UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK - Welcome to the ... TEBINGAN SUNGAI...Kuala Lumpur: Ensimal Sdn. Bhd....

24
i PEMBANGUNAN TEBINGAN SUNGAI SARAWAK SEBAGAI CERMINAN KEPADA KESENIAN DAN KEBUDAYAAN ETNIK DI NEGERI SARAWAK LOUIS SPENCER GAYOH Projek ini merupakan salah satu keperluan untuk Ijazah Sarjana Seni Gunaan dengan Kepujian (Pengurusan Seni) Fakulti seni Gunaan dan Kreatif UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK 2007

Transcript of UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK - Welcome to the ... TEBINGAN SUNGAI...Kuala Lumpur: Ensimal Sdn. Bhd....

i

PEMBANGUNAN TEBINGAN SUNGAI SARAWAK SEBAGAI CERMINAN

KEPADA KESENIAN DAN KEBUDAYAAN ETNIK DI NEGERI SARAWAK

LOUIS SPENCER GAYOH

Projek ini merupakan salah satu keperluan untuk

Ijazah Sarjana Seni Gunaan dengan Kepujian

(Pengurusan Seni)

Fakulti seni Gunaan dan Kreatif

UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK

2007

ii

UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK

Catatan: * Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah, Sarjana dan

Sarjana Muda.

* Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak

berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh

tesis ini perlu dikelaskan sebagai TERHAD.

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS / LAPORAN

JUDUL: PEMBANGUNAN TEBINGAN SUNGAI SARAWAK SEBAGAI CERMINAN

KEPADA KESENIAN DAN KEBUDAYAAN ETNIK DI NEGERI SARAWAK.

SESI PENGAJIAN: 2004/2007

SAYA LOUIS SPENCER GAYOH

mengaku membenarkan Tesis, Laporan * ini disimpan di Pusat Khidmat Maklumat

Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:

1. Tesis / Laporan adalah hakmilik Universiti Malaysia Sarawak.

2. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan

membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja.

3. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan

membuat pendigitan untuk membangunkan Pangkalan Data Kandungan Tempatan

4. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan

membuat salinan Tesis / Laporan ini sebagai bahan pertukaran antara institusi

pengajian tinggi.

5. *Sila tandakan?

SULIT (mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau

kepentingan seperti termaktub di dalam AKTA RASMI

TERHAD 1972).

Mengandungi maklumat Terhad yang telah ditentukan

TIDAK TERHAD Oleh Organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan).

Disahkan

____________________ ________________________

Tandatangan Penulis Tandatangan Penyelia

Tarikh: Tarikh:

Alamat Tetap:

Rh. Juman Sg. Asap,

96900 Belaga, Sarawak.

/

iii

Projek bertajuk “Pembangunan Tebingan Sungai Sarawak sebagai cerminan kepada

kesenian dan kebudayaan etnik di Negeri Sarawak” telah disediakan oleh Louis

Spencer Gayoh dan telah diserahkan kepada Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif sebagai

memenuhi syarat untuk Ijazah Sarjana Muda Seni Gunaan dengan Kepujian Pengurusan

Seni.

Diterima untuk diperiksa oleh:

_________________________

(Puan Rahah Hj. Hassan)

Tarikh:

___________________________

iv

PENGHARGAAN

Penyelidik ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang

terlibat sepanjang kajian ini dijalankan. Terutamanya kepada penyelia, Puan Rahah Hj.

Hassan yang memberi tunjuk ajar serta membimbing penyelidik untuk menghasilkan

sebuah kajian yang cukup memberansangkan ini. Segala tunjuk ajar dan bimbingan beliau

amatlah dihargai dan disanjungi.

Penyelidik juga ingin megucapkan jutaan terima kasih kepada semua pensyarah

Program Pengurusan seni yang telah memberi sokongan dan bimbingan iaitu Puan Noria

Ak. Tugang, Puan Qistina Donna Lee Abdullah, Cik Karen Audrey Samy. Tidak lupa

kepada tutor Cik Emma Shuhaida yang sudi untuk berkongsi idea dan cadangan yang amat

berguna.

Penyelidik juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua staf bukan

akademik Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif yang sedia membantu melancarkan kajian ini.

Terima kasih sekali lagi diatas bantuan yang telah diberikan.

Sebuah organisasi yang amat signifikan dalam kajian ini ialah Kuching Waterfront

Management. Organisasi ini telah menyalurkan semua maklumat yang diperlukan oleh

penyelidik. Jutaan terima kasih diucapkan diatas kerjasama dan sokongan yang padu yang

diberikan kepada penyelidik sepanjang kajian ini. Terima kasih kepada Encik Zacharia

Abdulmanan selaku key informant dan Puan Shirley Henry diatas maklum balas dan

v

kerjasama yang diberikan kepada penyelidik. Kedua-dua mereka ini telah memberi

kerjasama seratus peratus disamping meluang masa diluar waktu kerja.

Selain daripada itu, penyelidik juga ingin mengucapkan setinggi-tinggi

penghargaan kepada semua key informant yang telah ditemuramah. Kesemua mereka ini

telah menjadi pelengkap kepada proses mengumpul maklumat dan sehinggalah

perlaksanaan kajian yang siap.

Penyelidik juga berterima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan yang sudi

menyumbangkan idea-idea mereka yang telah menjadi sumber inspirasi. Idea-idea yang

disumbangkan sedikit sebanyak membentuk permulaan yang kukuh disamping melahirkan

satu cadangan yang realistik.

Tidak lupa juga kepada ahli keluarga yang sentiasa memberi dorongan dan nasihat.

Kedua ibu-bapa yang tidak jemu-jemu memberi dorongan untuk lebih berjaya dan

menyalurkan kos kajian sepanjang kajian ini dilakukan. Tidak lupa juga kepada kakak,

Pauline Gayoh dan Cecilia Gayoh yang sentiasa memberi semangat untuk menghasilkan

kajian yang lebih bermutu. Akhir sekali, kepada semua pihak yang terlibat secara langsung

mahupun secara tidak langsung dalam menjayakan projek tahun akhir ini.

“Jadilah seperti mereka yang suka bertanya dan mendengar, kerana akhirnya pasti ada

jawapan kepada persoalan”

-Louis spencer gayoh-

vi

ISI KANDUNGAN

TAJUK MUKA SURAT

PENGESAHAN i

PENGAKUAN ii

PENGHARGAAN iii-v

ISI KANDUNGAN vi-x

SENARAI JADUAL xi

SENARAI RAJAH xii

SENARAI GAMBAR xiii-xiv

ABSTRAK (BAHASA MELAYU) xvi

ABSTRAK (BAHASA INGGERIS) xvii

Bab 1: Pengenalan

1.1 Latar belakang kajian.

1.1.1 Sejarah awal Negeri Sarawak dan populasi etnik

yang terdapat Negeri Sarawak. 1-10

1.1.2 Sejarah Kuching. 11-13

1.1.3 Sejarah awal, perkembangan dan pembangunan

Tebingan Sungai Sarawak. 14-20

1.2 Definisi. 21-22

1.3 Objektif. 23-24

1.4 Hipotesis. 25

1.5 Skop kajian 26-32

vii

1.6 Permasalahan Kajian. 33-34

1.7 Kepentingan Kajian. 35-36

Bab 2: Sorotan Kesusasteraan

2.1 Kaitan dari segi sejarah Negeri Sarawak.

2.1.1 Alice Yen Ho. (1948). Olds Kuching. New York:

Oxford University Press. 37-40

2.1.2 Brooke, A. (1982). The Fact About Sarawak. Singapore:

Summer Times Publishing. 41-42

2.2 Kaitan dari segi sosial, ekonomi dan pentadbiran

Negeri Sarawak.

2.2.1 Malaysian Information Services, Sarawak. Sarawak:

20 Tahun,1963 – 1983. Singapore: Kim Hup Lee

Printing Co. Pte Ltd. 43-44

2.2.2 Aisah Zainab Mahmud. (1993). Sarawak 30 Tahun

Merdeka. Kuala Lumpur: Ensimal Sdn. Bhd. 45-46

2.2.3 Tourism Malaysia Corporation, (1981). Sarawak Land

of Hornbill:Tourism Master Plan, Summary Report.

Kuala Lumpur: Tourist Development Corporation,

Malaysia. 47-48

2.2.4 Noakes, L. J. (1950). A report on the Population

Census. Kuching: Kuching Government Printer. 49-50

2.3 Kaitan dari segi kesenian etnik di Negeri Sarawak.

2.3.1 Chang Pat Poh. (2004). History of Serian Bidayuh in

viii

Samarahan Division Sarawak. Sarawak: The Sarawak

Press Sdn. Bhd. 51-52

2.3.2 Sellato, B. (1992). Hornbill and Dragon: Art and culture

of Borneo. Singapore: Sun Tree Publishing

Private Limited. 53-55

2.3.3 Lucas Chin & Mashman, V. (1991). Sarawak Cultural

Legacy: A Living Tradition. Kuching: Society Atelier

Sarawak. 56-57

2.3.4 Munan, H. (1988). Sarawak Crafts: Method, Materials

and Motifs. New York: Oxford University Press. 58-59

Bab 3: Metodologi Kajian

3.1 Pengenalan. 60

3.2 Lokasi kajian. 61-63

3.3 Sumber Data.

3.3.1 Data Primer. 64

3.3.2 Data Skunder. 65-66

3.4 Populasi. 67-68

3.5 Instrumen Kajian. 69

3.6 Limitasi Kajian. 70

3.7 Rumusan dan Kesimpulan. 71

ix

Bab 4: Analisa data dan dapatan kajian

4.1 Pengenalan. 72-74

4.2 Analisis temuramah bersama responden.

4.2.1 Analisa pendapat responden mengenai

pemeliharaan kesenian dan kebudayaan di

Tebingan Sungai Sarawak. 75-89

4.2.2 Analisa pendapat responden mengenai penerapan reka

bentuk, corak-corak dan motif etnik di Tebingan Sungai

Sarawak pada masa kini dan depan. 90-95

4.2.3 Analisa pendapat responden mengenai pembangunan di

Tebingan Sungai Sarawak yang mencerminkan kesenian

dan kebudayaan etnik di Negeri Sarawak. 96-103

4.2.4 Proses menginterprestasikan reka bentuk, arca, corak-

corak dan motif dan yang terdapat di Tebingan Sungai

Sarawak. 103-128

4.3 Kesimpulan. 129-130

Bab 5. cadangan dan kesimpulan.

5.1 Pengenalan. 131

5.2 Rumusan. 132-134

5.3 Cadangan. 135-139

5.4 Cadangan untuk kajian akan datang. 140

5.5 Kesimpulan. 141-142

x

Bibliografi 143-145

Senarai Lampiran A 146-166

Senarai Lampiran B 167-171

xi

SENARAI JADUAL

Jadual 1.1

Jumlah penduduk mengikut etnik di Negeri Sarawak 2

Jadual 4.1

Jumlah penambahan karya baru di Tebingan Sungai Sarawak 81

Jadual 4.2

Jumlah peruntukkan bagi setiap tahun 86

Jadual 4.3

Jenis dan kadar sewa tapak perniagaan di Tebingan Sungai Sarawak 87

Jadual 4.4

Jumlah pushcart dan meeting point mengikut tahun 89

Jadual 4.5

Jumlah kerja seni yang dikenalpasti di Tebingan Sungai Sarawak

mengikut etnik 91

Jadual 4.6

Jumlah kerja seni yang dikenalpasti di Tebingan Sungai Sarawak

mengikut kategori 100

Jadual 4.7

Pengarca yang menyumbangkan kerja seni di Tebingan Sungai Sarawak 102

xii

SENARAI RAJAH

Rajah 4.1

Proses pemeliharaan unsur-unsur seni yang rosak 80

Rajah 4.2

Carta organisasi Kuching Waterfront Management 82

Rajah 4.3

Proses pembiayaan 84

Rajah 4.4

Proses pengaplikasian arca 94

Rajah 4.5

Proses pengaplikasian corak-corak dan motif 95

Rajah 4.6

Fasiliti moden yang terdapat di Tebingan Sungai Sarawak 97

xiii

SENARAI GAMBAR

Gambar 1.1

Sir James Brooke 4

Gambar 1.2

Sir Charles Anthony Brooke 5

Gambar 1.3

Sir Charles Brooke 6

Gambar 1.4

Kuching pada tahun 1920-an sehingga 1930-an 12

Gambar 1.5

Kuching pada tahun 1864 15

Gambar 1.6

Kuching pada tahun 1988 18

Gambar 4.1

Keadaan sebelum dan selepas unsur-unsur kesenian di

Tebingan sungai Sarawak 78

Gambar 4.2

“Going Home” arca kayu karya Petrus 106

Gambar 4.3

“Untitled”, arca granit karya Han Sai Por 107

Gambar 4.4

“Majestic Fury” arca karya pengarca Sarawak, Henry Muda 108

xiv

Gambar 4.5

“Flying of Birds”, arca yang dibina oleh Coneybeare Morrisson & United

Consultation 109

Gambar 4.6

“Celebration of Sarawak”, arca karya Ramlan Abdullah 110

Gambar 4.7

“Thirsty”, arca granit karya C. C. Chan 112

Gambar 4.8

“Pak Tambang”, panel dinding karya Aaron Crothers dan Tanya Crothers 113

Gambar 4.9

Panel dinding konkrit karya Hasbee daripada Kalimantan, Indonesia 114

Gambar 4.10

Corak etnik Melanau 115

Gambar 4.11

Corak etnik Melayu 116

Gambar 4.12

Corak etnik Melayu 117

Gambar 4.13

Corak etnik Melayu 118

Gambar 4.14

Corak etnik Iban 119

Gambar 4.15

Corak etnik Orang Ulu 120

xv

Gambar 4.16

Motif dekoratif berbentuk “Burung” 121

Gambar 4.17

Corak etnik Iban 123

Gambar 4.18

Corak etnik Iban 124

Gambar 4.19

Corak etnik Bidayuh 125

Gambar 4.20

Kawasan berjalan kaki di sepanjang Tebingan Sungai 126

Gambar 4.2

Corak geometrik 127

xvi

ABSTRAK

Penyelidikan ini dijalankan untuk mengkaji pembangunan yang berlaku di Tebingan

Sungai Sarawak sebagai cerminan kepada kesenian dan kebudayaan etnik di Negeri

Sarawak. Penyelidik ingin mengenalpasti pembangunan dan penerapan unsur-unsur

kesenian dan kebudayaan etnik seperti reka bentuk, corak-corak, motif dan seni bina yang

menggambarkan kepelbagaian kesenian di Sarawak. Di akhir kajian ini, penyelidik

berharap pembangunan di Tebingan Sungai Sarawak akan berterusan dengan menerapkan

nilai-nilai artistik dan ciri-ciri etnik di Negeri Sarawak.

xvii

ABSTRACT

The research studies the development of the Kuching Waterfront as a facade for ethnic

cultures in Sarawak. The researcher would like to identify the development and

implementation of in Sarawak’s ethnic cultures such as designs, patterns, motives and

architecture which showcase the state cultural diversity. The researcher hopes that the

development of the waterfront will continue to incorporate the unique character of ethnic

art in Sarawak.

1

BAB 1

PENGENALAN

1.1 Latar belakang Kajian

1.1.1 Sejarah awal Negeri Sarawak dan populasi etnik yang terdapat Negeri Sarawak

Negeri Sarawak merupakan sebuah negeri yang mempunyai keluasan paling besar

di Malaysia. Keluasan Negeri Sarawak meliputi 124,449.5 kilometer persegi di mana ia

adalah satu pertiga (1/3) daripada keluasan Semenanjung Malaysia. Negeri Sarawak

terbahagi kepada sebelas (11) bahagian yang ditentukan mengikut kawasan masing-masing.

Manakala terdapat dua (2) bahagian baru telah diwujudkan di bawah Administrative

Areas Order 1987 iaitu bahagian Betong dan Mukah. Oleh yang demikian, jumlah

bahagian yang baru terbahagi kepada Kuching, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei,

Sibu, Mukah, Kapit, Bintulu, Miri dan Limbang.

Setiap bahagian tersebut akan diketuai oleh seorang Residen yang dilantik oleh

kerajaan Negeri. Residen ini pula akan dipantau oleh Pegawai Daerah yang mengawasi

sesebuah daerah secara rasminya. Residen dan Pegawai Daerah akan bekerjasama untuk

memantau setiap daerah yang berada dibawah jagaan masing-masing. (Chang Pat Poh,

2004, p.1).

2

Populasi di Negeri Sarawak merupakan gabungan di antara pelbagai etnik. Pada

tahun 2002, populasi penduduk di Negeri Sarawak adalah seramai 2,071,506 orang (sila

rujuk jadual 1.1). Jumlah ini mewakili semua etnik yang terdapat di Negeri Sarawak

(Chang Pat Poh, 2004, p.4).

Jadual 1.1. Jumlah penduduk mengikut etnik di Negeri Sarawak

Etnik

Populasi

Peratus

Melayu

462,270

22.32%

Melanau

112,984

6.46%

Iban

603,735

29.15%

Bidayuh

166,756

8.05%

Orang Ulu

117,690

5.68%

Cina

537,230

25.94%

Lain-lain ( India, Eurasia, Jawa, dll)

8,103

0.04%

Bukan warganegara Malaysia

62,738

3.03%

Jumlah Keseluruhan

2,071,506

100%

3

Negeri Sarawak terletak pada latitud 0O 50’dan 5’ N dan mempunyai longitud 109

O

36’ sehingga 115O 40’ E Meridian. Kedudukan Negeri Sarawak pada latitud dan longitud

ini meletakkan Negeri Sarawak sebagai sebuah negeri yang beriklim tropika dan

mempunyai kelembapan yang tinggi. Manakala Suhu persekitaran pula boleh mencapai 90

F dan kebiasaanya suhu harian adalah antara 76 F sehingga 86 F (Noakes, L. J. 1950, p.1).

Jumlah keseluruhan bumiputera di Negeri Sarawak yang terdiri daripada etnik

Melayu, Melanau, Iban, Bidayuh dan Orang Ulu adalah satu juta empat ratus enam puluh

tiga ribu empat ratus tiga puluh lima orang (1,463,435). Manakala sepanjang tahun 1991

sehingga tahun 2000, pertumbuhan purata tahunan penduduk mengikut daerah adalah 2.24

peratus (%) (Jabatan Perangkaan Malaysia, Negeri Sarawak, p.19).

Sejarah Negeri Sarawak banyak mencatatkan penglibatan keturunan keluarga

Brooke. Keluarga besar Brooke ini memerintah Negeri Sarawak bermula pada tahun 1840

sehingga tahun 1941. Negeri Sarawak telah diperintah oleh tiga Rajah iaitu Sir James

Brooke, Sir Charles Anthony Brooke dan Sir Charles Vyners Brooke. Ketiga-tiga Rajah

ini merupakan sebuah keluarga besar yang berasal daripada Britain (Sila rujuk gambar

1.1, 1.2 dan 1.3).

Pada tahun 1840, Sir James Brooke telah tiba di Negeri Sarawak. Namun yang

demikian pada tahun 1839 beliau pernah menjejakkan kaki ke Negeri Sarawak tetapi

berpatah balik ke negara asal beliau iaitu Britain. Penapakan beliau di Negeri sarawak

membuka peluang kepada pelantikkan oleh Sultan Brunei iaitu Raja Muda Hashim sebagai

4

Rajah yang pertama. Beliau diberi kuasa untuk memerintah kawasan Tanjong Datu

sehingga ke Sungai Samarahan (Malaysian Information Services, Sarawak, p. 4).

Gambar 1.1. Sir James Brooke

5

Gambar 1.2. Sir Charles Anthony Brooke

6

Gambar 1.3. Sir Charles Brooke

7

Pada tahun 1861, kawasan yang dikuasai oleh beliau menjadi semakin luas apabila

Raja Muda Hashim menyerahkan semua sungai-sungai dan kawasan darat yang meliputi

kawasan Sungai Sadong sehingga ke Kidurong. Pada tahun 1864, Negeri Sarawak telah

bebas sepenuhnya daripada jajahan Kesultanan Sultan Brunei. Pembebasan Negeri

Sarawak ini telah diiktiraf dan disokong oleh Amerika Syarikat dan Britain. Beliau telah

memerintah Negeri Sarawak selama lima belas tahun (15) iaitu daripada tahun 1841

sehingga tahun 1868 (Malaysian Information Services, Sarawak, p. 5).

Perluasan wilayah ini berterusan semasa pemerintahan Rajah yang kedua iaitu Sir

Charles Brooke setelah kematian Sir James Brooke pada tahun 1868. Pada tahun 1890 iaitu

sepanjang lima belas tahun (15) pemerintahannya, beliau telah berjaya mengembangkan

penguasaan jajahan wilayahnya sehingga ke kawasan Sungai Trusan. Manakala pada tahun

1905 kawasan Lawas telah dibeli oleh beliau daripada “British North Borneo Company”.

Pembelian kawasan Lawas ini melengkapkan lagi penguasaan Sir Charles Brooke.

Pemerintahan beliau bermula pada tahun 1868 dan berakhir pada tahun 1917 (Malaysian

Information Services, Sarawak, p. 5).

Pada tahun 1917, Sir Charles Vyners Brooke telah dilantik sebagai Rajah yang

ketiga. Beliau memerintah Negeri Sarawak daripada tahun 1917 sehingga tahun 1941.

Semasa pemerintahan Sir Charles Vyners Brooke, beliau telah menubuhkan “Supreme

Council” dan “Council Negri”. “Supreme Council” dan “Council Negri” ini ditubuhkan

bertujuan memberi kuasa kepada rakyat tempatan untuk bersuara dan membuat keputusan-

keputusan penting berdasarkan suara rakyat. Beliau pula memainkan peranan sebagai