 Objektif Khusus

3.2.1 Meningkatkan kemahiran menjawab soalan melalui perbincangan bersama

ahli kumpulan dengan bimbingan fasilitator.

3.2.2 Mengekalkan prestasi pelajar cemerlang di samping meningkatkan prestasi

pelajar lemah.

Page 7: UNIT BIOLOGI KOLEJ MATRIKULASI JOHOR PROJEK · PDF filetermasuk 18 orang fasilitator yang terdiri daripada kalangan pelajar cemerlang dan ... Perkongsian pengetahuan di antara guru

7

3.2.3 Mengenal pasti kaedah pengajaran dan pembelajaran berkesan yang boleh

membantu pelajar-pelajar untuk menguasai biologi

4.0 KAJIAN-KAJIAN LEPAS

4.1 Apa itu Pembelajaran Kooperatif ?

Pembelajaran kooperatif telah menjadi salah satu pembaharuan dalam pergerakan refomasi

pendidikan. Pembelajaran kooperatif sebenarnya merangkumi banyak jenis bentuk pengajaran

dan pembelajaran. Asasnya ia menggalakkan pelajar belajar bersama-sama dengan berkesan

melalui pembentukan kumpulan yang homogen seperti dalam pendidikan inklutif. Ianya boleh

digunakan oleh pelbagai kumpulan umur dan dalam pelbagai mata pelajaran. Kooperatif, bentuk

kolaboratif iaitu “bekerjasama untuk menyempurnakan matlamat yang sama”( Johnson &

Johnson, 1989, ms.2). Pembelajaran kooperatif dilaksanakan secara kumpulan kecil supaya

pelajar-pelajar dapat berkerjasama dalam kumpulan untuk mempelajari isi kandungan pelajaran

dengan pelbagai kemahiran sosial. Secara dasarnya, pembelajaran kooperatif melibatkan pelajar

bekerjasama dalam mencapai satu-satu objektif pembelajaran (Johnson & Johnson, 1991). Selain

dari itu, ciri-ciri umumnya ialah:

1. Perkongsian pengetahuan di antara guru dan pelajar.

2. Perkongsian kepentingan di antara guru dan pelajar.

3. Guru sebagai mediator (perantara).

4. Pembahagian kumpulan secara heterogenous.

(www.geocities.com/gardner02_8/ilmiah1.htm?200515)

Page 8: UNIT BIOLOGI KOLEJ MATRIKULASI JOHOR PROJEK · PDF filetermasuk 18 orang fasilitator yang terdiri daripada kalangan pelajar cemerlang dan ... Perkongsian pengetahuan di antara guru

8

4.2 Aplikasi

Tujuan pembelajaran kooperatif adalah untuk menjadikan setiap ahli kumpulan menguasai

pembelajaran mengikut keupayaannya sendiri. Perlu adanya paten atau aliran pembelajaran dalam

sesuatu bilik darjah iaitu pembelajaran bersama, penilaian individu. Pembelajaran kooperatif

berbeza dengan kumpulan dalam bilik darjah tradisional dan ia distrukturkan atau dikonstruk oleh

guru supaya para pelajar percaya bahawa mereka:

a. Berjaya dan gagal bersama

b. Membantu dan menyokong antara satu sama lain untuk berjaya

c. Dinilai secara individu apabila melakukan bahagian tugasan yang ditetapkan.

d. Perlu menguasai kemahiran interpersonal dalam kumpulan kecil untuk menjadi ahli

kumpulan yang efektif.

e. Perlu berbincang tentang keberkesanan kumpulan masing-masing dan cara untuk

memperbaiki kelemahan. (www.newhorizons.org/strategies/cooperative/johnson.htm)

Perspektif ketidakbergantungan sosial dalam pembelajaran kooperatif menganggap bahawa cara

ketidakbergantungan sosial distrukturkan dapat menentukan cara seseorang itu berinteraksi

dengan orang yang lain. Tambahan pula, hasilnya adalah dari kesan interaksi sesama mereka.

Jadi, salah satu elemen kooperatif yang harus distrukturkan dalam bilik darjah adalah

ketidakbergantungan positif/ bekerjasama secara kooperatif.. Apabila dilaksanakan, hasilnya

adalah, kerjasama tersebut menggalakkan interaksi di mana ahli kumpulan memberi sokongan

dan memudahkan usaha mereka untuk belajar (Johnson, Johnson, & Holubec, 1998- Cooperation

in the Classroom. Boston: Allyn & Bacon).

Page 9: UNIT BIOLOGI KOLEJ MATRIKULASI JOHOR PROJEK · PDF filetermasuk 18 orang fasilitator yang terdiri daripada kalangan pelajar cemerlang dan ... Perkongsian pengetahuan di antara guru

9

4.3 Ciri- ciri pembelajaran kooperatif

Pendekatan Pembelajaran kooperatif mempunyai beberapa ciri tertentu, diantaranya ialah:

1. Matlamat kumpulan

Matlamat kumpulan ialah kejayaan kumpulan dalam mencapai kecemerlangan dalam menguasai

sesuatu konsep yang di ajar. Matlamat ini dicapai melalui usaha bersama semua bersama ahli di

dalam kumpulan. Dalam kumpulan ini setiap ahli kumpulan mempunyai peranan tertentu dan

jelas dalam usaha kumpulan mencapai matlamat yang ditetapkan.

2. Interaksi sosial ditekankan.

Setiap ahli kumpulan akan berinteraksi secara bersemuka dalam kumpulan. Interaksi yang

serentak berlangsung pada masa yang sama untuk setiap kumpulan melalui perbincangan yang

akan menyebabkan lebih ramai individu yang turut serta mengambil bahagian. Setiap ahli

kumpulan perlu berhubung rapat, saling memenuhi dan bantu-menbantu.

3. Pelajar perlu saling bergantungan positif untuk mencapai objektif gerak kerja.

Kejayaan kumpulan bergantung kepada pembelajaran individu yang ahli sesuatu kumpulan.

Setiap ahli mempunyai tanggungjawab ke atas keberkesanan pembelajaran kumpulan. Prinsip ini

dikenali sebagai saling bergantungan secara positif. Untuk mencapai kejayaan dalam prinsip ini,

tugas perlu diagihkan kepada semua ahli kumpulan untuk menyumbang jawapan atau hasil

dapatan. Tanggungjawab individu bermakna setiap pelajar mesti melaksanakan tugas masing-

masing yang diberikan untuk menyumbang kepada sesuatu projek. Penyertaan pula bermaksud

semua pelajar mempunyai peluang yang sama untuk mengambil bahagian dan menyumbang

secara bersama.

Page 10: UNIT BIOLOGI KOLEJ MATRIKULASI JOHOR PROJEK · PDF filetermasuk 18 orang fasilitator yang terdiri daripada kalangan pelajar cemerlang dan ... Perkongsian pengetahuan di antara guru

10

4.4 Apakah kelebihan pembelajaran kooperatif ?

Walaupun pembelajaran kooperatif menimbulkan keresahan kepada ibubapa yang khuatirkan

kecairan pembelajaran apabila pelajar yang cerdas berada di dalam kumpulan yang kurang

cerdas, tetapi mengikut Slavin ( 1991) ia akan memberi faedah kepada golongan yang berbeza

kebolehan yang belajar dalam satu kumpulan. Kajian menunjukkan pembelajaran kooperatif

boleh meningkatkan pencapaian dan kemahiran kognitif pelajar. Jika dijalankan dengan

sempurna, setiap pelajar mempunyai tanggungjawab untuk memahiri sesuatu subtopik serta

berpeluang berkongsi pengetahuannya dengan ahli kumpulan yang lain. Untuk tujuan ini , pelajar

perlu betul-betul memahami subtopik itu, bukan sekadar menghafal sesuatu topik. Ini

mengakibatkan pemprosesan pada aras yang lebih tinggi,yang meningkatkan daya ingatan dan

seterusnya membolehkan mereka menunjukkan pencapaian yang lebih baik.

Kajian juga menunjukkan pembelajaran kognitif boleh memberbaiki kemahiran sosial pelajar.

Ahli-ahli dalam kumpulan perlu bekerjasama untuk mencapai objektif pembelajaran. Secara tidak

langsung, mereka perlu mempelajari atau memperbaiki kemahiran sosial mereka. Pelajar yang

bersuara perlahan perlu meninggikan suara supaya didengari dan difahami oleh ahli kumpulan

lain. Teguran sesama ahli perlu dilakukan dengan sewajarnya agar dinamik kumpulan tidak

hancur dan gerak kerja berjalan lancar.

Mengikut Kagan (1994), pembelajaran kooperatif bagi golongan berbakat telah membawa banyak

keberkesanan atau faedah seperti berikut :

Membaiki hubungan sosial

Meningkatkan pencapaian

Meningkatkan kemahiran kepimpinan

Page 11: UNIT BIOLOGI KOLEJ MATRIKULASI JOHOR PROJEK · PDF filetermasuk 18 orang fasilitator yang terdiri daripada kalangan pelajar cemerlang dan ... Perkongsian pengetahuan di antara guru

11

Meningkatkan kemahiran sosial

Meningkatkan tahap kemahiran aras tinggi

Meningkatkan kemahiran teknologi

Meningkatkan keyakinan diri.

4.5 Beberapa bentuk pembelajaran kooperatif

1.Kaedah Jigsaw II

Dalam kaedah ini, setiap ahli kumpulan menjadi 'juru' dalam sub-unit sesuatu topik. Setelah

masing-masing memahami bahagian masing-masing, setiap 'juru' mengajarnya pula kepada ahli

kumpulan yang lain. Soal-jawab atau perbincangan yang berlaku semasa proses ini membolehkan

'juru' dan ahli sama-sama memikirkan pembentangan yang diberi, ini meningkatkan pemahaman

dan ingatan. Selain dari itu, kaedah ini juga memberi peluang kepada pelajar yang kurang

cemerlang dan mengajar mereka untukmenjadi 'juru' dan mengajar mereka yang mempunyai

prestasi akademik lebih baik daripadanya, secara tidak langsung meningkatkan keyakinan diri

mereka.

2.Kaedah STAD

STAD merupakan akronim bagi Student Teams Achievement Divisions. Pembelajaran dalam

kumpulan kecil dilakukan bagi sesuatu topik. Kaedah perbincangan ini boleh menggunakan

kaedah Jigsaw II atau pendekatan lain. Selepas itu kuiz bertulis secara individu akan diberikan

untuk menguji pemahaman pelajar. Setiap pelajar akan mendapat markah individu, peningkatan

kemajuan yang ditunjukkan oleh setiap pelajar akan dikira dengan mengambil markah terbaru dan

ditolak dengan purata markah pelajar itu sendiri. Perbezaan markah individu akan dikumpulkan

untuk menjadi markah kumpulan. Di sebabkan markah kumpulan diperolehi berdasarkan

Page 12: UNIT BIOLOGI KOLEJ MATRIKULASI JOHOR PROJEK · PDF filetermasuk 18 orang fasilitator yang terdiri daripada kalangan pelajar cemerlang dan ... Perkongsian pengetahuan di antara guru

12

peningkatan ahli kumpulan, ahli kumpulan akan saling bekerjasama supaya mendapat markah

yang maksimum.

3. TAI

TAI( Team Assisted Individualization) dibentuk menggabungkan antara motivasi dan insentif

kepada kumpulan. Program yang diberikan mestilah bersesuaian dengan kemahiran yang

dipunyai oleh setiap pelajar. Pelajar dalam setiap kumpulan mestilah terdiri daripada pelajar yang

mempunyai keupayaan yang berbeza-beza. Ahli kumpulan yang bekerja secara berpasangan akan

bertukar-tukar helaian jawapan kerja yang telah dibuat. Ahli kumpulan bertanggungjawab

memastikan rakan-rakan dalam kumpulan bersedia untuk menduduki ujian akhir setiap unit. Skor

mingguan yang diperolehi oleh kumpulan akan dijumlahkan , kumpulan yang melebihi skor yang

ditetapkan akan diberikan sijil.

4.6 Beberapa strategi meningkatkan keberkesanan pembelajaran kooperatif

Pembahagian kumpulan yang membolehkan ahli-ahli dalam kumpulan bekerja dengan berkesan

bersama-sama.Faktor yang paling utama di sini ialah bilangan ahli dalam kumpulan. Kumpulan

kecil mengandungi tiga atau empat ahli didapati paling efektif. Kumpulan yang terlalu besar

kurang efektif kerana pembabitan ahli kumpulan cenderung menjadi tidak sama rata. Disamping

itu, pembentukan kumpulan sebaiknya dilakukan oleh guru bagi mengelakkan pelajar berkumpul

sesama 'klik' mereka sahaja.

Tugasan perlu distruktur sebegitu rupa supaya ahli kumpulan saling bergantung untuk mencapai

objektif yang ditentukan. Elakkan memberi tugasan yang boleh diselesaikan tanpa perlu

pembabitan setiap ahli kumpulan. Ini boleh menyebabkanada ahli kumpulan yang 'lepas tangan'

ataupun dipinggirkan oleh orang lain, dan bagi pelajar ini, pengalaman pembelajaran sepenuhnya

tidak dapat dicapai.

Page 13: UNIT BIOLOGI KOLEJ MATRIKULASI JOHOR PROJEK · PDF filetermasuk 18 orang fasilitator yang terdiri daripada kalangan pelajar cemerlang dan ... Perkongsian pengetahuan di antara guru

13

Jadikan tanggungjawab pencapaian terletak di kedua-dua tahap individu dan kumpulan. Satu

cara ialah melalui pemberian markah. Setiap pelajar mendapat markah individu dan markah

kumpulan bergantung kepada markah individu. Dengan cara itu setiap pelajar mempunyai

motivasi untuk melakukan yang terbaik untuk diri sendiri dan juga kumpulan.

Berikan garispanduan tingkahlaku dan kemahiran berkomunikasi kepada pelajar. Guru perlu

menjelaskan kepada pelajar apakah tingkahlaku yang wajar dan tidak wajar semasa pembelajaran

kooperatif berlaku. Guru juga perlu meberikan asas kemahiran komunikasi misalnya bagaimana

menyuarakan pendapat dan bagaimana menghadapi percanggahan pendapat.

Pastikan jenis dan amaun interaksi antara pelajar berpatutan. Guru perlu mengawasi interaksi

yang berlaku semasa pelajar menjalankan aktiviti kumpulan di dalam kelas. Perbincangan yang

berlaku seharusnya yang berkaitan dengan tugasan . Interaksi juga harus berlaku di antara setiap

ahli kumpulan dan tidak meminggirkan mana-mana ahli kumpulan. Perbincangan dan keputusan

juga tidak dimonopoli oleh ahli kumpulan tertentu sahaja.

5.0 RANGKA KERJA

PEMERHATIAN

TUTORIAL PRA UPS UPS

KEPUTUSAN

Tutorial

1,2,3,& 4 TSR

2 minggu

M1 – topik 1 & 2

M2 – topik 3 & 4

Page 14: UNIT BIOLOGI KOLEJ MATRIKULASI JOHOR PROJEK · PDF filetermasuk 18 orang fasilitator yang terdiri daripada kalangan pelajar cemerlang dan ... Perkongsian pengetahuan di antara guru

14

6.0 KUMPULAN SASARAN

Kumpulan sasaran adalah terdiri daripada 195 orang pelajar kumpulan Kuliah Hayat 3 (KH3) sesi

2004/2005 yang terdiri daripada 8 buah kumpulan tutorial (TH17 hingga TH24) dengan pelajar

seramai 21 hingga 26 orang pelajar dalam setiap kumpulan. Kumpulan ini dipilih adalah

berdasarkan kepada kebanyakan pensyarah yang menjalankan kajian ini adalah merupakan tenaga

pengajar mereka. Ini bagi memudahkan proses pemantauan dibuat.

7.0 PELAKSANAAN TINDAKAN

7.1 Tinjauan Masalah

7.1.1 Ujian Pra

Maklumat awal diperolehi melalui ujian pra iaitu merupakan Ujian Percubaan Pertengahan

Semester 1 bagi menguji pengetahuan dan tahap pencapaian sebenar pelajar. Ujian Percubaan

Pertengahan Semester 1 ini telah dijalankan 2 minggu awal sebelum ujian sebenar berlangsung.

Ujian pra ini dijalankan dengan menggunakan format yang sama dengan ujian sebenar iaitu

sebanyak 5 soalan struktur yang merangkumi topik 1 hingga topik 4 dengan pembahagian

bilangan soalan mengikut keberatan topik tersebut telah diberikan kepada pelajar-pelajar untuk

dijawab dalam tempoh 1 jam (Lampiran 1). Jadual pemberatan soalan adalah seperti dalam Jadual

1. Tinjauan awal mendapati terdapat sebilangan pelajar tidak dapat menunjukkan keputusan yang

memuaskan dalam ujian pra ini.

Page 15: UNIT BIOLOGI KOLEJ MATRIKULASI JOHOR PROJEK · PDF filetermasuk 18 orang fasilitator yang terdiri daripada kalangan pelajar cemerlang dan ... Perkongsian pengetahuan di antara guru

15

Jadual 1: Pemberatan soalan mengikut topik

Topik Jam kuliah Bil. soalan Markah

1 3 1 10

2 11 2 20

3 8 1 10

4 4 1 10

Jumlah markah 50

7.2 Analisis Tinjauan Masalah

7.2.1 Analisis ujian pra

Dalam ujian pra ini pelajar-pelajar Kuliah Hayat 3 (KH3) menunjukkan peratus lulus dalam mata

pelajaran biologi sebanyak 88.72% iaitu 13 orang pelajar mendapat gred A, 57 orang pelajar

mendapat gred B, 64 orang pelajar mendapat gred C dan 39 orang pelajar mendapat gred D.

Manakala 11.28% pelajar gagal iaitu seramai 22 orang mendapat gred F (Jadual 2).

Jadual 2: Pencapaian ujian pra pelajar-pelajar KH3

Gred Bilangan Pelajar Peratus (%)

A 6 3.08

A- 7 3.59

B+ 22 11.28

B 8 4.10

B- 27 13.85

C+ 18 9.23

C 23 11.79

C- 23 11.79

D+ 28 14.36

D 11 5.64

F 22 11.28

Page 16: UNIT BIOLOGI KOLEJ MATRIKULASI JOHOR PROJEK · PDF filetermasuk 18 orang fasilitator yang terdiri daripada kalangan pelajar cemerlang dan ... Perkongsian pengetahuan di antara guru

16

7.3. Tindakan Yang Dijalankan

7.3.1 Aktiviti Twinning Sovereign Remedy (TSR)

i Penyediaan soalan serta skema jawapan

Soalan-soalan latihan telah disediakan oleh Jawatankuasa Biro Peperiksaan Unit Biologi di mana

soalan-soalan tersebut adalah terdiri daripada soalan-soalan berbentuk struktur untuk topik 1

hingga topik 4:

Topik 1: Pengenalan Alam Hidupan

Topik 2: Struktur Sel dan Organel

Topik 3: Bahan-bahan Kimia Asas Dalam Sel

Topik 4: Pergerakan Bahan-bahan Merentasi Membran

Sebelum memulakan TSR, para pensyarah biologi telah bekerjasama dalam menyediakan skema

jawapan bagi soalan-soalan latihan tersebut mengikut topik yang telah di tetapkan.

Soalan-soalan latihan tersebut kemudiannya diberikan kepada setiap pensyarah mengikut jumlah

pelajar yang di pertanggungjawabkan kepadanya. Para pensyarah akan memantau perkembangan

pelajar mereka dengan dibantu oleh fasilitator yang telah dilantik di kalangan pelajar yang

cemerlang dan sederhana yang telah di kenalpasti melalui Ujian Percubaan Pertengahan Semester

1 (ujian pra).

ii Pembahagian kumpulan

Melalui keputusan ujian pra kumpulan pelajar ini telah di kategorikan kepada 3 kumpulan iaitu

kumpulan pelajar cemerlang, kumpulan pelajar sederhana dan kumpulan pelajar lemah. Seramai

13 orang pelajar telah di kategorikan sebagai pelajar cemerlang, 98 orang pelajar sederhana dan

84 orang pelajar lemah. Pelajar-pelajar tersebut kemudiannya telah dibahagikan kepada 18

Page 17: UNIT BIOLOGI KOLEJ MATRIKULASI JOHOR PROJEK · PDF filetermasuk 18 orang fasilitator yang terdiri daripada kalangan pelajar cemerlang dan ... Perkongsian pengetahuan di antara guru

17

kumpulan kecil yang terdiri daripada gabungan pelajar cemerlang, sederhana dan lemah (Jadual

3). Fasilitator yang terlibat terdiri daripada 13 orang pelajar cemerlang dan 5 orang pelajar yang

mendapat gred B+. Dalam kajian ini, pelajar fasilitator diasingkan daripada pelajar-pelajar yang

lain iaitu pelajar kumpulan sederhana dan lemah iaitu seramai 93 orang dan 84 orang masing-

masing. Pengasingan ini dibuat memandangkan para fasilitator mendapat bimbingan secara terus

daripada pensyarah, yang mana dijangkakan boleh mengganggu keputusan kajian. Penentuan

gred dan status samaada cemerlang, sederhana dan lemah adalah merujuk kepada kriteria dan

syarat-syarat yang telah ditentukan oleh Unit Peperiksaan, Bahagian Matrikulasi, Kementerian

Pelajaran Malaysia(Jadual 4). Dalam program ini, pengubahsuaian terhadap gred dan status telah

dibuat mengikut kesesuaian program Twinning Sovereign Remedy(TSR) yang dijalankan (Jadual

3).

Seramai 18 orang pensyarah biologi terlibat dalam program ini di mana seorang pensyarah di

pertanggungjawabkan untuk menyelia kumpulan-kumpulan kecil ini yang terdiri daripada 9-10

orang pelajar dalam setiap kumpulan.

Manakala seramai 18 orang fasilitator telah dipilih untuk membantu pensyarah membimbing

pelajar-pelajar tersebut. Fasilitator-fasilitator tersebut telah dipilih di kalangan pelajar-pelajar

yang telah di kategorikan sebagai cemerlang dan sederhana berdasarkan keputusan ujian pra.

Page 18: UNIT BIOLOGI KOLEJ MATRIKULASI JOHOR PROJEK · PDF filetermasuk 18 orang fasilitator yang terdiri daripada kalangan pelajar cemerlang dan ... Perkongsian pengetahuan di antara guru

18

Jadual 3: Kategori kumpulan

Gred Kategori

A Cemerlang

A-

B+

B

B- Sederhana

C+

C

C-

D+ Lemah

D

F

Jadual 4 : Hubungan antara gred dengan mata nilaian yang telah ditentukan oleh Bahagian

Matrikulasi

Gred Skala/Mata Nilaian Status

A 4.00

A- 3.67

B+ 3.33

CEMERLANG

B 3.0

B- 2.67 KEPUJIAN

C+ 2.33

C 2.00

C- 1.67

D+ 1.33

D 1.00

LULUS

F 0.00 GAGAL

iii Kelas Bimbingan

Setelah soalan-soalan diedarkan kepada para fasilitator dan para pelajar, mereka diminta

membuat latihan tersebut mengikut topik yang telah ditetapkan setiap minggu (Jadual 5).

Page 19: UNIT BIOLOGI KOLEJ MATRIKULASI JOHOR PROJEK · PDF filetermasuk 18 orang fasilitator yang terdiri daripada kalangan pelajar cemerlang dan ... Perkongsian pengetahuan di antara guru

19

Jadual 5: Jadual perlaksanaan program

Minggu Topik

1

2

1. Pengenalan Alam Hidupan

2. Struktur Sel dan Organel

3. Bahan-Bahan Kimia Asas Dalam Sel

4. Pergerakan Bahan-bahan Merentasi Membran

Perjumpaan hanya di adakan di antara:

1. Pensyarah dengan fasilitator.

2. Fasilitator dengan pelajar-pelajar .

Para pensyarah merupakan mentor kepada beberapa orang pelajar dan dibantu oleh fasilitator.

Melalui perjumpaan dengan pensyarah, para fasilitator akan diberi bimbingan mengenai cara

menjawab soalan dengan betul dengan memberikan pendedahan kepada teknik mencari isi-isi

penting yang perlu ada dalam jawapan dan juga menyemak jawapan yang telah dibuat terlebih

dahulu oleh fasilitator sebelum kelas bimbingan bersama pelajar di bawah bimbingannya bagi

memastikan jawapan yang diberikan betul seperti yang dikehendaki oleh soalan.

Setelah mengadakan perbincangan dengan pensyarah, para fasilitator kemudiannya memberikan

bimbingan kepada pelajar-pelajar tersebut. Pensyarah memantau dari semasa ke semasa dengan

merekodkan kehadiran pelajar-pelajar dan melakukan perbincangan dengan fasilitator mengenai

permasalahan yang wujud semasa perbincangan kumpulan. Pensyarah juga turut memberikan

beberapa latihan tambahan kepada pelajar-pelajar tersebut.

7.4 Pelaksanaan Tindakan

Kajian ini telah dijalankan mengikut pendekatan dibawah:

1. Program TSR di jadualkan sebanyak dua kali seminggu, di mana masa yang di

peruntukkan ialah sebanyak 1 jam bagi setiap sesi perjumpaan. Pelajar diberi kebebasan

untuk menjalankan kelas tersebut selama 2 jam sekaligus atau sebaliknya mengikut

Page 20: UNIT BIOLOGI KOLEJ MATRIKULASI JOHOR PROJEK · PDF filetermasuk 18 orang fasilitator yang terdiri daripada kalangan pelajar cemerlang dan ... Perkongsian pengetahuan di antara guru

20

jadual asal bergantung kepada kesesuaian masa serta persetujuan fasilitator dan pelajar-

pelajar di bawah bimbingan mereka.

2. Tempoh pelaksanaan program TSR ini telah di tetapkan selama 2 minggu sebelum Ujian

Pertengahan Semester 1 bermula dan telah dijalankan dalam minggu yang sama di mana

ujian pra dilakukan iaitu sebaik sahaja keputusan ujian pra diperolehi.

3. Pensyarah memperuntukkan masa untuk berbincang terlebih dahulu dengan fasilitator

bagi membincangkan topik-topik yang kurang arif atau yang tidak dapat dikuasai

sepenuhnya oleh mereka sebelum sesi perbincangan dengan pelajar-pelajar dijalankan.

4. Pemantauan telah dijalankan dari segi kehadiran pelajar dengan mengadakan jadual

kedatangan yang diserahkan kepada fasilitator. Selain daripada itu juga semakan jawapan

oleh pensyarah pembimbing dilakukan demi memastikan bahawa program TSR ini

berjalan dengan lancar.

8.0 PENILAIAN DAN PEMERHATIAN

Ujian pos telah dilakukan iaitu merupakan Ujian Pertengahan Semester 1 yang mengandungi

soalan yang hampir serupa dengan soalan ujian pra dari segi topik yang di uji, masa yang di

peruntukkan serta pemberatan soalan mengikut topik (Lampiran 2). Berdasarkan keputusan Ujian

Pertengahan Semester 1 bagi kumpulan Kuliah Hayat 3 (KH3), di dapati bahawa peratus lulus

para pelajar dalam mata pelajaran biologi adalah amat memberangsangkan. Di mana peratus

kelulusan adalah meningkat sehingga 99.47% berbanding di dalam ujian pra di mana hanya

88.72% pelajar yang lulus. Dalam ujian pos, seramai 34 orang pelajar mendapat gred A, 93 orang

mendapat gred B, 60 orang mendapat gred C dan 6 orang mendapat gred D. Manakala peratus

pelajar yang gagal telah menurun sebanyak 10.76% iaitu dengan peratus yang mendapat gred F

Page 21: UNIT BIOLOGI KOLEJ MATRIKULASI JOHOR PROJEK · PDF filetermasuk 18 orang fasilitator yang terdiri daripada kalangan pelajar cemerlang dan ... Perkongsian pengetahuan di antara guru

21

adalah 0.52% berbanding 11.28% di dalam ujian pra (Jadual 6). Hasil ujian pos ini telah

menunjukkan peningkatan pelajar cemerlang daripada 13 orang kepada 34 orang, pelajar

sederhana daripada 98 orang kepada 147 orang dan pelajar lemah daripada 84 orang kepada 13

orang (Lampiran : Jadual 7 - 9)

Jadual 6: Perbandingan pencapaian ujian pra dan ujian pos bagi pelajar-pelajar KH3

Ujian pra Ujian pos

Gred Bil. pelajar Peratus (%) Bil. pelajar Peratus (%)

A 6 3.08 17 8.76

A- 7 3.59 17 8.76

B+ 22 11.28 28 14.43

B 8 4.10 44 22.68

B- 27 13.85 21 10.82

C+ 18 9.23 36 18.56

C 23 11.79 18 9.28

C- 23 11.79 6 3.09

D+ 28 14.36 2 1.03

D 11 5.64 4 2.06

F 22 11.28 1 0.52

Manakala purata markah yang diperolehi oleh pelajar yang terlibat dalam program ini, boleh

dirujuk dalam lampiran : Jadual 7(a) dan 7(b). Daripada jadual tersebut nyata bahawa prestasi

pelajar cemerlang (gredA) iaitu dikalangan para fasilitator dapat dikekalkan dengan purata

markah ujian pos yang diperolehi adalah sebanyak 90.22±1.85 berbanding 90.00 ±6.93.

Kemudian bagi pelajar TSR pula yang mendapat gred A memperolehi purata markah ujian pos

sebanyak 88.00±3.70 sebelum TSR dijalankan tiada seorang pun yang mendapat gred A. Purata

markah pelajar yang gagal dalam ujian pos dengan mendapat gred F adalah sebanyak 29.00±0.00

berbanding sebanyak 23.77±5.50 dalam ujian pra.

Page 22: UNIT BIOLOGI KOLEJ MATRIKULASI JOHOR PROJEK · PDF filetermasuk 18 orang fasilitator yang terdiri daripada kalangan pelajar cemerlang dan ... Perkongsian pengetahuan di antara guru

22

9.0 REFLEKSI TINDAKAN

9.1 Refleksi Keseluruhan Kajian

Secara keseluruhannya, jika dibandingkan pencapaian ujian pra dan ujian pos di dapati bahawa

program Twinning Sovereign Remedy (TSR) telah memberikan impak yang positif dan

memberangsangkan di dalam membantu pelajar menyelesaikan masalah di dalam pengajaran dan

pembelajaran biologi.

Program Twinning Sovereign Remedy (TSR) juga di dapati telah memberikan alternatif baru

kepada para pelajar untuk menyelesaikan soalan-soalan yang diberikan secara individu atau

secara berkumpulan melalui kaedah perbincangan di dalam kumpulan. Secara tidak langsung,

memberikan kesan positif dari segi hubungan silaturrahim antara rakan kumpulan dan pensyarah

pembimbing. Di samping meningkatkan keputusan cemerlang, risiko kegagalan juga dapat di

kurangkan.

Walaupun kajian tindakan yang dijalankan ini merangkumi sebilangan kecil pelajar sahaja

daripada keseluruhan pelajar hayat iaitu seramai 1114 orang, namun kajian ini dapat

menggambarkan secara umum tentang pelaksanaan kaedah pembelajaran secara kooperatif yang

di namakan sebagai Twinning Sovereign Remedy (TSR) yang dapat membawa perubahan yang

membanggakan dari segi pengajaran guru dan amalan pembelajaran pelajar.

9.2 Cadangan untuk kajian seterusnya.

Usaha dan tindakan pensyarah di dalam kelas juga memainkan peranan yang penting dalam

meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Aktiviti yang pelbagai

dan sesuai boleh dijadikan sebagai tarikan untuk pelajar datang ke kelas dan seterusnya dapat

meningkatkan pemahaman pelajar dalam sesuatu topik.

Page 23: UNIT BIOLOGI KOLEJ MATRIKULASI JOHOR PROJEK · PDF filetermasuk 18 orang fasilitator yang terdiri daripada kalangan pelajar cemerlang dan ... Perkongsian pengetahuan di antara guru

23

Selain itu, jumlah pelajar di dalam sesuatu kelas tutoran juga memberi impak dari segi

pencapaian pelajar. Di cadangkan bahawa jumlah pelajar di kurangkan kepada maksimum 15

orang dalam sebuah kelas tutoran. Dengan itu, pelajar-pelajar dapat menumpukan perhatian

dalam pembelajaran dengan lebih berkesan. Peluang untuk mereka bertanya kepada pensyarah

juga adalah tinggi. Para pensyarah, juga dapat memberi tumpuan kepada semua pelajar dan

interaksi dua hala dapat di gunakan secara maksimum. Secara tidak langsung, fokus pelajar akan

bertambah dan masalah ponteng kelas dapat diatasi.

Page 24: UNIT BIOLOGI KOLEJ MATRIKULASI JOHOR PROJEK · PDF filetermasuk 18 orang fasilitator yang terdiri daripada kalangan pelajar cemerlang dan ... Perkongsian pengetahuan di antara guru

24

10.0 RUJUKAN

B.Bennett, C. Rolheiser-Bennett, L.Stevann(1991) Cooperative Learing Where Heart Meets

Mind.

Johnson, d.W.,& Johnson, R.T (1991). Learrning together and alone : Cooperative, Competitive,

and individualistic learning ( 3rd Ed.). Upper Saddle river, NJ: Prentice-Hall.

Krongthong Khairiree. Nota Edaran Kursus SMWB-10 (10 Jun-27 Julai 2002.

Slavin, R. (1986) Using Student Team Learning (3 rd. ed). Baltimore, Johns Hopkins University,

Centre For Research On Elementary And Middle Schools.

Slavin, R. (1990) Cooperative Learning : Theory, Research ang Practice. Englewood Cliff, NJ:

Prentice Hall.

Roger T. Johnson and David W. Johnson (2005). The Cooperative Learning Center at The

University of Minnesota. Internet: http://www.co-operation.org/.

http://www.bpgupg.go.id/kmp/model/modeldetail.php?model=model/kooperatif

Page 25: UNIT BIOLOGI KOLEJ MATRIKULASI JOHOR PROJEK · PDF filetermasuk 18 orang fasilitator yang terdiri daripada kalangan pelajar cemerlang dan ... Perkongsian pengetahuan di antara guru

25

11.0 LAMPIRAN

Jadual 7: Perbandingan purata markah ujian pra dan ujian pos:

a) bagi fasilitator-fasilitator program TSR

Gred Purata markah1

Ujian pra2 Ujian pos

3

A 90.00 ± 6.93 90.22 ± 1.85

A- 77.11 ± 1.21 76.90 ± 1.27

B+ 72.60 ± 1.67 0.00 ± 0.00

1 Nilai merujuk kepada purata markah daripada jumlah pelajar yang memperolehi gred

tersebut ± sisihan piawai 2 Ujian pra: A = 6 orang, A- = 7 orang, B+ = 5 orang

3 Ujian pos: A = 9 orang, A- = 9 orang, B+ = 0 orang

b) bagi pelajar-pelajar program TSR

Gred Purata markah1

Ujian pra2 Ujian pos

3

A 0.00 ± 0.00 88.00 ± 3.70

A- 0.00 ± 0.00 76.12 ± 1.12

B+ 71.70 ± 1.57 71.75 ± 1.62

B 67.12 ± 1.36 66.88 ± 1.50

B- 61.96 ± 1.43 61.81 ± 1.54

C+ 57.11 ± 1.57 57.25 ± 1.52

C 52.35 ± 1.75 51.83 ± 1.42

C- 46.96 ± 1.66 46.83 ± 1.72

D+ 41.61 ± 1.47 40.00 ± 0.00

D 36.91 ± 1.22 36.75 ± 2.06

F 23.77 ± 5.50 29.00 ± 0.00

1 Nilai merujuk kepada purata markah daripada jumlah pelajar yang memperolehi gred

tersebut ± sisihan piawai 2 Ujian pra: A = 0 orang, A- = 0 orang, B+ = 17 orang, B = 8 orang, B- = 27 orang, C+ = 18 orang, C = 23 orang, C- = 23 orang, D+ = 28 orang, D = 11 orang, F = 22 orang 3 Ujian pos: A = 8 orang, A- = 8 orang, B+ = 28 orang, B = 44 orang, B- = 21 orang, C+ = 36 orang, C = 18 orang, C- = 6 orang, D+ = 2 orang, D = 4 orang, F = 1 orang

Page 26: UNIT BIOLOGI KOLEJ MATRIKULASI JOHOR PROJEK · PDF filetermasuk 18 orang fasilitator yang terdiri daripada kalangan pelajar cemerlang dan ... Perkongsian pengetahuan di antara guru

26

Jadual 8: Perbandingan gred pencapaian fasilitator-fasilitator program TSR

Fasilitator Gred

Ujian pra Ujian pos

1 A A

2 A A

3 A A

4 A A

5 A A

6 A A

7 A- A-

8 A- A-

9 A- A

10 A- A-

11 A- A-

12 A- A-

13 A- A-

14 B+ A-

15 B+ A

16 B+ A-

17 B+ A-

18 B+ A

Jadual 9: Perbandingan gred pencapaian pelajar-pelajar sederhana program TSR

a) Pelajar gred B+ b) Pelajar gred B

Pelajar Gred Pelajar Gred

Ujian pra Ujian pos Ujian pra Ujian pos

1 B+ B+ 1 B A

2 B+ A 2 B A

3 B+ B+ 3 B A-

4 B+ B+ 4 B A

5 B+ A 5 B A-

6 B+ A 6 B A

7 B+ B+ 7 B A-

8 B+ B+ 8 B A

9 B+ A-

10 B+ A-

11 B+ B+

12 B+ A-

13 B+ B+

14 B+ B+

15 B+ B+

16 B+ B+

17 B+ B+

Page 27: UNIT BIOLOGI KOLEJ MATRIKULASI JOHOR PROJEK · PDF filetermasuk 18 orang fasilitator yang terdiri daripada kalangan pelajar cemerlang dan ... Perkongsian pengetahuan di antara guru

27

c) Pelajar gred B-

Pelajar Gred Pelajar Gred

Ujian pra Ujian pos Ujian pra Ujian pos

1 B- B+ 15 B- B+

2 B- B+ 16 B- B+

3 B- B 17 B- B-

4 B- B- 18 B- B

5 B- B- 19 B- B-

6 B- B- 20 B- B-

7 B- B+ 21 B- B-

8 B- B 22 B- B-

9 B- B+ 23 B- B-

10 B- B 24 B- B-

11 B- B+ 25 B- B-

12 B- B+ 26 B- B-

13 B- B+ 27 B- B-

14 B- B+

d) Pelajar gred C+ e) Pelajar gred C

Pelajar Gred Pelajar Gred

Ujian pra Ujian pos Ujian pra Ujian pos

1 C+ B 1 C B

2 C+ C+ 2 C C+

3 C+ B 3 C C+

4 C+ B 4 C B

5 C+ B 5 C B

6 C+ B 6 C B

7 C+ B 7 C B

8 C+ B 8 C B

9 C+ B 9 C C+

10 C+ B 10 C C+

11 C+ B 11 C C+

12 C+ B 12 C B

13 C+ C+ 13 C B

14 C+ C+ 14 C C+

15 C+ B 15 C B

16 C+ B- 16 C B

17 C+ B 17 C C+

18 C+ B 18 C B

19 C B

20 C C+

21 C C+

22 C B

23 C C+

Page 28: UNIT BIOLOGI KOLEJ MATRIKULASI JOHOR PROJEK · PDF filetermasuk 18 orang fasilitator yang terdiri daripada kalangan pelajar cemerlang dan ... Perkongsian pengetahuan di antara guru

28

Jadual 10: Perbandingan gred pencapaian pelajar-pelajar lemah program TSR:

a) Gred C- b) Gred D+

Pelajar Gred Pelajar Gred

Ujian pra Ujian pos Ujian pra Ujian pos

1 C- C+ 1 D+ C

2 C- C- 2 D+ C

3 C- A- 3 D+ B+

4 C- A- 4 D+ B+

5 C- B+ 5 D+ BERHENTI

6 C- C- 6 D+ B

7 C- C- 7 D+ B-

8 C- B+ 8 D+ B-

9 C- C+ 9 D+ B+

10 C- C+ 10 D+ C

11 C- B 11 D+ C

12 C- B 12 D+ C

13 C- B 13 D+ C

14 C- C+ 14 D+ B+

15 C- C+ 15 D+ B+

16 C- C+ 16 D+ B

17 C- C+ 17 D+ B

18 C- B 18 D+ C

19 C- B 19 D+ C

20 C- C+ 20 D+ C

21 C- C+ 21 D+ B

22 C- C+ 22 D+ C

23 C- B 23 D+ B

24 D+ C

25 D+ C+

26 D+ C+

27 D+ C+

28 D+ B

Page 29: UNIT BIOLOGI KOLEJ MATRIKULASI JOHOR PROJEK · PDF filetermasuk 18 orang fasilitator yang terdiri daripada kalangan pelajar cemerlang dan ... Perkongsian pengetahuan di antara guru

29

c) Gred D d) Gred F

Pelajar Gred Pelajar Gred

Ujian pra Ujian pos Ujian pra Ujian pos

1 D C+ 1 F B

2 D C+ 2 F C+

3 D C 3 F C+

4 D C 4 F B-

5 D C 5 F B-

6 D C 6 F C

7 D C 7 F D

8 D C+ 8 F D

9 D C+ 9 F B-

10 D C+ 10 F C+

11 D C 11 F B-

12 F D

13 F F

14 F D

15 F C+

16 F C-

17 F C-

18 F C-

19 F C+

20 F D+

21 F D+

22 F B-