UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA - · PDF fileuniversiti kebangsaan malaysia laporan bertulis...

6
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA LAPORAN BERTULIS HHHC 9501 SET 8 : KEMAHIRAN PEMIKIRAN KRITIKAL, PENYELESAIAN MASALAH DAN PENDEKATAN SAINTIFIK TAJUK : KELEWATAN PELAJAR MENGHADIRI KULIAH YANG BERMULA PADA JAM 8.00 PAGI MENCETUSKAN SATU FENOMENA YANG MEMBIMBANGKAN DUNIA AKADEMIK. BINCANGKAN SECARA KRITIKAL SENARIO SEMASA ISU TERSEBUT DAN LANGKAH-LANGKAH PENAMBAHBAIKAN NAMA : DASHANI A/P SUKUMARAN A144394 NAMA PENSYARAH : DR LAM KOK WAI SEMESTER II, SESI 2014-2015 FAKULTI FARMASI

Transcript of UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA - · PDF fileuniversiti kebangsaan malaysia laporan bertulis...

Page 1: UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA - · PDF fileuniversiti kebangsaan malaysia laporan bertulis hhhc 9501 set 8 : kemahiran ... pensyarah : dr lam kok wai semester ii, sesi 2014 -2015

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

LAPORAN BERTULIS

HHHC 9501 SET 8 : KEMAHIRAN PEMIKIRAN KRITIKAL, PENYELESAIAN

MASALAH DAN PENDEKATAN SAINTIFIK

TAJUK : KELEWATAN PELAJAR MENGHADIRI KULIAH YANG BERMULA PADA JAM 8.00 PAGI MENCETUSKAN

SATU FENOMENA YANG MEMBIMBANGKAN DUNIA AKADEMIK. BINCANGKAN SECARA KRITIKAL SENARIO

SEMASA ISU TERSEBUT DAN LANGKAH-LANGKAH PENAMBAHBAIKAN

NAMA : DASHANI A/P SUKUMARAN A144394 NAMA PENSYARAH

:

DR LAM KOK WAI

SEMESTER II, SESI 2014-2015 FAKULTI FARMASI

Page 2: UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA - · PDF fileuniversiti kebangsaan malaysia laporan bertulis hhhc 9501 set 8 : kemahiran ... pensyarah : dr lam kok wai semester ii, sesi 2014 -2015

SENARIO PELAJAR LEWAT MENGHADIRI KULIAH YANG BERMULA PADA

JAM 8.00 PAGI.

Abad ke-21 sering dikaitkan dengan era perkembangan Teknologi Maklumat dan

Komunikasi(ICT). Tuntutun abad ke-21 dilandaskan kepada tuntutan Wawasan 2020 dan

Wawasan Pendidikan. Pelbagai cabaran globalisasi tetah dihadapi oleh rakyat Malaysia.

Selari dengan semua tuntutan tersebut, maka wajar untuk negara Malaysia melahirkan

generasi yang mempunyai minda kelas pertama supaya mereka mempunyai ilmu pengetahuan

yang luas serta keberanian untuk bersaing di mata dunia. Memang tidak dapat dinafikan

bahawa ilmu pengetahuan diberi keutamaan dalam usaha melahirkan generasi minda kelas

pertama. Hal ini demikian kerana individu yang mempunyai ilmu pengetahuan yang tinggi

mampu berfikiran rasional dalam membezakan antara baik dan buruk, tidak mudah

dipengaruhi oleh orang lain, mempunyai hujah yang bernas dalam percakapan dan

perwatakan dinamik. Individu seumpama ini juga akan sentiasa mendahagakan ilmu.

Kerajaan Malaysia juga memainkan peranan yang penting dalam mewujudkan suasana

pembelajaran yang sesuai. Antaranya ialah pendidikan prasekolah dan rendah, pendidikan

menegah, pendidikan tertiari(tinggi), pembiayaan pendidikan dan pengurusan ICT dalam

pendidikan. Semua usaha ini dilaksanakan untuk mendorong rakyat Malaysia menimba ilmu.

Namun begitu, masalah disiplin pelajar juga kian merosot dalam era globalisasi.

Antara masalah yang paling ketara dan membimbangkan dunia akademik adalah isu

kelewatan pelajar menghadiri kuliah yang bermula pada jam 8.00 pagi. Ia telah menjadi satu

„trend‟ dalam kalangan pelajar Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) mahupun Swasta

(IPTS) untuk hadir lewat ke kuliah. Peratusan pelajar yang datang lewat ke kuliah semakin

meningkat secara mendadak setiap hari. Menurut Aziz(2007), dalam penulisannya mengenai

masalah disiplin yang paling besar adalah ponteng dan hadir lewat ke sekolah. Isu pelajar

hadir lewat ini dapat dilihat dimana-mana sahaja termasuk ibu kota Malaysia, Kuala Lumpur.

Punca kelewatan pelajar menghadiri kuliah pada jam 8.00 pagi ini masih dalam

persoalan dalam minda masyarakat terutamanya para pensyarah dan ibu bapa. Hal ini

demikian kerana mereka prihatin terhadap generasi muda ini memandangkan generasi ini

merupakan pemimpin kita pada masa hadapan selari dengan pepatah Melayu, “pemuda

harapan bangsa, pemudi tiang negara.” Walaupun begitu, para pelajar tidak prihatan terhadap

pelajaran mereka. Jika mereka prihatin, sudah tentu negara mencapai tahap kelewatan pelajar

menghadiri kuliah dalam kadar sifar. Bila difikir sejenak mengenai fenomena ini adakan

perkembangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) menyebabkan pelajar leka dalam

dunia Internet dan lalai dalam pelajaran mereka? Adakah pelajar hilang minat terhadap

pelajaran? Atau adakah pelajar mempunyai tanggapan bahawa pelajaran ini membebankan

mereka? Siapakah yang harus dipersalahkan dalam fenomena ini? Adakah pelajar itu

sendiri, para ibu bapa atau pensyarah yang tidak prihatin terhadap kebajikan pelajar ini atau

perkembangan pesat dunia teknologi maklumat?

Setelah diteliti masalah segelintir pelajar yang sering hadir lewat ke kuliah terutamanya

kuliah yang bermula pada jam 8.00 pagi ini, beberapa perkara telah mendapat penjelasan.

Terdapat dua konsep dalam senario datang lewat ini iaitu pertama, datang lewat yang

dirancang dan kedua, datang lewat yang tidak dirancang. Konsep datang lewat yang

dirancang ini mempunyai beberapa faktor. Antara faktor-faktor yang menarik perhatian

adalah bangun lambat, menonton wayang sehingga larut malam, dan faktor pelajar itu sendiri

iaitu tidak mempunyai minat dalam pelajaran. Manakala bagi konsep kedua iaitu datang

lewat tidak dirancang mungkin kerana kesesakan lalu lintas, terlupa barang di bilik dan

Page 3: UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA - · PDF fileuniversiti kebangsaan malaysia laporan bertulis hhhc 9501 set 8 : kemahiran ... pensyarah : dr lam kok wai semester ii, sesi 2014 -2015

terpaksa patah balik untuk mengambil barang tersebut dan juga faktor persekitaran iaitu hujan

lebat. Secara kesuluruhannya, faktor pelajar itu sendiri mempunyai pegangan dominan dalam

fenomena pelajar datang lewat ke kuliah terutamanya kuliah yang bermula pada jam 8.00

pagi. Faktor, kesan dan langkah-langkah penambahbaikan akan dibincangkan selanjutnya

dalam topik ini.

FAKTOR-FAKTOR YANG MENYEBABKAN PELAJAR HADIR LEWAT KE

KULIAH YANG BERMULA PADA JAM 8.00 PAGI

Seperti yang diketahui umum, fenomena pelajar hadir lewat ke kuliah terutamanya

kuliah yang bermula pada jam 8.00 pagi amat membimbangkan semua pihak. Apabila diteliti

fenomena ini, terdapat dua konsep yang telah dibincangkan sebelum ini yang mengundang

kepada berlakunya masalah ini. Mari teliti setiap faktor itu secara dalam. Konsep pertama

ialah datang lewat ke kuliah yang dirancang. Antara faktor-faktor yang dikenal pasti adalah

bangun lambat, menonton wayang sehingga larut malam, dan sikap peajar yang tidak

mempunyai minat dalam pelajaran.

Bangun lewat merupakan jawapan pertama yang keluar dari mulut kebanyakan pelajar

apabila ditanya mengapa mereka lewat datang ke kuliah. Apabila dikaji semula terdapat

beberapa punca yang menyebabkan pelajar bangun lambat. Antara punca-punca dominan

ialah para pelajar membuat ulang kaji pelajaran sehingga larut malam, menyiapkan tugasan

yang diberikan oleh pensyarah, keluar makan malam atau menonton wayang dengan kawan-

kawan. Punca-punca sampingan adalah lewat balik dari kampung dan bermain badminton.

Kedua, bagi pelajar yang menonton wayang pula mereka mempunyai agenda mereka yang

tersendiri. Sebenarnya, mereka tahu bahawa mereka mempunyai kuliah pada jam 8.00 pagi

keesokan harinya tetapi mereka masih membuat keputusan untuk menonton wayang

walaupun ketahui akibatnya iaitu susah untuk bangun awal pagi. Selain itu, sikap pelajar itu

sendiri yang tidak minat dalam pelajaran. Mereka memberi alasan bahawa tahap kesukaran

pelajaran di menara gading semakin meningkat dan mereka tidak memahami apa yang diajar

oleh para pensyarah.

Konsep kedua ialah datang lewat yang tidak dirancang. Antara faktor-faktornya adalah

kesesakan lalu lintas, pengaruh rakan sebaya, lupa barang di bilik dan terpaksa patah balik

dan juga faktor persekitaran iaitu hujan. Pertama, kesesakan lalu lintas juga merupakan salah

satu punca pelajar hadir lewat ke kuliah pada jam 8.00 pagi. Waktu pagi merupakan waktu

puncak di mana semua orang akan bergesa-gesa untuk pergi ke sekolah dan kerja. Oleh itu,

kesesakan lalu lintas kerap berlaku terutamanya di bandar metropolitan Kuala Lumpur

memandangkan populasi penduduk semakin meningkan di bandar ini. Bagi pelajar yang

tinggal di asrama yang disediakan oleh pihak universiti, kesesakan lalu lintas bukan alasan

yang munasabah bagi mereka datang lewat ke kuliah. Hal ini demikian kerana asrama dan

bilik kuliah terdapat dalam kampus universiti itu sendiri. Masalah kesesakan lalu lintas

wujud bagi pelajar yang memilih untuk tinggal di luar kawasan kampus. Walaupun pelajar

yang tinggal luar ini mengambil inisiatif untuk keluar awal dari rumah, namun mereka masih

terperangkap dalam kesesakan lalu lintas memandangkan fenomena ini tidak dapat diramal.

Faktor seterusnya adalah pengaruh rakan sebaya. Rakan sebaya merupakan salah

seorang individu yang penting dalam hidup setiap orang terutamanya pelajar. Hal ini

demikian kerana rakan sebaya adalah tempat bagi kebanyakan pelajar untuk berkongsi

masalah dan kegembiraan mereka. Apabila pelajar belajar di universiti, mereka jauh daripada

keluarga dan rakan sebaya ini merupakan saudara terdekat mereka. Namun begitu, bukan

Page 4: UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA - · PDF fileuniversiti kebangsaan malaysia laporan bertulis hhhc 9501 set 8 : kemahiran ... pensyarah : dr lam kok wai semester ii, sesi 2014 -2015

semua pelajar yang bijak dalam memilih rakan. Ada segelintir yang masih salah memilih

individu sebagai rakan mereka. Ada rakan sebaya ini memujuk pelajar untuk datang lewat ke

kuliah dengan pergi melepak di pusat membeli-belah. Pelajar ini tidak mempunyai kekuatan

untuk menolak rakan sebaya kerana takut rakan tersebut akan tersinggung perasaan. Jadi

mereka mengikut ajakan rakan ini dan hadir lewat ke kuliah. Faktor rakan sebaya ini tidak

dirancang kerana bukan setiap hari rakan akan mengajak pelajar itu keluar.

Di samping itu, lupa barang di rumah juga membolehkan pelajar datang hadir lewat ke

kuliah. Sebagai contohnya, seseorang pelajar itu dalam separuh jalan ke kuliah, baru teringat

bahawa terlupa nota yang paling penting untuk kuliah tersebut. Maka, pelajar tersebut akan

berpusing balik untuk mengambil nota tersebut. Faktor ini juga diklasifikasikan sebagai

faktor tidak dirancang kerana hanya sekali-sekala boleh berlaku perkara tersebut. Seterusnya,

faktor persekitaran iaitu hujan. Manusia tidak boleh menguasai alam semula jadi. Jadi, kita

tidak tahu bila hari akan hujan dan bila tidak. Apabila hujan lebat pada awal pagi,

kebanyakan pelajar menghadapi kesukaran untuk pergi ke kuliah. Hal ini demikian kerana

bukan semua pelajar yang mempunyai kenderaan sendiri. Hampir kebanyakan pelajar

bergantung pada pengangkutan awam. Trafik juga akan bergerak perlahan pada hari hujan

lebat untuk mengelakkan berlakunya sebarang jenis kemalangan. Akibatnya, pelajar sampai

lewat di kuliah jam 8.00 pagi tanpa dirancang.

Faktor lain yang dikenal pasti tetapi tidak berkaitan dengan kedua-dua konsep yang

dibincangkan di atas. Faktor tersebut adalah kurang penguatkuasaan undang-undang. Pihak

universiti tidak akan menghukum para pelajar yang datang lewat seperti mana pihak sekolah

yang menghantar surat amaran ke rumah bagi pelajar yang datang lewat atau kunci pintu bagi

tidak membolehkan pelajar masuk ke kawasan persekolahan. Jadi, pelajar universiti menjadi

bebas dan tidak takut pada pihak pentadbiran universiti sekiranya mereka lambat masuk ke

kuliah. Mereka secara selamba akan masuk ke dalam kuliah walaupun mereka tahu bahawa

mereka sudah lambat dan pensyarah telah memulakan pelajaran.

KESAN APABILA PELAJAR HADIR LEWAT KE KULIAH YANG BERMULA

PADA JAM 8.00 PAGI

Memang tidak dapat dinafikan bahawa terdapat pelbagai kesan yang wujud sekiranya

pelajar meneruskan sikap mereka yang hadir lambat ke kuliah terutamanya kuliah yang

bermula pada jam 8.00 pagi.

Antara kesan yang paling ketara dapat dilihat adalah mengganggu proses pembelajaran

dan pengajaran yang sedang berlangsung. Hal ini demikian kerana kuliah akan dimulakan

tepat pada pukul 8.00 pagi sejurus selepas ketibaan pensyarah di bilik kuliah. Proses

pembelajaran dan pengajaran yang efektif hanya boleh berlaku dalam keadaan yang senyap

supaya pensyarah dapat mengajar dengan berkesan dan para pelajar mendapat input yang

berinformasi. Namun begitu, suasana pembelajaran dan pengajaran yang harmoni tersebut

diganggu oleh pelajar yang datang lewat ke kuliah dengan bunyi membuka pintu dan juga

bunyi tapak kasut.

Kesan seterusnya ialah wujudnya sikap tidak menghormati pensyarah. Hal ini

demikian kerana pelajar yang datang lewat ini dengan selambanya masuk ke dalam kuliah

tanpa mempunyai perasaan malu bahawa mereka telah datang lewat dan tidak memberi salam

serta mengucapkan maaf atas kelewatan mereka kepada pensyarah yang sedang mengajar.

Ramai pensyarah tidak suka akan sikap pelajar yang datang lewat ini.

Page 5: UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA - · PDF fileuniversiti kebangsaan malaysia laporan bertulis hhhc 9501 set 8 : kemahiran ... pensyarah : dr lam kok wai semester ii, sesi 2014 -2015

Tambahan pula, prestasi pelajar yang hadir lewat ke kuliah ini akan merosot kerana

mereka telah terlepas separuh pengajaran pada hari tersebut dan apabila diuji dalam

peperiksaan kelak, mereka tidak dapat memberikan jawapan yang betul. Apabila keputusan

peperiksaan merosot, pelajar mula menunjukkan tidak minat dalam pelajaran. Alasan yang

mereka berikan apabila keputusan merosot adalah sukatan pelajaran semakin susah dan

mereka tidak dapat mengikutinya.

LANGKAH-LANGKAH PENAMBAHBAIKAN BERDASARKAN APLIKASI

PEMIKIRAN KRITIKAL, PENYELESAIAN MASALAH DAN PENDEKATAN

SAINTIFIK

Setelah mencari faktor dan kesan bagi fenomena kelewatan pelajar hadir ke kuliah pada

jam 8.00 pagi, beberapa langkah penambahbaikan yang berkesan telah diutarakan

berdasarkan aplikasi pemikiran kritikal, penyelesaian masalah dan pendekatan saintifik bagi

menangahi masalah ini.

Langkah pertama adalah untuk mengikis sikap malas dalam diri pelajar yang sentiasa

bangun lambat dan lewat ke kuliah tetapi memberi beribu alasan. Sebagai seorang pelajar,

keutamaan paling afdal adalah pelajaran supaya dapat menjadi insan yang berjaya dan

berguna kepada diri sendiri, keluarga, masyarakat dan negara. Untuk berjaya dalam

pelajaran, seseorang pelajar tersebut hendaklah rajin menghadiri kuliah walaupun kuliah

tersebut bermula pada pukul 8.00 pagi. Pelajar hendaklah berfikiran kritikal dalam memberi

kepentingan kerana tanpa pelajaran, seseorang itu tidak akan dihormati dalam masyarakat.

Oleh itu, sikap malas hendaklah dikikis dan mencari azam baru untuk rajin dan tidak lewat ke

kuliah pada pukul 8.00 pagi lagi.

Tambahan pula, seseorang pelajar itu juga harus berfikiran kritikal dalam memilih

rakan. Hal ini demikian kerana ada rakan yang akan menolong kita untuk berjaya dalam

kehidupan dan pada masa yang sama ada juga rakan yang akan mendorong kita ke laluan

yang salah. Sebagai contohnya, rakan yang mengajak anda untuk menonton wayang pada

larut malam walaupun mengetahui anda mempunyai kuliah pada jam 8.00 pagi esok. Di sini,

anda sepatutnya mengaplikasikan pemikiran kritikal dan penyelesain masalah anda dengan

menolak ajakan yang tidak berfaedah daripada rakan tersebut. Hal ini demikian kerana

pelajaran itu sangat penting dalam kehidupan seseorang berbanding dengan wayang yang

boleh ditonton pada bila-bila masa. Dalam menolak ajakan rakan tersebut, anda juga harus

berhati-hati dalam memilih perkataan agar rakan anda tidak kecil hati.

Selain itu, pelaksanaan sistem merit. Sistem ini dilaksanakan bagi para pelajar yang

kerap hadir lewat ke kuliah. Sistem ini diaplikasikan dengan mencatat nama pelajar yang

datang lewat ke kuliah setiap hari mengikut bilangan masa yang mereka lewat. Lewat setiap

minit akan dimerit satu markah. Sekiranya merit mereka mencapai tahap kosong, maka

mereka akan ditangguhkan pengajian. Dengan adanya sistem ini, pelajar yang kerap datang

lewat akan berasa takut. Di sini para pelajar akan mengaplikasikan sistem pemikiran kritikal.

Sekiranya mereka datang lewat ke kuliah, mereka akan dimerit mengikut bilangan minit yang

mereka datang lewat dan akan ditangguhkan pengajian jika merit mencapai angka kosong.

Jadi, mereka cuba pelbagai jalan alternatif untuk tidak datang lambat lagi. Jika pengajian

ditangguhkan, mereka juga akan rugi pada akhirnya.

Page 6: UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA - · PDF fileuniversiti kebangsaan malaysia laporan bertulis hhhc 9501 set 8 : kemahiran ... pensyarah : dr lam kok wai semester ii, sesi 2014 -2015

Penggunaan pengangkutan awan juga merupakan salah satu solusi yang dapat daripada

pemikiran kritikal, penyelesaian masalah dan pendekatan saintifik. Contohnya, anda tinggal

di luar kampus universiti dan selalu datang lambat ke kuliah walaupun mempunyai kenderaan

sendiri dan bertolak awal dari tempat kediamaan padahal di tempat kediaman anda

mempunyai kemudahan untuk menaiki pengangkutan awan seperti monorail. Anda

sewajarnya pilih jalan alternatif yang berkesan tersebut kerana monorail tidak akan

terperangkap dalam kesesakan lalu lintas dan dapat menghantar hantar di destinasi yang

sepatutnya dalam masa yang singkat. Ianya dapat menjimatkan tenaga, masa dan kos minyak

anda.

Langkah penambahbaikan yang terakhir ialah memberi kaunseling kepada pelajar yang

sering lewat ke kuliah yang bermula pada jam 8.00 pagi. Melalui sesi kaunseling, seseorang

kaunselor tersebut dapat mengenal pasti masalah sebenar pelajar yang menyebabkan pelajar

tersebut datang lambat ke kuliah. Apabila masalah telah dikenal pasti, bantuan sewajarnya

dapat dihulurkan kepada pelajar tersebut untuk mengatasinya. Apabila masalah dapat

dikesan dan bantuan dihulurkan, pelajar tersebut hendaklah berfikiran kritikal dalam

mengambil kesan-kesan positif daripada bantuan tersebut.

KESIMPULAN

Secara kesimpulannya, faktor berlakunya pelajar datang lewat ke kuliah pada pukul

8.00 pagi telah dikenal pasti. Antara faktor-faktor tersebut adalah bangun lewat, menonton

wayang sehingga larut malam, kurang minat dalam pelajaran, kesesakan lalu lintas, pengaruh

rakan sebaya, kurang penguatkuasaan undang-undang dan hujan serta berpatah balik ke

tempat kediaman akibat terlupa barang. Kesan-kesan sekiranya pelajar datang lewat ke

kuliah ialah mengganggu proses pembelajaran dan pengajaran yang sedang berlangsung,

tidak menghormati pensyarah dan tidak minat dalam pelajaran sejurus dengan kemerosotan

keputusan peperiksaan. Langkah-langkah penyelesaian dengan aplikasi pemikiran kritikal,

penyelesaian masalah dan pendekatan saintifik ialah pelaksanaan sistem merit, penggunaan

pengangkutan awam, sesi kaunseling, pengikisan sikap malas dan pemilihan rakan.

RUJUKAN

Abdul Aziz(2007), Masalah ponteng pelajar tingkatan 4 sekolah-sekolah dalam daerah

Muar, satu kajian kes, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai