Unsur Keindahan Bahasa Dalam Teks

11
Unsur Keindahan Bahasa dalam Teks Hikayat Filed under: Himpunan Esei Penulis Harleny Abd Arif @ 5:06 pm Keindahan menurut takrifan Teuku Iskandar merujuk kepada perihal indah, kecantikan dan keelokan. Definisi keindahan dalam tradisi Melayu seperti yang dirumuskan oleh V.I Braginsky pula merupakan sesuatu yang luar biasa dan beraneka ragam. Seterusnya, beliau menambah bahawa, “… keanekaragaman itu, atau seluruh manifestasi benda yang indah, diatur dan disesuaikan dengan harmoni.Dalam teks hikayat, unsur-unsur keindahan bahasa diaplikasikan untuk menyalurkan pemikiran dan pandangan terhadap sesuatu tema dan persoalan. Unsur bahasa dalam sesebuah teks hikayat secara tidak langsung merupakan cerminan jati diri penulis kerana khalayak dapat mengenali diri pengarang melalui penggunaan gaya bahasa dalam teks yang dihayati. Antara beberapa contoh unsur bahasa yang sering didapati dalam teks hikayat ialah metafora, personafikasi, simile, hiperbola, simbolik, repetisi dan sebagainya. Unsur bahasa ini digunakan dalam teks hikayat bagi menimbulkan keindahan dan kepelbagaian maksud cerita. Seni keindahan bahasa dalam sastera hikayat dapat diperhatikan melalui gambaran pelukisan taman-taman, kejelitaan puteri, keindahan pakaian dan sebagainya oleh pengarang teks hikayat. Dalam Hikayat Indraputra umpamanya, pengarang telah mengguna dan memanipulasikan unsur bahasa bagi membentuk cerita. Di antara gaya bahasa tersebut ialah unsur personafikasi yang digambarkan dalam satu babak di mana tokoh utamanya menguasai hikmat bukit permata yang sangat merdu bunyinya. Gambaran tersebut dinyatakan oleh pengarang sebagai berikut: Seketika lagi bukit permata itu pun berdengung-dengunglah seperti bunyi buluh perindu, terlalulah indah bunyinya itu. Maka Indraputra pun duduk seketika, maka ia pun segeralah berjalan daripada itu. Sebermula jikalau lain daripada Indraputra nescaya tinggallah ia di sana dengan sebab bunyinya itu, demikianlah adanya. Dalam hikayat ini juga, pengarang telah mengaplikasikan unsur metafora iaitu laut berahi bagi memperlihatkan rasa kagum terhadap kejelitaan Puteri Candera Lela Nur Lela yang tiada tolok bandingnya seperti berikut: Maka tuan puteri pun tersenyumlah seraya memandang ke bawah mahligai itu. Maka anak raja itu pun memandang ke atas. Maka sama terpandang muka tuan Puteri Candera Lela Nur Lela dengan anak raja itu. Maka anak raja itu pun seperti lenyaplah rasanya ia dalam laut berahi itu, sebab terlalu elok rupanya tuan puteri itu. Kalakian maka anak raja itu pun tergelincirlah kakinya itu daripada yang keemasan itu, lalu jatuh ke atas tangganya pedang itu. Maka jadilah penggal dua tubuhnya itu lalu mati.

description

PROSA KLASIK MELAYU

Transcript of Unsur Keindahan Bahasa Dalam Teks

Page 1: Unsur Keindahan Bahasa Dalam Teks

Unsur Keindahan Bahasa dalam Teks Hikayat

Filed under: Himpunan Esei Penulis — Harleny Abd Arif @ 5:06 pm

Keindahan menurut takrifan Teuku Iskandar merujuk kepada perihal indah, kecantikan dan keelokan. Definisi keindahan dalam tradisi Melayu seperti yang dirumuskan oleh V.I Braginsky pula merupakan sesuatu yang luar biasa dan beraneka ragam. Seterusnya, beliau menambah bahawa, “…keanekaragaman itu, atau seluruh manifestasi benda yang indah, diatur dan disesuaikan dengan harmoni.”

Dalam teks hikayat, unsur-unsur keindahan bahasa diaplikasikan untuk menyalurkan pemikiran dan pandangan terhadap sesuatu tema dan persoalan. Unsur bahasa dalam sesebuah teks hikayat secara tidak langsung merupakan cerminan jati diri penulis kerana khalayak dapat mengenali diri pengarang melalui penggunaan gaya bahasa dalam teks yang dihayati.

Antara beberapa contoh unsur bahasa yang sering didapati dalam teks hikayat ialah metafora, personafikasi, simile, hiperbola, simbolik, repetisi dan sebagainya. Unsur bahasa ini digunakan dalam teks hikayat bagi menimbulkan keindahan dan kepelbagaian maksud cerita.

Seni keindahan bahasa dalam sastera hikayat dapat diperhatikan melalui gambaran pelukisan taman-taman, kejelitaan puteri, keindahan pakaian dan sebagainya oleh pengarang teks hikayat.

Dalam Hikayat Indraputra umpamanya, pengarang telah mengguna dan memanipulasikan unsur bahasa bagi membentuk cerita. Di antara gaya bahasa tersebut ialah unsur personafikasi yang digambarkan dalam satu babak di mana tokoh utamanya menguasai hikmat bukit permata yang sangat merdu bunyinya. Gambaran tersebut dinyatakan oleh pengarang sebagai berikut:

Seketika lagi bukit permata itu pun berdengung-dengunglah seperti bunyi buluh perindu, terlalulah indah bunyinya itu. Maka Indraputra pun duduk seketika, maka ia pun segeralah berjalan daripada itu. Sebermula jikalau lain daripada Indraputra nescaya tinggallah ia di sana dengan sebab bunyinya itu, demikianlah adanya.

Dalam hikayat ini juga, pengarang telah mengaplikasikan unsur metafora iaitu laut berahi bagi memperlihatkan rasa kagum terhadap kejelitaan Puteri Candera Lela Nur Lela yang tiada tolok bandingnya seperti berikut:

Maka tuan puteri pun tersenyumlah seraya memandang ke bawah mahligai itu. Maka anak raja itu pun memandang ke atas. Maka sama terpandang muka tuan Puteri Candera Lela Nur Lela dengan anak raja itu. Maka anak raja itu pun seperti lenyaplah rasanya ia dalam laut berahi itu, sebab terlalu elok rupanya tuan puteri itu. Kalakian maka anak raja itu pun tergelincirlah kakinya itu daripada yang keemasan itu, lalu jatuh ke atas tangganya pedang itu. Maka jadilah penggal dua tubuhnya itu lalu mati.

Selain itu terdapat repetisi perkataan maka yang digunakan oleh pengarang. V.I. Braginsky menjelaskan bahawa frasa-frasa yang akan diawali dengan kata penghujung maka dalam hikayat Melayu, “seakan-akan mencontoh semacam model umum sastera naratif Arab-Parsi yang bersifat prosa.”

Page 2: Unsur Keindahan Bahasa Dalam Teks

Unsur repetisi yang sama juga turut didapati dalam teks Hikayat Syah Mardan apabila pengulangan nama Allah Taala diulang bagi menegaskan tentang kebesaran Ilahi. Selain itu, turut diselitkan unsur  diksi yang dipinjam daripada bahasa Arab apabila khalayak dipertemukan dengan khalimah usalli fardhal zuhri. Misalnya:

Adapun tatkala kita mengatakan usalli fardhal zuhri itu mengerat namanya dan sahnya naik saksi kita ke atas arasy Allah Taala, maka kita melihat kebesaran Allah Taala.

Dalam teks hikayat ini, penggunaan perkataan abdun, rabbaniah, arasy, kursy, luh dan kalam turut ditemui. Menurut Shafie Abu Bakar, peningkatan sesebuah karya sastera yang baik boleh dilihat daripada dua aspek iaitu lahiri dan maknawi. Lahiri merujuk kepada teknik di dalam pengkaryaan yang melibatkan bentuk, struktur, plot, watak, bahasa dan sebagainya. Maknawi pula merujuk kepada isi, tema, idea, mesej, sudut pandangan, nilai dan sebagainya. Kesemuanya merupakan elemen-elemen di dalam membina sesebuah karya sastera. Beliau menjelaskan bahawa proses pembinaan karya secara kreatif, indah dan sempurna merupakan takmilah sastera.

Dalam Hikayat Cekel Waneng Pati, pengarang menggunakan unsur hiperbola sebagai salah satu cara menarik perhatian khalayak. Seni keindahan bahasa sedemikian dapat diperhatikan apabila pengarang memberi gambaran susuk tubuh dua watak iaitu Astra Jiwa dan Si Butatil sehingga menimbulkan rasa geli hati khalayak yang menghayati teks tersebut dengan mengatakan:

Namanya baik yang kemudian itu, jambulnya hanya tiga helai, hidungnya kapak, perutnya besar, tubuhnya bagai kerbau; yang seorang lagi itu hidungnya besar, tangannya dengkul, rambutnya habis bubut.

Kepelbagaian atau keanekaragaman seni keindahan bahasa dalam teks sastera hikayat dapat menambahkan keindahan dan mengelakkan kejemuan. Kepuitisan bahasa yang digunakan dapat memberi kesan kepada khalayak yang menghayati rentetan peristiwa teks yang dibaca.

Karangan indah sesebuah karya bercorak sastera hikayat oleh pengarang yang arif lagi bijaksana, mampu menghasilkan pengaruh yang menenangkan dan menyembuhkan jiwa (menglipur) para khalayak. Justeru, V.I. Braginsky dalam buku karangannya bertajuk Yang indah, berfaedah dan kamal: sejarah sastera Melayu dalam abad 7-19 menyifatkan karya sastera Melayu klasik sebagai, ‘alat penglipur/ penghibur hati dipahami sebagai salah satu di antara fungsi-fungsinya yang terpenting.”

Page 3: Unsur Keindahan Bahasa Dalam Teks

PROSA - HIKAYAT INDERAPUTERA (DISENGGARA OLEH ALI HAJI AHMAD)

Sinopsis : Cerita ini mengisahkan kehebatan dan keistimewaan Inderaputera yang dikatakan gagah perkasa kerana dia pernah berjalan di dalam gua selama sebulan dan berjaya membunuh gergasi bernama Mamdu yang sebelum itu tidak dapat dibunuh oleh Raja Talela Syah. Ayahanda Inderaputera bernama Raja Bikrama Puspa dan bondanya bernama Tuan Puteri Jamjam Ratna Dewi. Setelah Inderaputera dilahirkan, Raja Bikrama menjemput ahli nujum ke istana untuk menilik masa depan anakandanya. Menurut tilikan nujum, Inderaputera akan memerintah kerajaan yang besar tetapi dilarang bermain dengan binatang kerana dibimbangi akan terjadi sesuatu yang buruk. Apabila besar, Inderaputera dihantar mengaji selama tujuh tahun kepada seorang mualim bernama Bersapian. Pada suatu ketika Raja Bikrama Buspa menerima kehadiran dua orang utusan ufti yang terdiri daripada tukang emas dan tukang kayu yang mahir lagi hebat. Si tukang kayu mengukirkan seekor ikan yang indah seperti ikan hidup dan ikan itu boleh ketawa, berpantun dan berseloka apabila diletakkan di dalam air. Tukang emas pula membuat gambar merak daripada emas. Raja Bikrama Buspa meletakkan merak itu di dalam dulang emas dan perak lalu merak itu menggerak-gerakkan ekornya dan boleh berpantun serta berseloka. Inderaputera yang masih kanak-kanak tertarik dengan merak emas itu lalu turun daripada riba ayahnya. Dengan tidak disangka-sangka merak itu menyambar Inderaputera lalu menerbangkannya. Ayahanda dan bondanya sangat berduka cita. Inderaputera yang diterbangkan telah dijatuhkan oleh merak emas di sebuah negeri dalam sebuah kebun Nenek Kebayan. Nenek Kebayan yang pulang daripada berjual bunga menjumpai Inderaputera di dalam kebunnya. Inderaputera menceritakan kisahnya kepada Nenek Kebayan. Nenek Kebayan yang tiada cucu memelihara Inderaputera seperti cucunya sendiri dengan penuh kasih sayang. Sepanjang itu, rezeki nenek kebayan bertambah murah. Suatu hari, Nenek Kebayan membawa Inderaputera berjumpa dengan Perdana Menteri. Perdana Menteri tertarik dengan budi bahasa Inderaputera yang begitu elok sekali. Lalu Perdana Menteri meminta kepada Nenek Kebayan untuk menjadikan Inderaputera anak angkatnya hanya pada sebelah siang. Nenek Kebayan akhirnya bersetuju walaupun berat hati. Akhirnya Inderaputera membesar di bawah jagaan Nenek Kebayan dan Perdana Menteri. Tema : Cerita ini bertemakan tentang kehebatan dan keluarbiasaan yang dimiliki oleh seseorang. Dalam hal ini, keistimewaan itu dimiliki oleh Inderaputra.

Persoalan :

1. Persoalan kasih sayang ibu bapa terhadap anak-anak. Raja Bikrama Puspa tidak mahu berenggang dengan Inderaputera dan berasa dukacita setelah Inderaputera dilarikan merak emas.

2. Persoalan keutamaan menurut arahan. Negeri-negeri di bawah jajahan Raja Bikram Puspa mengikut arahan membayar ufti kepada baginda.

Page 4: Unsur Keindahan Bahasa Dalam Teks

3. Persoalan kelebihan yang diperoleh apabila memelihara anak yatim. Bunga-bunga di kebun Nenek Kebayan kembang mekar dan hasil jualannya meningkat setelah Nenek Kebayan memelihara Inderaputera sebagai cucu angkat. Watak dan Perwatakan : Watak Utama Inderaputera Berwajah menarik.

Ayahandanya bernama Maharaja Bikrama Buspa. Bondanya bernama Puteri Jamjam Ratna Dewi. Seorang yang memiliki kesaktian seperti boleh membunuh gergasi yang tidak mampu dibunuh oleh orang lain. Pandai membaca al quran . Seorang yang merendah diri contohnya, dia hanya makan hidangan setelah Perdana Menterimakan. Watak Sampingan Nenek Kebayan Penyayang contohnya nenek Kebayan.sanggup mengambil Inderaputera sebagai cucu angkat.

Seorang yang perihatin terhadap kesusahan orang lain. Perdana Menteri Seorang yang bersimpati terhadap nasib orang lain. Mengambil Inderaputera sebagai anak angkat untuk waktu sebelah siang sahaja.

Latar : Latar Masa 14 haribulan. Hari lnderaputera dilahirkan. Tujuh tahun. Tempoh Inderaputera dibesarkan sehinggalah dia dilarikan oleh burung merak emas.

Latar Tempat Negeri Semanta Puri. Negeri ini merupakan negeri tempat memerintahnya Raja Bikrama Buspa. Di dalam istana Raja Bikrama Buspa. Di sini berlaku peristiwa Inderaputera dilarikan oleh burung merak emas. Di dalam kebun Nenek Kebayan. Di tempat ini Inderaputera dijatuhkan oleh burung merak emas yang telah menyambarnya.

Di rumah Perdana Menteri. Di sini Perdana Menteri menjamu Inderaputera makan. Latar Masyarakat Latar masyarakat yang perihatin terhadap orang lain. Nenek Kebayan sanggup mengambil Inderaputera sebagai cucu angkat setelah dia dijatuhkan oleh burung merak emas. Latar masyarakat yang mudah lupa akan kesukaran yang pernah berlaku. Latar masyarakat yang sayangkan kanak-kanak. Latar masyarakatnya juga memiliki kesaktian dan keistimewaan yang luar biasa. Inderaputera yang memiliki kesaktian yang boleh mengalahkan gergasi bernama Mamdu yang tidak dapat dikalahkan oleh Raja Talelah Syah.

Gaya Bahasa :

1. Kata ganda Tiap-tiap, laki-laki, kaya-kaya, hina-dina, gilang-gemilang

2. Inversi Tuan puteri pun beranaklah seorang lelaki terlalu sekali elok paras rupanya

3. Simile Terlalu sekali elok paras rupanya seperti matahari baharu terbit gilang-gemilang 4. Bahasa istana Baginda, santap, semayam

5. Bahasa Arab Al-Quran

Nilai : 1. Nilai kebijaksanaan. Kebijaksanaan ketara ditonjolkan pada watak Inderaputera yang berjaya menewaskan gergasi bernama Mamdu dengan

Page 5: Unsur Keindahan Bahasa Dalam Teks

menggunakan kebijaksanaan. 2. Nilai kasih sayang. Hal ini ditunjukkan oleh Maharaja Bikrama Buspa yang begitu sayangkan anakandanya Inderaputera.

3. Nilai pemurah. Maharaja Bikrama Buspa menganugerahkan sepersalinan kepada setiap ahli nujum yang datang menilik nasib anaknya.

4. Nilai berbudi bahasa. Inderaputera sungguh berbudi bahasa kepada Nenek Kebayan yang menjumpainya dan membelanya.

5. Nilai kejujuran Inderaputera berlaku jujur dengan menerangkan asal usulnya dan bagaimana dia boleh berada dalam kebun Nenek Kebayan.

Pengajaran : 1. Kita hendaklah selalu berhati-hati dan berwaspada terhadap ancaman yang tidak dijangka-jangka. Jika tidak berwaspada ada kemungkinan perkara buruk akan berlaku. Sikap Maharaja Bikrama Buspa yang lalai terhadap burung merak emas telah mengakibatkan anakandanya dilarikan oleh burung berkenaan.

2. Kita hendaklah memberikan pendidikan agama kepada anak-anak. Sebagai contoh, Maharaja Bikrama Buspa mencarikan seorang guru agama untuk anakandanya belajar mengaji selama tujuh tahun.

3. Kita mestilah menghargai jasa orang kepada kita. Maharaja Bikrama Buspa menghargai jasa para nujum dengan mengurniakan persalinan setelah menilik nasib Inderaputera.

4. Kita hendaklah bijak menyesuaikan diri ketika berada di tempat orang. Sikap ini ditunjukkan oleh Inderaputera yang merendahkan diri ketika berhadapan Perdana Menteri. Dia tidak makan selagi Perdana Menteri tidak selesai makan.

PROSA - HIKAYAT RAJA MUDA (PAWANG ANA DAN RAJA HAJI YAHYA)

Sinopsis : Cerita bermula dengan suasana kecoh apabila Raja Muda didapati hilang dari rumah Nenek Kebayan. Nenek Kebayan cemas kerana insiden itu boleh mengakibatkan dirinya dibunuh. Dalam masa yang sama, persiapan sedang dilakukan untuk mengahwinkan Sultan Muda dengan Tuan Puteri Kuntum Ratna Suri di negeri Tanjung Bunga Kembang Sekaki. Majlis itu diraikan secara besar-besaran dan penuh adat istiadat. Perkahwinan itu dihidu oleh Tuan Puteri Bidadari Segerba yang sudah sebulan kembali ke kayangan. Tuan Puteri Bidadari Segerba pun pergi ke mahligai Tuan Puteri Kuntum Ratna Suri lalu menyatakan kekecewaannya terhadap tindakan Sultan Muda untuk bernikah lagi. Raja Muda menjelaskan sebab-sebab baginda bernikah dengan Tuan Puteri Kuntum Ratna Suri melalui syairnya. Setelah berkenal-kenalan dengan Permaisuri Kaca Bertuang dan Tuan Puteri Kuntum Ratna Suri, Tuan Puteri Bidadari Segerba memaklumkan bahawa dia sedang mengandung enam bulan. Sebagai tanda muafakat,Tuan Puteri Bidadari Segerba sanggup memberikan kandungannya itu kepada Tuan Puteri Kuntum Ratna Suri. Tuan Puteri Kuntum Ratna Suri bersetuju lalu baginda pun memakan sepah sirih lebihan Tuan Puteri Bidadari Segerba. Dengan kuasa Tuhan,kandungan dalam perut Tuan Puteri Bidadari Segerba berpindah ke dalam perut Tuan Puteri Kuntum Ratna Suri. Setelah kejadian itu,

Page 6: Unsur Keindahan Bahasa Dalam Teks

mereka berdua saling berjanji untuk tidak berjumpa selama beberapa tahun. Setelah cukup tempoh 12 bulan,pada waktu tengah hari bersamaan dengan hari Selasa, Tuan Puteri Kuntum Ratna Suri pun sakit hendak bersalin. Sultan Muda pun menyeru isterinya Tuan Puteri Bidadari Segerba di kayangan supaya turun menyaksikan kelahiran anak itu. Tuan Puteri Kuntum Ratna Suri selamat melahirkan seorang cahaya mata perempuan yang sihat. Bayi itu lahir dengan diiringi sebelah pedang pada setiap tangan kiri dan kanan. Bayi itu diberi nama Tuan Puteri Renik Jintan Seri Kemala Keinderaan. Satu majlis kesyukuran sempena menyambut kelahiran itu diadakan. Sultan Muda juga memerintahkan Perdana Menteri membuat sebuah balai pancalogam 12 tingkat di tengah Tasik Mendam Berahi untuk dijadikan tempat mandi puteri yang baru lahir itu dan membuat sebuah khemah di tengah Padang Biram Kemala untuk dijadikan tempat bermain. Tuan Puteri Kuntum Ratna Suri semakin sihat tetapi bayinya tidak menangis, tidak mahu makan dan minum. Hal ini membimbangkan seluruh istana tetapi keadaan menjadi reda setelah Tuan Puteri Bidadari Segerba menjelaskan bahawa keadaan tersebut memang sifat semula jadi anak tersebut.

Pada hari yang telah ditetapkan Sultan Muda membawa puterinya mandi di Tasik Mendam Berahi. Semua persiapan yang diarahkan telah disiapkan. Tuan Puteri Kuntum Ratna Suri dan bondanya membawa Puteri Renik Jintan ke balai pancalogam di tengah-tengah tasik Mendam Berahi untuk dimandikan dengan penuh upacara. Turut diadakan adalah adat ‘turun tanah’ iaitu memijakkan kaki puteri itu ke atas tanah dan kemudiannya ke atas emas serta perak. Selesai upacara itu, anak-anak raja pun bersuka ria dengan pelbagai jenis permainan. Pada sebelah malamnya pula,Sultan Muda membawa isterinya bermain-main di atas pasir yang berkilat dan kemudiannya menyaksikan permainan ‘Doh Besar’, ‘Lang-lang Aji Buntut’ dan ‘cekur-cekur Puyuh’. Tuan Puteri Kuntum Ratna Suri turut sama bermain permainan ‘Doh Besan’ kerana terlalu seronok. Suasana sungguh meriah sehinggalah larut malam dan semua permainan dihentikan. Keesokannya, kenduri diadakan dengan menyembelih kerbau, bacaan doa selamat dan doa tolak bala.

Sultan muda bersama-sama pengiringnya berangkat kembali ke kota keesokannya. Tema : Cerita ini mengetengahkan tema tentang suka-duka pengalaman hidup Raja Muda atau Sultan Muda. Baginda mengharungi pelbagai peristiwa seperti ditinggalkan isteri, bernikah lain dan meraikan kelahiran puterinya.

Persoalan :

1. Persoalan Kasih sayang dalam sesebuah keluarga. Dalam hal ini kekanda berenam begitu menyayangi saudara bongsu mereka dengan turut sama meraikan kelahiran Puteri Renik Jintan.

2. Persoalan Pernikahan yang tidak direlakan. Pernikahan Sultan Muda dengan Tuan Puteri Kuntum Ratna Suri sebenarnya tidak direlakan oleh Tuan Puteri Bidadari Segerba.

3. Persoalan semangat kerjasama dalam menyelesaikan sesuatu kesukaran.

Page 7: Unsur Keindahan Bahasa Dalam Teks

4. Persoalan sanggup berkorban demi kebahagiaan orang lain. Dalam hal ini Tuan Puteri Bidadari Segerba sanggup memindahkan kandungannya yang berusia enam bulan ke dalam perut Tuan Puteri Kuntum Ratna Suri selepas peristiwa pernikahan Sultan Muda dengan Tuan Puteri Kuntum Ratna Suri.

5. Persoalan kegembiraan menyambut kelahiran seorang bayi.

6. Persoalan Temasya untuk meraikan kedatangan seorang ahli baru dalam sesebuah keluarga.

Watak dan Perwatakan : Watak Utama Raja Muda (Sultan Muda Gempita Sakti) Berkahwin dua. Suami kepada Tuan Puteri Dayang Segerba dan Tuan Puteri Kuntum Ratna Suri. Ayahanda kepada Puteri Renik Jintan. Baginda seorang yang penyayang. Buktinya baginda menyambut kelahiran puterinya dengan segala macam persediaan seperti mengadakan tempat untuk bersiram di Tasik Mendam Berahi. Baginda juga seorang yang bersifat pemurah. Baginda telah mengadakan kenduri dengan menyembelih kerbau untuk pengikutnya. Baginda seorang yang menjalankan perintah agama. Sebagai contoh baginda telah mengiqamatkan puterinya yang baru lahir. Watak Sampingan Tuan Puteri Bidadari Segerba Berasal dari kayangan. Anak kepada Maharaja Indera Dewa. Merupakan isteri kepada Raja Muda.

Seorang yang berbudi bahasa. Sebagai contoh, dia pergi menghadiri majlis pernikahan Tuan Puteri Kuntum Ratna Suri dan bersalam-salaman dengan bondanya, Permaisuri Kaca Bertuang. Beliau juga seorang yang cekal menerima takdir hidup bahawa suaminya berkahwin lain sewaktu beliau berada di kayangan. Tuan Puteri Kuntum Ratna Suri Anakanda kepada Sultan Sedar Alam dan Permaisuri Kaca Bertuang. Baginda dinikahkan dengan Sultan Muda. Isteri kedua Sultan Muda. Seorang yang berfikiran tebuka apabila sanggup mencemar duli untuk turun bermain bersama-sama dalam permainan ‘Doh Besar’. Seorang yang mengamalkan sikap muafakat apabila sanggup menerima kandungan dari dalam perut Tuan Puteri Bidadari Segerba berpindah ke dalam perutnya. Tuan Puteri Renik Jintan Seri Kemala Keinderaan Anak perempuan kepada pasangan Sultan Muda dan Tuan Puteri Kuntum Ratna Suri. Sewaktu berada dalam kandungan Tuan Puteri Bidadari Segerba berusia enam purnama, Tuan Puteri telah dipindahkan ke dalam kandungan perut ibunya, Tuan Puteri Kuntum Ratna Suri. Tuan Puteri sangat disayangi oleh seluruh ahli keluarga dan istana. Namanya itu diberikan oleh nendanya.

Gaya Bahasa :

1. Kata ganda Bersuka-sukaan, bermaaf-maafan, dipeluk-peluk, dicium-cium

2. Personifikasi Serai beranak di atas dapur.

3. Bahasa istana Bersemayam, bersantap

4. Inversi Tidak sedap rasa hati Sudah kakanda berperi

Page 8: Unsur Keindahan Bahasa Dalam Teks

5. Simile Betapa padannya puteri itu bersanding dengan Sultan Muda laksana Sargandi dengan Sang Rajuna seorang puteri yang sangat elok rupanya laksana bulan penuh purnama empat belas

6. Bahasa klasik Gahara, leta

7. Bahasa Arab Mengkamatkan, kiblat

Latar : Latar Masa Pada waktu malam Raja Muda mengajak isterinya bermain pasir di Tasik Mendam Berahi. Pada hari Selasa waktu tengah hari. Pada waktu ini Tuan Puteri Renik Jintan dilahirkan. Pada waktu pagi. Pada waktu ini, berlaku kekecohan di rumah Nenek Kebayan kerana Raja Muda menghilangkan diri. Latar Tempat Di negeri Tanjung Bunga Kembang Sekaki. Di sinilah dilangsungkan majlis penikahan Sultan Muda dengan Tuan Puteri Kuntum Ratna Suri. Di kayangan. Merupakan tempat asalnya Tuan Puteri Bidadari Segerba. Di rumah Nenek Kebayan. Raja Muda tinggal di sini sebelum menghilangkan diri untuk pergi bernikah. Tasik Mendam Berahi. Di sini telah dibina sebuah astaka pancalogam 12 tingkat yang merupakan tempat bersiram Tuan Puteri yang baru lahir. Padang Biram Kemala. Di tengah-tengah padang ini dibina sebuah khemah tempat beradu Raja Muda. Padang ini juga dijadikan tempat anak-anak raja bermain ‘Doh Besan’, anak-anak pembesar bermain ‘Lang-lang Aji Buntut”.

Latar Masyarakat Latar masyarakat zaman feudal Rakyat diperintah oleh raja dan mereka mesti mematuhi titah raja. Buktinya, Perdana Menteri menjalankan arahan Sultan untuk mendirikan astaka dan khemah di Padang Biram Kemala. Latar masyarakat yang mementingkan adat dan upacara. Raja Muda menjalankan upacara ‘memijak tanah’ untuk puterinya. Latar masyarakat yang berbudi bahasa Latar masyarakat yang amanah kepada tugas Perdana Menteri menjalankan tugasnya membina pancalogam 12 tingkat dan khemah tempat bersiram dan tempat permainan Puteri Renik Jintan. Latar masyarakat yang ahlinya sanggup berkorban demi kebahagiaan orang lain Tuan Puteri Kuntum Ratna Sari sanggup menerima kandungan Tuan Puteri Bidadari Segerba Latar masyarakat yang mengamalkan unsur-unsur Islam Raja Muda yang mengadakan majlis kesyukuran demi menyambut kelahiran puteri baginda.

Nilai :

1. Nilai kasih sayang Raja Muda yang begitu kasihkan puterinya hingga sanggup membina pancalogam 12 tingkat dan khemah sebagai tempat bersiram dan tempat permainan puterinya itu.

2. Nilai redha kepada takdir Tuan Puteri Bidadari Segerba yang reda dengan perkahwinan kedua Raja Muda kepada Tuan Puteri Kuntum Ratna Sari

3. Nilai saling menghormati Kedua-dua isteri Raja Muda saling menghormati keputusan masing-masing untuk tidak berjumpa selama setahun.

Page 9: Unsur Keindahan Bahasa Dalam Teks

Pengajaran : 1. Kita hendaklah menjalankan tugas dengan amanah agar tidak menimbulkan masalah pada masa akan datang.

2. Kita mestilah memberikan semangat dan dorongan kepada orang yang sedang sakit atau dalam kesusahan.

3. Kita perlulah memohon maaf jika melakukan kesalahan agar tidak menimbulkan syak atau menyakiti hati orang lain.

4. Kita hendaklah menyambut kelahiran ahli keluarga yang baru dengan penuh kegembiraan dan kesyukuran.

5. Seorang suami perlu memaklumkan kepada isterinya sekiranya hendak berkahwin lagi supaya tidak berlaku salah faham