UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my€¦ · pelaksanaan PEKA PMR berasaskan Pentaksiran...

27
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM). BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL: KESEDIAAN GURU DALAM MELAKSANAKAN PEKA SAINS PMR DI SEKOLAH MENENGAH KUALA TERENGGANU SESI PENGAJIAN: 2009/2010 Saya WAN NORAINE BT WAN MOHD NOR (HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sabagai pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( ) SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam (AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD Disahkan oleh, __________________________ ____________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat tetap: 2577-A KAMPUNG BUKIT BAYAS PM. AZIZ BIN NORDIN 21100 KUALA TERENGGANU Nama Penyelia TERENGGANU Tarikh: 29 MAC 2010 Tarikh: 29 MAC 2010

Transcript of UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my€¦ · pelaksanaan PEKA PMR berasaskan Pentaksiran...

Page 1: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my€¦ · pelaksanaan PEKA PMR berasaskan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS). Instrumen kajian yang digunakan adalah borang soal selidik

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan.

** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.

Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

JUDUL: KESEDIAAN GURU DALAM MELAKSANAKAN PEKA SAINS PMR DI

SEKOLAH MENENGAH KUALA TERENGGANU

SESI PENGAJIAN: 2009/2010 Saya WAN NORAINE BT WAN MOHD NOR (HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk

tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sabagai pertukaran antara institusi

pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( )

SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam

(AKTA RAHSIA RASMI 1972)

TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

TIDAK TERHAD Disahkan oleh, __________________________ ____________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat tetap: 2577-A KAMPUNG BUKIT BAYAS PM. AZIZ BIN NORDIN 21100 KUALA TERENGGANU Nama Penyelia TERENGGANU Tarikh: 29 MAC 2010 Tarikh: 29 MAC 2010

Page 2: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my€¦ · pelaksanaan PEKA PMR berasaskan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS). Instrumen kajian yang digunakan adalah borang soal selidik

PENGESAHAN PENYELIA

“ Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan

saya karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan

penganugerahan Ijazah Sarjana Pendidikan (Kimia)”

Tandatangan :

Nama Penyelia : PM. Aziz Nordin

Tarikh : 29 MAC 2010

Page 3: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my€¦ · pelaksanaan PEKA PMR berasaskan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS). Instrumen kajian yang digunakan adalah borang soal selidik

KESEDIAAN GURU DALAM MELAKSANAKAN PEKA SAINS PMR DI

SEKOLAH MENENGAH KUALA TERENGGANU

WAN NORAINE BT WAN MOHD NOR

Laporan Projek Ini Dikemukakan Sebagai

Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat Penganugerahan

Ijazah Sarjana Pendidikan Sains (Kimia)

FAKULTI PENDIDIKAN

UNIVERSTI TEKNOLOGI MALAYSIA

MAC 2010

Page 4: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my€¦ · pelaksanaan PEKA PMR berasaskan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS). Instrumen kajian yang digunakan adalah borang soal selidik

ii

PENGAKUAN

“ Saya akui karya ini adalah kerja saya sendiri kecuali

nukilan dan ringkasan yang setiap satunya telah

saya jelaskan sumbernya”

Tandatangan :

Nama Penulis : Wan Noraine bt Wan Mohd Nor

Tarikh : 29 MAC 2010

Page 5: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my€¦ · pelaksanaan PEKA PMR berasaskan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS). Instrumen kajian yang digunakan adalah borang soal selidik

iv

PENGHARGAAN

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Alhamdulillah. Setinggi kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah

kurnianya dan rahmatnya, laporan penyelidikan ini dapat disiapkan dalam tempoh yang

ditetapkan. Dalam menyiapkan laporan kajian ini banyak perkara baru yang saya dapati

dan pelajari. Berkat kesabaran dan tunjuk ajar yang diberikan laporan kajian

penyelidikan ini berjaya disiapkan.

Ucapan ribuan terima kasih diucapkan kepada PM Aziz Bin Nordin kerana telah

banyak memberi nasihat dan tunjuk ajar sepanjang kajian ini dijalankan. Beliau yang

bertindak sebagai pensyarah pembimbing banyak memberikan panduan dalam

menyempurnakan laporan kajian ini.

Ucapan terima kasih juga kepada para responden yang banyak memberi

kerjasama sewaktu proses mengumpulkan data-data kajian dilakukan.

Akhir kata, ucapan terima kasih ditujukan kepada ahli keluarga yang banyak

memberi dorongan dan galakan bagi menyiapkan laporan penyelidikan ini dengan

sempurna.

Page 6: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my€¦ · pelaksanaan PEKA PMR berasaskan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS). Instrumen kajian yang digunakan adalah borang soal selidik

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap kesediaan guru Sains terhadap

pelaksanaan PEKA PMR berasaskan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS).

Instrumen kajian yang digunakan adalah borang soal selidik dan soalan temubual.

Tahap kesediaan dikaji daripada aspek pengetahuan, kemahiran dan sikap guru Sains

terhadap pelaksanaan PEKA. Seramai 120 orang guru Sains daripada 25 buah

sekolah di daerah Kuala Terengganu dipilih sebagai responden. Data yang diperolehi

dianalisis untuk mendapatkan frekuensi min, dan sisihan piawai. Manakala ujian-t

dan korelasi Pearson digunakan untuk menganalisis hipotesis. Hasil kajian mendapati

bahawa tahap kesediaan guru Sains terhadap pelaksanaan PEKA berada di tahap

tinggi dari aspek kesediaan pengetahuan dan kemahiran, manakala tahap kesediaan

sikap guru berada di tahap sederhana. Analisis data juga mendapati bahawa tidak

terdapat perbezaan yang signifikan antara faktor jantina, pengalaman mengajar dan

faktor persekitaran sekolah dengan tahap kesediaan guru dari segi kemahiran dan

sikap. Namun, terdapat perbezaan yang signifikan dari segi kesediaan pengetahuan

dengan faktor pengalaman dan faktor persekitaran sekolah. Selain itu, faktor

kesediaan guru dari segi pengetahuan, kemahiran dan sikap didapati mempunyai

hubungan yang signifikan dengan permasalahan yang guru hadapi ketika

melaksanakan PEKA Sains. Masalah utama pelaksanaan PEKA Sains adalah

pengurusan aktiviti oleh guru, manakala strategi bagi memantapkan lagi penilaian

PEKA adalah dengan guru merancang pengurusan PEKA dengan lebih teliti.

Berikutan itu, jangkaan yang guru harapkan terhadap PEKA Sains pada masa akan

datang dapat melahirkan kualiti pelajar berkemahiran Sains.

Page 7: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my€¦ · pelaksanaan PEKA PMR berasaskan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS). Instrumen kajian yang digunakan adalah borang soal selidik

ABSTRACT

The purpose of this study is to identify the readiness level of science teachers to carry

out PEKA. The research instruments used are questionnaire and interview questions

to measure the readiness level of respondents. Readiness level investigated comprises

of three related aspects such as knowledge, skills and interest to conduct PEKA

based on the School Based Assessment (SBA). A total of 120 science teachers from

25 schools in Kuala Terengganu were chosen to be the respondents. Data that had

been collected is analyzed to obtain the mean, frequency and standard deviation.

Besides, t-test and Pearson correlation were used to analyze the hypothesis. The

findings showed that the readiness knowledge and skills level of teachers to conduct

PEKA is high, while the readiness interest level is medium. As for the hypothesis,

there are no significant differences between the readiness of skills and interest level

with gender, teaching experiences and school surroundings. However, there are

significant differences between the readiness of knowledge level with teaching

experiences and school surroundings. Besides that, the readinesses of knowledge,

skill and interest have significant correlations with the problems that teachers faced

during conducting the PEKA. The finding shows that organizing the PEKA is the

main problem faced by the teachers. According to settle the problem, the

management of PEKA need to organize properly by the teachers. The teachers’ hope

that PEKA is produced the quality of Science skill students in the future.

Page 8: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my€¦ · pelaksanaan PEKA PMR berasaskan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS). Instrumen kajian yang digunakan adalah borang soal selidik

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT JUDUL i

PENGAKUAN ii

PENGHARGAAN iii

ABSTRAK iv

ABSTRACT v

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xi

SENARAI RAJAH xiv

SENARAI LAMPIRAN xv

SENARAI SINGKATAN TATANAMA xvi

1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 4

1.3 Pernyataan Masalah 8

1.4 Objektif Kajian 11

1.5 Persoalan Kajian 12

1.6 Hipotesis Kajian 13

1.7 Kerangka Teori Kajian 15

1.8 Kepentingan Kajian 18

1.9 Batasan Kajian 20

1.10 Definisi Istilah 21

1.10.1 Pentaksiran 21

1.10.2 Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) 21

1.10.3 Pentaksiran Kerja Amali (PEKA) 22

1.10.4 Guru Sains 22

1.10.5 Kesediaan 23

Page 9: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my€¦ · pelaksanaan PEKA PMR berasaskan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS). Instrumen kajian yang digunakan adalah borang soal selidik

viii

1.10.6 Pengetahuan 23

1.10.7 Kemahiran 23

1.10.8 Sikap 24

1.11 Penutup 24

2 SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan 25

2.2 Sistem Pentaksiran Pendidikan Kebangsaan (SPPK) 27

2.2.1 Transformasi Kurikulum Kebangsaan dan SPPK 29

2.3 Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) 30

2.4 Pentaksiran Kerja Amali (PEKA) Sains 32

2.5 Kesediaan Guru 35

2.5.1 Kesediaan Pengetahuan dan Kemahiran Guru 38

2.5.2 Kesediaan Sikap guru 39

2.6 Faktor Perbezaan Jantina Terhadap Kesediaan Guru 41

2.7 Faktor Perbezaan Pengalaman Mengajar Terhadap

Kesediaan Guru 42

2.8 Faktor Perbezaan Persekitaran Sekolah 44

2.9 Permasalahan yang Dihadapi Guru Ketika Melaksanakan

PEKA Sains 47

2.10 Penutup 49

3 METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 50

3.2 Reka Bentuk Kajian 51

3.3 Populasi Kajian 51

3.3.1 Sampel Kajian 52

Page 10: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my€¦ · pelaksanaan PEKA PMR berasaskan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS). Instrumen kajian yang digunakan adalah borang soal selidik

ix

3.4 Instrumen Kajian 52

3.4.1 Permarkahan Skor Tahap Kesediaan dan

Permasalahan Guru 54

3.4.2 Interprestasi Jadual 55

3.5 Tatacara Kajian 55

3.6 Kajian Rintis 57

3.6.1 Kebolehpercayaan Alat Kajian 58

3.6.2 Kesahan Alat Kajian 59

3.7 Kajian Sebenar 60

3.8 Analisis Data 60

3.9 Rumusan 61

4 ANALISIS DATA

4.1 Pengenalan 62

4.2 Analisis Deskriptif 66

4.2.1 Demografi Responden (Bahagian 1) 66

4.2.1.1 Jantina 66

4.2.1.2 Bangsa 67

4.2.1.3 Persekitaran Sekolah 67

4.2.1.4 Pengalaman Mengajar 68

4.2.1.5 Kelulusan Akademik 69

4.2.1.6 Kehadiran Kursus/Bengkel PEKA 69

4.2.1.7 Tingkatan Mengajar 70

4.2.2 PEKA (Bahagian 2) 70

4.2.2.1 Tahap Kesediaan Pengetahuan 71

4.2.2.2 Tahap Kesediaan Kemahiran 77

4.2.2.3 Tahap Kesediaan Sikap 82

4.2.3 Masalah dan Kekangan Pelaksanaan PEKA Sains 88 4.2.4 Jangkaan Guru Terhadap Pelaksanaan PEKA Pada Masa Depan 101

Page 11: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my€¦ · pelaksanaan PEKA PMR berasaskan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS). Instrumen kajian yang digunakan adalah borang soal selidik

x

4.2.5 Strategi bagi Menambahbaik Sistem Penilaian PEKA 110

4.3 Analisis Hipotesis 111

4.4 Rumusan 121

4.5 Penutup 123

5 PERBINCANGAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 124

5.2 Perbincangan 124

5.2.1 Perbezaan Faktor Demografi Responden Dengan Tahap

Kesediaan Guru Dalam Melaksanakan PEKA 125

5.2.2 Tahap Kesediaan 127

5.2.2.1 Tahap Kesediaan Pengetahuan 127

5.2.2.2 Tahap Kesediaan Kemahiran 129

5.2.2.3 Tahap Kesediaan Sikap 130

5.2.3 Permasalahan Guru 131

5.2.3.1 Hubungan Antara Tahap Kesediaan Guru Dengan

Permasalahan 135

5.2.4 Jangkaan Guru Terhadap Pelaksanaan PEKA

Pada Masa Depan 136

5.2.5 Strategi bagi Menambahbaik Penilaian PEKA

Sains Pasa Masa Depan 137

5.3 Implikasi Kajian 138

5.4 Cadangan Kajian 140

5.5 Penutup 142

RUJUKAN 143

LAMPIRAN 152

Page 12: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my€¦ · pelaksanaan PEKA PMR berasaskan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS). Instrumen kajian yang digunakan adalah borang soal selidik

xi

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

2.1 Konstruk dan Kriteria Elemen 1 40

2.2 Konstruk dan Kriteria Elemen 2 42

2.3 Konstruk dan Kriteria Elemen 3 43

3.1 Skor Skala Lima Mata 51

3.2 Permarkahan Skor 53

3.3 Garis Panduan Guilford’s Rule of Thumb 54

3.4 Nilai Statistik Alpha Cronbach 57

3.5 Jadual Ringkasan Pengujian Statistik Objektif Kajian 60

4.1 Taburan Responden Mengikut Jantina 66

4.2 Taburan Responden Mengikut Bangsa 67

4.3 Taburan Responden Mengikut Persekitaran Sekolah 67

4.4 Taburan Responden Mengikut Pengalaman Mengajar 68

4.5 Taburan Responden Mengikut Kelulusan Akademik 69

4.6 Taburan Responden Mengikut Kehadiran Kursus PEKA 69

4.7 Taburan Responden Mengikut Tingkatan Mengajar 70

4.8 Analisis Peratus Jawapan Mengikut Item (Kesediaan

Pengetahuan) 71

4.9 Analisis Tahap Kesediaan Pengetahuan Responden 75

4.10 Analisis Statistik Deskriptif Tahap Kesediaan

Pengetahuan 76

Page 13: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my€¦ · pelaksanaan PEKA PMR berasaskan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS). Instrumen kajian yang digunakan adalah borang soal selidik

xii

4.11 Analisis Peratus Jawapan Mengikut Item

(Tahap Kesediaan Kemahiran) 77

4.12 Analisis Tahap Kesediaan Kemahiran Responden 81

4.13 Analisis Statistik Deskriptif Tahap Kesediaan Kemahiran 82

4.14 Analisis Peratus Jawapan Mengikut Item

(Tahap Kesediaan Sikap) 82

4.15 Analisis Tahap Kesediaan Sikap Responden 87

4.16 Analisis Statistik Deskriptif Tahap Kesediaan Sikap 88

4.17 Analisis Peratus Jawapan Mengikut Item bagi

Permasalahan Guru 89

4.18 Analisis Peratus Jawapan Item Terbuka bagi

Permasalahan Guru 99

4.19 Analisis Tahap Permasalahan Guru 99

4.20 Analisis Statistik Deskriptif Permasalahan Guru 100

4.21 Analisis Peratus Jawapan Mengikut Item bagi

Jangkaan Guru 101

4.22 Analisis Peratus Jawapan Item Terbuka bagi

Jangkaan Guru 108

4.23 Analisis Tahap Jangkaan Guru 109

4.24 Analisis Statistik Deskriptif Jangkaan Guru 110

4.25 Analisis Peratus Jawapan Item Terbuka bagi

Strategi 110

4.26 Perbezaan Faktor Jantina dengan Tahap Kesediaan

Pengetahuan Guru 111

4.27 Perbezaan Faktor Jantina dengan Tahap Kesediaan

Kemahiran Guru 112

Page 14: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my€¦ · pelaksanaan PEKA PMR berasaskan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS). Instrumen kajian yang digunakan adalah borang soal selidik

xiii

4.28 Perbezaan Faktor Jantina dengan Tahap Kesediaan

Sikap Guru 113

4.29 Perbezaan Faktor Pengalaman Mengajar dengan Tahap

Kesediaan Pengetahuan 113

4.30 Perbezaan Faktor Pengalaman Mengajar dengan Tahap

Kesediaan Kemahiran 114

4.31 Perbezaan Faktor Pengalaman Mengajar dengan Tahap

Kesediaan Sikap 114

4.32 Perbezaan Faktor Persekitaran Sekolah dengan Tahap

Kesediaan Pengetahuan 115

4.33 Perbezaan Faktor Persekitaran Sekolah dengan Tahap

Kesediaan Kemahiran 116

4.34 Perbezaan Faktor Persekitaran Sekolah dengan Tahap

Kesediaan Sikap 116

4.35 Korelasi Tahap Kesediaan Pengetahuan dengan

Permasalahan Guru 117

4.36 Korelasi Tahap Kesediaan Kemahiran dengan

Permasalahan Guru 118

4.37 Korelasi Tahap Kesediaan Sikap dengan

Permasalahan Guru 119

5.1 Keputusan Perbezaan Faktor Demografi Responden Dengan

Tahap Kesediaan Guru 124

5.2 Hubungan Antara tahap Kesediaan Guru Dengan Permasalahan

134

Page 15: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my€¦ · pelaksanaan PEKA PMR berasaskan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS). Instrumen kajian yang digunakan adalah borang soal selidik

xiv

SENARAI RAJAH

RAJAH TAJUK MUKA SURAT

1.1 Kerangka Kajian 16

3.1 Tatacara Kajian 55

Page 16: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my€¦ · pelaksanaan PEKA PMR berasaskan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS). Instrumen kajian yang digunakan adalah borang soal selidik

xv

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK

A Borang soal selidik

B Hasil Temubual

C Pengesahan Status Soal selidik

Page 17: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my€¦ · pelaksanaan PEKA PMR berasaskan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS). Instrumen kajian yang digunakan adalah borang soal selidik

xvi

SENARAI TATANAMA

BPK Bahagian Pembangunan Kurikulum

FPK Falsafah Pendidikan Kebangsaan

JPN - Jabatan Pendidikan Negeri

KPM - Kementerian Pelajaran Malaysia

LPM Lembaga Peperiksaan Malaysia

P&P Pengajaran dan Pembelajaran

PBS Pentaksiran Berasaskan Sekolah

PEKA Pentaksiran Kerja Amali

PMR Penilaian Menengah Rendah

SP Sukatan Pelajaran

SPKK Sistem Penilaian Kurikulum Kebangsaan

SPSS - Statistic Package for the Social Science

Page 18: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my€¦ · pelaksanaan PEKA PMR berasaskan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS). Instrumen kajian yang digunakan adalah borang soal selidik

1

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Kurikulum merupakan suatu elemen terpenting dalam sistem pendidikan. Ia

merupakan nadi kepada sistem pendidikan yang mencorakkan generasi akan datang.

Bagi menjana suatu sistem pendidikan yang berkualiti, kurikulum itu sendiri perlu

bersifat dinamik dan relevan dengan kehendak semasa mahupun keperluan masa

akan datang. Kurikulum di Malaysia ditakrifkan sebagai suatu program pendidikan

yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, dan nilai-nilai kebudayaan serta

kepercayaan untuk membantu perkembangan potensi seseorang murid secara

seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI).

Page 19: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my€¦ · pelaksanaan PEKA PMR berasaskan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS). Instrumen kajian yang digunakan adalah borang soal selidik

2

Kurikulum pendidikan sentiasa mengalami perubahan dan pembaharuan

mengikut perkembangan semasa. Menurut Razali (1996), perubahan kurikulum ialah

penukaran kurikulum yang sedia ada, sementara konsep pembaharuan kurikulum

ialah ia memberi gambaran bahawa kurikulum yang sedia ada itu akan diberi

elemen-elemen baru. Selain itu, mengikut Taba (1962), menyatakan pembaharuan

kurikulum bermaksud perubahan bahagian tertentu di dalam kurikulum tanpa

perubahan konsep-konsep asas kurikulum atau organisasi.

Perkembangan dasar kerajaan juga boleh mempengaruhi di dalam

pembaharuan kurikulum. Dasar kerajaan sangat mempengaruhi di dalam

pembaharuan kurikulum. Dasar kerajaan sangat terpengaruh dengan tuntutan

perkembangan dunia semasa, keperluan nasional sesebuah negara dan perkembangan

sains dan teknologi. Idea-idea baru yang diperkenalkan oleh pakar-pakar pendidikan

adalah satu rancangan pihak penggubal kurikulum untuk melakukan pembaharuan.

Dengan itu, pengubahsuaian kurikulum perlu dibuat terutama isi kandungan dan

mata pelajaran yang terbabit. Kelemahan yang terdapat dalam sistem perkembangan

kurikulum yang sedia ada juga mendorong usaha-usaha bagi memperbaharui

kurikulum seperti pemilihan objektif.

Ke arah itu, satu bentuk pengubahsuaian sedang dijalankan. Dari aspek

kurikulum sekolah, Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK) sedang berusaha

membangunkan satu bentuk kurikulum baru yang lebih berpusatkan murid, lebih

memberikan peluang kepada murid untuk meneroka bidang ilmu tersebut dengan

lebih mendalam, dan kurikulum yang menyeronokkan dan tidak berorientasikan

peperiksaan. Berdasarkan keperluan ini, BPK membangunkan konsep Transformasi

Kurikulum Kebangsaan yang membawa cadangan perubahan kepada konsep, bentuk,

struktur dan operasi kurikulum persekolahan kebangsaan.

Page 20: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my€¦ · pelaksanaan PEKA PMR berasaskan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS). Instrumen kajian yang digunakan adalah borang soal selidik

3

Bermula 2011, Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian

Menengah Rendah (PMR), masing-masing akan ditukar nama kepada Pentaksiran

Sekolah Rendah (PSR) dan Pentaksiran Sekolah Menengah Rendah (PSMR). Ketua

Penolong Pengarah Unit Psikometri Sektor Pengurusan Dasar dan Perkembangan

Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM), Dr. Jamil Adimin berkata, perubahan itu

dibuat atas kehendak awam dan sejajar dengan pelaksanaan Sistem Pentaksiran

Pendidikan Kebangsaan (SPPK). Beliau berkata, berdasarkan SPPK, peperiksaan-

peperiksaan utama itu tidak lagi menekankan kecemerlangan akademik semata-mata,

sebaliknya turut mengambil kira kecemerlangan sahsiah, kokurikulum, jasmani dan

ujian psikometrik.

Perkembangan dan pembaharuan kurikulum Sains mengambil kira perubahan

dan kehendak semasa untuk meningkatkan kecermelangan dalam pendidikan Sains.

Langkah-langkah yang diambil setakat ini telah menjadikan kurikulum Sains sekolah

setanding dengan kurikulum Sains negara maju. Perubahan telah dibuat pada isi

kandungan, objektif dan pendekatan. Selari dengan kehendak Kementerian Pelajaran

Malaysia dalam melaksanakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah, Kurikulum Sains

telah menetapkan Penilaian Kerja Amali (PEKA) sebagai satu instrumen untuk

mentaksir pencapaian pelajar. Sehubungan itu, Kementerian Pelajaran Malaysia telah

memperkenalkan sistem PEKA Sains bagi pelajar PMR. PEKA Sains ini baru sahaja

diperkenalkan pada tahun 2007 untuk memenuhi perlaksanaan Pentaksiran

Berasaskan Sekolah.

Sistem pendidikan yang mantap dan berkesinambungan dapat melahirkan

generasi muda sebagai modal insan yang berwibawa, berpengetahuan, berkemahiran

dan berketerampilan. Menurut Datuk Seri Abdullah dalam perutusan buku Pelan

Induk Pembangunan Pendidikan 2006 – 2010, pembangunan modal insan amat

bergantung kepada kualiti sistem pendidikan negara yang juga perlu mampu

membangunkan modal insan bersifat menyeluruh, progresif, bermoral dan beretika

Page 21: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my€¦ · pelaksanaan PEKA PMR berasaskan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS). Instrumen kajian yang digunakan adalah borang soal selidik

4

tinggi (Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, 2006). Justeru itu

pendidikan adalah sangat penting kepada golongan pelajar sejajar dengan Falsafah

Pendidikan Kebangsaan ke arah memperkembangkan potensi individu secara

menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang berilmu pengetahuan,

berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan dapat memberikan

sumbangan kepada keluarga, masyarakat dan negara (Pusat Perkembangan

Kurikulum, 2002).

1.2 LATAR BELAKANG MASALAH

Seperti yang diumumkan usaha melaksanakan transformasi kurikulum dan

pentaksiran telah bermula secara rintis bermula di peringkat prasekolah dan Tahun

Satu di sekolah yang sama. Sebanyak 50 buah sekolah terlibat pada tahun 2008 dan

500 buah lagi dijangka terlibat dalam tahun 2009. Ujian rintis bagi tingkatan satu

pula dijangka bermula pada tahun 2010. Sekiranya tidak terdapat sebarang masalah

yang rumit, mungkin ia akan dilaksanakan di prasekolah dan tahun satu pada tahun

2010 dan tingkatan satu pada tahun 2012.

Boleh dikatakan proses transformasi ini agak kompleks kerana ia melibatkan

dua bahagian yang paling penting dalam Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM),

iaitu Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK) dan Lembaga Peperiksaan Malaysia

(LPM). Bagi memastikan kejayaannya, mahu tidak mahu, kedua-dua bahagian ini

perlu berkerja sama secara erat dan efektif. Keduanya juga perlu jujur dengan

Page 22: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my€¦ · pelaksanaan PEKA PMR berasaskan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS). Instrumen kajian yang digunakan adalah borang soal selidik

5

dapatan masing-masing bagi memastikan rumusan yang terbaik dapat dibuat bagi

menjamin masa depan anak-anak kita di sekolah.

Dari segi konsep, difahamkan bahawa transformasi kurikulum melibatkan

aspek pengkajian semula kurikulum agar seimbang, bersifat holistik dan tidak terlalu

akademik atau membebankan. Konsepnya masih berlandaskan prinsip-prinsip

Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) yang selari dengan kehendak Falsafah

Pendidikan Kebangsaan (FPK). Bentuk kurikulum ini dibahagikan kepada Enam

Tunjang Pembelajaran, iaitu aspek komunikasi, kerohanian, sikap dan nilai,

kemanusiaan, literasi sains dan teknologi, fizikal dan estetika serta ketrampilan diri.

Difahamkan juga akan terdapat sedikit perbezaan dari segi susunan

kandungan kurikulum pada setiap tahap pembelajaran. Bagaimanapun perbezaan

yang paling ketara adalah dari aspek organisasi kurikulum. Dalam KBSR, misalnya,

aktiviti pengajaran dan pembelajaran (P&P) diasaskan kepada hasil pembelajaran

yang dihasratkan dalam Sukatan Pelajaran (SP) dan Huraian SP manakala dalam

transformasi, ia akan dilaksanakan berasaskan standard kandungan (perkara yang

murid patut ketahui) dan standard pembelajaran (satu penetapan kriteria yang perlu

dicapai oleh murid). Kurikulum di sekolah akan disusun dalam bentuk yang modular

dan mungkin melibatkan penyusunan semula jadual waktu di sekolah.

Menurut Lembaga Peperiksaan Kementerian Malaysia (LPKM) (1999),

PEKA ialah instrumen pentaksiran berasaskan sekolah yang menggunakan

pendekatan Rujukan Kriteria yang menjurus kepada penjaminan kualiti. Instrumen

pentaksiran dalam pendidikan ialah perkara atau bahan yang digunakan dalam

mendapatkan dan memberi maklumat yang berguna untuk membuat pertimbangan

Page 23: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my€¦ · pelaksanaan PEKA PMR berasaskan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS). Instrumen kajian yang digunakan adalah borang soal selidik

6

berhubung dengan sesuatu proses pendidikan (Lembaga Peperiksaan Kemeterian

Pendidikan Malaysia, 1999). PEKA Sains merupakan satu pendekatan baru yang

digubal oleh KPM bagi memantapkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran mata

pelajaran Sains PMR di sekolah. PEKA digubal adalah bertujuan untuk

menggantikan peperiksaan amali bagi mata pelajaran Sains PMR. Ini kerana

penaksiran mata pelajaran Sains PMR sebelum ini hanya dinilai melalui kertas

peperiksaan Sains PMR sahaja.

Di samping itu, memandangkan pelaksanaan PEKA Sains PMR ini baru

dilaksanakan namun masih banyak masalah yang timbul. Ini apatah lagi Kementerian

ingin melaksanakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) pada 2010, di mana

penilaian terhadap kertas peperiksaan PMR hanya diambil 50% dan peperiksaan

SPM hanya diambil 70%. Selebihnya permarkahan itu pula daripada hasil PBS

mengikut subjek. Sehubungan dengan itu PEKA Sains juga merupakan salah satu

permarkahan yang diperlukan untuk penilaian pelajar. Ini berhubungan dengan

hasrat KPM supaya sistem pendidikan negara kita tidak hanya berorientasikan

peperiksaan sahaja.

Dalam pemerhatian guru penaksir dan laporan amali yang dibuat oleh pelajar,

guru penaksir boleh mencari petunjuk-petunjuk prestasi bagi membuktikan

penguasaan pelajar terhadap sesuatu kriteria. Tahap penguasaan sesuatu aspek adalah

berdasarkan kriteria-kriteria yang ditetapkan. Kriteria-kriteria merupakan penyataan

yang menunjukkan satu aras minimum yang mesti dikuasai oleh pelajar. Dapatan

daripada PEKA akan diambil kira dalam pemberian gred bagi mata pelajaran yang

berkenaan. Selain daripada itu, dapatan PEKA digunakan oleh guru untuk mengesan

penguasaan dan pencapaian pelajar dalam elemen yang diukur. Di samping itu,

PEKA juga digunakan untuk mengetahui keberkesanan proses pengajaran dan

pembelajaran dan seterusnya mengambil tindakan susulan untuk mengatasi

kelemahan tersebut.

Page 24: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my€¦ · pelaksanaan PEKA PMR berasaskan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS). Instrumen kajian yang digunakan adalah borang soal selidik

7

Hanya melalui kaedah pentaksiran yang baik, guru dapat menentukan tahap

penguasaan murid terhadap modul-modul yang telah dilaksanakan. Namun, adakah

para guru telah bersedia untuk memikul tanggungjawab ini? Adakah guru telah

diberikan pendedahan yang cukup untuk menjalankan pentaksiran ini? Kemahiran

guru diperlukan untuk mengenalpasti murid yang bermasalah dan kesabaran guru

diperlukan untuk memastikan murid ini tidak ketinggalan berbanding murid-murid

yang lebih maju di dalam kelas dan berjaya menguasai pengetahuan dan kemahiran

yang disampaikan. Selain itu, kesediaan guru dari segi pengetahuan mereka dan

sikap terhadap pelaksanaan PEKA amat diperlukan bagi menjayakan hasrat ini.

Begitupun transformasi kurikulum ini tidak akan berjaya jika ia berjalan

secara sendirian. Oleh kerana ia akan dilaksanakan berdasarkan kandungan piawaian

(standard based), bukan lagi secara berdasarkan hasil (outcome based), maka elemen

yang amat penting untuk dilaksanakan serentak adalah pentaksiran.

1.3 Pernyataan Masalah

Menurut ucapan Teks Perutusan Tahun Baru 2008 oleh Y.B.Dato’

Hishamuddin Tun Hussein (Menteri Pelajaran Malaysisa) (Januari 2008), sistem

pentaksiran yang ingin dilaksanakan nanti diharap dapat mengurangkan risiko

keciciran, melahirkan pelajar yang benar-benar menguasai ilmu pengetahuan dan

kemahiran, menjadikan guru sebagai pemudah cara yang berkesan, mengurangkan

peperiksaan berpusat dan sekaligus mengurangkan tekanan peperiksaan yang

Page 25: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my€¦ · pelaksanaan PEKA PMR berasaskan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS). Instrumen kajian yang digunakan adalah borang soal selidik

8

dihadapi oleh pelajar, guru dan ibu bapa. Dengan PBS, pentaksiran yang bersifat

alternatif dan autentik seperti pentaksiran kerja kursus, projek, persembahan, aktiviti

jasmani, kokurikulum, sahsiah, budi pekerti dan pembinaan jati diri murid boleh

dilaksanakan. Melalui pentaksiran itu bukan sahaja penguasaan murid dapat

dilaporkan, malahan proses pembinaan modal insan dapat diteruskan. Sehubungan

itu, KPM memperkenalkan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS).

Sistem PBS bukanlah perkara baru bagi warga pendidik, pendekatan ini telah

pun diamalkan secara berperingkat-peringkat oleh sekolah terutamanya yang

melibatkan mata pelajaran bersifat amali seperti Sains. Sungguhpun begitu

pelaksanaan sistem PBS memberi cabaran besar kepada guru-guru Sains yang

dilantik sebagai pentaksir kerana PEKA Sains adalah aspek penting dalam

menentukan kejayaan pelajar memperolehi gred yang baik dalam PMR.

Secara umumnya, pentaksiran terhadap pembelajaran lazimnya dijalankan

ketika peperiksaan penggal atau peperiksaan akhir iaitu setelah keseluruhan atau

sebahagian besar topik pengajaran selesai disampaikan. Pentaksiran untuk

pembelajaran pula berlaku ketika proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik

darjah sedang berlangsung. Walau bagaimanapun menurut Stiggins (2002) dan Black

dan Wiliam (1998), guru-guru di sekolah lebih menumpukan kepada pentaksiran

terhadap pembelajaran berbanding pentaksiran untuk pembelajaran iaitu guru lebih

mengutamakan fungsi pemberian gred dan kurang memberatkan aspek-aspek

pembaikpulihan pengajaran dan menggalakkan pembelajaran pelajar. Di Malaysia,

kajian yang dijalankan oleh Azman Wan Chik (1989) memperolehi dapatan yang

hampir sama. Selain itu kajian yang dijalankan oleh Bhasah Abu Bakar (2003)

terhadap pelajar Tingkatan Empat juga menunjukkan fungsi pemberian gred masih

menjadi tumpuan utama.

Page 26: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my€¦ · pelaksanaan PEKA PMR berasaskan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS). Instrumen kajian yang digunakan adalah borang soal selidik

9

Sebagai melambangkan betapa tidak prihatinnya guru terhadap pentaksiran

untuk pembelajaran, Isaacson (1999) menyatakan bahawa sebilangan besar guru

tidak menggunakan sepenuhnya maklumat daripada pentaksiran semasa proses

pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah untuk memantau pembelajaran pelajar,

menilai keberkesanan pelbagai kaedah pengajaran guru dan sebagai panduan

membuat keputusan-keputusan berkenaan pengajaran. Menurut Abu Bakar Nordin

(1986), implikasi yang dahsyat daripada budaya ini ialah pelajar yang lemah akan

terus tertinggal atau terus diketepikan, kelemahan pengajaran guru tidak diperbaiki

dan guru lebih cenderung untuk meletakkan kesalahan pada bahu pelajar semata-

mata apabila keputusan peperiksaan kurang memuaskan.

Perbincangan di atas menggambarkan bahawa pemberian gred begitu

ditekankan dalam proses pentaksiran di sekolah sehingga menjurus kepada fenomena

kurikulum berpacukan ujian (test driven curriculum) atau instruksi berpacukan

pentaksiran (assessment driven instruction) (Omar Mohd Hashim, 2003) yang

mungkin bertentangan dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Dengan lain

perkataan, fenomena ini menyebabkan guru memfokuskan proses pengajaran dan

pembelajaran di bilik darjah kepada kecemerlangan pelajar dalam peperiksaan

berbanding untuk mencapai objektif pengajaran yang telah ditetapkan dalam sukatan

pelajaran. Guru juga mungkin tidak rnenyedari bahawa kecemerlangan pelajar boleh

ditingkatkan melalui proses pentaksiran.

Hanya melalui kaedah pentaksiran yang baik, guru dapat menentukan tahap

penguasaan murid terhadap modul-modul yang telah dilaksanakan. Kemahiran guru

diperlukan untuk mengenalpasti murid yang bermasalah dan kesabaran guru

diperlukan untuk memastikan murid ini tidak ketinggalan berbanding murid-murid

yang lebih maju di dalam kelas dan berjaya menguasai pengetahuan dan kemahiran

Page 27: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my€¦ · pelaksanaan PEKA PMR berasaskan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS). Instrumen kajian yang digunakan adalah borang soal selidik

10

yang disampaikan. Bagi memastikan ini dapat dilaksanakan dengan baik, KPM perlu

memberikan tumpuan terhadap usaha melatih semula guru-guru dan mempersiapkan

mereka dengan kemahiran-kemahiran baru yang diperlukan.

Sehubungan itu, bahan sokongan seperti bahan multimedia, buku panduan

guru dan buku aktiviti yang sesuai perlu disediakan. Ia melibatkan implikasi

perjawatan bagi memastikan pembangunan dan pelaksanaan transformasi ini dapat

terlaksana mengikut tempoh dirancang selain implikasi kewangan untuk mengadakan

penanda arasan, pembinaan bahan, uji rintis, kajian semula geran per kapita (PCG)

dan latihan guru.

Bertitik tolak dari kewujudan PBS yang bakal diadakan pada tahun 2010,

maka penyelidikan ini dijalankan. Penyelidik ingin memastikan sama ada

pelaksanaan PBS iaitu salah satunya PEKA Sains ini benar-benar berkesan atau

sebaliknya berdasarkan kepada penerimaan guru dan pelajar terhadap perubahan

dalam kurikulum. Penyelidik juga ingin melihat tahap kesediaan dari segi

pengetahuan, kemahiran dan sikap guru untuk mentaksir mata pelajaran Sains