Universiti Islam Malaysia (UIM) Wakaf Pendidikan Tinggi...

download Universiti Islam Malaysia (UIM) Wakaf Pendidikan Tinggi ...ukmsyariah.org/wp-content/uploads/2015/12/30-Ermy-Azziaty-Rozali.pdf · khususnya dalam bidang perubatan ... Amalan Wakaf

If you can't read please download the document

Transcript of Universiti Islam Malaysia (UIM) Wakaf Pendidikan Tinggi...

  • 369

    Universiti Islam Malaysia (UIM)

    Wakaf Pendidikan Tinggi Pertama Di Malaysia

    Mohd Syakir Mohd Taib, Wan Kamal Mujani &

    Ermy Azziaty Rozali

    Universiti Kebangsaan Malaysia

    ABSTRAK

    Institusi pendidikan wakaf bukanlah suatu yang asing di Malaysia. Dalam sistem pengajian

    Islam tradisional di Malaysia, masyarakat Islam mewakafkan tanah mereka untuk membina

    masjid dan sekolah. Kemudian ia semakin berkembang di mana orang Islam menyerahkan

    harta mereka untuk membina tempat tinggal bagi guru-guru bagi tujuan pendidikan. Boleh

    dikatakan wakaf pendidikan tradisi, bentuk aset wakafnya adalah berkisarkan tanah, rumah,

    masjid, bangunan, buku dan seumpamanya. Wakaf pendidikan bermula daripada institusi

    pendidikan tradisional di Malaysia seperti Sekolah Agama Rakyat (SAR), Sekolah Agama

    Negeri (SAN), madrasah dan pondok. Institusi pondok merupakan antara wakaf pendidikan

    yang terawal di Tanah Melayu diwakafkan oleh para ulama yang kebanyakannya tamat

    pengajian agama di Mekah. Bentuk pengajian pondok ini begitu popular di kalangan

    masyarakat Islam terutamanya di akhir abad ke 19 M dan awal abad 20 M. Perkembangan

    wakaf akhir-akhir ini semakin berkembang di mana wakaf pendidikan tidak lagi semata-mata

    berkisarkan kepada penyediaan pusat pendidikan pondok, madrasah, sumbangan buku atas

    nama sistem pendidikan tradisional, malahan ia turut melibatkan institut pengajian tinggi

    seperti Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Universiti Kebangsaan Malaysia

    (UKM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Teknologi Mara (UiTM), Universiti

    Teknologi Malaysia (UTM) dan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Dalam kertas kerja

    ini akan membincangkan Kolej Islam Malaya atau (KIM) adalah institut pendidikan tinggi

    wakaf yang pertama di Malaysia tertubuh secara rasmi. KIM telah menjadi Institut pendidikan

    Islam yang telah diiktiraf oleh Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu sejak tahun 1955. Kini

    legasi KIM telah disambung oeh Universiti Islam Malaysia (UIM) sebagai Institusi pendidikan

    tinggi wakaf pertama di Malaysia.

    Kata Kunci: Pendidikan, tinggi, wakaf, pondok;

    Pengenalan

    Institusi pendidikan wakaf ialah sebuah organisasi atau institusi yang ditubuhkan melalui

    sumbangan masyarakat Islam atau dibina atas tanah atau bangunan yang diwakafkan untuk

    tujuan pendidikan Islam. Matlamat utamanya ialah untuk mendapat keredhaan Allah S.W.T, di

    samping melahirkan masyarakat Islam yang soleh, mukmin dan muttaqin. Institusi pendidikan

    wakaf bukanlah suatu yang asing dalam Islam. Masjid merupakan antara institusi pendidikan

    wakaf yang menjadi tempat pendidikan awal sebagaimana yang berlaku sejak pada zaman Nabi

    s.a.w. Diriwayatkan bahawa pada hari pertama ketibaan Rasulullah s.a.w di kota Madinah

    semasa peristiwa hijrah bersama Abu Bakar r.a, Baginda telah mengambil tanah milik Sahl

    dan Suhail untuk membina masjid dan tempat kediamannya sebagaimana yang diriwayatkan

  • 370

    oleh Imam al-Bukhari dan beberapa riwayat yang lain di dalam hadith Rasulullah s.a.w. (Al-

    Bukhari, Abi Abdillah Muhammad b. Ismail, 1992, No.3906). Aktiviti ini diteruskan pula

    oleh generasi selepas Baginda s.a.w dan pada zaman kerajaan Abbasiyah (754-1258M),

    Ayyubiah (1171-1249M), Mamalik (1249-1517M) dan kerajaan Uthmaniyah (1299-1924M),

    wakaf pendidikan berkembang dengan pesatnya melalui sekolah, perpustakaan dan universiti

    yang berjaya melahirkan ramai sarjana Islam.

    Wakaf merupakan institusi Islam yang telah bermula sejak zaman Rasulullah s.a.w lagi di

    samping zakat, baitulmal dan lain-lain. Seperti firman Allah S.W.T yang bermaksud: Tidaklah

    akan tercapai oleh kamu sesuatu kebaikan, sebelum kamu sanggup menafkahkan sebahagian

    harta yang kamu sayangi (Ali Imran 3: 92). Amalan wakaf ini telah lama diamalkan dan

    dipraktikkan oleh pemerintah dan hartawan-hartawan muslim sejak dahulu lagi. Sehinggakan

    sekarang ini di negara-negara Arab, Turki dan Asia telah wujud banyak kementerian-

    kementerian khas yang ditubuhkan untuk mengendalikan urusan berkaitan dengan harta-harta

    wakaf umat Islam bagi memastikan pengurusan harta-harta tersebut berjalan dengan baik demi

    kepentingan agama dan maslahah umat Islam keseluruhannya.

    Ini terbukti dengan jelas bahawa wakaf merupakan produk ekonomi yang boleh membantu

    negara dalam mengurangkan kos belanjawan serta meringankan perbelanjaan dalam

    menyediakan kemudahan perkhidmatan kepada rakyat. Selain beramal jariah serta mendapat

    balasan baik dari Allah S.W.T, ia juga dapat membantu menaiktaraf pembangunan negara

    Islam dan sekaligus membuktikan keunggulan agama Islam di mata dunia. Dengan wujudnya

    wakaf pendidikan pada masa kini maka ia dapat membantu memantapkan lagi kemajuan dan

    perkembangan institusi pendidikan wakaf khususnya di Malaysia seterusnya dapat

    meningkatkan taraf sosio ekonomi negara malah ianya juga dapat membantu meringankan

    perbelanjaan kerajaan dalam menyediakan kemudahan perkhidmatan pendidikan kepada

    masyarakat.

    Maksud Wakaf

    Wakaf berasal dari Perkataan bahasa Arab iaitu waqf, iaitu nama terbitan (masdar) dari kata

    kerja waqafa, ia mempunyai pelbagai makna mengikut tujuan dan penggunaan ayat itu sendiri.

    Dari segi bahasa, waqf memberi makna berhenti menegah dan menahan. Ulama fiqah sepakat

    mentakrifkan wakaf mengikut istilah bahasa dengan al-habs ertinya menahan kerana perkataan

    al-habs itu lebih hampir kepada pengertian syarak. Perkataan al-habs itu banyak diucapkan

    oleh Rasulullah s.a.w dalam beberapa buah hadisnya, antaranya: Wakafkanlah tanah itu dan

    berilah hasil buahnya sebagai sedekah.

    Definisi Pendidikan Tinggi Wakaf

    Pendidikan tinggi bermaksud tahap pembelajaran atau pendidikan di peringkat yang lebih

    tinggi selepas pembelajaran di peringkat rendah atau menengah, iaitu peringkat diploma, ijazah

    sarjana muda, ijazah sarjana dan ijazah doktor Falsafah. (Kamus Dewan 2005).

    Pendidikan bolehlah diertikan sebagai "the knowledge or skill obtained (Robert Barnes 1986).

    Walau bagaimanapun dalam mendefinisikan pendidikan dalam konteks negara kita, rujukan

    terbaik haruslah berdasarkan kepada apa yang telah diungkapkan di dalam Falasafah

    Pendidikan Kebangsaan yang menjadi teras dan tonggak kepada pembangunan sistem

    pendidikan negara iaitu: Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah lebih

    memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan

    insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan

  • 371

    kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan

    warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, bertanggungjawab dan

    berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian

    dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara. (Akta Pendidikan 1996).

    Pendidikan tinggi bermaksud pendidikan yang disediakan oleh institusi pendidikan tinggi.

    Institusi pendidikan tinggi ertinya sesuatu institusi pendidikan yang sama ada atau tidak

    ditubuhkan di bawah mana-mana undang undang bertulis dan termasuklah institusi pendidikan

    swasta yang menyediakan pendidikan tinggi yang membawa kepada penganugerahan sijil,

    diploma, ijazah atau yang setaraf dengannya. (Akta Majlis Pendidikan Negara 1996)

    Wakaf Pendidikan Tinggi di Malaysia

    Tinjauan literatur yang dilakukan mendapati kajian mengenai wakaf pendidikan Tinggi di

    Malaysia tidak begitu banyak dilakukan dan kajian yang ada hanyalah berkisar kepada wakaf

    pendidikan di peringkat sekolah dan meliputi bidang agama sahaja. Ini kerana, wakaf

    pendidikan bermula daripada institusi pendidikan tradisional di Malaysia seperti Sekolah

    Agama Rakyat (SAR), Sekolah Agama Negeri (SAN), madrasah dan pondok. (Asmak Abdul

    Rahman 2008). Dalam sistem pengajian Islam tradisional di Malaysia, orang Islam

    menyerahkan tanah mereka untuk membina sekolah agama. Kemudian ia semakin berkembang

    di mana orang Islam menyerahkan harta mereka untuk membina tempat tinggal bagi guru-guru

    bagi tujuan pendidikan. Boleh dikatakan wakaf pendidikan tradisi, bentuk aset wakafnya

    adalah berkisarkan tanah, rumah, masjid, bangunan, buku (Hisham Sabri 2007) dan

    seumpamanya.

    Dalam satu kajian telah menekankan bahawa pembiayaan pendidikan melalui instrumen wakaf

    dapat mengurangkan masalah keciciran dan ketinggalan anak-anak bangsa yang tidak dapat

    meneruskan pengajian atas alasan kemiskinan. Beliau menggariskan empat faktor penentu

    kejayaan pelaksanaan wakaf untuk pendidikan iaitu kesedaran masyarakat, keadaan demografi

    iaitu populasi penduduk Islam yang tinggi, kedudukan ekonomi yang mantap yang dimiliki

    oleh umat Islam dan tadbir urus yang cekap dan profesional. (Abdul Halim Sunny 2007).

    Perkembangan wakaf akhir-akhir ini semakin berkembang di mana wakaf pendidikan tidak

    lagi semata-mata berkisarkan kepada penyediaan pusat pendidikan pondok, madrasah,

    sumbangan buku atas nama sistem pendidikan tradisional, malahan ia turut melibatkan institut

    pengajian tinggi seperti Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Universiti

    Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Teknologi Mara

    (UiTM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan yang terbaru adalah Universiti Sains Islam

    Malaysia (USIM). Dana wakaf ini secara umumnya bertujuan untuk menerima aset,wang tunai,

    saham dan aset-aset kewangan dalam negara dan luar negara yang akan digunakan untuk

    membiayai biasiswa, pinjaman dan urusan pengembangan dana seperti aktiviti pelaburan.

    Universiti Antarabangsa AlBukhari (AiU) di Kedah pula adalah contoh institusi pengajian

    tinggi swasta di Malaysia yang dibiayai oleh dana wakaf sepenuhnya.

    Fokus pembangunan wakaf pendidikan pula bukan semata-mata kepada bidang pendidikan

    Islam sahaja, malahan terdapat saranan bagi mewujudkan wakaf pendidikan yang memenuhi

    pelbagai disiplin ilmu. Norsiah Sulaiman (2010) mencadangkan penubuhan wakaf pendidikan

    khususnya dalam bidang perubatan (kemudahan pelajar) dan mewujudkan wakaf perubatan

  • 372

    untuk mereka yang tidak berkemampuan (kemudahan pesakit) ke arah membantu

    menyelesaikan masalah pesakit kronik yang memerlukan dana segera bagi tujuan pengubatan.

    Usaha merancakkan wakaf pendidikan ini bukan sahaja diusahakan oleh sekolah dan IPT

    malah ia disambut baik oleh syarikat korporat seperti Johor Corporation Berhad (JCorp)

    menerusi anak syarikatnya iaitu Waqaf An-Nur Corporation Berhad (WANCorp) yang telah

    menjalankan pelbagai projek untuk menjana harta wakaf dan daripada pulangan wakaf tersebut

    digunakan antaranya bagi tujuan pendidikan dan pembangunan modal insan (Abd. Shakor bin

    Borham 2011).

    Sejarah Wakaf Pendidikan Tinggi Di Malaysia

    Amalan Wakaf dalam pendidikan di kalangan umat Islam di Malaysia pula telah bermula

    semenjak kedatangan Islam ke Alam Melayu dan boleh dianggap sebagai satu tradisi yang

    positif yang perlu dikembangkan. Amalan Wakaf pendidikan terdapat dalam pelbagai bentuk

    dan sifat harta yang telah diwakafkan oleh pewakaf. Antaranya ialah wakaf asrama pelajar,

    wakaf biasiwa, atau saraan, wakaf bangunan dan wakaf alat pembelajaran seperti buku, meja

    dan lain-lain.

    Institusi pondok merupakan antara wakaf pendidikan yang terawal di Tanah Melayu

    diwakafkan oleh para ulama yang kebanyakannya tamat pengajian agama di Mekah. Bentuk

    pengajian pondok ini begitu popular di kalangan masyarakat Islam terutamanya di akhir abad

    ke 19 M dan awal abad 20 M. Negeri-negeri yang terkenal dengan pengajian pondok ini seperti

    Pattani, Kelantan, Terengganu, Kedah, Perak, Seberang Prai dan lain-lain.

    Dapatan dari beberapa kajian dan bacaan yang dilakukan, menunjukkan madrasah yang terawal

    didirikan diatas tanah wakaf ialah Madrasah al-Attas, Pekan, Pahang atau sekarang dikenali

    sebagai Sekolah Menengah Agama al-Attas, Pekan, Pahang. Madrasah pertama telah didirikan

    diatas tanah yang telah diwakafkan oleh al-Habib Hassan al-Attas. Bagaimanapun ada juga

    yang berpendapat bahawa Madrasah al-Masriyah, Bukit Mertajam, Seberang Prai, Pulau

    Pinang yang diasaskan oleh Tuan Guru Hj Salleh al-Masri merupakan Institusi pendidikan

    wakaf terawal di Tanah Melayu ketika itu (Rahim, 1976).

    Setelah itu diikuti pula dengan penubuhan Madrasah al-Iqbal di Singapura pada tahun 1907.

    Dengan wujudnya pengajian berbentuk madrasah memudahkan pelajar lulusannya untuk

    menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tingggi terutamanya ke universit di Timur

    Tengah khususnya ke Universiti al-Azhar.

    Kemudian telah lahir beberapa buah sekolah dan madrasah yang telah didirikan atas dana dan

    sistem wakaf. Antara madrasah wakaf tersebut adalah:

    i. Madrasah khairiah Islamiah, Pokok Sena, Kepala Batas, Pulau Pinang. Madrasah ini telah

    diasaskan pada tahun 1933.

    ii. Maktab Mahmud, Kedah. Telah diasaskan pada 16 Jun 1936.

    iii.Madrasah Masyhor Al-Islamiyyah, Pulau Pinang. Telah ditubuhkan pada tahun 1916.

    iv.Maahad Al-Ihya Al-Syarif, Perak. Telah diasaskan pada 15 April 1934.

    v. Madrasah Arabiah Kluang, Johor. Telah diasaskan pada 8 mei 1946.

    vi.Kolej Islam Malaya, Klang. Selangor. Telah ditubuhkan pada 25 Februari 1955.

  • 373

    Kolej Islam Malaya (KIM) Sebagai Wakaf Pendidikan Tinggi Pertama

    Kolej Islam Malaya atau (KIM) adalah institut pendidikan tinggi wakaf yang pertama di

    Malaysia tertubuh secara rasmi. KIM telah menjadi Institut pendidikan Islam Yang telah

    diiktiraf oleh Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu. (Abdul Talib 2001).

    Pendirian untuk penubuhan institusi pendidikan tinggi agama oleh orang-orang Melayu telah

    bermula sejak sebelum kemerdekaan Tanah Melayu. Ia bukanlah satu laluan mudah sejak

    penjajahan Inggeris masih ada di Tanah Melayu. Sejak sekularisasi masyarakat Melayu secara

    meluas yang dilakukan oleh penjajah, keperluan bagi mewujudkan sebuah Kolej Islam menjadi

    semakin penting kepada sebuah bangsa yang mengekalkan penerusan agama, politik dan sosial

    orang Melayu Islam. Idea-idea dari sebuah Kolej Islam telah dicadangkan oleh Za'ba dalam

    majalah Al-Ikhwan pada 16 Januari 1927. Zaba mengimpikan model Kolej Islam seperti

    Mohamadan Anglo Oriental College Aligarh, India yang telah ditubuhkan oleh Sir Syed

    Ahmad Khan yang menekankan pendidikan agama sebagai teras kemajuan masyarakat Islam.

    Pengasas KIM Almarhum Maulana Mohamed Abdul Alim Siddiqui dan Almarhum Dato' Syed

    Ibrahim Omar Al-Sagoff. Isu ini telah dibangkitkan oleh kedua-dua pihak politik berpengaruh

    Melayu-Islam, UMNO & PAS, juga dengan akhbar Melayu Raya.

    Pertemuan antara ulamak Malaya di Muar, Johor pada 21-22 FEBRUARI 1950 yang ditaja

    oleh UMNO bersetuju dari idea tersebut. Jawatankuasa penaja KIM telah ditubuhkan pada 20

    Mac 1949. Laporan Jawatankuasa Kolej Islam telah dimuktamadkan pada 19 September 1949.

    Dengan pengesahan daripada Sultan Pahang dan Sultan Selangor maka penjajah tidak dapat

    menghalang daripada pembinaan kampus Kolej. Pada tahun 1952, Tuanku Abdul Rahman

    mencadangkan Kolej Islam yang akan dibina prosedur yang sama dengan sekolah-sekolah

    mubaligh. Pada mulanya, kolej telah dicadangkan untuk dibina di Skudai, Johor. (Abdul Talib

    2001).

    Pada mulanya kolej Islam ini telah dibina melalui dana dan sumbangan masyarakat awam,

    dimana PAS telah mengadakan minggu kutipan dana yang dikenali sebagai "Minggu Kolej

    Islam" untuk pembiayaan. Kolej Islam juga telah mendapatkan dana dari Taikun Cina dan

    kerajaan Arab seperti Aarb Saudi dan Kuwait. Kumpulan pertama yang terdiri daripada 58

    pelajar dengan jumlah pelajar yang paling ramai yang berasal dari Kelantan. Termasuk juga

    dua profesor dari Universiti Al-Azhar. Kolej ini telah ditubuhkan tahun 1374 H/1955 M dan

    diberi nama Kolej Islam Malaya dengan Tuan Ismail Umar Abdul Aziz sebagai Guru Besar

    yang pertama. Kolej ini pertama kali dibuka kepada pelajar perempuan ialah pada tahun 1960.

    Bangunan Kolej Islam Malaya (KIM)

    Kolej Islam Malaya (KIM) telah didirikan di atas sebidang tanah seluas kira-kira 14.3 ekar (6

    hektar) yang terletak di Jalan Kota Raja, iaitu kira-kira satu setengah batu dari Klang. Sekolah

    ini pada mulanya adalah sebuah istana kemudian telah diwakafkan oleh Sultan Hisamuddin

    Alam Shah Al-Haj ibni Almarhum Sultan Alaeddin Sulaiman Shah. Beliau berharap kolej itu

    akan menghasilkan ulama yang bertaqwa serta takut kepada Allah, dan dengan demikian dapat

    menerangi masyarakat dengan semangat Islam dan menghapuskan segala bentuk kekufuran

    dan kejahilan yang ada.

    Pada tahun 1386H/1966M, Kolej Islam Malaya telah berpindah ke bangunan baru di Petaling

    Jaya (kini sebgai Pusat Matrikulasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia) dan kemudian ke

    Bangi yang kini menjadi Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia UKM.

  • 374

    Walau bagaimanapun, penyediaan kursus asas masih dilakukan di Klang. Pada tahun 1967,

    kolej ini telah diambil oleh Kementerian Pendidikan dan menjadikannya sebuah sekolah

    bantuan penuh kerajaan yang diberi nama Kolej Islam Klang. Akhirnya pada tahun 1972, ia

    telah diangkat menjadi sebuah Sekolah Berasrama Penuh lengkap dengan pelbagai kemudahan

    sehingga ke hari ini. Kemudian pada tahun 1989, Kolej Islam Klang telah ditukarkan namanya

    kepada Kolej Islam Sultan Alam Shah atau KISAS oleh Almarhum Sultan Salahuddin Ibni

    Almarhum Sultan Abdul Aziz Shah, Sultan Selangor Darul Ehsan. (Abdul Talib 2001)

    Objektif KIM

    KIM telah ditubuhkan untuk berkhidmat sebagai lambang pengajian tinggi bagi belia Muslim

    di Tanah Malaya ketika itu dan juga di rantau Asia Tenggara. KIM merupakan pusat pengajian

    tinggi yang menawarkan Sijil Tertinggi Kolej Islam setara dengan BA Al-Azhar. Pelajar yang

    berjaya menamatkan pengajian dari Kolej Islam mengakui untuk melanjutkan pelajaran di Al-

    Azhar. Ianya juga berfungsi untuk berkhidmat sebagai asas untuk dasar dari universiti Islam di

    negara itu. (Abdul Talib 2001)

    Universiti Islam Malaysia UIM Sebagai Kesinambungan KIM

    Pada 8 April 2011 satu mesyuarat telah diadakan antara YB. Tan Sri Dr Mohd Yusof Noor

    dengan Kementerian Pengajian Tinggi yang telah di Pengerusi oleh YB Dato 'Seri Mohammed

    Khaled Nordin sebagai Menteri Pengajian Tinggi di Pejabat Menteri Kementerian Pengajian

    Tinggi Parcel E, Putrajaya. Mesyuarat itu telah diadakan untuk memaklumkan usaha untuk

    mengaktifkan semula KIM dan membincangkan perkara-perkara berkaitan dengan penubuhan

    Universiti Islam Malaysia. Mesyuarat itu telah diadakan rentetan perkenan Mesyuarat Majlis

    Raja-Raja kali ke-222 pada 13-14 oktober 2010 di Istana Negara untuk menghidupkan semula

    Kolej Islam atas nama Universiti Islam Malaysia.

    Universiti Islam Malaysia UIM Sebagai Model Wakaf Pendidikan Tinggi

    Universiti Islam Malaysia (UIM) dahulunya dikenali sebagai Kolej Islam Malaya (KIM) yang

    ditubuhkan pada tahun 1955 dengan persetujuan Majlis Raja-Raja Melayu. Kini UIM ialah

    universiti pasca siswazah yang pertama ditubuhkan di Malaysia. Universiti ini terletak di

    Cyberjaya. Kampus Universiti Islam Malaysia (UIM) meliputi kawasan seluas 100 ekar.

    Inisiatif penubuhan Kolej Islam Malaya pada 1955 atau dua tahun sebelum kemerdekaan

    Malaysia, adalah satu usaha yang berani yang dibuat melalui persetujuan Diraja oleh Majlis

    Raja-Raja untuk meningkatkan kefahaman Islam di kalangan umat Islam di Tanah Melayu

    pada masa itu. Masyarakat Islam hanya terdedah kepada pengajaran Islam secara tradisional,

    menjadikan ia agak terpencil dari pembangunan masyarakat moden dengan pendidikan Islam,

    yang mana sebahagian besarnya dipisahkan daripada pengajaran sains, kemanusiaan dan

    teknologi. Penubuhan Kolej Islam Malaya merupakan titik permulaan dalam memecahkan

    ideologi dan mentaliti lama untuk berkongsi kepada umat Islam di Malaysia tentang keindahan

    dan rahsia Islam dengan cara yang lebih progresif dan moden.

    UIM bangun sebagai kesinambungan Kolej Islam Malaya yang mana objektif KIM adalah

    untuk mengharmonikan hubungan antara rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum

    melalui cara yang universal dan pembelajaran islam secara sistematik untuk meningkatkan

    pentadbiran negara sejak kemerdekaan pada tahun 1957.

  • 375

    Oleh yang demikian, walaupun UIM ini telah menjalani beberapa evolusi, semangat Kolej

    Islam Malaya masih kekal. Yang mana KIM dan UIM ini wujud berasaskan dana Wakaf.

    Majlis Raja-Raja menggalakkan agar usaha ini diteruskan dengan memberi mandat agar Kolej

    Islam Malaya dinaiktaraf menjadi Universiti Islam Malaya. Adalah menjadi harapan dengan

    indentiti baru ini dapat membantu universiti ini dalam menghadapi cabaran persekitaran dan

    budaya yang berbeza dari tahun 1955.

    Universiti Islam Malaysia (UIM) merupakan satu keperluan masa hadapan bagi institusi

    pengajian tinggi yang menumpukan kepada ilmu pengetahuan serta kemahiran hidup dalam

    masyarakat untuk menyambung semula sumbangan yang telah dilakukan oleh pengasas UIM

    terhadap masyarakat dan negara. UIM menyediakan platform untuk meletakkan pengalaman

    kerja melalui perspektif akademik secara formal di bawah bimbingan tenaga pengajar yang

    profesional.

    UIM menawarkan ruang untuk meneroka idea-idea yang berkaitan dengan penyelidikan baharu

    dari pelbagai bidang melalui pengajaran interaktif dan berorientasikan penyelidikan, latihan

    kemahiran, seminar dan pelbagai wacana intelek di dalam program Sarjana dan Doktor

    Falsafah. UIM memfokuskan kepada keperluan pembelajaran yang lebih holistik untuk

    meningkatkan perspektif universiti secara global melalui pendekatan intelektual secara teliti

    dalam memenuhi keperluan dan permintaan ulama dengan secara komprehensif, fleksibel dan

    serba boleh.

    Bermulanya Wakaf UIM

    Universiti Islam Malaysia (UIM), universiti pertama di Malaysia dizahirkan dengan perkenan

    Majlis Raja-Raja Melayu, telah menerima dana wakaf berjumlah RM5.18 juta daripada tujuh

    pihak yang terdiri daripada syarikat, pertubuhan dan individu. Satu majlis penyampaian wakaf

    tersebut telah diadakan di Istana Kayangan Shah Alam telah disampaikan kepada Sultan

    Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.

    Penubuhan UIM yang diputuskan Mesyuarat Majlis Raja-Raja Ke-222 pada 2010 adalah

    kesinambungan Kolej Islam Malaya (KIM) yang ditubuhkan pada 1955, namun ditangguhkan

    pada 1970 kerana keperluan mendesak waktu itu untuk menubuhkan Universiti Kebangsaan

    Malaysia (UKM) bagi mengangkat martabat Bahasa Melayu ke peringkat universiti.

    Kampus tetap UIM akan dibangunkan di atas tanah seluas 27 hektar dengan struktur seni bina

    Islam dan istana Melayu termasuk pembinaan sebuah masjid serta menara jam sebagai lambang

    diraja. Kampus UIM bernilai kira-kira RM300 juta kini sedang dalam pembinaan di Cyberjaya.

    UIM bukan duplikasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan Universiti Sains

    Islam Malaysia (USIM) kerana ia adalah pusat penyelidikan khusus bagi pengajian Sarjana dan

    PhD serta sebagai penyambungan semula KIM yang ditubuhkan sebelum ini atas persetujuan

    Raja-Raja Melayu.

    UIM mengutamakan mereka yang berpengalaman dalam bidang masing-masing untuk

    menjalankan penyelidikan dalam pelbagai disiplin termasuk sains, kejuruteraan dan sains

    sosial, berteraskan Islam.

    Uniknya, jumlah pelajar dihadkan kepada 1,000 orang dan mereka boleh memilih bahasa

    antarabangsa yang ingin digunakan dalam penulisan tesis untuk memudahkan perkongsian

    dokumen antara negara, namun sinopsis tesis mesti dalam Bahasa Melayu sebagai

  • 376

    menghormati bahasa kebangsaan. UIM juga menyediakan kursus pendek seperti dilaksanakan

    di Universiti Harvard, Cambridge, Oxford dan Al-Azhar berikutan permintaan kursus

    berkenaan dari dalam dan luar negara. (Zanariah & Amalia 2012)

    Pada 12 Oktober 2010, persidangan Majlis Raja-Raja Melayu kali ke-222 telah berkenan

    mengaktifkan semula Kolej Islam Malaya sebagai UIM. Persidangan Majlis Raja-Raja tersebut

    juga telah berkenan untuk melantik tokoh-tokoh bekas pelajar Kolej Islam Malaya sebagai

    penggerak utama bagi menjayakan titah perintah Majlis Raja-Raja itu. Nama-nama mereka

    seperti berikut:

    Tan Sri Dr. Mohd. Yusof Noor sebagai Pengerusi

    Dato' Dr. Ismail Ibrahim sebagai Ketua Akademik

    Dato' Dr. Abdul Munir Yaakob sebagai Ketua Pentadbiran

    Datuk Abdul Manaf Haji Ahmad sebagai Ketua Kewangan

    Kesimpulan

    Masih banyak harta wakaf di Malaysia didapati yang berpotensi untuk dibangunkan, akan

    tetapi sehingga kini masih belum dimajukan sewajarnya. Malahan, banyak harta wakaf yang

    tidak ada rekod dan maklumat sistematik.Hal ini tidak sewajarnya berlaku. Keputusan untuk

    mewujudkan semula wakaf pendidikan Tinggi negara melalui UIM yang menjadi

    kesinambungan KIM adalah amat tepat. Mengambil contoh negara luar, Wakaf pendidikan

    yang dilaksanakan oleh negara lain sudah pun membuahkan hasil dengan lahirdan

    berkembangnya pusat pengajian ulung seperti universiti Oxford, universiti al-Azhar al-Syarif,

    al-Jamiah al-Islamiyyah di Madinah, universiti Cordoba di Andalus dan sebagainya.Universiti-

    universiti ini kesemuanya terus maju dengan hasil dan sumbangan wakaf. Universiti al-Azhar

    sebagai contoh telah membangun dan berkembang hasil sumbangan harta wakaf. Sehingga

    kini, pembiayaan universiti al-Azhar yang dibina sejak 1000 tahun dahulu telah memberi

    khidmat pengajian percuma kepada pelajarIslam di seluruh dunia.

    Mengambil manfaat daripada negara lain, kini, Malaysia telah menubuhkan Universiti Islam

    Malaysia (UIM) yang berteraskan wakaf selain sekolah-sekolah agama yang telah sedia ada.

    Wakaf pendidikan yang besar seperti pusat pengajian tinggi ini perlu diperbanyakkan dan

    diperhebatkan lagi. Hal ini kerana ia cukup berpotensi untuk memperkasakan lagi sektor ketiga

    ekonomi Islam, memperkasakan aktiviti ekonomi melalui pelbagai projek pembangunan,

    pelaburan dan perniagaan, dan seterusnya dapat menjadi pelengkap kepada skim bantuan dan

    kebajikan pelajaran oleh kerajaan serta akhirnya menyatupadukan rakyat berbilang bangsa atas

    dasar wakaf pendidikan nasional.

    Oleh itu, penubuhan pemusatan institusi wakaf dan penambahbaikan konsep wakaf perlu

    dilaksanakan. Tanpa pendekatan ini, institusi wakaf tidak mungkin berkembang maju dan dapat

    dikendalikan secara tersusun dan menyeluruh. Pentadbiran dan pelaksanaan institusi dan

    produk wakaf memerlukan perubahan yang drastik untuk ia berperanan secara lebih efektif dan

    perkasa.

    Institusi wakaf perlulah stabil, lestari dan fleksibel dalam menghadapi apa jua kemungkinan

    dan halangan yang ada serta tidak terbantut dalam apa-apa noktah. Perlu diingati bahawa wakaf

    merupakan aset tetap dan penting bagi umat Islam. Ia merupakan satu aset harta yang tidak

    mudah dimanipulasi dan dibinasakan berbanding sistem-sistem harta yang lain. Oleh

    itu,dengan cadangan pemerkasaan ini, adalah lebih menjadi tanggungjawab umat Islam

  • 377

    berusaha meletakkan kembali wakaf ke taraf yang sebenar dan menjadikannya satu ibadah

    yang disegani dalam pembangunan masyarakat dan negara.

    Rujukan

    Abd. Shakor bin Borham. 2011. Pelaksanaan Pembangunan Wakaf Korporat Johor

    Corporation Berhad (JCorp): Satu Tinjauan. International Conference on Humanities

    2011.

    Abdullah Ishak. 1995. Pendidikan Islam dan pengaruhnya di Malaysia. DBP: Kuala Lumpur

    Abdul Halim Sunny. 2007. Dana Wakaf untuk Pendidikan Satu Tinjauan Awal. dlm. Jurnal

    Pengurusan JAWHAR, 1(2).

    Abdul Talib Hamid. 2001. Kolej Islam Malaya : Analisis sejarah penubuhan dan pentadbiran

    awal, 1955-1965. Universiti Malaya.

    Abu Zahrah. 1971. Muhadorah fi al-waqf. Dar al-Fikr al-Arabi: Kaherah

    Ahmad Shalaby. 1976. Sejarah Pendidikan Islam. Pustaka Nasional Singapura: Singapura

    Abdul Halim Ramli. 2005. Potensi Wakaf dalam Menjana Kemajuan Umat Islam. Dlm. Islam

    Hadhari: Pengukuhan Institusi Baitulmal dan Wakaf di Malaysia. Shah Alam:

    Universiti Teknologi Mara.

    Abd. Shakor bin Borham. 2011. Pelaksanaan Pembangunan Wakaf Korporat Johor

    Corporation Berhad (JCorp): Satu Tinjauan. International Conference on Humanities

    2011.

    Abdul Halim Sunny. 2007. Dana Wakaf untuk Pendidikan Satu Tinjauan Awal. Jurnal

    Pengurusan JAWHAR, 1(2).

    Ahmad Zaki Abd. Latiff, Abdul Halim Ramli, Che Zuina Ismail, Kamarulzaman Sulaiman &

    Norzaidi Mohd Daud. 2008. Wakaf Pengurusan dan Sumbangannya Terhadap

    Pendidikan Islam di Malaysia. Shah Alam: Pusat Penerbitan Universiti (UPENA),

    UiTM.

    Ahmad Zaki Abd. Latiff, Norzaidi b. Mohd Daud & Che Zuina bt. Ismail. 2008. Pengurusan

    Harta Wakaf dan Potensinya Ke Arah Kemajuan Pendidikan Umat Islam di Malaysia.

    Jurnal Pengurusan JAWHAR, 2(2).

    Ahmad Zaki Abd. Latiff. 2011. Pengurusan Harta Wakaf di Malaysia: Realiti dan Prospek.

    Dlm. Islamic Real Estate Education: A New Paradigm. Shah Alam: UIC Centre,

    UiTM.

    Ahmad Zaki Abd. Latiff. 2005. Potensi Wakaf dalam Menjana Kemajuan Islam. Prosiding

    Kolokium Zakat dan Wakaf (KOZAWA), Pusat Pemikiran dan Kefahaman Islam

    (CITU), UiTM.

    Baharuddin Sayin & S. Salahudin Suyurno. 2011. Waqaf: Konsep, Model Pelaksanaan dan

    Cadangan untuk Pelaksanaan di Pusat Pengajian Tinggi. Dlm. Baharuddin Sayin

  • 378

    (pnyt.). Isu-Isu Semasa Mengenai Waqaf. Shah Alam: Pusat Penerbitan Universiti

    (UPENA), UiTM.

    Mohamad Akram Laldin. 2012. Waqf in education funding: The experience of the

    International Islamic University Malaysia in Managing Endowment (Waqf) Fund.

    ISRA Journal.

    Mohd Afendi Mat Rani. 2009. Waqaf Pendidikan: Pengalaman di Pondok Moden

    Darussalam Gontor Ponorogo Indonesia dalam Isu-Isu Semasa Mengenai Waqaf.

    Dlm. Baharuddin Sayin (pnyt.). Shah Alam: Pusat Penerbitan Universiti (UPENA),

    UiTM.

    Mohd Jelani b. Ramly. 1998. Kajian ke atas Wakaf bagi Tujuan Pendidikan untuk Memenuhi

    Permintaan Sekolah Agama Bersepadu di Johor Bharu. Skudai: Universiti Teknologi

    Malaysia.

    Syed Mohd. Ghazali Wafa Bin Syed Adwam Wafa. 2010. Pembangunan Wakaf Pendidikan

    Di Malaysia. Bangi: Pusat Siswazah Perniagaan. Universiti Kebangsaan Malaysia.

    http://www.islam.gov.my/taklimat-penubuhan-universiti-islam-malaysia-kolej-islam-

    malaya-oleh-ybhg-tan-sri-dr-yusof-noor-peng

    Zanariah Abd Mutalib & Amalia Hasannudin (2012). Universiti naungan Raja-Raja. Berita

    Harian.

    Sinar Harian 2012. Universiti Islam Malaysia terima dana wakaf RM5.18 juta.

    http://www.uim.edu.my/2014/v2.1/index.php/uim-cronology

    Kalender Uinversiti Islam Malaysia. 2014

    http://www.islam.gov.my/taklimat-penubuhan-universiti-islam-malaysia-kolej-islam-http://www.uim.edu.my/2014/v2.1/index.php/uim-cronology