UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my · 2.4 Tempat Yang Lebih Afdal Mengerjakan Solat Sunat 16...

28
AMALAN SOLAT SUNAT DI KALANGAN PELAJAR TAHUN AKHIR SPI. SATU KAJIAN DI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA ROSMAZIAH BT ABDUL KADIR @ ISMAIL UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Transcript of UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my · 2.4 Tempat Yang Lebih Afdal Mengerjakan Solat Sunat 16...

Page 1: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my · 2.4 Tempat Yang Lebih Afdal Mengerjakan Solat Sunat 16 2.5 Keutamaan Dan Kepentingan Solat Sunat 17 2.5.1 Keutamaan Dan Kepentingan Solat

AMALAN SOLAT SUNAT DI KALANGAN PELAJAR TAHUN AKHIR SPI. SATU KAJIAN DI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

ROSMAZIAH BT ABDUL KADIR @ ISMAIL

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my · 2.4 Tempat Yang Lebih Afdal Mengerjakan Solat Sunat 16 2.5 Keutamaan Dan Kepentingan Solat Sunat 17 2.5.1 Keutamaan Dan Kepentingan Solat
Page 3: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my · 2.4 Tempat Yang Lebih Afdal Mengerjakan Solat Sunat 16 2.5 Keutamaan Dan Kepentingan Solat Sunat 17 2.5.1 Keutamaan Dan Kepentingan Solat
Page 4: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my · 2.4 Tempat Yang Lebih Afdal Mengerjakan Solat Sunat 16 2.5 Keutamaan Dan Kepentingan Solat Sunat 17 2.5.1 Keutamaan Dan Kepentingan Solat

i

AMALAN SOLAT SUNAT DI KALANGAN PELAJAR TAHUN AKHIR SPI.

SATU KAJIAN DI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

ROSMAZIAH BT ABDUL KADIR @ ISMAIL

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan

(Pengajian Islam)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

April 2009

Page 5: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my · 2.4 Tempat Yang Lebih Afdal Mengerjakan Solat Sunat 16 2.5 Keutamaan Dan Kepentingan Solat Sunat 17 2.5.1 Keutamaan Dan Kepentingan Solat

ii

Page 6: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my · 2.4 Tempat Yang Lebih Afdal Mengerjakan Solat Sunat 16 2.5 Keutamaan Dan Kepentingan Solat Sunat 17 2.5.1 Keutamaan Dan Kepentingan Solat

iii

DEDIKASI

Khas Buat

Ayahanda Abdul kadir @ Ismail bin Abdullah dan Bonda Siti Eshah binti Salleh … Terima kasih yang tidak terhingga dari anakmu,

Pengorbanan, dorongan dan sokonganmu Tidak akan kulupakan

Menjadi kekuatan dan semangatku... Menuju ke puncak kejayaan

Kekanda Rosmaini dengan pasangannya Mahadir, Kekanda Rosmawati dan kekanda Rosmaria…

Perjalanan kita masih jauh Berjuanglah hingga ke akhir hayat

Agar kebahagiaan diakhir noktahnya Semoga keakraban kita kekal selamanya

Buat guru-guru yang tidak pernah jemu mencurahkan ilmu.. Terima kasih di atas segalanya

Pergorbanan yang anda curahkan amat saya hargai

Sahabat seperjuanganku.. Hanya ucapan terima kasih mampu kutitipkan

Atas segala suka duka tika bersama Tak mungkin kulupakan

Jasa, pengorbanan dan tunjuk ajar kalian Pahit manis kita lalui

Akan ku abadikan diingatan hingga ke hujung nyawa Salam penuh kasih sayang

Page 7: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my · 2.4 Tempat Yang Lebih Afdal Mengerjakan Solat Sunat 16 2.5 Keutamaan Dan Kepentingan Solat Sunat 17 2.5.1 Keutamaan Dan Kepentingan Solat

iv

PENGHARGAAN

Syukur ke hadrat Allah S.W.T. di atas limpah kurnia-Nya serta selawat dan

salam buat Nabi Muhammad s.a.w., akhirnya laporan Projek Sarjana Muda (PSM) ini

dapat disiapkan dengan sempurna.

Setinggi penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga buat penyelia yang

dihormati, Dr. Ramli bin Awang di atas segala nasihat, dorongan dan bimbingan serta

tunjuk ajar yang telah diberikan di sepanjang proses pembikinan laporan ini.

Jutaan terima kasih juga buat pensyarah-pensyarah Pusat Pengajian Islam Dan

Pembangunan Sosial (PPIPS) di atas tunjuk ajar yang diberikan membantu

melengkapkan lagi laporan ini.

Terima kasih kepada semua pelajar SPI yang telah memberikan kerjasama yang

sebaiknya di sepanjang proses mengedarkan soal selidik. Buat sahabat-sahabat tahun

akhir Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Pengajian Islam) sesi 2008/2009, terima

kasih kerana memberikan sokongan dalam usaha menyiapkan projek ini.

Akhir kata, kepada semua individu yang terlibat secara langsung atau tidak

langsung, terima kasih diucapkan. Semoga Allah melipatgandakan pahala amalan kalian

seterusnya dikurniakan kejayaan di dunia dan di akhirat, amin.

Page 8: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my · 2.4 Tempat Yang Lebih Afdal Mengerjakan Solat Sunat 16 2.5 Keutamaan Dan Kepentingan Solat Sunat 17 2.5.1 Keutamaan Dan Kepentingan Solat

v

ABSTRAK

Penglibatan pelajar dalam melaksanakan solat sunat bukanlah suatu perkara yang baru.

Justeru, tahap pengamalan solat sunat di kalangan pelajar SPI telah mendapat perhatian

penyelidik. Di samping itu juga, kajian ini turut mengkaji jenis-jenis solat sunat yang

diamalkan oleh pelajar SPI serta faktor-faktor utama yang mendorong pelajar

melaksanakan solat sunat . Dalam konteks kajian ini, penyelidik telah memilih pelajar

Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Pengajian Islam) sebagai responden. Seramai 46

pelajar telah dipilih untuk mewakili sampel kajian. Set soal selidik yang mengandungi

30 item telah diedarkan kepada responden dan dianalisis secara deskriptif untuk

mendapatkan nilai kekerapan, peratusan serta min dengan menggunakan perisian

Statistical Packages For Social Sciences (SPSS) versi 12.0. Nilai kebolehpercayaan soal

selidik ialah α = 0.8013. Hasil analisis menunjukkan bahawa responden mengetahui dan

memahami tentang solat-solat sunat. Namun, tahap pengamalan pelajar dalam

melaksanakan solat sunat masih kurang memuaskan. Oleh itu, beberapa cadangan turut

dikemukakan kepada pihak tertentu untuk diambil tindakan bagi meningkatkan tahap

kefahaman dan mempertingkatkan lagi pengamalan solat sunat di kalangan pelajar SPI,

khususnya di kampus.

Page 9: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my · 2.4 Tempat Yang Lebih Afdal Mengerjakan Solat Sunat 16 2.5 Keutamaan Dan Kepentingan Solat Sunat 17 2.5.1 Keutamaan Dan Kepentingan Solat

vi

ABSTRACT

Student’s involvement in performing sunat prayer is not a new thing. Therefore, the

practice of sunat prayer among SPI student has captured the attention of the researcher.

Besides that, this research also investigates the types of sunat prayers that is being

practiced by SPI students as well as the main factors that encourage students to perform

sunat prayers. In the context of this research the students from the Bachelor of Science

Degree With Education (Islamic Studies) has chosen as the respondents. A total of 46

students were chosen to represent the sample of research. A set of questionnaire that

consists of 30 items was distributed to the respondents and it was analyzed descriptively

to obtain the value of frequency, percentage and mean using the Statistical Packages

For Social Sciences (SPSS) version 12.0. The value of reliability of questionnaire is α =

0.8013. The outcome of the analysis shows that respondent knew and understood about

sunat prayers. However, the degree of practice in performing sunat prayers is out of

satisfactory level. Thus, a few particular recommendations have been suggested to

certain parties for action in order to increase the understanding and degree of practice in

performing sunat prayers among the SPI student, especially in campus.

Page 10: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my · 2.4 Tempat Yang Lebih Afdal Mengerjakan Solat Sunat 16 2.5 Keutamaan Dan Kepentingan Solat Sunat 17 2.5.1 Keutamaan Dan Kepentingan Solat

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

JUDUL i

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xii

SENARAI SINGKATAN xiv

SENARAI LAMPIRAN xv

BAB I PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 3

1.3 Penyataan Masalah 4

1.4 Objektif Kajian 5

1.5 Persoalan Kajian 5

1.6 Kepentingan Kajian 6

1.7 Batasan Kajian 7

1.8 Definisi Istilah 7

1.8.1 Amalan 8

1.8.2 Solat 8

1.8.3 Sunat 8

1.8.4 Pelajar 9

Page 11: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my · 2.4 Tempat Yang Lebih Afdal Mengerjakan Solat Sunat 16 2.5 Keutamaan Dan Kepentingan Solat Sunat 17 2.5.1 Keutamaan Dan Kepentingan Solat

viii

1.8.5 SPI 9

1.9 Kesimpulan 10

BAB II SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan 11

2.2 Pengertian Solat Sunat 12

2.3 Jenis-jenis Solat Sunat 14

2.3.1 Sunat Mutlak 14

2.3.2 Sunat Muqayyad 14

2.3.3 Sunat Ghairu Muakkad 15

2.3.4 Sunat Muakkad 15

2.4 Tempat Yang Lebih Afdal Mengerjakan Solat Sunat 16

2.5 Keutamaan Dan Kepentingan Solat Sunat 17

2.5.1 Keutamaan Dan Kepentingan Solat Sunat 18 2.5.2 Menghalang Perbuatan Maksiat Dan Dosa 20 2.5.3 Dapat Menghapuskan Dosa 20

2.6 Jenis-jenis Solat Sunat Yang Diamalkan Oleh Pelajar SPI 21 2.6.1 Rawatib (qabliah dan ba’diah) 22

2.6.2 Duha 23

2.6.3 Hajat 24

2.6.4 Tahajud 25

2.6.5 Witir 27

2.7 Faktor-faktor yang Mendorong Pelajar Untuk

Melakukan Solat Sunat 28

2.7.1 Diri Sendiri / Kendiri 28

2.7.2 Keluarga 29

2.7.3 Rakan Sebaya 31

2.7.4 Media Massa 33

Page 12: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my · 2.4 Tempat Yang Lebih Afdal Mengerjakan Solat Sunat 16 2.5 Keutamaan Dan Kepentingan Solat Sunat 17 2.5.1 Keutamaan Dan Kepentingan Solat

ix

2.8 Kajian Lepas 34

2.9 Kesimpulan 36

BAB III METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 37

3.2 Reka Bentuk Kajian 37

3.3 Tempat Kajian 38

3.4 Populasi dan Sampel Kajian 38

3.5 Instrumen Kajian 39

3.5.1 Pengumpulan Data Primer 40

3.5.2 Pengumpulan Data Skunder 42

3.6 Prosedur Kajian 42

3.7 Kajian Rintis 43

3.8 Analisis Data 44

3.9 Jangka Masa Kajian 45

3.10 Kesimpulan 46

BAB IV ANALISIS DATA 47

4.1 Pengenalan 47

4.2 Analisis Item Bahagian A 48

4.2.1 Jantina Responden 48

4.2.2 Umur Responden 48

4.2.3 Pendidikan terakhir responden 49

4.2.4 Status responden 50

4.2.5 Pendidikan Ibu responden 50

4.2.6 Pendidikan Bapa responden 51

4.2.7 Pekerjaan Ibu Responden 51

4.2.8 Pekerjaan Bapa Responden 52

4.3 Analisis Item Bahagian B, C dan D 53

4.3.1 Tahap Kefahaman Pelajar SPI Mengenai

Page 13: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my · 2.4 Tempat Yang Lebih Afdal Mengerjakan Solat Sunat 16 2.5 Keutamaan Dan Kepentingan Solat Sunat 17 2.5.1 Keutamaan Dan Kepentingan Solat

x

Solat Sunat 53

4.3.2 Jenis-jenis Solat Sunat Yang Diamalkan

Oleh Pelajar SPI 58

4.3.3 Faktor-faktor Utama Yang Mempengaruhi

Pelajar SPI Melakukan Solat Sunat 64

4.4 Analisis Keseluruhan Data Bahagian B, C Dan D 69

4.4.1 Tahap Kefahaman Pelajar SPI Mengenai

Solat Sunat 69

4.4.2 Jenis-jenis Solat Sunat Yang Diamalkan

Oleh Pelajar SPI 71

4.4.3 Faktor-faktor Utama Yang Mempengaruhi

Pelajar SPI Melakukan Solat Sunat 73

4.5 Kesimpulan 75

BAB V PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 76

5.2 Ringkasan Kajian 77

5.3 Perbincangan 77

5.3.1 Perbincangan Bahagian A: Analisis Latar

Belakang Responden 78

5.3.2 Perbincangan Bahagian B: Tahap Kefahaman

Pelajar SPI mengenai Solat Sunat 80

5.3.3 Perbincangan Bahagian C: Jenis-jenis

Solat Sunat Yang Diamalkan Oleh Pelajar SPI 82

5.3.4 Perbincangan Bahagian D: Faktor-faktor Utama

Yang Mempengaruhi Pelajar SPI Melakukan

Solat Sunat 84

5.4 Rumusan Kajian 87

5.5 Cadangan 87

5.5.1. Pelajar 88

5.5.2 Ibu Bapa 88

Page 14: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my · 2.4 Tempat Yang Lebih Afdal Mengerjakan Solat Sunat 16 2.5 Keutamaan Dan Kepentingan Solat Sunat 17 2.5.1 Keutamaan Dan Kepentingan Solat

xi

5.5.3 Pusat Pengajian Islam Dan Pembangunan

Sosial (PPIPS) 89

5.6 Cadangan Kajian Lanjutan 90

5.7 Kesimpulan 91

SENARAI RUJUKAN 92

LAMPIRAN 97

Page 15: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my · 2.4 Tempat Yang Lebih Afdal Mengerjakan Solat Sunat 16 2.5 Keutamaan Dan Kepentingan Solat Sunat 17 2.5.1 Keutamaan Dan Kepentingan Solat

xii

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

3.1 Nilai Skor Min 45

4.1 Taburan Responden Mengikut Jantina 48

4.2 Taburan Responden Mengikut Umur 48

4.3 Taburan Responden Mengikut Tahap Pendidikan Terakhir 49

4.4 Taburan Responden Mengikut Status 50

4.5 Taburan Responden Mengikut Tahap Pendidikan Ibu 50

4.6 Taburan Responden Mengikut Tahap Pendidikan Bapa 51

4.7 Taburan Responden Mengikut Pekerjaan Ibu 51

4.8 Taburan Responden Mengikut Pekerjaan Bapa 52

4.9 Taburan Skor Bagi Item 1 53

4.10 Taburan Skor Bagi Item 2 54

4.11 Taburan Skor Bagi Item 3 54

4.12 Taburan Skor Bagi Item 4 55

4.13 Taburan Skor Bagi Item 5 55

4.14 Taburan Skor Bagi Item 6 56

4.15 Taburan Skor Bagi Item 7 56

4.16 Taburan Skor Bagi Item 8 57

4.17 Taburan Skor Bagi Item 9 57

4.18 Taburan Skor Bagi Item 10 58

4.19 Taburan Skor Bagi Item 11 59

4.20 Taburan Skor Bagi Item 12 59

4.21 Taburan Skor Bagi Item 13 60

4.22 Taburan Skor Bagi Item 14 60

4.23 Taburan Skor Bagi Item 15 61

4.24 Taburan Skor Bagi Item 16 61

Page 16: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my · 2.4 Tempat Yang Lebih Afdal Mengerjakan Solat Sunat 16 2.5 Keutamaan Dan Kepentingan Solat Sunat 17 2.5.1 Keutamaan Dan Kepentingan Solat

xiii

4.25 Taburan Skor Bagi Item 17 62

4.26 Taburan Skor Bagi Item 18 62

4.27 Taburan Skor Bagi Item 19 63

4.28 Taburan Skor Bagi Item 20 63

4.29 Taburan Skor Bagi Item 21 64

4.30 Taburan Skor Bagi Item 22 65

4.31 Taburan Skor Bagi Item 23 65

4.32 Taburan Skor Bagi Item 24 66

4.33 Taburan Skor Bagi Item 25 66

4.34 Taburan Skor Bagi Item 26 67

4.35 Taburan Skor Bagi Item 27 67

4.36 Taburan Skor Bagi Item 28 68

4.37 Taburan Skor Bagi Item 29 68

4.38 Taburan Skor Bagi Item 30 69

4.39 Taburan Skor Item 1-10 69

4.40 Taburan Skor Item 11-20 71

4.41 Taburan Skor Item 21-30 73

Page 17: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my · 2.4 Tempat Yang Lebih Afdal Mengerjakan Solat Sunat 16 2.5 Keutamaan Dan Kepentingan Solat Sunat 17 2.5.1 Keutamaan Dan Kepentingan Solat

xiv

SENARAI SINGKATAN

Bil - Bilangan

S - Setuju

SPI - Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Pengajian Islam)

SPSS - Statistical Packages For Social Sciences (SPSS)

SS - Sangat Setuju

STPM - Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia

STS - Sangta Tidak Setuju

S.W.T. - Subhanahu Wa Ta’ala

UKM - Universiti Kebangsaan Malaysia

UM - Universiti Malaya

UTM - Universiti Teknologi Malaysia

Page 18: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my · 2.4 Tempat Yang Lebih Afdal Mengerjakan Solat Sunat 16 2.5 Keutamaan Dan Kepentingan Solat Sunat 17 2.5.1 Keutamaan Dan Kepentingan Solat

xv

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

A Borang Soal Selidik 97

Page 19: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my · 2.4 Tempat Yang Lebih Afdal Mengerjakan Solat Sunat 16 2.5 Keutamaan Dan Kepentingan Solat Sunat 17 2.5.1 Keutamaan Dan Kepentingan Solat

BAB I

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Ibadat solat merupakan amalan utama di antara ibadat-ibadat yang lain. Allah

telah menjadikan manusia dan jin adalah untuk beribadat dan mengabdikan diri

kepada-Nya. Firman Allah:

$tΒuρ àM ø) n=yz £⎯ Åg ø:$# }§ΡM}$# uρ ωÎ) Èβρ߉ç7 ÷èu‹ Ï9 ∩∈∉∪

Maksudnya: “ Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan

supaya mereka mengabdi kepada-Ku”.

(Az-Zariat, 51:56)

Solat merupakan kewajipan dan syiar pertama dalam Islam kerana ia

merupakan satu bentuk penghambaan diri kepada Allah SWT. Solat juga merupakan

ibadat yang paling agung berbanding dengan ibadat-ibadat lain kerana Allah telah

mewahyukan solat kepada Rasullulah dengan cara yang istimewa iaitu ketika Nabi di

Page 20: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my · 2.4 Tempat Yang Lebih Afdal Mengerjakan Solat Sunat 16 2.5 Keutamaan Dan Kepentingan Solat Sunat 17 2.5.1 Keutamaan Dan Kepentingan Solat

2

mikrajkan. Sedangkan rukun Islam lain tidak seistimewa ibadat solat. Dalam erti kata

yang sebenar solat merupakan amal ibadat dan tiang kepada agama Islam.

Ibadat solat secara umumnya dapat dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu

solat fardu dan solat sunat. Menjadi kewajipan ke atas setiap individu muslim lagi

berakal menunaikan solat fardu lima kali sehari semalam walaupun dalam apa

keadaan sekalipun. Begitu juga muslim dianjurkan agar menunaikan solat sunat

supaya dapat melengkapi kekurangan-kekurangan yang mungkin terdapat dalam solat

fardu. (Rokma bt. Mamat, 2007: 3).

Setiap ibadah yang diperintahkan dalam Islam diiringi dengan ibadah sunat

sebagai pelengkap terhadap ibadah tersebut, di samping sebagai salah satu jalan bagi

umat Islam untuk mencapai darjah takwa di sisi Allah S.W.T. Ibadah zakat diiringi

dengan ibadat sedekah, ibadat haji diiringi oleh ibadat umrah, ibadah puasa pula

diiringi dengan berbagai jenis puasa sunat. Demikian juga dengan ibadah solat, ia juga

diiringi oleh beberapa jenis solat sunat. Solat sunat adalah bertujuan untuk

melengkapi kekurangan-kekurangan yang mungkin terdapat dalam solat fardu yang

kita kerjakan. (Akmal Hj. Mhd Zain, 1998: xi).

Selain itu solat-solat sunat ini disyariatkan untuk membangkitkan jiwa orang

mukmin dalam mempertingkatkan mutu ibadah kepada Allah S.W.T disamping

memberi kesempatan kepada mereka untuk berlumba-lumba memperolehi kebajikan

dan kesempurnaan dari sudut pengabdian kepada Allah S.W.T.

Seorang mukmin yang sejati tidak akan pernah merasa puas apabila ia hanya

berada pada tahap menghampirkan diri kepada Allah dengan jalan mengerjakan

segala yang fardu sahaja, tetapi dia mahu mendaki ke maqam yang lebih tinggi lagi

iaitu ke peringkat “maqam mahmudah” atau maqam yang terpuji dengan

melaksanakan ibadah-ibadah tambahan, yang dalam hal ini ialah solat-solat sunat.

Page 21: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my · 2.4 Tempat Yang Lebih Afdal Mengerjakan Solat Sunat 16 2.5 Keutamaan Dan Kepentingan Solat Sunat 17 2.5.1 Keutamaan Dan Kepentingan Solat

3

Seorang mukmin yang sudah kuat jiwa dan kemahuannya, tidak akan merasa

keberatan untuk melakukan solat-solat sunat disamping solat-solat yang difardukan ke

atasnya. Malah mereka berasa gembira dan mendapat ketenangan jiwa dengan

mengabdikan diri kepada Allah Taala semata-mata.

1.2 Latar Belakang Masalah

Segelintir masyarakat pada hari ini tidak begitu peka terhadap amalan solat-

solat sunat. Malah mereka beranggapan bahawa amalan solat sunat tidak begitu

penting dan mereka mengabaikannya. Pada hal mereka mengetahui, Allah telah

menjanjikan kepada sesiapa yang melakukannya akan mendapat ganjaran dan pahala

disisi-Nya. Seperti mana kita ketahui bahawa amalan solat-solat sunat merupakan

suatu amalan mulia dan sebagai pengikat serta penghubung seorang hamba kepada

pencipta-Nya.

Menurut pendapat Abdul Aziz Ismail (2005: 29) salah satu jalan untuk

mendekatkan hubungan dengan Allah adalah dengan melakukan solat sunat kerana ia

merupakan santapan rohani bagi semua orang mukmin.

Selain itu, apa yang paling menyedihkan ialah kebanyakan masyarakat Islam

pada zaman kini lebih cenderung ke arah keduniaan daripada melakukan ibadat

kepada Allah S.W.T. Dalam erti kata yang lain mereka sukar untuk melakukan ibadat

sunat termasuklah melakukan solat-solat sunat. Kebanyakan mereka sibuk dalam

aktiviti kehidupan seharian.

Disebabkan kesibukan dalam aktiviti seharian mereka lalai untuk mendirikan

solat sunat. Mereka banyak menghabiskan masa dengan perkara-perkara yang tidak

Page 22: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my · 2.4 Tempat Yang Lebih Afdal Mengerjakan Solat Sunat 16 2.5 Keutamaan Dan Kepentingan Solat Sunat 17 2.5.1 Keutamaan Dan Kepentingan Solat

4

berfaedah atau melakukan maksiat. Kealpaan dan kelalaian dalam membuat kebaikan

menyebabkan umat Islam lupa pada Allah.

Kejahilan salah satu faktor yang menyebabkan mereka tidak mengerjakan

solat sunat. Mereka juga kurang berminat dan malas serta tidak mempunyai

kesungguhan terhadap penimbaan ilmu pengetahuan terutamanya ilmu-ilmu

keagamaan dan mendalami pengetahuan mengenai Islam. Kejahilan ini yang

menyebabkan mereka kurang berminat untuk melakukan solat sunat.

Rokma bt Mamat (2007: 111) menjelaskan bahawa catatan yang paling tinggi

bagi mahasiswa tidak mengerjakan solat sunat disebabkan oleh perasaan malas yang

wujud dalam diri mereka. Sikap ini sepatutnya tidak perlu wujud dalam diri mereka

kerana amalan mengerjakan solat sunat merupakan amalan mulia di sisi Allah Taala.

1.3 Penyataan Masalah

Solat sunat merupakan salah satu cabang ibadah yang sangat dituntut untuk

dikerjakan. Ia merupakan amalan pilihan dalam beribadat kepada Allah S.W.T.

Sekiranya solat sunat tersebut dibuat maka akan mendapat pahala tetapi sekiranya

tidak dibuat sebaliknya.

Disebabkan kurangnya kesedaran dan kefahaman tentang kepentingan solat

sunat menyebabkan mereka memandang remeh terhadap amalan solat sunat. Dalam

diri mereka juga, tiadanya sikap ingin mengetahui serta mendalami secara terperinci

tentang kelebihan dan hikmat yang diperolehi dengan melakukan solat sunat.

Page 23: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my · 2.4 Tempat Yang Lebih Afdal Mengerjakan Solat Sunat 16 2.5 Keutamaan Dan Kepentingan Solat Sunat 17 2.5.1 Keutamaan Dan Kepentingan Solat

5

Justeru, kajian ini dijalankan adalah bertujuan untuk mengupas beberapa

objektif yang dicadangkan oleh pengkaji agar dapat mengetahui dan melihat

sejauhmana pengamalan solat sunat dikalangan pelajar SPI dalam kehidupan seharian

mereka. Ini kerana pelajar SPI merupakan contoh kepada pelajar-pelajar lain. Jadi

sebelum melihat solat sunat pelajar lain terlebih dahulu penyelidik ingin melihat solat

sunat di kalangan pelajar SPI.

1.4 Objektif Kajian

Antara objektif kajian ini dijalankan ialah:

1.4.1 Untuk mengenalpasti tahap kefahaman pelajar SPI mengenai solat sunat.

1.4.2 Untuk mengenalpasti jenis-jenis solat sunat yang diamalkan oleh pelajar

SPI.

1.4.3 Untuk mengenalpasti faktor-faktor utama yang mempengaruhi pelajar SPI

melakukan solat sunat.

1.5 Persoalan Kajian

Berdasarkan permasalahan di atas, persoalan kajian penyelidikan ialah :

1.5.1 Sejauhmanakah tahap kefahaman pelajar SPI mengenai solat sunat.

Page 24: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my · 2.4 Tempat Yang Lebih Afdal Mengerjakan Solat Sunat 16 2.5 Keutamaan Dan Kepentingan Solat Sunat 17 2.5.1 Keutamaan Dan Kepentingan Solat

6

1.5.2 Apakah jenis-jenis solat sunat yang diamalkan oleh pelajar SPI.

1.5.3 Apakah faktor-faktor utama yang mempengaruhi pelajar SPI melakukan

solat sunat.

1.6 Kepentingan Kajian

Pengkaji sangat berharap agar kajian yang dilakukan ini dapat dimanfaatkan

oleh seluruh umat Islam. Kajian yang dijalankan ini mempunyai beberapa

kepentingan iaitu;

1.6.1 Memberi kesedaran kepada pelajar SPI itu sendiri memandangkan

mereka merupakan aset yang penting dan merupakan contoh ikutan

kepada pelajar lain.

1.6.2 Memberi pendedahan tentang kelebihan dan kepentingan amalan solat

sunat.

1.6.3 Menggalakkan pelajar supaya memperbanyakan solat sunat dan

menggalakkan mereka supaya terlibat dalam aktiviti keagamaan.

1.6.4 Kajian ini dapat dimanfaatkan oleh Pejabat Pendidikan Daerah, Jabatan

Pendidikan Negeri Johor dan Kementerian Pendidikan Malaysia

supaya dapat membuat perancangan jangka pendek dan jangka panjang

Page 25: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my · 2.4 Tempat Yang Lebih Afdal Mengerjakan Solat Sunat 16 2.5 Keutamaan Dan Kepentingan Solat Sunat 17 2.5.1 Keutamaan Dan Kepentingan Solat

7

bagi memastikan pelajar-pelajar yang beragama Islam faham dan

mengamalkan solat sunat dengan sempurna.

1.7 Batasan Kajian

Kajian ini dijalankan di Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor sahaja.

IPTA lain tidak terlibat dengan kajian ini. Kajian ini hanya dijalankan di Fakulti

Pendidikan, UTM, Skudai, Johor. Fakulti lain yang terdapat di UTM tidak tersenarai

dalam kajian ini. Selain itu kajian ini hanya melibatkan pelajar tahun akhir kursus

Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Pengajian Islam) (SPI), UTM yang

mengikuti pengajian sepenuh masa sesi 2008/2009. Responden yang diambil adalah

seramai 46 orang pelajar.

Dalam kajian ini, pengkaji akan menerangkan tentang jenis-jenis solat sunat

yang dilaksanakan oleh pelajar SPI. Antara solat sunat yang dibicarakan iaitu solat

sunat Rawatib, Tahajud, Hajat, Duha dan Witir. Pengkaji memfokus hanya 5 jenis

solat sunat kerana, kebanyakan pelajar seringkali melakukan solat sunat tersebut, dan

ia menjadi rutin harian bagi seorang muslim. Kajian ini juga terbatas hanya kepada 4

faktor yang mempengaruhi pelajar dalam melakukan solat sunat, antaranya ialah

faktor diri sendiri, keluarga, rakan sebaya, dan media massa.

1.8 Definisi / Istilah

Definisi istilah yang dikemukakan adalah untuk menjelaskan beberapa istilah

secara spesifik yang berkaitan dengan tajuk kajian. Terdapat beberapa istilah yang

perlu didefinisikan di dalam kajian ini supaya tidak menimbulkan kekeliruan kepada

pembaca. Istilah-istilah tersebut ialah:

Page 26: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my · 2.4 Tempat Yang Lebih Afdal Mengerjakan Solat Sunat 16 2.5 Keutamaan Dan Kepentingan Solat Sunat 17 2.5.1 Keutamaan Dan Kepentingan Solat

8

1.8.1 Amalan

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2007: 42) amalan bermaksud sesuatu

yang dilakukan (dilaksanakan, dikerjakan dan sebagainya) sebagai suatu kebiasaan

padanya.

Dalam kajian ini adalah untuk melihat sejauhmana pengamalan solat sunat

yang dilakukan oleh pelajar terutamanya pelajar SPI, kerana mereka bakal menjadi

ustaz dan ustazah suatu hari nanti.

1.8.2 Solat

Kamus Dewan (2007: 1514) mentakrifkan sebagai sembahyang dalam agama

Islam. Manakala menurut Ensiklopedia Islam (2005: 121) solat adalah suatu yang

terdiri atas ucapan dan perbuatan tertentu yang dimulai dengan takbiratulihram dan

diakhiri dengan salam dengan syarat tertentu.

Dalam kajian ini solat yang dimaksudkan adalah mengenai solat-solat sunat

dan bukannya solat fardu.

1.8.3 Sunat

Kamus Dewan (2007: 1543), mendefinisikan perkataan sunat sebagai hukum

yang menggalakkan sesuatu perbuatan (dalam Islam) yang menjanjikan ganjaran

pahala jika dilakukan dan tidak berdosa jika ditinggalkan.

Page 27: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my · 2.4 Tempat Yang Lebih Afdal Mengerjakan Solat Sunat 16 2.5 Keutamaan Dan Kepentingan Solat Sunat 17 2.5.1 Keutamaan Dan Kepentingan Solat

9

Manakala menurut Kamus Za’ba (2000: 1082), menjelaskan sunat sebagai

perkara yang mendapat pahala jika dibuat tetapi tidak berdosa jika tidak dilakukan.

1.8.4 Pelajar

Sepertimana dalam Kamus Dewan Edisi Keempat (2007: 21), pelajar adalah

orang yang belajar seperti murid di sekolah atau orang yang mengaji iaitu menyelidiki

ilmu seperti pelajar universiti. Sementara menurut Kamus Za'ba (2000: 17), pelajar

bermaksud orang yang belajar atau orang yang menyelidiki ilmu. Manakala Kamus

Pelajar Bahasa Malaysia (1987: 8), pelajar bermaksud orang yang belajar, penuntut

dan murid.

Dalam kajian ini pelajar yang dimaksudkan ialah pelajar yang mengikuti

kursus Pengajian Sarjana Muda Serta Pendidikan (Pengajian Islam).

1.8.5 SPI

SPI ialah singkatan dari istilah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan

(Pengajian Islam) merupakan salah satu kursus yang ditawarkan di Fakulti

Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia, Johor. Ia merupakan satu-satunya kursus

di UTM yang berkisar tentang ilmu-ilmu agama seperti akidah, bahasa Arab, mantiq

dan sebagainya. Kursus ini akan melahirkan graduan yang akan menjadi tenaga

pengajar di sekolah nanti.

Page 28: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my · 2.4 Tempat Yang Lebih Afdal Mengerjakan Solat Sunat 16 2.5 Keutamaan Dan Kepentingan Solat Sunat 17 2.5.1 Keutamaan Dan Kepentingan Solat

10

1.9 Kesimpulan

Secara umumnya, amalan solat sunat merupakan suatu amalan yang mulia

disisi Allah Taala. Solat sunat dapat mendidik jiwa dan rohani bagi setiap manusia. Ia

juga bertujuan untuk mengangkat darjat dan martabat manusia yang sering

mengamalkannya serta mencegah kita dari melakukan perbuatan keji dan mungkar.