UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG …ADAHAP0… · Latihan pliometrik merujuk kepada aktiviti...
Transcript of UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG …ADAHAP0… · Latihan pliometrik merujuk kepada aktiviti...
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS♦
JUDUL : KESAN LATIHAN PLIOMETRIK TERHADAP PRESTASI ATLET KAYAK
SESI PENGAJIAN : 2007/2008/2
Saya : (HURUF BESAR)
mengaku membenarkan tesis *(PSM/Sarjana/Doktor Falfasah) ini disimpan di Perpustakaan
Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut :
1. Hakmilik tesis ini adalah dibawah nama penulis melainkan penulisan sebagai projek bersama
dan dibiayai oleh UTM, hak miliknya adalah kepunyaan Universiti Teknologi Malaysia.
2. Naskah salinan di dalam bentuk kertas atau mikro hanya boleh dibuat dengan kebenaran bertulis
daripada penulis.
3. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan
pengajian sahaja.
4. Tesis hanya boleh diterbitkan dengan kebenaran penulis. Bayaran royalti adalah mengikut kadar
yang dipersetujui kelak.
5. *Saya membenarkan/tidak membenarkan perpustakaan membuat salinan tesis ini sebagai bahan
pertukaran antara institusi pengajian tinggi.
6. ** Sila Tandakan (� )
SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau
kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA
RAHSIA RASMI 1972)
TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh
organsasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)
TIDAK TERHAD
Disahkan oleh :
(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)
Alamat Tetap: No 100, Jalan Orkid 1/1, Nama Penyelia: Hafizah bt Hj. Harun
Taman Orkid, 09000,
Kulim, Kedah Darulaman.
Tarikh : April, 2008 Tarikh : April, 2008
CATATAN : * Potong yang tidak berkenaan.
** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak
berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini
perlu dikelaskan sebagai SULIT dan TERHAD.
�
NURUL SA’ADAH BINTI SABDIN
ii
PENGAKUAN PENYELIA
Saya akui saya telah membaca tesis ini dan pada pandangan saya tesis ini adalah
memadai dari segi skop dan kualiti untuk penganugerahan
Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Sains Sukan)
Tandatangan :
Nama penyelia : Hafizah Hj. Harun
Tarikh : April, 2008
iii
KESAN LATIHAN PLIOMETRIK TERHADAP PRESTASI ATLET KAYAK
NURUL SA’ADAH BINTI SABDIN
Tesis ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahgian daripada syarat penganugerahan
Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Sains Sukan)
FAKULTI PENDIDIKAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
2007/2008
iv
PENGAKUAN PELAJAR
Saya akui tesis yang bertajuk Kesan Latihan Pliometrik Terhadap Prestasi Atlet Kayak
ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang setiap satunya
telah saya perjelaskan sumbernya.
Tandatangan :
Nama pelajar : Nurul Sa’adah Binti Sabdin
Tarikh : April, 2008
v
Untuk Ayahanda, Bonda dan Keluarga Tersayang,
Sabdin Bin Basir
Che Bashah Binti Puteh
Suhana Binti Sabdin
Mashitah Binti Sabdin
Mohamed Suhail Bin Sabdin
Nurul Nazwa Binti Sabdin
Nurul Nazirah Binti Sabdin
Mohd Fadzli Zikry Bin Sabdin
Muhammad Adam Bin Sabdin
Alif Bin Sabdin
Buat Semua Pensyarah Sains Sukan UTM Khasnya Puan Hafizah Binti Harun
Rakan-Rakan Sepejuangan 4SPS
Teristimewa Buat Cik Shaireena Binti Ja’afar.
Tidak dilupakan kepada semua yang terlibat samada secara langsung atau tidak
dalam membantu saya menyiapkan tesis ini
Terima kasih atas pengorbanan dan motivasi yang diberikan.
Jasa kalian tidak akan di lupakan.
vi
PENGHARGAAN
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Bersyukur ke atas
segala limpah rahmat kurniaan-Nya, kerana saya dapat menyiapkan Projek Sarjana
Muda ini dalam masa yang telah ditetapkan.
Setinggi-tinggi penghargaan ditujukan kepada Puan Hajah Hafizah binti Haji
Harun selaku Penyelia Projek Sarjana Muda ini. Bimbingan, nasihat dan tunjuk ajar
yang beliau berikan telah banyak membantu saya dalam manyiapkan Projek Sarjana
Muda ini.
Tidak dilupakan penghargaan juga ditujukan kepada semua rakan
seperjuangan, pihak MSNJ dan semua yang terlibat samada secara langsung atau tidak
langsung sehingga saya manyiapkan Projek Sarjana Muda ini.
Teristimewa ucapan penghargaan buat ibubapa, keluarga dan pensyarah-
pensyarah Sains Sukan UTM serta khasnya buat Cik Shaireena Binti Ja’afar.
Sekian , terima kasih
Jasa kalian dikenang selamanya.
vii
ABSTRAK
Kajian ini dijalankan untuk menguji kesan latihan pliometrik terhadap kekuatan
otot dalam mempengaruhi prestasi atlet kayak. Sepuluh orang atlet kayak lelaki berusia
(mean±sp) 20.6±0.52 tahun dibahagikan secara rawak kepada tiga kumpulan (kumpulan
A, B dan kawalan). Kumpulan A menjalani gabungan latihan rutin dan latihan
pliometrik (baling bola dengan satu tangan dan baling bola dari sisi ke sisi dengan dua
tangan). Kumpulan B menjalani gabungan latihan rutin dan latihan pliometrik (baling
bola aras dada dan tekan tubi pliometrik) manakala, kumpulan kawalan hanya menjalani
latihan rutin. Subjek menjalani ujian Cable Seated Row dan ujian masa Kayak Pecut 15
Meter sebelum (pra) dan selepas (pos; setelah menjalani latihan selama enam minggu).
Dua bentuk analisis statistik iaitu deskriptif dan inferensi digunakan untuk menganalisis
data mentah yang diperolehi. Ujian Cable Seated Row menguji kekuatan otot
manakala, ujian Kayak Pecut 15 Meter menguji tahap kelajuan. Kumpulan A dan B
menunjukkan perubahan yang signifikan (p≤0.05) dalam Ujian Cable Seated Row.
Tidak terdapat perbezaan yang signifikan catatan masa.bagi ketiga-tiga kumpulan; A, B
dan Kawalan dalam ujian masa Kayak Pecut 15 Meter. Walaupun analisa data
menunjukkan tiada perubahan prestasi yang signifikan tetapi pengurangan catatan masa
kumpulan A (-8.59%) dan B (-1.61%) jelas meningkat. Kesimpulannya latihan
pliometrik boleh digabungkan dengan latihan kayak rutin untuk meningkatkan kekuatan
otot atlet kayak dan seterusnya memberi pengaruh yang positif terhadap prestasi
mereka.
viii
ABSTRACT
The purpose of this study was to examine the effects of plyometric training on
muscle strength which influence the athletes’ performance. Ten male kayak athletes
aged (mean±sp) 20.6±0.52 were randomly divided into three groups (group A, group B
and control group). Group A had undergone combination of routine and plyometric
training (single-arm throw and two-hand side-to-side throw). Group B had undergone
combination of routine and plyometric training (chess pass and plyometric push-up),
while the control group only did the routine training. The Cable Seated Row and Kayak
Sprint 15 Meters were measured pre and post 6 week training interventions. Data were
analyzed using descriptive and inference statistics. The Cable Seated Row test was
used to evaluate muscle strength while the Kayak Sprint 15 Meters test was used to
measure speed. Group A and group B have shown significant changes in the number of
lifting repetition in the Cable Seated Row test (p≤0.05). While all three groups: group
A, B and control group did not show any significant changes in the Kayak Sprint 15
Meters test. Even though the result did not indicated any significant changes but there
were a decrease in the time recorded by the training groups A (-8.59%) and B (-1.61%).
In conclusions, plyometric training can be useful if combined with routine kayak
training as it can improve the athlete’s muscle strength and furthermore positively
influence their performance.
ix
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS i
PENGAKUAN PENYELIA ii
TAJUK iii
PENGAKUAN PELAJAR iv
DEDIKASI v
PENGHARGAAN vi
ABSTRAK vii
ABSTRACT viii
KANDUNGAN ix
SENARAI JADUAL xii
SENARAI RAJAH xiii
SENARAI LAMPIRAN xiv
1 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 2
1.3 Pernyataan Masalah 3
1.4 Objektif Kajian 4
1.5 Hipotesis Kajian 4
1.6 Kepentingan Kajian 5
x
1.7 Limitasi Kajian 6
1.8 Delimitasi Kajian 6
1.9 Definisi Operasional 7
2 SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan 8
2.2 Kajian Berkaitan Latihan Pliometrik 9
2.3 Kajian Berkaitan Pengujian 18
3 METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 19
3.2 Populasi dan Persampelan 19
3.3 Tempat Kajian 20
3.4 Instrumen Kajian 20
3.5 Prosedur Kajian 21
3.6 Protokol Ujian 23
3.7 Pembolehubah Kajian 25
3.8 Pengumpulan Data 25
3.9 Penganalisaan Data 26
3.10 Penutup 26
xi
4 ANALISIS DATA
4.1 Pengenalan 27
4.2 Analisa Keputusan Ujian
4.2.1 Analisis Deskriptif 28
4.2.2 Analisis Inferensi 33
5 PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 35
5.2 Perbincangan 35
5.3 Kesimpulan 40
5.4 Cadangan 40
5.5 Rumusan 42
RUJUKAN 44
LAMPIRAN 49
xii
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT
3.1 Jadual Latihan Pliometrik 25
(Essentials Of Strength And Conditioning, 1994)
4.1 Pembahagian Kumpulan Mengikut Kategori 27
4.2 Data Antropomerti Subjek Mengikut Umur, Berat, 28
Tinggi, Dan Pengalaman Berkayak
4.3 Peratusan Bilangan Atlet Mengikut Acara 29
4.4 Keputusan Mean/Purata Ujian Cable Seated Row 30
4.5 Keputusan Mean/Purata Ujian Masa Kayak Pecut 31
15 Meter
4.6 Keputusan Ujian Cable Seated Row 45
4.7 Keputusan Ujian Masa Kayak Pecut 15 Meter 46
xiii
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT
4.1 Peratusan Bilangan Atlet Mengikut Acara 41
4.2 Mean/Purata Keputusan Ujian Cable Seated 42
Row
4.3 Peratus Perubahan Keputusan Ujian Cable 43
Seated Row
4.4 Mean/Purata Keputusan Ujian Masa Kayak 44
Pecut 15 Meter
4.5 Peratus Perubahan Keputusan Ujian Masa 44
Kayak Pecut 15 Meter
xiv
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT
1 Borang Perakuan Pelepasan Tanggungjawab 50
2 Borang Maklumat Diri 51
3 Pembentukan Program Latihan 52
4 Baling Bola Dari Sisi Ke Sisi Dengan Dua Tangan 54
(Two-Hand Side-To-Side Throw)
5 Baling Bola Dengan Satu Tangan 55
(Single-Arm Throw)
6 Baling Bola Aras Dada (Chess Pass) 56
7 Tekan Tubi Pliometrik (Plyometric Push-Ups) 57
8 Ujian Cable Seated Row 58
9 Ujian Masa Pecutan Kayak 15 Meter 59
10 Jadual Aktiviti Atlet Kayak Tahun 2008 60
11 Latihan Latihan 2008 61
xv
12 Borang Skor 62
13 Gambarajah Otot Pandangan Hadapan 63
14 Gambarajah Otot Pandangan Belakang 64
15 Analisis SPSS Kumpulan A: Ujian Cable Seated 65
Row
16 Analisis SPSS Kumpulan B: Ujian Cable Seated 66
Row
17 Analisis SPSS Kumpulan Kawalan: Ujian Cable 67
Seated Row
18 Analisis SPSS Kumpulan A: Ujian Masa Kayak 68
Pecut 15 Meter
19 Analisis SPSS Kumpulan B: Ujian Masa Kayak 69
Pecut 15 Meter
20 Analisis SPSS Kumpulan Kawalan: Ujian Masa 70
Kayak Pecut 15 Meter
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Secara umumnya, sukan merupakan aktiviti yang mengandungi latihan
kemahiran secara rekreasi dan terdiri daripada aktiviti fizikal yang dilakukan untuk
pelbagai tujuan seperti pertandingan, keseronokan, pembangunan, kemahiran,
kecemerlangan, dan sebagainya. Penglibatan secara aktif dalam sukan tidak boleh
dianggap sebagai kegiatan riadah, mengisi masa lapang, berseronok, atau menjaga
kesihatan semata-mata.
Sukan juga mengandungi peraturan-peraturan tertentu dalam mengejar
kecemerlangan. Kecemerlangan yang dimaksudkan ialah kemampuan untuk mengatasi
tanda ukuran (benchmarks) terdahulu, catatan masa, rekod dunia, dan sebagainya.
Contoh kemahiran sukan di air yang dipertandingkan dalam kejohanan sukan ialah
sukan kayak. Sukan ini menggunakan sifat-sifat seperti kekuatan, stamina, kelajuan,
dan beberapa kemahiran lain. (Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas).
Sukan kayak merupakan aktiviti di air yang melibatkan kayak. Kayak
didefinisikan sebagai sejenis kenderaan air yang kecil (bot), biasanya terbuka kepada
udara dan boleh dijana oleh angin, jentera atau tenaga manusia. Kayak dicipta oleh
penduduk asal kawasan Arktik di Amerika Utara dan Greenland biasanya dikenali
2
sebagai Inuit atau Eskimo (Wikipedia, ensiklopedia bebas). Menurut Mead (1998),
kayak boleh dikategorikan sebagai salah satu aktiviti luar yang tertua bermula di
Amerika Selatan.
Terdapat tiga jenis jarak yang dipertandingkan di Kejohanan Dunia (World
Championship Events) dalam sukan kayak iaitu 200 meter, 500 meter dan 1000 meter.
Acara kayak ini dibahagikan kepada K1 (kayak perseorangan), K2 (kayak
berpasangan), dan K4 (terdiri daripada empat orang atlet). Kesemua acara ini
dibahagikan kepada kategori lelaki dan perempuan (Wikipedia, ensiklopedia bebas).
Latihan pliometrik merujuk kepada aktiviti yang membolehkan otot mencapai
kuasa maksima dalam masa yang pantas (Baechle dan Earl, 2000). Pliometrik
merupakan perkataan Greek yang bermaksud untuk meningkatkan ukuran (plio
bermaksud lebih; sementara metrik bermaksud untuk mengukur). Tujuan melakukan
latihan pliometrik adalah untuk meningkatkan kuasa dalam pergerakan dengan
menggunakan kedua-dua komponen elastik semulajadi otot dan tendon serta reflek
regangan (Wilk et al. 1993). Latihan pliometrik menjana daya graviti yang
membolehkan otot mencapai kekuatan maksimum secepat mungkin.
1.2 Latar Belakang Masalah
Pelbagai jenis latihan dijalankan oleh jurulatih untuk meningkatkan prestasi
atletnya. Antara latihan yang dijalankan adalah latihan bebanan, latihan litar, latihan
pliometrik, dan banyak lagi. Tidak banyak kajian yang dijalankan untuk mengkaji
kesan latihan pliometrik terhadap anggota atas badan (upper body). Latihan pliometrik
yang melibatkan anggota atas badan, biasanya dikaitkan dengan sukan baseball,
softball, tenis, dan acara-acara balingan yang lain. Apa yang menjadi persoalannya
adakah latihan pliometrik yang diberikan tersebut boleh mempengaruhi prestasi
seseorang atlet kayak? Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk melihat kesan latihan
3
pliometrik terhadap kekuatan otot-otot anggota atas badan (bisep, trisep, deltoid,
pectoralis major, latissimus dorsi, dan trapezius) dalam meningkatkan prestasi atlet
kayak.
Subjek kajian dibahagikan kepada tiga kumpulan iaitu kumpulan kajian A dan B
yang menjalani gabungan latihan rutin dan latihan pliometrik (mengikut ketetapan
penyelidik) manakala, kumpulan kawalan hanya menjalani latihan rutin. Latihan
pliometrik kumpulan A ialah baling bola dengan satu tangan (single-arm throw) dan
baling bola dari sisi ke sisi dengan dua tangan (two-hand side-to-side throw).
Kumpulan B melakukan latihan baling bola aras dada (chess pass) dan tekan tubi
pliometrik (plyometric push-up).
1.3 Pernyataan Masalah
Sukan kayak dikategorikan sebagai sukan yang memerlukan kekuatan anggota
atas badan (Tesch, 1983). Menurut Knuttgen dan Kraemer (1987), kekuatan boleh di
terjemahkan sebagai daya otot atau kumpulan otot yang maksimum yang boleh dijana
pada halaju tertentu. Menggunakan terjemahan ini, pelbagai ujian penghasilan daya
dijalankan seperti statik dan dinamik menggunakan beberapa prinsip utama dalam
memahami latihan asas untuk latihan kekuatan.
Menurut Pickard dan Pyke (1981), atlet kayak yang berjaya memerlukan kuasa
aerobik dan tenaga anaerobik yang tinggi serta kekuatan otot. Otot yang kuat
membolehkan individu melakukan aktiviti dengan lebih baik. Mengikut Newton et al.
(1997), latihan pliometrik kurang digunakan untuk melatih otot anggota atas badan
berbanding otot bahagian bawah badan dan perkaitan antara latihan pliometrik dengan
acara kayak juga amat kurang dibincangkan.
4
Sehubungan itu, pengkaji ingin membuat kajian untuk mencari jawapan kepada
persoalan tentang adakah latihan pliometrik yang dijalankan memberi kesan kepada
kekuatan otot anggota atas badan dalam mempengaruhi prestasi atlet kayak?
1.4 Objektif Kajian
1.4.1 Membandingkan kekuatan otot melalui ujian Cable Seated Row di antara tiga
kumpulan kajian iaitu kumpulan A dan B yang menjalani gabungan latihan rutin
dan latihan pliometrik (mengikut ketetapan penyelidik) manakala, kumpulan
kawalan hanya menjalani latihan rutin.
1.4.2 Membandingkan prestasi masa melalui ujian Kayak Pecut 15 Meter di antara
tiga kumpulan kajian iaitu kumpulan A dan B yang menjalani gabungan latihan
rutin dan latihan pliometrik (mengikut ketetapan penyelidik) manakala,
kumpulan kawalan hanya menjalani latihan rutin.
5