Universiti Pendidikan Sultan Idris

download Universiti Pendidikan Sultan Idris

of 9

description

KAMPUS STORY

Transcript of Universiti Pendidikan Sultan Idris

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRISFAKULTI SAINS KOGNITIF DAN PEMBANGUNAN MANUSIA

KAJIAN TINDAKAN DALAM PENDIDIKANKPR 5063

KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKANMENINGKATKAN KEMAHIRAN MURID MENGUASAI HURUF JAWI DENGAN MENGGUNAKAN KAEDAH SALAM

DISEDIAKAN UNTUK:PROF. MADYA DR. HAJI ABD LATIF BIN HAJI GAPOR

DISEDIAKAN OLEH:NURUL ADILAH BINTI NOH L20101005884NOOR AZIMAH BINTI MAHYUDIN L20101006011FATIMAH HUSNA ABU YAMIN L20101006012RAZEMAH BINTI KAMARUDDIN L20101006016

KERTAS CADANGANMENINGKATKAN KEMAHIRAN MENGUASAI HURUF JAWI DENGAN MENGGUNAKAN KAEDAH SALAM

1.0Tajuk KajianPenggunaan kaedah SALAM (Sentuh Abjad Lantas Arif Membaca) dalam meningkatkan kemahiran menguasai huruf jawi dalam subjek Pendidikan Islam di kalangan murid Tahun 1 Sekolah Kebangsaan Permas Jaya 5, Johor Bahru.

2.0Nama Pengkajia)Nurul Adilah Binti Noh L20101005884b)Noor Azimah Binti Mahyudin L20101006011c)Fatimah Husna Binti Abu Yamin L20101006012d)Razemah Binti Kamaruddin L20101006016

3.0Latar Belakang KajianMata pelajaran Pendidikan Islam merupakan salah satu mata pelajaran teras yang wajib diambil oleh murid seawal darjah 1. Mata pelajaran ini diajar di sekolah bertujuan untuk melahirkan murid-murid yang celik jawi dan berakhlak mulia. Sukatan pelajaran Pendidikan Islam ini bukan sahaja menerapkan ilmu yang berkaitan dengan Al-Quran malah turut menekankan aspek-aspek yang berkaitan dengan nilai-nilai moral yang perlu ada sebagai seorang muslim. Oleh yang demikian, murid-murid akan dapat mengaplikasikan apa yang dipelajari dalam kehidupan seharian mereka.Penguasaan huruf jawi dianggap sangat penting kepada setiap individu muslim. Ia dianggap penting kerana tanpa penguasaan terhadap huruf jawi maka seseorang individu tidak akan dapat menguasai bacaan Al-Quran. Oleh yang demikian, penguasaan bahasa jawi perlu diterapkan diperingkat awal umur seorang kanak-kanak. Dengan ini mereka akan dapat membaca Al-Quran dengan baik dari segi bacaan serta tajwidnya. Untuk mencapai matlamat ini, satu kaedah yang dikenali sebagai SALAM telah diperkenalkan di mana ia telah dijadikan formula yang mudah bagi menguasai huruf jawi.Kajian ini dijalankan di Sekolah Kebangsaan Permas Jaya 5 iaitu sebuah sekolah kebangsaan di kawasan perumahan yang terletak di bandar Permas Jaya. Kawasan perumahan ini terletak kira-kira 20 km dari bandar Johor Bahru, Johor. Kajian ini disasarkan kepada 23 orang murid Tahun 1 dalam sebuah kelas. Seramai 11 orang murid telah dipilih secara rawak dan dijadikan responden kajian di mana mereka terdiri daripada 5 orang murid lelaki dan 6 orang murid perempuan.

4.0Penyataan Masalah

Mata pelajaran Pendidikan Islam sekolah rendah merupakan asas permulaan kepada pengetahuan murid tentang mata pelajaran Pendidikan Islam akan datang di peringkat sekolah menengah. Selain itu juga, asas dalam pembacaan Al-Quran memerlukan penguasaan murid terhadap huruf-huruf jawi.

Satu temu bual telah dijalankan di antara pengkaji dengan Cikgu Abdul Halil Bin Omar, seorang guru Pendidikan Islam di Sekolah Kebangsaan Permas Jaya 5, Johor Bahru di mana beliau telah menceritakan serba sedikit berkenaan dengan masalah yang dihadapi oleh murid-murid dalam kelasnya. Beliau mendapati bahawa murid dalam kelasnya tidak dapat menguasai huruf jawi dengan baik. Ini berikutan pemerhatian yang dijalankan oleh guru terbabit dalam sesi pengajaran dan pembelajaran di kelasnya. Beliau turut mempunyai tujuh tahun pengalaman mengajar murid tahun 1.Permasalahan ini dikenal pasti apabila guru meminta murid menyebut huruf jawi dengan pendekatan nyanyian, murid dapat menyebut huruf jawi dengan jelas dan tepat. Tetapi apabila guru meminta murid menyebut huruf jawi secara individu iaitu tanpa nyanyian, murid menghadapi masalah untuk menyebut huruf jawi malah teragak-agak sebutannya. Ini bermaksud kaedah nyanyian bagi sebutan jawi tidak berjaya meningkatkan kemahiran murid menguasai huruf jawi dengan tepat walaupun kaedah ini menyeronokkan murid.

5.0Objektif Kajian

5.1Meningkatkan kemahiran menguasai huruf jawi dengan baik.5.2Murid dapat mengingat dan mengenal huruf dengan mudah dan bukannya menghafal.5.3Murid dapat membina kemahiran membaca dengan menggunakan kaedah SALAM.5.4Guru dapat mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran dalam bentuk permainan.

6.0Metodologi Kajian

6.1Reka Bentuk KajianKajian ini akan dilaksanakan mengikut Model Stringer (2004)

Langkah 1: Merekabentuk (Mengenalpasti Masalah)

Masalah dapat dikenal pasti melalui pemerhatian yang dijalankan oleh Cikgu Halil semasa sesi pengajaran dan pembelajaran beliau dalam kelas di mana Cikgu Halil telah meminta murid dalam kelas tersebut menyebut huruf-huruf jawi secara individu. Melalui kaedah ini, Cikgu Halil dapat mengesan dan mengenal pasti murid yang menguasai dan tidak menguasai huruf jawi.

Langkah 2: Mengumpul Data

i.Dalam kajian ini, terdapat dua kaedah yang digunakan untuk mengumpul data antaranya melalui pemerhatian dan ujian pra. Melalui pemerhatian yang dijalankan, guru tersebut memberitahu bahawa masalah timbul apabila beliau meminta muridnya menyebut huruf jawi secara individu.ii.Setelah mengenal pasti masalah, satu ujian pra telah dijalankan ke atas murid-murid tersebut bagi mendapatkan jumlah murid yang berjaya menguasai dan tidak menguasai huruf jawi. Ujian Pra mengandungi 4 bahagian soalan. Murid akan menyebut dan membaca mengikut arahan guru. Guru akan menanda di dalam borang yang disediakan. (Sila rujuk Lampiran 1)

Langkah 3: Menganalisis Data

Data yang diperolehi melalui ujian pra yang dilakukan adalah seperti berikut:-oMenyebut huruf secara individuTahap MenguasaiBil. MuridPeratus (%)

Menguasai436

Tidak menguasai754

oBacaan secara tertib alif hingga yaTahap MenguasaiBil. MuridPeratus (%)

Menguasai327

Tidak menguasai863

oBacaan menurun ya hingga alifTahap MenguasaiBil. MuridPeratus (%)

Menguasai218

Tidak menguasai982

oBacaan secara rawakTahap MenguasaiBil. MuridPeratus (%)

Menguasai19

Tidak menguasai1091

Langkah 4: Menyampai Hasil

Analisis data menunjukkan majoriti murid tidak menguasai huruf jawi dengan baik. Mereka keliru antara huruf Ha dengan Kho dan Qhof dengan Kaf. Selain itu, mereka juga hanya boleh menyebut huruf mengikut bacaan secara tertib iaitu alif hingga ya tetapi sebaliknya berlaku sekirannya mereka diminta menyebut huruf secara menurun iaitu daripada ya ke alif ataupun secara rawak.

Langkah 5: Mengambil Tindakan

Beberapa aktiviti telah dicadangkan kepada guru tersebut untuk menangani masalah tersebut. Antara aktiviti tersebut adalah seperti berikut:-

Aktiviti 1: Kaedah menggunakan jari bermain kad blok huruf. Dalam aktiviti ini, murid akan menggunakan jari bermain blok huruf yang dibuat daripada mountin board. (Blok ini akan ditampal di dinding). Di sini, murid juga akan belajar mengikut bentuk huruf dengan kaedah yang betul.(Sila Rujuk Lampiran 2).Aktiviti 2: Menyebut huruf dengan menggunakan bongkah huruf. Aktiviti ini merupakan lanjutan daripada aktiviti pertama. Dalam aktiviti ini, murid akan menyebut dan menunjukkan huruf jawi satu persatu dengan menggunakan bongkah huruf tersebut. (Sila Rujuk Lampiran 3)Aktiviti 3: Menyebut huruf dengan menggunakan kaedah SALAM. Dalam aktiviti ini, murid akan menyebut huruf dengan menggunakan kaedah SALAM iaitu dengan menggunakan BUKU SALAM 1. Kaedah ini adalah seperti kaedah yang digunakan untuk belajar IQRA. Dalam aktiviti ini, guru akan meminta murid menyebut huruf berpandukan Buku SALAM 1 secara individu. Murid akan menyebut huruf seperti membaca Iqra. Aktiviti ini perlu dilakukan setiap hari sehingga habis buku SALAM 1. Dengan aktiviti ini, murid akan dapat menguasai huruf jawi dengan baik. (Sila Rujuk Lampiran 4)6.2Sasaran Kajian

Kajian ini melibatkan 11 orang murid Tahun 1 Sekolah Kebangsaan Permas Jaya 5 yang terdiri daripada 5 orang murid lelaki dan 6 orang murid perempuan dan seorang guru yang mengajar Pendidikan Islam Tahun 1.

6.3Instrumen Kajian

a)Mengumpul DataSebelum meneruskan langkah-langkah yang seterusnya, tinjauan terhadap masalah yang telah dikenal pasti akan dilakukan dengan tujuan untuk memahami dengan lebih mendalam berkenaan masalah tersebut. Dua kaedah telah digunakan untuk mengutip data:-iii.Temubual Satu sesi temubual telah diadakan bersama dengan Cikgu Abdul Halil Bin Omar bagi mengenal pasti dan memahami dengan lebih mendalam mengenai masalah tersebut.iv.Ujian Pra Setelah masalah dikenal pasti, satu ujian pra telah diberikan kepada kumpulan sasaran untuk melihat sejauh mana kefahaman dan tahap penguasaan mereka mengenai kemahiran yang dikaji. Ujian Pra tersebut mengandungi 4 bahagian soalan. Murid akan menyebut dan membaca mengikut arahan guru. Guru akan menanda di dalam borang yang disediakan. (Sila Rujuk Lampiran 1)

b)Semasa Pelaksanaan TindakanSetelah analisis tinjauan dijalankan, guru akan mengumpulkan murid dalam kumpulan sasaran dan satu kaedah baru akan diperkenalkan di mana ianya mengandungi tiga aktiviti:Aktiviti 1 Menggunakan jari bermain kad blok hurufAktiviti 2 Menyebut huruf dengan menggunakan bongkah hurufAktiviti 3 Menyebut huruf dengan menggunakan kaedah SALAM. (Sila Rujuk Lampiran 2,3 & 4)

c)Selepas Pelaksanaan TindakanUjian Pos akan diberikan kepada murid untuk melihat pencapaian murid selepas pelaksanaan tindakan di mana ujian tersebut mengandungi soalan yang sama seperti Ujian Pra. Perbandingan akan dibuat untuk mengetahui samada ketiga-tiga aktiviti yang dijalankan berkesan atau tidak ke atas tahap penguasaan murid dalam huruf jawi.

6.4Metod Analisis(a)Temubual Analisis untuk mengenalpasti dan memahami masalah murid dalam pengguasaan huruf jawi.(b)Ujian Pra dan Ujian Pos Analisis markah murid.

7.0Kesignifikan Kajian

Dapatan kajian ini diharap dapat dikongsi bersama dengan guru-guru sekolah khususnya guru Pendidikan Islam. Dapatan kajian ini juga diharap dapat dijadikan sebagai bahan rujukan untuk guru-guru di seluruh Malaysia yang mempunyai masalah dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran Pendidikan Islam.

8.0Anggaran Perbelanjaan

Jenis PerbelanjaanJumlah

Perjalanan (Tg Malim Johor Bahru)- RM 40 x 4 orangRM 160

Percetakan laporanRM 8

Lain-lain belanjaRM 10

JUMLAHRM 178

9.0Jadual Pelaksanaan

BilPerkaraTarikh

1 Mesyuarat Jawatankuasa (Pengumpulan data awal)23.08.10

2Temuduga guru08.09.10

3Penulisan kertas cadangan12.09.10

4Mereka bentuk tindakan (Mengenal pasti masalah)14.09.10

5Mengumpul data17.09.10

6Menganalisis data21.09.10

7Menyampaikan hasil25.09.10

8Mengambil tindakan27.09.10

9Refleksi dan penilaian kajian01.10.10

10Penulisan laporan kajian04.10.10

10Pembentangan dapatan kajian (Pemurnian laporan) 10.10.10

10.0Rujukan

Othman Bin Lebar. (2009).Modul Kursus Kajian Tindakan Dalam Pendidikan.Tanjung Malim.