Unit Plan Template - ourebook - homeourebook.wikispaces.com/file/view/Unit_Plan_Azlina.doc · Web...

9
Intel® Teach Program Essentials Course Unit Plan ‘Keusahawanan’ Unit Plan ‘Keusahawanan’ Click on any descriptive text, then type your own. Unit Author Name AZLINA AZMI School District KUALA LIPIS, PAHANG School Name SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN CLIFFORD School City, State KUALA LIPIS, PAHANG Unit Overview Unit Title Keusahawanan – Rancangan Perniagaan Unit Summary Bidang Keusahawanan merupakan satu bidang yang mencakupi keseluruhan bagaimana seseorang usahawan menceburi sesebuah perniagaan. Kecanggihan teknologi memberi banyak input dan maklumat tentang perkembangan dunia perniagaan kini. Berdasarkan kelebihan ini guru telah memilih suatu topik yang mungkin akan membantu pelajar memahami dunia sebenar dalam dunia perniagaan khususnya seorang usahawan. Pelajar dikehendaki menyiapkan 3 tugasan utama iaitu pembinaan Rancangan Perniagaan, Poster dan Brosur. Kesemua tugasan dipilih dengan mengambilkira kemahiran sedia ada pelajar yang sudah menguasai aplikasi computer serta memiliki pengetahuan sedia ada tentang topik sedia ada. Pembelajaran yang diperolehi pelajar dalam tajuk ini menjadi asas dalam pembinaan Rancangan Perniagaan. Pelajar akan menggunakan semua pengetahuan tentang semua subtopik Keusahawanan bagi membina sebuah perniagaan.Keseluruhan subtopic Keusahawanan menjadi asas dalam pembinaan Rancangan Perniagaan. Beberapa jenis model dan strategi pengajaran digunapakai oleh guru sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran.Guru juga mengambilkira aspek pedagogi dalam proses pembelajaran. Subject Area Topik “Rancangan Perniagaan” ini menggabungkan kesemua subtopic di dalam tajuk Keusahawanan. Mengapa memilih tajuk ini? Pelajar telah didedahkan dengan dunia keusahawanan iaitu bermula daripada pengenalan kepada siapa usahawan dan apakah teori keusahawanan yang digunakan.Selain itu pelajar juga mengetahui cirri-ciri seorang usahawan dari sudut umum dan pandangan Islam. Pelajar juga mengetahui strategi memulakan © 2000-2007 Intel Corporation. All Rights Reserved. Page 1 of 9

Transcript of Unit Plan Template - ourebook - homeourebook.wikispaces.com/file/view/Unit_Plan_Azlina.doc · Web...

Page 1: Unit Plan Template - ourebook - homeourebook.wikispaces.com/file/view/Unit_Plan_Azlina.doc · Web viewSubjek ini diajar dalam bahasa Melayu. Ada antara bahan disediakan dalam bahasa

Intel® Teach ProgramEssentials Course

Unit Plan ‘Keusahawanan’ Unit Plan ‘Keusahawanan’ Click on any descriptive text, then type your own.

Unit AuthorName AZLINA AZMISchool District KUALA LIPIS, PAHANGSchool Name SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN CLIFFORDSchool City, State KUALA LIPIS, PAHANGUnit OverviewUnit TitleKeusahawanan – Rancangan PerniagaanUnit SummaryBidang Keusahawanan merupakan satu bidang yang mencakupi keseluruhan bagaimana seseorang usahawan menceburi sesebuah perniagaan. Kecanggihan teknologi memberi banyak input dan maklumat tentang perkembangan dunia perniagaan kini.Berdasarkan kelebihan ini guru telah memilih suatu topik yang mungkin akan membantu pelajar memahami dunia sebenar dalam dunia perniagaan khususnya seorang usahawan.Pelajar dikehendaki menyiapkan 3 tugasan utama iaitu pembinaan Rancangan Perniagaan, Poster dan Brosur.Kesemua tugasan dipilih dengan mengambilkira kemahiran sedia ada pelajar yang sudah menguasai aplikasi computer serta memiliki pengetahuan sedia ada tentang topik sedia ada.Pembelajaran yang diperolehi pelajar dalam tajuk ini menjadi asas dalam pembinaan Rancangan Perniagaan. Pelajar akan menggunakan semua pengetahuan tentang semua subtopik Keusahawanan bagi membina sebuah perniagaan.Keseluruhan subtopic Keusahawanan menjadi asas dalam pembinaan Rancangan Perniagaan.Beberapa jenis model dan strategi pengajaran digunapakai oleh guru sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran.Guru juga mengambilkira aspek pedagogi dalam proses pembelajaran.Subject Area

Topik “Rancangan Perniagaan” ini menggabungkan kesemua subtopic di dalam tajuk Keusahawanan.Mengapa memilih tajuk ini?Pelajar telah didedahkan dengan dunia keusahawanan iaitu bermula daripada pengenalan kepada siapa usahawan dan apakah teori keusahawanan yang digunakan.Selain itu pelajar juga mengetahui cirri-ciri seorang usahawan dari sudut umum dan pandangan Islam. Pelajar juga mengetahui strategi memulakan perniagaan, modal dan kemudahan dan bantuan yang diberikan oleh kerajaan kepada usahawan.Keseluruhan subtopic ini menjadi tunjang kepada pembinaan Rancangan Perniagaan. Secara umumnya pelajar bukan sahaja membina Rancangan Perniagaan malah mengalami situasi sebenar dunia perniagaan.

Year/Form

© 2000-2007 Intel Corporation. All Rights Reserved. Page 1 of 7

Page 2: Unit Plan Template - ourebook - homeourebook.wikispaces.com/file/view/Unit_Plan_Azlina.doc · Web viewSubjek ini diajar dalam bahasa Melayu. Ada antara bahan disediakan dalam bahasa

Intel® Teach ProgramEssentials Course

Tingkatan 6T4 & 6T5 (6 rendah)Approximate Time Needed 1 bulanUnit FoundationTargeted Curriculum Specifications and Benchmarks Kurikulum dalam Topik Keusahawanan adalah seperti berikut:

1. Keusahawanan2. Teori Keusahawanan3. Ciri-Ciri Usahawan4. Mencari Idea Perniagaan5. Strategi Memulakan Perniagaan6. Pembiayaan Dan Sumber Modal7. Kemudahan Dan Bantuan8. Rancangan Perniagaan

Student Objectives/Learning OutcomesDi akhir pengajaran dan pembelajaran, pelajar diharap dapat:

1. Memahami dengan jelas konsep keusahawanan2. Mengenalpasti perbezaan antara pihak yang terlibat dalam perniagaan iaitu usahawan,

peniaga dan pengurus3. Mengetahui secara ringkas teori keusahawanan dari aspek ekonomi, sosiologi dan psikologi4. Menganalisis sumbangan usahawan dari sudut mikro dan makro.5. Menjelaskan ciri-ciri usahawan yang berjaya6. Mengenalpasti sumber idea baru perniagaan.7. Menerangkan proses penghasilan idea baru oleh usahawan8. Menghuraikan proses perniagaan; daripada strategi memulakan perniagaan kepada strategi

menjalankan perniagaan.9. Menyediakan contoh Rancangan Perniagaan (RP) yang baik.

Curriculum-Framing QuestionsEssential Question Siapakah usahawan?

Unit Questions

1. Adakah usahawan dilahir atau dilatih?2. Apakah ciri-ciri seorang usahawan?3. Apakah peranan usahawan dalam masyarakat?

© 2000-2007 Intel Corporation. All Rights Reserved. Page 2 of 7

Page 3: Unit Plan Template - ourebook - homeourebook.wikispaces.com/file/view/Unit_Plan_Azlina.doc · Web viewSubjek ini diajar dalam bahasa Melayu. Ada antara bahan disediakan dalam bahasa

Intel® Teach ProgramEssentials Course

Content Questions

1. Apakah langkah-langkah yang perlu diambil sebelum memulakan sesebuah perniagaan?

2. Terangkan kelebihan dan kelemahan memulakan sendiri, mengambil alih perniagaan sedia ada, francais dan perikatan strategik

3. Terangkan jenis-jenis modal dan sumber pembiayaan sesebuah perniagaan?

4. Huraikan kemudahan dan bantuan yang diberikan oleh kerajaan kepada usahawan.

5. Terangkan tujuan rancangan perniagaan disediakan.6. Jelaskan pihak-pihak yang memerlukan rancangan perniagaan.7. Terangkan format Rancangan Perniagaan

Assessment PlanAssessment Timeline

Before project work begins Students work on projects and complete tasks

After project work is completed

Ujian Pra Projek

Bahan sokongan:

Penerangan Ringkas Projek

Fasa Eksplorasi

Manual johnnymoney

Student worksheet

Penilaian Individu Keseluruhan

Penilaian Kumpulan Keseluruhan

Penilaian Rakan Sebaya

Penilaian Draf Rancangan Perniagaan, Brosur dan Poster

Kuiz

Rubrik Rancangan Perniagaan

Rubrik Brosur

Rubrik Poster

Rubrik Wiki

Penilaian Aplikasi Teknologi

Ujian Pencapaian

Ujian Pos Projek

Penilaian Projek keseluruhan

Assessment SummaryPenilaian terbahagi kepada 3 bahagian iaitu penilaian sebelum, semasa dan selepas projek diselesaikan. Penilaian ini dilakukan untuk melihat sejauhmana projek ini memberi kesan kepada pembelajaran pelajar bagi topik Keusahawanan khasnya, serta untuk menilai keberkesanan aktiviti kolaboratif dan pembelajaran berasaskan web kepada pelajar-pelajar tingkatan 6 rendah.

Selepas memberikan penerangan kepada pelajar, guru mengedarkan Ujian Pra Projek (Pre-test) untuk dijawab oleh kesemua pelajar. Ini bertujuan supaya guru dapat melihat penerimaan pelajar terhadap gaya pembelajaran yang baru didedahkan kepada mereka. Selain itu, ia juga sebagai asas untuk membandingkan pencapaian pelajar di akhir projek dengan pengetahuan dan pengalaman sedia ada mereka di awal projek.

Penilaian semasa projek dijalankan terbahagi kepada 5 jenis. Penilaian individu keseluruhan menilai

© 2000-2007 Intel Corporation. All Rights Reserved. Page 3 of 7

Page 4: Unit Plan Template - ourebook - homeourebook.wikispaces.com/file/view/Unit_Plan_Azlina.doc · Web viewSubjek ini diajar dalam bahasa Melayu. Ada antara bahan disediakan dalam bahasa

Intel® Teach ProgramEssentials Course

pengetahuan dan sikap pelajar secara keseluruhan semasa menjalani aktiviti berkumpulan. Beberapa item disenaraikan untuk markah keseluruhan sebanyak 10 markah. Ini adalah untuk memberi penghargaan kepada pelajar secara individual yang memberi sumbangan kepada aktiviti kumpulan mereka.

Selain itu, penilaian kumpulan keseluruhan menilai kerjasama serta nilai-nilai sahsiah yang baik yang ada pada sesebuah kumpulan. Ia membawa markah juga sebanyak 10 markah. Penilaian rakan sebaya pula adalah untuk setiap kumpulan memberi markah bagi setiap kumpulan yang lain. Ia bertujuan agar pelajar-pelajar menghargai dan menghormati pandangan, peribadi dan sumbangan rakan-rakan mereka dalam menghasilkan tugasan yang baik. Penilaian ini membawa sebanyak 5 markah.

Kemudian, penilaian draf juga disediakan supaya pelajar dapat menunjukkan kemajuan pada setiap peringkat pembinaan projek. Ia memberi markah sebanyak 5 markah bagi tiga tugasan tersebut iaitu RP, brosur dan poster. Kuiz spontan untuk individu diberikan 5 kali sepanjang projek berlangsung. Ini adalah kesinambungan daripada sesi forum / perbincangan yang dijalankan dalam wikispaces.

Penilaian selepas projek pula merangkumi penilaian rancangan perniagaan (50 markah), brosur (20 markah), poster (20 markah) dan wiki (20 markah) dalam bentuk rubrik. Penilaian aplikasi teknologi disediakan untuk memberi penghargaan kepada pelajar / kumpulan yang mampu memberikan kelainan pada tugasan mereka di laman wikispaces. Semua markah penilaian ini akan dikumpulkan di dalam penilaian projek keseluruhan.

Ujian pencapaian dan ujian pos-projek (post-test) adalah penilaian terakhir yang diberikan kepada pelajar untuk melihat perkembangan, perubahan dan pengetahuan yang diperolehi oleh pelajar selepas menyempurnakan tugasan-tugasan dalam projek ini. Unit DetailsPrerequisite SkillsPelajar telah mempelajari tentang topik Keusahawanan. Pelajar juga telah diberikan tugasan untuk mencari seorang tokoh usahawan pada peringkat awal mereka mempelajari subjek ini. Oleh itu, pelajar telah mempunyai sedikit pendedahan tentang usahawan, ciri-ciri usahawan yang berjaya serta contoh idea yang dikeluarkan oleh usahawan. Ini sedikit sebanyak membantu pelajar dalam menyempurnakan projek ini.

Instructional ProceduresPengenalanProjek ini dijalankan berpandukan model Project-based Learning diman menuntun penglibatan pelajar sepenuhnya dalam pelaksanaan projek ini.Pendedahan awal kepada pelajar tentang projek ini telah dinyatakan oleh guru. Ianya bertujuan untuk memberi peluang kepada pelajar membuat persediaan mental dan fizikal. Memandangkan banyak kekangan dan ancaman yang dihadapi oleh guru apabila pelajarnya mempunyai rasa rendah diri, takut dan lemah untuk melaksanakan projek yang bakal diberikan. Pelajar diberi pendedahan awal dan mengenali apa itu Wikispaces. Mereka diberi peluang untuk menggunakan wiki, sebagai contoh cuba untuk berkolaborasi secara online dengan menggunakan wiki yang telah disediakan oleh guru.Walaubagaimanapun, tugasan tidak diberikan lagi pada peringkat ini supaya pelajar tidak bersa tertekan atau takut untuk menggunakannya. Guru juga memberi tunjuk ajar tentang bagaimana untuk mengedit bahan, menghantar gambar, menghantar mesej dan sebagainya.Hari pertama, guru memulakan siri pengajaran dengan mengulang kembali secara ringkas tentang

© 2000-2007 Intel Corporation. All Rights Reserved. Page 4 of 7

Page 5: Unit Plan Template - ourebook - homeourebook.wikispaces.com/file/view/Unit_Plan_Azlina.doc · Web viewSubjek ini diajar dalam bahasa Melayu. Ada antara bahan disediakan dalam bahasa

Intel® Teach ProgramEssentials Course

keseluruhan topik Keusahawanan. Pelajar dibekalkan dengan satu kajian kes yang mana merupakan siri utama penjelajahan projek bakal dilaksanakan. Pelajar dikehendaki berada dalam kumpulan masing-masing dan guru akan memberikan masa kepada mereka untuk memahamkan kajian kes tersebut. Setiap kumpulan juga akan dibekalkan dengan satu Rancangan Perniagaan yang disediakan oleh pelajar terdahulu.Seterusnya pelajar dikehendaki menjawab ujian pra projek. Ujian ini bertujuan untuk melihat sejauh mana pengetahuan pelajar tentang keseluruhan topik dan aplikasi computer yang bakal digunakan.

CabaranUmumnya proses pengajaran dan pembelajaran bermula sebaik sahaja pelajar bersama ahli kumpulan dan memulakan pembelajaran secara kolaboratif di mana pelajar akan bekerjasama mencari idea, mengumpul maklumat, membina penyelesaian dan memilih kaedah yang bersesuaian berdasarkan bahan-bahan yang telah diberikan.Pelajar juga dimaklumkan tentang peraturan dan etika kerja semasa proses pelaksanaan tugasan. Pelajar juga diberi peluang untuk mengemukakan soalan dan ketidakfahaman terhadap peraturan atau perkara-perkara yang menimbulkan kesulitan sepanjang proses penghasilan tugasan.Pada waktu berikutnya pelajar didedahkan dengan satu permainan iaitu simulasi permainan Johnny Money bagi permulaan kepada pembinaan Rancangan Perniagaan. Pelajar dibenarkan untuk mencuba dan memahami permainan tersebut. Pelajar juga diberi peluang untuk bermain (merasai dunia sebenar perniagaan). Guru juga memaklumkan bahawa simulasi tersebut merupakan pemula kepada jumlah modal permulaan bagi perniagaan yang akan dibina.Pelajar dikehendaki berbincang dalam kumpualan untuk menubuhkan perniagaan dan memikirkan secara ringkas tentang nama perniagaan, lokasi perniagaan, nama rakan kongsi dan jawatan. Pelajar boleh berkongsi idea dan maklumat tentang rasionalnya pemilihan perniagaan tersebut. Semua perbincangan tersebut adalah melalui wiki yang berperanan sebagai media perantaraan komunikasi mereka. Guru juga dapat memantau tentang perbincangan dan perkembangan proses perjalanan tugasan mereka. Ini kerana guru dapat memberi panduan dan pedoman kepada mereka. Pelajar juga boleh mengemukakan soalan dan idea di dalam wiki tersebut.Seterusnya pelajar akan diberikan kuiz dari semasa ke semasa untuk menguji pengetahuan dan kefahaman kepada topik yang diajar. Penglibatan individu akan memberi kesan yang besar kepada markah keseluruhan kumpulan. Ianya bertujuan untuk melihat maklum balas dan menggalakkan pembelajaran secara aktif di dalam kelas.Pelajar juga dikehendaki menunjukkan perkembangan tugasan atau draf awal tugasan mereka. Pelajar juga diberi peluang untuk berjumpa dengan guru dan berbincang tentang tugasan mereka.Pada peringkat akhir pelajar akan membuat pembentangan Rancangan Perniagaan dan menyerahkan satu bentuk hard copy Rancangan Perniagaan, poster dan brosur.Proses perbincangan, bertukar-tukar pandangan, memberi idea, menerima idea, membuat keputusan untuk diri sendiri dan orang lain inilah yang diterapkan sepanjang proses penghasilan produk bagi projek ini.Penilaian khusus disediakan bagi setiap tugasan. Rubrik Brosur, Rubrik Wiki, Rubrik Rancangan Perniagaan dan Rubrik Poster memberi penilaian berasingan untuk setiap tugasan. Penilaian individu dan kumpulan keseluruhan dibuat untuk memberi penghargaan kepada nilai istimewa yang dimiliki oleh pelajar secara individu dan berkumpulan. Kesemua markah adalah berjumlah 170 markah.Akhir sekali pelajar dikehendaki menjawab Ujian Pos Projek untuk melihat kemajuan yang diperolehi pelajar setelah menyelesaikan semua tugasan.

Accommodations for Differentiated Instruction

© 2000-2007 Intel Corporation. All Rights Reserved. Page 5 of 7

Page 6: Unit Plan Template - ourebook - homeourebook.wikispaces.com/file/view/Unit_Plan_Azlina.doc · Web viewSubjek ini diajar dalam bahasa Melayu. Ada antara bahan disediakan dalam bahasa

Intel® Teach ProgramEssentials Course

Resource Student

Pelajar diberi penerangan yang terperinci tentang pembelajaran berasaskan projek ini. Pelajar-pelajar diberi peluang untuk bertanya perkara yang tidak difahami. Pelajar diberi masa untuk meneroka laman kolaboratif wikispaces dan permainan simulasi online johnnymoney selama dua minggu. Ini untuk membolehkan pelajar benar-benar bersedia dan tidak takut untuk melakukan tugasan yang diberikan.

Gifted Student

Pelajar berpeluang menunjukkan bakat kepimpinan dalam tugasan berkumpulan. Markah individu diberikan untuk menghargai bakat sedia ada dalam diri pelajar. Kreativiti pelajar juga dihargai dengan memberi markah kepada elemen ini.

Nonnative Speaker

Subjek ini diajar dalam bahasa Melayu. Ada antara bahan disediakan dalam bahasa Inggeris terutama bagi bahan daripada web. Untuk bahan-bahan ini, guru memberikan penerangan sejelas mungkin bagi kumpulan / individu yang memerlukan penjelasan bagi bahan ini. Bagaimanapun, kebanyakan pelajar mampu memahami bahan secara keseluruhan.

Materials and Resources Required For UnitTechnology – Hardware (Click boxes of all equipment needed)

Camera Computer(s) Digital Camera DVD Player Internet Connection

Laser Disk Printer Projection System Scanner Television

VCR Video Camera Video Conferencing Equip. Other Mobile Phone

Technology – Software (Click boxes of all software needed.) Database/Spreadsheet Desktop Publishing E-mail Software Encyclopedia on CD-ROM

Image Processing Internet Web Browser Multimedia

Web Page Development Word Processing Other      

Printed Materials

1. Rujukan Projek Pelajar yang lalu2. Arahan projek3. Kajian Kes4. Rancangan Perniagaan(format dan contoh)

Supplies 1. Kertas Kerja Rancangan Perniagaan sebenar

© 2000-2007 Intel Corporation. All Rights Reserved. Page 6 of 7

Page 7: Unit Plan Template - ourebook - homeourebook.wikispaces.com/file/view/Unit_Plan_Azlina.doc · Web viewSubjek ini diajar dalam bahasa Melayu. Ada antara bahan disediakan dalam bahasa

Intel® Teach ProgramEssentials Course

Internet Resources

1. SIMULATION GAMES

http://en.wikipedia.org/wiki/Simulation_gamehttp://www.unc.edu/~mornings/role_playing/http://www.gre.ac.uk/schools/business/study/business-simulation-gameshttp://www.industryplayer.com/http://www.bsg-online.com/http://www.informatist.net/http://edweb.sdsu.edu/courses/edtec670/edgames/2008/12/business-simulation-games.htmlhttp://www.1888pressrelease.com/nfib-introduces-small-business-simulation-johnny-money-onli-pr-72695.htmlhttp://home.att.net/~simulations/BizSim.htmhttp://www.thesmallbusinessgame.co.uk/_http://www.freeonlinegames.com/rpg-games/sim-lemonade-millionaire.htmlhttp://www.freeonlinegames.com/rpg-games/youda-camper.htmlhttp://www.lavamind.com/gaz.htmlhttp://www.simunomics.com/NewPlayer0.php

COLLABORATIVE LEARNINGhttp://en.wikipedia.org/wiki/collaborative_learninghttp://www.collaborativelearning.orghttp://www.garc.org/kmgmt/c-learn/index.html

FORM 6http://www.mpm.edu.myhttp://mppt6johor.org/Urust6-bhg1.pdf

BROCHUREhttp://en.wikipedia.org/wiki/Brochure

PSYCHOLOGY IN TEACHING AND LEARNINGhttp://en.wikipedia.org/wiki/Psychology_of_learning

Other Resources Tiada

© 2000-2007 Intel Corporation. All Rights Reserved. Page 7 of 7