UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN … · Borang soal selidik yang terbahagi kepada 3...

27
PSZ 19:16 (Pind. 1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA CATATAN : * Potong yang tidak berkenaan ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan, penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM) BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL : HUBUNGAN KECERDASAN SPIRITUAL DENGAN KUALITI KEHIDUPAN MAHASISWA JPTK FAKULTI PENDIDIKAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA SESI PENGAJIAN : 2010/2011 Saya MOHD WAFI BIN SHAH ROONI (HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah )* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut : 1. Tesis ini adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( ) SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi / badan di mana penyelidikan dijalankan TIDAK TERHAD Disahkan oleh _____________________________________ (TANDATANGAN PENULIS) Alamat Tetap : 948. KG. GELONG BILAL JLN PASIR PANJANG 21100 KUALA TERENGGANU TERENGGANU DARUL IMAN Tarikh : 13 MEI 2011 _____________________________________ (TANDATANGAN PENYELIA) Nama Penyelia : EN. JAMALUDIN BIN RAMLI Tarikh : 13 MEI 2011

Transcript of UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN … · Borang soal selidik yang terbahagi kepada 3...

Page 1: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN … · Borang soal selidik yang terbahagi kepada 3 bahagian iaitu aspek demografi, kecerdasan spiritual dan kualiti kehidupan mahasiswa

PSZ 19:16 (Pind. 1/97)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

CATATAN : * Potong yang tidak berkenaan

** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak

berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh

tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD

Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana

secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan,

penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

JUDUL : HUBUNGAN KECERDASAN SPIRITUAL DENGAN KUALITI

KEHIDUPAN MAHASISWA JPTK FAKULTI PENDIDIKAN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

SESI PENGAJIAN : 2010/2011

Saya MOHD WAFI BIN SHAH ROONI(HURUF BESAR)

mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti

Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut :

1. Tesis ini adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia.

2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk

pengajian sahaja.

3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi

pengajian tinggi.

4. ** Sila tandakan ( � )

SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau

kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA

RAHSIA RASMI 1972)

TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh

organisasi / badan di mana penyelidikan dijalankan

TIDAK TERHAD

Disahkan oleh

_____________________________________

(TANDATANGAN PENULIS)

Alamat Tetap :

948. KG. GELONG BILAL

JLN PASIR PANJANG

21100 KUALA TERENGGANU

TERENGGANU DARUL IMAN

Tarikh : 13 MEI 2011

_____________________________________

(TANDATANGAN PENYELIA)

Nama Penyelia :

EN. JAMALUDIN BIN RAMLI

Tarikh : 13 MEI 2011

Page 2: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN … · Borang soal selidik yang terbahagi kepada 3 bahagian iaitu aspek demografi, kecerdasan spiritual dan kualiti kehidupan mahasiswa

“Saya akui saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini

adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan

Ijazah Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (Kemahiran Hidup)”

Tandatangan : ___________________________

Nama Penyelia : EN. JAMALUDIN BIN RAMLI

Tarikh : 13 MEI 2011

Page 3: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN … · Borang soal selidik yang terbahagi kepada 3 bahagian iaitu aspek demografi, kecerdasan spiritual dan kualiti kehidupan mahasiswa

HUBUNGAN KECERDASAN SPIRITUAL DENGAN KUALITI KEHIDUPAN

MAHASISWA JPTK FAKULTI PENDIDIKAN UNIVERSITI

TEKNOLOGI MALAYSIA

MOHD WAFI BIN SHAH ROONI

Laporan penyelidikan ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian

daripada syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta

Pendidikan (Kemahiran Hidup)

FAKULTI PENDIDIKAN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

MEI 2011

Page 4: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN … · Borang soal selidik yang terbahagi kepada 3 bahagian iaitu aspek demografi, kecerdasan spiritual dan kualiti kehidupan mahasiswa

iii

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan

yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.”

Tandatangan : ______________________________

Nama Penulis : MOHD WAFI BIN SHAH ROONI

Tarikh : 13 MEI 2011

Page 5: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN … · Borang soal selidik yang terbahagi kepada 3 bahagian iaitu aspek demografi, kecerdasan spiritual dan kualiti kehidupan mahasiswa

iv

DEDIKASI

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani. Segala pujian atas

limpah dan kurnia Allah S.W.T Tuhan seluruh alam. Selawat dan salam ke atas

junjungan Nabi Muhammad S.A.W

Ayah Tersayang

Shah Rooni Bin Jailani

Segala dorongan, pengorbanan dan keikhlasan hati budi mu tidak termampu

diungkapkan dengan kata-kata. Hanya Allah sahaja yang maha mengetahui dan

membalasnya.

Arwah Ibu

Fatimah Bte Mat Zain

Tiada apa yang dapatku bicarakan hanya doa anakanda mengiringi setiap detik.

Harapan murnimu telah anakanda tunaikan. Semoga rohmu dilimpahi rahmat Allah

S.W.T ………amin.

Pensyarah

Jutaan terima kasih saya ucapakan kepada En. Jamaludin Ramli selaku penyelia PSM

saya yang telah banyak menyumbang buah fikiran dan tenaga dalam menyiapkan PSM

saya ini

Abang, Kakak Dan Adik Serta Sanak Saudara

Dorongan, Sokongan Dan Pengorbanan Kalian Membakar Semangatku Untuk Terus

Berjuang.

Doa Dan Kesabaran Yang Ditatahkan Sentiasa Dalam Ingatanku.Kejayaan Ini

Adalah Milik Kita Bersama…..

Page 6: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN … · Borang soal selidik yang terbahagi kepada 3 bahagian iaitu aspek demografi, kecerdasan spiritual dan kualiti kehidupan mahasiswa

v

PENGHARGAAN

Segala pujian-pujian hanyalah kepunyaan Allah yang memberikan kita ilmu kebenaran.

Selawat serta salam kepada baginda rasul Muhamad s.a.w. yang telah menunjukkan

teladan untuk kita sentiasa melalui jalan yang lurus.

Ungkapan terima kasih ini ditujukan kepada Jabatan Pendidikan Teknik dan

Kejuruteraan, Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia kerana memberi

kesempatan dan peluang untuk saya menyediakan penulisan ilmiah ini. Terima kasih

juga kepada semua pensyarah Fakulti Pendidikan yang telah banyak memberi nasihat dan

tunjuk ajar selama ini.

Saya juga ingin merakamkan penghargaan ikhlas ini kepada pembimbing tesis, Encik

Jamaludin bin Ramli atas bimbingan dan dorongan yang diberikan sepanjang tempoh

menyiapkan penulisan ilmiah ini. Tidak lupa juga kalungan terima kasih buat sahabat-

sahabat seperjuangan, warga SPH, SPJ, SPE SPR dan SPQ. Terima kasih juga kepada

individu yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam penulisan ini.

Sekian, terima kasih.

Page 7: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN … · Borang soal selidik yang terbahagi kepada 3 bahagian iaitu aspek demografi, kecerdasan spiritual dan kualiti kehidupan mahasiswa

vi

ABSTRAK

Kajian ini berkaitan hubungan kecerdasan spiritual dengan kualiti kehidupan

dalam kalangan mahasiswa JPTK Fakulti Pendidikan UTM Skudai. Kajian ini dijalankan

adalah bertujuan untuk mengenalpasti hubungan di antara kecerdasan spiritual dengan

kualiti hidup dalam kalangan mahasiswa JPTK sama ada signifikan ataupun tidak.

Penyelidikan ini adalah berbentuk deskriptif. Kajian ini dijalankan di Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia. Borang soal selidik yang terbahagi kepada 3 bahagian

iaitu aspek demografi, kecerdasan spiritual dan kualiti kehidupan mahasiswa sebagai

instrumen penting dalam mengumpul data. Aspek demografi dibina berdasarkan jantina,

tahun belajar, kursus, umur, status dan kelayakan akademik. Kecerdasan spiritual pula

dibina berdasarkan aspek emosi, pemikiran, amalan dan hubungan sosial manakala kualiti

kehidupan dibina berdasarkan aspek kesihatan, perhubungan, perasaan, pembangunan

kendiri dan komitmen. Data telah dianalisis dengan menggunakan pengisian “Statistical

Package for the Social Sciences” (SPSS 16.0). Statistik deskriptif iaitu kekerapan,

peratus, min dan sisihan piawai digunakan untuk menganalisis kecerdasan spiritual dan

kualiti kehidupan. Statistik inferensi iaitu korelasi pearson pula digunakan pada aras

signifikan 0.05 bagi menganalisis hubungan di antara kecerdasan spiritual dan kualiti

kehidupan. Kajian rintis menunjukkan nilai kebolehpercayaan soal selidik pada nilai

Alpha Cronbach (�) 0.947. Seramai 217 responden terlibat dalam kajian ini. Hasil kajian

juga mendapati tahap kecerdasan spiritual dan kualiti kehidupan di kalangan mahasiswa

adalah tinggi. Kajian menunjukkan wujud hubungan yang signifikan antara kecerdasan

spiritual dan kualiti kehidupan mahasiswa. Beberapa cadangan untuk kajian akan datang

turut di kemukakan.

Page 8: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN … · Borang soal selidik yang terbahagi kepada 3 bahagian iaitu aspek demografi, kecerdasan spiritual dan kualiti kehidupan mahasiswa

vii

ABSTRACT

The research is about relationship between spiritual quotient and the quality of life

among the JPTK’s students of the Faculty of Education, UTM Skudai. The purpose of

study was to identify the significant between the relationship of spiritual quotient and the

quality of life among the JPTK’s students. This research is descriptive of the

questionnaire. The study was conducted at the Faculty of Education, University of

Technology Malaysia. The questionnaire was divided into three parts, the demographic

aspect, spiritual quotient and the quality of student life as an important instrument in

collecting data. The demographic aspects is constructed based on of gender, years of

study, course, age status and academic qualifications. Spiritual quotient is build based on

the emotions, thought, practices and social relations. Meanwhile, the quality is

constructed based on the area of health, relationships, feeling, self development and

commitment. Data were analyzed using the "Statistical Package for the Social Sciences

(SPSS 16.0). Descriptive statistics of frequency, percentage, mean and standard deviation

were used to analyze the quality of life and spiritual quotient. Statistical inference of

Pearson correlation was used at significant level 0.05 for analyzing the relationship

between spiritual quotient and quality of life. The pilot study shows the reliability of the

questionnaire on the value of Cronbach Alpha (�) 0.947. A total of 217 respondents

participated in this study. The study also found that the level of spiritual quotient and

quality of life among the students is high. The study showed a significant correlation

between spiritual quotient and quality of student life. Some suggestions for future

research are also provided.

Page 9: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN … · Borang soal selidik yang terbahagi kepada 3 bahagian iaitu aspek demografi, kecerdasan spiritual dan kualiti kehidupan mahasiswa

viii�

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

PENGESAHAN PENYELIA i

JUDUL ii

PENGAKUAN

DEDIKASI

iii

iv

PENGHARGAAN v

ABSTRAK vi

ABSTRACT vii

KANDUNGAN viii

SENARAI JADUAL xiv

SENARAI RAJAH xvii

1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 3

1.3 Pernyataan Masalah 6

1.4 Kerangka Kajian 7

1.5 Objektif Kajian 8

1.6 Persoalan Kajian 9

1.7 Hipotesis 10

1.8 Kepentingan Kajian 11

1.9 Skop Kajian 12

1.10 Batasan Kajian 12

Page 10: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN … · Borang soal selidik yang terbahagi kepada 3 bahagian iaitu aspek demografi, kecerdasan spiritual dan kualiti kehidupan mahasiswa

ix�

1.11 Definisi Konsep, Istilah dan Operasional 12

1.12 Kesimpulan 18

2 KAJIAN LITERATUR

2.1 Pengenalan 20

2.2 Konsep Kecerdasan 20

2.3 Kecerdasan Spiritual 21

2.4 Konsep Kecerdasan Spiritual 23

2.4.1 Emosi 27

2.4.2 Pemikiran 29

2.4.3 Amalan 31

2.4.4 Hubungan Sosial 36

2.5 Konsep Kualiti Kehidupan 38

2.5.1 Kesihatan 40

2.5.2 Perhubungan 42

2.5.3 Perasaan 43

2.5.4 Pembangunan Kendiri 44

2.5.5 Komitmen 45

2.6 Kajian Lepas 46

2.7 Teori Kaunseling Al-Ghazali 47

2.8 Model Kualiti Hidup 50

2.9 Teori Keperluan Maslow 51

2.10 Kesimpulan 53

3 METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 54

3.2 Reka Bentuk Kajian 54

Page 11: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN … · Borang soal selidik yang terbahagi kepada 3 bahagian iaitu aspek demografi, kecerdasan spiritual dan kualiti kehidupan mahasiswa

x�

3.3 Tempat Kajian 55

3.4 Populasi dan Sampel Kajian 56

3.5 Instrumen Kajian 57

3.5.1 Bahagian A 57

3.5.2 Bahagian B 58

3.5.3 Bahagian C 59

3.5.4 Pemarkatan Skor 60

3.6 Kajian Rintis 61

3.6.1 Kesahan Instrumen 61

3.6.2 Kebolehpercayaan Instrumen 62

3.7 Prosedur Kajian 64

3.8 Analisis Data 65

3.8.1 Mod atau Kekerapan 66

3.8.2 Min atau Purata 66

3.8.3 Sisihan Piawai 67

3.8.4 Korelasi Pearson 67

3.9 Kesimpulan 69

4 DAPATAN KAJIAN

4.1 Pengenalan 70

4.2 Analisis Bahagian A 71

4.2.1 Jantina 71

4.2.2 Tahun Belajar 72

4.2.3 Umur 72

4.2.4 Status 73

4.2.5 Kelayakan Akademik 74

4.3 Analisis Bahagian B 74

4.3.1 Apakah Tahap Kecerdasan Spiritual

Mahasiswa JPTK Fakulti Pendidikan

UTM

75

Page 12: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN … · Borang soal selidik yang terbahagi kepada 3 bahagian iaitu aspek demografi, kecerdasan spiritual dan kualiti kehidupan mahasiswa

xi�

4.3.1.1 Apakah Tahap Kecerdasan

Spiritual Responden Berdasarkan

Aspek Emosi

75

4.3.1.2 Apakah Tahap Kecerdasan

Spiritual Responden Berdasakan

Aspek Pemikiran

78

4.3.1.3 Apakah Tahap Kecerdasan

Spiritual Responden Berdasarkan

Aspek Amalan

80

4.3.1.4 Apakah Tahap Kecerdasan

Spiritual Responden Berdasarkan

Aspek Hubungan Sosial

82

4.3.1.5 Tahap Kecerdasan Spiritual

Responden Secara Keseluruhan

84

4.3.2 Apakah Tahap Kualiti Kehidupan

Mahasiswa JPTK Fakulti Pendidikan

UTM

85

4.3.2.1 Apakah Tahap Kualiti Kehidupan

Responden Berdasarkan Aspek

Kesihatan

86

4.3.2.2 Apakah Tahap Kualiti Kehidupan

Responden Berdasarkan Aspek

Perhubungan

88

4.3.2.3 Apakah Tahap Kualiti Kehidupan

Responden Berdasarkan Aspek

Perasaan

90

4.3.2.4 Apakah Tahap Kualiti Kehidupan

Responden Berdasarkan Aspek

Pembangunan Kendiri

93

4.3.2.5 Apakah Tahap Kualiti Kehidupan

Responden Berdasarkan Aspek

Komitmen

95

4.3.2.6 Tahap Kualiti Kehidupan 98

Page 13: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN … · Borang soal selidik yang terbahagi kepada 3 bahagian iaitu aspek demografi, kecerdasan spiritual dan kualiti kehidupan mahasiswa

xii�

Responden Secara Keseluruhan

4.4 Pengujian Hipotesis 99

4.4.1 Tidak terdapat hubungan yang signifikan

antara kecerdasan spiritual berdasarkan

aspek emosi dengan kualiti kehidupan

dalam kalangan mahasiswa Fakulti

Pendidikan UTM.

99

4.4.2 Tidak terdapat hubungan yang signifikan

antara kecerdasan spiritual berdasarkan

aspek pemikiran dengan kualiti kehidupan

dalam kalangan mahasiswa Fakulti

Pendidikan UTM.

100

4.4.3 Tidak terdapat hubungan yang signifikan

antara kecerdasan spiritual berdasarkan

aspek amalan dengan kualiti kehidupan

dalam kalangan mahasiswa Fakulti

Pendidikan UTM.

101

4.4.4 Tidak terdapat hubungan yang signifikan

antara kecerdasan spiritual berdasarkan

aspek hubungan sosial dengan kualiti

kehidupan dalam kalangan mahasiswa

Fakulti Pendidikan UTM.

102

4.4.5 Tidak terdapat hubungan yang signifikan

antara kecerdasan spiritual dengan kualiti

kehidupan dalam kalangan mahasiswa

Fakulti Pendidikan UTM.

103

4.5 Kesimpulan 104

5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 105

5.2 Perbincangan 105

Page 14: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN … · Borang soal selidik yang terbahagi kepada 3 bahagian iaitu aspek demografi, kecerdasan spiritual dan kualiti kehidupan mahasiswa

xiii�

5.2.1 Tahap Kecerdasan Spiritual Responden 106

5.2.2 Tahap Kualiti Kehidupan Responden 109

5.2.3 Hubungan di Antara Kecerdasan Spiritual

Berdasarkan Aspek Emosi dengan Kualiti

Kehidupan Responden

110

5.2.4 Hubungan Di Antara Kecerdasan Spiritual

Berdasarkan Aspek Pemikiran Dengan

Kualiti Kehidupan Responden

111

5.2.5 Hubungan Di Antara Kecerdasan Spiritual

Berdasarkan Aspek Amalan Dengan

Kualiti Kehidupan Responden

112

5.2.6 Hubungan Di Antara Kecerdasan Spiritual

Berdasarkan Aspek Hubungan Sosial

Dengan Kualiti Kehidupan Responden

114

5.2.7 Hubungan Di Antara Kecerdasan Spiritual

Keseluruhannya Dengan Kualiti

Kehidupan Responden

115

5.3 Cadangan 117

5.3.1 Mahasiswa 117

5.3.2 Ibubapa

5.3.3 Rakan Sebaya

5.3.4 Pensyarah

5.3.5 JPTK

118

118

119

119

5.4 Cadangan Kajian Lanjutan 119

5.5 Kesimpulan 120

BIBLIOGRAFI 122

LAMPIRAN

Lampiran A 132

Lampiran B 137

Lampiran C 138

Lampiran D 139

Page 15: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN … · Borang soal selidik yang terbahagi kepada 3 bahagian iaitu aspek demografi, kecerdasan spiritual dan kualiti kehidupan mahasiswa

xiv�

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

3.1 Mahasiswa Kursus Teknik dan Kejuruteraan

Fakulti Pendidikan UTM

56

3.2 Taburan item dalam soal selidik 57

3.3 Pemeringkatan skor Skala Likert 58

3.4 Pembahagian item kecerdasan spiritual 59

3.5 Pemeringkatan skor Skala Likert 59

3.6 Pembahagian item kualiti kehidupan 60

3.7 Analisis tahap mengikut min 60

3.8 Jadual keputusan analisis nilai

kebolehpercayaan kajian

63

3.9 Ringkasan pengujian statistik persoalan kajian 67

3.10 Ringkasan pengujian hipotesis 68

3.11 Garis panduan Guilford’s Rule of Thumb 68

3.12 Penentuan hipotesis nol berdasarkan nilai

signifikan

69

4.1 Taburan kekerapan dan peratusan responden

berdasarkan jantina

71

4.2 Taburan kekerapan dan peratusan responden

berdasarkan Tahun Belajar

72

4.3 Taburan kekerapan dan peratusan responden

berdasarkan Umur

72

4.4 Taburan kekerapan dan peratusan responden

berdasarkan status

73

4.5 Taburan kekerapan dan peratusan responden 74

Page 16: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN … · Borang soal selidik yang terbahagi kepada 3 bahagian iaitu aspek demografi, kecerdasan spiritual dan kualiti kehidupan mahasiswa

xv�

berdasarkan kelayakan akademik

4.6 Taburan peratusan, min dan sisihan piawai

bagi setiap item kecerdasan spiritual

berdasarkan aspek emosi

75

4.7 Tahap kecerdasan spiritual responden

berdasarkan aspek emosi

77

4.8 Taburan peratusan, min dan sisihan piawai

bagi setiap item kecerdasan spiritual

berdasarkan aspek pemikiran

78

4.9 Tahap kecerdasan spiritual responden

berdasarkan aspek pemikiran

80

4.10 Taburan peratusan, min dan sisihan piawai

bagi setiap item kecerdasan spiritual

berdasarkan aspek amalan

81

4.11 Tahap kecerdasan spiritual responden

berdasarkan aspek amalan

81

4.12 Taburan peratusan, min dan sisihan piawai

bagi setiap item kecerdasan spiritual

berdasarkan aspek hubungan sosial

82

4.13 Tahap kecerdasan spiritual dari berdasarkan

aspek hubungan sosial

84

4.14 Tahap kecerdasan spiritual responden secara

keseluruhan

84

4.15 Taburan peratusan, min dan sisihan piawai

bagi setiap item kualiti kehidupan

berdasarkan aspek kesihatan

86

4.16 Tahap kualiti kehidupan responden

berdasarkan aspek kesihatan

87

4.17 Taburan peratusan, min dan sisihan piawai

bagi setiap item kualiti kehidupan

berdasarkan aspek perhubungan

88

4.18 Tahap kualiti kehidupan responden

berdasarkan aspek perhubungan

89

Page 17: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN … · Borang soal selidik yang terbahagi kepada 3 bahagian iaitu aspek demografi, kecerdasan spiritual dan kualiti kehidupan mahasiswa

xvi�

4.19 Taburan peratusan, min dan sisihan piawai

bagi setiap item kualiti kehidupan

berdasarkan aspek perasaan

90

4.20 Tahap kualiti kehidupan responden

berdasarkan aspek perasaan

92

4.21 Taburan peratusan, min dan sisihan piawai

bagi setiap item kualiti kehidupan

berdasarkan aspek pembangunan kendiri

93

4.22 Tahap kualiti kehidupan responden

berdasarkan aspek pembangunan kendiri

94

4.23 Taburan peratusan, min dan sisihan piawai

bagi setiap item kualiti kehidupan

berdasarkan aspek komitmen

95

4.24 Tahap kualiti kehidupan responden

berdasarkan aspek komitmen

97

4.25 Tahap kualiti kehidupan responden secara

keseluruhan

98

4.26 Korelasi Pearson antara kecerdasan spiritual

berdasarkan aspek emosi dengan kualiti

kehidupan

99

4.27 Korelasi pearson antara kecerdasan spiritual

berdasarkan aspek pemikiran dengan kualiti

kehidupan

100

4.28 Korelasi pearson antara kecerdasan spiritual

berdasarkan aspek amalan dengan kualiti

kehidupan

101

4.29 Korelasi Pearson antara kecerdasan spiritual

berdasarkan aspek hubungan sosial dengan

kualiti kehidupan

102

4.30 Korelasi Pearson antara kecerdasan spiritual

keseluruhan dengan kualiti kehidupan

103

Page 18: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN … · Borang soal selidik yang terbahagi kepada 3 bahagian iaitu aspek demografi, kecerdasan spiritual dan kualiti kehidupan mahasiswa

xvii�

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT

1.1 Kerangka kajian 8

2.1 Model Kualiti Hidup 51

3.1 Carta aliran prosedur kajian 65

Page 19: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN … · Borang soal selidik yang terbahagi kepada 3 bahagian iaitu aspek demografi, kecerdasan spiritual dan kualiti kehidupan mahasiswa

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Agenda pembangunan mahasiswa merupakan salah satu fokus utama dalam

pelan Tranformasi Pengajian Tinggi Negara yang telah di lancarkan oleh YB Dato’

Seri Mohamed Khalid Nordin, Menteri pengajian Tinggi pada 13 Jun 2008. Menerusi

pelan ini, langkah-langkah telah diatur bagi memartabatkan peranan dan prestasi

IPTA dalam usaha untuk bersaing dengan universiti terkemuka dunia. Antara

komponen utama yang diberikan penekanan adalah memperkasakan lagi peranan

mahasiswa. Oleh itu, pelan ini menjadi rujukan dan panduan universiti untuk melatih

dan membimbing mahasiswa menjadi lebih dinamik, matang dan mampu

mempamerkan kemahiran insaniah serta berjaya memenuhi pasaran pekerjaan.

Kecerdasan spiritual berasal daripada dua perkataan iaitu kecerdasan dan juga

spiritual. Menurut Munandir (2001) kecerdasan ialah kemampuan atau kebolehan

seseoarang itu untuk menyelesaikan masalah yang dihadapinya terutama masalah

yang sangat rumit yang memerlukan seseorang itu memerah fikiranya untuk

menyelesaikanya. Spiritual pula bermaksud rohani, batin moral atau mental. Oleh

sebab itu kecerdasan spiritual bermaksud kebolehan atau kemampuan untuk

menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan rohani, moral dan mental.

Page 20: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN … · Borang soal selidik yang terbahagi kepada 3 bahagian iaitu aspek demografi, kecerdasan spiritual dan kualiti kehidupan mahasiswa

2

Kecerdasan spiritual menurut kacamata islam adalah merujuk kepada konsep

kehambaan kepada tuhan. Mereka yakin dengan pertolongan yang diberikan oleh

tuhan mereka pada setiap masa malah mereka melakukan ibadat kepada tuhan tanpa

rasa terbeban. (Syamil Yusuff, 2007)

Kualiti hidup adalah sesuatu yang sukar untuk dinilai dan tiada definasi

umum mengenainya. Menurut Schmandt dan Bloomberg (1969) kualiti hidup

bermaksud perubahan di dalam masyarakat dan sistem hidup daripada keadaan yang

tidak baik kepada keadaan yang lebih baik. Perubahan ini adalah meliputi kesemua

aspek termasuklah soal sosial, politik, psikologi, kebudayaan dan alam sekitar.

Namun begitu aspek yang paling utama di dalam kehidupan manusia ialah politik,

ekonomi, sosial dan pendidikan.

World Health Organization (1993) pula mendefinasikan kualiti hidup sebagai

tanggapan individu mengenai posisi kehidupan mereka dalam konteks budaya dan

sistem di mana ia berhubung rapat dengan matlamat, jangkaan, tahap dan beban.

Lehman (1983) mengatakan kualiti hidup ini sebagai deria terhadap pengalaman

terbaik yang dialami oleh individu di bawah pengaruh kehidupan masing-masing.

Kebanyakkan pengkaji pada zaman dahulu, mendefinasikan kualiti hidup

hanya dari segi fizikal sahaja. Namun begitu, akhir-akhir ini, kebanyakkan pengkaji

telah mula menambahkan lagi definisi kualti hidup ini dengan memasukkan soal

dalaman seperti emosi dan perasaan. Kualiti hidup merupakan jangka waktu yang

merujuk kepada emosi manusia, sosial dan fizikal yang sihat dan keupayaan

berfungsi dengan tugas biasa di dalam kehidupan (Leplege & Hunt, 1997).

Menurut Mohd Tajudin (2010) di dalam bukunya Mencipta Kecemarlangan

Diri menyata bahawa “Dasar pembangunan mahasiswa utm adalah suatu usaha

bersepadu dan kosisten ke arah pembentukan mahasiswa berkualiti dan berwawasan

berasaskan kepada keseimbangan dan keharmonian dari segi jasmani, emosi, rohani,

Page 21: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN … · Borang soal selidik yang terbahagi kepada 3 bahagian iaitu aspek demografi, kecerdasan spiritual dan kualiti kehidupan mahasiswa

3

interlek dan sosial (JERIS) dan kepercayaan kepada Tuhan. Usaha ini adalah ke arah

melahirkan graduan holistik yang boleh menyumbang ke arah kemajuan dan

kelestarian masyarakat tempatan dan antarabangsa.

1.2 Latar Belakang Masalah

Abad ke-21 pada hari ini mengalami pelbagai perubahan medadak dalam

hampir kesemua aspek kehidupan dan kualiti manusia. Arus perubahan ini

didominasi oleh gelombang Westernisasi (Naisbitt, 1990) dan Asianisasi (Naibitt,

1995) dengan pemikiran Darwinisme dan fahaman hidup materialistik sebagai asas

ilmunya (Harun Yahya, 2002). Menurut Neisbitt (1990) secara tradisinya

pembangunan di rantau asia banyak didominasikan oleh pengaruh barat. Bermula

dengan tatacara perniagaan sehingga kepada cita rasa pengguna yang merasa senang

dengan apa yang datang dari barat. Inilah yang mengakibatkan larisnya barangan

seperti seluar jeans, makanan segera, mengidola artis barat dan sebagainya.

Menurut Ikeda (1999) gagasan rohaniah yang menjadi tonggak kepada sifat

murni utama yang diajar oleh pelbagai agama seperti kebajikan, keadilan, kesopanan,

kebenaran serta kebijaksanaan semakin pudar dan terhakis oleh arus pemodeman dan

teknologi.

Kehidupan di abad ke 21 mencetuskan banyak perubahan dan daya hidup

baru. Di antara perubahan yang paling ketara ialah pengaruh dan gelombang

teknologi, perubahan dan pembangunan yang dipaksa dan mendadak dan timbulnya

manusia baru (Naisbitt, 1999). Perubahan ini telah mengubah senario dan sosial

kehidupan masyarakat pada masa kini terutamanya kepada generasi muda pada masa

sekarang.

Page 22: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN … · Borang soal selidik yang terbahagi kepada 3 bahagian iaitu aspek demografi, kecerdasan spiritual dan kualiti kehidupan mahasiswa

4

Menurut Mohd Fadzilah Kamsah (2005) didalam buku Mahasiswa Abad ke-

21 menyatakan Sarjana pendidikan kanak-kanak sering menyarankan bahawa

pendidikan anak pada masa empat tahun pertama kehidupan adalah lebih kritikal

daripada pendidikan selama empat tahun di univertisi. Namun, pendidikan di institusi

pendidikan tinggi (IPT) amat berpengaruh dalam mewarnai masa depan dan pola

penghidupan seseorang individu. Cara gaya pengurusan diri sendiri melalui liku-liku

kehidupan di kampus sering berkait rapat dengan prestasi akedemik dan

pembangunan sahsiah diri.

Pada peringkat pelajar dan remaja, seseorang individu mengalami perubahan

yang amat pesat sekali, sama ada segi fizikal, emosi mahupun sosial. Pada zaman

inilah para remaja mula terdedah kepada alam sebenar masyarakat luar daripada

rumah mereka. Malah persekitran ini menjadi tempat kedua kepada mereka setelah

dirumah. Remaja juga belajar banyak perkara daripada persekitran sosial berbanding

pembelajaran daripada ibu bapa dirumah. Pada tempoh-tempoh inilah para remaja

mula mengubah tingkah laku, sikap, dan nilai, malahan seluruh cara hidup daripada

alam kanak-kanak kepada alam yang lebih matang dan dewasa (Bettelheim, 1950).

Menurut ketua siasatan Jenayah Polis Kuala Lumpur,Datuk Mat Zain

Ibrahim, masalah sosial juga yang berlaku di kalangan pelajar-pelajar di institusi

pengajian tinggi (IPT) seperti seks rambang, hamil luar nikah dan

pelacuran.Menurutnya, sehingga bulan Jun 2010, seramai 141 gadis bawah umur

berjaya diselamatkan daripada kancah pelacuran dan kegiatan seks haram di seluruh

negara dan sepanjang tahun 2009 pula seramai 230 remaja bawah umur yang terlibat

berjaya diselamatkan dan dihantar ke pusat pemulihan akhlak. Merujuk data dan

statistik keruntuhan akhlak dikalangan remaja di negara ini, mengikut Pihak

Berkuasa Jenayah Bukit Aman (Berita Harian, 22 September 1993) antara tahun

1990 dan 1992 sahaja seramai 37602 individu ditahan bagi kesalahan jenayah harta

benda serta kekerasan. Daripada jumlah ini, seramai 3450 atau 9.17% adalah remaja.

Antara kes jenayah yang selalu dilakukan oleh remaja adalah pecah rumah, rusuhan,

pergaduhan, salah laku dadah, mencuri basikal atau motosikal (Utusan Malaysia,

Januari 1992). Berdasarkan statistik kes melibatkan remaja, jelas meningkat antara

Page 23: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN … · Borang soal selidik yang terbahagi kepada 3 bahagian iaitu aspek demografi, kecerdasan spiritual dan kualiti kehidupan mahasiswa

5

tahun 1990 dan 1992. Pada tahun 1990, sebanyak 657 kes dicatatkan, diikuti 830 kes

pada tahun 1991 dan 1487 kes pada tahun 1992. Statistik seterusnya berkaitan

dengan kesalahan akhlak, Menurut Menteri Perpaduan Negara dan Pembangunan

Masyarakat, Datuk Napsiah Omar (Berita Harian,3 Februari 1992), pada tahun 1988,

sebanyak 3978 kes dicatatkan, 4111 kes pada tahun 1989, 3763 kes pada tahun 1990

dan sebanyak 2658 kes sehingga bulan Oktober 1991.

Menurut Mohd Tajudin Ninggal (2010) di dalam bukunya Mencipta

Kecemerlangan Diri, Melihat betapa pentingnya IPT kepada pembagunan modal

insan negara, maka pihak universiti perlu mengorak langkah yang lebih panjang dan

deras lagi dalam proses pembinaan peribadi (character building) bagi penyemaian

dan pemupukan nilai murni dalam diri individu menerusi pelbaagi program dan

aktiviti pembangunan mahasiswa. Dalam Plan Intergriti Nasional, (2008) penglibatan

golongan mahasiswa dalam arus pembangunan negara akan dapat merealisasikan

kejayaan yang ingin dicapai dan dilestarikan oleh negara.

Pembangunan mahasiswa merupakan salah satu daripada agenda utama pelan

Transformasi Universiti Teknologi Malaysia yang telah dilancarkan oleh Dato’ Naib

Censelor pada bulan januari 2009. Pelan Transformasi Pembangunan Mahasiswa

(PTPM) ini memberi sentuhan, suntikan dan nafas baru yang lebih segar dan

bertebaga dengan tumun diberikan kea rah pembentukan idealisme, personaliti

unggul serta kewibawaan dan disokong kukuh oleh nilai-nilai teras, dengan para

mahasiswanya mempunyai nilai keagamaan dan kerohanian yang utuh serta

ditunjangi paksi oleh kemantapan ilmu pengetahuan yang tinggi.

Menurut kata-kata Zaini Ujang (2009) Naib Censelor UTM dalam buku

perutusan tahun 2009 menyatakan bahawa “ sejak awal penubuhannya, UTM

merupakan universiti paling menyerlah dalam pembinaan modal insan dalam bidang-

bidang sains dan teknologi, khususnya kejuruteraan. Graduan UTM semakin mantap,

ramai kalangan graduan ini telah sampai ke tahap jawatan tinggi dalam sesebuah

organisasi besar.”

Page 24: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN … · Borang soal selidik yang terbahagi kepada 3 bahagian iaitu aspek demografi, kecerdasan spiritual dan kualiti kehidupan mahasiswa

6

Persoalan yang sering bermain difikiran kita pada hari ini ialah, apakah

mahasiswa yang berada di menara gading sudah cukup bersedia dari segi mental,

fizikal dan spiritual untuk menjalankan tugas dan peranan mereka sebagai seorang

pemimpin membantu menangani konflik dan isu keruntuhan kerohanian dalam

generasi muda Negara kita masa kini? Kebanyakan daripada mereka keliru dan tidak

menentu. Antaranya mereka yang hidup hanya untuk mencari kepuasan segera

(Mohd Tajudin, 2002).

1.3 Penyataan Masalah

Mahasiswa merupakan generasi pelapis kepada kepimpinan Negara pada

masa hadapan dan menjadi tunjang kepada kemajuan dan pembangunan Negara pada

masa akan datang. Kewibawaan dan kepimpinan menjadi aspek penting yang perlu

diterap dalam diri setiap mahasiswa bagi melahirkan pemimpin pada masa hadapan.

Kejayaan untuk melahirkan seorang pemimpin yang baik bukan sahaja memberi

kesan kepada Negara tetapi memberi manfaat kepada masyarakat secara umumnya.

Setiap mahasiswa akan berada bersama-sama masyarakat setelah menamatkan

pengajian mereka bagi menjalani kehidupan di alam perkerjaan dan mereka juga

akan menjadi pemimpin kepada masyarakat. Pembentukan seorang pemimpin perlu

dibangunkan semasa di alam kampus. Ini kerana di alam kampus merupakan gedung

ilmu buat mahasiswa untuk mengambil dan melatih diri mereka untuk menjadi

seorang yang berguna kepada masyarakat, Negara dan agama.

Kemerosotan kualiti mahasiswa di lihat amat meruncing pada hari ini.

Pengaruhi hiburan, gejala sosial dan pengaruh- pengaruh negatif telah memberi

kesan yang besar kepada pembangunan mahasiwa. Pendedahan dengan aktiviti yang

kurang berfeadah akan melemahkan menjejaskan kualiti pembangunan mahasiswa.

Page 25: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN … · Borang soal selidik yang terbahagi kepada 3 bahagian iaitu aspek demografi, kecerdasan spiritual dan kualiti kehidupan mahasiswa

7

Oleh sebab itu, pengkaji ingin mengkaji adakah terdapat hubungan di antara

kecerdasan spiritual dengan kualiti kehidupan mahasiswa Jabatan Pendidikan Teknik

dan Kejuruteraan (JPTK) di Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

(UTM) kerana kajian ini mengadaikan bahawa individu yang memiliki tahap

kecerdasan spiritual yang tinggi akan mempunyai tahap kualiti kehidupan yang

tinggi.

1.4 Kerangka Kajian

Kajian ini bertujuan untuk melihat hubungan antara pemboleh ubah utama

iaitu kecerdasan spiritual dengan pemboleh ubah bersandar iaitu kualiti kehidupan.

Sebagai pemboleh ubah bebas kecerdasan spiritual dibahagikan kepada empat aspek

iaitu emosi, pemikiran, amalan dan hubungan sosial.

Pemboleh ubah bersandar iaitu kualiti kehidupan dibahagikan kepada lima

aspek iaitu kesihatan, perhubungan, perasaan, pembangunan kendiri, dan komitmen.

Rajah 1.1 menunjukkan kerangka kajian yang melibatkan pembolehubah dalam

kajian ini.

Page 26: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN … · Borang soal selidik yang terbahagi kepada 3 bahagian iaitu aspek demografi, kecerdasan spiritual dan kualiti kehidupan mahasiswa

8

Pemboleh Ubah Bebas Pemboleh Ubah Bersandar

Kecerdasan Spiritual Kualiti Kehidupan

1) EmosiKesihatan

Perhubungan

Perasaan

Pembangunan Kendiri

Komitmen

2) Pemikiran

3) Amalan

4) Hubungan Sosial

Rajah 1.1 : Kerangka Kajian

1.5 Objektif Kajian

Kajian ini dijalankan adalah bertujuan untuk mengenal pasti hubungan di antara

kecerdasan spiritual dengan kualiti kehidupan mahasiswa JPTK Fakulti Pendidikan

UTM. Objektif khusus kajian ini dijalankan adalah untuk :

i. Mengenalpasti tahap kecerdasan spiritual dalam kalangan mahasiswa JPTK

Fakulti Pendidikan UTM.

ii. Mengenalpasti tahap kualiti kehidupan dalam kalangan mahasiswa JPTK

Fakulti Pendidikan UTM.

iii. Mengenalpasti hubungan di antara kecerdasan spiritual berdasarkan aspek

emosi dengan kualiti kehidupan dalam kalangan mahasiswa JPTK Fakulti

Pendidikan UTM.

Page 27: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN … · Borang soal selidik yang terbahagi kepada 3 bahagian iaitu aspek demografi, kecerdasan spiritual dan kualiti kehidupan mahasiswa

9

iv. Mengenalpasti hubungan di antara kecerdasan spiritual berdasarkan aspek

pemikiran dengan kualiti kehidupan dalam kalangan mahasiswa JPTK Fakulti

Pendidikan UTM.

v. Mengenalpasti hubungan di antara kecerdasan spiritual berdasarkan aspek

amalan dengan kualiti kehidupan dalam kalangan mahasiswa JPTK Fakulti

Pendidikan UTM.

vi. Mengenalpasti hubungan di antara kecerdasan spiritual berdasarkan aspek

hubungan sosial dengan kualiti kehidupan dalam kalangan mahasiswa JPTK

Fakulti Pendidikan UTM.

vii. Mengenalpasti hubungan di antara kecerdasan spiritual keseluruhannya

dengan kualiti kehidupan dalam kalangan mahasiswa JPTK Fakulti

Pendidikan UTM.