UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my · Permainan bola jaring mula diperkenalkan pada tahun...

78
i UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA “Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini adalah memadai dari skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Sains Sukan).” Tandatangan : _________________________ Nama Penyelia : EN.SYAHRUL RIDHWAN BIN MORAZUKI Tarikh : 28 APRIL 2008 CATATAN : * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika Tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. PSZ 19:16 (Pind. 1 / 07) BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS Nama Penulis : IDA HARYATI BINTI HJ SATIBI Tarikh Lahir : 13 MAC 1982 Judul : “PERBANDINGAN INTENSITI PERLAWANAN MENGIKUT KUMPULAN POSISI ATLET BOLA JARING PERINGKAT UNIVERSITI” Sesi Pengajian : 2007/2008 Saya dengan ini mengakui bahawa tesis ini diklasifikasikan sebagai: SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/ badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD Saya mengaku bahawa Universiti Teknologi Malaysia mempunyai hak untuk menyimpan tesis ini seperti berikut : 1. Tesis ini adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. Disahkan oleh: __________________________ ____________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) 820313-01-5734 EN. SYAHRUL RIDHWAN BIN MORAZUKI (NO. KAD PENGENALAN) (NAMA PENYELIA) Tarikh :28 April 2008 Tarikh : 28 April 2008

Transcript of UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my · Permainan bola jaring mula diperkenalkan pada tahun...

Page 1: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my · Permainan bola jaring mula diperkenalkan pada tahun 1891 oleh Dr. James Naismith di Springfield, Massachusetts Amerika Syarikat dan kini

i

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini

adalah memadai dari skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan

Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Sains Sukan).”

Tandatangan : _________________________

Nama Penyelia : EN.SYAHRUL RIDHWAN BIN MORAZUKI

Tarikh : 28 APRIL 2008

CATATAN : * Potong yang tidak berkenaan.

** Jika Tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak

berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali tempoh tesis ini perlu

dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.

PSZ 19:16 (Pind. 1 / 07)

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

Nama Penulis : IDA HARYATI BINTI HJ SATIBI

Tarikh Lahir : 13 MAC 1982

Judul : “PERBANDINGAN INTENSITI PERLAWANAN MENGIKUT KUMPULAN

POSISI ATLET BOLA JARING PERINGKAT UNIVERSITI”

Sesi Pengajian : 2007/2008

Saya dengan ini mengakui bahawa tesis ini diklasifikasikan sebagai:

SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau

kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA

RAHSIA RASMI 1972)

TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh

organisasi/ badan di mana penyelidikan dijalankan)

TIDAK TERHAD

Saya mengaku bahawa Universiti Teknologi Malaysia mempunyai hak untuk menyimpan tesis ini

seperti berikut :

1. Tesis ini adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia.

2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian

sahaja.

3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi

pengajian tinggi.

Disahkan oleh:

__________________________ ____________________________

(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)

820313-01-5734 EN. SYAHRUL RIDHWAN BIN MORAZUKI

(NO. KAD PENGENALAN) (NAMA PENYELIA)

Tarikh :28 April 2008 Tarikh : 28 April 2008

Page 2: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my · Permainan bola jaring mula diperkenalkan pada tahun 1891 oleh Dr. James Naismith di Springfield, Massachusetts Amerika Syarikat dan kini

ii

“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini

adalah memadai dari skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan

Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Sains Sukan).”

Tandatangan : _________________________

Nama Penyelia : EN.SYAHRUL RIDHWAN BIN MORAZUKI

Tarikh : 28 APRIL 2008

Page 3: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my · Permainan bola jaring mula diperkenalkan pada tahun 1891 oleh Dr. James Naismith di Springfield, Massachusetts Amerika Syarikat dan kini

iii

“ PERBANDINGAN INTENSITI PERLAWANAN MENGIKUT KUMPULAN

POSISI ATLET BOLA JARING PERINGKAT UNIVERSITI”

IDA HARYATI BINTI HJ SATIBI

Laporan Projek Ini Dikemukakan

Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat Penganugerahan

Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Sains Sukan)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

April 2008

Page 4: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my · Permainan bola jaring mula diperkenalkan pada tahun 1891 oleh Dr. James Naismith di Springfield, Massachusetts Amerika Syarikat dan kini

ii

“ Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan

dan ringkasan yang tiap – tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.

Tandatangan : .……………………………………

Nama Penulis : IDA HARYATI BINTI HJ SATIBI

Tarikh : 28 APRIL 2008

Page 5: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my · Permainan bola jaring mula diperkenalkan pada tahun 1891 oleh Dr. James Naismith di Springfield, Massachusetts Amerika Syarikat dan kini

iii

DEDIKASI

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI PENGASIHANI

SELAWAT DAN SALAM KEPADA JUNJUNGAN NABI MUHAMMAD S.A.W.

Ku titipkan dedikasi teristimewa….

Buat Ayahanda dan Bonda,

Yang dikasihi HAJI SATIBI BIN HJ ABD JALIL dan HAJJAH HAMIDAH

BINTI OTHMAN…mengenang perit jerihmu dalam meredah kepayahan dan

menyusun langkah serta ketabahan kalian dalam mendidikku ,akhirnya anakmu

berjaya menempuh dugaan dan cabaran bagi mengatur langkah kehidupan yang

lebih sempurna sepanjang ‘perjalanan’ ini. Keringatmu itu melahirkan rasa insaf

terhadapku. Aku sungguh bertuah kerana memilikimu berdua…

Buat Kekanda-kekandaku yang dihormati,

Semangat kalian semua telah memberikan dorongan terhadapku dalam

menempuh hidup yang kian mencabar. Bersabarlah..aku akan tetap mengingati

jasa dan budi kalian semua..

Buat yang dikasihi,

Sokongan yang dirimu berikan merupakan ‘bara’ yang kian

menyemarakkan semangatku..

BuatMu Ilahi,

Tiada kata yang lebih indah selain aku bersyukur kepadaMu. Aku tertunduk

syukur, limpah dan kurniaMu, menginsafi diriku, Semoga RahmatMu sentiasa

melingkari hidupku…Amin..

Page 6: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my · Permainan bola jaring mula diperkenalkan pada tahun 1891 oleh Dr. James Naismith di Springfield, Massachusetts Amerika Syarikat dan kini

iv

PENGHARGAAN

“Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah, Lagi Maha Mengasihani”.

Alhamdulillah, bersyukur saya ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah dan

kurniaNya dapat saya menyiapkan tugasan penulisan ilmiah ini dengan sempurna.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ribuan terima kasih diucapkan kepada

pensyarah penyelia, En. Syahrul Ridhwan b. Morazuki selaku ‘guru’ yang telah

banyak memberi bimbingan dan tunjuk ajar sehinggalah kajian ini dapat

disempurnakan. Saya juga berterima kasih di atas kesabaran dan kesungguhan

beliau semasa membimbing saya dan rakan-rakan. Sesungguhnya dorongan dan

panduan yang beliau berikan amatlah berguna dan berharga.

Ucapan penghargaan dan terima kasih juga saya tujukan kepada

PM Dr. Abdul Hafidz b. Hj Omar selaku penasihat akademik dan Ketua Jabatan

Sains Sosial, Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia. Tidak lupa para

subjek yang terlibat di dalam kajian ini. Terima kasih juga kepada rakan-rakan

seperjuangan yang sudi memberi bantuan dan pandangan. Akhir sekali saya

abadikan ucapan penghargaan ini khas buat keluarga yang di sayangi yang sentiasa

memberi sokongan dan dorongan serta insan yang sentiasa di sisi. Hanya Allah

yang dapat membalas budi dan jasa baik kalian.

Ida Haryati bte Hj Satibi,

Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan,

Universiti Teknologi Malaysia.

Page 7: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my · Permainan bola jaring mula diperkenalkan pada tahun 1891 oleh Dr. James Naismith di Springfield, Massachusetts Amerika Syarikat dan kini

v

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan untuk membuat perbandingan intensiti perlawanan di

kalangan atlet bola jaring mengikut kumpulan posisi pemain penyerang, tengah dan

pertahanan berdasarkan tindak balas kadar nadi dan konsentrasi asid laktik. Subjek

kajian terdiri daripada 7 orang atlet bola jaring peringkat universiti (21.9 + 0.4

tahun; 60.3 + 3.1 kg; 170 + 5 cm) yang bermain mengikut posisi masing-masing.

Kajian ini melibatkan 2 fasa pengujian iaitu Ujian Makmal (Fasa I) dan Perlawanan

Simulasi (Fasa II). Fasa I melibatkan ujian di dalam makmal di mana subjek

dikehendaki berlari di atas treadmill sehingga mencapai tahap keletihan maksimum,

manakala Fasa II melibatkan perlawanan simulasi di mana subjek bermain mengikut

posisi masing-masing dengan pasukan yang setaraf dalam tempoh 30 minit untuk

dua separuh masa dengan sela masa rehat 3 minit. Analisis ujian makmal

mencatatkan min kadar nadi maksimum bagi ketiga-tiga kumpulan posisi ialah

penyerang (178.8 + 1.2 bpm), tengah (183.7 + 0.8 bpm) dan pertahanan (181.9 + 0.3

bpm). Di samping itu, min asid laktik (LApost) selepas ujian makmal bagi kumpulan

posisi pemain penyerang, tengah dan pertahanan masing - masing mencatatkan 7.3

+ 0.2 mmol/L, 7.1 + 1.2 mmol/L dan 7.8 + 2.7 mmol/L. Analisis ANOVA sehala

menunjukkan tiada perbezaan yang signifikan bagi intensiti perlawanan berdasarkan

tindak balas kadar nadi di kalangan atlet bola jaring mengikut kumpulan posisi

penyerang, tengah dan pertahanan. Analisis juga menunjukkan tidak terdapat

perbezaan yang signifikan bagi intensiti perlawanan berdasarkan konsentrasi asid

laktik di kalangan atlet bola jaring peringkat universiti (P > 0.05). Oleh itu, kajian

ini menunjukkan tiada perbezaan intensiti perlawanan yang signifikan bagi setiap

kumpulan posisi pemain penyerang, tengah dan pertahanan semasa perlawanan bola

jaring.

Page 8: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my · Permainan bola jaring mula diperkenalkan pada tahun 1891 oleh Dr. James Naismith di Springfield, Massachusetts Amerika Syarikat dan kini

vi

ABSTRACT

This study was carried out to compare the match intensity among netballers

according to group position; attackers, centers and defenders based on heart rate

responses and blood lactic concentration. Subjects of this study were seven

netballers who represent the university (21.9 + 0.4 years; 60.3 + 3.1 kg; 170 + 5 cm).

This study involved two phases; laboratory test (Phase I) and match simulation

(Phase II). Phase I involved test in the laboratory where the subjects were required

to run on treadmill until they maximally exhausted, whereas the second phase

involved a simulation match whereby the subjects played based on their position

with a team of the same level for 30 minutes with a 3 minutes break between the two

halves. Analysis of the laboratory test recorded that the mean of maximun heart rate

for attackers, centers and defenders was found to be 178.8 + 1.2 bpm, 183.7 + 0.8

bpm and 181.9 + 0.3 bpm respectively. Meanwhile, the mean lactic acid (LApost)

after the laboratory test was found to be 7.3 + 0.2 mmol/L (attackers), 7.1 + 1.2

mmol/L (centers) and 7.8 + 2.7 mmol/L (defenders). One Way ANOVA analysis

revealed no significant difference for match intensity based on heart rate responses

among netballers following their group position; attackers, centers and defenders.

The analysis also shows that there was no significant difference for match intensity

based on lactic acid concentration among university netballers (p>0.05). Therefore,

this study revealed that there was no significant difference in match intensity

between attackers, centers and defenders during netball match.

Page 9: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my · Permainan bola jaring mula diperkenalkan pada tahun 1891 oleh Dr. James Naismith di Springfield, Massachusetts Amerika Syarikat dan kini

vii

ISI KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

JUDUL i

HALAMAN PENGAKUAN ii

HALAMAN DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL x

SENARAI RAJAH xii

SENARAI LAMPIRAN xiv

1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Kajian 2

1.3 Pernyataan Masalah 3

1.4 Objektif Kajian 3

1.5 Hipotesis Kajian 3

1.6 Kepentingan Kajian 4

1.7 Limitasi Kajian 5

1.8 Delimitasi Kajian 5

1.9 Definisi Operational 5

Page 10: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my · Permainan bola jaring mula diperkenalkan pada tahun 1891 oleh Dr. James Naismith di Springfield, Massachusetts Amerika Syarikat dan kini

viii

2 SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan 7

2.2 Tindak balas Kadar Nadi 9

2.3 Tindak balas Asid Laktik 12

3 METODOLOGI

3.1 Subjek Kajian 14

3.2 Rekabentuk Penyelidikan 14

3.3 Prosedur Kajian 16

3.3.1 Fasa I : (Ujian Makmal) 16

3.3.2 Fasa II: (Perlawanan Simulasi) 17

3.3.3 Protokol Merekod Kadar Nadi 17

3.3.4 Persampelan Darah 18

3.4 Tempat Kajian 19

3.5 Instrumen Kajian 19

3.6 Pengumpulan Dan Penganalisaan Data 20

4 ANALISIS DATA

4.1 Ujian Makmal 21

4.1.1 Ciri-ciri Fizikal Subjek 21

4.1.2 Kadar Nadi Maksimum 22

4.1.3 Konsentrasi Asid Laktik 25

4.2 Perlawanan Simulasi 28

4.2.1 Tindak Balas Kadar Nadi 28

4.2.2 Konsentrasi Asid Laktik 34

4.3 Analisis Inferensi 37

Page 11: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my · Permainan bola jaring mula diperkenalkan pada tahun 1891 oleh Dr. James Naismith di Springfield, Massachusetts Amerika Syarikat dan kini

ix

5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN

5.1 Tindak Balas Kadar Nadi Semasa Perlawanan 38

5.2 Konsentrasi Asid Laktik 40

5.3 Kesimpulan 42

5.4 Cadangan 42

RUJUKAN 43

LAMPIRAN 46

Page 12: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my · Permainan bola jaring mula diperkenalkan pada tahun 1891 oleh Dr. James Naismith di Springfield, Massachusetts Amerika Syarikat dan kini

x

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

3.1 Ujian senaman maksimum berperingkat

(Protokol Bruce) 17

4.1 Taburan bilangan subjek mengikut umur, berat dan

ketinggian 22

4.2 Bacaan kadar nadi maksimum mengikut posisi

individu 23

4.3 Bacaan kadar nadi maksimum mengikut kumpulan

posisi pemain penyerang, tengah dan pertahanan 24

4.4 Konsentrasi asid laktik maksimum mengikut posisi

pemain 26

4.5 Konsentrasi asid laktik maksimum mengikut kumpulan

posisi pemain penyerang, tengah dan pertahanan 27

4.6 Bacaan kadar nadi perlawanan separuh masa pertama

dan separuh masa kedua 29

4.7 Bacaan kadar nadi perlawanan mengikut kumpulan posisi

pemain penyerang, tengah dan pertahanan 31

Page 13: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my · Permainan bola jaring mula diperkenalkan pada tahun 1891 oleh Dr. James Naismith di Springfield, Massachusetts Amerika Syarikat dan kini

xi

4.8 Intensiti perlawanan berdasarkan tindak balas kadar nadi

mengikut kumpulan posisi dalam bentuk peratusan 32

4.9 Konsentrasi asid laktik maksimum mengikut posisi

individu 34

4.10 Konsentrasi asid laktik mengikut kumpulan posisi

pemain penyerang, tengah dan pertahanan 36

Page 14: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my · Permainan bola jaring mula diperkenalkan pada tahun 1891 oleh Dr. James Naismith di Springfield, Massachusetts Amerika Syarikat dan kini

xii

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT

3.1 Carta alir rekabentuk kajian 15

4.1 Perbandingan kadar nadi nadi maksimum mengikut

posisi individu 23

4.2 Perbandingan kadar nadi nadi maksimum mengikut

kumpulan posisi pemain penyerang, tengah dan

pertahanan 25

4.3 Perbandingan konsentrasi asid laktik mengikut posisi

individu 26

4.4 Perbandingan konsentrasi asid laktik maksimum mengikut

kumpulan posisi pemain penyerang, tengah dan

pertahanan 28

4.5 Perbandingan kadar nadi perlawanan separuh masa

pertama dan separuh masa kedua mengikut posisi 30

4.6 Perbandingan kadar nadi perlawanan mengiku kumpulan

posisi pemain penyerang, tengah dan pertahanan 31

4.7 Perbandingan intensiti perlawanan mengikut posisi

individu 33

Page 15: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my · Permainan bola jaring mula diperkenalkan pada tahun 1891 oleh Dr. James Naismith di Springfield, Massachusetts Amerika Syarikat dan kini

xii

4.8 Perbandingan intensiti perlawanan mengikut kumpulan

posisi pemain penyerang, tengah dan pertahanan 33

4.9 Perbandingan konsentrasi asid laktik mengikut posisi

individu 35

4.10 Perbandingan konsentrasi asid laktik maksimum mengikut

kumpulan posisi pemain penyerang, tengah dan

pertahanan 36

Page 16: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my · Permainan bola jaring mula diperkenalkan pada tahun 1891 oleh Dr. James Naismith di Springfield, Massachusetts Amerika Syarikat dan kini

xiv

SENARAI LAMPIRAN

NO. LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

A Surat lampiran subjek 46

B Surat perjanjian subjek 47

C Borang maklumat peribadi subjek 48

D Borang skor subjek 50

E Analisis ujian ANOVA (Tindak balas kadar nadi) 51

F Analisis ujian ANOVA (Konsentrasi asid laktik) 53

G Graf corak kadar nadi posisi GA 55

H Graf corak kadar nadi posisi GS 56

I Graf corak kadar nadi posisi WA 57

J Graf corak kadar nadi posisi WD 58

K Graf corak kadar nadi posisi C 59

L Graf corak kadar nadi posisi GD 60

M Graf corak kadar nadi posisi GK 61

Page 17: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my · Permainan bola jaring mula diperkenalkan pada tahun 1891 oleh Dr. James Naismith di Springfield, Massachusetts Amerika Syarikat dan kini

xiii

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Permainan bola jaring mula diperkenalkan pada tahun 1891 oleh Dr. James

Naismith di Springfield, Massachusetts Amerika Syarikat dan kini semakin diminati

oleh pelbagai golongan masyarakat khususnya golongan wanita. Secara umumnya

permainan ini bukan sahaja memerlukan ketepatan menghantar, tetapi juga

ketangkasan bergerak dan pada masa yang sama mematuhi undang-undang tertentu.

Di dalam permainan ini setiap posisi pemain mempunyai peranan tersendiri dan

bermain di dalam kawasan-kawasan tertentu. Posisi-posisi tersebut ialah Center (C),

Goal Attack (GA), Goal Defence (GD), Goal Shooter (GS), Wing Attack (WA), Wing

Defence (WD) dan Goal Keeper (GK).

Keupayaan dan kecergasan seseorang atlet itu boleh diukur melalui kadar

kerja atau intensiti sesuatu latihan atau perlawanan. Ini kerana terdapat banyak

kajian yang telah dijalankan di seluruh dunia yang mengaitkan kecergasan dengan

intensiti. Antaranya ialah kajian yang telah dijalankan oleh Platanou dan Geladas

(2006) iaitu ‘Pengaruh Jangkamasa Permainan Dan Posisi Bermain Ke atas Intensiti

Semasa Perlawanan Pemain Elit Polo Air’ dan kajian yang dijalankan oleh

Rodriguez et al. (2003), iaitu ‘Konsentrasi Asid Laktik Dan Kadar Nadi Semasa

Perlawanan Bola Keranjang Atlet Wanita Antarabangsa’ yang bertujuan membuat

perbandingan intensiti perlawanan berdasarkan bacaan kadar nadi dan konsentrasi

asid laktik.

Page 18: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my · Permainan bola jaring mula diperkenalkan pada tahun 1891 oleh Dr. James Naismith di Springfield, Massachusetts Amerika Syarikat dan kini

2

Ghosh et al. (1975) di dalam penyelidikannya menyatakan intensiti

perlawanan pada amnya terbentuk daripada tindak balas fisiologi iaitu penggunaan

oksigen, kadar nadi dan konsentrasi asid laktik. Tindak balas kadar nadi memainkan

peranan yang penting bagi menentukan keupayaan atlet dalam sesuatu acara yang

disertai. Menurut Achten et al. (2003), kadar nadi individu yang aktif kebiasaannya

rendah berbanding individu yang tidak tidak aktif. Kadar nadi akan meningkat jika

jumlah kerja yang dilakukan semakin bertambah.

Disamping itu, prestasi dan keupayaan seorang atlet itu juga boleh diukur

melalui persampelan darah bagi mengetahui kadar kandungan asid laktik diakhir

latihan. Menurut Myers dan Ashley (1997), perubahan fisiologi yang berkaitan

dengan pengumpulan asid laktik dalam badan dapat melemahkan pengecutan otot

dan perubahan pada metabolisma memberi kesan yang signifikan terhadap prestasi

seseorang atlet. Ini sekaligus menjadi bukti bahawa asid laktik merupakan penanda

aras dalam pengukuran kecergasan seseorang individu.

1.2 Latar Belakang Kajian

Pada pengetahuan penyelidik, kajian saintifik bagi mengkaji intensiti

perlawanan bola jaring mengikut posisi pemain adalah sangat terbatas khususnya di

Malaysia. Pengetahuan tentang intensiti perlawanan dapat membantu jurulatih

mengendalikan latihan yang sesuai dengan tahap keperluan sesuatu permainan dan

lebih spesifik bagi posisi-posisi yang tertentu. Ini adalah kerana keadaan adaptasi

setiap individu terhadap latihan adalah berbeza (Wilmore dan Costill, 1994). Setiap

individu mempunyai tindak balas yang berbeza terhadap tekanan latihan yang sama.

Oleh sebab itu adalah penting untuk jurulatih mengenal pasti perbezaan individu

melalui kedudukan posisi bermain dalam merekabentuk program latihan yang

bersesuaian.

Page 19: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my · Permainan bola jaring mula diperkenalkan pada tahun 1891 oleh Dr. James Naismith di Springfield, Massachusetts Amerika Syarikat dan kini

3

1.3 Pernyataan Masalah

Intensiti perlawanan bagi setiap pemain bola jaring berkemungkinan berbeza

memandangkan terdapat peraturan yang membataskan had kawasan pergerakan bagi

setiap posisi pemain. Justeru itu, kajian ini dijalankan untuk membandingkan

intensiti perlawanan dikalangan atlet bola jaring mengikut kumpulan posisi pemain

penyerang, tengah dan pertahanan.

1.4 Objektif Kajian

Objektif kajian ini adalah seperti berikut:

1.4.1 Membandingkan tindak balas kadar nadi semasa perlawanan di kalangan

atlet bola jaring peringkat universiti mengikut kumpulan posisi pemain

penyerang, tengah dan pertahanan.

1.4.2 Membandingkan konsentrasi asid laktik selepas perlawanan di kalangan atlet

bola jaring peringkat universiti mengikut kumpulan posisi pemain

penyerang, tengah dan pertahanan.

1.5 Hipotesis Kajian

Ho1: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara tindak balas kadar nadi

semasa perlawanan bola jaring di kalangan atlet bola jaring peringkat

universiti mengikut kumpulan posisi pemain penyerang, tengah dan

pertahanan.

Page 20: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my · Permainan bola jaring mula diperkenalkan pada tahun 1891 oleh Dr. James Naismith di Springfield, Massachusetts Amerika Syarikat dan kini

4

Ha1: Terdapat perbezaan yang signifikan di antara tindak balas kadar nadi semasa

perlawanan bola jaring di kalangan atlet bola jaring peringkat universiti

mengikut kumpulan posisi pemain penyerang, tengah dan pertahanan.

Ho2: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara konsentrasi laktik

sebelum dan selepas perlawanan di kalangan atlet bola jaring peringkat

university mengikut kumpulan posisi pemain penyerang, tengah dan

pertahanan.

Ha2: Terdapat perbezaan yang signifikan di antara konsentrasi asid laktik sebelum

dan selepas perlawanan di kalangan atlet bola jaring peringkat universiti

mengikut kumpulan posisi pemain penyerang, tengah dan pertahanan.

1.6 Kepentingan Kajian

Hasil daripada kajian ini akan dapat memberi faedah kepada beberapa

perkara seperti berikut:

1.6.1 Atlet dapat mengetahui kadar kerja atau intensiti di sepanjang perlawanan

berdasarkan tindak balas kadar nadi dan konsentrasi asid laktik dalam darah.

1.6.2 Memberi cadangan kepada jurulatih tentang keupayaan fizikal atlet

berdasarkan tindak balas kadar nadi dalam menghadapi sesuatu perlawanan

bola jaring.

1.6.3 Memberi panduan kepada jurulatih untuk menjalankan latihan yang memberi

penekanan terhadap keupayaaan atlet menghadapi sesuatu perlawanan bola

jaring.

Page 21: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my · Permainan bola jaring mula diperkenalkan pada tahun 1891 oleh Dr. James Naismith di Springfield, Massachusetts Amerika Syarikat dan kini

5

1.7 Limitasi Kajian

1.7.1 Kajian yang dijalankan hanya melibatkan atlet bola jaring peringkat

universiti yang bermain mengikut posisi pemain penyerang, tengah dan

pertahanan.

1.7.2 Setiap subjek adalah bebas daripada sebarang kecederaan yang mungkin

boleh mempengaruhi keputusan ujian.

1.8 Delimitasi Kajian

Kajian yang dijalankan tidak terbatas kepada perkara-perkara berikut seperti:

1.8.1 Penyelidik tidak mengawal segala aktiviti atau latihan yang dijalani oleh

subjek sebelum dan selepas melakukan ujian.

1.8.2 Penyelidik tidak mengawal jenis pemakanan yang diambil oleh subjek

sebelum dan selepas melakukan ujian.

1.9 Definisi Operasional

Definisi bagi istilah-istilah yang digunakan dalam kajian ini adalah seperti

berikut:

1.9.1 Posisi C - Center

1.9.2 Posisi GA - Goal Attack

1.9.3 Posisi GD - Goal Defence

Page 22: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my · Permainan bola jaring mula diperkenalkan pada tahun 1891 oleh Dr. James Naismith di Springfield, Massachusetts Amerika Syarikat dan kini

6

1.9.4 Posisi GS - Goal Shooter

1.9.5 Posisi WA - Wing Attack

1.9.6 Posisi WD - Wing Defence

1.9.7 Posisi GK - Goal Keeper

1.9.8 LApre - Asid Laktik awal

1.9.9 LApost - Asid Laktik akhir

1.9.10 HRrest - Kadar Nadi rehat

1.9.11 HRmax - Kadar Nadi maksimum

Page 23: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my · Permainan bola jaring mula diperkenalkan pada tahun 1891 oleh Dr. James Naismith di Springfield, Massachusetts Amerika Syarikat dan kini

7

BAB 2

SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan

Corak dan tahap intensiti bagi setiap individu adalah berbeza-beza

bergantung kepada posisi pemain di padang. Di dalam acara sukan yang

berpasukan, posisi pemain memerlukan bentuk fizikal dan tuntutan fisiologi yang

berbeza. Contohnya ‘hooker’ adalah merupakan pemain yang paling rendah di

posisi ‘forward’ dalam permainan ragbi. Pemain utama dalam sukan bola keranjang

adalah merupakan pemain yang paling tinggi dan merupakan pemain yang

mempunyai kemahiran yang luar biasa. Bale dan Hunt (1986) pula merumuskan

bahawa pemain professional bola keranjang tidak mungkin dipilih kecuali

mempunyai ketinggian 200 sentimeter. Manakala dari sudut fisiologi pula, kadar

penggunaan oksigen maksimum bagi setiap individu adalah berbeza antara atlet

terlatih dan tidak terlatih. Seseorang individu itu perlu mempunyai keupayaan

fungsi paru-paru yang baik, fungsi kardiak yang efisien, kelancaran dalam difusi

pulmonari, serta mempunyai sistem pengangkutan oksigen dan karbon dioksida

yang baik bagi mengekalkan tahap kecergasan (King dan Senn, 1996). Walaupun

menjalani latihan bersama, program latihan yang dirangka oleh jurulatih haruslah

berbeza bagi memenuhi keperluan setiap atlet.

Page 24: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my · Permainan bola jaring mula diperkenalkan pada tahun 1891 oleh Dr. James Naismith di Springfield, Massachusetts Amerika Syarikat dan kini

8

Permainan bola jaring merupakan suatu permainan yang terbatas di atas

gelanggang yang berukuran 15.25 sentimeter panjang dan 30.5 sentimeter lebar serta

mengandungi 14 orang pemain termasuk pihak lawan di dalam satu tempoh masa

permainan 4 suku masa (1 separuh masa = 15 minit). Allison (1978) dan Otago

(1983) di dalam penyelidikannya telah menyenaraikan ciri-ciri asas yang terdapat di

dalam pemainan bola jaring iaitu pergerakan badan yang tipikal, mempunyai

jangkamasa kerja dan nisbah kerja masa rehat. Bola jaring adalah sejenis permainan

yang bersela yang memerlukan pergerakan yang tangkas seperti melompat,

melakukan halangan, merebut bola serta memerlukan pergerakan yang perlahan

seperti jogging, menjaring dan halangan pasif. Kebiasaanya setiap pergerakan-

pergerakan tersebut berlaku adalah kurang daripada 15 saat sebelum berlakunya

proses pemulihan. Permainan yang bersela ini melibatkan percampuran dua sumber

tenaga iaitu daripada sumber tenaga aerobik dan sumber tenaga anaerobik (Allison,

1978).

Merujuk pada Buku Sumber Sains Sukan Tingkatan 5, Kementerian

Pendidikan Malaysia (2002), tenaga didefinisikan sebagai kapasiti melakukan kerja.

Tenaga yang dihasilkan semasa pemecahan ATP (Adenosina Trifosfat) merupakan

sumber tenaga yang boleh digunakan oleh sel-sel otot untuk bekerja. ATP boleh

dihasilkan melalui sistem anaerobik alaktik (ATP-PC), sistem anaeobik laktik

(glokolisis anaerobik/sistem asid laktik) dan sistem aerobik (sistem oksigen).

Sistem anaerobik alaktik (ATP-PC) membekalkan tenaga untuk aktiviti berintensiti

tinggi yang dilaksanakan sehingga 10 saat. Sistem anaerobik laktik pula

membekalkan tenaga hasil daripada pemecahan glukosa yang diperolehi daripada

karbohidrat yang tercerna dan tidak memerlukan oksigen untuk memecahkan

glukosa. Sistem ini menghasilkan asid laktik yang boleh melesukan otot apabila

kandungannya terlalu banyak dalam darah. Manakala sistem aerobik pula

memerlukan kehadiran oksigen untuk menghasilkan tenaga. Sistem ini

menghasilkan paling banyak ATP yang membolehkan aktiviti fizikal dilakukan

dalam jangka masa yang panjang.

Page 25: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my · Permainan bola jaring mula diperkenalkan pada tahun 1891 oleh Dr. James Naismith di Springfield, Massachusetts Amerika Syarikat dan kini

9

Allison (1978) di dalam penyelidikannya berkaitan corak pergerakan-

pergerakan di dalam bola jaring telah mendapati setiap pergerakan pantas pemain

semasa perlawanan adalah di antara 1.43-1.84 saat di mana pergerakan bagi setiap

aktiviti memerlukan purata masa kurang daripada 5 saat. Oleh yang demikian,

sumber tenaga yang digunakan pada jangka masa yang singkat yang boleh bertahan

8-10 saat yang datangnya dari sumber tenaga ATP dan CP yang tersimpan dalam

otot (Steele dan Chad, 2000). Kuasa yang tinggi bagi sistem fosfat menyediakan

tenaga yang boleh digunakan yang tanpa memerlukan oksigen

2.2 Tindak balas Kadar Nadi

Ghosh (1975) menyatakan intensiti perlawanan pada amnya terbentuk

daripada tindak balas fisiologi iaitu penggunaan oksigen, kadar nadi dan konsentrasi

asid laktik. Selain daripada perubahan metabolisma, intensiti tersebut juga turut

mempengaruhi sistem kardiovaskular dan menjadikannya sebagai kaedah terbaik

untuk mengukur kadar nadi. Selaras dengan kajian yang turut dijalankan oleh

Arstand (1986) yang menyatakan kadar peningkatan tindak balas kadar nadi

bergantung kepada beban intensiti. The American College of Sports Medicine atau

dikenali sebagai ACSM (1995) juga mencadangkan penilaian tahap intensiti latihan

boleh dijalankan berdasarkan peratusan kadar nadi maksimum (HRmax). Oleh itu

kadar nadi boleh menggambarkan intensiti yang mana dinyatakan dan diungkapkan

kepada peratusan.

Kadar nadi merupakan kitaran frekuensi yang penting kepada tubuh badan

manusia untuk terus hidup. Pada umumnya, pengiraan pengecutan dan

pengembangan dari jantung dalam satu minit dipanggil bit per minit (bpm).

Manakala degupan jantung untuk individu yang normal adalah di antara 60 - 100

denyutan jantung per minit (bpm).

Page 26: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my · Permainan bola jaring mula diperkenalkan pada tahun 1891 oleh Dr. James Naismith di Springfield, Massachusetts Amerika Syarikat dan kini

10

Kebanyakan atlet di dalam semua sukan memantau tindak balas kadar nadi

mereka semasa menjalani sesi latihan. Kadar nadi boleh digunakan sebagai penanda

aras kepada tahap kerja dan aktiviti yang dilakukan. Ini membolehkan mereka

berlatih bagi mencapai objektif latihan berdasarkan intensiti yang sesuai. ACSM

(1995) telah menetapkan garis panduan untuk menyesuaikan intensiti latihan bagi

mencapai perubahan fisiologikal, bergantung kepada objektif kepada aktiviti-aktiviti

yang dilakukan. Latihan yang telah ditetapkan berdasarkan intensiti latihan yang

sesuai boleh meningkatkan kecekapan kardiovaskular, peningkatan kepada kekuatan

otot, dan daya tahan sebagai satu penambahbaikan dalam komposisi tubuh (King

dan Senn, 1996; Meyer et al., 1999).

Pemantauan kadar nadi latihan merupakan kaedah yang terbaik untuk

menganggarkan intensiti latihan yang sesuai semasa perlawanan atau sesi latihan

bagi mendapatkan latihan yang sesuai berdasarkan intensiti sekaligus mencapai

matlamat keperluan fisiologikal. Ianya juga memberitahu kepada jurulatih

gambaran tahap kecergasan seseorang atlet dibawah jagaannya (Hills et al., 1998).

Pemantauan kadar nadi untuk menganggarkan intensiti sewaktu latihan boleh

dijadikan panduan kepada atlet mahupun jurulatih di mana pengawasan kadar nadi

boleh mencegah daripada mendapat kecederaan melalui latihan yang melebihi had

keupayaan dan dapat memastikan berlakunya latihan pada tahap intensiti yang

sesuai.

Selain itu, Noble (1986) menyatakan perubahan kadar nadi adalah

bergantung kepada intensiti aktiviti yang dijalankan. Semakin tinggi intensiti,

semakin tinggi kadar nadi semasa melakukan aktiviti. Sasaran kadar nadi

memerlukan pergerakan yang panjang semasa latihan atau aktiviti aerobik, di mana

ia membolehkan jantung dan paru-paru bekerja dengan lebih baik. Justeru itu, satu

hubungan linear wujud di antara kadar nadi latihan dan pengambilan oksigen yang

maksimum. Kadar nadi dikatakan meningkat secara berkadar dengan VO2max, oleh

yang demikian pengawasan kadar nadi semasa latihan mampu memberi kepada atlet

petunjuk intensiti yang sesuai di mana latihan boleh diubahsuai (Arts dan Kuipers,

1994; McArdle et al., 1996).

Page 27: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my · Permainan bola jaring mula diperkenalkan pada tahun 1891 oleh Dr. James Naismith di Springfield, Massachusetts Amerika Syarikat dan kini

11

Antara objektif kajian yang dijalankan oleh penyelidik ialah membandingkan

tindak balas kadar nadi semasa perlawanan bola jaring di kalangan atlet bola jaring

peringkat universiti yang bermain mengikut kumpulan posisi pemain penyerang,

tengah dan pertahanan. Penyelidik perlu mencari bacaan kadar nadi maksimum

(HRmax) setiap subjek semasa ujian di dalam makmal dan kadar nadi perlawanan

semasa perlawanan simulasi diadakan. Menurut Lambert et al. (2003), tahap

ambang kadar nadi adalah lebih daripada 130 bmp, tetapi berbeza pada setiap

individu. Oleh itu, melalui bacaan kadar nadi yang berbeza - beza bagi setiap

individu penyelidik dapat mengukur dan membandingkan tindak balas kadar nadi

semasa perlawanan di kalangan atlet bola jaring peringkat universiti yang bermain

mengikut kumpulan posisi pemain, penyerang, tengah dan pertahanan. Pernyataan

ini diperkukuhkan lagi oleh Bowers dan Fox (1988) dalam kajiannya yang

mendefinisikan kadar nadi seseorang individu itu adalah berbeza-beza bergantung

kepada umur, tahap kesihatan dan jumlah aktiviti fizikal yang dijalankan. Beliau

turut mendefinisikan kadar nadi sebagai jumlah kitaran lengkap kardiak termasuk

penyebaran impuls eletrik dan pengecutan mekanikal jantung per minit.

Banyak kajian telah dijalankan mengenai hubungan kait di antara kadar nadi

(HR) dengan intensiti semasa perlawanan mengikut kumpulan posisi pemain

penyerang, tengah dan pertahanan. Platanou dan Gladas (1996) dalam kajiannya

menyatakan pengaruh jangkamasa permainan dan posisi bermain terhadap intensiti

semasa perlawanan di kalangan pemain elit polo air menunjukkan hipotesis pemain

sayap kanan mencatatkan intensiti yang tinggi berbanding pemain yang bermain di

posisi belakang dan hadapan. Purata kadar nadi pada keseluruhan perlawanan

adalah 156 + 18 bpm. Semasa 6 minit terakhir, kadar nadi pemain meningkat (P >

0.001) pada perlawanan yang mempunyai tempoh masa yang pendek iaitu 156 + 3

bpm berbanding perlawanan yang mempunyai tempoh masa yang panjang iaitu 156

+ 18 bpm. Oleh itu tiada perbezaan yang signifikan terhadap tindak balas kadar nadi

di antara perlawanan yang mempunyai jangkamasa yang panjang berbanding

perlawanan yang mempunyai jangkamasa yang pendek.

Page 28: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my · Permainan bola jaring mula diperkenalkan pada tahun 1891 oleh Dr. James Naismith di Springfield, Massachusetts Amerika Syarikat dan kini

12

Kesimpulannya, pengawasan kadar nadi latihan merupakan kaedah yang

terbaik untuk menganggarkan intensiti latihan yang sesuai semasa perlawanan atau

sesi latihan bagi mendapatkan latihan yang sesuai berdasarkan intensiti sekaligus

mencapai matlamat keperluan fisiologikal. Ianya juga memberitahu kepada jurulatih

gambaran tahap kecergasan seseorang atlet itu (Hills et al., 1998).

2.3 Tindak balas Asid Laktik

Aktiviti-aktiviti yang berintensiti tinggi boleh menyebabkan pengurangan

terhadap pengambilan dan penghantaran oksigen di mana menyebabkan rangsangan

glycolisin dan menghasilkan asid laktik (Brooks et al., 1996). Pengukuran asid

laktik kerap kali digunakan oleh jurulatih dan atlet bagi menentukan zon latihan

kadar nadi dan pemulihan. Asid laktik merupakan hasil sampingan metabolik yang

boleh diukur menerusi persampelan darah. Kadar asid laktik meningkat bersama

intensiti latihan dan menunjukkan dengan jelas peralihan daripada aktiviti aerobik

kepada aktiviti anaerobik (Bangsbo, 1998). Selain daripada itu pengukuran tersebut

merupakan salah satu kaedah untuk pengujian intensiti dan sekaligus mengawasi

intensiti latihan. Pengukuran asid laktik jauh lebih baik berbanding kaedah yang

lain seperti menggunakan peratusan kadar nadi maksimum (HRmax) untuk

menetapkan zon latihan. Oleh kerana kadar nadi merupakan tindak balas individu,

maka zon latihan kadar nadi diperlukan untuk menentukan pengukuran perubahan

fisiologi yang tidak dapat ditentukan.

Kajian terhadap konsentrasi asid laktik pada setiap aktiviti sukan boleh

memberikan maklumbalas terhadap status fisiologi setiap pemain serta dapat

membantu dalam persediaan jadual latihan yang baik dari sudut asas biologikal.

Konsentrasi asid laktik dengan kadar kerja yang dilakukan dapat meramalkan

dengan tepat prestasi daya tahan atlet dan telah dicadangkan sebagai kriteria

pengukuran untuk daya tahan. Kandungan asid laktik maksimum (LAmax) akan

memberi maklumat tentang punca-punca tenaga otot yang digunakan dalam satu

pasukan bola jaring melalui latihan yang bersela (Weltmen, 1995). Justeru itu kajian

Page 29: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my · Permainan bola jaring mula diperkenalkan pada tahun 1891 oleh Dr. James Naismith di Springfield, Massachusetts Amerika Syarikat dan kini

13

penyelidik menggunakan persampelan darah untuk membuat perbandingan intensiti

perlawanan di kalangan atlet bola jaring peringkat universiti mengikut kumpulan

posisi pemain penyerang, tengah dan pertahanan sebagai salah satu kaedah ujian

adalah tepat.

Pernyataan tersebut diperkukuhkan lagi dengan kajian yang dilakukan oleh

Myers dan Ashleys (1997) yang mendapati perubahan fisiologi yang berkaitan

dengan pengumpulan asid laktik dalam badan seperti melemahkan pengecutan otot

dan perubahan metabolisma dikatakan menjadi bukti yang menunjukkan bahawa

asid laktik merupakan penanda aras yang penting dalam pengukuran kecergasan

seseorang individu. Oleh itu, prestasi seseorang atlet boleh diukur dengan melihat

perubahan fisiologi yang berlaku pada dirinya dengan mengetahui tahap kandungan

asid laktik menerusi ujian persampelan darah.

Beberapa kajian telah dijalankan mengenai hubungan kait di antara

konsentrasi asid laktik dengan intensiti perlawanan di kalangan atlet yang bermain

mengikut kumpulan posisi pemain penyerang, tengah dan pertahanan. Di antaranya

ialah kajian yang dijalankan oleh Rodriguez et al. (2003) di mana beliau telah

membuat kajian perbandingan intensiti perlawanan di kalangan atlet bola keranjang

wanita yang terdiri daripada pasukan Olimpik Kebangsaan yang bermain mengikut

kumpulan posisi pemain penyerang, tengah dan pertahanan. Beliau mendapati

terdapat perbezaan yang signifikan terhadap kandungan asid laktik (LA) di antara ke

tiga-tiga posisi pemain penyerang, tengah dan pertahanan (pertahanan = 5.7 + 2.1

mmol/L, penyerang = 4.2 + 2.1 mmol/L, tengah = 3.9 + 1.2 mmol/L). Kajian yang

telah dijalankan menunjukkan intensiti perlawanan di kalangan atlet pasukan bola

keranjang wanita meningkat bergantung kepada peringkat pertandingan dan posisi

pemain di padang. Paras asid laktik yang tinggi menunjukkan sistem anaerobik

telah mempengaruhi subjek, manakala paras asid laktik yang rendah menunjukkan

sistem aerobik yang mempengaruhi subjek (Hopper et al., 1995; McArdle et al.,

2000).

Page 30: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my · Permainan bola jaring mula diperkenalkan pada tahun 1891 oleh Dr. James Naismith di Springfield, Massachusetts Amerika Syarikat dan kini

15

BAB 3

METODOLOGI KAJIAN

3.1 Subjek Kajian

Kajian ini melibatkan 7 orang atlet bola jaring peringkat universiti yang

bermain mengikut kumpulan posisi pemain penyerang, tengah dan pertahanan.

3.2 Rekabentuk Penyelidikan

Kajian ini melibatkan dua fasa pengujian iaitu Ujian Makmal (Fasa I) dan

perlawanan simulasi (Fasa II). Bagi setiap fasa pengujian, subjek-subjek

dilengkapkan dengan alat pengesan kadar nadi (Polar Heart Rate Monitor, S 720i,

Finland) dan sampel darah diambil sebelum dan selepas sesi ujian bagi mengukur

tahap konsentrasi asid laktik dengan menggunakan set peralatan ‘Accutrend

®Lactate, Germany’. Data tindak balas kadar nadi dan konsentrasi asid laktik yang

diperolehi digunakan untuk melihat perbezaan intensiti perlawanan di kalangan atlet

bola jaring peringkat universiti mengikut kumpulan posisi pemain penyerang, tengah

dan pertahanan.

Page 31: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my · Permainan bola jaring mula diperkenalkan pada tahun 1891 oleh Dr. James Naismith di Springfield, Massachusetts Amerika Syarikat dan kini

15

Gambarajah 3.1 : Carta alir rekabentuk kajian

FASA I : UJIAN MAKMAL (N=7)

i. Larian di atas treadmill (Bruce Protocol) sehingga subjek mencapai kepenatan

maksimum untuk mendapatkan kadar nadi maksimum (HRmax).

ii. Tahap konsentrasi asid laktik awal (LApre) di rekodkan sejurus sebelum dan

selepas (Lapost) ujian dijalankan.

FASA II : PERLAWANAN SIMULASI

i. Perlawanan berlangsung selama 30 minit untuk 2 separuh masa dengan sela masa

rehat 3 minit.

ii. Subjek-subjek dilengkapkan dengan alat pengesan kadar nadi (Polar Heart Rate

Monitor, S 720i, Finland).

iii. Subjek dikehendaki bermain mengikut posisi masing-masing dalam masa yang

ditetapkan.

iv. Kadar nadi nadi rehat (HRrest) dicatatkan sebelum perlawanan dan kadar nadi

(HRmatch) dicatatkan sepanjang perlawanan

v. Sampel darah diambil pada hujung jari subjek sebelum (LApre) dan sejurus

selepas (LApost) perlawanan bagi mengukur kadar konsentrasi asid laktik.

ANALISIS MAKMAL

ANALISIS DATA

MEMASUKKAN DATA

MENTERJEMAHKAN KEPUTUSAN

SUBJEK (N=7) (UTM)

Page 32: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my · Permainan bola jaring mula diperkenalkan pada tahun 1891 oleh Dr. James Naismith di Springfield, Massachusetts Amerika Syarikat dan kini

16

3.3 Prosedur Kajian

Sebagai persediaan untuk menjalani ujian dan perlawanan, subjek

dinasihatkan agar tidak mengambil makanan berat selewat-lewatnya 3 jam sebelum

masa ujian dijalankan. Sejurus sebelum ujian dijalankan, subjek-subjek diberi

taklimat berkenaan cara-cara pengujian dijalankan dan aspek-aspek keselamatan

yang perlu dipatuhi. Subjek juga dikehendaki melengkapkan borang maklumat

peribadi atlet untuk rujukan penyelidik. Seterusnya subjek-subjek dilengkapkan

dengan alat pengesan kadar nadi (Polar Heart Rate Monitor, S 720i, Finland) dan

sampel darah diambil di hujung jari subjek sebelum ujian (LApre) bagi mengukur

konsentrasi asid laktik dalam darah.

3.3.1 Fasa I : Ujian Makmal

Semua subjek dalam kajian ini dikehendaki berlari di atas treadmill sehingga

mencapai tahap keletihan yang maksimum bagi mendapatkan kadar nadi maksimum

(HRmax) dan juga konsentrasi asid laktik akhir (LApost). Protokol yang digunakan

bagi ujian ini ialah mengikut Bruce Protocol (ACSM, 1986). Ujian ini dijalankan

secara berperingkat di mana jangkamasa setiap peringkat ialah 3 minit. Kelajuan

permulaan bagi ujian ini ialah 2.7 km/h manakala darjah kecerunan permulaan ialah

10%. Kelajuan dan kecerunan akan bertambah setiap 3 minit seperti ditunjukkan di

dalam Jadual 3.1.

Page 33: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my · Permainan bola jaring mula diperkenalkan pada tahun 1891 oleh Dr. James Naismith di Springfield, Massachusetts Amerika Syarikat dan kini

17

Jadual 3.1 : Ujian senaman maksimum berperingkat (Protokol Bruce)

( American College Sports Medicine, 1986)

3.3.2 Fasa II : Permainan Simulasi

Dalam perlawanan simulasi subjek-subjek bermain mengikut posisi masing-

masing dengan pasukan lain dalam tempoh masa 30 minit untuk 2 separuh masa

dengan sela masa rehat 3 minit. Sebelum perlawanan, subjek terlebih dahulu

dipakaikan dengan alat pengesan kadar nadi (Polar Heart Rate Monitor S 720i,

Finland) bagi merekod tindak balas kadar nadi (setiap 15 saat) di sepanjang

perlawanan. Selain itu sampel darah diambil pada hujung jari subjek sejurus

sebelum (LApre) dan sejurus selepas (LApost) perlawanan bagi mengukur kadar

konsentrasi asid laktik.

MASA

KELAJUAN

KECERUNAN

min: s Peringkat km/h ( %)

Jalan – Warm-up

0:00-3:00 1 2.7 10

3:00-6:00 2 4.0 12

6:00-9:00 3 5.5 14

9:00-12:00 4 6.8 16

12:00-15:00 5 8.0 18

15:00-18:00 6 9.3 20

18:00-21:00 7 10.6 22

Page 34: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my · Permainan bola jaring mula diperkenalkan pada tahun 1891 oleh Dr. James Naismith di Springfield, Massachusetts Amerika Syarikat dan kini

18

3.3.3 Protokol Merekod Kadar Nadi

Polar Heart Rate Monitor ( S 720i, Finland) terdiri daripada 3 komponen

iaitu jalur berelektrod (Polar Coded Transmitter), jalur elastik (Elastic Strap) dan

jam tangan (Polar Heart Rate Monitor Watch). Bagi langkah pertama, jam tangan

dipakaikan pada pergelangan tangan subjek menyentuh salur nadi dan dilaraskan

mengikut kesesuaian supaya ia tidak terlalu ketat atau longgar. Jam tersebut

ditetapkan fungsinya dan diaktifkan dengan hanya menyentuh jalur berelektrod

(Polar Coded Transmitter) sehingga kedengaran satu bunyi ‘beep’ dan signal ♥

dipastikan berkelip-kelip menandakan degupan jantung telah dikesan. Bersebelahan

dengan signal ♥ terdapat bacaan data kadar nadi yang telah dikesan oleh jalur

berelektrod (Polar Coded Transmitter).

Aktiviti dijalankan mengikut jadual yang telah dirancangkan apabila semua

alatan telah siap dipakai. Selepas selesai melakukan semua aktiviti, penyelidik

menyimpan kesemua rekod ke dalam jam tangan dengan menekan butang merah

yang jelas kelihatan pada permukaan jam tangan. Kemudian jam tangan dibuka

diikuti dengan jalur berelektrod (Polar Coded Transmitter) dan jalur elastik (Elastic

Strap).

Setelah ujian dijalankan, ‘Polar Interface System’ digunakan untuk membaca

data yang telah tercatat pada jam tangan yang telah dipakai oleh subjek semasa

menjalani ujian yang disambungkan kepada komputer untuk menghantar data agar

boleh dibaca oleh perisiaanya iaitu Polar Precision Performance Software.

3.3.4 Persampelan Darah

Dalam kajian ini set peralatan ‘Accutrend ®Lactate , Germany’ atau dikenali

sebagai ‘meter’ digunakan untuk mengambil sampel darah. Bagi langkah pertama,

kedua-dua belah tangan dipastikan kering dan bersih terlebih dahulu untuk

mengelakkan risiko jangkitan. Dengan menggunakan alat ‘Accu-Check® Softclix

®

Page 35: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my · Permainan bola jaring mula diperkenalkan pada tahun 1891 oleh Dr. James Naismith di Springfield, Massachusetts Amerika Syarikat dan kini

19

Pro Lancing’ dan ‘Accu-Check® Softclix

® Pro Lancet’, hujung jari dicucuk untuk

mengambil sampel darah. Penyelidik menggunakan ‘Accu-Check® Softclix

® Pro

Lancet’ yang baru setiap kali penggunaanya untuk mengelakkan risiko jangkitan.

Darah yang keluar dari hujung jari dititiskan sehingga memenuhi kawasan

sampel darah yang berwarna kuning. Dalam keadaan meter terpasang sampel darah

yang telah diambil tadi diletakkan pada ‘BM-Lactate test strip’ di atas kawasan

yang berwarna kuning mengikut kedudukan anak panah. Meter ‘Accutrend

®Lactate’ ditutup untuk menganalisis sampel darah tersebut. Keputusan terpapar

selepas 60 saat dan secara automatik ia direkodkan bersama-sama identiti

pengguna, masa dan tarikh di dalam pangkalan data meter tersebut.

3.4 Tempat Kajian

Kajian ini dilakukan di Dewan Serbaguna Kolej Tun Fatimah, Universiti

Teknologi Malaysia, Skudai.

3.5 Instrumen Kajian

Dalam kajian ini, beberapa instrumen yang digunakan dalam kajian ini ialah

‘Accutrend ®Lactate, Germany’, ‘Polar Heart Rate Monitor Watch’, ‘Treadmill’ dan

‘Power Tap Heart Rate Chest Strap’ seperti yang ditunjukkan pada Gambarajah 3.2,

Gambarajah 3.3, Gambarajah 3.4 dan Gambarajah 3.5.

Page 36: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my · Permainan bola jaring mula diperkenalkan pada tahun 1891 oleh Dr. James Naismith di Springfield, Massachusetts Amerika Syarikat dan kini

20

Gambarajah 3.2 : ‘Accutrend ®Lactate Gambarajah 3.3 : ‘Polar Heart Rate

Germany’ Monitor, S 720i, Finland.

Gambarajah 3.4 : ‘Treadmill’ Gambarajah 3.5 : ‘Power Tap Heart

Rate Chest Strap’

Page 37: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my · Permainan bola jaring mula diperkenalkan pada tahun 1891 oleh Dr. James Naismith di Springfield, Massachusetts Amerika Syarikat dan kini

21

3.6 Pengumpulan dan Penganalisaan Data

Kesemua data yang diperoleh akan dianalisis dengan menggunakan perisian

Computer Statistical Package for Social Science (SPSS) version 12.0. dan Microsoft

Office Excel 2007. Semua data deskriftif diterjemahkan dalam bentuk min dan

sisihan piawai (min + SP). Analisis ststistik melibatkan pengujian ‘One Way

ANOVA’ bagi membandingkan tindak balas kadar nadi dan konsentrasi asid laktik

di kalangan atlet bola jaring peringkat universiti semasa perlawanan mengikut

kumpulan posisi pemain penyerang, tengah dan pertahanan.

Page 38: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my · Permainan bola jaring mula diperkenalkan pada tahun 1891 oleh Dr. James Naismith di Springfield, Massachusetts Amerika Syarikat dan kini

20

BAB 4

ANALISIS DATA

4.1 Ujian Makmal

4.1.1 Ciri-Ciri Fizikal Subjek

Ciri-ciri fizikal subjek seperti umur, berat dan ketinggian mengikut

kumpulan posisi pemain penyerang, tengah dan pertahanan diterjemahkan di dalam

Jadual 4.1. Berdasarkan analisis data yang dilakukan, umur, berat, tinggi dan SP

(min+SP) subjek dalam kajian ini masing-masing adalah 21.9 + 0.4 tahun, 60.3 +

3.1 kg dan 170 + 5.0 cm.

Page 39: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my · Permainan bola jaring mula diperkenalkan pada tahun 1891 oleh Dr. James Naismith di Springfield, Massachusetts Amerika Syarikat dan kini

23

Jadual 4.1 : Taburan bilangan subjek mengikut umur, berat dan ketinggian, (N=7)

KUMPULAN

POSISI

POSISI

Umur

Berat (kg)

Tinggi(cm)

Penyerang

GA 21 57 168

GS 22 63 181

Tengah

WA 22 62 169

WD 22 65 171

C 22 59.9 169

Pertahanan

GK 20 50 172

GD 22 57 165

Purata 21.6 59.1 170

Sisihan Piawai 0.8 5.0 5.1

4.1.2 Kadar Nadi Maksimum

Bagi mengenalpasti kadar nadi maksimum di kalangan subjek, data dianalisis

dengan menggunakan min dan sisihan piawai. Seperti yang ditunjukkan pada

Jadual 4.2, min kadar nadi maksimum dikalangan atlet bola jaring peringkat

universiti ialah 181.9 + 0.8 bpm. Posisi WD mencatatkan kadar nadi maksimum

yang paling tinggi iaitu 200.0 + 0.0 bpm berbanding dengan posisi WA yang

mencatatkan kadar nadi maksimum yang terendah iaitu 171.7 + 1.6 bpm. Diikuti

dengan posisi GK (183.7 + 0.4 bpm), GD (181 + 0.5 bpm), GS (180.8 + 0.4 bpm)

dan C (179.3 + 0.9 bpm) dengan min keseluruhan kadar nadi maksimum bagi

kesemua posisi ialah 181.9 + 0.8 bpm. Perbandingan ini boleh dilihat dengan jelas

dengan merujuk Rajah 4.1.

Page 40: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my · Permainan bola jaring mula diperkenalkan pada tahun 1891 oleh Dr. James Naismith di Springfield, Massachusetts Amerika Syarikat dan kini

24

Jadual 4.2 : Bacaan kadar nadi maksimum mengikut posisi individu

Rajah 4.1 : Perbandingan kadar nadi maksimum mengikut posisi individu

POSISI

JUMLAH (MIN + SP)

GA

176.8 + 2.0 bpm

GS

180.8 + 0.4 bpm

WA

171.7 + 1.6 bpm

WD

200.0 + 0.0 bpm

C

179.3 + 0.9 bpm

GD

181.0 + 0.5 bpm

GK

183.7 + 0.4 bpm

JUMLAH

181.9 + 0.8 bpm

Page 41: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my · Permainan bola jaring mula diperkenalkan pada tahun 1891 oleh Dr. James Naismith di Springfield, Massachusetts Amerika Syarikat dan kini

25

Jadual 4.3 : Bacaan kadar nadi maksimum mengikut kumpulan posisi pemain

penyerang, tengah dan pertahanan

Setiap posisi pemain telah dikategorikan mengikut kumpulan posisi pemain

penyerang, tengah dan pertahanan. Berdasarkan Jadual 4.3, kumpulan posisi pemain

tengah mencatatkan min kadar nadi maksimum yang paling tinggi iaitu 183.7 + 0.8

bpm, diikuti dengan kumpulan posisi pemain pertahanan (182.4 + 0.3 bpm) dan

kumpulan posisi penyerang (178.8 + 1.2 bpm). Perbandingan kadar nadi maksimum

mengikut kumpulan posisi pemain turut dipaparkan di dalam bentuk graf bar

berpalang (Rajah 4.2).

KUMPULAN

POSISI

POSISI

HRmax

(bpm)

SP

JUMLAH

(MIN + SP)

PENYERANG

GA

176.8

2.0

178.8 + 1.2 bpm

GS

180.8

0.4

TENGAH

WA

171.7

1.6

183.7 + 0.8 bpm

WD

200.0

0.0

C

179.3

0.9

PERTAHANAN

GD

181.0

0.5

182.4 + 0.3 bpm

GK

183.7

0.4

JUMLAH (MIN + SP)

181.6 + 0.5 bpm

Page 42: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my · Permainan bola jaring mula diperkenalkan pada tahun 1891 oleh Dr. James Naismith di Springfield, Massachusetts Amerika Syarikat dan kini

26

Rajah 4.2 : Perbandingan kadar nadi maksimum mengikut kumpulan posisi pemain

penyerang, tengah dan pertahanan

4.1.3 Konsentrasi Asid Laktik

Jadual 4.4 menunjukkan konsentrasi asid laktik maksimum mengikut posisi

individu. Posisi GK telah mencatatkan konsentrasi asid laktik maksimum yang

tinggi iaitu 9.7 mmol/L berbanding dengan posisi C yang mencatatkan konsentrasi

asid laktik maksimum yang terendah iaitu 5.8 mmol/L. Ini diikuti dengan posisi

WA (8.2 mmol/L), GA (7.4 mmol/L), WD (7.3 mmol/L), GS (7.1 mmol/L) dan GD

(5.9 mmol/L). Perbandingan konsentrasi asid laktik LApre dan LApost boleh dilihat

dengan merujuk Rajah 4.3 dengan min konsentrasi LApre adalah 2.6 + 0.4 mmol/L

dan LA post adalah 7.3 + 1.2 mmol/L.

Page 43: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my · Permainan bola jaring mula diperkenalkan pada tahun 1891 oleh Dr. James Naismith di Springfield, Massachusetts Amerika Syarikat dan kini

27

Jadual 4.4 : Konsentrasi asid laktik maksimum mengikut posisi pemain

Rajah 4.3 : Perbandingan konsentrasi asid laktik mengikut posisi

POSISI

LApre (mmol/L

LApost (mmol/L)

GA

2.3

7.4

GS

3.3

7.1

WA

2.6

8.2

WD

2.8

7.3

C

2.4

5.8

GD

2.7

5.9

GK

1.9

9.7

JUMLAH (MIN + SP)

2.6 + 0.4 mmol/L

7.3 + 1.2 mmol/L

Page 44: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my · Permainan bola jaring mula diperkenalkan pada tahun 1891 oleh Dr. James Naismith di Springfield, Massachusetts Amerika Syarikat dan kini

28

Jadual 4.5 : Konsentrasi asid laktik maksimum mengikut kumpulan posisi pemain

penyerang, tengah dan pertahanan

Berdasarkan data konsentrasi asid laktik maksimum dengan merujuk pada

Jadual 4.5, kumpulan posisi pertahanan mencatatkan jumlah min konsentrasi asid

laktik yang tertinggi iaitu (7.8 + 2.7 mmol/L) diikuti dengan kumpulan posisi

penyerang (7.3 + 0.2 mmol/L) dan kumpulan posisi tengah (7.1 + 1.2 mmol/L).

Peningkatan konsentrasi asid laktik pada peringkat awal hingga maksimum dapat

dilihat dengan jelas dengan merujuk pada Rajah 4.4.

POSISI

KUMPULAN

POSISI

LApre

(mmol/L)

LApost

(mmol/L)

JUMLAH(MIN + SP)

LApre

LApost

PENYERANG

GA

2.3

7.4

2.8 + 0.7 mmol/L

7.3 + 0.2 mmol/L

GS

3.3

7.1

TENGAH

WA

2.6

8.2

2.6 + 0.2 mmol/L

7.1 + 1.2 mmol/L

WD

2.8

7.3

C

2.4

5.8

PERTAHANAN

GD

2.7

5.9

2.3 + 0.6 mmol/L

7.8 + 2.7 mmol/L

GK

1.9

9.7

JUMLAH (MIN + SP)

2.6 + 0.5 mmol/L

7.4 + 1.4 mmol/L

Page 45: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my · Permainan bola jaring mula diperkenalkan pada tahun 1891 oleh Dr. James Naismith di Springfield, Massachusetts Amerika Syarikat dan kini

29

Rajah 4.4 : Perbandingan konsentrasi asid laktik maksimum mengikut kumpulan

posisi pemain penyerang, tengah dan pertahanan

4.2 Perlawanan Simulasi

4.2.1 Tindak balas Kadar Nadi

Bagi mengenalpasti tindak balas kadar nadi perlawanan di kalangan subjek,

data dianalisis menggunakan min dan sisihan piawai. Jadual 4.6 menunjukkan

tindak balas kadar nadi perlawanan setiap posisi pemain untuk semasa separuh

masa pertama dan separuh masa kedua. Kajian menunjukkan posisi WD

mencatatkan kadar nadi pada keseluruhan perlawanan yang paling tinggi iaitu 198.5

+ 10.5 bpm berbanding posisi GS yang mencatatkan tindak balas kadar nadi pada

keseluruhan perlawanan yang paling rendah iaitu 151.2 + 11.6 bpm. Posisi yang

lain masing-masing adalah GA (167.2 + 21.8 bpm), WA (60.8 + 9.4 bpm), C (178.9

+ 5.8), GD (172.5 + 13.5 bpm) dan GK (174.5 + 10.9 bpm). Peningkatan kadar nadi

Page 46: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my · Permainan bola jaring mula diperkenalkan pada tahun 1891 oleh Dr. James Naismith di Springfield, Massachusetts Amerika Syarikat dan kini

30

perlawanan di antara separuh masa pertama dan separuh masa kedua didapati

meningkat keseluruhannya pada kesemua posisi (Rajah 4.5).

Jadual 4.6 : Bacaan kadar nadi perlawanan separuh masa pertama dan separuh masa

kedua mengikut posisi

POSISI

HRmatch

(MIN + SP)

= 1st Half

HRmatch

(MIN + SP)

= 2st Half

JUMLAH

(MIN + SP)

GA

161.4 + 26.5

173.0 + 13.6

167.2 + 21.8 bpm

GS

150.8 + 12.2

151.6 + 11.1

151.2 + 11.6 bpm

WA

160.1 + 9.1

161.6 + 9.7

160.8 + 9.4 bpm

WD

196.9 + 13.8

200.0 + 5.6

198.5 + 10.5 bpm

C

178.0 + 7.1

179.8 + 4.1

178.9 + 5.8 bpm

GD

166.1 + 15

178.8 + 8.2

172.5 + 13.5 bpm

GK

169.6 + 12.5

179.4 + 5.9

174.5 + 10.9 bpm

JUMLAH

(min + SP)

169.0 + 13.7

174.9 + 8.3

172.0 + 11.9 bpm

Page 47: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my · Permainan bola jaring mula diperkenalkan pada tahun 1891 oleh Dr. James Naismith di Springfield, Massachusetts Amerika Syarikat dan kini

31

Rajah 4.5 : Perbandingan kadar nadi perlawanan separuh masa pertama dan separuh

masa kedua mengikut posisi

Data yang diperolehi pada setiap posisi telah dikategorikan mengikut

kumpulan masing-masing iaitu kumpulan posisi pemain penyerang, tengah dan

pertahanan. Dengan merujuk pada Jadual 4.7, didapati kumpulan posisi pemain

tengah yang terdiri daripada WA, WD dan C mencatatkan kadar nadi perlawanan

tertinggi iaitu 179.4 + 8.6 bpm, diikuti dengan kumpulan posisi pemain pertahanan

yang terdiri daripada GD dan GK yang mencatatkan kadar nadi perlawanan 173.6 +

12.2 bpm. Manakala kumpulan posisi pemain penyerang yang terdiri daripada GD

dan GK mencatatkan kadar nadi perlawanan yang terendah berbanding dengan

kumpulan posisi pemain yang lain iaitu 159.2 + 16.7 bpm. Perbandingan kadar nadi

perlawanan di antara ketiga-tiga kumpulan posisi pemain tersebut turut ditunjukkan

pada Rajah 4.6.

Page 48: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my · Permainan bola jaring mula diperkenalkan pada tahun 1891 oleh Dr. James Naismith di Springfield, Massachusetts Amerika Syarikat dan kini

32

Jadual 4.7 : Bacaan kadar nadi perlawanan mengikut kumpulan posisi pemain

penyerang, tengah dan pertahanan

Rajah 4.6 : Perbandingan kadar nadi nadi perlawanan mengikut kumpulan posisi

pemain penyerang, tengah dan pertahanan

POSISI

KUMPULAN

POSISI

MIN + SP

JUMLAH

(MIN + SP)

PENYERANG

GA

167.2 + 21.8 bpm

159.2 + 16.7 bpm

GS

151.2 + 11.6 bpm

TENGAH

WA

160.8 + 9.4 bpm

179.4 + 8.6 bpm

WD

198.5 + 10.5 bpm

C

178.9 + 5.8 bpm

PERTAHANAN

GD

172.5 + 13.5 bpm

173.6 + 12.2 bpm

GK

174.5 + 10.9 bpm

Page 49: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my · Permainan bola jaring mula diperkenalkan pada tahun 1891 oleh Dr. James Naismith di Springfield, Massachusetts Amerika Syarikat dan kini

33

Jadual 4.8 : Intensiti perlawanan berdasarkan tindak balas kadar nadi mengikut

posisi dan kumpulan posisi di dalam bentuk peratusan

Bacaan kadar nadi perlawanan telah dibahagikan dengan bacaan kadar nadi

maksimum yang diperolehi ketika Ujian Makmal (Fasa I) untuk mendapatkan

intensiti perlawanan di dalam bentuk peratusan. Jadual 4.8 menunjukkan posisi C

telah mencatatkan intensiti perlawanan yang paling tinggi iaitu 99.8% diikuti dengan

WD (99.3%), GK (95.5%), GD (95.3%), GA (94.6%), WA (93.7%), dan GS

(83.6%). Perbandingan intensiti perlawanan pada setiap posisi telah dipaparkan di

dalam bentuk graf (Rajah 4.7).

POSISI

KUMPULAN

POSISI

INTENSITI

JUMLAH (min + sp)

PENYERANG

GA

94.6%

89.1 + 7.8%

GS

83.6%

TENGAH

WA

93.7%

97.6 + 3.4%

WD

99.3%

C

99.8%

PERTAHANAN

GD

95.3%

95.4 + 0.1%

GK

95.5%

JUMLAH

94.0 + 3.9%

Page 50: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my · Permainan bola jaring mula diperkenalkan pada tahun 1891 oleh Dr. James Naismith di Springfield, Massachusetts Amerika Syarikat dan kini

34

Rajah 4.7 : Perbandingan intensiti perlawanan mengikut posisi individu

Rajah 4.8 : Perbandingan intensiti perlawanan mengikut kumpulan posisi pemain

penyerang, tengah dan pertahanan di dalam bentuk peratusan

Page 51: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my · Permainan bola jaring mula diperkenalkan pada tahun 1891 oleh Dr. James Naismith di Springfield, Massachusetts Amerika Syarikat dan kini

35

Berdasarkan Jadual 4.8 juga, kumpulan posisi pemain tengah telah

mencatakan jumlah intensiti perlawanan paling tinggi iaitu 97.6%, diikuti dengan

kumpulan posisi pemain pertahanan 95.4% dan kumpulan posisi pemain penyerang

89.1% (Rajah 4.8).

4.2.2 Konsentrasi Asid Laktik

Jadual 4.9 : Konsentrasi asid laktik maksimum mengikut posisi individu

Jadual 4.9 menunjukkan konsentrasi asid laktik maksimum mengikut posisi

individu. Posisi WD mencatatkan asid laktik maksimum yang tinggi iaitu 5.3

mmol/L berbanding dengan posisi GS yang telah mencatatkan konsentrasi asid

laktik maksimum yang rendah iaitu 2.9 mmol/L. Diikuti dengan posisi GK (84.6

mmol/L), GD (4.5 mmol/L), C (4.1 mmol/L), WA (3.9 mmol/L) dan GA (3.4

mmol/L). Perbandingan konsentrasi asid laktik LApre dan LApost bagi setiap individu

telah dipaparkan pada Rajah 4.9 di mana min konsentrasi LApre adalah 2.8 + 0.2

mmol/L dan LApost 4.1 + 0.8 mmol/L.

POSISI

LApre (mmol/L)

LApost (mmol/L)

GA

3.0

3.4

GS

2.5

2.9

WA

3.1

3.9

WD

2.9

5.3

C

2.6

4.1

GD

2.8

4.5

GK

2.7

4.6

JUMLAH (MIN + SP)

2.8 + 0.2 mmol/L

4.1 + 0.8 mmol/L

Page 52: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my · Permainan bola jaring mula diperkenalkan pada tahun 1891 oleh Dr. James Naismith di Springfield, Massachusetts Amerika Syarikat dan kini

36

Rajah 4.9 : Perbandingan konsentrasi asid laktik mengikut posisi individu

Berdasarkan data konsentrasi asid laktik maksimum seperti yang ditunjukkan

pada Jadual 4.10, kumpulan posisi pemain pertahanan telah mencatatkan

konsentrasi asid laktik maksimum yang tertinggi iaitu (4.6 + 0.1 mmol/L) diikuti

dengan posisi kumpulan tengah (4.4 + 0.8 mmol/L) dan kumpulan posisi penyerang

(3.2 + 0.4 mmol/L) dan gambaran tersebut dapat dilihat dengan jelas dengan

merujuk Rajah 4.10.

Page 53: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my · Permainan bola jaring mula diperkenalkan pada tahun 1891 oleh Dr. James Naismith di Springfield, Massachusetts Amerika Syarikat dan kini

37

Jadual 4.10 : Konsentrasi asid laktik maksimum mengikut kumpulan posisi pemain

penyerang, tengah dan pertahanan

Rajah 4.10 : Perbandingan konsentrasi asid laktik maksimum mengikut kumpulan

posisi pemain penyerang, tengah dan pertahanan

POSISI

KUMPULAN

POSISI

LApre

(mmol/L)

LApost

(mmol/L)

JUMLAH (MIN + SP)

LApre

LApost

PENYERANG

GA

3.0

3.4

2.8 + 0.4 mmol/L

3.2 + 0.4 mmol/L

GS

2.5

2.9

TENGAH

WA

3.1

3.9

2.9 + 0.3 mmol/L

4.4 + 0.8 mmol/L

WD

2.9

5.3

C

2.6

4.1

PERTAHANAN

GD

2.8

4.5

2.8 + 0.1 mmol/L

4.6 + 0.1 mmol/L

GK

2.7

4.6

JUMLAH(MIN + SP)

2.8 + 0.3 mmol/L

4.1 + 0.4mmol/L

Page 54: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my · Permainan bola jaring mula diperkenalkan pada tahun 1891 oleh Dr. James Naismith di Springfield, Massachusetts Amerika Syarikat dan kini

38

4.4 Analisis Inferensi

Data yang diperolehi dianalisis dengan menggunakan ujian ANOVA sehala

bagi melihat sama ada terdapat perbezaan intensiti perlawanan yang signifikan

antara kumpulan posisi pemain penyerang, tengah dan pertahanan. Nilai signifikan

untuk menguji hipotesis kajian ditetapkan pada aras signifikan 0.05.

Analisis menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan bagi intensiti

perlawanan berdasarkan tindak balas kadar nadi di kalangan atlet bola jaring

peringkat universiti mengikut kumpulan posisi pemain penyerang, tengah dan

pertahanan. Analisis juga menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan

bagi intensiti perlawanan berdasarkan konsentrasi asid laktik di kalangan atlet bola

jaring peringkat universiti mengikut kumpulan posisi pemain penyerang, tengah dan

pertahanan (P > 0.05). Ini menunjukkan intensiti perlawanan di kalangan atlet bola

jaring peringkat universiti tidak mempunyai perbezaan mengikut kumpulan posisi

pemain penyerang, tengah dan pertahanan.

Page 55: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my · Permainan bola jaring mula diperkenalkan pada tahun 1891 oleh Dr. James Naismith di Springfield, Massachusetts Amerika Syarikat dan kini

54

BAB 5

RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN

5.1 Tindak balas Kadar Nadi Semasa Perlawanan

Hasil daripada dapatan kajian, penyelidik mendapati min kadar nadi

maksimum bagi kesemua posisi pada separuh masa pertama adalah 169 + 13.7 bpm,

manakala min pada separuh masa kedua ialah 172 + 11.9 bpm. Ini menunjukkan

bahawa perlawanan tersebut telah dimainkan pada intensiti yang tinggi (Fohrenbach

et al., 1987). Memandangkan bola jaring merupakan permainan yang bersela di

mana pada satu keadaan pemain akan berlari dengan pantas, melompat, melakukan

halangan dan berlari perlahan serta mempunyai batasan pergerakan bagi setiap

posisi pemain maka berlakunya kadar nadi perlawanan yang berbeza-beza bagi

setiap posisi pemain.

Kajian ini mendapati posisi WD mencatatkan kadar nadi perlawanan yang

paling tinggi iaitu 198.5 + 10.5 bpm berbanding dengan posisi GS yang mencatatkan

kadar nadi perlawanan yang paling rendah iaitu 151.2 + 11.6 bpm diikuti dengan

posisi C (178.9 + 5.8 bpm), GK (174.5 + 10.9 bpm), GD (172.5 + 13.5 bpm), GA

(167.2 + 21.8 bpm) dan WA (160.8 + 9.4 bpm).

Page 56: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my · Permainan bola jaring mula diperkenalkan pada tahun 1891 oleh Dr. James Naismith di Springfield, Massachusetts Amerika Syarikat dan kini

39

Terdapat dua faktor yang mungkin menyebabkan kepelbagaian tindak balas

kadar nadi berdasarkan perlawanan tersebut. Pertama adalah dari segi taktikal,

penyelidik berpendapat kedua-dua pasukan lawan telah merangka strategi pasukan

dengan meminimumkan hantaran bola daripada hantaran tengah yang dibawa oleh C

ke kawasan D dan menghadkan pergerakan posisi GA keluar daripada kawasan D

untuk mendapatkan bola. Sebagai contoh kadar nadi perlawanan bagi posisi GA

lebih rendah berbanding posisi GK dan GD disebabkan balingan bola yang

minimum, tetapi berdasarkan intensiti perlawanan yang telah dianalisis (pengiraan

yang dicadangkan oleh Dumitrescu dan Lliuta, 1978) menunjukkan posisi GA

mencatatkan peratus intensiti yang tinggi iaitu 94.6% sepanjang perlawanan

berlangsung. Menurut Woolford dan Angrove (1992), kadar nadi perlawanan yang

melebihi 90% menunjukkan penggunaan oksigen yang paling maksimum dan

menandakan berlakunya percampuran penggunaan sistem tenaga semasa perlawanan

berlangsung. Oleh yang demikian penyelidik berpendapat sewaktu GA berlari

keluar dari kawasan D untuk mendapatkan bola proses penggunaan tenaga anaerobik

telah berlaku, sebaik sahaja GA berpeluang untuk menjaringkan gol berlaku

penggunaan tenaga dari sumber aerobik.

Contoh yang kedua ialah tindak balas kadar nadi perlawanan yang dicatatkan

bagi posisi GS adalah yang paling rendah iaitu 151.2 + 11.6 bpm. Menurut

Woolford dan Angrove (1992) juga, klasifikasi intensiti berdasarkan kadar nadi di

antara 150 - 170 bpm adalah tergolong di dalam jenis intensiti yang sederhana.

Menepati kajian yang dijalankan oleh mereka, penyelidik mendapati GS

mencatatkan intensiti perlawanan sebanyak 83.6%. Penyelidik berpendapat GS

tidak mempunyai kadar kerja yang tinggi pada sepanjang perlawanan kerana kadar

nadi akan meningkat seiring dengan kadar kerja yang dilakukan (Karvonen dan

Vuorimaa, 1998). Ini mungkin disebabkan jaringan gol lebih kepada GA yang

berpotensi atau berpeluang mendapat bola dari luar kawasan penjaring.

Page 57: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my · Permainan bola jaring mula diperkenalkan pada tahun 1891 oleh Dr. James Naismith di Springfield, Massachusetts Amerika Syarikat dan kini

40

Faktor yang kedua yang menyebabkan kepelbagaian tindak balas kadar nadi

berdasarkan perlawanan tersebut ialah persembahan atau corak permainan daripada

pihak lawan tersebut. Penyelidik mendapati GK dan GD pasukan daripada

peringkat universiti kerap mengekori GS dan GA dari pasukan lawan. Kekerapan

GA dan GS daripada pihak lawan mendapat bola memaksa GK dan GD daripada

pasukan peringkat universiti melakukan lebih kerja. Berdasarkan intensiti

perlawanan masing-masing mencatatkan sebanyak 95.4% dan 95.3%. Teori

menyatakan kadar nadi terhasil melalui kadar kerja yang banyak. Semakin banyak

kadar kerja yang dilakukan semakin tinggi kadar nadi perlawanan dicatatkan (Lear

et al., 1999).

Bagi perbandingan intensiti perlawanan di antara ketiga-tiga kumpulan posisi

pemain iaitu penyerang, tengah dan pertahanan, analisis menunjukkan posisi tengah

mencatatkan min intensiti perlawanan yang tinggi iaitu 97.6% diikuti dengan

kumpulan posisi pertahanan dan penyerang di mana masing-masing mencatatkan

95.4% dan 89.1%. Berdasarkan pemerhatian penyelidik, posisi tengah memainkan

peranan yang penting iaitu sebagai pengantara bagi kedua-dua kumpulan posisi yang

lain. Kumpulan daripada posisi tengah banyak melakukan kerja dengan berlari,

melompat, melakukan halangan aktif dan hanya menggunakan masa bermain kira-

kira 10% pada keseluruhan perlawanan dengan berlari perlahan dan halangan pasif

(Steele dan Chad, 1992). Kadar kerja yang tinggi menyebabkan peningkatan pada

tindak balas kadar nadi dan secara tidak langsung intensiti perlawanan juga

meningkat.

5.2 Konsentrasi Asid Laktik

Analisis konsentrasi asid laktik menunjukkan posisi WD telah mencatatkan

konsentrasi asid laktik yang paling tinggi iaitu sebanyak 5.3 mmol/L, manakala

posisi GS telah mencatatkan konsentrasi asid laktik yang paling rendah iaitu 2.9

mmol/L. Paras asid laktik yang tinggi menunjukkan sistem anaerobik telah

mempengaruhi subjek, manakala paras asid laktik yang rendah menunjukkan sistem

Page 58: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my · Permainan bola jaring mula diperkenalkan pada tahun 1891 oleh Dr. James Naismith di Springfield, Massachusetts Amerika Syarikat dan kini

41

aerobik yang mempengaruhi subjek (McArdle et al., 2000). Oleh kerana permainan

bola jaring merupakan sejenis permainan yang bersela, maka berlaku pertindihan

sistem anaerobik dan sistem aerobik sepanjang perlawanan berlangsung.

Berdasarkan intensiti perlawanan posisi WD mencatatkan intensiti yang tinggi iaitu

99.3%. Memandangkan WD merupakan kumpulan posisi pemain tengah, intensiti

perlawanan meningkat secara berkadar dengan kadar kerja. Kadar kerja yang lebih

kepada sistem anaerobik menyebabkan paras asid laktik meningkat dan

memperlahankan proses pemulihan disebabkan kekurangan tenaga dari sumber

aerobik (McArdle et al., 2000).

Selain itu, bagi posisi GS yang mencatatkan asid laktik yang paling rendah

dan intensiti perlawanan sebanyak 83.6%, penyelidik berpendapat kadar kerja yang

rendah oleh GS tidak mempengaruhi konsentrasi asid laktik untuk melepasi tahap

ambang anaerobik seperti yang dinyatakan oleh Mader (1991). Di dalam situasi ini

GS banyak menggunakan sumber tenaga aerobik daripada sumber tenaga anaerobik.

Situasi ini berkemungkinan berlaku disebabkan GA yang lebih aktif serta berpotensi

mendapat bola dan seterusnya menjaringkan gol berbanding dengan GS.

Berdasarkan analisis mengikut kumpulan posisi pemain, kumpulan posisi

pertahanan mencatatkan konsentrasi asid laktik yang tinggi iaitu 4.6 mmol/L.

Berdasarkan pemerhatian penyelidik, oleh kerana perlawanan ini merupakan

perlawanan yang mempunyai persaingan di antara satu sama lain, kumpulan posisi

pertahanan banyak melakukan kadar kerja dengan mengekori pergerakan GA dan

GS pihak lawan. Situasi yang berlaku ini telah melibatkan penggunaan sumber

tenaga anaerobik. Tetapi sebaik sahaja GS dan GA pihak lawan berpeluang

menjaringkan gol, situasi ini telah melibatkan sumber tenaga aerobik. Justeru itu,

pertindihan pelbagai sumber tenaga menyebabkan konsentrasi asid laktik tidak

terlalu tinggi dan tidak terlalu rendah.

Page 59: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my · Permainan bola jaring mula diperkenalkan pada tahun 1891 oleh Dr. James Naismith di Springfield, Massachusetts Amerika Syarikat dan kini

42

5.3 Kesimpulan

Dapatan kajian menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan di antara

tindak balas kadar nadi semasa perlawanan di kalangan atlet bola jaring peringkat

universiti mengikut kumpulan posisi pemain penyerang, tengah dan pertahanan.

Analisis statistik juga menunjukkan tidak terdapat perbezaan konsentrasi asid laktik

sebelum dan selepas perlawanan di kalangan atlet bola jaring peringkat universiti

mengikut kumpulan posisi pemain penyerang, tengah dan pertahanan. Oleh yang

demikian, hipotesis nol (Ho1) dan hipotesis nol (Ho2) telah diterima, manakala

hipotesis alternatif (Ha1) dan (Ha2) telah ditolak.

5.4 Cadangan

Setelah kajian dijalankan, penyelidik dapat menyatakan beberapa cadangan

yang boleh dilakukan untuk meningkatkan penyelidikan ini pada masa hadapan.

Antaranya dari segi pemilihan subjek, pengkaji mencadangkan kajian dijalankan

dengan melibatkan subjek yang lebih ramai. Penglibatan subjek yang ramai akan

menyebabkan dapatan kajian lebih tepat dan mempunyai kebolehpercayaan yang

lebih tinggi. Penyelidik juga mencadangkan kajian semasa perlawanan simulasi

merangkumi kedua - dua pasukan yang bermain.

Selain itu, penyelidik mencadangkan pada kajian yang akan datang subjek

diuji melalui kawalan nutrisi. Kesan pengambilan nutrisi seperti minuman

mengandungi glukos atau minuman berisotonik boleh dilihat sama ada dapat

mempengaruhi intensiti semasa perlawanan bagi setiap posisi pemain.

Page 60: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my · Permainan bola jaring mula diperkenalkan pada tahun 1891 oleh Dr. James Naismith di Springfield, Massachusetts Amerika Syarikat dan kini

43

RUJUKAN

Achten, J. dan Jeukendrup, A.E. (2003). Heart Rate Monitor: Application And

Limitation. Sports Medicine. 33:517-538.

Allison, B. (1978). A Practical Application Of Specificity In Netball Training.

Sports Coach. 2 : 9 – 13.

Arts, F. J. P. dan Kuipers, H. (1994). The Relation Between Power Output, Oxygen

Uptake And Heart Rate In Male Athletes. International Journal of Sports

Medicine. 15:228-231.

Astrand, P.O. dan Rodahl, K. (1985). Textbook Of Work Physiology. New York:

McGraw-Hill.

Bale, P. dan Hunt, S. (1986). The Physique, Body Composition And Training

Variables Of Elite And Good Netball Players In Relation To Playing Position.

Australian Journal Of Sciences And Medicine in Sports. 18:16-19.

Bangsbo, J. (1998). Quantification Of Anaerobic Energy Production During

Intensity Exercise. Medicine and Science in Sports and Exercise. 30: 47-52.

Brooks, G.A., Fahey, T.D., dan White, T.P. (1996). Exercise Physiology: Human

Bionergetics And Its Application.(2nd ed.) Mountainview, CA: Mayfield.

Bowers R., Fox, E. dan Foss, M. (1993). The Physiological Basis For Exercise And

Sport. (5th ed.) Madison, W.I: Brown dan Benchmark.

Dumitrescu, C. dan Lluita, M. (1978). Relative Intensity Of Physical Activity And

Risk Of Coronary Heart Disease. Circulation .107:1110 - 1116.

Fohrenbach, R., Mader, A. dan Hollmann, W. (1987). Determination Of Endurance

Capacity And Prediction Of Exercise Intensities For Training And Competition

In Marathon Runners. International Journal of Sports Medicine. 8:11-18.

Ghosh, A.K., Rauf Iqbal, V.K., Soni, N., Sharma dan Mukhopadhyay, S. (1995).

Heart Rate And Blood Lactate Response In Limited Over Criket Match.

Scientific Journal. 23 (2):21-23.

Page 61: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my · Permainan bola jaring mula diperkenalkan pada tahun 1891 oleh Dr. James Naismith di Springfield, Massachusetts Amerika Syarikat dan kini

44

Meyer, T., Gabriel, H.H.W. dan Kimdermann, W. (1999). Is Determination Of

Exercises Intensities As Percentage Of VO2max or HRmax adequate? Medicine

and Science In Sports Exercises. 31:1342-1345.

Hills, A.P., Byrne N.M. dan Ramage, A.J. (1998). Submaximal Markers Of

Exercises Intensity. Journal Of Sports Science 16:71-76.

Hopper, D.M., Hopper, J.L. dan Elliot, B.C. (1995). Do selected Kinathropometric

And Performance Variable Predict Injuries In Female Netball Players? Journal

Of Sports Sciences 13:213-222.

Karvonen, J. dan Vuorimaa, T. (1998) Heart Rate And Exercise Intensity During

Sports Activities. Sports Medicine. 5:303 -312.

King, C.N. dan Senn, M.D. (1996). Exercise Testing And Prescription, Practical

Recommendations For The Sedentary. Sports Medicine. 21:326-336.

Lambert, M.I., Mbambo, Z.H. dan St Clair Gibson, A. (1998) Heart Rate During

Training And Competition For Long Distance Running. Journal of Sports

Science. 16: 85 - 90.

Lear, S.A., Brozic, A., Myers, J.N. dan Ignaszewski, A. (1999). Exercises Stress

Testing: An Overview Of Current Guidelines. Sports Medicine. 16: 375-392.

Mader, A. (1991). Evaluation Of The Endurance Performance Of Marathonrunners

& Theoretical Analysis Of Test Result. Journal Sports Medicine Physicall

Fitness 25(31):1-19.

McArdle, W., Magel, J. dan Kyvallos, L. (2000) Aerobic Capacity, Heart Rate And

Estimated Energy Cost During Women’s Competive Basketbal. Sports

Medicine 42 :178-186.

Myers, J. dan Ashley, E. (1997). Dangerous Curves. A Perspective On Exercise,

Lactate And The Anaerobic Threshold. Chest. 111:787-795.

Noble, B.J. (1986). Physiology Of Exercise And Sport. St. Louis, Missouri: Times

Mirror/Mosby College Publishing.

Otago, L. (1983). A Game Analysis Of The Activity Patterns Of Netball Players.

Sports Coach. 7:24-28.

Platanou, T. dan Geladas, N. (1996) The Influence Of Game Duration And Playing

Position On Intensity Of Exercise During Match - Play In Elite Water Polo

Players.(Report). Journal of Sports Sciences.

Pusat Perkembangan Kurikulum (2002). Buku Sumber Sains Sukan Tingkatan 5.

Edisi Julai. Kementerian Pendidikan Malaysia

Page 62: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my · Permainan bola jaring mula diperkenalkan pada tahun 1891 oleh Dr. James Naismith di Springfield, Massachusetts Amerika Syarikat dan kini

45

Rodriguez-Alonso, M., Fernandez-Garcia, B., Perez-Landaluce, J., dan Terrados, N.

(2003). Blood Lactate And Heart Rate During National And International

Women’s Basketball. Journal Of Sports Medicine and Physical Fitness.

43:432-436.

Steele, J.R. dan Chad, K.E. (2000). An Analysis Of The Movement Patterns Of

Netball Players During Match Play: Implications For Designing Training

Programmes. Sports Coach. 15 (1):21- 28.

Weltman, A. (1995) The blood lactate response to exercise. (1st ed.) Human

Kinetics, Champaign, Illinois.

Wilmore, J. dan Costill, D. (1994) Physiology of Sport and Exercise. (1st ed.) Human

Kinetics, Champaign, Ilinois.

Woolford dan Angrove (1992). A Comparison Of Training Techniques And Game

Intensities For National Level Netball Players. Sports Coach. 14:18-21.

Woolford dan Angrove (1992). Game Intensities In Elite Netball Players. Sports

Coach. 15: 28-32.

Page 63: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my · Permainan bola jaring mula diperkenalkan pada tahun 1891 oleh Dr. James Naismith di Springfield, Massachusetts Amerika Syarikat dan kini

46

LAMPIRAN A

SURAT PERLANTIKAN SUBJEK

Ida Haryati Bt. Hj Satibi,

4 SPS, Fakulti Pendidikan,

Universiti Teknologi Malaysia,

81310 Skudai,

Johor.

Kepada,

………………………………

………………………………

……………………………… 27 Januari 2008

Saudara/ri,

PERLANTIKAN SEBAGAI SUBJEK PROJEK SARJANA MUDA (PSM)

Merujuk kepada perkara di atas, dengan sukacitanya dimaklumkan bahawa

saudara/ri telah dipilih sebagai subjek bagi kajian PSM saya yang bertajuk

“Perbandingan Intensiti Perlawanan Mengikut Kumpulan Posisi Atlet Bola Jaring

Peringkat Universiti”

2. Sesi taklimat dan penerangan tentang prosedur kajian dan perkara-perkara

yang perlu dilakukan oleh subjek akan diadakan seperti butir-butir di bawah:

Tarikh : 30 Januari 2008

Hari : Rabu

Masa : 3.00 pm

Tempat : Dewan Serbaguna Kolej Tun Fatimah, UTM.

3. Segala kerjasama yang diberikan oleh pihak saudara/ri amat saya hargai dan

didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

……………………………

(IDA HARYATI BINTI HJ SATIBI)

Page 64: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my · Permainan bola jaring mula diperkenalkan pada tahun 1891 oleh Dr. James Naismith di Springfield, Massachusetts Amerika Syarikat dan kini

47

LAMPIRAN B

SURAT PERJANJIAN SUBJEK

SURAT PERJANJIAN

Nama : ………………………………………………………

No. KP : ………………………………

No. Matrik : ………………………………

Saya seperti nama dan nombor kad pengenalan seperti di atas, dengan ini

akan bertanggungjawab sepenuhnya jika berlaku sebarang kecederaan atau

kemalangan ke atas diri saya sepanjang tempoh kajian ini. Saya juga tidak akan

mengambil sebarang tindakan mahkamah dan tatatertib terhadap pihak penyelidik,

Fakulti Pendidikan dan Universiti Teknologi Malaysia di atas kecelakaan dan

kecederaan yang dialami oleh diri saya sepanjang tempoh latihan dan ujian yang

akan dijalankan. Saya juga akan mematuhi segala arahan, peraturan dan langkah-

langkah yang telah ditetapkan oleh penyelidik semasa latihan dan ujian yang akan

dijalankan.

Saya mengaku bahawa segalanya adalah benar dan dipersetujui tanpa

sebarang paksaan dari mana-mana pihak. Segala maklumat dan juga data peribadi

yang diambil tidak akan didedahkan kepada mana-mana pihak kecuali dalam bentuk

data bernombor.

Sekian, terima kasih.

Yang Benar,

…………………………………….

( )

Page 65: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my · Permainan bola jaring mula diperkenalkan pada tahun 1891 oleh Dr. James Naismith di Springfield, Massachusetts Amerika Syarikat dan kini

48

LAMPIRAN C

BORANG MAKLUMAT PERIBADI SUBJEK

REKOD KESIHATAN DAN KECERGASAN DIRI

(untuk makluman anda, segala butiran pengenalan diri yang dikemukakan akan dirahsiakan dan

hanya digunakan untuk tujuan penyelidikan sahaja)

BAHAGIAN A: MAKLUMAT PERIBADI

Nama : _____________________________________

No. Kad Pengenalan : _____________________________________

Alamat : _______________________________________________

_______________________________________________

No. Telefon : Rumah: _____________ Telefon Bimbit: ___________

Email : ________________________________

Bangsa : Melayu / Cina / India / lain-lain (nyatakan) ____________

Status perkahwinan : Belum berkahwin / Berkahwin

Warganegara : _________________________

Tarikh Lahir : _____/______/19_____ Umur : ________tahun

Berat Badan : ________________kg Tinggi : ________cm

Permainan : ____________

BAHAGIAN B : PENILAIAN REKOD KESIHATAN

Adakah anda mempunyai masalah berikut:

Masalah Jantung

Tekanan Darah Tinggi

Masalah Pernafasan

Diabetis Mellitus

Pembedahan yang pernah dilakukan dalam masa 6 bulan yang lepas

Kerosakan otot, sendi, ligamen, tendon atau tulang

Nyatakan penyakit selain yang dinyatakan seperti di atas (jika ada) : ____________

Ya Tidak

Page 66: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my · Permainan bola jaring mula diperkenalkan pada tahun 1891 oleh Dr. James Naismith di Springfield, Massachusetts Amerika Syarikat dan kini

49

BAHAGIAN C: PENGLIBATAN SUKAN

Sila tandakan (�) pada pilihan anda.

i) Tempoh penglibatan dalam sukan

1-3 tahun

4-6 tahun

7-9 tahun

10-12 tahun

13-15 tahun

iii) Tempoh latihan anda dalam seminggu

1-2 kali

3-4 kali

5-6 kali

7 kali atau ke atas

iv) Tempoh latihan anda sehari

Kurang daripada 1 jam

1 jam

2 jam

3 jam

4 jam dan ke atas

v) Sukan kegemaran anda

Jogging

Berenang

Badminton

Futsal

Tenis

Lain-lain (nyatakan) : ____________

Page 67: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my · Permainan bola jaring mula diperkenalkan pada tahun 1891 oleh Dr. James Naismith di Springfield, Massachusetts Amerika Syarikat dan kini

50

LAMPIRAN D

BORANG SKOR SUBJEK

BORANG SKOR ATLET

NAMA ATLIT:

BERAT:

PERMAINAN:

TEMPAT:

TINGGI:

POSISI:

FASA I : UJIAN MAKMAL TARIKH :

Berlari di atas treadmill ( Bruce Protocol)

CATATAN PENGUJIAN SEBELUM SELEPAS

a. Bacaan asid laktik (mmol/L)

b. Bacaan kadar nadi (bpm)

FASA II : PERMAINAN SIMULASI TARIKH :

Bemain mengikut posisi dalam jangkamasa yang ditetapkan.

CATATAN PENGUJIAN SEBELUM SELEPAS

a. Bacaan asid laktik (mmol/L)

b. Bacaan kadar nadi maksimum (bpm)

CATATAN PENGUJI:

Page 68: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my · Permainan bola jaring mula diperkenalkan pada tahun 1891 oleh Dr. James Naismith di Springfield, Massachusetts Amerika Syarikat dan kini

51

LAMPIRAN E

ANALISIS ANOVA (KADAR NADI)

Page 69: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my · Permainan bola jaring mula diperkenalkan pada tahun 1891 oleh Dr. James Naismith di Springfield, Massachusetts Amerika Syarikat dan kini

52

Page 70: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my · Permainan bola jaring mula diperkenalkan pada tahun 1891 oleh Dr. James Naismith di Springfield, Massachusetts Amerika Syarikat dan kini

53

LAMPIRAN F

ANALISIS UJIAN ANOVA SEHALA (KONSENTRASI ASID LAKTIK)

Page 71: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my · Permainan bola jaring mula diperkenalkan pada tahun 1891 oleh Dr. James Naismith di Springfield, Massachusetts Amerika Syarikat dan kini

54

Page 72: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my · Permainan bola jaring mula diperkenalkan pada tahun 1891 oleh Dr. James Naismith di Springfield, Massachusetts Amerika Syarikat dan kini

55

LAMPIRAN G

GRAF CORAK KADAR NADI SUBJEK GA

1. Latihan Makmal

2. Perlawanan Simulasi

Page 73: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my · Permainan bola jaring mula diperkenalkan pada tahun 1891 oleh Dr. James Naismith di Springfield, Massachusetts Amerika Syarikat dan kini

56

LAMPIRAN H

GRAF CORAK KADAR NADI SUBJEK GS

1. Ujian Makmal

2. Perlawanan Simulasi

Page 74: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my · Permainan bola jaring mula diperkenalkan pada tahun 1891 oleh Dr. James Naismith di Springfield, Massachusetts Amerika Syarikat dan kini

57

LAMPIRAN I

GRAF CORAK KADAR NADI SUBJEK WA

1. Ujian Makmal

2. Perlawanan Simulasi

Page 75: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my · Permainan bola jaring mula diperkenalkan pada tahun 1891 oleh Dr. James Naismith di Springfield, Massachusetts Amerika Syarikat dan kini

58

LAMPIRAN J

GRAF CORAK KADAR NADI POSISI WD

1. Ujian Makmal

Page 76: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my · Permainan bola jaring mula diperkenalkan pada tahun 1891 oleh Dr. James Naismith di Springfield, Massachusetts Amerika Syarikat dan kini

59

LAMPIRAN K

GRAF CORAK KADAR NADI POSISI C

1. Ujian Makmal

2. Perlawanan Simulasi

Page 77: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my · Permainan bola jaring mula diperkenalkan pada tahun 1891 oleh Dr. James Naismith di Springfield, Massachusetts Amerika Syarikat dan kini

60

LAMPIRAN L

GRAF CORAK KADAR NADI POSISI GD

1. Ujian Makmal

2. Perlawanan Simulas

Page 78: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my · Permainan bola jaring mula diperkenalkan pada tahun 1891 oleh Dr. James Naismith di Springfield, Massachusetts Amerika Syarikat dan kini

61

LAMPIRAN M

GRAF CORAK KADAR NADI POSISI GK

1. Ujian Makmal

2. Perlawanan Simulasi