UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG SURAT PEKELILING · PDF fileSemua Pengarah Semua Dekan Semua...
Transcript of UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG SURAT PEKELILING · PDF fileSemua Pengarah Semua Dekan Semua...
UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG
SURAT PEKELILING PENTADBIRAN BIL. 1 TAHUN 2007
MENERIMA PAKAI PEKELILING
TUJUAN
1. Surat Pekeliling Pentadbiran ini bertujuan untuk memaklumkan keputusan Mesyuarat
Lembaga Pengarah Universiti Bil.1/2007 bertarikh 26 Mac 2007 yang telah
bersetuju untuk menerima pakai Pekeliling Perkhidmatan dan Surat Pekeliling
Perkhidmatan seperti Lampiran A.
LATARBELAKANG
2. Pekeliling-pekeliling Perkhidmatan ini telah berkuatkuasa di peringkat Persekutuan dan
ianya perlu diterimapakai di peringkat perkhidmatan Pihak Berkuasa Berkanun (UMP)
bagi tujuan penyeragaman Perkhidmatan Berkuasa Berkanun dengan Persekutuan.
KUATKUASA
3. Peraturan ini berkuatkuasa serta merta dan dikebelakangkan bermula dari tarikh
penubuhan Universiti Malaysia Pahang pada 1 Februari 2007 (yang dahulunya dikenali
sebagai KUKTEM).
”BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” Saya yang menjalankan tugas, (HAJI SA’UDI BIN HAJI AHMAD, SMP., PKC.) PENDAFTAR
1
Tarikh : Edaran Kepada.: Ketua Pustakawan Semua Pengarah Semua Dekan Semua Timbalan Pendaftar Timbalan Bendahari Salinan Kepada.: Naib Canselor Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) Pkh/c/pekeliling/spp1
2
LAMPIRAN A
BIL.
PEKELILING
PERKHIDMATAN BIL. / TAHUN
TAJUK
1.
1 TAHUN 1986
Peraturan Memberikan Kebenaran Tidak Hadir Kerja Atas Sebab-Musabab Kecemasan Am
2. 4 TAHUN 1994 Pemberian Hadiah Pergerakan Gaji Bagi Anggota Dalam Skim-skim Perkhidmatan Yang Memperuntuk Kelayakan Masuk Pelbagai Di bawah Klasifikasi Perkhidmatan Pendidikan
3.
13 TAHUN 2000
Panduan Pelantikan Secara Pinjaman, Pertukaran Sementara dan Pertukaran Tetap
4.
17 TAHUN 2002
Pertukaran Pelantikan
5.
2 TAHUN 2006
Pindaan Peraturan Berkaitan Penerimaan Sijil Sakit Swasta Untuk Tujuan Kemudahan Cuti Sakit
6.
15 TAHUN 2006
Perubahan Skim Perkhidmatan Pegawai Sistem Maklumat, Penolong Pegawai Sistem Maklumat dan Juruteknik Komputer
7. 1 TAHUN 2007 Pelantikan Secara Peminjaman, Pertukaran Sementara dan Pertukaran Tetap
BIL.
SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN
BIL./TAHUN TAJUK
8.
4 TAHUN 2005
Kemudahan Cuti Bersalin Kepada Pegawai Lantikan Secara Kontrak Mengikut Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 2003
9.
5 TAHUN 2005
Pemantapan Penilaian Tahap Kecekapan
10.
1 TAHUN 2007
Pertukaran Pelantikan Pegawai Kolej Universiti Awam Di Bawah Kementerian Pengajian Tinggi
3