UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my · universiti teknologi malaysia borang pengesahan status...
Transcript of UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my · universiti teknologi malaysia borang pengesahan status...
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS
JUDUL: TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN MEMBUAT HIPOTESIS DAN MENDEFINISI SECARA OPERASI DI KALANGAN PELJAR KIMIA FAKULTI PENDIDIKAN, UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA, SKUDAI, JOHOR
SESI PENGAJIAN: 2007/2008
Saya NURULHAMIZAH BINTI AZMAN
(HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk
tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sabagai pertukaran antara institusi
pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( )
SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau
kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam (AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan
oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD
Disahkan oleh ____________________________ ____________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap: NO. 17, JALAN TIMAH 2, TAMAN SRI PUTRI, PROF. MADYA AZIZ BIN NORDIN 81300 SKUDAI, JOHOR.. Nama Penyelia Tarikh: __________________ Tarikh:___________________
CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak
berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.
Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).
“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini
adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan ijazah
Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Kimia).”
Tandatangan :
Nama Penyelia: PROF. MADYA AZIZ BIN NORDIN
Tarikh :
TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN MEMBUAT HIPOTESIS DAN
MENDEFINISI SECARA OPERASI DI KALANGAN PELAJAR KIMIA
FAKULTI PENDIDIKAN, UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA,
SKUDAI, JOHOR
NURULHAMIZAH BINTI AZMAN
Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada
syarat penganugerahan ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Kimia)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
APRIL, 2008
ii
“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan
yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.”
Tandatangan :
Nama Penulis : NURULHAMIZAH BINTI AZMAN
Tarikh :
iii
DEDIKASI
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.....
Terima kasih ku ucapakan buat semua insan yang banyak membantu perjalanan
hidupku selama ini. Terutamanya buat keluarga tercinta, para pendidik serta
sahabat-sahabat yang sentiasa bersama-sama memberi diri ini sokongan dan bantuan
untuk menempuh liku-liku kehidupan.
Oleh itu, terimalah nukilan ini, khas buat semua insan yang amat ku sayangi:
Buat emak dan abah,
Terima kasih atas segala jasamu,
Tidak ternilai harganya kasih sayang yang dikau curahkan.
Buat along, abang dan ayang,
Ku merasakan diri ini cukup bertuah kerana dikurniakan keluarga seperti kalian,
Sesungguhnya, kalian tidak ada tolok gantinya di dunia ini.
Buat semua pendidik,
Terima kasih atas segala ilmu yang dikau titipkan,
Semoga ilmu ini akan memberi manfaat kepadamu dan diriku, di dunia dan akhirat.
Buat semua sahabat-sahabat perjuangan,
Tanpa kalian, hilanglah seri hidupku ini,
Semoga ukhuwah yang kita bina, akan kekal mekar selamanya.
Sekian, salam sayang dariku:
~ QURRATUL AIN (“,) ~
iv
PENGHARGAAN
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang,
Ku panjatkan rasa kesyukuran ke hadrat-NYA dengan penuh rasa keinsafan kerana
memberikan diriku yang kerdil ini kudrat untuk menyempurnakan kajian ini dengan
sebaik-baiknya.
Pertama-tamanya saya ingin mengucapkan terima kasih yang tiada
sempadannya kepada ke dua ibu bapa saya serta adik beradik saya yang banyak
memberikan sokongan serta nasihat kepada saya dalam usaha untuk menyiapkan
kajian ini.
Terima kasih yang tidak terhingga juga saya tujukan buat penyelia-penyelia
saya iaitu Prof Madya Aziz Bin Nordin dan Puan Nor Hasniza Binti Ibrahim atas
kesungguhannya dalam memberikan bimbingan dan tunjuk ajar kepada saya.
Akhir kata, di kesempatan ini, saya juga ingin merakamkan jutaan terima
kasih kepada sahabat-sahabat serta insan-insan yang telah membantu saya secara
langsung atau tidak langsung dalam menjayakan kajian ini.
Sekian, Terima kasiah. Wassalam,
Nurulhamizah Binti Azman
v
ABSTRAK
Kemahiran Proses Sains Bersepadu merupakan satu elemen penting dalam
pembelajaran sains. Memandangkan, Kemahiran Proses Sains Bersepadu amat perlu
dikuasai oleh semua pelajar, maka kajian ini telah dijalankan bagi mengukur tahap
penguasaan pelajar dalam kemahiran ini. Hanya dua jenis kemahiran sahaja yang diuji
iaitu Kemahiran Membuat Hipotesis dan Kemahiran Mendefinisi Secara Operasi.
Kajian ini telah melibatkan responden yang terdiri daripada pelajar Pendidikan Kimia,
Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor. Seramai lapan puluh sembilan orang
bakal guru daripada setiap tahun pengajian diuji bagi menjayakan kajian ini. Instrumen
kajian yang digunakan adalah berbentuk soal selidik. Nilai kebolehpercayaan kajian ini
ialah α=0.87. Data mentah yang diperolehi, diproses untuk mendapatkan frekuensi,
peratusan dan min dengan menggunakan perisian Statistical Package for the Social
Science versi 11.5 (SPSS 11.5). Selain itu, ujan-t juga digunakan untuk melihat
perbezaan tahap penguasaan kemahiran yang diuji bagi dua kursus pendidikan kimia
yang dikaji. Dapatan kajian yang diperolehi mendapati purata tahap penguasaan
Kemahiran Membuat Hipotesis berada di tahap baik sementara Kemahiran Mendefinisi
Secara Operasi berada di tahap yang sederhana sahaja. Kajian ini juga mendapati
terdapat perbezaan tahap penguasaan Kemahiran Proses Sains Bersepadu yang
signifikan bagi pelajar tahun akhir pendidikan kimia yang diuji.
vi
ABSTRACT
The skill of Integrated Science Process is one of the most important elements in
learning science. Since students are required to master the skill of the Integrated Science
Process, so this research has been conducted to measure students performance level in
this skill. Two skills that have been tested are Hypothesis Making Skills and
Operational Definition Skills. Eighty nine future teachers from Chemistry Education
Students, University Technology Malaysia, Skudai, Johor took part in this research. A
set of questionnaires was used to obtain data. Reliability value for this research is
α=0.87. The raw data obtained, is processed to get the frequency, percentage and mean
by using Statistical Package for the Social Science software version 11.5 (SPSS 11.5).
In addition t-test was used to compare the performance of two chemistry courses
students. The results showed that the average level for Hypothesis Making Skills is
good while Operational Definition Skills is at the medium level only. This research has
also shown that there are significant differences among the groups of final year
education chemistry students in Integrated Science Process.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA HALAMAN
BORANG PENGESAHAN TESIS
PERAKUAN PENYELIA
JUDUL i
PERAKUAN PELAJAR ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
ISI KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xi
SENARAI SINGKATAN xii
SENARAI LAMPIRAN xiv
1 PENDAHULUAN 1
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 3
1.2.1 Pelajar gagal menguasai KPS 4
1.2.2 Guru faktor pelajar gagal menguasai
KPS 5
1.3 Pernyataan Masalah 7
1.4 Objektif Kajian 7
1.5 Persoalan Kajian 8
1.6 Hipotesis Kajian 8
1.7 Kepentingan Kajian 9
viii
1.7.1 Bakal-bakal Guru 9
1.7.2 Para Pendidik 10
1.7.3 Kementerian Pelajaran Malaysia 11
1.7.4 Pihak Sekolah 11
1.7.5 Pihak Universiti 12
1.8 Batasan Kajian 12
1.9 Definisi Operasional 13
1.9.1 Tahap Penguasaan 13
1.9.2 Kemahiran Proses Sains 13
1.9.3 Membuat Hipotesis 14
1.9.4 Mendefinisi Secara Operasi 14
1.10 Penutup 14
2 SOROTAN KAJIAN 15
2.1 Pengenalan 15
2.2 Kemahiran Proses Sains (KPS) 16
2.3 Perkembangan Kemahiran Proses Sains (KPS) 18
2.4 Pelaksanaan Amali Dalam Proses Pengajaran
dan Pembelajaran 19
2.5 Instrumen Untuk Menguji KPS 20
2.6 Kajian Berkaitan KPS 21
2.7 Penutup 26
3 METODOLOGI KAJIAN 27
3.1 Pengenalan 27
3.2 Reka Bentuk Kajian 27
3.3 Sampel Kajian 29
3.4 Instrumen Kajian 30
3.4.1 Bahagian A: Maklumat peribadi
Pelajar 30
3.4.2 Bahagian B: Ujian Penilaian Tahap
Kemahiran Saintifik
(Objektif) 31
ix
3.4.3 Bahagian C: Ujian Penilaian Tahap
Kemahiran Saintifik
(Struktur) 31
3.5 Prosedur Kajian 32
3.5.1 Kajian Rintis 32
3.5.2 Kajian Sebenar 33
3.6 Analisis Data 33
3.7 Penutup 34
4 ANALISIS DATA 35
4.1 Pengenalan 35
4.2 Analisis Bahagian A 36
4.3 Analisis Bahagian B dan C 36
4.3.1 Persoalan Kajian 1 37
4.3.2 Persoalan Kajian 2 39
4.3.3 Persoalan Kajian 3 41
4.4 Penutup 45
5 PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN
CADANGAN 46
5.1 Pengenalan 46
5.2 Rumusan Kajian 46
5.2.1 Tahap penguasaan pelajar dalam
kemahiran membina hipotesis 47
5.2.2 Tahap penguasaan pelajar dalam
kemahiran mendefinisi secara operasi 48
5.2.3 Perbezaan tahap penguasaan dalam
KPSB dengan tahun kursus pengajian 48
5.3 Cadangan Tindakan 49
5.4 Cadangan Kajian Lanjutan 52
5.5 Penutup 53
xi
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL MUKA SURAT
2.1 Kemahiran Saintifik 17
2.2 Kemahiran Proses Sains Asas (KPSA) 17
2.3 Kemahiran Proses Sains Bersepadu (KPSB) 18
3.1 Reka Bentuk Konsep 28
3.2 Bilangan Responden Bagi Setiap Tahun Kursus 29
3.3 Jadual Ujian Penilaian Tahap Kemahiran Saintifik
(Objektif) 31
3.4 Jadual Ujian Penilaian Tahap Kemahiran Saintifik
(Struktur) 31
3.5 Pemeringkatan Tahap Penguasaan Bagi Setiap Kemahiran
Proses Sains Bersepadu (Kemahiran Membuat Hipotesis dan
Kemahiran Mendefinisi Secara Operasi) 34
4.1 Taburan Bilangan Responden Mengikut Tahun Pengajian 36
4.2 Taburan Peratus Responden Mengikut Tahap Penguasaan
Terhadap Kemahiran Membuat Hipotesis 37
4.3 Taburan Responden Mengikut Frekuensi dan Peratus
Terhadap Item yang Betul bagi Komponen Membuat
Hipotesis 38
4.4 Taburan Peratus Responden Mengikut Tahap Penguasaan
Terhadap Kemahiran Mendefinisi Secara Operasi 39
4.5 Taburan Responden Mengikut Frekuensi dan Peratus Terhadap
Item yang Betul bagi Komponen Mendefinisi Secara Operasi 40
xii
4.6 Taburan Peratus Responden Mengikut Tahap Penguasaan
Terhadap Kemahiran Mendefinisi Secara Operasi dan
Kemahiran Membuat Hipotesis Mengikut Tahun Kursus
Pengajian 41
4.7 Analisis Ujian-t terhadap perbezaan Tahap Penguasaan
Kemahiran Mendefinisi Secara Operasi dan Kemahiran
Membuat Hipotesis dengan pelajar Tahun 1 42
4.8 Analisis Ujian-t terhadap perbezaan Tahap Penguasaan
Kemahiran Mendefinisi Secara Operasi dan Kemahiran
Membuat Hipotesis dengan pelajar Tahun 2 43
4.9 Analisis Ujian-t terhadap perbezaan Tahap Penguasaan
Kemahiran Mendefinisi Secara Operasi dan Kemahiran
Membuat Hipotesis dengan pelajar Tahun 4 44
xii
SENARAI SINGKATAN
SINGKATAN NAMA PENUH
AASPS Alternative Assessment of Science Process Skills
KBSM Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah
KPM Kementerian Pendidikan Malaysia
KPS Kemahiran Proses Sains
KPSA Kemahiran Proses Sains Asas
KPSB Kemahiran Proses Sains Bersepadu
ORES Objective Referenced Evaluation in Science
P&P Pengajaran dan pembelajaran
PEKA Pentadbiran Berdasarkan Elemen Kemahiran Amali
PMR Penilaian Menengah Rendah
PPK Pusat Perkembangan Kurikulum
PRTs Peaget Reasoning Task
SPC Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Kimia)
SPK Ijazah Sarjana Muda Sains dan Komputer Serta Pendidikan
(Kimia)
SPM Sijil Pelajaran Malaysia
SPSS Statistical Packages for Social Science
TIPS II Test of Integrated Process Skills II
TISP Integrated Science Process
TOLT Test of Logical Thinking
UPKS Ujian Kemahiran Proses Sains
UPKSB Ujian Penilaian Kemahiran Saians Bersepadu
UPSKS Ujian Penilaian Status Kemahiran Saintifik
xiii
UPTKS Ujian Pena Tahap Kefahaman Kemahiran Saintifik
UPTKS Ujian Penilaian Tahap Kefahaman Kemahiran Saintifik
UTM Universiti Teknologi Malaysia
xiv
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK HALAMAN
A Borang Soal Selidik 59
B JPU soal Selidik 72
C Pengesahan Pakar Bidang 76
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Menurut Yeong (1995), pendidikan sains bukanlah pengetahuan semata-mata,
malahan ia merupakan satu teknik penyoalan dan pemahaman terhadap alam sekitar
yang hanya akan dilakukan dengan cara yang sistematik sahaja. Mohd Salleh (2000)
pula mendefinisikan pendidikan sains sebagai satu proses pembelajaran yang
menggunakan pendekatan inkuiri penemuan dalam stategi pengajaran dan pembelajaran
(P&P). Sains turut dibayangkan sebagai satu proses yang logik atau satu kaedah yang
spesifik sebagai langkah untuk menyelesaikan sesuatu masalah yang tercipta (Larry,
1997).
Hari ini, pembelajaran sains mula menular ke seluruh pelusuk dunia. Namun,
mempelajari sains bukanlah seperti mempelajari subjek sejarah yang menekankan
kepada fakta semata-mata. Subjek ini, memerlukan penglibatan pelajar yang aktif
sebelum pelajar dapat menguasainya. Pendekatan inkuiri saintifik yang ditekankan
dalam proses pebelajaran merupakan satu kaedah yang memerlukan penglibatan aktif
pelajar dan biasanya dilakukan secara amali (Ting, Choo Yee & Mohammad Yusof,
2001).
2
Sistem pendidikan negara yang telah digubal turut memberikan penumpuan
kepada pendidikan sains. Pendidikan sains bukanlah pendidikan yang hanya
mementingkan penghafalan dan pengetahuan mengenai teori sahaja. Menurut Mohd
Najib (1997), beberapa perkara perlu dilaksanakan dalam mempelajari ilmu sains.
Antaranya ialah aktiviti aktif yang berpusatkan pelajar dan memberi penumpuan kepada
tahap kognitif kemahiran tinggi seperti pembelajaran secara inkuiri, menganalisis data,
sintesis dan penilaian. Pembelajaran sains juga perlu mewujudkan suasana interaktif
bagi mewujudkan satu suasana sistem sosial dalam institusi dan bukannya penilaian
melalui penghafalan sahaja ketika proses pengajaran dan pembelajaran (P&P)
dilaksanakan. Selain itu, pelajar yang mempelajari ilmu sains perlu melibatkan diri
dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) dan komunikasi dua hala haruslah
diterapkan. Kaedah one way traffic seperti kaedah pembelajaran tradisional perlulah
dimansuhkan dan tidak boleh diaplikasikan lagi.
Dalam pembelajaran sains, terdapat tiga komponen utama yang mempengaruhi
para pelajar. Komponen-komponen yang menjadi tulang belakang pada pembelajaran
sains ialah pengetahuan, kemahiran dan sikap (Abu Hassan, Sulaiman dan Aziz, 1997).
Tanpa salah satu dari tiga komponen utama ini, maka tidak sempurna pembelajaran sains
seseorang pelajar itu. Sebagai pelajar sains, mereka haruslah mempunyai pengetahuan
yang secukupnya mengenai sesuatu fenomena sains itu, mempraktikkan kemahiran-
kemahiran sains di dalam makmal atau bila-bila sahaja diperlukan dan mengamalkan
sikap-sikap sebagai seorang ahli sains (Abu Hassan, Sulaiman dan Aziz, 1997).
Pembelajaran sains juga, amat menitikberatkan kemahiran saintifik semasa
proses pengajaran dan pembelajaran (P&P). Pelajar sepatutnya mendominasikan
kemahiran santifik supaya mereka dapat mengkaji dan memahami fenomena alam yang
berlaku di sekelilingnya (Tajul Ariffin, 1990). Menurut Screen (1986) dan Wellington
(1989), kemahiran saintifik terdiri daripada dua jenis kemahiran iaitu kamahiran proses
sains (KPS) dan kemahiran manipulatif. Ke dua-dua kemahiran ini sangat penting
kerana ia akan tetap kekal di dalam minda walaupun fakta-fakta telah menjadi lapuk atau
dilupai (Screen, 1986 dan Wellington, 1989).
3
Menurut Gagne (1985), kemahiran proses sains (KPS) merupakan asas untuk
mempelajari sains dan melatih pembelajaran secara inkuiri penemuan. Beliau juga
mengaitkan proses sains dengan keupayaan pembelajaran dan kemahiran intelektual.
Kemahiran proses sains (KPS) menjadi semakin penting dan dijadikan objektif
kurikulum sains dalam Asia Selatan (Vantipa, 1996). Menurut pendapat Bruner yang
telah dinukilkan oleh Tobin dan Capie (1980), kemahiran proses sains (KPS)
mempunyai pertalian dengan keupayaan menaakul secara formal. Proses sains juga
merupakan tabiat yang diamalkan dalam pembelajaran (McLEOD et. al., 1975).
1.2 Latar Belakang Masalah
Menurut Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (1989), semua pelajar
diwajibkan mempelajari ilmu sains sama ada sebagai subjek teras atau boleh juga
menjadikannya subjek elektif. Penguasaan kemahiran saintifik juga telah diberi
penekanan dalam kurikulum kebangsaan baik di peringkat sekolah rendah mahupun di
peringkat sekolah menengah sepertimana yang termaktub di dalam mata pelajaran sains
KBSM (PPK,1994).
Sehubungan dengan itu, menurut Abu Hassan (2004), pelajar haruslah menguasai
kemahiran proses sains (KPS) yang terdiri daripada kemahiran proses sains asas (KPSA)
dan kemahiran proses sains bersepadu (KPSB). Kemahiran proses sains bersepadu
(KPSB) pula merupakan satu peringkat kemahiran kognitif yang lebih tinggi dan lebih
kompleks. Kemahiran proses sains bersepadu (KPSB) juga merupakan gabungan dua
atau lebih kemahiran proses sains (KPS). Antara contoh kemahiran proses sains
bersepadu (KPSB) ialah kemahiran membuat hipotesis dan kemahiran mendefinisi
secara operasi. Dalam realiti yang sebenar, aktiviti sains yang dijalankan melibatkan
lebih dari satu kemahiran proses sains (PPK, 1994).
4
1.2.1 Pelajar gagal menguasai KPS
Kajian-kajian yang telah dijalankan oleh Zaliha (1998), Saleha (2000) dan Wong
(2003) mendapati penguasaan kemahiran proses sains (KPS) pelajar sekolah menengah
berada di tahap yang sederhana sahaja. Manakala Tobin dan Capie (1980) pula
mendapati pelajar-pelajar sekolah menengah masih gagal untuk mengaplikasikan
kemahiran proses sains (KPS) dalam pembelajaran mereka. Amali sains di sekolah lebih
bersifatkan resepi kerana segala prosedur eksperimen telah distruktur dengan lengkap
dalam buku kerja amali pelajar (Abu Hassan, 2001). Tradisi ini sebenarnya gagal untuk
melatih pelajar menguasai KPS.
Kebanyakan idea sains adalah abstrak (Arons, 1997) dan tidak boleh dilihat
dengan mata kasar. Misalnya elekron-elektron yang terkandung di dalam suatu jisim,
cas-cas bagi setiap elemen dan ikatan-ikatan kimia. Maka, konsep-konsep yang tidak
dapat dilihat ini, sering menimbulkan salah konsep di kalangan pelajar kerana mereka
hanya berfikir dengan menggunakan logik akal semata-mata (Kamii dan DeVris, 1978)
dan mereka ini sudah dilatih untuk menghafal teori sains tanpa mengetahui aplikasinya
yang sebenar. Salah satu daripada penyumbang masalah ini adalah kerana pelaksanaan
amali yang dianggap remeh oleh segelintir golongan pendidik (Sharifah dan Lewin,
1993). Masalah ini menjadi lebih serius apabila pelajar hari ini melakukan amali dengan
mengikut sahaja arahan yang telah disediakan di dalam buku tanpa mengetahui
fenomena yang sedang dikaji. Kemahiran proses sains yang merupakan elemen penting
di dalam pembelajaran ini, diabaikan begitu sahaja. Gredler (1997) pula, menyatakan
salah konsep di dalam mata pelajaran sains di kalangan pelajar adalah disebabkan oleh
sikap dan cara pembelajaran pelajar itu sendiri. Kebanyakan pelajar hari ini,
mempunyai konsep yang salah dalam ilmu sains kerana belajar dengan cara menghafal
semata-mata (Gredler, 1997).
Ng (1999) memetik kata-kata dari Driver & Bell yang mendefinisikan sains
sebagai sebuah gelanggang ilmu yang dipenuhi dengan ciptaan minda manusia yang
5
mempunyai campuran idea dan juga fakta. Sains bukanlah satu koleksi hukum atau
katalog yang dipenuhi dengan fakta semata-mata. Hakikatnya sains merupakan sebuah
bidang ilmu yang banyak mempunyai konsep-konsep yang abstrak (Osborne &
Freeman, 1989). Konsep ini tidak dapat ditunjukkan oleh pendidik dengan mata kasar
namun pelajar dapat memahaminya sekiranya pelajar dapat menguasai KPS. Ini kerana
dengan kemahiran ini, pelajar dapat memahami fenomena yang terjadi dengan mudah
dan kemahiran ini juga mendidik pelajar supaya berfikir secara kritikal seperti seorang
saintis yang sebenar. Dalam mempelajari subjek yang mencabar ini, pelajar tidak boleh
menghafal bulat-bulat apa yang terkandung di dalam buku. Pelajar harus berfikir seperti
seorang saintis. Ada masanya, buku yang dirujuk oleh pelajar itu juga mengandungi
kesilapan dan pelajar langsung tidak menyedarinya. Malahan, kesilapan ini dihafal
secara membuta tuli oleh pelajar sepanjang hayat. Terbuktilah KPS amat penting di
dalam pembelajaran kerana ia mendidik dan melatih pelajar berfikir sebagai seorang
saintis, kritis dan sistematik.
1.2.2 Guru faktor pelajar gagal menguasai KPS
Dalam pembelajaran, pendidik merupakan golongan yang dipertanggung
jawabkan untuk membimbing anak-anak didik mereka. Ilmu sains ini pula akan menjadi
lebih menarik dan lebih interaktif sekiranya kaedah pembelajaran yang bervariasi
digunakan dalam pembelajaran (Sue, 1997). Semasa proses pengajaran dan
pembelajaran (P&P) sesuatu subtopik, guru sepatutnya mengaplikasikan kemahiran
proses sains (Vantipa, 1996). Maka, guru-guru sains ini haruslah mempunyai ilmu yang
benar-benar mendalam. Menurut Jaus (1975), jika matlamat pendidikan sains ialah
memperkembangkan kemahiran proses sains (KPS), maka langkah pertama yang wajar
dilakukan ialah melahirkan guru yang benar-benar menguasai kemahiran itu, barulah
matlamat itu akan dapat dicapai. Walaupun guru-guru yang mengajar sains perlu
mengajar kemahiran proses sains (KPS), namun mereka ini sendiri didapati kurang
keyakinan dan pengetahuan dalam apa yang perlu mereka ajar berbanding guru
6
kurikulum lain (McDermott, 1992). Malahan, kajian yang dilakukan oleh
Boovaneswary et. al., (2001), menunjukkan 77.5% guru pembimbing sains gagal
menguasai KPS dengan baik.
Selain itu, terdapat ramai guru yang kurang menekankan kemahiran proses sains
(KPS). Menurut Sharifah (1993), pembelajaran sains kini lebih berpusatkan guru
semata-mata dan mengabaikan kerja-kerja amali. Amali di dalam subjek sains
sebenarnya bertujuan untuk menerapkan kemahiran proses sains (KPS) di dalam diri
pelajar dan ini merupakan satu kaedah inkuiri penemuan. Namun, kebanyakan guru hari
ini lebih memberi tumpuan kepada teori dan fakta semata-mata. Mereka memberi alasan
kesuntukan masa dan mengejar silibus pembelajaran. Jika melakukan amali, ia
memerlukan masa yang panjang maka guru tidak sempat menghabiskan silibus yang
ditetapkan oleh kementerian. Inilah alasan yang sering dilontarkan oleh mereka.
Natijahnya, pelajar-pelajar hari ini gagal menguasai KPS malahan masih terdapat pelajar
sekolah menengah yang gagal menguasai KPSA yang sepatutnya telah dikuasai semasa
mereka di sekolah rendah lagi (Tobin dan Capie, 1980).
Sebilangan besar guru sains gagal menguasai KPS dengan baik dan mereka ini
juga memandang remeh terhadap amali sains. Terdapat kajian yang membuktikan
mereka gagal menguasai KPS. Mohd Yaziz (2001), telah membuat kajian ini terhadap
bakal-bakal guru di maktab-maktab Zon Utara dan mendapati majoriti responden gagal
menguasai KPS dengan baik, malahan sebilangan besar daripadanya mempunyai tahap
penguasaan yang lemah terhadap KPS. Segelintir kecil responden pula hanya mampu
menguasai KPSA sahaja. Insiden ini sebenarnya akan merumitkan keadaan apabila
mereka bergelar seorang guru kelak, malahan jika situasi ini berlanjutan, hasrat KPM
untuk menghasilkan pelajar aliran sains dengan kadar 60:40 pada 2010 akan terbantut
(Mohd Yaziz, 2001).
7
1.3 Pernyataan Masalah
Kemahiran proses sains (KPS) merupakan nadi bagi pembelajaran sains. Maka,
penuntut-penuntut ilmu sains mestilah menguasai kemahiran ini. Kemahiran ini bermula
daripada kemahiran yang mudah dan kemudiannya berkembang kepada kemahiran yang
lebih kompleks. Di dalam kemahiran membuat hipotesis, pelajar yang lemah dalam
mengenalpasti pembolehubah bersandar dan pembolehubah bebas akan gagal membina
hipotesis. Ini kerana kemahiran membina hipotesis merupakan gabungan daripada dua
pembolehubah ini.
KPS saling berkait antara satu sama lain dan jika tidak menguasai kemahiran ini
sepenuhnya maka sukar untuk membezakan antara satu kemahiran dengan satu
kemahiran yang lain. Contohnya pelajar sering terkeliru antara kemahiran membuat
ramalan dan juga kemahiran membuat inferens. Maka ini akan menjadikan beban
kepada mereka untuk membezakan antara dua kemahiran ini. Untuk mengkaji tahap
peguasaan KPS, pengkaji telah memutuskan untuk membuat penyelidikan mengenai dua
jenis kemahiran sahaja agar tumpuan sepenuhnya dapat diberikan kepada kajian ini.
Dua kemahiran yang dikaji dalam kajian ini ialah kemahiran membuat hipotesis dan
juga kemahiran mendefinisi secara operasi.
1.4 Objektif Kajian
Kajian ini dijalankan untuk mengukur tahap penguasaan pelajar-pelajar Fakulti
Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia. Beberapa objektif telah dikenal pasti di
dalam kajian ini dan objektif-objektifnya adalah:
1.4.1 Mengenal pasti tahap penguasaan pelajar Program Pendidikan Kimia dalam
kemahiran proses sains (KPS) yang melibatkan kemahiran membuat hipotesis.
8
1.4.2 Mengenal pasti tahap penguasaan pelajar Program Pendidikan Kimia dalam
kemahiran proses sains (KPS) yang melibatkan kemahiran mendefinisi secara operasi.
1.4.3 Menentukan sama ada terdapat perbezaan tahap penguasaan kemahiran proses
sains (KPS) yang melibatkan kemahiran membuat hipotesis dan kemahiran mendefinisi
secara operasi merentasi tahun kursus pengajian.
1.5 Persoalan Kajian
Kajian ini dijalankan agar dapat menjawab beberapa persoalan. Persoalan-persoalan
yang akan terjawab melalui kajian ini adalah:
1.5.1 Apakah tahap penguasaan pelajar Program Pendidikan Kimia dalam kemahiran
proses sains (KPS) yang melibatkan kemahiran membuat hipotesis?
1.5.2 Apakah tahap penguasaan pelajar Program Pendidikan Kimia dalam kemahiran
proses sains (KPS) yang melibatkan kemahiran mendefinisi secara operasi?
1.5.3 Adakah terdapat perbezaan tahap penguasaan kemahiran proses sains (KPS)
yang melibatkan kemahiran membuat hipotesis dan kemahiran mendefinisi secara
operasi merentasi tahun kursus pengajian?