Unsur Feminis Dalam Cerpen Suara Hantu

6
MENCUNGKIL FEMINISME DALAM CERPEN SUARA HANTU HASIL KARYA NASSURY IBRAHIM Oleh Fathanah bt. Che Ismail Shasha bt. Mazlan Noor Afifah bt. Abd. Wahab (Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Kota Bharu) Kami dikehendaki mengkritik sebuah cerpen menggunakan pendekatan Feminisme. Untuk itu, kumpulan kami memilih cerpen “ Suara Hantu “ hasil karya Nassury Ibrahim. Pendekatan Feminisme merupakan pendekatan yang berkenaan dunia dan imej wanita. Pendekatan ini lahir di Barat akibat rasa tidak puas hati golongan wanita terhadap sikap diskriminasi golongan lelaki. Ia dipelopori oleh Virginia Woolf. Cerpen ‘Suara Hantu’ menceritakan kehidupan masyarakat di sebuah perkampungan yang diberi nama kampung Che Lijah. Kampung ini telah digemparkan dengan peristiwa yang berlaku ke atas Kak Kiah yang mendengar suara mengerang yang menakutkan dari bukit di belakang rumahnya. Peristiwa yang menimpa Kak Kiah itu dikaitkan dengan makhluk halus, iaitu hantu, yang mendiami kawasan tersebut. Oleh itu, perkhidmatan pawang digunakan untuk menyelesaikan masalah tersebut. 1

description

cerpen suara

Transcript of Unsur Feminis Dalam Cerpen Suara Hantu

Page 1: Unsur Feminis Dalam Cerpen Suara Hantu

MENCUNGKIL FEMINISME DALAM CERPEN SUARA HANTU HASIL KARYA NASSURY IBRAHIM

OlehFathanah bt. Che Ismail

Shasha bt. MazlanNoor Afifah bt. Abd. Wahab

(Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Kota Bharu)

Kami dikehendaki mengkritik sebuah cerpen menggunakan pendekatan

Feminisme. Untuk itu, kumpulan kami memilih cerpen “ Suara Hantu “ hasil karya

Nassury Ibrahim. Pendekatan Feminisme merupakan pendekatan yang

berkenaan dunia dan imej wanita. Pendekatan ini lahir di Barat akibat rasa tidak

puas hati golongan wanita terhadap sikap diskriminasi golongan lelaki. Ia

dipelopori oleh Virginia Woolf.

Cerpen ‘Suara Hantu’ menceritakan kehidupan masyarakat di sebuah

perkampungan yang diberi nama kampung Che Lijah. Kampung ini telah

digemparkan dengan peristiwa yang berlaku ke atas Kak Kiah yang mendengar

suara mengerang yang menakutkan dari bukit di belakang rumahnya. Peristiwa

yang menimpa Kak Kiah itu dikaitkan dengan makhluk halus, iaitu hantu, yang

mendiami kawasan tersebut. Oleh itu, perkhidmatan pawang digunakan untuk

menyelesaikan masalah tersebut.

Dalam cerpen ini, terdapat aspek-aspek yang membicarakan tentang imej

wanita. Antara imej feminisme yang terdapat dalam cerpen ini ialah ketajaman

pendengaran dalam kalangan kaum wanita melebihi kaum lelaki. Hal ini sesuai

dengan pendapat Sainstis yang mengatakan bahawa kaum wanita mempunyai

enam deria, berbanding lima deria dimiliki kaum lelaki. Deria ke enam itu ialah

intuisi atau dalam penulisan ini dinamakan ketajaman pendengaran. Berikut

merupakan bukti ketajaman pendengaran deria kaum wanita yang diwakili oleh

watak Kak Kiah.

1

Page 2: Unsur Feminis Dalam Cerpen Suara Hantu

Kak Kiah yang mula-mula mendengarnya. Waktu itu Kak Kiah di telaga mandi.

Bukti ketajaman deria Kak Kiah ialah pada perkataan “mula-mula” yang

terdapat di dalam ayat di atas. Ayat di atas menyatakan Kak Kiah adalah orang

pertama yang mendengar suara ngeri dari arah bukit di belakang rumahnya,

berbanding Abang Sudin. Suara yang ”mula-mula” didengari ialah suara makhluk

halus halus yang bermula dengan suara mengeram. Memang, pada kelaziman

cerita seram, suara makhluk halus bermula dengan suara mengeram, sebelum

diikuti dengan suara mengilai.

Lemah semangat juga merupakan salah satu imej wanita yang dibicarakan, yang

terdapat dalam cerpen ini. Kaum wanita harus menerima kenyataan bahawa

mereka mempunyai satu kelemahan iaitu lemah semangat. Rasa lemah

semangat, lebih-lebih lagi, ketika menghadapi peristiwa yang melibatkan

makhluk ghaib dan perkara aneh. Berkenaan hal ini, melalui cerpen Suara hantu,

Nassury Ibrahim mencatatkan;

Tiba-tiba pula suara mengerang itu mengilai kuat. Kuat sungguh. Terkejut Kak Kiah. Terpelanting timba di tangan. Kak Kiah lari sampai ke tangga, terus dia melompat ke beranda, dan lompat lagi. Berdebuk jatuh dia di atas betis Abang Sudin yang sedang berlunjur rehat menonton berita.

Unsur ini juga dapat dilihat pada peristiwa apabila Kak Kiah yang dirasuk hantu.

Dia tidak mengenali suaminya sendiri dan suaranya berubah menjadi parau. Hal

demikian menunjukkan kaum wanita lebih mudah diganggu oleh syaitan

terutamanya mereka yang lemah semangat.

Dimanakah bukti yang menunjukkan wanita memerlukan perlindungan lelaki

apabila berhadapan dengan sesuatu perkara yang berbahaya dan boleh

2

Page 3: Unsur Feminis Dalam Cerpen Suara Hantu

menggugat keselamatan mereka? Nassury Ibrahim membuktikan dalam ayat di

bawah.

Tubuh Kak Kiah menggeletar. Mukanya pucat. Tangannya memeluk Abang Sudin. Kak Kiah menonjol-nonjolkan kepalanya tidak ketentuan ke dada Abang Sudin.

Ayat di atas menjelaskan Kak Kiah berlari mendapatkan perlindungan daripada

suaminya setelah mendengar suara mengerang dari bukit di belakang rumahnya

mengilai tiba-tiba. Hal ini menunjukkan setiap wanita yang merasa dirinya

terancam dan tidak selamat akan mencari orang yang lebih kuat sebagai tempat

perlindungannya, seperti Kak Kiah bergantung harap dan berlindung di sebalik

suaminya, Abang Sudin. Imej feminisme ini dikuatkan lagi dengan peristiwa Kak

Sal, isteri Salleh Ayam yang tidak mahu ke dapur atau ke bilik air jika Salleh

Ayam tidak ada bersamanya.

Kaum wanita dalam cerpen ini juga menunjukkan mereka cepat terpengaruh

dengan perkara-perkara tahyul dan kurafat. Malah, terpengaruh dengan

kepercayaan terhadap kurafat telah menganggu perjalanan hidup masyarakat,

khususnya kaum wanita. Hal ini digambarkan melalui ayat di bawah.

Esokannya riuh jiran-jiran bercerita tentang berita Kak Kiah mendengar suara hantu. Mak Cik Munah, jiran Kak Kiah turut mengiyakannya....Asal petang sahaja berduyun-duyun orang berkempung di hadapan rumah Kak Kiah.

Pada situasi itu, Mak Cik Munah turut mendengar apa yang didengar oleh Kak

Kiah. Mak Cik Munah berasa tidak selesa dan takut dengan keadaan tersebut.

Imej feminisme lain yang terdapat dalam cerpen ini ialah kaum wanita akan

berasa gembira dan selamat apabila mendapati diri mereka bebas daripada

3

Page 4: Unsur Feminis Dalam Cerpen Suara Hantu

bahaya dan ancaman yang boleh menggugat keselamatan mereka. Imej wanita

ini dapat dibuktikan dalam ayat di bawah.

“Kiah”, kata Sudin sambil mengukirkan senyuman kepada isterinya yang nampak gembira; kemudian beralih memandang Tuk Penggawa.

Kesimpulannya, berdasarkan imej-imej wanita yang dinyatakan di atas didapati

bahawa imej wanita yang ditonjolkan lebih bersifat negatif. Hal ini terjadi mungkin

disebabkan cerpen Suara Hantu dihasilkan oleh penulis lelaki. Hal inilah yang

ditentang oleh Virginia Woolf kerana ketidakadilan penampilan watak antara

watak wanita dengan watak lelaki. Digambarkan wanita mempunyai beberapa

kelemahan dan memerlukan perlindungan daripada kaum yang lebih kuat seperti

suami, Tok Pawang dan Tok Penghulu, yang semuanya adalah lelaki. Kaum

wanita akan asa gembira apabila mendapati diri mereka selamat dan jauh

daripada bahaya. Imej ini tentunya akan berubah jika cerpen Suara Hantu

dihasilkan oleh penulis wanita.

Rujukan

http://dbp.gov.my/lamandbp/main.php?Content=articles&ArticleID=122

http://ccm.um.edu.my/umweb/fsss/images/persidangan/Kertas%20Kerja/Nor%20Hayati%20Abd%20Rahman.pdf

http://www.penerbit.usm.my/pen2006/Buku_Detail.php?IDBuku=574

http://cetasasbuya.blogspot.com/2008/09/kritikan-feminisme-berkembang-sejak.html.

4