UNIT13 ( ZON AIR TANAH )

download UNIT13 ( ZON AIR TANAH )

of 9

Transcript of UNIT13 ( ZON AIR TANAH )

AIR TANAH DAN KEBOLEHTELAPAN

C3008/13/1

Di akhir pembelajaran , pelajar dapat mengetahui mengenai air tanah dan pengaruh aliran air dalam tanah dan pembahagian zon air tanah.

Di akhir unit ini, pelajar akan dapat :

1. menerangkan kedudukan air tanah dengan tepat. 2. menerangkan pengaruh aliran air dalam tanah dengan jelas. 3. menyenaraikan dan melakarkan zon air tanah dengan tepat. 4. membezakan zon pengudaraan dan zon ketepuan dengan jelas.

AIR TANAH DAN KEBOLEHTELAPAN

C3008/13/2

13.0

Pengenalan

Pernahkah anda melihat air bertakung di atas tanah selepas hujan reda ? Ini adalah fenomena biasa. Ini berlaku disebabkan oleh kadar resipan yang rendah di dalam tanah. Apakah yang menyebabkan fenomena ini berlaku. Marilah kita sama-sama melihat faktor-faktor ke atas fenomena ini.

13.1

Air Tanah dan Aliran Air Dalam Tanah

Air tanah ialah air dan juga sebarang kelembapan yang terdapat di bawah permukaan bumi. Sumber utama air dan lembapan ini ialah hujan yang meresap dan mengisi rongga tanah. Aliran air dari keupayaan tinggi ke keupayaan rendah berlaku dalam bahantara berliang seperti tanah, dengan syarat liang tersebut saling berhubungan. Walau bagaimanapun aliran resipan direncatkan oleh daya yang bertindak terhadap air apabila air mengalir melalui butiran tanah. Jelaslah bahawa jika keupayaan air liang di dalam tanah adalah sama di semua tempat, maka tiada resipan berlaku. Ini dapat dilihat dari rajah dasar sungai. 13.1. Resipan di bawah dinding tak boleh telap menunjukkan sebahagian daripada dinding tak telap yang dimasukkan ke dalam

AIR TANAH DAN KEBOLEHTELAPAN

C3008/13/3

dinding dinding

A

B Tanah Lapisan kalis air

Rajah 13.1 : Resipan Dibawah Dinding Tak Boleh Telap

Dengan merujuk kepada rajah di atas, jika aras air di kedua-dua belah dinding adalah sama, maka tekanan liang pada A dan B akan menjadi sama dan akibatnya tiada air yang mengalir di bawah dinding. Jika aras air di dinding sebelah kanan direndahkan seperti yang ditunjukkan, mungkin dengan cara mengepam, maka tekanan liang pada A akan melebihi tekanan pada dan air meresap melalui tanah di bawah dinding. Jika tekanan liang berubah mengikut masa, seperti jika pengepaman diberhentikan, dan aras air yang direndahkan di dalam rajah di atas dibenarkan meningkat, maka aliran tersebut akan bersandar kepada masa . Aliran tak sekata ini dikenali sebagai resipan fana. Semasa resipan fana, tekanan liang dan tegasan berkesan berubah dengan masa dan hasil daripada prinsip tegasan berkesan, kompleks perubahan bentuk tanah berlaku dan akan wujud saling hubungan yang kompleks di antara tekanan liang, resipan dan perubahan bentuk. Jika tekanan liang tidak berubah dengan masa, kadar aliran akan menjadi malar dan aliran ini dikenali sebagai resipan keadaan mantap. Semasa resipan, keadaan mantap, tekanan liang adalah malar dan tiada perubahan bentuk berlaku.

AIR TANAH DAN KEBOLEHTELAPAN

C3008/13/4

13.2

Zon Air Tanah

Air tanah boleh di bahagikan kepada dua zon seperti rajah 13.2 :a. Zon pegudaraan b. Zon ketepuan

Air Hujan

Air Tanah

Zon pengudaraanAir Perantaraan Per Air kapilari Per

Zon ketepuan

Air Bumi

Lapisan Batu

Rajah 13.2 : Zon Air Tanah

13.2. 1 : Zon Pengudaraan

AIR TANAH DAN KEBOLEHTELAPAN

C3008/13/5

Zon pengudaraan meliputi kedalaman antara permukaan atas tanah dan paras air bumi (GWL). Jenis air dan kelembapan dalam zon ini ialah air tanah, air perantaraan dan air kapilari. a. Air Tanah Air tanah biasanya air hujan yang meresap ke bumi. Ia dipengaruhi oleh pengewapan tumbuhan. b. Air Perantaraan Air perantaraan adalah air di bahagian tanah di mana puncanya ialah dari kesan resapan dari atas dan dari tanah di bawahnya. Kandungan air di bahagian ini mungkin kurang dari air kapilari dan air tanah. c. Air kapilari Air kapilari terhasil dari tindakan rerambut di mana air dinaik ke atas dari air bumi ke dalam rongga tanah. Air yang dikandung dengan cara ini berada dalam keadaan bertekanan negatif. Kesemua air di dalam zon pengudaraan ini iaitu air perantaraan dan air tanah dikenali sebagai air takungan. Air ini ditakung dalam tanah oleh tindakan tegangan, kererambutan dan penyerapan. 13.2.2 Zon Ketepuan Zon ini ialah jarak kedalaman tanah di mana semua rekahan dipenuhi air di bawah tekanan hidrostatik. Zon ini dikenali sebagai paras air bumi (GWT). Air yang memenuhi tanah di zon ini dipanggil air bumi. Di permukaan air bumi tekanan hidrostatik ialah kosong. Paras air bumi tidak tetap sentiasa naik dan turun mengikut perubahan hujan dan suhu.

AIR TANAH DAN KEBOLEHTELAPAN

C3008/13/6

Soalan 1 Apakah yang dimaksudkan dengan air tanah.

Soalan 2 Bagaimana bentuk tanah boleh berubah apabila resipan fana berlaku.

Soalan 3 Lakarkan dan labelkan Zon air tanah

AIR TANAH DAN KEBOLEHTELAPAN

C3008/13/7

Jawapan 1 Air tanah ialah sebarang kelembapan yang terdapat di bawah permukaan bumi. Jawapan 2 Jika tekanan liang berubah mengikut masa, dan aras air dibenarkan berubahubah, maka aliran ini akan bersandar kepada masa dan aliran tidak sekata ini dikenali sebagai resipan fana. Apabila keadaan ini berlaku tekanan liang dan tegasan berkesan berubah dengan masa dan hasil dari prinsip tegasan berkesan akan menyebabkan perubahan kepada bentuk tanah. Jawapan 3 Rujuk rajah :13.2

AIR TANAH DAN KEBOLEHTELAPAN

C3008/13/8

Ujikan kefahaman anda berkenaan pelajaran dalam unit ini dengan menjawab soalan-soalan berikut. Soalan 1 Jelaskan mengenai air tanah Soalan 2 Dengan bantuan lakaran gambarajah, terangkan : i. ii. iii. iv. air tanah air Perantaraan air kapilari air bumi Jika sama, anda boleh

Bandingkan jawapan anda dengan pensyarah anda. meneruskan unit berikutnya.

Selamat Maju Jaya.!!

AIR TANAH DAN KEBOLEHTELAPAN

C3008/13/9

Jawapan 1 Air tanah ialah air dan juga sebarang permukaan bumi. meresap dan mengisi rongga tanah. Jawapan 2 a. Air tanah Air yang berada di lapaisan paling atas zon pengudaraan. Sumber air ialah dari air hujan yang meresap ke bumi yang dipengaruhi juga oleh pengwapan tumbuha-tumbuhan. b. Air Perantaraan Air ini berada di lapisan kedua on pengudaraan. Punca air ialah dari kesan resapan dari atas dan dari tanah di bawahnya. Andungan air di bahagian ini mungkin kurang dari air kapilari dan air tanah. c. Air kapilari Air ini hasil dari tindakan rerambut di mana air disedut ke atas air bumi ke dalam rongga tanah. Air yang dikandung dengan cara ini berada dalam keadaan disedut atau bertekanan negatif. d. Air bumi Air bumi teletak di zon ketepuan, dimana pada zon ini semua rekahan dipenuhi air di bawah tekanan hidrostatik. Ia juga dikenali sebagai paras air bumi (GWL). Paras air bumi sentiasa tidak tetap mengikut perubahan hujan, udara dan suhu. kelembapan yang terdapat di bawah yang Sumber utama air dan lembapan ialah dari hujan