UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my Riduan Bin... · Allahyarham Haji Ismail B. Mohd Ali ......

38
KAJIAN KES STRATEGI KEPIMPINAN GURU BESAR CEMERLANG AHMAD RIDUAN BIN ISMAIL UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Transcript of UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my Riduan Bin... · Allahyarham Haji Ismail B. Mohd Ali ......

Page 1: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my Riduan Bin... · Allahyarham Haji Ismail B. Mohd Ali ... Sekolah Pengajian Siswazah serta guru-guru yang menjadi responden kajian . ... Cuti

KAJIAN KES STRATEGI KEPIMPINAN GURU BESAR CEMERLANG

AHMAD RIDUAN BIN ISMAIL

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my Riduan Bin... · Allahyarham Haji Ismail B. Mohd Ali ... Sekolah Pengajian Siswazah serta guru-guru yang menjadi responden kajian . ... Cuti

PSZ 19:16 (Pind.1/97)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS�

JUDUL : KAJIAN KES STRATEGI KEPIMPINAN GURU BESAR CEMERLANG

SESI PENGAJIAN : 2011

Saya AHMAD RIDUAN BIN ISMAIL ( HURUF BESAR ) mengaku membenarkan tesis ( PSM / Sarjana / Doktor Falsafah ) * ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut : 1. Tesis ini adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja . 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi . 4. ** Sila tandakan ( � ) SULIT ( Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972 ) TERHAD ( Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/ badan di mana penyelidikan dijalankan ) TIDAK TERHAD Disahkan oleh __________________________ ___________________________ ( TANDATANGAN PENULIS ) ( TANDATANGAN PENYELIA ) Alamat Tetap : PROF. MADYA DR. LOKMAN BIN MOHD TAHIR No. 297, JALAN DESA 17 , ( NAMA PENYELIA ) TAMAN DESA, 84000 SUNGAI ABONG, MUAR , JOHOR Tarikh : …………………………….. Tarikh : ……………………….

CATATAN : * Potong yang tidak berkenaan * Jika tesis ini SULIT atau TERHAD , sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa / organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD � Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan atau disertai bagi pengajian secara kerja khusus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda ( PSM )

Page 3: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my Riduan Bin... · Allahyarham Haji Ismail B. Mohd Ali ... Sekolah Pengajian Siswazah serta guru-guru yang menjadi responden kajian . ... Cuti

KAJIAN KES STRATEGI KEPIMPINAN GURU BESAR CEMERLANG

AHMAD RIDUAN BIN ISMAIL

Tesis ini dikemukakan sebagai memenuhi syarat penganugerahan Ijazah Sarjana

Pendidikan ( Pengurusan dan Pentadbiran ) .

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

MAC 2013

Page 4: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my Riduan Bin... · Allahyarham Haji Ismail B. Mohd Ali ... Sekolah Pengajian Siswazah serta guru-guru yang menjadi responden kajian . ... Cuti

“ Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri

kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap

satunya telah saya jelaskan ”.

Tandatangan : ……………………………..

Nama Penulis : AHMAD RIDUAN BIN ISMAIL

Tarikh : MAC 2013

Page 5: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my Riduan Bin... · Allahyarham Haji Ismail B. Mohd Ali ... Sekolah Pengajian Siswazah serta guru-guru yang menjadi responden kajian . ... Cuti

“ Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini

adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan

Ijazah Sarjana Pendidikan ( Pengurusan dan Pentadbiran ) ”

Tandatangan : ………………………………………….……………..

Nama Penyelia : PROF. MADYA DR. LOKMAN BIN MOHD TAHIR

Tarikh : …………………………………………………………

Page 6: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my Riduan Bin... · Allahyarham Haji Ismail B. Mohd Ali ... Sekolah Pengajian Siswazah serta guru-guru yang menjadi responden kajian . ... Cuti

DEDIKASI

Terlalu istimewa buat junjungan besar , penyejuk mata hati Rasulullah S.A.W.

Buat Ayahanda yang telah mengadap Illahi Allahyarham Haji Ismail B. Mohd Ali

Buat Bonda yang dikasihi Hajjah Aminah Bt. Samat

Tiada kata dan bahasa untuk diucapkan

Atas doa dan kasih sayang yang dicurahkan sehingga kini . Jasa dan pengorbanan dari kecil tidak mampu dibalas rasanya .

Teristimewa buat isteri tercinta

Puan Hajjah Normala Bt. Abd. Rahman Kejayaan ini tidak lengkap dan bermakna tanpa suntikan semangat

dan rangsangan tanpa jemu serta pengorbanan yang hebat daripadamu buat cinta hatiku

Buat Putera dan Puteri Tersayang

Nuratiqah , Nurathirah , Nuraqilah Haidah dan Ahmad Asyraf Fahim Semoga kalian akan menjadi penyambung perjuangan ayah

Doa ayah Jadikan kejayaan ayah sebagai pembuka jalan kecemerlangan kalian.

Untuk Pensyarah-pensyarah yang dihormati

Ilmu yang dicurah tersemat kukuh sebagai petunjuk Hanya Allah yang mampu membalasnya

Buat Sahabat-sahabat seperjuangan

Semoga berjaya menempuh segala cabaran yang mendatang

Semoga Redha Allah menemani kita seusia hayat. Amin

Page 7: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my Riduan Bin... · Allahyarham Haji Ismail B. Mohd Ali ... Sekolah Pengajian Siswazah serta guru-guru yang menjadi responden kajian . ... Cuti

PENGHARGAAN

Bismillahirrrahmanirahim . Maha suci Allah . Segala puji bagi Allah , tiada

Tuhan melainkan Allaah dan Allah itu maha benar . Selawat dan Salam ke atas insan

terpilih junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W , ahli keluarganya , para sahabat dan

yang mengikuti mereka hingga hari kebangkitan .

Bersyukur saya ke hadrat Allah dan berserah diri kepadaNya . Berkat

kemurahan rahmat dan anugerah taufik serta innayahNya , kajian ini dapat disiapkan

dengan jayanya . Khusus buat isteri tercinta Hajjah Normala Binti Abdul Rahman ,

terimalah hasil dari sedikit sebanyak dari sumbangan mu . Buat putera dan puteri

hatiku , terimalah penulisan ayah ini sebagai pencetus azam serta pendorong untuk

dijadikan pembakar semangat dalam liku-liku kehidupan yang mencabar di dalam

menitip kejayaan . Rakaman penghargaan dan jutaan terima kasih yang tiada ada

nokhtahnya kepada Penyelia tesis ini , Prof. Madya Dr. Lokman Bin Tahir atas tunjuk

ajar dan bimbingannya serta perangsang yang diberikan , sehingga kajian ini berjaya

disiapkan . Harapan tinggi saya agar kajian ini menjadi salah satu rujukan dan memberi

manfaat kepada sesiapa sahaja yang inginkan kemuliaan ilmu disisi Allah S.W.T .

Terima kasih kepada semua pensyarah yang dikasihi Prof. Madya Dr. Haji

Anuar , Prof. Madya Dr.Azlan Zanzali , Prof . Najib , Prof.Madya Dr. Muz’zamil ,

Prof. Madya Dr. Abd. Rahim , Dr. Khadijah dan Prof.Madya Dr. Yusof yang telah

banyak mendidik dan membimbing . Tidak lupa juga kepada Fakulti Pendidikan ,

Sekolah Pengajian Siswazah serta guru-guru yang menjadi responden kajian . Terima

kasih rakan-rakan sekuliah yang sedia berkongsi idea serta kerjasama yang diberikan

selama ini . Akhirnya Jazakallah khairan kthira kepada semua yang terlibat secara

langsung dan tidak langsung menjayakan kajian ini . Terima kasih.

Page 8: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my Riduan Bin... · Allahyarham Haji Ismail B. Mohd Ali ... Sekolah Pengajian Siswazah serta guru-guru yang menjadi responden kajian . ... Cuti

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk melihat strategi guru besar yang dijadikan kajian

melakukan perubahan terhadap sekolah yang tidak cemerlang kepada sebuah sekolah

yang cemerlang . Kajian ini secara khususnya untuk mengenal pasti gaya kepimpinan

yang dapat mempengaruhi sekolah dan strategi yang digunakan bagi mengubah prestasi

sekolah kepada yang lebih cemerlang dari sudut pandangan guru. Kajian ini

menggunakan kaedah tinjauan dan temu bual. Data diperolehi daripada soal selidik

yang menggunakan skala likert lima mata . Alat ukur “ Leader Behavior Description

Questionnaire (LBDQ) digunakan untuk mengukur gaya kepimpinan guru besar

dimensi mengarah dan bertimbang rasa. Kaedah temu bual digunakan untuk

mengumpul data berkaitan strategi yang digunakan oleh guru besar di dalam

meningkatkan kecemerlangan sekolah. Sampel kajian terdiri dari 40 orang guru dari

dua buah sekolah yang pernah dipimpin oleh guru besar cemerlang yang dikaji. Sampel

temu bual pula merupakan dua orang guru penolong kanan yang pernah berkhidmat di

bawah guru besar dijadikan kajian . Data diproses melibatkan statistik deskriptif iaitu

pengukuran frekuensi, skor min, sisihan piawai dan peratusan. Hasil kajian mendapati

kedua-dua gaya kepimpinan berad di tahap tinggi dengan skor min keseluruhan dimensi

pendayautamaan 4.24 dan dimensi bertimbang rasa 4.19. Dapatan kajian melalui

analisis temu bual mendapati guru besar sentiasa memastikan semua program

akademik, pemantauan kepada murid dan penyeliaan terhadap guru-guru diberikan

tumpuan sepenuhnya . Analisis kajian secara keseluruhan menunjukkan bahawa guru

besar cemerlang mengamalkan sepenuhnya pendayautamaan stuktur dan bertimbang

rasa di dalam kepimpinan dan peningkatan prestasi akademik secara keseluruhan adalah

suatu keutamaan di dalam mencapai matlamat organisasi.

Page 9: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my Riduan Bin... · Allahyarham Haji Ismail B. Mohd Ali ... Sekolah Pengajian Siswazah serta guru-guru yang menjadi responden kajian . ... Cuti

ABSTRACT

The purpose of this study is to investigation the strategies implemented by by

headmasters in transforming the non-performing schools to transform them to excellent

schools. This study also identifies the leadership style and strategies implemented to

upgrade the performance of the school in the viewpoint of the teachers. This study uses

the survey and interview methods. The data was obtained from a likert five point scale

questionnaire. The “ Leader Behavior Description Questionnaire “ ( LBDQ ) method

was used to measure the principal’s style of leadership in the directing and

consideration dimensions . The interview method was used to collect data relating to

the strategies used by headmasters in upgrading the school’s performance 40 teachers

from two schools which were formerly headed by excellent headmasters were chosen

as interview sample. The data was analyzed using descriptive statistics which included

frequency method, mean score, standard differentiation and percentage. The research

findings show that both leadership styles are in the higher scales in mean score which

are 4.24 in the prioritization dimension and 4.19 in the consideration dimension. The

research finding show that the headmasters ensured all academic programmes,

observation of students and supervision of teachers were given upmost important. The

finding as a whole also show that excellent principals practiced structural prioritization

and consideration in their leadership styles and upgrading academic performance is on

important objective to reach the organization goals.

Page 10: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my Riduan Bin... · Allahyarham Haji Ismail B. Mohd Ali ... Sekolah Pengajian Siswazah serta guru-guru yang menjadi responden kajian . ... Cuti

viii

KANDUNGAN

PERKARA MUKA SURAT

JUDUL

PENGAKUAN ii

PENGESAHAN iii

DEDIKASI iv

PENGHARGAAN v

ABSTRAK vi

ABSTRACT vii

KANDUNGAN viii

SENARAI JADUAL xiii

SENARAI LAMPIRAN xvi

BAB 1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 4

1.3 Penyataan Masalah 8

1.4 Objektif Kajian 11

1.5 Persoalan Kajian 12

1.6 Kepentingan Kajian 13

Page 11: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my Riduan Bin... · Allahyarham Haji Ismail B. Mohd Ali ... Sekolah Pengajian Siswazah serta guru-guru yang menjadi responden kajian . ... Cuti

ix

1.7 Skop Kajian 14

1.8 Batasan Kajian 14

1.9 Definisi Istilah 15

1.9.1 Sekolah Cemerlang 15

1.9.2 Pemimpin 17

1.9.3 Guru Besar Cemerlang 19

1.9.4 Pengurusan Strategi 21

BAB 2 TINJAUAN LITERATUR 22

2.1 Pengenalan 22

2.2 Sekolah Cemerlang 23

2.3 Ciri-Ciri Sekolah Cemerlang 24

2.4 Ciri-Ciri Pemimpin Sekolah Cemerlang 26

2.5 Gaya Kepimpinan Sekolah Cemerlang 31

2.6 Pemantauan dan Penyeliaan Di Sekolah 33

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN 37

3.1 Pengenalan 37

3.2 Reka Bentuk Kajian 38

3.3 Populasi dan Sampel 41

3.4 Instrumen Kajian 42

3.4.1 Soal Selidik 42

3.4.2 Temubual 47

Page 12: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my Riduan Bin... · Allahyarham Haji Ismail B. Mohd Ali ... Sekolah Pengajian Siswazah serta guru-guru yang menjadi responden kajian . ... Cuti

x

3.5 Kajian Rintis 50

3.6 Kaedah Pengumpulan Data 53

3.7 Penganalisaan Data 54

3.8 Rumusan 57

BAB 4 ANALISIS DATA DAN DAPATAN KAJIAN 58

4.1 Pengenalan 58

4.2 Huraian Latar Belakang Responden 59

4.2.1 Taburan Responden Soal Selidik 59

4.2.2 Jantina 60

4.2.3 Umur 60

4.2.4 Tahap Pendidikan Tertinggi 61

4.2.5 Taraf Perkahwinan 62

4.2.6 Jawatan Di Sekolah 62

4.2.7 Pengalaman Mengajar 63

4.2.8 Lama Mengajar Di Sekolah Yang Di Kaji 64

4.2.9 Taburan Responden dan Jawatan

4.3 Analisis Data Berdasaarkan Persoalan Kajian 65

4.3.1 Gaya Kepimpinan Guru Besar Cemerlang

( Dimensi Pendayautamaan Stuktur ) 66

4.3.2 Gaya Kepimpinan Guru Besar Cemerlang

( Dimensi Bertimbang rasa ) 72

Page 13: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my Riduan Bin... · Allahyarham Haji Ismail B. Mohd Ali ... Sekolah Pengajian Siswazah serta guru-guru yang menjadi responden kajian . ... Cuti

xi

4.4 Analisis Persoalan Kajian 2 Berdasarkan

Temubual Dengan Guru Penolong Kanan 81

4.4.1 Huraian Latar Belakang Responden 81

4.4.2 Analisis Data Berdasarkan Persoalan

Kajian 2 82

4.5 Analisis Persoalan Kajian 3 Berdasarkan

Temubual Dengan Guru Penolong Kanan 87

4.5.1 Penyataan Responden Berkaitan

Pemantauan dan Penyeliaan Oleh

Guru Besar Cemerlang Untuk Membawa

Sekolah Ke arah Kecemerlangan 87

4.6 Rumusan Data temubual 90

BAB 5 PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN 92

5.1 Pengenalan 92

5.2 Rumusan Dapatan 92

5.3 Perbincangan 99

5.3.1 Mengenal pasti gaya kepimpinan yang

digunakan oleh guru besar cemerlang

sehingga berjaya mempengaruhi prestasi

sekolah . 99

Page 14: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my Riduan Bin... · Allahyarham Haji Ismail B. Mohd Ali ... Sekolah Pengajian Siswazah serta guru-guru yang menjadi responden kajian . ... Cuti

xii

5.3.2 Mengenal pasti strategi guru besar

cemerlang melaksanakan perubahan

terhadap prestasi sekolah yang merosot 105

5.4.3 Penyataan responden berkaitan kaedah

pemantauan dan penyeliaan oleh

guru besar cemerlang untuk membawa

sekolah ke arah kecemerlangan 110

5.4 Cadangan Penambahbaikan Kajian 115

5.5 Cadangan Kajian Lanjut 117

5.6 Penutup 118

RUJUKAN 120

LAMPIRAN 126

Page 15: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my Riduan Bin... · Allahyarham Haji Ismail B. Mohd Ali ... Sekolah Pengajian Siswazah serta guru-guru yang menjadi responden kajian . ... Cuti

xiii

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

3.1 : Pemeringkatan Skala Likert 46

3.2 : Taburan dan jumlah item dalam soal selidik 46

3.3 : Tahap persepsi responden dan Min skor 55

4.1 : Analisis responden soal selidik mengikut sekolah yang dikaji 59

4.2 : Analisis taburan responden mengikut jantina 60

4.3 : Taburan responden berdasarkan umur 60

4.4 : Taburan responden berdasarkan tahap pendidikan tertinggi 61

4.5 : Taburan responden mengikut tahap perkahwinan 62

4.6 : Taburan responden mengikut jawatan di sekolah 62

4.7 : Taburan responden mengikut pengalaman mengajar 63

4.8 : Taburan responden berdasarkan lama mengajar di sekolah

yang dikaji 64

4.9 : Analisis gaya kepimpinan dimensi pendayautamaan stuktur 66

4.10 : Analisis gaya kepimpinan dimensi bertimbang rasa 72

Page 16: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my Riduan Bin... · Allahyarham Haji Ismail B. Mohd Ali ... Sekolah Pengajian Siswazah serta guru-guru yang menjadi responden kajian . ... Cuti

xv

SENARAI SIMBOL

CRK - Cuti Rehat Khas

JPNJ - Jabatan Pelajaran Negeri Johor

KPM - Kementerian Pelajaran Malaysia

LBDQ - Leader Behavior Description Questionnair

MC - Medical Check

MGB - Majlis Guru Besar

PPD - Pejabat Pelajaran Daerah

SMK - Sekolah Menengah Kebangsaan

SMKA - Sekolah Menengah Kebangsaan ( Aliran Agama )

SPM - Sijil Pelajaran Malaysia

SPSS - Statistical Package of Sicial Science

UPSR - Ujian Penilaian Sekolah Rendah

UTM - Universiti Teknologi Malaysia

Page 17: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my Riduan Bin... · Allahyarham Haji Ismail B. Mohd Ali ... Sekolah Pengajian Siswazah serta guru-guru yang menjadi responden kajian . ... Cuti

xvi

1. Borang soal selidik

2. Surat Kelulusan Untuk Menjalan Kajian Di Sekolah , Institut Perguruan ,

Jabatan Pelajaran Negeri dan Bahagian-bahagian di Bawah Kementerian

Pelajaran Malaysia

3. Surat Pengesahan Menjalan Kajian Universiti Teknologi Malaysia

Page 18: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my Riduan Bin... · Allahyarham Haji Ismail B. Mohd Ali ... Sekolah Pengajian Siswazah serta guru-guru yang menjadi responden kajian . ... Cuti

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

“ Dunia Tanpa Sempadan”. Konotasi ini seolah-olah begitu sinonim dengan

dunia pendidikan dewasa ini yang dilihat semakin membesar dan cukup mencabar.

Perubahan yang berlaku dalam dunia pendidikan di Malaysia terus bergerak pantas

sesuai dengan tuntutan zaman. Sistem pendidikan hari ini telah melangkah masuk ke era

globalisasi yang berlandaskan teknologi maklumat tanpa sempadan (Gates, Myhrvold

& Rinearson, 1996). Dalam dunia pendidikan, cabaran ini ditangani melalui proses

memberi fokus kepada strategi perubahan yang melihat pembelajaran sebagai “ sumber

utama untuk perubahan organisasi dalam era pasca permodenan” (Hargreaves, 2000).

Untuk merealisasikan hasrat ini, fungsi sekolah sebagai sebuah organisasi

pembelajaran seharusnya dilaksanakan secara berterusan dengan melakukan

peningkatan melalui prestasi dan membina keupayaan untuk menangani perubahan

dalam persekitaran sekolah yang semakin terbuka. Perubahan masyarakat dan

perubahan taraf hidup masyarakat memerlukan pemimpin di dalam dunia pendidikan

menguasai pelbagai ketrampilan kepimpinan yang menjurus ke arah mengejar kemajuan

dan memenuhi kehendak dunia pendidikan.

Page 19: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my Riduan Bin... · Allahyarham Haji Ismail B. Mohd Ali ... Sekolah Pengajian Siswazah serta guru-guru yang menjadi responden kajian . ... Cuti

2��

Untuk menghadapi cabaran dalam alaf baru ini, guru besar cemerlang selaku

pemimpin sesebuah organisasi seharusnya berani menghadapi cabaran dan membuat

perubahan serta melakukan inovasi di dalam pendidikan dengan acuan sendiri di

sekolah-sekolah yang ditadbir oleh mereka (Hallinger, 1994; Hussien Mahmood, 1999).

Sememangnya tidak boleh dinafikan bahawa budaya kerja mengurus seseorang guru

besar dijadikan sebahagian daripada indikator keberkesanan dan kecemerlangan

sesebuah sekolah. Peranan guru besar sebagai “ the key factor in the survival of any

school’s effectiveness ” (Roe & Drake, 1980) menjelaskan bahawa guru besar adalah

orang yang dapat membawa kemajuan kepada sekolah kerana beliau berkuasa dan

mempunyai pengaruh dalam menentukan hala tuju sekolah. Seorang pemimpin yang

berkesan sentiasa mengamalkan budaya kerja cemerlang, pengupayaan, dan

memikirkan sesuatu ‘di luar kebiasaan’ serta kreatif dalam menyelesaikan masalah

untuk mengwujudkan keberkesanan sekolah dan kepimpinan yang efektif (Abdul

Ghani, 2002).

Kepimpinan yang cekap, berwibawa dan berkualiti adalah mustahak untuk

menggerakkan sesuatu organisasi atau kumpulan untuk melaksanakan tugas bagi

mencapai objektif dan matlamat (Wan Zahid, 1993). Untuk mengwujudkan sekolah

yang berjaya, pemimpin sekolah hendaklah memberikan perhatian kepada suasana

tempat kerja yang baik kepada guru-gurunya (Andrews & Morefield, 1991). Sweeney

(1982) pula membuat kesimpulan bahawa kepimpinan pengetua atau guru besar

merupakan satu faktor yang signifikan ke atas keberkesanan sekolah kerana pengetua

atau guru besarlah yang menentukan suasana di sekolah. Rosenblum (1980) pula

melihat pengetua atau guru besar adalah orang yang bertanggungjawab terhadap semua

aktiviti sekolah. Kepimpinanlah yang menetapkan nada sekolah, iklim pembelajaran,

tahap profesionalisme dan moral guru serta darjat keperhatinan terhadap masa depan

pelajar. Rankin (1988) pula menyatakan bahawa sekolah yang menunjukkan

kecemerlangan mempunyai pengetua atau guru besar yang baik.

Page 20: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my Riduan Bin... · Allahyarham Haji Ismail B. Mohd Ali ... Sekolah Pengajian Siswazah serta guru-guru yang menjadi responden kajian . ... Cuti

3��

Sementara itu Atan Long (1991) menyarankan beberapa faktor yang

menyumbang kepada peningkatan dan kecemerlangan sekolah ialah pengetua yang

bersikap pragmatis; bertanggungjawab, dedikasi, bermotivasi dan berketrampilan;

mengwujudkan makanisma penyeliaan yang berkesan; mengamalkan tanggungjawab

bersama; agihan kuasa yang baik; mempunyai visi; latihan dalam untuk meningkatkan

profesionalisme keguruan; menunjukkan keprihatinan terhadap kebajikan guru;

melahirkan semangat setia kawan di kalangan kakitangan sekolah; dan bertindak

berdasarkan input dan maklum balas daripada guru-guru.

Jemaah Nazir Sekolah (2003) turut menggariskan bahawa pemimpin sekolah

yang berkesan seharusnya memberikan perhatian yang berat terhadap aspek-aspek

seperti gaya kepimpinan; budaya ilmu dan berfikir; permuafakatan; motivasi dan

dorongan; kepimpinan kurikulum dan pengupayaan kepimpinan di tempat kerja.

Aspek-aspek ini telah dikenal pasti sebagai indikator prestasi oleh Jemaah Nazir

Sekolah untuk mengukur keberkesanan di sekolah.

Hal ini bersesuaian dengan kajian yang dilakukan oleh Sweeney (1982) yang

mengenal enam ciri kepimpinan pengetua atau guru besar cemerlang iaitu memberi

penekanan terhadap pencapaian pelajar dalam bidang akademik; menyusun dan

menetapkan strategi pengajaran; menyedia dan mengekalkan suasana kondusif di

sekolah; kerap menilai pencapaian akademik pelajar; menyelaras program pengajaran

dan ; membantu dan memberi semangat kepada para guru.

Page 21: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my Riduan Bin... · Allahyarham Haji Ismail B. Mohd Ali ... Sekolah Pengajian Siswazah serta guru-guru yang menjadi responden kajian . ... Cuti

4��

1.2 Latar belakang Masalah

Wawasan 2020 merupakan misi nasional yang menjurus ke arah menjadikan

Malaysia yang berstatus negara maju menjelang tahun 2020. Ianya merupakan cetusan

pemimpin negara yang berhasrat untuk melihat Malaysia mampu bersaing di peringkat

global malah ia menjadi nadi penggerak kepada perubahan di semua peringkat

masyarakat untuk merelisasikan hasrat yang dicita-citakan.

Perubahan yang berlaku di dalam dunia pendidikan seharusnya seiring dengan

misi nasional dan Kementerian Pendidikan Malaysia selaku sebuah badan yang

bertanggungjawab untuk merelisasikan hasrat tersebut perlu sentiasa berusaha dengan

memberi nilai tambah secara berterusan dalam melaksanakan sistem pendidikan

kebangsaan ke arah melahirkan pelajar yang cemerlang secara holistik. Ini dapat dilihat

dengan jelas di dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) Kementerian

Pelajaran Malaysia (KPM), (2006) dan selaras dengan Misi Nasional (RMK-9,

Perbendaharaan, 2006) yang bertujuan untuk melahirkan modal insan bertaraf dunia dan

minda kelas pertama.

Kejayaan sesebuah sekolah di dalam melaksanakan visi dan misi negara sangat

bergantung kepada kadar prestasi keseluruhan yang ditunjukkan oleh agen-agen yang

terlibat secara langsung seperti kepimpinan organisasi, guru-guru dan proses

pembelajaran dan pengajaran yang berlaku serta dilaksanakan di sekolah.

Sememangnya tidak dinafikan bahawa guru-guru berperanan untuk mencorakkan

keberkesanan proses pembelajaran dan pengajaran di dalam dan di luar sekolah.

Sehubungan dengan itu, prestasi dan komitmen guru bergantung kepada tahap motivasi

kerja mereka yang dipengaruhi, dipupuk dan dikembangkan oleh gaya kepimpinan di

sekolah.

Page 22: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my Riduan Bin... · Allahyarham Haji Ismail B. Mohd Ali ... Sekolah Pengajian Siswazah serta guru-guru yang menjadi responden kajian . ... Cuti

5��

Andrew dan Morefield (1991), Hopkin dan Jackson (2003), dan Harris (2004)

mengakui bahawa keberkesanan kepimpinan pengetua dan guru besar sekolah

merupakan kunci kejayaan sesebuah sekolah. Kepimpinan sesebuah sekolah berperanan

menentukan pembinaan budaya sekolah, iklim pembelajaran, tahap profesionalisma

guru dan tahap keperihatinan terhadap potensi serta masa depan pelajar. Rankin (1988)

menjelaskan bahawa kepimpinan pengetua dan guru besar menyebabkan sekolah itu

berjaya, inovatif, tempat tumpuan pelajar serta terkenal kerana kecemerlangan dalam

pembelajaran. Biasanya sekolah yang menunjukkan kecemerlangan mempunyai ketua

yang baik.

Berlandaskan perkembangan terkini, kecemerlangan sesebuah sekolah lebih

terarah kepada “pengurusan berasaskan sekolah” yang memberikan penekanan

tanggungjawab kepada pengetua dan guru besar. Hal ini disebabkan fungsi dan peranan

pengetua dan guru besar merupakan faktor pelengkap yang menjadi penentu kejayaan

sesebuah sekolah (Ubben & Hughes, 1992). Oleh yang demikian, Jawatankuasa

Mengkaji Taraf Pelajaran di sekolah-sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia (1982),

telah menyarankan bahawa peranan utama kepimpinan pengetua dan guru besar

mestilah:

…….cekap dan banyak menghabiskan masa mengelolakan aktiviti

pembelajaran di sekolah-sekolah. Mengekalkan penyeliaan sekolahnya dengan cara

yang berkesan, bertindak sebagai pakar runding, penasihat dan koodinator bagi

program-program pembelajaran dan pengajaran di sekolah, dan perlu juga

menghabiskan masa yang lebih dalam aktivit-aktiviti profesionalisma guru dan pelajar,

dan jangan hanya bekerja semata-mata sebagai pentadbir yang berkurung di bilik

mengeluarkan arahan dan surat-surat arahan dan surat-surat siaran.

(Kementerian Pelajaran Malaysia , 1982: 6)

Page 23: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my Riduan Bin... · Allahyarham Haji Ismail B. Mohd Ali ... Sekolah Pengajian Siswazah serta guru-guru yang menjadi responden kajian . ... Cuti

6��

Penyataan di atas menjelaskan bahawa terdapat perubahan tugas dan fungsi

utama pengetua dan guru besar di sekolah iaitu daripada pentadbir kepada pemimpin

pengajaran. Perubahan ini perlu dilakukan sebagai persiapan awal untuk mengwujudkan

sekolah cemerlang dalam pelbagai bidang yang berteraskan akademik. Ianya seiring

dalam konteks pembangunan sumber manusia yang memberi penekanan dalam bidang

sains dan teknologi bagi memenuhi keperluan Wawasan 2020 yang menuntut pelbagai

perubahan dalam sektor pendidikan. Oleh itu, untuk mencapai kecemerlangan di dalam

pendidikan alaf baru ini, pengetua dan guru besar perlu mepunyai dua peranan dan

dimainkan secara serentak iaitu sebagai pemimpin pentadbiran dan pemimpin

pengajaran.

Menurut Ishak (2004) dan Wan Zahid (1993) menjelaskan bahawa ciri-ciri

pengetua berkesan adalah seorang yang memiliki ciri peribadi unggul yang menjadi

tunjang kepada kejayaan seseorang pemimpin. Oleh itu tret personaliti merupakan

elemen penting yang perlu ada pada diri pengetua dan guru besar novis bagi

memastikan pemimpin yang dilantik mempunyai kualiti peribadi yang tinggi.

Personaliti seseorang pemimpin mempunyai hubungan langsung dalam

melahirkan pemimpin sekolah yang berkesan. Terdapat banyak kajian yang dilakukan

oleh pengkaji-pengkaji terdahulu yang menekankan perkaitan yang kukuh di antara

kecemerlangan sesebuah sekolah dengan kualiti kepimpinan pengetua dan guru besar

yang berfungsi sebagai pemimpin pengajaran. Menurut Edmond (1979), Bush dan

Forman (1998) merumuskan bahawa kualiti pengurusan dan kepimpinan sekolah dilihat

sebagai kunci kecemerlangan sekolah. Dalam hal ini, kualiti pengetua dan guru besar

merupakan faktor terpenting bagi keberkesanan sekolah. Mortimore et al. (1988) dan

Stol dan Fink (1996) menyatakan bahawa melalui dapatan kajian, ciri-ciri keberkesanan

sekolah sememangnya menekankan kepentingan terhadap kualiti kepimpinan sekolah.

Page 24: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my Riduan Bin... · Allahyarham Haji Ismail B. Mohd Ali ... Sekolah Pengajian Siswazah serta guru-guru yang menjadi responden kajian . ... Cuti

7��

Pengetua dan guru besar berkesan seharusnya berkeyakinan tinggi, sentiasa peka

dengan perubahan terkini, peka dengan kebajikan warga sekolah terutamanya murid dan

masyarakat sekeliling serta tidak pernah jemu menimba ilmu untuk memajukan diri dan

organisasi di bawah kawalannya. Ini akan melahirkan guru besar yang berfungsi secara

optimum dan berupaya menghasilkan produktiviti yang maksimum seperti yang

dihasratkan di dalam Wawasan 2020 (Mahathir, 1991).

Sebagai rumusan, kecemerlangan sesebuah sekolah dibentuk melalui

kepimpinan pengetua dan guru besar yang berani menghadapi cabaran dan membuat

perubahan serta melakukan inovasi di dalam pendidikan dengan acuan sendiri di

sekolah-sekolah yang ditadbir oleh mereka. Seorang pentadbir yang berkesan sentiasa

mengamalkan budaya kerja cemerlang , pengupayaan dan memikirkan sesuatu, “ tidak

terfikir oleh orang lain” serta kreatif dalam menyelesaikan masalah untuk

mengwujudkan keberkesanan sekolah dan kepimpinan yang efektif.

Page 25: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my Riduan Bin... · Allahyarham Haji Ismail B. Mohd Ali ... Sekolah Pengajian Siswazah serta guru-guru yang menjadi responden kajian . ... Cuti

8��

1.3 Penyataan Masalah

Perkembangan pendidikan dewasa ini yang lebih menjurus ke arah “ pengurusan

berasaskan sekolah ” dan meletakkan tanggungjawab mutlak ke atas bahu pengetua dan

guru besar untuk merealisasikan sekolah cemerlang. Perubahan yang berlaku

merupakan suatu proses yang berevolusi dan dinamik dengan penekanan kepada

pembelajaran yang berterusan dan pengadaptasian (Dixon, 1994; Fullan & Stegelbauer,

1991). Oleh itu cabaran kepada sekolah ialah “ mengubah pendekatan menjurus ke arah

lebih maju dan berdaya saingan ”. Sekolah sebagai organisasi pembelajaran perlu

berterusan melakukan peningkatan prestasi dan membina keupayaan menangani

perubahan dalam persekitaran sekolah yang tiada sempadan.

Keberkesanan dan penambahbaikan sekolah merupakan dua bidang yang

menjadi fokus para akdemik, pembuat dasar serta perlaksanaan bermula pada hujung

1980 an dan awal 1990 an. Para penyelidik dan ahli akademik cuba mencari jawapan

apakah ciri-ciri sekolah berkesan dan bagaimanakah sekolah boleh melakukan

penambahbaikan supaya sekolah menjadi berkesan berdasarkan peranan pemimpin

organisasi untuk memenuhi hasrat sekolah cemerlang.

Kepimpinan bukan sahaja melihat kualiti peribadi pemimpin, tetapi juga peranan

yang dimainkan oleh pemimpin tersebut. Ianya melibatkan gaya pengurusannya,

hubungannya dengan wawasan, nilai dan matlamat sekolah serta pendekatan yang

digunakan di dalam proses melaksanakan perubahan. Menurut Shahril @ Charil

(2001), kepimpinan yang cemerlang mempunyai ciri-ciri kepimpinan berkualiti iaitu

berkemahiran dan berketrampilan; mempunyai wawasan dan kreatif serta inovatif;

berkemahiran berkomunikasi dan bermotivasi; berkemahiran membuat keputusan dan

menyelesaikan masalah; mempunyai kecergasan fizikal; kestabilan emosi dan

kecerdasan fikiran ; serta beriman dan bermoral.

Page 26: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my Riduan Bin... · Allahyarham Haji Ismail B. Mohd Ali ... Sekolah Pengajian Siswazah serta guru-guru yang menjadi responden kajian . ... Cuti

9��

Melalui kajian yang dilakukan oleh Mortimore (1995) mendapati bahawa

pemimpin yang melibatkan staf dalam membuat keputusan mempunyai kewibawaan

dalam pembelajaran dan pengajaran. David dan Thomas (1989) merumuskan bahawa

pengetua atau guru besar yang berkesan mempunyai wawasan yang jelas tentang apa

yang hendak dicapai dan tindakan susulan berkaitan pencapaian akademik pelajar.

Pengkaji juga menegaskan bahawa pengetua dan guru besar berkesan seharusnya

berjaya mengembeling warga sekolah ke arah pencapaian sesuatu wawasan yang

ditetapkan.

Kejayaan pemimpin sekolah banyak dikaitkan dengan kualiti diri dan kemahiran

dalam mengurus dan memimpin sekolah. Bagi merealisasikan sekolah cemerlang,

peranan penting pemimpin iaitu pengetua dan guru besar ialah merancang dan

melaksanakan perancangan yang telah ditetapkan serta berusaha memperbaiki

kedudukan sesebuah organisasi pentadbirannya. Oleh itu, pengetua dan guru besar

mestilah melakukan pengurusan secara menyeluruh (Muhammad Bustamam, 1997). Hal

ini menjadi pendorong kepada pemimpin untuk membuat penilaian mengapa perlunya

pengurusan strategik iaitu menangani perubahan dalam pendidikan dan menjayakan

konsep sekolah berkesan (Chan, 1999).

Menurut Ishak Sin (2004) dan Wan Zahid (1993) menjelaskan bahawa kejayaan

sesebuah sekolah itu banyak dipengaruhi oleh kepimpinan yang berkesan dan

cemerlang. Zaidatol Akmaliah (1991) merumuskan bahawa kejayaan sesebuah

organisasi sekolah dan gaya kepimpinan adalah berkait rapat. Cheng (2005) mendapati

dalam kajian yang dilakukan, pengetua dan guru besar adalah pemangkin kepada

kecemerlangan institusi pendidikan sesebuah negara.

Page 27: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my Riduan Bin... · Allahyarham Haji Ismail B. Mohd Ali ... Sekolah Pengajian Siswazah serta guru-guru yang menjadi responden kajian . ... Cuti

10��

Kepimpinan pengetua dan guru besar memberikan impak yang besar di dalam

dunia pendidikan. Cabaran yang besar bagi seorang pengetua dan guru besar di sekolah

ialah untuk memastikan organisasi sekolah dapat berjalan dengan efisien, efektif dan

cemerlang. Ini dapat dilihat melalui kajian-kajian di dalam dan di luar negara yang

menunjukkan hubungan yang rapat di antara kepimpinan pengetua dan guru besar

dengan kecemerlangan sekolah (Asmah Ahmad, 1998; Atan Long dan rakan-rakan,

1990; Jemaah Nazir Sekolah, 2003; Mortimore, 1996; Murphy . J, 1990).

Menurut Bolman dan Deal (1997) menyatakan bahawa sesebuah organisasi

adalah penting diterajui oleh pemimpin yang bertindak secara objektif dan komited

secara menyeluruh serta mempunyai misi yang jelas. Ciri-ciri dan kualiti kepimpinan

tersebut amat diperlukan oleh sesebuah organisasi terutama organisasi pendidikan yang

begitu kompleks, bercirikan kemanusiaan serta kepelbagaian konsep (Karl Weick,

1979) Menurut Bass (1990) pemimpin yang berwibawa adalah salah satu faktor yang

penting di dalam menentukan kejayaan sesebuah organisasi.

Dapatan di atas disokong melalui kajian yang dilakukan oleh Hussein Mahmood

(1993) dan Edmonds (1979) berpendapat bahawa kejayaan sekolah terletak ditangan

pengetua dan guru besar. Abd. Shukor Abdullah (1991) menegaskan bahawa pihak

pengurusan atau kepimpinan merupakan faktor utama yang menentukan kecemerlangan

sesebuah organisasi pendidikan atau sebaliknya. Hal ini dipersetujui oleh Hussain

Hj.Ahmad (1993) yang secara nyata menjelaskan bahawa kepimpinan sesebuah

organisasi pendidikan merupakan aset yang paling penting dan dapat menentukan ke

arah mana organisasi pendidikan itu mahu dibawanya . Ini bermakna pengetua dan guru

besar harus mempunyai pelbagai kebolehan untuk menginterpretasikan perubahan

dalam sekolah. Sehubungan dengan itu, kajian yang dijalankan bertujuan untuk

mengumpul maklumat tentang bagaimana pemimpin di sekolah yang dikaji

Page 28: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my Riduan Bin... · Allahyarham Haji Ismail B. Mohd Ali ... Sekolah Pengajian Siswazah serta guru-guru yang menjadi responden kajian . ... Cuti

11��

melaksanakan pelbagai pendekatan dan penambahbaikan untuk memenuhi hasrat

sekolah cemerlang.

Sebagai rumusan , kajian yang dilakukan oleh pengkaji bertujuan untuk melihat

amalan-amalan terbaik yang diadaptasikan di dalam pengurusan iaitu guru besar di

sekolah sehingga berjaya membawa sekolah tersebut menjadi sebuah sekolah yang

cemerlang.

1.4 Objektif Kajian

Sudah menjadi lumrah di dalam dunia pendidikan yang mengklasfikasikan

bahawa sekolah yang cemerlang memiliki pemimpin yang berkesan dan berjaya

melakukan perubahan atau pelbagai inovasi yang bersesuaian mengikut keperluan dan

kehendak semasa sekolah. Dalam dunia pendidikan, kejayaan pelajar banyak

bergantung kepada kekuatan sekolah di dalam mencorak dan melatih mereka. Kekuatan

sekolah pula bergantung kepada prestasi guru yang melaksanakan corak pembelajaran

dan pengajaran yang kreatif, kritis dan inovatif. Manakala prestasi guru pula dikaitkan

dengan motivasi yang dipupuk dan dikembangkan oleh kekuatan pemimpin sekolah

iaitu pengetua atau guru besar.

Oleh itu objektif kajian yang dilakukan ini adalah bertujuan untuk :

a) Mengenal pasti gaya kepimpinan pendayautamaan stuktur dan dimensi

bertimbang rasa yang digunakan oleh guru besar cemerlang sehingga

berjaya mempengaruhi prestasi sekolah.

b) Mengenal pasti strategi guru besar cemerlang melaksanakan perubahan

terhadap prestasi sekolah yang merosot.

Page 29: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my Riduan Bin... · Allahyarham Haji Ismail B. Mohd Ali ... Sekolah Pengajian Siswazah serta guru-guru yang menjadi responden kajian . ... Cuti

12��

c) Mengenal pasti sejauh mana kaedah pemantauan dan penyeliaan guru

oleh guru besar cemerlang sehingga membawa sekolah itu ke arah

kejayaan.

1.5 Persoalan Kajian

Rosenblum (1980) melihat pengetua dan guru besar merupakan orang yang

bertanggungjawab terhadap semua aktiviti sekolah. Kepimpinanlah yang menetapkan

nada sekolah, iklim pembelajaran, tahap profesionalisma dan moral guru serta darjah

keperihatinan terhadap masa depan pelajar. Menurut Rankin (1988), sekolah yang

menunjukkan kecemerlangan mempunyai pengetua yang baik. Sweeney (1982) pula

membuat kesimpulan bahawa kepimpinan pengetua dan guru besar sekolah merupakan

satu faktor yang signifikan ke atas keberkesanan sekolah kerana pengetua dan guru

besarlah yang menentukan suasana sekolah.

Menurut Fawziah Kassim (2008) berpendapat guru besar adalah seorang

pemimpin yang berkeupayaan, bertanggungjawab untuk merancang dan melaksana

pengetahuan, berkemahiran, mempunyai kepakaran dalam mentadbir dan mengurus

sekolah dengan cekap dan berkesan.

Sehubunga dengan itu kajian yang dilakukan bertujuan untuk mencari jawapan

terhadap beberapa persoalan iaitu:

a) Adakah gaya kepimpinan guru besar cemerlang berjaya

mempengaruhi prestasi sekolah ke arah sekolah cemerlang ?

b) Bagaimanakah guru besar sekolah cemerlang tersebut

melaksanakan melaksanakan perubahan perhadap prestasi

sekolah yang merosot ?

Page 30: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my Riduan Bin... · Allahyarham Haji Ismail B. Mohd Ali ... Sekolah Pengajian Siswazah serta guru-guru yang menjadi responden kajian . ... Cuti

13��

c) Sejauh manakah kaedah pemantauan dan penyeliaan yang

digunakan oleh guru besar cemerlang berjaya membawa sekolah

tersebut ke arah kejayaan ?

1.6 Kepentingan Kajian

Konsep kepimpinan kini telah banyak mengalami perubahan. Kepimpinan juga

telah diterima sebagai faktor utama yang membezakan sekolah berkesan dan sekolah

tidak berkesan. Kepimpinan pengetua dan guru besar dilihat memberikan pengaruh

yang penting di dalam pengurusan sekolah. Melalui kajian-kajian terdahulu samada di

dalam negara dan di luar negara mengaitkan hubungan yang rapat di antara pemimpin

pengetua dan guru besar dengan kecemerlangan sekolah (Asmah Ahmad, 1998; Atan

Long dana rakan-rakan, 1990; Jemaah Nazir Sekolah, 2003; Martimore, 1996; Teddlie

et al., 1985, 1989; Stoll dan Fink, 1996; Murphy, 1990) .

Sehubungan dengan itu, kajian yang dilakukan merupakan satu kajian kes yang

mengkaji seorang guru besar yang berjaya mengubah pencapaian sekolah tersebut dari

sebuah sekolah yang berprestasi rendah kepada sebuah sekolah cemerlang. Hal ini

berlaku apabila beliau mengambil alih kepimpinan dan pengurusan sekolah terebut.

Melalui kepimpinan beliau, sekolah tersebut berjaya meningkatkan pencapaian Ujian

Penilaian Sekolah Rendah ( UPSR ) sehingga dianugerahkan Lonjakan Sarjana pada

tahun 2007 dan kecemerlangan tersebut berterusan sehingga ke hari ini.

Kajian ini merupakan kajian kes yang mengkaji kepimpinan dan pengurusan

sekolah yang berjaya membawa sekolah tersebut ke arah kecemerlangan. Perubahan

yang berlaku adalah perubahan ke arah kecemerlangan dan merupakan pengalaman

sebenar yang dilalui oleh sekolah tersebut dan ianya boleh dikongsi serta digunapakai

oleh pemimpin sekolah untuk dicontohi.

Page 31: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my Riduan Bin... · Allahyarham Haji Ismail B. Mohd Ali ... Sekolah Pengajian Siswazah serta guru-guru yang menjadi responden kajian . ... Cuti

14��

1.7 Skop Kajian

Kajian ini merupakan kajian kes yang dilakukan di sebuah sekolah yang dipilih

berdasarkan kepada kecemerlangan sekolah tersebut. Menurut Punch (2000), tujuan

kaedah kajian kes dijalankan adalah untuk memberi fokus kepada interprestasi, makna

dan signifikasi budaya tentang sesuatu tingkah laku. Oleh itu pemilihan sekolah ini

dibuat kerana kebolehan kepimpinan sekolah tersebut yang berjaya mengubah wajah

sekolah tersebut dari sebuah sekolah yang berprestasi rendah sehingga menjadi sebuah

sekolah cemerlang.

Ini dapat dilihat melalui peningkatan prestasi sekolah tersebut yang meningkat

setiap tahun di bawah kepimpinan dan pengurusan guru besar yang dijadikan kajian,

sekolah tersebut berjaya menerima Anugerah Lonjakan Sarjana di dalam peperiksaan

Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) 2007. Anugerah ini diberikan kepada sekolah-

sekolah yang berjaya membuat lonjakan prestasi secara luar biasa dari tahun-tahun

sebelumnya.

1.8 Batasan Kajian

Kajian ini merupakan kajian kes iaitu mengkaji gaya kepimpinan guru besar di

dua buah sekolah di dalam daerah Muar. Kajian ini melibatkan guru-guru biasa dan

guru penolong kanan yang dipilih dari dua buah sekolah yang mana kedua-dua buah

sekolah pernah dipimpin dan diuruskan oleh guru besar yang dikaji. Guru-guru yang

dipilih secara rawak bertujuan ini akan diberi borang soal selidik yang bertujuan untuk

menilai gaya kepimpinan guru besar berkenaan sewaktu memimpin dan menguruskan

sekolah-sekolah yang pernah dipimpinnya.

Page 32: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my Riduan Bin... · Allahyarham Haji Ismail B. Mohd Ali ... Sekolah Pengajian Siswazah serta guru-guru yang menjadi responden kajian . ... Cuti

15��

Kesemua sampel yang dipilih merupakan guru-guru yang pernah berkhidmat di

bawah kepimpinan guru besar yang dikaji sekurang-kurangnya lima tahun. Ini kerana

guru-guru yang telah berkhidmat sekurang-kurangnya lima tahun di bawah guru besar

yang dikaji mempunyai pengalaman yang lebih lama di bawah kepimpinan guru besar

tersebut dan dapatan kajian soal selidik lebih menyakinkan kepada pengakaji.

Pengkaji melakukan kajian hanya memberikan tumpuan kepada gaya

kepimpinan yang digunakan oleh guru besar yang dikaji sehingga menjadikan sekolah

tersebut cemerlang, perubahan-perubahan yang dilakukan ke arah meningkatkan

prestasi sekolah yang merosot dan sejauh manakah keberkesanan pemantauan dan

penyeliaan yang dilakukan berjaya menjadikan sekolah itu sebuah sekolah yang

cemerlang. Melalui maklumat yang dikumpul akan dianalisis bagi mendapatkan

jawapan terhadap persoalan-persoalan kajian dan memenuhi objektif kajian.

1.9 Definisi Istilah

1.9.1 Sekolah Cemerlang

Menurut Ibrahim (1998), sekolah terdiri daripada elemen-elemen manusia,

bukan manusia; kawasan, bangunan, alatan dan sebagainya. Berdasarkan kepada

Standard Kualiti Pendidikan Malaysia yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran

Malaysia (KPM) telah mendefinisikan mendefinisikan sekolah cemerlang sebagai

sekolah yang menunjukkan kecemerlangan di dalam pengurusan dan kemenjadian

murid.

Mengikut Hussein Mahmood (1993), sekolah cemerlang bukanlah sekolah yang

terkenal atau sekolah primer tetapi sekolah yang dapat menghasilkan pencapaian

akademik yang tinggi, kurang menghadapi masalah disiplin dan mendapat kepercayaan

di kalangan masyarkat dan guru-guru merasa puas hati bekerja.

Page 33: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my Riduan Bin... · Allahyarham Haji Ismail B. Mohd Ali ... Sekolah Pengajian Siswazah serta guru-guru yang menjadi responden kajian . ... Cuti

16��

Menurut seorang pengkaji barat, Mortimore (1991) pula mendefinisikan sekolah

cemerlang sebagai ‘ perkembangan pelajar berada di tahap yang di luar jangkaan.

Sekolah yang berkesan dapat menambah nilai kepada hasil pembelajaran berbanding

dengan sekolah yang sama’ . Rosenholtz (1985) Hopkins et al. (1994) melabelkan

sekolah berkesan atau sekolah cemerlang sebagai ‘sekolah bergerak’.

Abdul Shukor (1991) mengatakan sekolah cemerlang adalah sekolah yang

mencapai tahap terbaik, bermutu dan terunggul dalam semua bidang berkaitan dengan

akademik, sahsiah, pengurusan, perhubungan, infrstuktur dan kepimpinan. Pendapat

Abdul Shukor (1991) telah disokong oleh Sharifah (2000) yang mengatakan bahawa

konsep sekolah cemerlang berkait rapat dengan kecemerlangan seimbang pelajar dan

kemampuan pentadbir membantu guru menjalankan tugasnya dengan baik.

Menurut Jemaah Nazir Sekolah Persekutuan, Kementerian Pelajaran Malaysia,

sekolah berkesan atau sekolah cemerlang adalah berdasarkan pendapat Edmonds

(1979) iaitu mempunyai fokus pengajaran yang dinyatakan dengan jelas dan

menggunakan penilaian serta pentaksiran yang sistematik. Mengikut Dean (1985),

mengemukakan sekolah berkesan atau cemerlang menerusi kepimpinan pengetua atau

guru besar berupaya memupuk kerjasama dalam satu organisasi atau institusi ke arah

mencapai matlamat bersama.

Sebagai kesimpulan, sekolah cemerlang merupakan sebuah institusi pendidikan

yang mampu dan berupaya menghasilkan graduan-graduan yang cemerlang dari semua

sudut, mampu mengisi setiap ruang dan memenuhi keperluan sesebuah negara.

Page 34: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my Riduan Bin... · Allahyarham Haji Ismail B. Mohd Ali ... Sekolah Pengajian Siswazah serta guru-guru yang menjadi responden kajian . ... Cuti

17��

1.9.2 Pemimpin

Menurut Hughes et al. (2002), mentakrifkan pemimpin sebagai orang yang

boleh mempengaruhi orang lain. De Pree ( 1989 ) dalam Zawawi (1999) menyatakan :

“Kepimpinan adalah satu seni, kepercayaan terhadap kepimpinan dilahirkan mealalui

gaya kepimpinan yang ditunjukkan ”. Manakala Bass (1990) menyatakan ,

“ Kepimpinan adalah interaksi antara dua atau lebih di dalam sesuatu kumpulan yang

mana biasanya melibatkan penstukturan semula sesuatu situasi , persepsi dan harapan

semua ahli ” .

Menurut Fleishman (1973) kepimpinan adalah usaha ke arah pengaruh

perseorangan yang di arahkan melalui proses komunikasi ke arah pencapaian sesuatu

matlamat. Hersey dan Blancahard (1977) pula menyatakan kepimpinan adalah proses

mempengaruhi kegiatan individu atau kumpulan dalam usaha mencapai matlamat dalam

sesuatu tindakan. Manakala Koontz dan Wiehrich (1992) menjelaskan kepimpinan

sebagai suatu seni atau proses mempengaruhi orang supaya mereka akan berjuang atau

melakukan sesuatu dengan rela hati dan penuh semangat ke arah pencapaian matlamat

kumpulan.

Kepimpinan menurut Islam berteraskan konsep khalifah iaitu setiap manusia

adalah pemimpin yang bertanggungjawab memimpin dirinya , keluarga dan ahli-ahli di

bawahnya ;

‘ Kamu sekelian adalah pemimpin dan kamu akan ditanya tentang rakyat yang

dipimpinmu ’

(Riwayat Bukhari dan Muslim 1528)

Page 35: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my Riduan Bin... · Allahyarham Haji Ismail B. Mohd Ali ... Sekolah Pengajian Siswazah serta guru-guru yang menjadi responden kajian . ... Cuti

18��

Dalam konteks pendidikan , Campbell (1983) menyatakan kepimpinan ialah satu

proses bagi seseorang guru besar mendapatkan kerjasama kakitangan ke arah

penyempurnaan matlamat tertentu. Ahmad Rusli (1999) menyatakan pemimpin adalah

individu manusia yang diamanahkan memimpin subordinat (pengikutnya) ke arah

mencapai matlamat yang ditetapkan. Pendekatan mempengaruhi subodinat melalui

proses rangsangan untuk mereka berusaha secara rela hati bagi mencapai matlamat

bersama menampilkan ciri-ciri kepimpinan yang baik dan unggul. Penyerlahan

penampilan keupayaan (kebolehan dan pencapaian) individu pemimpin dalam

menjayakan kepimpinannya dikenal pasti sebagai stail kepimpinan.

Menurut Ramaiah (1999) elemen asas proses kepimpinan ialah pengikut. Proses

kepimpinan tidak boleh berlaku dengan seorang sahaja kerana proses ini memerlukan

sekurang-kurangnya dua orang, seorang pemimpin dan seorang lagi pengikut. Kalau

tidak ada pengikut maka tidak ada pemimpin. Proses kepimpinan akan runtuh begitu

sahaja sekiranya pengikut tidak setia kepada pemimpin. Kejayaan proses kepimpinan

bergantung dan berkaitan dengan kesetiaan pengikut kepada pemimpin.

Abas Awang dan Abdullah Ngah (2007) mentakrifkan kepimpinan sebagai

setiap tindakan yang menumpukan sumber-sumber ke arah matlamat yang benar-benar

bermanfaat. Pemimpin pula adalah orang yang diamanahkan melaksanakan tugas

kepimpinan di atas. Mengikut Katz dan Khan (1978), terdapat tiga perkara yang

ditekankan dalam konteks kepimpinan, iaitu kedudukan atau jawatan, sebagai peribadi

seorang individu dan sebagai satu rangkaian tingkah laku tertentu.

Menurut Yaacob (1989), pemimpin perlu melibatkan orang lain yakni

subordinat atau pengikut. Yahya (2005) pula menyatakan bahawa pemimpin sebagai

keupayaan mempengaruhi, memotivasikan, mengubah sikap dan tingkahlaku surbodinat

seperti guru, staf dan pelajar supaya melaksanakan aktiviti atau program yang telah

Page 36: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my Riduan Bin... · Allahyarham Haji Ismail B. Mohd Ali ... Sekolah Pengajian Siswazah serta guru-guru yang menjadi responden kajian . ... Cuti

19��

ditetapkan bagai mencapai matlamat sekolah. Menurut Northouse (1997) pula

menjelaskan bahawa pemimpin adalah segala aktiviti yang mempengaruhi individu

dalam kumpulan atau organisasi serta dapat membawa ke arah pencapaian matlamat.

Hisham (1991) berpendapat bahawa kepimpinan adalah suatu proses

menggerakkan sekumpulan manusia menuju ke suatu arah yang telah ditentukan

melalui dorongan yang tidak memaksa. Ini disokong oleh Handoko (1984) yang

menyatakan kepimpinan adalah merupakan kemampuan yang dipunyai seseorang untuk

mempengaruhi orang-orang lain agar bekerja untuk mencapai tujuan dan sasaran.

Koontz dan Wiehrich (1992) menyatakan kepimpinan sebagai pengaruh dan seni atau

proses mempengaruhi orang supaya mereka akan berjuang dengan rela hati dan penuh

semangat ke arah pencapaian matlamat kumpulan.

Sebagai kesimpulan , kepimpinan merupakan suatu proses mempengaruhi dan ia

bukan hanya melibatkan hanya seorang individu tetapi memerlukan sokongan dan

kerjasama dari orang lain dengan penuh semangat ke arah mencapai matlamat

kumpulan atau sesebuah organisasi.

1.9.3 Guru Besar cemerlang

Guru besar ialah individu yang paling penting, berpengaruh dan

bertanggungjawab terhadap semua aktiviti yang berlaku di sekolah. Beliau yang

menetapkan iklim pembelajaran, tahap profesionalisme dan moral guru serta darjah

keperihatinan terhadap masa depan pelajar (Rosemblum dalam Hussien Mahmood,

1993). Menurut Ibrahim (1998) guru besar adalah orang yang mengetuai atau

memimpin sesebuah sekolah.

Page 37: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my Riduan Bin... · Allahyarham Haji Ismail B. Mohd Ali ... Sekolah Pengajian Siswazah serta guru-guru yang menjadi responden kajian . ... Cuti

20��

Manakala Sabri (1998), menyatakan guru besar orang yang bertanggungjawab

untuk mengambil inisiatif bagi menggerakkan perubahan di sekolah. Menurut Lipham,

et al. (1985) dalam bukunya ‘ The Principalship : Concept , Competencies and Cases’

menanggap guru besar mempunyai potensi yang besar di dalam kepimpinannya. Beliau

mengemukakan lima peranan guru besar iaitu menentukan matlamat sekolah; mengelola

sekolah; memajukan lagi cara-cara membuat keputusan; dan melaksanakan perubahan

pendidikan.

Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (1989), mendefinisikan guru besar

sebagai guru yang mengetuai sesebuah sekolah atau organisasi. ‘Cemerlang’ pula

merujuk kepada ‘bercahaya dengan terang’ . Bagi pengistilahan Kementerian Pelajaran

Malaysia , ‘ guru besar cemerlang’ merujuk kepada pemimpin sekolah yang berada di

Gred Guru 38 (DG 38).

Melalui kajian yang dilakukan oleh Sweeney (1982), Witte dan Walsh (1990)

merumuskan bahawa ciri kepimpian guru besar cemerlang ialah memberi penekanan

kepada pencapaian pelajar dalam bidang akademik; menyusun dan menetapkan strategi

pengajaran; menyedia dan mengekalkan suasanan kondusif di sekolah; kerap menilai

pencapaian sekolah; menyelaras program pengajaran; dan membantu dan memberi

semangat kepada para guru.

Sebagai kesimpulan ‘guru besar cemerlang’ merujuk kepada seorang pemimpin

organisasi pendidikan yang berada di Gred Gaji 38 (DG38) dan berjaya merancang,

membuat implementasi dan penilaian terhadap semua tindakannya dengan tujuan untuk

mencapai visi kecemerlangan sekolah serta dapat membawa organisasinya berada

dikedudukan yang terbaik.

Page 38: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my Riduan Bin... · Allahyarham Haji Ismail B. Mohd Ali ... Sekolah Pengajian Siswazah serta guru-guru yang menjadi responden kajian . ... Cuti

21��

1.9.4 Pengurusan Strategi

Menurut David (1986) mendefinisikan pengurusan strategi adalah fomulasi,

implimentasi dan tindakan-tindakan yang akan memastikan organisasi berupaya

mencapai objektifnya. Manakala Asaruddin (1985) dan Chan (1999) menjelaskan

bahawa pengurusan strategi merupakan suatu proses yang melibatkan seluruh aktiviti

merancang dan melaksanakan suatu rancangan yang mana rancangan tersebut

diharapkan berupaya memperbaiki kedudukan sesebuah organisasi. Ahmad Bustamam

(1997) pula mentakrifkan strategi kepimpinan merupakan suatu proses amalan

pengurusan secara menyeluruh.

Berdasarkan kepada beberapa definisi di atas, dapatlah disimpulkan bahawa

‘pengurusan strategi’ merupakan suatu proses yang melibatkan seluruh aktiviti yang

dilaksanakan iaitu merancang, membuat implimentasi dan penilaian terhadap semua

tindakan dengan tujuan untuk memperbaiki kedudukan sesebuah organisasi.