UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my · PDF filekeputusan ujian kecergasan fizikal...
Transcript of UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my · PDF filekeputusan ujian kecergasan fizikal...
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini
adalah memadai dari skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan
Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Sains Sukan).”
Tandatangan : _________________________
Nama Penyelia : EN. MUHAMAD HAFIZ BIN ISMAIL
Tarikh : 28 APRIL 2008
PSZ 19:16 (Pind. 1/07)
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS
Nama Penulis : RUSMARIA BINTI AB RAHMAN
Tarikh Lahir : 05 MEI 1983
Judul : “UNI–AKTIF”: PEMBINAAN SISTEM PENGURUSAN PANGKALAN DATA
DAN NORMA UJIAN KECERGASAN FIZIKAL PELAJAR SAINS SUKAN,
UTM SKUDAI
Sesi Pengajian : 2007/2008
Saya dengan ini mengakui bahawa tesis ini diklasifikasikan sebagai:
SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau
kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA
RAHSIA RASMI 1972)
TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh
organisasi/ badan di mana penyelidikan dijalankan)
TIDAK TERHAD
Saya mengaku bahawa Universiti Teknologi Malaysia mempunyai hak untuk menyimpan tesis ini
seperti berikut :
1. Tesis ini adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia.
2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian
sahaja.
3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi
pengajian tinggi.
Disahkan oleh:
__________________________ ____________________________
(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)
830505-11-5384 __ EN. MUHAMAD HAFIZ BIN ISMAIL
(NO. KAD PENGENALAN) (NAMA PENYELIA)
Tarikh :30 April 2008 Tarikh : 30 April 2008
�
CATATAN : * Potong yang tidak berkenaan.
** Jika Tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak
berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali tempoh tesis ini perlu
dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.
“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini
adalah memadai dari skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan
Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Sains Sukan).”
Tandatangan : _________________________
Nama Penyelia : EN. MUHAMAD HAFIZ BIN ISMAIL
Tarikh : 30 APRIL 2008
“UNI–AKTIF”: PEMBINAAN SISTEM PENGURUSAN PANGKALAN DATA
DAN NORMA UJIAN KECERGASAN FIZIKAL PELAJAR SAINS SUKAN,
UTM SKUDAI.
RUSMARIA BINTI AB RAHMAN
Laporan Projek Ini Dikemukakan
Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat Penganugerahan
Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Sains Sukan)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
April 2008
ii
“ Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan
dan ringkasan yang tiap – tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.
Tandatangan : .……………………………………
Nama Penulis : RUSMARIA BINTI AB RAHMAN
Tarikh : 28 APRIL 2008
iii
DEDIKASI
“Bersyukur kepada ALLAH S.W.T kerana masih memanjangkan usia ku”
Buat Mak (Rokiah bt Deraman) dan Arwah Ayah........
Tanpa mu, maka tiadalah aku didunia ini,
Syukur dan terima kasih atas segala penat lelah dan
Doa yang tidak pernah mengenal erti jemu demi kejayaanku,
Akan ku kenang sehingga ke akhir hayatku.
Buat Suami yang tercinta Mohamad Rahimi bin Sulaiman......
Terima kasih di atas cinta, kasih sayang, sokongan dan
pengorbananmu.
Buat Abang (Abg Lan, Abg Li, Maddy), Kakak (Kak Na, Kak Liza,Kak Ros,
Maa) Adik (Haa, Lini dan Eynu).........
Dengan dorongan, bantuan dan juga semangat yang
diberikan, Akhirnya ku dapat membawa pulang segulung
ijazah yang selama ini dinanti-nantikan.
Buat Pensyarah Penyelia yang dikagumi, En. Muhamad Hafiz bin Ismail....
Terima kasih atas bantuan dan tunjuk ajar yang diberikan,
Moga-moga ALLAH S.W.T memberkati mu.
Tidak Lupa Juga Kepada Rakan Seperjuangan..........
Jasa kalian amat ku hargai terima kasih atas segalanya,
Akan ku kenang buat selama-lamanya.
iv
PENGHARGAAN
Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah dan Maha Mengasihani
Selawat dan Salam ke atas junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W dan para
sahabat. Syukur Alhamdulillah, dengan izinnya dapatlah saya menyiapkan Projek
Sarjana Muda mengikut tempoh yang telah ditetapkan.
Dengan sempurnanya penyelidikan ini, saya dengan rasa rendah hati dan
tulus ikhlas merakamkan penghargaan kepada pensyarah penyelia Projek Sarjana
Muda saya, En. Muhamad Hafiz bin Ismail atas segala bimbingan, tunjuk ajar,
teguran dan nasihat yang diberikan sepanjang penyelidikan ini dijalankan. Tidak
lupa juga kepada pensyarah yang turut membantu menyumbangkan idea dan
pandangan, Pn. Halijah bt Ibrahim.
Tidak lupa juga kepada rakan-rakan seperjuangan (sha, add, salman, abg rem,
cik lee, aty, lini, ida, mail, wyn, jb, mas, cikgu, arin, min, arol, pok sak, alex, apis, lan,
mat yo, juki, nasir, duan, ann, pian, pie, salleh, nik, shida, fiza, adah, omar, ong, bear,
immi, rahmah, jaa, ana, eda, tam, gee, eija, sue, syed) dan dan individu yang terlibat
sama ada secara langsung atau pun tidak langsung dalam penulisan ini.
Akhir sekali buat mak, suami, abang, kakak, adik yang tersayang, segala doa
restu dan dorongan kalian amat dihargai. Semoga usaha ini sentiasa diberkati Allah
SWT dan dapat dimanfaatkan.
Wassalam.
Rusmaria Ab Rahman,
April, 2008
v
ABSTRAK
“UNI-AKTIF” adalah satu sistem pengurusan pangkalan data yang
digunakan untuk menganalisis data dan norma pelajar Sains Sukan UTM Skudai
melalui ujian kecergasan fizikal berasaskan kesihatan dan lakuan motor. Perisian ini
dibangunkan menggunakan perisian Macromedia Dreamweaver 8 dan Macromedia
ColdFusion MX 7. Manakala pangkalan data dibangunkan menggunakan perisian
Microsoft Access 2003. Sistem ini bertujuan untuk membangunkan pangkalan data
bagi memudahkan proses menyimpan dan menganalisis data kecergasan fizikal
berserta norma setiap komponen kecergasan fizikal. Terdapat 11 item ujian
kecergasan yang diuji dan ianya dibahagikan kepada dua bahagian iaitu lima ujian
kecergasan fizikal berasaskan kesihatan dan enam ujian kecergasan fizikal
berasaskan lakuan motor. Pengklasifikasian norma diperolehi hasil daripada
keputusan ujian kecergasan fizikal pelajar Sains Sukan UTM Skudai yang berumur
antara 20 – 30 tahun. Norma ujian yang ditetapkan mempunyai lima kriteria iaitu
cemerlang, sangat baik, baik, sederhana dan lemah. Perisian ini merangkumi enam
pautan utama iaitu halaman utama, prosedur ujian, norma ujian, daftar pelajar,
keputusan ujian, laporan dan hubungi. Hasil kajian mendapati Sistem Pengurusan
Pangkalan Data “UNI-AKTIF” ini dapat membantu dalam tugas – tugas merekod
dan menganalisis data pelajar dan turut memudahkan para pensyarah Sains Sukan di
IPTA khususnya di UTM melakukan pengujian dan berupaya mengenalpasti prestasi
pelajar dengan pantas, tepat dan sistematik.
vi
ABSTRACT
“UNI-AKTIF” is defined as database management system which is used to
analysis data and norms of Sport Science students UTM, Skudai. The test choosen
was based on physical health and motor system. This software was developed using
Macromedia Dreamweaver 8 and Macromedia Coldfusion MX7. Meanwhile, data
management system was developed using Microsoft Access 2003 software. This
system functions to developed data management which can storage and analyze
physical data with the norms of each component of physical fitness test. There are
11 items that have been tested and are divided into two categories which are five
health related physical fitness test and six skill related physical fitness test. The
results are obtained through the students of Sport Science, UTM Skudai aged
between 20 – 30 years old. Five likert scales which are very excellent, excellent,
good, average and weak were used in the study. The software consist six links which
are main page, test procedures, test norms, students registration, test results, report
and contact. The result shown that “UNI-AKTIF” database management system
helped in recording students activities and analyze student data. Besides that, this
system helped UTM Sport Science lecturers to conduct this test and to identify
student performance effectively.
vii
ISI KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI RAJAH ix
SENARAI SINGKATAN xi
SENARAI LAMPIRAN xii
1 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 4
1.3 Pernyataan Masalah 5
1.4 Objektif Kajian 5
1.5 Persoalan Kajian 6
1.6 Kerangka Teori 7
1.7 Kepentingan Kajian 9
1.8 Skop dan Batasan Kajian 9
1.9 Definisi Operasional 10
1.10 Penutup 13
viii
2 SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan 14
2.2 Ujian Kecergasan Fizikal 14
2.3 Sistem Pengurusan Pangkalan Data 29
2.4 Penutup 35
3 METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 36
3.2 Model Pendekatan Sistem 36
3.3 Keperluan Pembinaan Sistem 38
3.4 Spesifikasi Perkakasan dan Perisian Sokongan 42
3.5 Reka bentuk Sistem 43
3.6 Pembinaan Norma Ujian 44
3.7 Prosedur Kajian 47
3.8 Penutup 48
4 REKA BENTUK PERISIAN
4.1 Pengenalan 49
4.2 Pakej Perisian 50
4.3 Penutup 71
5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 72
5.2 Perbincangan 72
5.3 Rumusan 80
5.4 Cadangan 81
5.5 Penutup 83
RUJUKAN 84
LAMPIRAN (A – P) 88
ix
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT
1.1 Kerangka Teori Kajian 8
2.1 Formula Indeks Jisim Badan (BMI) 16
2.2 Halaman utama Perisian
FITNESSGRAM/ACTIVITYGRAM 8.0. 20
2.3 Contoh laporan FITNESSGRAM . 21
2.4 Halaman utama Program BSDI Fitness Analyst. 22
2.5 Halaman utama Perisian Universal Fitness
Tester (BSDI Fitness Analyst) 23
2.6 Contoh laporan penilaian BSDI Fitness 24
2.7 Halaman utama Senior Fitness Test (Human Kinetics) 25
2.8 Norma kebangsaan Perisian Senior Fitness Test
(Human Kinetics) bagi pengguna lelaki dan perempuan. 26
2.9 Halaman utama Perisian Fitstats (Fitness
Assessment Software). 27
2.10 Contoh Keputusan Ujian daripada Perisian
Fitstats (Fitness Assessment Software). 28
3.1 Model Kitaran Hayat Pembangunan Sistem (SDLC) 38
4.1 Paparan Alamat Perisian 50
4.2 Paparan Login Pengguna 50
4.3 Paparan Utama 51
4.4 Paparan Prosedur Ujian 52
4.5 Paparan Video 53
4.6 Paparan Pendaftaran Pelajar 54
4.7 Paparan Maklumbalas 54
x
4.8 Paparan Keputusan Ujian Berasaskan Kesihatan 55
4.9 Paparan Keputusan Ujian Berasaskan Kesihatan 56
4.10 Paparan Norma Ujian 57
4.11 Norma Ujian Indeks Jisim Badan (BMI) 58
4.12 Norma Ujian Bleep 59
4.13 Norma Ujian Tekan Tubi 60
4.14 Norma Ujian Bangkit Tubi Variasi 61
4.15 Norma Ujian Duduk dan Jangkau 62
4.16 Norma Ujian Lompat Jauh Berdiri 63
4.17 Norma Ujian Lari Ulang – Alik 10 meter 64
4.18 Norma Ujian Lari Pecut 40 meter 65
4.19 Norma Ujian Dirian Bangau 66
4.20 Norma Ujian Masa Respon Nelson 67
4.21 Norma Ujian Menggelecek Bola Keranjang 68
4.22 Paparan Laporan Keputusan Pelajar 69
4.23 Paparan Senarai Pelajar 70
4.24 Paparan Hubungi 71
xi
SENARAI SINGKATAN
ASP : Active Server Pages
BMI : Body Mass Index
CBIS : Computer Based Information System
CFM : Macromedia ColdFusion
CGI : Common Gateway Interface Script
DBMS : Database Management System
GIF : Graphic Interchange Format
GUI : Graphic User Interface
HTML : Hypertext Markup Language
IT : Information Technology
PERL : Practical Extraction and Report Language
PHP : Personal Homepage Hypertext Preprocessor
SPDUKF : Sistem Pangkalan Data Ujian Kecergasan Fizikal
SQL : Structured Query Language
WHO : World Health Organization
WYSIWYG : What You See is What You Get
xii
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT
A Prosedur Ujian Indeks Jisim Badan (BMI) 88
B Prosedur Ujian Bleep 89
C Prosedur Ujian Tekan Tubi 91
D Prosedur Ujian Bangkit Tubi Variasi 93
E Prosedur Ujian Duduk dan Jangkau 95
F Prosedur Ujian Lompat Jauh Berdiri 96
G Prosedur Ujian Lari Ulang – Alik 10 meter 97
H Prosedur Ujian Lari Pecut 40 meter 98
I Prosedur Ujian Dirian Bangau 99
J Prosedur Ujian Masa Respons Nelson 100
K Prosedur Ujian Menggelecek Bola Keranjang 101
L Borang Skor 102
M Pengesahan Pakar Bidang 105
N STRUKTUR DATA 106
(Pangkalan Data Microsoft Access spd.mdb)
O Carta Alir Perhubungan antara Table dalam 111
pangkalan data Microsoft access SPDUKF (spd.mdb)
P Contoh Pengaturcaraan Macromedia ColdFusion 112
dan Dreamweaver SPDUKF (Norma Ujian)
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Corak hidup sedantari masyarakat masa kini menyebabkan tahap kecergasan
fizikal individu semakin menurun. Aktiviti kecergasan dianggap kurang
mendatangkan faedah. Memandangkan betapa seriusnya masalah ini, masyarakat
Malaysia harus sedar betapa pentingnya melakukan aktiviti – aktiviti fizikal.
Penyelidikan – penyelidikan yang telah dijalankan menunjukkan bahawa aktiviti –
aktiviti fizikal adalah penting dalam kehidupan kita. Aktiviti – aktiviti fizikal yang
cergas dan yang diamalkan selalu adalah satu – satunya cara yang boleh membantu
ke arah mewujudkan masyarakat yang sihat dan produktif.
1.1.1 Kecergasan fizikal
Kecergasan secara keseluruhannya boleh didefinisikan sebagai integrasi
komponen – komponen mental, sosial, emosi, fizikal dan rohani. Kecergasan ini
membolehkan individu memberi sumbangan yang bermakna kepada masyarakat dan
negara. Kecergasan keseluruhan mencerminkan perasaan seseorang individu
tentang kehidupan serta keupayaan diri berfungsi dengan lebih cekap dan berkesan
(Ahli Panel Buku Sumber Guru Sains Sukan KBSM, 2004).
2
Menurut Clarke (1979) (petikan Safrit, 1981) kecergasan fizikal ialah
keupayaan melaksanakan tugas harian dengan cekap dan cergas tanpa merasa
kepenatan yang berlebihan serta mempunyai tenaga yang mencukupi untuk aktiviti
riadah. Selain daripada itu seseorang yang cergas dari segi fizikal harus sanggup
menghadapi cabaran – cabaran yang mungkin akan timbul. Kecergasan fizikal
merupakan satu faktor yang menentukan tahap tenaga yang kita miliki. Mengikut
Corbin dan Lindsey (1994) kecergasan fizikal dapat ditakrifkan sebagai keupayaan
keseluruhan organ manusia berfungsi dengan efisien dan berkesan.
Kecergasan fizikal mengikut Falls (1980) boleh dibahagikan kepada dua
bahagian iaitu kecergasan untuk kesihatan dan juga kecergasan untuk prestasi sukan.
Ujian kecergasan fizikal banyak dilaksanakan di peringkat sekolah, maktab dan
institusi tinggi. Melalui ujian kecergasan ini, banyak data yang dipungut dan
direkodkan untuk simpanan. Pengendalian data yang sistematik diperlukan agar
data yang diperolehi menjadi maklumat yang bermakna.
1.1.2 Sistem Pangkalan Data
Sistem pangkalan data dikaitkan dengan kebolehan komputer melaksanakan
kefungsiannya sebagai satu alat elektronik yang boleh diprogramkan oleh manusia.
Secara umumnya, fungsi utama komputer ialah mengubah sesuatu data kepada
maklumat. Menurut Baharuddin et al. (2000), data merujuk kepada sesuatu yang
tidak tersusun atau tidak mempunyai organisasi yang teratur manakala maklumat
pula merujuk kepada data yang telah digubah kepada yang lebih tersusun dan
bermakna. Menurut Gillenson (2005), manusia berminat pada data sejak lebih
daripada 12,000 tahun dahulu. Walaupun hari ini kita seringkali kaitkan data
dengan komputer, menurut sejarahnya terdapat banyak lagi kaedah yang primitif
untuk mengendalikan dan menyimpan data.
Pangkalan data adalah satu satu koleksi data dan program yang
membolehkan pengguna mencapai maklumat yang diperlukan bagi pelbagai
kegunaan. Contoh pangkalan data ialah seperti Sistem Maklumat Perbankan. Bank
mempunyai ramai pelanggan di mana mereka mempunyai akaun – akaun dan
3
simpanan masing – masing. Oleh itu banyak data yang perlu disimpan untuk rujukan
mereka. Ini bermakna bank mesti mempunyai sistem maklumat yang juga dikenali
sebagai pangkalan data dan boleh menyimpan, mengubah serta menghapus data
tersebut.
Sistem pangkalan data juga adalah satu sistem yang boleh membantu
pengguna menyimpan data dengan sistematik. Untuk membuat capaian kepada
pangkalan data kita hendaklah menggunakan perisian yang dikenali sebagai Sistem
Pengurusan Pangkalan Data (DMBS). DMBS adalah satu set aturcara yang direka
bentuk untuk menguruskan maklumat seperti menambah, mengemaskini dan
mendapatkan semula data yang sedia ada dalam pangkalan data. Terdapat lima
komponen utama dalam sistem pengurusan pangkalan data (DBMS) iaitu
perkakasan, perisian, perisian, data, prosedur dan orang (Connolly dan Begg, 1999).
Contoh DBMS ialah seperti Microsoft Access, Fox Pro, C ++, COBOL dan
sebagainya.
Menurut Date (2004), sistem pangkalan data pada asasnya hanyalah sistem
penyimpanan rekod secara berkomputer. Pengguna yang menggunakan sistem
pangkalan data mampu mengubah, memadam dan merekod data yang baru.
Pengguna sistem boleh melaksanakan atau meminta sistem untuk melakukan
pelbagai operasi yang terlibat contohnya adalah seperti berikut:
1. Menambahkan fail baru ke dalam pangkalan data.
2. Memasukkan data ke dalam fail yang sedia ada.
3. Memperbetulkan data daripada fail yang sedia ada.
4. Memadam data daripada data yang sedia ada.
5. Menukar data di dalam fail yang sedia ada.
6. Membuang fail yang sedia ada daripada pangkalan data.
4
1.2 Latar Belakang Masalah
Dalam era teknologi masa kini, komputer berperanan penting dalam
membantu kerja – kerja pengurusan pentadbiran sekolah yang mana telah diakui
kesahihannya. Penggunaan komputer dalam bidang pendidikan meliputi bidang
pengurusan, pembelajaran dan pengajaran serta pengajian (Chee, 1986). Menurut
Wan Mohd Zahid (1993), sekolah disarankan menggunakan komputer sebagai
instrumen pengendalian pengurusan dan pentadbiran.
Selain itu, beliau amat setuju dengan peranan komputer dalam meningkatkan
kecekapan dalam operasi pentadbiran. Pendapat ini disokong oleh Rofidah (1989)
yang menyatakan bahawa
“the computer is a rich and complex tool that is increasingly being used in
many functional areas with this in mind, the usage of the computer in the
school administration should be explored”.
Pernyataan ini menyarankan pihak sekolah agar mengoptimumkan
penggunaan komputer dalam pengurusan harian. Selaras dengan itu, pengurusan
data ujian kecergasan fizikal ini juga merupakan sebahagian daripada pengurusan
yang tidak pernah dipandang remeh oleh pihak pentadbir dan juga seharusnya
menyahut saranan itu. Namun demikian, pada hakikatnya masih wujud begitu ramai
pentadbir yang enggan menggunakan alat teknologi tersebut dalam pengurusan
contohnya melalui kajian Abang Ahmad Ridzuan (1992) yang menyatakan bahawa
“sikap keseluruhan pentadbiran terhadap penggunaan komputer dalam
pentadbiran adalah positif, namun kira – kira 85% pentadbir menyatakan
rasa kerisauan/tidak selesa menggunakan komputer, tidak senang orang
bercakap tentang komputer (87%), tidak berupaya menggunakan komputer
(75%)”.
Abang Ahmad Ridzuan (1992) memaklumkan bahawa walaupun sikap
keseluruhan pentadbiran terhadap komputer adalah positif, namun masih ada mereka
yang tidak memanfaatkan penggunaan komputer sepenuhnya.
5
1.3 Pernyataan Masalah
Berdasarkan kepada latar belakang masalah yang dinyatakan iaitu amalan
dalam pengurusan data ujian kecergasan pada masa kini, rata – ratanya masih
mengamalkan kaedah lama yang menggunakan pengurusan data secara manual iaitu
pengamalan kaedah konvensional dalam pengurusan dan pentadbiran. Pengamalan
kaedah konvensional tersebut bukan sahaja melemahkan sistem pengurusan malah
telah menimbulkan pelbagai kelemahan seperti penggunaan banyak borang semasa
melaksanakan ujian. Selain itu, masalah tiadanya sistem maklumat ujian kecergasan
fizikal yang sempurna dan mudah dioperasikan turut menjadi penyumbang kepada
faktor penggunaan komputer yang kurang menggalakkan dalam pengurusan ujian
kecergasan fizikal di peringkat universiti, maka kajian ini bertujuan untuk membina
satu Sistem Pengurusan Pangkalan Data Ujian Kecergasan Fizikal di peringkat
universiti.
1.4 Objektif Kajian
Objektif kajian yang telah ditetapkan oleh pembangun adalah seperti
berikut:
1.4.1 Membina prototaip Sistem Pengurusan Pangkalan Data “Uni – Aktif” yang
mesra pengguna dengan berasaskan prosedur kerja merekod dan mengurus
keputusan ujian kecergasan fizikal pelajar yang sedia ada.
1.4.2 Menilai kefungsian prototaip dari aspek kemudahan dan kecekapan Sistem
Pengurusan Pangkalan Data “Uni – Aktif” dalam menguruskan data ujian
kecergasan fizikal pelajar setelah digunakan oleh responden.
1.4.3 Membina norma hasil daripada data ujian kecergasan fizikal pelajar sains
sukan UTM Skudai bagi membangunkan prototaip Sistem Pengurusan
Pangkalan Data “Uni – Aktif”.
6
1.5 Persoalan Kajian
1.5.1 Adakah prototaip Sistem Pengurusan Pangkalan Data “Uni – Aktif” ini dapat
memudahkan pensyarah di Fakulti Pendidikan merekod data pengujian
pelajar?
1.5.2 Adakah prototaip Sistem Pengurusan Pangkalan Data “Uni – Aktif” dapat
membantu memudahkan pensyarah di Fakulti Pendidikan dalam menentukan
tahap pencapaian pelajar?
1.5.3 Adakah prototaip Sistem Pengurusan Pangkalan Data “Uni – Aktif” dapat
membantu memudahkan pensyarah di Fakulti Pendidikan dalam membuat
analisa keputusan ujian kecergasan pelajar?
1.5.4 Adakah prototaip Sistem Pengurusan Pangkalan Data “Uni – Aktif” cekap
dalam melaksanakan tugas merekod segala data ujian kecergasan fizikal
pelajar?