UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN...

download UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIApendaftar.uthm.edu.my/v2/en/perkhidmatan/buku-panduan/doc_downl… · seperti Pengawas Peperiksaan, ... - Penyerahan Watikah Kepada Wakil-Wakil

If you can't read please download the document

Transcript of UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN...

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA UTHM/PP/100-6/3 Jld 9 (12) 23 Februari 2009

PEKELILING PENGURUSAN BIL. 12/2009

LAWATAN KERJA MENTERI PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA KE UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

Sukacita dimaklumkan bahawa Menteri Pengajian Tinggi Malaysia, Yang Berhormat Dato Seri Mohamed Khaled bin Nordin akan melakukan lawatan kerja ke Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, pada ketetapan seperti berikut: Tarikh : 02 Mac 2009 (Isnin) Tempat : 9.30 pagi Tempat : Dewan Tunku Ibrahim Ismail (DTII) 2. Yang Berhormat Menteri juga akan membuat lawatan ke Projek Pembinaan Perpustakaan Universiti dan merasmikan bangunan tambahan Pusat Kesihatan Universiti. 3. Sehubungan itu, staf yang terlibat dengan pembinaan bangunan perpustakaan dikehendaki menunggu kunjungan Yang Berhormat Menteri ditapak binaan. Manakala staf Pusat Kesihatan Universiti menunggu di bangunan Pusat Kesihatan Universiti. Staf yang lain pula diwajibkan hadir ke majlis yang diadakan di DTII. Staf yang terlibat dengan lawatan Yang Berhormat Menteri di tapak pembinaan perpustakaan dan perasmian bangunan tambahan Pusat Kesihatan Universiti dikehendaki juga hadir ke DTII selepas majlis di kedua-dua tempat tersebut selesai. Staf dikehendaki merekodkan kedatangan dimesin pengimbas yang disediakan di pintu masuk Dewan Tunku Ibrahim Ismail. Semua Dekan /Pengarah /Pengurus /Ketua Pusat /Bahagian/ Unit diminta untuk mempastikan semua staf hadir ke majlis yang diadakan. 4. Pengecualian diberikan kepada staf yang tidak dapat meninggalkan tugas seperti Pengawas Peperiksaan, Pengawal Keselamatan, Operator Telefon serta staf yang komited dengan program/aktiviti seperti persidangan/seminar/kursus. Bersama-sama ini dilampirkan aturcara untuk rujukan YBhg. Prof. /Tuan / Puan. Sekian, terima kasih. DENGAN HIKMAH KITA MENEROKA Yang benar, SULAM BIN HAMID Pendaftar 7100 s.k - YBhg. Dato Naib Canselor - Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa)

- Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni) - Dekan-Dekan Fakulti - Pengarah Pejabat/Pusat - Ketua-Ketua Pejabat/Pusat/Unit

SH/rk/230209/PekelilingPengurusan

ATURCARA LAWATAN KERJA MENTERI PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA

KE UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

TARIKH : 02 MAC 2009 (ISNIN) MASA : 9.30 PAGI 12.30 TENGAHARI

TEMPAT : DEWAN TUNKU IBRAHIM ISMAIL _______________________________________________________________ 09.30 Pagi - Ketibaan Para Jemputan

09.50 pagi - Ketibaan Lembaga Penngarah Universiti

10.00 pagi - Ketibaan Pemimpin Masyarakat Setempat

10.30 pagi - Ketibaan Yang Berhormat Menteri Pengajian Tinggi Malaysia

10.35 pagi - Alu-aluan Pengerusi Majlis

- Nyanyian Lagu Negaraku

- Bacaan Doa

- Ucapan Alu-aluan YBhg. Prof. Dato Dr. Mohd Noh Dalimin

(Naib Canselor UTHM)

- Ucapan Yang Berhormat Dato Seri Mohamed Khaled bin Nordin

(Menteri Pengajian Tinggi Malaysia)

- Penyempurnaan Pelancaran Jalinan Kerjasama Universiti dan

Masyarakat : Simbolik Pelancaran

- Penyerahan Watikah Kepada Wakil-Wakil Sekolah

- Penyampaian Penghargaan Khidmat Masyarakat

Bumi Hijau

- Penyerahan Replika Mesin Hemodialisis

- Penyampaian Cenderamata Kepada Penyumbang

Mesin Hemodialisis

- Penyampaian Cenderamata Kepada

Yang Berhormat Menteri Pengajian Tinggi Malaysia

- Lagu UTH,

- Lawatan Ke Tapak Pameran

- Jamuan Makan Tengahari dan Bersurai