Unsur sabotaj punca 20 usahawan tempatan Elizabeth ... · KUALA SELANGOR - Tiga kaki pancing antara...

23
selangortv.my www.selangorkini.my MediaSelangor @Media_Selangor PERCUMA 25 - 31 Julai 2019, 22 - 28 Zulkaedah 1440 MUKA 3 Unsur sabotaj punca pencemaran sungai? MUKA 7 20 usahawan tempatan terpilih ke Singapura MUKA 14 Elizabeth prihatin nasib penyanyi 'Teringin' MUKA 15 Andalusia penerima anugerah MATTA 2019 KUALA LUMPUR - Selangor sedang rancak me- ngikut rentak dunia bagi mencapai status negeri pintar serantau menjelang 2025, kata Dato’ Men- teri Besar, Amirudin Shari. Katanya, agenda ‘Smart City’ itu menjadi trend juga topik utama bagi beberapa negara maju antaranya United Kingdom, Amsterdam, Singapura dan Jakarta. “Untuk itu, Selangor sebenarnya sudah diiktiraf sebagai negeri maju pada 2005 berdasarkan struk- tur kemudahan dan infrastruktur, namun untuk mencapai negeri pintar serantau pada 2025 kita memerlukan langkah setapak sahaja lagi. “Jadi melaluinya, harapan yang Selangor per- lukan ialah menggabungkan teknologi bersama inisiatif ‘Smart City’, sekali gus mampu menjadi- kan kita bersaing di peringkat dunia. “Bagi menjayakan misi itu, kita juga akan me- ngukuhkan industri aeroangkasa, elektrik dan elektronik. Tidak ketinggalan pengangkutan, ma- kanan dan minuman yang menjadi tiang utama kepada ekonomi negeri ini,” katanya. Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas menyampaikan ucaptama pada Forum ‘Selangor: Regional Powerhouse’ di Hotel Hilton, di sini, pada 23 Julai lalu. Hadir sama, pada forum berkenaan ialah EXCO Pelaburan, Perindustrian, dan Perdagangan In- dustri Kecil dan Sederhana (IKS), Dato’ Teng Chang Khim; Ketua Pegawai Eksekutif Pemerbadanan Menteri Besar (MBI) Selangor, Raja Shahreen Raja Othman dan Ketua Pegawai Eksekutif Invest Se- langor, Dato’ Hasan Azhari Idris. Pada masa sama, Amirudin berkata, Selangor kini menjadi peneraju utama bagi meneruskan misi negeri pintar. Katanya, bidang aeroangkasa menjadi asas ku- kuh bagi menjayakannya dan terdapat kira-kira 200 syarikat berkaitan yang memberi sumbangan besar di peringkat global. “Di Selangor, kita mempunyai 3S untuk bidang berkenaan iaitu Serendah, Subang dan Sepang. Menariknya mereka menguasai 62 peratus industri aeroangkasa di Malaysia. “Selain itu, kita mendapat maklum balas baik daripada semua pemain industri yang terbabit dalam usaha menjayakan misi negeri pintar dan pembangunan industri berkaitan,” katanya. Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu dan Panglima Tentera Darat, Jeneral Dato’ Seri Ahmad Hasbullah Nawawi mengenakan pangkat pada pakaian Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari di Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai Tauliah Kehormat Askar Wataniah di Wisma Pertahanan, Kuala Lumpur pada 23 Julai lalu. Selaku penaung Jawatankuasa Pendukung Askar Wataniah (JAKPAW) Selangor, lantikannya diperkenankan menerusi kelulusan Majlis Angkatan Tentera ke-575 berkuat kuasa pada 24 Mei lalu. Foto oleh Radin Wazir OLEH NADIAH ZAMLUS KUALA SELANGOR - Tiga kaki pancing antara yang disyaki menjadi dalang pencemaran Sungai Selangor sehingga me- nyebabkan gangguan kepada hampir satu juta pengguna, di Selangor dan Kuala Lumpur. Ketua Polis Selangor, Datuk Noor Azam Jamaludin berkata, perkara itu berdasarkan lapo- ran polis dibuat pekerja se- buah syarikat pengepam pasir, jam 10.30 malam, pada 21 Julai lalu. Katanya, pekerja terbabit memaklumkan terdapat dua hingga tiga individu meman- cing ikan di atas pontun pam pasir itu, pada 18 Julai lalu. “Berdasarkan keterangan pe- ngadu, pemancing berkenaan ditegur untuk tidak berada di atas pontun itu, namun enggan beredar kerana sedang asyik memancing. “Namun selepas diarahkan juga untuk beredar, berke- mungkinan besar mereka su- dah melakukan perbuatan sa- botaj,” katanya dalam sidang media di Loji Rawatan Air (LRA) SSP2, di sini. Noor Azam berkata, siasatan juga mendapati dua tong berisi minyak yang sudah dicabutkan klip sehingga menyebabkan 100 liter minyak diesel keluar. Katanya, oleh sebab itu pi- haknya menjalankan siasatan bersama agensi lain serta Syari- kat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) bagi memastikan sama ada kejadian itu disebab- kan sabotaj atau kecuaian. “Setakat ini, kita hanya me- ngetahui pemancing berke- naan menunggang motosikal,” katanya. Sehingga kini, kes disiasat mengikut Seksyen 430 Kanun Keseksaan iaitu pengkhianatan dengan cara merosakkan kerja pengairan atau secara salah menyimpang aliran sungai. Jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman denda Teraju negeri pintar serantau �atau penjara lima hingga 30 ta- hun atau kedua-duanya. Sebelum itu, Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari turut ti- dak menolak kemungkinan ke- jadian pencemaran berkenaan disebabkan sabotaj. Terdahulu Menteri Air, Ta- nah dan Sumber Asli, Dr Xavier Jayakumar, turut menggesa pi- hak polis menjalankan siasatan dan memastikan dalang di se- balik insiden terbabit diberkas serta dihukum dengan berat di bawah akta sedia ada. Beliau berkata, pihaknya mengambil serius insiden ter- baharu pencemaran minyak diesel di Sungai Selangor yang menyebabkan LRA SSP1, LRA SSP2 dan LRA SSP3 serta LRA Rantau Panjang terpaksa di- hentikan operasi, pada 22 Julai lalu. Katanya, insiden itu sekali gus membebankan pengguna air di Selangor dan boleh di- anggap sebagai satu tindakan sabotaj. EDARAN DIGITAL SELANGORKINI

Transcript of Unsur sabotaj punca 20 usahawan tempatan Elizabeth ... · KUALA SELANGOR - Tiga kaki pancing antara...

Page 1: Unsur sabotaj punca 20 usahawan tempatan Elizabeth ... · KUALA SELANGOR - Tiga kaki pancing antara yang disyaki menjadi dalang pencemaran Sungai Selangor sehingga me-nyebabkan gangguan

selangortv.my

www.selangorkini.my

MediaSelangor

@Media_Selangor

PERCUMA 25 - 31 Julai 2019, 22 - 28 Zulkaedah 1440

MUKA 3

Unsur sabotaj puncapencemaran sungai?

MUKA 7

20 usahawan tempatan terpilih ke Singapura

MUKA 14

Elizabeth prihatin nasib penyanyi 'Teringin'

MUKA 15

Andalusia penerima anugerah MATTA 2019

KUALA LUMPUR - Selangor sedang rancak me-ngikut rentak dunia bagi mencapai status negeri pintar serantau menjelang 2025, kata Dato’ Men-teri Besar, Amirudin Shari.

Katanya, agenda ‘Smart City’ itu menjadi trend juga topik utama bagi beberapa negara maju antaranya United Kingdom, Amsterdam, Singapura dan Jakarta.

“Untuk itu, Selangor sebenarnya sudah diiktiraf sebagai negeri maju pada 2005 berdasarkan struk-tur kemudahan dan infrastruktur, namun untuk mencapai negeri pintar serantau pada 2025 kita memerlukan langkah setapak sahaja lagi.

“Jadi melaluinya, harapan yang Selangor per-lukan ialah menggabungkan teknologi bersama inisiatif ‘Smart City’, sekali gus mampu menjadi-kan kita bersaing di peringkat dunia.

“Bagi menjayakan misi itu, kita juga akan me-ngukuhkan industri aeroangkasa, elektrik dan elektronik. Tidak ketinggalan pengangkutan, ma-kanan dan minuman yang menjadi tiang utama kepada ekonomi negeri ini,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas menyampaikan ucaptama pada Forum

‘Selangor: Regional Powerhouse’ di Hotel Hilton, di sini, pada 23 Julai lalu.

Hadir sama, pada forum berkenaan ialah EXCO Pelaburan, Perindustrian, dan Perdagangan In-dustri Kecil dan Sederhana (IKS), Dato’ Teng Chang Khim; Ketua Pegawai Eksekutif Pemerbadanan Menteri Besar (MBI) Selangor, Raja Shahreen Raja Othman dan Ketua Pegawai Eksekutif Invest Se-langor, Dato’ Hasan Azhari Idris.

Pada masa sama, Amirudin berkata, Selangor kini menjadi peneraju utama bagi meneruskan misi negeri pintar.

Katanya, bidang aeroangkasa menjadi asas ku-kuh bagi menjayakannya dan terdapat kira-kira 200 syarikat berkaitan yang memberi sumbangan besar di peringkat global.

“Di Selangor, kita mempunyai 3S untuk bidang berkenaan iaitu Serendah, Subang dan Sepang. Menariknya mereka menguasai 62 peratus industri aeroangkasa di Malaysia.

“Selain itu, kita mendapat maklum balas baik daripada semua pemain industri yang terbabit dalam usaha menjayakan misi negeri pintar dan pembangunan industri berkaitan,” katanya.

Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu dan Panglima Tentera Darat, Jeneral Dato’ Seri Ahmad Hasbullah Nawawi mengenakan pangkat pada pakaian Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari di Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai Tauliah Kehormat Askar Wataniah di Wisma Pertahanan, Kuala Lumpur pada 23 Julai lalu. Selaku penaung Jawatankuasa Pendukung Askar Wataniah (JAKPAW) Selangor, lantikannya diperkenankan menerusi kelulusan Majlis Angkatan Tentera ke-575 berkuat kuasa pada 24 Mei lalu. Foto oleh Radin Wazir

OLEH NADIAH ZAMLUS

KUALA SELANGOR - Tiga kaki pancing antara yang disyaki menjadi dalang pencemaran Sungai Selangor sehingga me-nyebabkan gangguan kepada hampir satu juta pengguna, di Selangor dan Kuala Lumpur.

Ketua Polis Selangor, Datuk Noor Azam Jamaludin berkata, perkara itu berdasarkan lapo-ran polis dibuat pekerja se-buah syarikat pengepam pasir, jam 10.30 malam, pada 21 Julai lalu.

Katanya, pekerja terbabit memaklumkan terdapat dua hingga tiga individu meman-cing ikan di atas pontun pam pasir itu, pada 18 Julai lalu.

“Berdasarkan keterangan pe-ngadu, pemancing berkenaan ditegur untuk tidak berada di atas pontun itu, namun enggan beredar kerana sedang asyik memancing.

“Namun selepas diarahkan juga untuk beredar, berke-mungkinan besar mereka su-dah melakukan perbuatan sa-botaj,” katanya dalam sidang media di Loji Rawatan Air (LRA) SSP2, di sini.

Noor Azam berkata, siasatan juga mendapati dua tong berisi minyak yang sudah dicabutkan klip sehingga menyebabkan 100 liter minyak diesel keluar.

Katanya, oleh sebab itu pi-haknya menjalankan siasatan bersama agensi lain serta Syari-kat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) bagi memastikan sama ada kejadian itu disebab-kan sabotaj atau kecuaian.

“Setakat ini, kita hanya me-ngetahui pemancing berke-naan menunggang motosikal,” katanya.

Sehingga kini, kes disiasat mengikut Seksyen 430 Kanun Keseksaan iaitu pengkhianatan dengan cara merosakkan kerja pengairan atau secara salah menyimpang aliran sungai.

Jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman denda

Teraju negeri pintar serantau ����atau penjara lima hingga 30 ta-hun atau kedua-duanya.

Sebelum itu, Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari turut ti-dak menolak kemungkinan ke-jadian pencemaran berkenaan disebabkan sabotaj.

Terdahulu Menteri Air, Ta-nah dan Sumber Asli, Dr Xavier Jayakumar, turut menggesa pi-hak polis menjalankan siasatan dan memastikan dalang di se-balik insiden terbabit diberkas serta dihukum dengan berat di bawah akta sedia ada.

Beliau berkata, pihaknya mengambil serius insiden ter-baharu pencemaran minyak diesel di Sungai Selangor yang menyebabkan LRA SSP1, LRA SSP2 dan LRA SSP3 serta LRA Rantau Panjang terpaksa di-hentikan operasi, pada 22 Julai lalu.

Katanya, insiden itu sekali gus membebankan pengguna air di Selangor dan boleh di-anggap sebagai satu tindakan sabotaj.

EDARAN DIGITAL

SELANGORKINI

Page 2: Unsur sabotaj punca 20 usahawan tempatan Elizabeth ... · KUALA SELANGOR - Tiga kaki pancing antara yang disyaki menjadi dalang pencemaran Sungai Selangor sehingga me-nyebabkan gangguan

2Utama

SelangorKini 25 - 31 Julai 2019

Menjelang edisi ke-7

K�W angkat tema Hari Sukarelawan SelangorOLEH ZAREEF MUZAMMIL

SHAH ALAM - Masyarakat setempat khu-susnya warga Kuala Selangor dipelawa memeriahkan Karnival 3W (Women, Wel-fare & Wellness) yang bakal berlangsung di Kompleks Sukan Kuala Selangor di sini, pada 27 Julai ini.

Karnival anjuran Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) dijadual berlangsung seawal jam 6.30 pagi hingga 11 malam dengan mengangkat tema Hari Sukare-lawan Selangor.

Yang Dipertuanya, Rahilah Rahmat berkata, karnival itu diadakan untuk memberi kesedaran awam berhubung kepentingan menjaga kesihatan dan keb-ajikan serta pemberdayaan wanita selain mengeratkan lagi hubungan kekeluar-gaan bagi mewujudkan komuniti sihat juga ceria.

Katanya, pelbagai aktiviti menarik disediakan untuk pengunjung seper-ti larian 10,000 langkah, pertandingan gasing moden ‘Beyblade Burst’ dan PS4 FIFA 2019.

“Kita turut mengadakan pameran dari-pada pelbagai agensi kerajaan dan Hari Bertemu Pelanggan MDKS untuk memberi ruang kepada pelanggan menyalurkan ad-uan serta cadangan secara dua mata.

“Kemuncak program di sebelah malam pula menampilkan bual bicara bersama selebriti terkenal dan hadiah cabutan bertuah yang menawarkan hadiah uta-ma set televisyen serta telefon bimbit,” katanya kepada SelangorKini.

Pelakon dan pengacara, Irma Hasmie serta naib juara program Gema Gegar Vaganza 2018, Adeep Nahar, akan tampil selaku panelis dalam segmen bual bi-cara, Papaku Adiwira Mamaku Kejora un-

tuk mengupas topik ‘Aku Sukarelawan’, manakala Amin Idris bertindak sebagai moderator.

Karnival berkenaan akan disempur-nakan EXCO Kesihatan, Kebajikan, Pem-berdayaan Wanita Dan Keluarga, Dr Siti Mariah Mahmud.

Terdahulu, Karnival 3W julung kali di-adakan di Padang Majlis Perbandaran Ampang Jaya, Pandan Indah, pada 10 Februari lalu, sebagai penambahbaikan daripada Karnival Sihat Selangor yang pernah diwujudkan sebelum ini.

Objektif pelaksanaan adalah untuk mempromosi pelbagai bantuan dan kh-idmat ditawarkan Kerajaan Negeri ke-pada rakyat.

Karnival itu juga akan menjelajah ke seluruh PBT setiap bulan dengan tema berbeza berdasarkan sambutan hari penting, pada bulan berkenaan.

Kerajaan Negeri, pemegang taruh remajakan LTSAASKUALA LUMPUR - Kerajaan Ne-geri kini sedang rancak menga-dakan perbincangan bersama pemegang taruh dan Invest Se-langor bagi meremajakan kemba-li Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS) untuk mem-perkukuhkan lagi industri aero-angkasa.

Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari berkata, nafas baharu itu bagi membolehkan LTSAAS yang juga lokasi utama industri aero-angksa mampu berdaya saing ser-ta diketengahkan sebagai pusat tarikan aktiviti baharu di Subang.

“Ketika ini Selangor dalam per-ingkat akhir perbincangan den-gan Airbus, perintis antarabangsa dalam sektor aeroangkasa un-

tuk meningkatkan fasilitinya di Subang dan pengumuman ber-hubung projek itu akan dilak-sanakan sebelum pembentangan belanjawan negeri.

“Kami juga mahu membabit-kan penyertaan syarikat milik Pemerbadanan Menteri Besar (MBI) Selangor untuk menyemak serta meneliti banyak perkara dengan Airbus,” katanya selepas menyampaikan ucaptama pada Forum ‘Selangor: Regional Po-werhouse’ di Hotel Hilton, di sini, pada 23 Julai lalu.

Hadir sama, EXCO Pelaburan, Perindustrian, dan Perdagangan Industri Kecil dan Sederhana, Dato’ Teng Chang Khim; Ke-tua Pegawai Eksekutif MBI, Raja

Shahreen Raja Othman dan Ke-tua Pegawai Eksekutif Invest Se-langor, Dato’ Hasan Azhari Idris.

Pada April lalu, Airbus Heli-copters dilapor mengembang-kan kedudukannya di Malaysia dengan menawarkan lebih ba-nyak produk dan perkhidmatan di fasilitinya di Subang, menjadi-kan negara sebagai hab serantau bagi perkhidmatan helikopter, so-kongan pelanggan dan latihan.

Ia termasuk membuka pusat penyerahan dan penyiapan he-likopter baharu, penyepaduan semua perkhidmatan pembai-kan dan penyelenggaraan berat di Asia Tenggara bagi fasiliti itu, selain tambahan simulator lati-han penerbangan kedua.

Kekal dominasi pasaran industri aeroangkasaKUALA LUMPUR - Selangor mahu terus mengekalkan dominasi pa-sarannya dalam industri aeroang-kasa dengan meningkatkannya pada kadar 70 peratus menjelang 2020 dalam masa terdekat.

EXCO Pelaburan, Perindus-trian, dan Perdagangan Industri Kecil dan Sederhana, Dato’ Teng Chang Khim berkata, sehingga kini industri itu berada pada kadar 62 peratus hasil peningkatan permin-taan terhadap bahan aeroangkasa di seluruh dunia dan peremajaan Subang Skypark.

Katanya, peningkatan itu sekali gus akan turut menyumbang se-cara positif kepada ekonomi negeri.

“Pembangunan industri aero-angkasa juga akan mewujudkan lebih banyak pekerjaan mahir le-bih tinggi untuk penduduk tem-patan di Selangor serta seluruh negara khasnya,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas

menyertai Sesi Perbincangan Pem-buat Dasar dan Pemimpin Industri: Memajukan Ekonomi Bersama me-lalui Forum ‘Selangor: Regional Pow-erhouse’ di sini, pada 23 Julai lalu.

Chang Khim berkata, Selangor kini mempunyai kira-kira 200 syari-kat berkaitan aeroangkasa dan menetapkan tiga kawasan khusus untuk sektor terbabit iaitu di Seren-dah, Subang dan Sepang.

Katanya, Kerajaan Negeri ter-us berusaha mencari pelaburan langsung asing (FDI) yang dipa-cu teknologi tinggi dan berjang-ka panjang.

“Kami mempunyai pelan tinda-kan yang menumpukan beberapa sektor termasuk pembuatan dan aeroangkasa. Berasaskan pelan ini, kami mengetengahkan Selan-gor sebagai destinasi bagi tujuan menjalankan perniagaan meman-dangkan kita memiliki ekosistem lengkap,” katanya.

Ibu bapa pantau aktiviti anak-anakSHAH ALAM - EXCO Kesihatan, Kebajikan, Pemberdayaan Wani-ta dan Keluarga, Dr Siti Mariah Mahmud menyambut baik usaha kerajaan yang mahu menghen-tikan penjualan gula-gula ‘Ghost Smoke’.

Beliau juga meminta ibu bapa supaya memantau perkemban-gan anak masing-masing supaya gejala berkenaan dapat diben-dung.

“Ibu bapa pula tidak boleh melepaskan tanggungjawab kepada pihak sekolah atau pi-hak berkuasa. Mereka perlu

memantau aktiviti anak-anak mereka bagi memastikan tiada yang terbabit.

“Macam-macam sekarang ini. Selain jam digital boleh ber-tukar menjadi vape, gula-gula yang disedut dan boleh dihem-bus menjadi asap pula semakin menjadi-jadi.

“Apa yang dimaklumkan se-rendah RM1. Duit yang diberi untuk makan, beralih pula un-tuk beli gula-gula seperti ini. Ibu bapa pantaulah anak-anak,” ka-tanya melalui hantaran di Face-book.

Terdahulu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mahu pen-jualan gula-gula ‘Ghost Smoke’ yang mengeluarkan asap seak-an-akan rokok apabila disedut dihentikan segera.

Akhbar baru-baru ini me-laporkan kewujudan pelbagai jenis vape bersaiz kecil antaran-ya berbentuk pen, jam tangan, pemetik api, pemacu pena hing-ga ada antaranya bersaiz sebesar kotak mancis antara punca vape menjadi kegilaan baru murid ser-ta pelajar sekolah.

EDARAN DIGITAL

SELANGORKINI

Page 3: Unsur sabotaj punca 20 usahawan tempatan Elizabeth ... · KUALA SELANGOR - Tiga kaki pancing antara yang disyaki menjadi dalang pencemaran Sungai Selangor sehingga me-nyebabkan gangguan

MUAT TURUN

APLIKASIPERCUMA

InformasiTerkinidi jari anda

Utama3SelangorKini 25 - 31 Julai 2019

Kerajaan Negeri bertindak

Pencemaran air ada unsur sabotajOLEH NADIAH ZAMLUS

KUALA SELANGOR - Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari tidak menolak dakwaan berlaku- nya unsur sabotaj mencemarkan Sungai Selangor sehingga me-nyebabkan empat Loji Rawatan Air (LRA) di negeri ini ditutup.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati berlaku tumpa- han 100 liter minyak diesel atau benzena dari pontun yang su-dah tidak beroperasi di Sungai Selangor.

“Saya lihat, tidak mungkin salur minyak dari pontun itu ter-keluar kerana angin atau hujan tapi sebaliknya ia disebabkan ada mekanikal atau orang yang keluarkan minyak berkenaan.

“Oleh itu, saya tidak menolak ada unsur sabotaj atau kecuaian mahupun perbuatan kurang wa-jar dikaitkan,” katanya pada si-dang media di LRA SSP2 di sini baru-baru ini.

Hadir sama, Ketua Polis Sela-ngor, Datuk Noor Azam Jamalu-din, EXCO Alam Sekitar, Teknologi

Hijau, Sains, Teknologi dan Ino-vasi dan Hal-Ehwal Pengguna, Hee Loy Sian dan Ketua Pegawai Eksekutif Pengurusan Air Sela- ngor Sdn Bhd (Air Selangor), Shu-haimi Kamarulzaman.

Mengulas lanjut, Amirudin berkata, laporan polis sudah dibuat Kumpulan Semesta Sdn Bhd berhubung kejadian berke-naan.

“Ini kerana pontun berkenaan dimiliki syarikat berkenaan, na-mun sebelum ini diuruskan kontraktor dilantik untuk men-jalankan kerja pengorekan pasir.

“Saya difahamkan pontun itu sudah mula beroperasi bermula 2013 namun tidak beroperasi se-jak dua bulan lalu,” katanya.

Terdahulu dilaporkan seban-yak 1,133 kawasan membabit-kan 1,166,842 akaun pelanggan di sekitar Kuala Lumpur dan Sela-ngor terkesan dengan gangguan bekalan air tidak berjadual itu.

Sementera itu, Ketua Jabatan Perhubungan Pelanggan Komu-nikasi Air Selangor, Abdul Raof Ahmad berkata, gangguan beka-

Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari meninjau Loji Rawatan Air (LRA) yang tercemar baru-baru ini

SPAN buka kertas siasatanPUTRAJAYA - Suruhanjaya Perkhid-matan Air Negara (SPAN) akan mem-buka kertas siasatan dan mengambil tindakan ke atas mereka yang dike-nal pasti bertanggungjawab ke atas pencemaran bau pada sumber air mentah di loji rawatan air Pengu-rusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Se-langor) sehingga tiga loji rawatan air utama terpaksa dihenti tugas pada Jumaat (19 Julai) baru-baru ini.

Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Dr Xavier Jayakumar dalam ke-nyataan baru-baru ini berkata, SPAN sebagai sebuah badan kawal selia perkhidmatan air dan pembetun-gan akan melakukan siasatan dan tindakan mengikut Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (Akta 655).

“Agensi di bawah Kementeri-an Air, Tanah dan Sumber Asli iai-tu SPAN, Jabatan Pengairan dan Saliran serta Indah Water Konsor-tium mempercepatkan pemulihan termasuk mengenal pasti punca pencemaran melalui ujian yang di-laksanakan di Batang Kali, Selangor Sabtu lalu,” katanya.

Dalam insiden Jumaat lalu, Air Selangor bertindak menutup tiga loji rawatan air utama iaitu Loji Su-ngai Selangor 1, 2 dan 3 serta Loji Rawatan Air Rantau Panjang bagi mengelakkan air tercemar dari di-proses dan diagihkan kepada para pengguna, dan penutupan itu mengakibatkan hampir lima juta pengguna di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur terjejas bekalan air.

Jelas Dr Xavier sehingga pukul 12 tengah hari Ahad, kerja pemu-lihan sumber tercemar mencapai tahap 94 peratus dan pemulihan sepenuhnya dijangka Rabu, 24 Ju-lai depan.

Beliau turut mahukan setiap agensi kerajaan terutamanya pi-hak berkuasa tempatan (PBT) untuk menjalankan tugas meman-tau aktiviti yang berlangsung di sepanjang pesisir sungai.

“Sekiranya PBT peka dengan se-barang aktiviti mencurigakan yang berlangsung di kawasan seliaan mereka, insiden pencemaran se-begini dapat dielakkan dan ianya sudah tentu tidak akan membe-bankan pengguna sebagaimana kini,” katanya lagi.

Dr Xavier seterusnya me-

lan air adalah insiden kedua dalam tempoh tiga hari membabitkan penutupan keempat-empat LRA yang menyebabkan gangguan ti-dak berjadual berskala besar ke-pada pelanggan.

Pelanggan terjejas termasuk di wilayah Kuala Lumpur, Peta-ling, Klang, Shah Alam, Kuala Se-langor, Hulu Selangor, Gombak dan Kuala Langat.

Saya lihat, tidak mungkin salur minyak dari pontun itu terkeluar kerana angin atau hujan tapi sebaliknya ia disebabkan ada mekanikal atau orang yang keluarkan minyak berkenaanAMIRUDIN SHARIDato’ Menteri Besar

Pesalah wajar disiasat mengikut SOSMA SHAH ALAM - Kerajaan Negeri menyokong tindakan yang akan dikenakan kepada pihak tidak bertanggungjawab menyebab-kan pencemaran diesel dilakukan mengikut Akta Kesalahan Kesela-matan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA).

EXCO Infrastruktur, Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tani, Ir Izham Hashim

berkata, hal itu kerana perbuatan sabotaj adalah satu tindakan je-nayah yang perlu dikenakan tin-dakan tegas.

Malah, katanya, jutaan penggu-na menjadi mangsa ketiadaan air ekoran henti tugas oleh pihak Air Selangor.

“Sememangnya dan sepatutnya begitu. Perbuatan sabotaj jika betul adalah satu tindakan jenayah yang

perlu diambil tindakan tegas.“Malah, berturut-turut kita ter-

paksa hentikan bekalan air kerana pencemaran menyebabkan jutaan pengguna menjadi mangsa,” kata-nya ketika dihubungi SelangorKini.

Ir Izham berkata, perbuatan mencemarkan alam sekitar samada sengaja atau tidak sengaja adalah tidak boleh diterima bagi sebuah negeri maju seperti Selangor.

“Kerajaan akan meneliti dan akan mempertingkatkan lagi lang-kah-langkah kawalan supaya ak-tiviti begini berjaya dibendung,” katanya.

Terdahulu, Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador ber-kata, sesiapa sahaja yang didapati melakukan sabotaj hingga menye-babkan pencemaran di Sungai Se-langor boleh dikenakan tindakan

mengikut prosedur Akta Kesalah-an Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma).

Abdul Hamid berkata, pihaknya juga tidak berkrompomi dengan individu yang didapati terlibat.

Terdahulu, hampir 1.2 juta akaun pelanggan terjejas dengan pencemaran diesel di sungai di tu-juh wilayah sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.

nyarankan agar PBT menyita mana-mana premis yang disya-ki menjadi penyumbang kepada pencemaran sungai seterusnya mengambil tindakan lanjut ter-masuk tindakan undang-undang kepada pihak terbabit.

Beliau turut menyarankan agensi berkaitan yang lain se- perti Jabatan Alam Sekitar yang bernaung di bawah Kementeri-an Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC) serta agensi-agensi di bawah kerajaan negeri untuk tu-rut sama mengambil langkah pro-aktif pencegahan melalui aktiviti pengauditan secara berterusan serta penguatkuasaan di sepan-jang jajaran sungai sama ada di ne- geri Selangor mahupun di lain-lain negeri.

“Semua pihak dan agensi yang terlibat perlu memainkan pera-nan mencegah aktiviti yang mam-pu memudaratkan sungai sebagai sumber air mentah utama negara. Tugas memulihara sumber air bu-kanlah tugas agensi kerajaan ter-tentu semata-mata,” katanya lagi. -BERNAMA

Sekiranya PBT peka dengan sebarang aktiviti mencurigakan yang berlangsung di kawasan seliaan mereka, insiden pencemaran sebegini dapat dielakkanXAVIER JAYAKUMARMenteri Air, Tanah dan Sumber Asli

EDARAN DIGITAL

SELANGORKINI

Page 4: Unsur sabotaj punca 20 usahawan tempatan Elizabeth ... · KUALA SELANGOR - Tiga kaki pancing antara yang disyaki menjadi dalang pencemaran Sungai Selangor sehingga me-nyebabkan gangguan

4Utama

SelangorKini 25 - 31 Julai 2019

PENASIHAT Lembaga Editorial CCSBPENGARANG KUMPULAN Fathi Aris Omar

PENGARANG Nurul Farina NazlanPENOLONG PENGARANG Naeem Raffi, Afeeqa Afeera, Hafizan Taib & Aishah Amin

WARTAWAN: Nazli Ibrahim [email protected], Afix Redzuan [email protected],

Norhayati Umor [email protected], Sheeda Fathil [email protected]

Nadiah Zamlus [email protected] Muzammil [email protected]

JURUGAMBAR Asri Sapfie, Raheemie Arifin, Hafiz Othman & Fikri YusofREKA LETAK Azwa, Nor Azarina, Farah Azila, Zul Albani

JABATAN PEMASARAN & PENGIKLANANNadhrah Azlan [email protected]

Syahir Khadri [email protected]

Aras 2, Carlton Holiday Hotel & Suites, No 1, Persiaran, Akuatik 13/43,Seksyen 13, 40100, Shah Alam, Selangor

Tel : 03-5523 4856 Faks : 03-5523 5856 Emel: [email protected]

SIDANG PENGARANG

Isu kewarganegaraan

MySEL bantu �� buat permohonan

OLEH NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM - Seramai 48 pemo-hon program MySEL dibawa dari Pulau Ketam ke Putrajaya untuk urusan dokumen pengenalan diri.

EXCO Pemberdayaan dan Pem-bangunan Sosio Ekonomi dan Kerajaan Prihatin, V Ganabatirau berkata, selepas proses carian dan semakan, seorang pemohon mendapat kad pengenalan biru manakala yang lain masih dalam proses.

“Kebanyakan mereka adalah warga emas yang mengambil pen-gangkutan feri pada awal pagi dan bas disediakan untuk ke Putrajaya.

“Kerajaan Negeri akan mem-bantu mereka dalam mendapat-kan hak kewarganegaraan asalkan mematuhi syarat ditetapkan,” ka-tanya kepada SelangorKini.

Pada masa sama, Ganabatirau berkata, terdapat ramai lagi warga emas yang kurang sihat berumur antara 50 hingga 80 tahun yang tidak mempunyai dokumen pe-ngenalan diri.

Bagaimanapun, katanya, kekan-gan usia membataskan perge-rakan mereka untuk ke Putrajaya.

“Justeru, mereka memohon su-paya pegawai jabatan berkaitan dapat hadir ke Pulau Ketam untuk urusan semakan, carian dan selan-jutnya,” katanya.

Sehingga kini, MySEL menerima 1,686 permohonan kes berkenaan dengan 457 dokumen lengkap dan 94 kes berjaya diselesaikan.

Kes selesai membabitkan warganegara adalah sebanyak 26 kes, anak angkat (7), Kad Penge-nalan (1), Kad Pengenalan Merah (16), Kad Pengenalan Biru (4), Sijil

Kelahiran (33) dan Imigresen (7).Terdahulu, Kerajaan Negeri

mengesyorkan beberapa perkara yang boleh dilaksanakan Kerajaan Persekutuan bagi membantu pen-duduk Selangor yang tidak mem-punyai pengenalan diri melalui program MySEL.

Antara syor itu adalah pertim-bangan permohonan seperti anak kepada warganegara, anak angkat dan anak terabai selaras dengan Perlembagaan.

Selain itu, mempercepatkan proses permohonan dan tempoh waktu menunggu selain mem-beri alasan kukuh atas penolakan kewarganegaraan terbabit selain membenarkan pemohon beru-sia 21 tahun ke atas dan bukan warganegara untuk memohon taraf kewarganegaraan di bawah Perkara 19.

Tiada pembalakan haram di Bandar KinraraPUCHONG - Penduduk Bandar Kinrara, Puchong tidak perlu bim-bang susulan dakwaan berlakunya pembalakan di kawasan itu seba-liknya ia adalah kerja pembinaan tangki air dan jajaran paip projek Loji Rawatan Air (LRA) Langat 2.

EXCO Kerajaan Tempatan, Pen-gangkutan Awam dan Pembangu-nan Kampung Baru, Ng Sze Han berkata, hanya 27 pokok berham-piran Hutan Simpan Ayer Hitam akan ditebang sepanjang dua kilo-meter jajaran paip air dari Bandar Kinrara ke Bukit Dengkil, Puchong tanpa membabitkan kerja penge-luaran pokok.

“Saya ingin memberikan jami-nan tiada aktiviti pembalakan ha-ram berlaku di kawasan hutan simpan (Ayer Hitam). Semua 27 pokok ditebang itu akan dibiar-kan dalam hutan dan tidak dikelu-arkan menggunakan jalan utama.

“Ada penduduk yang meng-hubungi saya, mereka risau ber-lakunya pembalakan. Sebenarnya tidak berlaku dan semua kerja ini mendapat kebenaran daripada agensi bertanggungjawab supa-ya dapat disiapkan mengikut masa ditetapkan,” katanya.

Kerja pembinaan LRA Langat 2

bagi kawasan Puchong yang dijan-gka siap dalam tempoh dua tahun ini membabitkan pembinaan satu tangki air berkapasiti 80 juta liter dan paip air sepanjang 2 kilometer.

Setakat ini, kerja pembersihan tapak untuk pembinaan tang-ki air di BK6 bersebelahan Duet Residensi sudah siap dan pem-binaannya akan bermula selepas mendapat permit kelulusan.

Sze Han yang juga Ahli Dewan Negeri Kinrara berkata, kawasan sepanjang 13 kilometer di Pu-chong akan terbabit dalam kerja pembinaan LRA Langat 2.

“Pembinaan (LRA Langat 2) ini penting kerana banyak pemban-gunan di sini dan permintaan air terawat agak tinggi serta untuk meningkatkan paras air di Selan-gor.

“Sekiranya berlaku penyeleng-garaan pada masa hadapan, kita akan ada simpanan air mencuku-pi,” katanya.

Projek LRA Langat 2 dengan kos pembinaan berjumlah RM8 bilion, dijadual siap sepenuhnya pada 2022 dan berupaya mem-bekalkan 1,130 MLD mencukupi untuk kegunaan penduduk Lem-bah Klang.

Kekal konteks tradisi, seni budayaBESTARI JAYA - Kerajaan Negeri akan memastikan setiap pelaksa-naan program masyarakat terus kekal dalam konteks tradisi dan seni budaya, membabitkan kesemua 371 buah kampung di Selangor.

EXCO Pembangunan Usahawan serta Pembangunan Luar Bandar, Desa dan Kampung Tradisi, Rodzi-ah Ismail bagaimanapun berkata, kerjasama semua pihak diperlukan bagi menjayakan komitmen itu wa-laupun Selangor berada dalam arus pembangunan pesat.

“Jika dulu jika ada apa-apa pro-gram mungkin tidak diangkat se-baik mungkin aspek ini (kampung dan seni budaya). Oleh itu, saya mahu semua bantu saya dan Kera-

jaan Negeri untuk pastikan matla-mat ini dicapai.

“Ia tidak mustahil dapat dilaku-kan jika ada ‘political will’ (keya-kinan) untuk dijalankan secara bersama,” katanya pada Karnival Sayangi Desa Peringkat Daerah Kuala Selangor 2019, di Perkaran-gan Dewan Bestari Jaya, di sini, pada 20 Julai lalu.

Turut hadir, Ahli Dewan Negeri Ijok, Dr Idris Ahmad; Pegawai Dae-rah Kuala Selangor, Mohd Faizal Abdul Raji dan Penolong Penga-rah Unit Perancang Ekonomi Neg-eri (UPEN) Seksyen Sektoral, Mohd Faiz Abu Bakar.

Rodziah berkata, Majlis Mesyu-arat Kerajaan Negeri (MMKN) baru-

baru ini turut meluluskan satu garis panduan baharu yang diselaraskan supaya perkembangan di kawasan kampung bergerak seiring bandar.

Katanya, beliau khuatir kerana ramai yang membayangkan isu kemiskinan setiap kali istilah ‘kam-pung’ diungkapkan di bibir ma-syarakat kebelakangan ini.

“Kita lihat di kampung ramai yang menerima bantuan dan mer-eka dalam kalangan ditinggalkan anak muda yang berhijrah ke ban-dar untuk mencari pendapatan.

“Di kampung juga, isu kemiski-nan dan migrasi anak muda ini adalah cabaran besar dan kita akan mencari jalan bagaimana ia dapat ditangani secara baik,” katanya.

EDARAN DIGITAL

SELANGORKINI

Page 5: Unsur sabotaj punca 20 usahawan tempatan Elizabeth ... · KUALA SELANGOR - Tiga kaki pancing antara yang disyaki menjadi dalang pencemaran Sungai Selangor sehingga me-nyebabkan gangguan

MUAT TURUN

APLIKASIPERCUMA

InformasiTerkinidi jari anda

Utama5SelangorKini 25 - 31 Julai 2019

Sultan, Permaisuri sempurnakan program tanam pokokSEPANG - Program Tanam Pokok Dalam Ban-dar Negeri Selangor 2019 tampak lebih ber-seri dengan keberangkatan pasangan diraja, Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selan-gor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bersama DYMM Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin.

Tambah bermakna, apabila Duli Yang Tera-mat Mulia Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah turut berkenan menyertai 2,000 peserta lain mena-nam 4,500 pokok di padang rekreasi Cyberja-ya, pada 21 Julai lalu.

Pada majlis itu, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang diiringi Dato’ Menteri Besar, Ami-rudin Shari, menanam pokok ‘Swietenia Mac-rophylla’ atau dikenali sebagai Pokok Tunjuk Langit.

Manakala Tengku Permaisuri Norashikin pula menanam pokok ‘Delonix Regia’ atau

pokok Semarak Api dan Tengku Amir Shah menanam pokok ‘Caesalpinia Sappan’ atau pokok Sepang.

Sebanyak 1,500 pokok teduhan dan 3,000 pokok renek ditanam peserta terdiri daripada penjawat awam, pelajar institusi pengajian tinggi awam dan swasta, pelajar sekolah serta daripada badan bukan kerajaan.

Sementara itu, dalam sembah ucapannya, Amirudin berkata, program menanam pokok itu mula diadakan sejak 2017.

“Program Tanam Pokok Negeri Selangor yang pertama bersama DYMM Sultan Selan-gor diadakan pada 5 Mac 2017 di Taman Alam Kuala Selangor dengan 5,000 pokok bakau di-tanam ketika itu.

“Program yang sama diteruskan pada 18 Mac 2018 bertempat di Hutan Simpan Kechil, Bagan Lalang Sepang dengan 3,000 pokok bakau berjaya ditanam,” katanya.

Sultan Sharafuddin Idris Shah bersama Tengku Permaisuri Norashikin me-nyiram pokok disaksikan Tengku Amir Shah pada Program Tanam Pokok Dalam Bandar Negeri Selangor 2019

Jelajah Siri Kedua: Gombak

Raja Muda Selangor lawat Tapak Warisan Batu ArangOLEH SHEEDA FATHIL

SHAH ALAM - Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah ibni Sultan Sharafud-din Idris Shah, berkenan mence-mar duli melawat Tapak Warisan Batu Arang dalam program jelajah siri kedua daerah Gombak selepas Kuala Langat, sebelum ini.

Mengikut sejarah, tapak wari-san itu dahulunya sinonim dengan aktiviti perlombongan arang batu yang diusahakan Malayan Collier-ies Ltd sekitar tahun 1913.

Baginda turut berkesempatan meluangkan masa hampir 15 minit masuk ke dalam lombong korek terbabit bagi melihat dan merasai sendiri suasana di dalam lombong yang terkenal suatu masa dahulu.

Baginda kemudian berkenan melawat ke ‘The White House’ iai-tu bangunan tinggalan tentera British yang kini dijadikan seb-agai pusat khidmat Katolik atau dikenali sebagai ‘Home Welcome Community’.

Pada masa sama, baginda turut naik ke atas bangunan itu bagi me-

lihat pemandangan petang.Difahamkan, jelajah selama tiga

hari pada 17 hingga 19 Julai lalu bertujuan untuk mendekati rakyat Selangor dengan mengadakan la-watan mesra ke destinasi menarik

di setiap daerah negeri itu.Baginda juga berkenan menga-

dakan lawatan ke Kebun Komuniti AU, Keramat, dengan melakukan aktiviti tabur anak ikan keli, bercu-cuk tanam dan mengacau dodol,

pada 17 Julai lalu.Menariknya, baginda berkenan

menunggang motosikal jenis Ves-pa untuk menerokai sekitar Kam-pung Kerdas, Gombak.

Tengku Amir Shah turut

mencemar duli melawat ke Kam-pung Orang Asli Ulu Kuang dan melakukan pelbagai aktiviti santai bersama Orang Asal di sana dan sebelum itu baginda memulakan aktiviti dengan melawat Institut Kraftangan Negara dan menero-kai Rawang ByPass.

Jelajah itu diakhiri dengan la-watan ke Kilang Perindustrain Ad-abi, Rawang; Putu Bambu World Factory dan solat Jumaat di Mas-jid Jamek Al-Amaniah, Selayang.

Jelajah tiga hari itu turut diser-tai Orang-orang Besar Istana yang terdiri daripada Tengku Indera Bijaya Diraja, Tengku Salahud-din Shah Alhaj Tengku Sulaiman Shah Alhaj dan Tengku Seri Per-kasa Diraja, Tengku Musahiddin Shah Tengku Abdul Samad Shah Alhaj.

Hadir sama, Engku Pangli-ma Setia Diraja, Syed Haizam Hishamuddin Putra Jamalullail Alhaj Syed Anwar Jamalullail; Tengku Ezrique Ezzuddean Teng-ku Dato’ Ardy Esfandiari Alhaj dan Tengku Saifan Rafhan Putra Teng-ku Dato’ Setia Putra Alhaj.

Tengku Amir Shah daki ��� anak tangga Batu CavesSHAH ALAM - Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah, berkenan mencemar duli mendaki 272 anak tangga menuju ke pintu masuk Kuil Sri Subramaniar Swamy, Batu Caves, baru-baru ini.

Selangor Royal Office menerusi kenyataan di Facebook memaklum-

kan, lawatan itu sempena program jelajah siri kedua daerah Gombak selepas Kuala Langat, sebelum ini.

Batu Caves cukup terkenal an-tara kawasan menempatkan kuil penganut agama Hindu yang juga lokasi tarikan pelancong utama di Selangor.

Pada lawatan itu, baginda sem-

pat bermesra dan berswafoto den-gan pengunjung serta pelancong yang berada di sekitar kawasan terbabit.

Difahamkan, jelajah selama tiga hari itu bertujuan untuk mendekati rakyat Selangor khu-susnya dengan mengadakan lawatan mesra ke destinasi me-

narik di setiap daerah negeri itu.Jelajah tiga hari itu turut dis-

ertai Orang-orang Besar Istana yang terdiri daripada Tengku Indera Bijaya Diraja Tengku Salahuddin Shah Alhaj Tengku Sulaiman Shah Alhaj dan Teng-ku Seri Perkasa Diraja Tengku Musahiddin Shah Tengku Abdul

Samad Shah Alhaj.Hadir sama, Engku Pangli-

ma Setia Diraja Syed Haizam Hishamuddin Putra Jamalullail Alhaj Syed Anwar Jamalullail; Tengku Ezrique Ezzuddean Teng-ku Dato’ Ardy Esfandiari Alhaj dan Tengku Saifan Rafhan Putra Tengku Dato’ Setia Putra Alhaj.

EDARAN DIGITAL

SELANGORKINI

Page 6: Unsur sabotaj punca 20 usahawan tempatan Elizabeth ... · KUALA SELANGOR - Tiga kaki pancing antara yang disyaki menjadi dalang pencemaran Sungai Selangor sehingga me-nyebabkan gangguan

6Utama

SelangorKini 25 - 31 Julai 2019

OLEH NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM - Penganjuran fes-tival terbesar Bon Odori yang diadakan setiap tahun mampu merancakkan industri pelancon-gan negara khususnya Selangor.

EXCO Kebudayaan dan Pelan-congan, Peradaban Melayu dan Warisan, Dato’ Abdul Rashid Asari berkata, kolaborasi penganjuran berkenaan sejak 2008 juga mem-buktikan kerjasama erat antara kedua-dua negara.

“Tujuan festival ini diadakan untuk mengetengahkan buda-ya Jepun dan Selangor melalui tarian kebudayaan kedua-dua negara ini.

“Dengan sambutan yang sangat menggalakkan daripada 40,000 pengunjung, ia membuk-tikan program seperti ini berjaya mencapai objektifnya,” katanya ketika ditemui di festival yang diadakan di Kompleks Sukan Negara Panasonic, di sini, pada 20 Julai lalu.

Hadir sama, Duta Jepun ke Malaysia, Dr Makio Miyagawa;

Pengerusi Jawatankuasa Bon Odori Kelab Jepun Kuala Lum-pur (JCKL), Atsushi Nakamura; Pengerusi JCKL, Ryuta Katori serta Pemangku Pengurus Besar Tourism Selangor, Mohammad Zaim Mohammad Nasir.

Pada masa sama, Abdul Rashid berharap festival berkenaan dapat diteruskan pada masa akan datang dalam usaha menarik le-bih ramai pelancong dalam dan luar negara ke Selangor.

Katanya, penganjuran program itu juga dapat mengeratkan dan memberi manfaat kepada hubu-ngan kedua-dua negara.

Festival tarian negara ma-tahari terbit itu memasuki ulang tahun ke-43 tahun ini yang di-anjurkan bersama Kelab Jepun Kuala Lumpur, Tourism Sela- ngor, Kedutaan Jepun di Malay-sia dan beberapa persatuan Je-pun di Malaysia.

Ia adalah festival tarian utama dan terbesar diadakan di Jepun serta di luar dengan persemba-han pelbagai variasi tarian juga muzik tradisional Jepun.

Kolaborasi sejak 2008

Bon Odori rancakkan industri pelancongan

Bon Odori yang disambut pada musim panas di Jepun dan negara luar diadakan bagi menghormati nenek moyang melalui persembahan, tarian serta nyanyian mengikut rentak drum, gong juga seruling

SHAH ALAM - Festival Bon Odori 2019 di Kompleks Sukan Negara (Panasonic) berlangsung meriah dengan kehadiran melebihi sasa-ran iaitu kira-kira 40,000 pengun-jung, pada 20 Julai lalu.

Pengunjung pelbagai bangsa kebanyakannya mengenakan pa-kaian tradisional Jepun iaitu Kimo-no dan Yukata serta Zori (sandal kayu), sekali gus menggamit lagi kemeriahan festival berkenaan yang bermula jam 4 petang hing-ga 10 malam.

Pengerusi Jawatankuasa Bon Odori Kelab Jepun Kuala Lumpur (JCKL), Atsushi Nakamura berkata, acara tahunan itu bertujuan mem-beri peluang kepada pengunjung merasai pengalaman serta melihat sendiri keindahan kebudayaan Je-pun melalui pakaian tradisional, kesenian, makanan dan minuman.

Katanya, Bon Odori adalah fes-tival yang disambut pada musim panas di Jepun dan majlis itu diada-kan sebagai menghormati nenek moyang mereka melalui persem-bahan, tarian, nyanyian mengikut rentak drum, gong dan seruling.

“Perayaan ini disambut setiap tahun sebagai acara musim panas popular yang diadakan di setiap daerah dan bandar, di Jepun.

“Di Malaysia, festival ini bermu-

��,��� banjiri Kompleks Sukan NegaraSHAH ALAM - Kemeriahan festival unik kebudayaan masyarakat Je-pun, Bon Odori, yang berlangsung di Kompleks Sukan Negara (Pana-sonic), di sini, turut menambat hati pelancong luar negara.

Tinjauan SelangorKini mendapa-ti bukan sahaja rakyat tempatan dan masyarakat Jepun, malahan festival yang memasuki edisi ke-43 itu berjaya menggamit hati Nik Shigov dan Kseniia Shigova dari Russia yang tidak mahu melepas-kan peluang menyelami keunikan acara berkenaan.

Tampil segak mengenakan Ki-mono bercorak flora dan bersepatu kayu, Shigov, 27, memutuskan un-tuk hadir ke acara malam itu bagi melihat sendiri secara lebih dekat kecantikan budaya Jepun.

“Saya peminat setia budaya Jepun sejak dahulu lagi. Walau-pun berlainan bangsa tetapi se-memangnya saya menyukai gaya hidup dan amalan budaya mer-eka seperti tarian serta kelazatan makanan.

“Ini kali pertama saya datang menyambut festival di sini sebab jika tahun sebelum ini saya bersa-ma isteri akan ke Jepun untuk me-lihat suasana sebenar Bon Odori, di sana.

“Namun, di Malaysia ia tetap

disambut dalam suasana meriah dengan kehadiran ramai pengun-jung pelbagai bangsa,” kata pengu-rus periklanan digital yang sudah menetap di ibu kota hampir lapan bulan itu.

Isterinya, Kseniia Shigova, 27, memuji inisiatif penganjuran fes-tival terbesar dunia yang disam-but di luar Jepun melalui jalinan kerjasama Kerajaan Selangor dan Kelab Jepun Kuala Lumpur.

Katanya, ia sebagai medium mempromosi kebudayaan Jepun khususnya terhadap masyarakat tempatan di negara ini termasuk pelancong asing lain sepertinya.

“Mereka (penganjur) menye-diakan perkhidmatan yang cukup baik untuk kita semua menikmati festival tradisional ini.

“Bukan sahaja masuk percuma tetapi ia memberi kepuasan kepa-da semua untuk merasai pengala-man menakjubkan,” katanya yang anggun mengenakan Yukata ungu lengkap berkasut tumit datar.

Selain berpeluang mengenali lebih dekat cara hidup rakyat dari negara matahari terbit itu seper-ti tarian tradisional, nyanyian dan persembahan kostum, festival berkenaan turut menampilkan le-bih 40 gerai makanan serta minu-man Jepun.

Tambat hati pasangan Russia

la sejak 1977 bagi mempromosi dan mengukuhkan hubungan bu-daya antara Malaysia serta Jepun dengan membenarkan penduduk tempatan menikmati pelbagai jenis makanan, minuman, seni juga ta- rian Jepun,” katanya dalam sidang media festival Bon Odori kali ke-43 itu.

Hadir sama, EXCO Kebuda- yaan dan Pelancongan, Peradaban Melayu dan Warisan, Datuk Abdul Rashid Asari.

Turut hadir, Duta Jepun ke Ma-laysia, Dr Makio Miyagawa dan Pengerusi JCKL, Ryuta Katori ser-ta Pemangku Pengurus Besar Tou-rism Selangor, Mohammad Zaim Mohammad Nasir.

Sementara itu, Dr Makio berkata, beliau terharu dengan sambutan hebat rakyat Malaysia khususnya Selangor yang hadir ke festival itu.

“Kita gembira dengan kehadiran ramai penonton tidak hanya orang Jepun tetapi juga Malaysia untuk bersama-sama menikmati kesenian dan muzik Jepun,” katanya.

Festival berskala besar yang dia-dakan sejak 2008 itu mendapat ker-jasama penuh Kerajaan Selangor, Tourism Selangor, Invest Selangor Sdn Bhd, Sekolah Jepun Kuala Lum-pur dan Kedutaan Jepun.

Selain itu, kerjasama dengan Persatuan Dasar Timur Persatuan Graduan Jepun, Dewan Perniagaan dan Industri Jepun.

EDARAN DIGITAL

SELANGORKINI

Page 7: Unsur sabotaj punca 20 usahawan tempatan Elizabeth ... · KUALA SELANGOR - Tiga kaki pancing antara yang disyaki menjadi dalang pencemaran Sungai Selangor sehingga me-nyebabkan gangguan

MUAT TURUN

APLIKASIPERCUMA

InformasiTerkinidi jari anda

Ekonomi7SelangorKini 25 - 31 Julai 2019

SHAH ALAM - Seramai 20 usahawan Se-langor terpilih menyertai Ekspo Malaysia Fest 2019 yang berlangsung di Singapura bermula 25 Julai.

EXCO Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian dan Indus-tri Asas Tani, Ir Izham Hashim berkata, usahawan berkenaan mengetengahkan produk kosmetik, makanan, minuman dan kraftangan membabitkan 150 SKU (stock keeping unit) dengan anggaran jualan RM400,000.

Katanya, edisi ke empat itu adalah lan-dasan perniagaan untuk memberi pelu-ang kepada usahawan menerokai dan mempromosikan produk negeri ke pa-saran antarabangsa.

“Sebanyak 10 tapak jualan ditempah sempena ekspo itu berkonsepkan ‘Se-langor Pavilion’ yang menonjolkan pintu gerbang mercu tanda Selangor dalam dewan jualan.

“Seramai 50 usahawan yang tidak dapat hadir tetapi produk mereka turut dibawa masuk melalui agen penjual yang dilantik.

“Daripada jumlah 150 SKU, sebanyak 80 SKU produk ‘My Kampung My Future’ (MKMF) daripada 16 kampung seluruh

negara,” katanya ketika ditemui selepas program flag off produk Selangor ke Ma-laysia Fest 2019, di Wisma PKPS, di sini.

Hadir sama Pengerusi FAMA, Sr Ishak Ismail; Pemangku Ketua Pengarah FAMA, Zainal Abidin Yang Razali dan Pengarah FAMA Selangor, Dato’ Abd Ghariff Ramin.

Izham berkata, Kerajaan Negeri turut membawa pemain industri buah-buahan iaitu ‘MBG Fruit Shop’ yang mempunyai 120 rangkaian outlet di Lembah Klang ke ekspo itu.

“Pada masa sama, kerjasama dengan badan bukan kerajaan (NGO) Perdasama juga akan membawa pelbagai produk proses industri asas tani untuk ditawar-kan kepada pengunjung ekspo,” katanya.

Tahun lalu, seramai 18 usahawan in-dustri asas tani dengan 72 SKU ke ekspo berkenaan dengan lima gerai jualan yang membawa pulangan mencecah RM150,000 sepanjang empat hari ekspo berlangsung.

Antara produk yang akan diketengah-kan Pavilion Selangor adalah produk ‘Sig-nature Selangor’, Kopi Kanchong Darat (KDC).

KDC turut memperkenalkan perisa baru iaitu durian dan keledek.

20 usahawan terpilih ke Singapura

Peluang promosi produk di Ekspo Malaysia Fest ����

Ir Izham Hashim melawat gerai Produk Malaysia Fest 2019 ke Singapura di Lobi Wisma PKPS Shah Alam

KANGAR - Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) bercadang memperke-nalkan bantuan bahan binaan kepada pen-duduk luar bandar dalam usaha membantu rakyat memiliki rumah yang sempurna.

Menterinya, Datuk Seri Rina Harun berkata, perkara itu masih di peringkat perbin-cangan dan akan dibawa ke mesyuarat Majlis Perumahan Negara yang dipengerusikan sendiri oleh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam masa terdekat.

“Ada penduduk ini mem-punyai rumah tetapi telah uzur. Jadi kita boleh bekalkan barangan binaan yang boleh digunakan untuk baikpulih rumah. Makluman yang kita terima, ada kalangan penduduk di luar bandar sedikit demi sedikit mereka baikpu-lih rumah mereka.

“Mereka (penduduk) gunakan sumber kewangan sendiri setelah menabung un-tuk satu tempoh dan akan dibangunkan mengikut bajet yang ada,” kata Rina yang berada dalam rangka lawatan kerja ke Per-lis di sini, hari ini.

“Ada yang kita nampak hanya ada tiang dulu dibina, selepas itu tunggu duit (wang) cukup dulu baru tambah lain. Jadi nam-

paklah ada yang lusuh sikit. Dengan idea sebegini boleh bantu rakyat,” katanya lagi.

Sementara itu, Rina berkata banyak perkhidmatan yang ditawarkan melalui

U.n.i Klinik selain caj rawatan adalah sangat berpatutan dan mampu untuk semua.

“Pembinaan klinik ini kita fokuskan di kawasan luar bandar supaya penduduk setempat dapat menikma-ti lebih banyak kemudahan perubatan,” katanya selepas merasmikan U.n.i Klinik mi-lik Dr Norazylin Roszaini di Mata Ayer.

Klinik U.n.i itu menawar-kan perkhidmatan am, pem-

bedahan kecil, kesihatan wanita, ibu hamil dan kanak-kanak telah menerima hampir 1,000 pengunjung.

Rina berkata sehingga kini, 18 klinik seumpamanya telah beroperasi dengan 22 lagi U.n.i Klinik dijangka beroperasi akhir tahun hadapan.

U.n.i Klinik dilaksanakan di bawah Pro-gram Pembangunan Usahawan Profesio-nal (ProSPEC) MARA dalam menggalakkan golongan professional menceburi bidang keusahawanan dan sejumlah 40 U.N.i Klinik dijangka dibuka sebelum akhir 2020. -BER-NAMA

Bantuan binaan peluang rakyat miliki rumah

EDARAN DIGITAL

SELANGORKINI

Page 8: Unsur sabotaj punca 20 usahawan tempatan Elizabeth ... · KUALA SELANGOR - Tiga kaki pancing antara yang disyaki menjadi dalang pencemaran Sungai Selangor sehingga me-nyebabkan gangguan

8Nasional

SelangorKini 25 - 31 Julai 2019

SEPANG - Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad melancarkan logo baharu kempen Tahun Mel-awat Malaysia (TMM) 2020 baru-baru ini.

Logo itu menampilkan pel-bagai ikon Malaysia yang dikenal biasa seperti burung kenyalang, bunga raya, pakis liar dan warna-warna jalur gemilang.

Ciptaan Alfred Phua Hong Fook, pereka grafik berusia 23 ta-hun dari Melaka, logo itu melam-bangkan kepelbagaian budaya, warisan, flora dan fauna Malaysia di samping pengalaman yang di-tawarkan sebagai sebuah destinasi percutian.

Logo beliau dipilih daripada

Sasar 30 juta pelancong

PM lancar logo Tahun Melawat Malaysia ����

beratus-ratus penyertaan diterima dari seluruh negara semasa tem-poh pertandingan awal tahun ini.

Logo baharu itu menggantikan yang terdahulu dilancarkan di Chi-ang Mai, Thailand oleh bekas men-teri pelancongan dan kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz bersempena Forum Pelancongan ASEAN tahun lepas.

Tahun hadapan ditetapkan sebagai Tahun Melawat Malaysia 2020 yang menyasarkan ketibaan 30 juta ketibaan pelancong anta-rabangsa dengan hasil pelanco-ngan RM100 bilion, serta fokus pada ekopelancongan, kesenian dan budaya. Bagi menjayakan kempen, Tourism Malaysia telah

mengambil rakan dari beberapa perbadanan sektor swasta iaitu Sharp (M) Electronics Sdn Bhd, Malaysia Airlines, AirAsia, Firefly, Malindo Air dan Malaysia Airports Holdings Berhad, bagi melaksana aktiviti pemasaran dan penggal-akan de-ngan menggunakan plat-form media tempatan dan global mereka. Untuk mengukuhkan lagi industri berkenaan, kerajaan baru-baru ini melancarkan dana geran sebanding Promosi Pelancongan Malaysia atau GAMELAN Malaysia berjumlah RM5 juta.

Ia bertujuan membantu pe-ngusaha industri berkenaan untuk promosi pelancongan an-tarabangsa dan program pema-saran bagi meningkatkan ketibaan pelancong antarabangsa sambil meningkatkan pelancongan do-mestik. Tahun lepas, Malaysia mene-rima kedatangan 25.8 juta pelancong antarabangsa, semen-tara untuk lima bulan pertama ta-hun ini, ketibaan pelancong asing mencecah hampir 11 juta orang, mencatatkan pertumbuhan 4.8 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu. -BERNAMA

RM�� juta bangun rumah generasi kedua FELCRA

pembayaran kepada Koperasi Peser-ta FELCRA berjumlah RM21 juta kepada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad serta Kemen-terian Kewangan sambil berharap ia dapat diselesaikan segera. Selain itu, Mohamed Azmin meminta agar pihak pengurusan FELCRA memberi keutamaan kepada Koperasi Peser-ta FELCRA sekiranya terdapat projek seperti membangunkan kawasan perladangan agar dapat menjana pendapatan koperasi.

“Ini selari dengan shares prospe-rity (kemakmuran saham). Jika beri keutamaan kepada mereka maka mereka akan ada pengalaman dan kebolehan serta boleh membayar dividen kepada peserta,” katanya.

Beliau menarik perhatian apa-bila mencadangkan pengurusan FELCRA supaya tidak mengguna- kan keseluruhan kawasan tanah yang ada untuk menanam getah dalam projek tanaman semula. Se-baliknya, beliau berkata sebahagian kawasan perlu diusahakan dengan tanaman kontan yang mampu memberikan pulangan cepat se-perti nanas yang bukan sahaja terja-min, malah mempunyai permintaan tinggi. - BERNAMA

KUALA LUMPUR - Satu Jawatan- kuasa Pilihan Dewan Negara akan ditubuhkan dalam masa terdekat dalam usaha memperkasa in-stitusi Parlimen, kata Pengeru-si Jawatankuasa Kerja Reformasi Dewan Negara (JKRDN), Senator Mohd Yusmadi Mohd Yusoff.

Beliau berkata, penubuhan jawatankuasa itu berdasarkan pe-runtukan perundangan mengikut peraturan mesyuarat Dewan Ne-gara yang dewan boleh mengu-sulkan penubuhan jawatankuasa pilihan tersebut.

“Usul penubuhan jawatan kua-sa pilihan itu merupakan pendirian secara rasmi Tan Sri Speaker send-iri (Yang di-Pertua Dewan Negara Datuk S A Vigneswaran)… beliau akan mewujudkan jawatankua-sa pilihan itu secepat mungkin di bawah kerangka kuasa speaker Dewan Negara,” katanya kepada pemberita dalam sidang media di Parlimen, baru-baru ini.

Mohd Yusmadi berkata, usul penubuhan jawatankuasa pilihan tersebut juga merupakan antara sembilan perkara yang terdapat di dalam Laporan Reformasi Dewan Negara yang didedahkan hari ini.

“Perkara tiga dalam laporan setebal 37 muka surat itu ada mengesyorkan untuk meman-faatkan Jawatankuasa Pilihan Dewan Negara yang lebih baik dalam menangani isu-isu dihada-pi oleh negara. Laporan itu juga menekankan peranan ahli dewan seperti yang dinyatakan dalam perenggan 64 Laporan Suruhanja-ya Reid 1957.

“Cadangan kami dibuat dengan

Jawatankuasa Pilihan Dewan Negara perkasa institusi Parlimen

niat untuk membolehkan senat menjadi forum perdebatan dan perbincangan yang berpengaruh dan badan yang akan menyum-bangkan semakan berharga kepa-da undang-undang dan yang akan memberi kelewatan bagi kes-kes yang luar biasa,” katanya.

Mengulas lanjut beliau berkata bagi menguku-hkan kebebasan Parli-men serta menambah baik peranan Dewan Negara, laporan refor-masi itu juga menge- syorkan beberapa cada-ngan antaranya mengem-balikan Akta Per- khidmatan Par-limen 1963 dengan pin-

daan yang sesuai berdasarkan pe-runtukan dan pengalaman seperti diamalkan di Dewan Senat Kana-da, Australia dan India.

Katanya, laporan tersebut tu-rut mengesyorkan agar memberi peluang kepada Dewan Negara membawa rang undang-undang sebagai pemula yang tidak kon-troversi secara politik untuk merin-gankan beban Dewan Rakyat dan menubuhkan Institut Parlimen bagi melatih Ahli Parlimen serta mempromosi demokrasi Parlimen.

Selain itu katanya, turut disyork-an ialah menubuhkan jawatankua-sa pilihan mengenai penelitian rang undang-undang agar dapat memelihara kedaulatan undang-undang dan melindungi kepen-tingan rakyat.

JKRDN yang dianggotai 14 ahli Dewan ditubuhkan pada Disem-ber lalu bagi menambah baik ins-titusi berkenaan.

Penubuhan jawatankua-sa itu hasil perbincangan ses-ama anggota dan mendapat persetujuan Yang di-Pertua Dewan Negara Vigneswaran, yang turut mencadang-

kan beberapa perkara bagi reformasi Dewan Negara.

Antara lain, ia bertujuan mengangkat kebebasan Dewan Negara seperti dipe-runtukkan Perlembagaan

Persekutuan, pengurusan dan pentadbiran lebih cekap

serta budaya politik baharu melang-kaui kepartian atau kelompok tertentu.

Usul penubuhan jawatankuasa pilihan tersebut juga merupakan antara sembilan perkara yang terdapat di dalam Laporan Reformasi Dewan Negara

YUSMADI YUSOFFPengerusi Jawatankuasa Kerja Reformasi Dewan Negara (JKRDN),

Tun Dr Mahathir Mohamad diiringi Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Mohamaddin Ketapi (kanan) ketika melancarkan logo kempen Visit Truly Asia Malaysia 2020 di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) hari ini. - foto BERNAMA

PASIR SALAK - Kerajaan melulus-kan peruntukan berjumlah RM34 juta bagi meneruskan pembinaan rumah generasi kedua FELCRA di se-luruh negara, kata Menteri Hal Eh-wal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali. Beliau berkata, terdapat 675 unit rumah generasi kedua FEL-CRA di lima lokasi seluruh negara antaranya di Pekan serta Bera Pa-hang, serta Sukau di Kinabatangan, Sabah tertangguh pembinaannya dan memerlukan RM73 juta untuk diteruskan.

“Perkara ini telah diangkat, dibin-cang (di Kabinet) dan untuk pering-kat awal kerajaan setuju meluluskan RM34 juta bagi meneruskan projek ini.

“Ini termasuk 140 unit di Pekan, Pahang…walaupun di Pekan, saya luluskan juga, 123 unit di Sukau ser-ta (tanpa menyatakan unit) di Bera, Pahang,” kata Azmin semasa ber-ucap pada majlis Silaturrahmi Ber-sama warga FELCRA Seberang Perak di sini, hari ini.

(Kawasan Parlimen Pekan di-wakili bekas perdana menteri Da-tuk Seri Najib Razak). Selain itu, Mohamed Azmin memberi jami-nan untuk membawa isu tunggakan

-BERNAMA

EDARAN DIGITAL

SELANGORKINI

Page 9: Unsur sabotaj punca 20 usahawan tempatan Elizabeth ... · KUALA SELANGOR - Tiga kaki pancing antara yang disyaki menjadi dalang pencemaran Sungai Selangor sehingga me-nyebabkan gangguan

9SelangorKini 25 - 31 Julai 2019

EDARAN DIGITAL

SELANGORKINI

Page 10: Unsur sabotaj punca 20 usahawan tempatan Elizabeth ... · KUALA SELANGOR - Tiga kaki pancing antara yang disyaki menjadi dalang pencemaran Sungai Selangor sehingga me-nyebabkan gangguan

10Global

SelangorKini 25 - 31 Julai 2019

NEW DELHI - Tourism Malaysia melancarkan kempen “Tahun Mel-awat Malaysia 2020” di beberapa bandar raya utama di India pada 22 Julai lalu untuk meningkatkan ketibaan pelancong dari pasaran utama sumber.

Tiga puluh tujuh pemain in-dustri pelancongan dari Malay-sia termasuk sembilan hotel, tiga syarikat penerbangan dan bebera-pa operator pelancongan, menyer-tai kempen dari 22 hingga 25 Julai ini, di Amritsar, Mumbai dan Hy-derabad.

Malaysia menerima 295,609 pelancong dari India antara Janu-ari dan Mei tahun ini, mencatatkan peningkatan sebanyak 15.5 pera-tus berbanding tempoh sama ta-hun lalu.

Sasaran untuk 2019 adalah 728,000 pelancong dari India.

Sulaiman Suip, pengarah Tou-rism Malaysia di Delhi, melancar-kan kempen meliputi tiga bandar

RIYADH - Lebih 21,000 peser-ta dari 162 negara memohon menyertai dua pertandingan keagamaan berprestij yang dia-dakan secara dalam talian, lapor Arab News.

Dilancarkan awal tahun ini oleh pengerusi Lembaga Hiburan Umum (GEA) Arab Saudi, Turki Al-Sheikh, pertandingan tilawah al-Quran dan azan itu menawarkan hadiah bernilai SR7 juta (ASD1.9 juta) kepada pemenang.

Inisiatif itu bertujuan menonjol-kan kepelbagaian budaya dan me-ningkatkan imej Islam di peringkat antarabangsa. Mereka yang ber-minat boleh mendaftar sehingga akhir Julai ini.

Menurut GEA setakat ini, le-bih 11,000 penyertaan diteri-ma untuk tilawah al-Quran dan sekurang-kurangnya 9,000 untuk pertandingan azan. Pertandingan

TOKYO - Gabungan parti peme-rintah Jepun memenangi majori-ti kerusi dalam pemilihan Dewan Negara, pada 21 Julai lalu, lapor agensi berita Turki Anadolu me-metik media tempatan.

Bagaimanapun, rancangan Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe, untuk meminda perlem-bagaan negara itu gagal kerana beliau tidak dapat mengekalkan majoriti dua pertiga di Parlimen, lapor Kyodo News.

Menyentuh perkara itu, Abe menyambut baik keputusan tersebut dan berkata rakyat telah memilih kestabilan politik.

“Kami telah mendapat man-dat untuk meneruskan haluan politik kami,” Abe dipetik Kyodo News sebagai berkata.

Keputusan rasmi dijangka di-umumkan dalam tempoh seminggu.

Sejumlah 17.6 juta orang telah menunaikan tanggung-jawab mereka dengan keluar mengundi.

Abe, yang memegang jawatan pada 2012, berkata beliau tidak

KUALA LUMPUR - Banyak firma Amerika Syarikat (AS) berminat untuk beroperasi di Malaysia dan berkemungkinan mempercepat langkah mereka ekoran ketidak-tentuan yang disebabkan oleh ketegangan perdagangan AS-China.

Naib Presiden Kanan dan Peng-arah Urusan Serantau Majlis Perni-agaan AS-ASEAN (USABC), Michael W Michalak berkata, pemindahan rantaian bekalan itu sudah bermu-la dan dipercepat disebabkan isu perdagangan tersebut.

“Seperti yang anda lihat sepan-jang bengkel hari ini bahawa In-dustri 4.0 (IR4.0), ekonomi digital akan menjadi tumpuan ekonomi maju,” katanya pada sidang akhbar sempena seminar sehari anjuran Kementerian Perdagangan Anta-rabangsa dan Industri (MITI) dan USABC bertema Potensi Industri 4.0 untuk Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (PKS).

Michalak berkata, usaha berte-rusan Malaysia dalam meningkat-kan persekitaran kawal selia akan menarik lebih banyak syarikat beralih ke negara ini pada masa akan datang.

Sementara itu, Menteri Perda-gangan Antarabangsa dan Indus-tri Malaysia, Datuk Darrel Leiking berkata, pemindahan operasi fir-ma asing ke Malaysia agak besar.

“Penting untuk kita untuk

Dilancar di bandar raya utama

Kempen melawat Malaysia di India

raya itu di Amritsar, di utara India.Beliau berkata tarikan baharu

yang diperkenalkan seperti des-tinasi percutian pantai Desaru di Johor dan tarikan kehidupan Laut di Legoland Malaysia Resort akan menawarkan lebih banyak pilihan kepada pelancong dari India.

“Malaysia mempunyai pel-bagai tarikan menarik untuk setiap segmen sama ada untuk mereka yangt hendak membeli-belah, pencinta alam, berbulan madu

atau pelancong berkeluarga. Un-tuk mempromosikannya dengan lebih baik, kami sudah mening-katkan fokus pada kempen digi-tal dan platform media sosial,” kata Sulaiman.

Pejabat Tourism Malaysia di Mumbai, Delhi dan Chennai se-dang meningkatkan keterlibatan dengan syarikat pelancongan tempatan untuk melancarkan pel-bagai kempen promosi secara ber-sama. – BERNAMA

��,��� sertai tilawah al-Quran dalam talian

dibahagikan kepada beberapa fasa. Peringkat pertama melibat-kan penerimaan video yang di-hantar oleh peserta ke laman web anugerah bermula 24 Julai hingga 23 Ogos ini , peserta yang dipilih akan disenarai pendek.

Persembahan secara langsung menerusi penstriman pula ber-langsung dari 24 Ogos hingga 24 September ini, senarai pemenang akan diumum mulai 25 September hingga 25 Oktober.

Pemenang tilawah al-Quran akan menerima hadiah wang tu-nai SR5 juta (kira-kira ASD1.3 juta) dan pemenang azan bakal mem-bawa pulang SR2 juta (kira-kira ASD533.333).

Untuk pendaftaran serta mak-lumat lanjut mengenai terma dan syarat penyertaan layari https://quranathanawards.com. – BERNAMA

Abe menang majoriti kerusi Dewan Negara

Firma AS minat pindah operasi

memenuhi harapan mereka,” ka-tanya, sambil menambah bahawa persekitaran IR4.0 perlu diperting-kat lagi di Malaysia supaya kita menjadi menarik kepada keba-nyakan mereka.

“Pada masa sama, bahagian pengawalseliaan kerajaan juga perlu diberi perhatian supaya apa-bila syarikat asing masuk ke Malay-sia, mereka akan dapat menikmati dan mempunyai kemudahan yang mereka nikmati sebelum ini, mala-han lebih baik,” katanya.

Firma besar AS dilaporkan me-nyegerakan usaha mereka untuk memindahkan lebih banyak ran-taian bekalan dari China ke ne- gara pesat membangun, terma-

suk Malaysia.Antara sektor yang terlibat ter-

masuk teknologi, pakaian dan ka-sut.

Sejak bermulanya pertikaian perdagangan antara AS dan China, komuniti perniagaan telah cuba menilai impak trend perdagangan.

Impak pertikaian AS-China ini berpotensi mengubah corak ba-rangan yang didagangkan dan akan membawa lebih banyak per-niagaan ke bahagian dunia di sini.

Pakar-pakar perkapalan sebe-lum ini mendedahkan bahawa firma-firma perniagaan akan men-cari kaedah penyelesaian terhadap tarif perdagangan, sekatan import dan perdagangan bagi mengekal-kan perniagaan mereka.

“Dari segi barangan, produk yang dihasilkan di China akan dipindahkan ke negara jiran, mendapatkan label berlainan mengeksport barangan ke AS, jika mereka mendapati eksport langsung terlalu mahal,” kata pa-kar berkenaan.

Tindakan AS dalam menangani ketidakseimbangan dagangan-nya telah menyebabkan bebera-pa syarikat utama mengukuhkan operasi di Amerika Utara dan me-mindahkan sebahagian kapasiti pembuatan dari China ke mana lain termasuk Malaysia, Vietnam, Kemboja, Filipina, Bangladesh, In-dia dan Ethiopia. – BERNAMA

bercadang bertanding untuk tempoh sepenggal lagi pada pilihan raya umum 2021 dan berharap mempunyai peluang untuk meminda perlembagaan Jepun.

Jika satu lagi parti menyo-kong gabungan pemerintah semasa, Abe boleh mendapat majoriti dua pertiga yang diper-lukan untuk melakukan pindaan.

Parti Demokratik Liberal (LDP) pimpinan Abe telah memenangi lima pilihan raya parlimen sejak 2012. – BERNAMA

Michael W Michalak

Shinzo Abe

EDARAN DIGITAL

SELANGORKINI

Page 11: Unsur sabotaj punca 20 usahawan tempatan Elizabeth ... · KUALA SELANGOR - Tiga kaki pancing antara yang disyaki menjadi dalang pencemaran Sungai Selangor sehingga me-nyebabkan gangguan

MUAT TURUN

APLIKASIPERCUMA

InformasiTerkinidi jari anda

Patik mewakili pentadbiran Ker-ajaan Negeri dan rakyat neg-eri Selangor merafak sembah dan menjunjung kasih atas limpah perkenan Duli Yang

Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor dan DYMM Tengku Permaisuri Selangor berang-kat mencemar duli ke Program Tanam Pokok Negeri Selangor Tahun 2019. Sesungguh-nya dengan keberangkatan tuanku berd-ua menzahirkan sikap kepedulian terhadap usaha memelihara alam sekitar di Selan-gor khususnya program penanaman pokok dalam bandar.

Keprihatinan DYMM Tuanku sentiasa menjadi pemangkin kepada patik dan se-luruh warga pentadbiran Kerajaan Negeri bagi menjamin Selangor sentiasa berada dalam keadaan aman, baik dan sentosa di bawah naungan DYMM Tuanku.

Program ini diadakan selaras dengan ti-tah ucapan DYMM Sultan Selangor yang berkenan supaya pokok hijau ditanam se-cara meluas di Selangor. Selain itu, DYMM Sultan Selangor juga berkenan supaya penghijauan alam sekitar perlu menjadi satu perkara yang berterusan dan semua pihak perlu mengambil tindakan untuk menanam banyak pokok.

Pokok juga berperanan sebagai habitat dan sumber makanan hidupan liar. Justeru, kepentingan penghijauan alam sekitar di Selangor amat mustahak bagi menjamin persekitaran hijau yang sihat dan pemban-gunan mampan.

Program Tanam Pokok Negeri Selangor yang pertama bersama DYMM Sultan Selan-gor diadakan pada 5 Mac 2017 bertempat di Taman Alam Kuala Selangor dan ketika itu sebanyak 5000 pokok bakau ditanam. Pro-gram yang sama diteruskan pada 18 Mac 2018 bertempat di Hutan Simpan Kechil, Bagan Lalang, Sepang dengan 3000 pokok bakau berjaya ditanam. Aktiviti menanam pokok sangat penting memandangkan ia mempunyai peranan yang pelbagai terma-suk perlindungan, teduhan, pengindahan lanskap serta menyumbang kepada pen-

kok teduhan seluas 27,146 meter persegi Secara dasarnya, program ini menekank-

an penanaman pokok teduhan yang bersifat rendah karbon terutama di dalam kawasan bandar. Dalam komponen pembangunan landskap di Cyberjaya terdapat Taman Mini Cyberjaya, Taman Tasik Cyberjaya dan Hutan Bandar Cyberjaya.

Selaras dengan konsep pengindahan ta-man dalam bandar, kawasan penanaman pokok pada hari ini juga dicadangkan se-bagai Cyberjaya Central Park dengan ka-wasan hijau dan berkonsep taman di dalam bandar mampu menjadi tumpuan serta ‘fo-cus point’ dalam pembanguan di Cyberjaya khususnya.

Sejajar dengan kerangka Low Carbon City Framework (LCCF), elemen penghijau-an kawasan dalam taman, Cyberjaya dalam usaha mencapai pengurangan karbon diok-sida CO2 sebanyak 32 peratus menjelang ta-hun 2025 dan dijangka dengan usaha yang dilakukan seperti penganjuran program ni, sebanyak lapan peratus pengurangan kar-bon dioksida mampu dicapai 40 peratus, menjelang tahun 2030. Usaha ini selaras dengan pembangunan Cyberjaya dalam usaha mencapai status ‘Low Carbon City’.

Akhirul kalam, patik dan sekalian raky-at memohon ke hadrat Allah SWT semoga DYMM Tuanku dan DYMM Tengku Permai-suri Selangor dikurniakan kesihatan, dipe-lihara keselamatan dan kesejahteraan yang berpanjangan supaya dapat terus memer-intah Selangor Darul Ehsan dengan segala kemuliaannya.

Doa sekalian rakyat juga dipanjatkan ke hadrat Allah SWT untuk DYTM Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah seterusnya kepada puteri dan adinda Tuanku, waris serta kera-bat DiRaja sekalian, semoga berada dalam keadaan kesejahteraan, dikurniakan taufik juga hidayah serta sentiasa dalam perlind-ungan Allah SWT jua.

Sembah Ucapan Program Tanam Pokok Negeri Selangor, pada 21 Julai 2019

gurangan pemanasan global. Pokok men-yokong kehidupan dengan mengeluarkan oksigen dan menyerap karbon dioksida. Ju-rnal Nature menyebut bahawa terdapat tiga trilion pokok di dunia. Malangnya, masyara-kat masa kini menebang 15 bilion pokok setiap tahun menyebabkan jumlah pokok berkurangan sebanyak 46 peratus sejak ber-mulanya tamadun manusia.

Program ini menggambarkan bahawa kita adalah sebahagian daripada warga global yang cintakan alam sekitar. Kehi-jauan adalah lebih daripada sekadar war-na. Namun, apa yang lebih penting adalah sumbangan kepada kehidupan bandar yang optimum dan penggunaan tenaga yang rendah.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mel-aporkan bahawa pokok yang ditempatkan secara strategik di kawasan bandar mampu menyejukkan udara antara dua hingga la-pan darjah celsius. Dalam lain perkataan, kita akan hanya berjaya menjadi sebuah negeri maju apabila berupaya memasti-kan pembangunan fizikal negara beririn-gan dengan pemeliharaan alam semula jadi dan kehijauan kawasan persekitaran.

Kempen kesedaran berhubung kepent-ingan alam sekitar perlu dilaksanakan se-cara konsisten dan membabitkan semua lapisan masyarakat. Sokongan dan ker-jasama berterusan daripada sektor swas-ta serta badan bukan kerajaan (NGO) akan

dapat menggembleng kesatuan masyarakat dalam usaha memulihara juga melindungi alam sekitar.

Kita juga sedang berusaha untuk mena-nam pelbagai spesies pokok yang sesuai di kawasan lapang, kawasan perumahan dan kawasan persisiran pantai, di Selangor. Adalah diharapkan semua kawasan ini akan menjadi tempat beristirehat, riadah dan ak-tiviti lain yang sihat untuk penduduk setem-pat, di negeri ini.

Pada program ini, DYMM Tuanku mena-nam pokok ‘Swietenia Macrophylla’ atau dikenali sebagai pokok Tunjuk Langit. DYMM Tengku Permaisuri Selangor pula menanam pokok ‘Delonix Regia’ atau dike-nali sebagai pokok Semarak Api dan Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Se-langor pula menanam pokok ‘Caesalpin-ia Sappan’ atau dikenali sebagai pokok Sepang.

Sebanyak 1,500 pokok teduhan dan 3,000 pokok renek akan ditanam melalui pe-nyertaan 2,000 peserta yang terdiri daripada penjawat awam, pelajar institusi pengajian tinggi awam dan swasta, pelajar sekolah serta NGO.

Keluasan kawasan penanaman pokok adalah 58,669 meter persegi (14 ekar) dan terbahagi kepada 2 plot tanaman. Plot A (plot vvip) sebanyak 500 pokok teduhan dengan keluasan 31,523 meter persegi dan di Plot B (plot peserta) sebanyak 1000 po-

Kempen kesedaran berhubung kepentingan alam sekitar perlu dilaksanakan secara konsisten

dan membabitkan semua lapisan masyarakat. Sokongan dan kerjasama berterusan daripada

sektor swasta serta badan bukan kerajaan (NGO) akan dapat menggembleng kesatuan masyarakat

dalam usaha memulihara juga melindungi alam sekitar.

DARI KACA MATA MB11SelangorKini 25 - 31 Julai 2019

Penghijauan alam sekitar

Jamin persekitaran sihat, pembangunan mampan

EDARAN DIGITAL

SELANGORKINI

Page 12: Unsur sabotaj punca 20 usahawan tempatan Elizabeth ... · KUALA SELANGOR - Tiga kaki pancing antara yang disyaki menjadi dalang pencemaran Sungai Selangor sehingga me-nyebabkan gangguan

Album Klik!13SelangorKini 25 - 31 Julai 201912 SelangorKini 25 - 31 Julai 2019

Menyerahkan kompang untuk kegunaan Surau Darul Hidayah, Petaling Jaya

KIRIPeserta Karnival Akademik Penyelidikan dan Inovasi, di Bangi menerangkan kaedah mudah bagi bacaan tajwidI FIKRI YUSOF

KANANBelon berlampu unik menjadi tarikan pengunjung di Festival Bon Odori, Shah AlamI HAFIZ OTHMAN

KIRIPersembahan tarian tradisional pelbagai kaum sempena Piala Dato’ Mokhtar Dahari, di Stadium Petaling Jaya I FIKRI YUSOF

KANANWarga emas tidak melepaskan peluang bermain dam haji, di Karnival Sayangi Desa Peringkat Daerah Kuala Selangor I HAFIZ OTHMAN

KIRIJemaah di Masjid Negeri, Shah Alam berjalan keluar selepas menunaikan solat Jumaat l ASRI SAPFIE

KANANPengunjung merakam gambar di laluan Heritage Xplore, di Pusat Pemborong GM Klang l REMY ARIFIN

KIRIAksi persembahan api di tapak niaga Flea Market di laluan SACC Mall Walk, Shah Alam l REMY ARIFIN

KANANKeunikan ‘Tarian Makan Sireh’ dipersembahkan dalam Majlis Makan Malam Sukan Badan Berkanun (SUKANUN), UiTM Shah Alam I ASRI SAPFIE

Turun padang ke Program Kempen Derma Darah di Jalan Ipoh, Ulu Yam Lama

Meninjau keadaan pembelajaran di Sekolah Kebangsaan Kajang Utama, Kajang

Menziarahi penduduk yang uzur di Kampung Sungai Haji Dorani, Sabak Bernam

ADN KOTA DAMANSARAShatiri Mansor

Menyantuni anak Orang Asal di Kampung Sungai Melut, Dengkil

ADN DENGKILAdhif Syan Abdullah

ADN KUALA KUBU BHARULee Kee Hiong

Memberi sumbangan kepada penduduk Kampung Baru Cina, Tanjung Sepat

ADN TANJUNG SEPATBorhan Aman Shah

ADN SUNGAI RAMALMazwan Johar

ADN SUNGAI PANJANGImran Tamrin

EDARAN DIGITAL

SELANGORKINI

Page 13: Unsur sabotaj punca 20 usahawan tempatan Elizabeth ... · KUALA SELANGOR - Tiga kaki pancing antara yang disyaki menjadi dalang pencemaran Sungai Selangor sehingga me-nyebabkan gangguan

nNama: Dr Daroyah Alwi

nTarikh Lahir: 21 Ogos 1962

nNegeri kelahiran: Selangor

nStatus: Berkahwin

nNama Suami: Abdul Halim Md Aris

nBilangan keluarga: 4 orang

nMakanan kegemaran: Makanan Malaysia

nAktiviti masa lapang: Tiada kesempatan

nFalsafah hidup: ‘Hidup harus berbakti’

nPekerjaan sebelum dilantik Ahli Dewan Negeri: Doktor gigi

nPendidikan: Sarjana Muda Pergigian Universiti Malaya

nPengalaman: Doktor gigi selama 20 tahun, Penggal kedua ADN Sementa (2013 hingga sekarang), Exco Kesihatan, Kebajikan, Hal Ehwal Wanita & Keluarga (2013 - 2018), Timbalan Speaker Dewan Negeri Selangor (kini)

nAlamat Pejabat: Pusat Khidmat Dun Sementa, No.30, Tingkat 1, Jalan 14/Ku4, Taman Sementa Bestari, Batu 5, Jalan Kapar, 42100 Klang, Selangor.

nNombor Telefon: 03-3290 4842

nFax : 03-3290 4842

nEmel: [email protected]

nBlog: daroyahalwi.blogspot.com

nTwitter: @drdaroyahalwi

YB KitaAhli Dewan Negeri

Sementa

14ADN

SelangorKini 25 - 31 Julai 2019

N43 Sementa

OLEH ZAREEF MUZAMMIL

DAMANSARA - Penyanyi wanita popular sekitar tahun 90-an, Shima menerima bantuan daripada Ahli Dewan Negeri (ADN) Bukit Lanjan, Elizabeth Wong, selepas berita ke-peritan hidupnya yang menghi-dap sakit tulang belakang atau ‘slipped disc’ menjadi bualan ba-ru-baru ini.

Bantuan berupa wang tunai daripada Elizabeth dan Pusat Khid-mat Masyarakat (PKM) Dewan Un-dangan Negeri (DUN) itu diberikan untuk meringankan beban hidup yang ditanggung Shima.

Elizabeth berkata, beliau tersen-tuh hati melihat nasib penyanyi yang pernah popular dengan lagu berjudul “Teringin” itu kerana ter-paksa bergantung dengan ubat sejak menghidap sakit tulang be-lakang kira-kira lima tahun lalu.

“Saya menyedari kesukaran di-hadapi dia (Shima) kebelakangan ini dan sebagai ADN, saya men-gambil peluang untuk berjumpa dengannya untuk menghulurkan sedikit bantuan. Selain itu, PKM saya akan membuat tindakan su-sulan dengan Lembaga Zakat Se-langor supaya boleh memberi bantuan sepatutnya.

“Saya berharap peminat muzik di seluruh Malaysia boleh mem-bantunya kerana dia juga masih menjaga ibu yang sakit,” katanya ketika ditemui di Pangsapuri Le-stari, Damansara Damai, di sini, pada 17 Julai lalu.

Pada masa sama, Elizabeth ber-kata, pihaknya juga akan mem-bantu mencari lokasi baharu

SHAH ALAM - Program ‘Safe, Heal, Empower and Strength’ (SHES) membuka ruang kepa-da golongan wanita untuk terus maju ke hadapan, kata Ahli De-wan Negeri Permatang, Rozana Zainal Abidin.

Program dengan kerjasama Ma-jlis Prihatin Wanita Universiti Selan-gor (UNISEL) dan Kelab Psikologi Industri di bawah Fakulti Pendi-dikan dan Sains Sosial itu diada-kan di Auditorium Za’ba, UNISEL Kampus Bestari Jaya, di sini, baru-baru ini.

Rozana berkata, program itu adalah landasan terbaik memberi

Derita sakit tulang belakang

Prihatin nasib penyanyi ‘Teringin’

yang sesuai bagi membolehkan anak seni itu meneruskan per-niagaan ‘Warung Teringin’ yang roboh ekoran kejadian ribut, ba-ru-baru ini.

“Kejadian itu menyebabkan Shi-ma hilang mata pencarian kerana warung berkenaan diusahakan-nya bersama suami untuk menam-pung kehidupan sekeluarga.

“Saya dengan bantuan Ahli Majlis akan cuba mencari tem-pat lebih sesuai untuk membuka perniagaannya sekali lagi walau-pun tempat dia berniaga bersa-ma penduduk buat masa ini belum mendapat lesen.

“Kita akan bincang dengan mereka (Ahli Majlis) supaya turut bersama-sama membantu pen-duduk di sini,” katanya.

Sementara itu, Shima atau nama penuhnya, Ku Nazhatul Shima Ku Kamarazzaman, 50, bersyukur atas keprihatinan pihak Elizabeth

yang sudi meluangkan masa un-tuk menziarahinya dan menghu-lur bantuan. Ditanya sama ada dia bersetuju jika diberi tapak baharu untuk menjalankan perniagaan, penyanyi yang pernah melahir-kan album Inggeris berjudul More Than Your Girl pada 1993 itu me-nyambut baik bantuan berkenaan.

“Warung yang ada sebelum ini dekat dengan rumah tetapi jika ke-luar ke lokasi lebih jauh mungkin memberi sedikit kesukaran buat saya kerana masalah pengangku-tan.

“Namun, buat masa ini masih tidak dapat berniaga atas saran-an doktor yang tidak mengizinkan saya berdiri lama kerana dibim-bangi akan memudaratkan kesi-hatan.

“Saya dinasihatkan untuk rehat sehingga kesihatan kembali pulih sebab penyakit ini di tahap kronik sepanjang masa,” katanya.

SHES buka peluang wanita atasi diskriminasi

kesedaran kepada kaum wanita selain membuka ruang golongan terbabit mengatasi diskriminasi dan penindasan dihadapi.

“Perkongsian input pada pro-gram SHES ini yang memberi fokus kepada tajuk “Wacana Belia Wani-ta” banyak memberi pencerahan lebih mendalam berkenaan hak, diskriminasi dan pemerkasaan wanita.

“Harapan saya semoga program seumpama ini dapat dikongsi bu-kan sahaja dalam kalangan wanita, bahkan lelaki setiap lapisan ma-syarakat,” katanya menerusi ke-nyataan di Facebook.

Terdahulu, slot perkongsian ilmu bertajuk “Wacana Belia Wanita” yang disampaikan oleh Dr Sharifah Syahira dan cera-mah “Peranan Wanita Muslimah di Era Globalisasi” pula disampai-kan Isfadiah Mohd Dasuki kedua-duanya mengupas isu berkenaan peranan serta hak wanita pada masa kini.

Hadir sama adalah Naib Pres-iden dan Timbalan Naib Canselor (Akademik, Penyelidikan dan Ja-ringan Industri) UNISEL, Prof Dr Md Sidin Ahmad Ishak dan pen-syarah serta pelajar Fakulti Pendi-dikan dan Sains Sosial.

EDARAN DIGITAL

SELANGORKINI

Page 14: Unsur sabotaj punca 20 usahawan tempatan Elizabeth ... · KUALA SELANGOR - Tiga kaki pancing antara yang disyaki menjadi dalang pencemaran Sungai Selangor sehingga me-nyebabkan gangguan

15SelangorKini 25 - 31 Julai 2019

Rencana MUAT TURUN

APLIKASIPERCUMA

InformasiTerkinidi jari anda

OLEH ZAREEF MUZAMMIL

Sumbangan berterusan terhadap masyara-kat melalui bebera-pa bentuk program Tanggungjawab So-

sial Korporat (CSR) berjaya men-gangkat syarikat pengendali umrah dan haji, Andalusia Travel & Tours Sdn Bhd (Andalusia) selaku Agensi Pelancongan Terbaik (Um-rah dan Haji) dalam Anugerah Per-satuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) 2019, di Hotel Hilton Kuala Lum-pur, baru-baru ini.

Lebih membanggakan, pen-ganugerahan itu buat julung ka-linya diberi kepada agensi yang berpangkalan di Pandan Indah berkenaan selepas 45 tahun MAT-TA ditubuhkan.

Sememangnya ia boleh diang-gap sebagai detik paling manis dan bersejarah memandangkan bukan mudah untuk melakar ke-jayaan bermakna seperti itu ter-utama apabila perlu berdepan banyak persaingan dengan syari-kat terulung lain yang mungkin sekian lamanya mencipta nama dalam agensi pelancongan.

Pengarah dan Penasihat Un-dang-Undang Andalusia, Ida Riswana Idris berkata, bukan han-ya bertanggungjawab mengenda-likan urusan jemaah ke tanah suci, pihaknya turut menggerakkan pel-bagai aktiviti dengan golongan asnaf termasuk program Jelajah Lambaian Kaabah (JLK).

“Program kursus umrah percu-ma setiap minggu menjadi salah satu daripada program CSR ker-

ana kita tidak mengenakan seba-rang bayaran untuk semua yang hadir walaupun mereka bukan je-maah yang mendaftar dengan An-dalusia.

“Di samping itu, kita menyaji-kan program ‘Road To Umrah’ di kaca televisyen termasuk rancan-gan berbentuk ilmiah lain yang dapat menarik perhatian jemaah terutama kursus umrah percu-ma disampaikan mutawwif kami sendiri.

“Mutawwif juga bercerita se-cara langsung berhubung situasi di sana (Makkah) daripada semua aspek meliputi pengurusan, ke-sihatan dan melontar jamrah sehingga jemaah boleh membay-angkan keadaan itu,” katanya keti-ka ditemubual SelangorKini.

Sebagaimana namanya, Anda-lusia menawarkan pelbagai jenis pakej pelancongan demi memak-simumkan kepuasan daripada segi perkhidmatan kepada pelanggan.

Antara pakej yang ditawarkan adalah percutian Muslim dan bu-lan madu. Jadi tidak hairan ramai yang memilih syarikat Andalu-sia sebagai agensi pelancongan mereka. Ia termasuk perkhid-matan pembelian tiket kapal ter-bang, membuat tempahan hotel, menyediakan itinerari dan mem-berikan maklumat berhubung destinasi tertentu.

Hubungan baik dengan syarikat

penerbangan

Sejak awal penubuhan syarikat ini, Andalusia meletakkan misi

jauh ke hadapan untuk memba-wa seramai mungkin jemaah ke tanah suci dengan menggunak-an kecekapan yang ada di bawah pengurusan mereka.

Ida Riswana berkata, pelan in-frastruktur dirangka seawal mung-kin bagi setiap permulaan musim umrah atau haji supaya segala per-siapan dapat dibuat dengan lancar seperti dijadualkan.

“Lebih kurang tujuh bulan sebe-

Mutawwif ‘pelayan’ tetamu

Allah

Jemaah ke tanah suci Makkah dan Madinah, tentu faham

pentingnya khidmat mutawwif. Pengerusi Eksekutif Andalusia, Dato’ Md Daud Che Ngah berka-ta, pihaknya memiliki gabungan mutawwif mantap yang bekerja dalam satu pasukan dan bertang-gungjawab untuk menyambut ketibaan serta menyantuni ‘dhuyu-furrahman’ atau tetamu Allah bermula dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.

Katanya, ia termasuk mengu-ruskan perjalanan jemaah untuk ziarah, membaca doa dan tazki-rah di dalam bas, membimbing mereka menyempurnakan um-rah serta menguruskan kepulan-gan jemaah.

“Mutawwif akan bertugas se-lama 28 hari dan direhatkan lima hari (pulang ke Malaysia) sebe-lum menyambung tugas sebagai pelayan tetamu Allah. Mereka bekerja seperti biasa sehingga ada jemaah yang akan bertanya bila mereka akan kembali ke Makkah semula.

“Kita sangat menghormati Bait-ullah oleh sebab itu kita menyan-tuni tetamuNya dan kita bawa ia sebagai satu motto berterusan kerana mutawwif adalah orang yang paling hampir dengan je-maah,” katanya.

Md Daud berkata, sesi ‘post mortem’ juga sentiasa dibuat bagi menambah baik dan melengkap-kan mutawwif dengan ilmu, ko-munikasi dan sikap yang baik ketika menjalankan tugas terma-suk meningkatkan etika kerja.

Murah, kualiti jadi keutamaan

Mengakui berdepan cabaran daripada segi persaingan

harga dengan agensi pelancon-gan lain, Ida Riswana bagaimana-pun enggan menjadikan soal itu sebagai halangan untuk pelang-gan tidak memilih Andalusia, pada masa akan datang.

“Kita mahu memberi kualiti perkhidmatan terbaik supaya je-maah yang pernah pergi ke tanah suci Makkah dan Madinah akan in-gat nama Andalusia dan memilih kita lagi selepas ini.

“Tidak dinafikan, kebanyakan jemaah yang memberi testimoni mahu merasai pengalaman ber-sama kita. Ada juga yang pergi dengan kita dan mendapat lay-anan setakat yang ada sahaja dan selepas itu pergi dengan agensi lain.

“Bila pergi dengan agensi lain, ada dalam kalangan mereka dapat cara layanan yang berbeza den-gan kita terutama daripada aspek makanan dan untuk tahun seter-usnya mereka bawa satu keluarga pergi bersama kita,” katanya.

lum permulaan musim, kita sudah mulakan rangka untuk setahun fasiliti jemaah sepanjang tempoh keberadaan mereka di sana, teru-tama aspek pembelian tiket dan tempahan hotel.

“Kita menjalin kolaborasi den-gan syarikat penerbangan kerana mereka tahu apa yang kita mahu-kan misalnya penerbangan yang tidak memilih musim atau tarikh tertentu.

“Ini kerana kalau hanya mahu-kan masa tertentu sahaja, agak mustahil semua pelanggan boleh masuk pada waktu yang sama,” ka-tanya.

Beliau berkata, syarikat pener-bangan yang berurusan bersama pihaknya turut meletakkan keper-cayaan tinggi terhadap mereka ekoran terma dan peraturan dig-ariskan sentiasa dipatuhi agensi pelancongan berkenaan.

“Kita bantu dengan menentu-kan tarikh yang penuh untuk satu musim. Untuk waktu puncak, ke-banyakan syarikat penerbangan perlu mencari penerbangan baha-ru tetapi dengan kita akan penuh setiap musim.

“Yang penting, kekal hubun-gan baik dengan syarikat pener-bangan supaya kita boleh bantu mereka dan mereka boleh bantu kita,” katanya.

Andalusia

EDARAN DIGITAL

SELANGORKINI

Page 15: Unsur sabotaj punca 20 usahawan tempatan Elizabeth ... · KUALA SELANGOR - Tiga kaki pancing antara yang disyaki menjadi dalang pencemaran Sungai Selangor sehingga me-nyebabkan gangguan

16Hadiah Sastera Selangor

SelangorKini 25 - 31 Julai 2019

OLEH ADAM TAUFIQ SUHARTO

Setelah kita membayar tiket dan melabuhkan punggung di kerusi em-puk panggung, lampu perlahan-lahan malap dan menggelap. Pada waktu ini,

ruang privasi mula tercipta dalam gelap yang samar-samar itu. Yang ada hanyalah cahaya dari ruang projektionis ke arah sebuah layar putih yang bentuknya mirip sebuah jendela. Di situ, spektator (penonton) mula melihat se-buah kehidupan orang lain lantas secara tak langsung kita sedang menjawat jawatan voyeur atau pengintai yang sejati. Selain secara prin-sipnya kita telah menjadi voyeur sebagai pe-nonton, voyeur sendiri ada estetikanya dalam filem.

Voyeur, terma yang berasal dari bahasa Per-ancis, “voir”, bererti sebuah aktiviti mengin-tai atau mengintip untuk mendapatkan kenikmatan tersendiri. Pun begitu, voyeur-ism seperti kata Thomas A Doohan, dalam kajiannya, Through The Window: the Subject and the Voyeur’s Gaze Within Cinema, me-

nyatakan voyeurisme selain berperanan untuk menghadiahkan kenikmatan sek-sual dan erotik kepada spektator, ia juga adalah kenikmatan dan kepuasan yang manusia dapat rasai apabila melihat ses-eorang diseksa.

Dalam esei Laura Muvey, Visual Pleasure and Narrative Cinema mengatakan ada dua sistem yang membentuk voyeurisme iaitu produk akhir ataupun filem yang telah siap yang ditonton oleh spektator. Kedua, voy-eurisme yang terjadi dalam kalangan kara-kter-karakter di dalam skrin. Sudah tentu ada beberapa mekanisme yang telah di-aplikasikan untuk mewujudkan sinematik voyeur ini. Antaranya adalah bentuk syot sudut pandang daripada karakter atau point-of-view (POV). Selain itu, terdapat juga beberapa sutradara yang mengap-likasikan sinematik voyeur dengan melaku-kan komposisi syot berbentuk bingkai di dalam bingkai.

Daripada itu, kita lihat pula makalah, Norman K. Denzin tajukya, The Cinemat-ic Society: The Voyeurs Gaze. Dalam kaji-an itu, beliau bercerita tentang antara watak-watak voyeur yang pernah mun-cul di sinema adalah: wartawan, detektif, perisik, pcsycopath, pembunuh, perogol dan beberapa watak-watak lain yang me-merlukan dirinya untuk mengintip secara langsung atau tidak langsung.

Beberapa filem yang berlainan genre dikesan mengaplikasikan sinematik vo-yeur dengan teknik dan tujuan tersendiri. Mahaguru saspens, Alfred Hitchcock mi-salnya dalam filem Rear Window, sebuah filem saspens-thriller, telah mencipta kara-kter voyeur yakni seorang juru foto yang terdampar di rumahnya akibat kemala-ngan. Dia kemudiannya mengintai aktiviti jiran-jirannya pada musim panas meneru-si lensa kameranya dari jendela belakang rumahnya. Hitchcock telah menggunakan syot POV semasa si jurufoto melakukan aktiviti mengintai. Hal ini menyebabkan spektator berasa lebih saspens apatah lagi apabila kita (spektator) bersama-sama si jurufoto ternampak kejadian bunuh dalam sebuah rumah tanpa disangka.

Selain itu, filem-filem horror juga cuba untuk mengetengahkan voyeurisme. Anta-

ranya Peeping Tom, yang merupakan filem slasher horror. Dalam filem ini, pengarah telah menggunakan syot POV pada babak-babak si Peeping Tom sedang me-nyerang mangsa. Teknik ini amat menarik kerana berupaya menjadikan penonton sebagai penonton yang aktif kerana sutradara telah pun memberikan ‘mata’ melalui syot POV kepada penonton. Secara tidak sengaja, semasa babak itu berlaku, penonton adalah si hantu yang sedang mengejar mangsanya.

Filem Susuk arahan Amir Muhammad dan Naiem Ghalili antara yang menarik jika bercakap mengenai sinematik voyeur. Ia seakan-akan sedar, filem sebagai satu ben-tuk aktiviti pengintaian oleh penonton. Terdapat babak dalam filem Susuk, penon-ton telah diperlihatkan Suzanna (lakonan Ida Nerina) di dalam sebuah tab mandi dengan keadaan yang menggiurkan, den-gan bunga-bungaan yang menghiasi air yang kita maklum sebagai aktiviti mandi bunga. Babak ini kemudiannya telah cut dan masuk ke babak Suzanna berada di atas kerusi sambil menikmati shisha. Su-zanna kemudian menjeling ke arah kamera

dan berkata, “Puas?”Spektator akan berasa seolah-olah Suzan-

na sedang bercakap dengan mereka yang dari tadi sedang keasyikan menjadi pengin-tai dan menikmati apa yang terpampang dari jendela layar itu. Namun, rupa-rupan-ya, Suzanna berinteraksi dengan Dukun De-wangga (Adlin Aman Ramli) yang di dalam filem ini banyak mengintip secara senyap.

Selain genre seram dan thriller-sas-pens, Wong Kar Wai tidak terlepas men-gaplikasikan sinematik voyeur dalam filem romantisnya, yang mendapat perhatian dunia berjudul In The Mood For Love yang telah menerapkan syot berbentuk bingkai dalam bingkai. Selain cuba merefleksi ke-adaan Hong Kong yang sempit dan padat, syot ini bertujuan memberikan spektator perasaan sebagai pengintip atau pengin-tai kepada hubungan cinta terhalang dan rahsia antara watak disandang oleh Tony Leung dan Maggie Cheung. Syot-syotnya diambil dari celah-celah tingkap dan pintu yang secara tak langsung mencipta sine-matik voyeur sendiri. Ini diperkuatkan lagi dengan kenyataan bahawa semasa filem ini dibikin, Wong Kar Wai memikirkan ba-hawa tajuk filem tersebut sebagai Secret. Maka kita seolah-olah menjadi antara sak-si kepada hubungan cinta rahsia mereka, usai mengintai dari celah-celah tingkap, jalan, pintu dan berbagai lagi.

Konklusinya, keupayaan sinematik voyeur merentas genre dan mekanisme-nya juga masih terbuka untuk dimapulasi oleh pengkarya bagi tatapan ‘pengintip-pengintip’ dari balik jendela layar. Hemat saya, voyeurisme dalam sinema ini juga ti-dak terhad dalam estetika filem atau hal-hal kepenontonan sahaja. Ia sebaliknya sebuah refleksi kepada dunia manusia re-aliti hari ini yang hakikatnya lebih mudah menjadi voyeur atau pengintip menerusi sosial media. Kekadang ada menjadi seper-ti watak sang detektif, menyiasat masalah orang, kekadang ada yang menjadi hantu memburu orang lain, kekadang ada juga yang mencari gosip akan hubungan yang tak pasti. Demikianlah hakikatnya, kitalah voyeur sejati, dengan cara sendiri.

Selamat mengintai.

Sudahkah kaulewati malam ini?

sudahkah kaulewati malam ini?sedang aku masih di kamarmendengar pecahan kaca di luar jendelatidak lain ialah serpihan purnama.kuraba dada:luka-luka baru pun membuka.

sudahkah kaulewati malam ini?mata: setiapkali kututupbayangan aneh menyusup masukberkeliaran di dalamnya.di luar, udara panas berpusar perlahanluka-luka pada langit sembuhtanpa suara tanpa kata.

barangkali ya, aku tak kan apa-apacuma kadangkala lukakuterasa semakin dalamdan lelehan api darinya kiniseolah tak dapat kupadamkan lagi.

Karim MohdCheras

EDARAN DIGITAL

SELANGORKINI

Page 16: Unsur sabotaj punca 20 usahawan tempatan Elizabeth ... · KUALA SELANGOR - Tiga kaki pancing antara yang disyaki menjadi dalang pencemaran Sungai Selangor sehingga me-nyebabkan gangguan

SERDANG - Kerajaan Negeri melancarkan projek perintis pembangunan komuniti di Pangsapuri PKNS Seri Kembangan dan Sri Indah bagi memfokuskan pembangunan pertanian bandar serta pendidikan me-lalui kesihatan.

EXCO Kesihatan, Kebajikan, Pemberda-yaan Wanita dan Keluarga, Dr Siti Mariah Mahmud berkata, projek dengan usahasa-ma Pusat Transformasi Komuniti Univers-iti (UCTC) Universiti Putra Malaysia (UPM) akan dijalankan dalam tempoh enam bu-lan bermula Julai hingga Disember ini.

Katanya, segala ilmu kemahiran dan kepakaran dipindahkan dari UPM kepa-da komuniti melalui pemindahan ilmu di

lapangan bagi mencapai objektif projek berkenaan dalam menjadikan pangsapuri itu sebagai ‘garden in the city’.

“Projek perintis ini akan dijalankan ber-sama persatuan penduduk pangsapuri sebagai usaha transformasi mewujudkan kebun bandar.

“Selain mengeratkan silaturahim, ia se-bagai usaha mengupayakan rakyat, eko-nomi dan kesihatan penduduk setempat,” katanya kepada SelangorKini.

Beliau berkata demikian ketika dite-mui pada Majlis Perasmian Projek Perintis Komuniti di Dewan Persatuan Penduduk pangsapuri PKNS, di sini, pada 21 Julai lalu.

Hadir sama, Timbalan Pengarah UCTC,

Prof Madya Dr Faez Firdaus Jesse Abdullah dan Pengerusi Persatuan Penduduk Pang-sapuri PKNS, Mohd Halizan Yusof.

Dr Siti Mariah berkata, persatuan pen-duduk sudah mengenal pasti beberapa kawasan lapang di antara 18 blok pang-sapuri berkenaan untuk pelaksanaan pro-jek.

“Kita sangat menggalakkan penduduk untuk mengambil bahagian dalam projek ini dengan mendaftar serta akan dipantau UPM dalam tempoh itu,” katanya.

Pada masa sama, katanya, projek perin-tis itu akan dilebarkan ke kawasan lain di Selangor jika menerima sambutan meng-galakkan.

Pembangunan komuniti fokus pendidikan melalui kesihatan

17SelangorKini 25 - 31 Julai 2019

Pertanian MUAT TURUN

APLIKASIPERCUMA

InformasiTerkinidi jari anda

SHAH ALAM - Selaras hala tuju baharu pertanian negara, sektor padi dan peri-kanan menjadi antara isu utama dalam Mesyuarat Menteri Pertanian dan In-dustri Asas Tani Bersama EXCO Pertanian Nege-ri, kali ini.

M e nte r i nya , Datuk Salahud-din Ayub berka-ta, mesyuarat dwi tahunan itu juga membincangkan isu membabitkan usahawan tani muda dan tanah.

“Esok (23 Julai) adalah mesyuarat pertama Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) bersama EXCO pertanian seluruh negara, termasuk Menteri Pertanian Sabah dan Sarawak.

“Selain itu, kita juga bincang isu ta-nah jika ada yang membabitkan Kera-jaan Negeri yang boleh diselaraskan untuk melicinkan urus tadbir antara agensi peringkat Persekutuan dan ne-geri,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Maj-lis Makan Malam Sempena Mesyuarat Kementerian Pertanian bersama EXCO Pertanian Seluruh Malaysia, di Wisma Perbadanan Kemajuan Pertanian Se-langor, di sini, pada 22 Julai lalu.

Mesyuarat yang dipengerusikan Salahuddin berlangsung di Hotel Grand Blue Wave, di sini, pada 23 Ju-lai lalu. Selain mesyuarat, mereka yang terbabit dibawa meninjau fasiliti di Selangor Fruit Valley seperti ladang pertanian, penternakan dan buah-buahan.

Perkenal pelbagai kaedah

Produk segar berasaskan pertanian dijangka meningkat

OLEH NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM - Produk segar dan pro-ses berasaskan pertanian dijangka me-ningkat ekoran promosi berterusan dijalankan Kerajaan Selangor.

EXCO Infrastruktur dan Kemuda-han Awam, Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tani, Ir Izham Hashim berkata, antara langkah diambil ter-masuk menyertai program promosi di luar negara dengan bantuan Lem-baga Pemasaran Pertanian Perseku-tuan (FAMA).

“Pagi tadi (22 Julai) kita buat pele-

pasan rombongan ke Singapura untuk hadiri Malaysia Fest yang saya pernah hadiri tahun lalu. Sambutan cukup baik dengan peningkatan hasil jualan lebih 20 peratus setiap tahun.

“Tahun ini kita tambah lagi dengan menyertai Halal Fest di Jepun pada 11 November nanti dan kita sediakan pe-runtukan untuk tambah usahawan me-nyertai promosi itu nanti,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Ma-jlis Makan Malam Sempena Mesyu-arat Kementerian Pertanian bersama EXCO-EXCO Pertanian Seluruh Malay-sia di Dewan Orkid, Wisma Perbadanan

Kemajuan Pertanian Selangor, di sini, pada 22 Julai lalu. Selain mempromosi-kan produk pertanian di luar negara, Ir Izham turut memuji langkah FAMA membina pasar raya Selangor Agro Market (SAM) di Selangor.

Katanya, pasar raya itu akan mening-katkan pemasaran produk pertanian Selangor, sekali gus meningkatkan lagi pendapatan pengusaha pertanian.

Ir Izham berkata, FAMA turut me-ngenakan syarat hanya produk diusa-hakan sendiri tanpa melalui orang tengah sahaja dibenarkan dipasarkan di pasar raya itu nanti.

Padi, perikanan jadi tumpuan

EDARAN DIGITAL

SELANGORKINI

Page 17: Unsur sabotaj punca 20 usahawan tempatan Elizabeth ... · KUALA SELANGOR - Tiga kaki pancing antara yang disyaki menjadi dalang pencemaran Sungai Selangor sehingga me-nyebabkan gangguan

18PBT

SelangorKini 25 - 31 Julai 2019

OLEH ZAREEF MUZAMMIL

HULU SELANGOR - Peserta tung-gal Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) yang menyertai Hulu Se-langor Ultra Trail Run (HSUT) 2019 berjaya menamatkan larian dalam acara 50 kilometer (km), di Kam-pung Orang Asli Pertak, Kuala Kubu Bharu, pada 21 Julai.

Mohd Yusof Saidina Abu Ba-kar, 36, menamatkan larian de- ngan catatan masa 13 jam 45 minit melalui Lata Medang ke Puncak Bukti Kutu seterusnya ke Kam-pung Buluh Telur dan Ampang Pecah serta berpatah balik laluan sama sehingga ke garisan permu-laan di Kampung Pertak.

Akui gemar dengan aktiviti la-rian sejak zaman sekolah, Yusof berkata, kali terakhir dia menyertai sukan itu adalah dalam acara ma-rathon pada 15 tahun lalu, tetapi pertama kali menyertai ‘ultra trail’.

“Laluan ini sangat menguji ke-tahanan mental dan fizikal ter- utama apabila peserta perlu naik turun Bukit Kutu sebanyak dua kali serta laluannya berada dalam kelas tersendiri tetapi menyero-nokkan.

“Saya mengambil keputusan untuk menyertai larian ini se-bagai tanda sokongan kepada MDHS selaku penganjur dan in-

gin memberikan galakan kepada rakan-rakan lain untuk menceburi bidang sukan lasak ini selain me-ngamalkan gaya hidup yang si-hat,” katanya.

Peserta terpantas menamat-kan acara 50km adalah peserta tempatan, Yusof Abdul Manan yang merekodkan masa 7 jam 35 minit 19 saat bagi kategori lelaki terbuka.

HSUT yang turut mendapat kerjasama Pinnacle Sports dan Pejabat Hutan Daerah Hulu Se-langor itu mempertandingkan dua acara iaitu 50km dan 15km, manakala enam kategori bagi se-tiap acara iaitu lelaki dan wanita antarabangsa, lelaki dan wanita terbuka (18 hingga 39 tahun) ser-ta lelaki dan wanita veteran (40 tahun ke atas).

Acara berkenaan disempur-nakan Yang Dipertua MDHS, Shukri Mohamad Hamin bersama Setiausahanya, Awaluddin Zakaria.

Sementara itu, Shukri berkata, pihaknya menerima sambutan menggalakkan apabila seramai 200 peserta menyertai pertan-dingan berkenaan, selain diser-tai peserta luar negara antaranya Thailand, Singapura, Indonesia, Korea, Perancis, Kanada dan Nepal.

“Peserta antarabangsa sangat berpuas hati dengan penganjuran

kali ini dan menyatakan hasrat un-tuk tidak ingin terlepas untuk me-nyertai acara ini pada masa akan datang.

“Mereka juga amat mengagumi laluan Ultra Trail Hulu Selangor ini kerana laluan berkenaan sangat unik, teknikal, ekstrem dan diberi penarafan lima bintang untuk ta-hap kesukarannya.

Pada masa sama, beliau berka-ta, MDHS menjadi Pihak Berkua-sa Tempatan pertama di Selangor yang melaksanakan acara seperti itu.

Katanya, pihak pengurusan tertinggi sangat menyokong dan memberi kerjasama sepenuhnya dalam menganjurkan program itu, selain bersetuju untuk dija-dikan sebagai acara tahunan.

“Sukan lasak ini berpotensi besar untuk diketengahkan wa-laupun ia hanya diminati pihak tertentu, namun tidak mustahil boleh dijadikan sebagai sukan ‘trend’ diminati ramai seperti su-kan lain.

“Selain itu, program ini juga adalah salah satu promosi dalam memperkenalkan Hulu Selangor sebagai kawasan eko-pelanco-ngan sukan lasak dan secara tidak langsung boleh menarik lebih ra-mai pelancong luar untuk datang ke daerah ini,” katanya.

Sukan lasak HSUT 2019

Peserta tunggal sahut cabaran

KLANG - Laguna Park yang terle-tak di Pulau Indah bakal dibangun- kan sebagai pusat rekreasi dan su-kan air serta akan dibuka kepada umum mulai tahun hadapan.

Ketua Pegawai Eksekutif Central Spectrum Sdn Bhd (CSSB), Moha-mad Razif Abdul Wahab berkata, Laguna Park adalah termasuk se-bahagian daripada projek CSSB dinamakan sebagai Selangor Bio Bay.

Katanya, Laguna Park meliputi lebih 404 hektar kawasan dengan sebahagian besarnya digunakan untuk perindustrian, perumahan dan pembangunan bercampur ser-ta taman rekreasi.

“Sepanjang pantai ini nanti akan terdapat kawasan komersial dan pelbagai kemudahan masyarakat termasuk projek kediaman yang kita rasakan dalam jangka masa lima hingga 10 tahun mampu men-capai lebih 15,000 populasi yang akan menetap di Pulau Indah.

“Kita juga mempunyai peran-

cangan untuk bertemu dengan beberapa pemain industri supaya mereka dapat membina pemba-ngunan mengikut kesesuaian,” ka-tanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media di Restoran Rahmat Tan (Laguna Park) di sini baru-ba-ru ini.

Turut hadir, Yang Dipertua Ma-jlis Perbandaran Klang (MPK), Mohamad Yasid Bidin dan Ket-ua Pegawai Pembangunan CSSB, Noor Azhuril Adnan.

Sementara itu, Mohamad Ya-sid berkata, apabila wujudnya pertumbuhan pembangunan di Laguna Park beliau optimis akan ada pemain industri lain untuk bersama mengembangkan lagi sektor pelancongan atau perin-dustrian di sini.

Katanya, pelbagai kemudahan disediakan di sini selain restoran terdapat juga jeti menyediakan ke-mudahan bot, aktiviti memancing, trek basikal dan taman permainan.

Pembangunan Laguna Park untuk masyarakat

Seramai 300 peserta HSUT dilepaskan dalam acara 50 kilometer (km) dekat Kampung Orang Asli Pertak, Kuala Kubu Bharu, pada 21 Julai.

SUBANG JAYA - Majlis Perbanda-ran Subang Jaya (MPSJ) menahan 12 wanita warga asing dan menyita tiga premis urut haram yang berop-erasi tanpa lesen di sekitar Bandar Puteri Puchong, di sini, baru-baru ini.

Timbalan Yang Dipertuanya, Mohd Zulkurnain Che Ali berkata, operasi bersepadu dilaksanakan bersama Ibu Pejabat Polis Daerah Serdang berdasarkan hasil maklu-mat orang awam.

“Di dalam operasi ini, kita ter-paksa memecah masuk ke premis berikutan keengganan pemilik membuka pintu premis dan hasil pemeriksaan mendapati ke semua premis tidak mempunyai sebarang dokumen berkaitan dan melakukan kesalahan menjalankan perniagaan tanpa lesen sah.

“Pemeriksaan juga mendapati terdapat pekerja wanita warga as-ing yang bekerja sebagai tukang urut dan hasil siasatan menjum-pai beberapa kondom yang belum

digunakan.“Ini membuktikan selain ak-

tiviti urutan, premis ini juga ada menawarkan perkhidmatan seks kepada pelanggan,” katanya dalam kenyataan.

Mohd Zulkurnain berkata, tin-dakan diambil di bawah Undang-Undang Kecil Pusat Kecantikan dan Penjagaan Kesihatan MPSJ 2013 iai-tu mengendalikan pusat urut tanpa lesen dari Pihak Berkuasa Tempa-tan itu.

Katanya, di bawah klausa berke-naan, denda maksimum sebanyak RM1,000 boleh dikenakan terhadap pemilik premis.

“Selain itu, tindakan memecah semua struktur sekatan dinding di dalam premis juga t dikenakan di bawah Seksyen 79 Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 iaitu membuat sekatan dinding di dalam premis tanpa kebenaran MPSJ dan boleh dikenakan denda maksimum se-banyak RM500,” katanya.

Tiga premis disita, tahan wanita warga asing

EDARAN DIGITAL

SELANGORKINI

Page 18: Unsur sabotaj punca 20 usahawan tempatan Elizabeth ... · KUALA SELANGOR - Tiga kaki pancing antara yang disyaki menjadi dalang pencemaran Sungai Selangor sehingga me-nyebabkan gangguan

19SelangorKini 25 - 31 Julai 2019

PBT MUAT TURUN

APLIKASIPERCUMA

InformasiTerkinidi jari anda

OLEH ZAREEF MUZAMMIL

SHAH ALAM - Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menerima penarafan lima bintang sempena Sistem Penarafan Bintang Pihak Berkuasa Tempatan (SPB-PBT) Tahun 2018.

Penyampaian anugerah disampaikan EXCO Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam dan Pembangunan Kampung Baru, Ng Sze Han kepada Datuk Bandar Shah Alam, Dato’ Haris Kasim, di Bangunan Sul-tan Salahuddin Abdul Aziz Shah, di sini ba-ru-baru ini.

Ketua Bahagian Korporat dan Perhubu-ngan Awamnya, Shahrin Ahmad berkata, dengan markah 97.5 peratus melayakkan Pihak Berkuasa Tempatan itu menerima penarafan lima bintang

Katanya, penilaian SPB-PBT anjuran Ke-menterian Perumahan dan Kerajaan Tem-patan dinilai berdasarkan beberapa kriteria antaranya pengurusan organisasi, kewa-ngan dan aset, pelaksanaan dasar pelesenan serta kawalan perniagaan.

“Selain itu, ia mengambil kira peranca-

ngan dan pengurusan landskap, pengu-rusan sisa pepejal, perkhidmatan barisan hadapan, penyertaan komuniti serta pan-dangan penduduk,” katanya dalam kenyata-an.

Pada masa sama, Shahrin berkata, MBSA berjaya merangkul Juara dan Inovasi Ter-baik Kelas I National Innovation And Inven-tion Competition Through Exhibition 2019.

“Ia bersempena Konvensyen Wilayah Team Excellence (Rtex) 2019 Wilayah Selatan anjuran Kementerian Pendidikan Malaysia dan Politeknik Sultan Abdul Halim Muadzam Shah (POLIMAS) bertempat di Ramada Pla-za, Melaka pada 9 Julai lalu.

“Anugerah ini adalah kejayaan buat kali keempat melalui pasukan EX7 MBSA de-ngan membawakan projek ‘Penyelengga-raan Struktur Penutup Longkang yang Ti- dak Efektif’ pada pertandingan berkenaan,” katanya.

Katanya, MBSA sentiasa komited mem-berikan perkhidmatan terbaik dan berusa-ha mempertingkatkan sistem penyampaian perkhidmatan berkesan kepada masyarakat.

Kejayaan kali keempat

MBSA bertaraf lima bintang

Dato Haris Kasim menerima sijil penarafan daripada EXCO Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam dan Pembangunan Kampung Baru, Ng Sze Han

SHAH ALAM - KDEB Waste Management Sdn Bhd (KDEBWM) mengambil tindakan ke atas salah seorang subkontraktor di Subang Jaya yang didapati menggunakan perkhid-matan pemandu lori warga asing.

Pengarah Urusannya, Ramli Mohd Tahir berkata, pihaknya turut kesal dengan in-siden berkenaan kerana lori kompaktor itu dipandu oleh warga asing seperti yang di-tularkan di media sosial.

“KDEBWM tidak akan teragak-agak men-gambil tindakan tegas ke atas sub kontrak-tor kami yang didapati gagal mematuhi SOP yang ditetapkan termasuk menamat-kan kontrak perkhidmatan mereka.

“Justeru, tindakan tegas sudah diambil ke atas salah seorang sub kontraktor yang menggunakan khidmat warga asing seb-agai pemandu lori seperti yang ditularkan di media sosial hari ini,” katanya kepada Se-langorKini.

Ramli berkata, pihaknya juga mengarah-kan semua subkontraktor lain supaya me-mastikan mereka menggunakan khidmat pemandu warga tempatan yang mempu-nyai lesen memandu lori yang sah sahaja.

“KDEBWM mengucapkan terima kasih di atas keprihatinan salah seorang warga Serdang yang melaporkan insiden salah seorang subkontraktor kami ini.

“Bagaimanapun, kami memohon kerjasa-ma semua pihak supaya tidak terus menu-larkan video yang boleh menjejaskan imej dan nama baik syarikat kami atas insiden ini.

“Hal ini kerana satu kes yang terjadi ini tidak sewajarnya dijadikan indikator seo-lah-olah kesemua subkontraktor kami ter-libat menggunakan pemandu warga asing,” katanya.

Pada masa sama, katanya, KDEBWM akan terus komited memastikan negeri Selangor sentiasa bersih dan dalam masa yang sama pihak kami juga memberikan jaminan un-tuk sentiasa mematuhi lunas undang-un-dang yang ditetapkan oleh pihak berkuasa di Negara ini.

Terdahulu, tular di media sosial Facebook berhubung video warga asing memandu lori KDEBWM.

Video berdurasi 32 saat itu mendapat kri-tikan netizen dengan perkongsian hampir 5,000 orang.

Subkontraktor upah pemandu warga asing diambil tindakan

Pembangunan Laguna Park untuk masyarakat

KENYATAAN TENDER

103002-H

BAGI KERJA - KERJA PEMBERSIHAN AWAM DI KAWASAN MAJLIS PERBANDARAN SEPANG

KDEB Waste Management Sdn. Bhd., sebuah syarikat milik penuh Kerajaan Negeri Selangor yang bertanggungjawab untuk melaksanakan pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam di Negeri Selangor secara holistik.

Justeru, KDEB Waste Management Sdn. Bhd. mempelawa kontraktor - kontraktor yang masih sah berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia (KKM Kod Bidang - 221002 dan 221003) dan Sistem Tender Online Selangor 2.0 untuk membuat tawaran buat masa ini bagi kerja - kerja berikut:-

Bil. Nombor & Nama Tender Kerja - Kerja Perkhidmatan Pembersihan Awam di Kawasan Majlis Perbandaran Sepang

TarikhMulaKerja

Tempoh Jualan

Dokumen

BilikTender

Tarikh Tutup

KDEBWM/MPSP/PSP-32-1/09/2019: ZON PSP32

Perkhidmatan Pembersihan Awam di Jalan Barat 3 Dan 4, Jalan Selatan 2,4 dan 6 D`island, Taman Desiran Bayu Fasa 1,2 dan 3, Abadi Heights Solaria, Jalan Meranti Jaya 16 Taman Meranti Jaya, Kawasan IKS dan sekitar seperti di dalam peta.

KDEBWM/MPSP/PSP-33-1/09/2019: ZON PSP33

Perkhidmatan Pembersihan Awam di Taman Saujana KLIA, Jalan IK 3/6 dan 3/7 Taman Indah KLIA, Jalan Idaman Murni 7 Taman Idaman Murni, Jalan SI 8/1 - 8/4 Desa Salak Impian, Jalan SJ 9 Taman Salak Sejati, Jalan SK 6 - 8 Taman Salak Kasturi, Kawasan IKS dan sekitar seperti di dalam peta.

RM200.00 31 Julai & 1 Ogos

2019(9:00am - 5:00pm)

A Sebelum Jam 5:00 Petang 8 Ogos

2019 (Khamis)

Petender perlu melayari laman sesawang “www.kdebwm.com” untuk mendapatkan akses masuk ke dalam sistem tender atas talian dan seterusnya membuat pilihan borang tender mengikut nombor dan nama tender seperti di atas. Slip pilihan tender perlu dicetak dan dibawa semasa membuat pembayaran. Pembayaran bagi setiap set borang tender yang dibeli boleh menggunakan wang tunai yang disertakan dengan Slip Pilihan Tender, Salinan Sijil Pendaftaran KKM, Salinan SSM, Salinan Resit Pendaftaran Kontraktor Selangor yang masih sah dan akses bagi muat turun borang tender akan diberikan mengikut

tempoh masa seperti yang telah ditetapkan di atas di alamat berikut :

IBU PEJABAT KDEB WASTE MANAGEMENT SDN. BHD.ARAS 10, MENARA SERBA DINAMIK,

LOT PRESINT 3.4, PERSIARAN PERBANDARAN, SEKSYEN 14, 40000 SHAH ALAM, SELANGOR DARUL EHSAN

Borang tender yang telah siap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat bermeteri dan ditulis dipenjuru atas sebelah kiri Nombor Tender dan Nama Zon (seperti tertera pada borang tender) dan

dimasukkan ke dalam BILIK TENDER “A” di alamat berikut;

IBU PEJABAT KDEB WASTE MANAGEMENT SDN. BHD.ARAS 10, MENARA SERBA DINAMIK,

LOT PRESINT 3.4, PERSIARAN PERBANDARAN, SEKSYEN 14, 40000 SHAH ALAM, SELANGOR DARUL EHSAN

TEL : 03-5511 4344 / 013-914 1492(U.P : EN AISAR BIN SUKRAN)

Nota: Sila pastikan semua maklumat syarikat dan dokumen sokongan yang dimuat naik telah dilengkapkan di dalam sistem tender atas talian “www.kdebwm.com”. Borang tender yang telah lengkap perlu dihantar sebelum atau pada tarikh tutup dan masa yang telah ditetapkan seperti

di atas bagi mengelakkan tender anda ditolak.

Harga Dokumen

Bagi Setiap Set

1 September 2019

1

2EDARAN DIGITAL

SELANGORKINI

Page 19: Unsur sabotaj punca 20 usahawan tempatan Elizabeth ... · KUALA SELANGOR - Tiga kaki pancing antara yang disyaki menjadi dalang pencemaran Sungai Selangor sehingga me-nyebabkan gangguan

20Pendidikan

SelangorKini 25 - 31 Julai 2019

OLEH ZAREEF MUZAMMIL

SHAH ALAM - Kerajaan Negeri me- wujudkan program Didik Anak Istimewa Selangor (AnIS) bagi membantu mengurangkan kos pendidikan kanak-kanak berkeper-luan khas di pusat intervensi awal, di negeri itu.

Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari berkata, bantuan kewangan dalam bentuk subsidi yuran seba-nyak RM200 akan diberi kepada anak istimewa melalui pembia-yaan terus kepada pusat interven-si terbabit setiap bulan.

Katanya, program digerakkan bersama Majlis Tindakan OKU Selangor menggariskan bebe-rapa panduan dan syarat sebe-lum pusat intervensi berkenaan mendapat kelulusan Jabatan Ke-bajikan Masyarakat (JKM).

BESTARI JAYA - Penuntut Uni-versiti Sela-ngor (UNISEL) terus menikmati kemakmuran pem-bangunan dengan tertubuhnya sebuah kompleks sukan di kam-pus Bestari Jaya, di sini.

Pembukaan kompleks sukan berkenaan disempurnakan Pres-iden dan Naib Canselornya, Prof Dato’ Dr Mohammad Redzuan Othman, pada 15 Julai lalu.

Dr Mohammad Redzuan ber-kata, antara kemudahan tersedia adalah gimnasium, gelanggang

badminton, gelanggang fut-sal, gelanggang bola keran-jang, gelanggang sepak takraw, padang rugbi, padang bola sepak dan trek larian.

“Setiap fasiliti sukan yang di-naik taraf diharap dapat memberi manfaat kepada seluruh warga universiti ini.

“Tahniah kepada semua pihak atas sumbangan yang disalurkan dalam usaha untuk meningkatkan lagi imej kemudahan sukan di uni-versiti ini,” katanya.

Agih subsidi yuran anak keperluan khas

Didik AnIS bantu kurangkan kos

Amirudin menyerahkan replika cek sumbangan RM500,000 kepada Pengerusi Majlis Tindakan OKU Selangor (MTOS), Fahda Nur Ahmad Kamar

UNISEL miliki kompleks sukan baharu

Kumpul pakar laksana projek komuniti

“Kebanyakan yuran untuk me-reka kurang berkemampuan me-mang rendah dan sekolah memberi subsidi kepada anak istimewa me-lalui peruntukan yang akan disa-lurkan Kerajaan Negeri.

“Pusat intervensi awal kanak-kanak berkeperluan khas tidak dapat lari daripada kos seleng-gara tinggi kerana sistem sokon-gan dan peralatan khas dalam menyediakan prasarana lengkap tidak mungkin dapat mengurang-kan bebanan yuran kepada ibu bapa. Jadi subsidi ini, sekali gus dapat menaikkan fasiliti pendidi-kan sekolah,” katanya pada Majlis Apresiasi Anak Istimewa Selangor (AnIS) 2019 di Foyer SUK, di sini, baru-baru ini.

Hadir sama, EXCO Kesihatan, Ke-bajikan, Pemberdayaan Wanita dan Keluarga, Dr Siti Mariah Mahmud;

Pengarah JKM Selangor, Mohamad Hanafi Maulud dan Pengurus Be-sar Yayasan Warisan Anak Selangor, Gan Pei Nei.

Difahamkan sehingga kini, 11 pusat intervensi sudah mengemu-kakan permohonan daripada 152 orang AnIS secara keseluruhan.

Sementara itu, Dr Siti Mariah berkata, pihaknya mahu empat pusat intervensi di setiap Dewan Undangan Negeri (DUN dapat mengambil anak berkeperlu-an khas bagi membolehkan ak-sesibiliti terhadap anak jagaan yang sukar dan jauh dari lokasi mereka.

“Kawasan bandar mudah kita dapat, namun masalah adalah ka-wasan luar bandar kerana mungkin mereka belum mengetahui tetapi kita akan terus cuba sedaya upaya untuk adakan di setiap DUN.

SERDANG - Universiti Putra Ma-laysia (UPM) menyambut baik usahasama Kerajaan Negeri dalam menjadikan universiti itu sebagai rakan strategik pelaksa-naan projek perintis pembangu-nan komuniti.

Timbalan Pengarah Pusat Transformasi Komuniti Univer-siti (UCTC), Prof Madya Dr Faez Firdaus Jesse Abdullah berkata, pihaknya mengumpulkan kepa-karan untuk diterjemahkan ke-pada komuniti melalui program pertanian bandaran dan kesiha-

tan menerusi projek itu.“Objektif projek ini untuk me-

ningkatkan pengetahuan dan kemahiran asas dalam bidang per-tanian khususnya pertanian ban-daran secara mudah guna, rendah bajet, bersih serta selamat.

“Selain itu, ia juga mening-katkan kesedaran keselamatan makanan dan kesihatan me-lalui pembudayaan kitar semula dalam penggunaan organik.

“Selain membentuk jalinan dan kerjasama dalam kalangan komuniti serta agensi. Kita juga

mahu mewujudkan suasana ko-muniti yang cintakan alam seki-tar, kebersihan dan kehijauan,” katanya kepada SelangorKini pada Majlis Perasmian Projek Pe-rintis Komuniti di Dewan Persa-tuan Penduduk pangsapuri PKNS, di sini, baru-baru ini.

Dr Faez berkata, tiga bentuk tumpuan dalam program itu akan dilaksanakan membabitkan laman rumah yang memfokuskan tana-man sayuran, herba dan ulaman.

Manakala, katanya, laman ko-muniti pula termasuk landskap

serta keusahawanan membabit-kan penjualan hasil tuaian dari laman yang diusahakan.

“Kami bersyukur Kerajaan Ne-geri memilih UPM sebagai rakan strategik. Melalui kerjasama ini, kami bawakan segala kepakaran yang ada untuk membantu pen-duduk setempat sebagai tang-gungjawab sosial korporat.

“UPM bersedia membantu jika ia dilebarkan ke kawasan lain. Cuma lebih baik jika komu-niti itu mengajar komuniti lain se-gala yang diajar kepada mereka

nanti,” katanya.Pada masa sama, beliau ber-

kata, projek berkenaan bakal membabitkan kepakaran daripa-da enam fakulti antaranya Fakulti Pertanian, Rekabentuk dan Senibi-na, Perubatan dan Sains Kesihatan serta Taman Pertanian Universiti.

Terdahulu, projek berkenaan akan dilaksanakan di dua ka-wasan iaitu pangsapuri PKNS Seri Kembangan dan Sri Indah yang memfokuskan pembangunan pertanian bandaran serta pen-didikan melalui kesihatan.

Ahli akademik dipelawa menyumbang artikel kepada SelangorKini. Panjang tulisan antara 600 hingga 700 patah perkataan. Sertakan gambar dan biodata ringkas penulis. Artikel terpilih akan disiarkan di akhbar atau portal SelangorKini.

Hantarkan kepada [email protected]

EDARAN DIGITAL

SELANGORKINI

Page 20: Unsur sabotaj punca 20 usahawan tempatan Elizabeth ... · KUALA SELANGOR - Tiga kaki pancing antara yang disyaki menjadi dalang pencemaran Sungai Selangor sehingga me-nyebabkan gangguan

21SelangorKini 25 - 31 Julai 2019

Agama MUAT TURUN

APLIKASIPERCUMA

InformasiTerkinidi jari anda

25 Khamis 5:43 5:53 7:12 1:25 4:48 7:33 8:47 26 Jumaat 5:43 5:53 7:12 1:25 4:48 7:33 8:47 27 Sabtu 5:43 5:53 7:12 1:25 4:48 7:33 8:47 28 Ahad 5:43 5:53 7:12 1:25 4:47 7:33 8:46 29 Isnin 5:43 5:53 7:12 1:25 4:47 7:33 8:46 30 Selasa 5:44 5:54 7:12 1:25 4:47 7:33 8:46 31 Rabu 5:44 5:54 7:12 1:25 4:46 7:33 8:46

25 Khamis 5:41 5:51 7:11 1:23 4:45 7:30 8:44 26 Jumaat 5:41 5:51 7:11 1:23 4:45 7:30 8:44 27 Sabtu 5:41 5:51 7:11 1:23 4:45 7:30 8:44 28 Ahad 5:42 5:52 7:11 1:23 4:45 7:30 8:43 29 Isnin 5:42 5:52 7:11 1:23 4:44 7:30 8:43 30 Selasa 5:42 5:52 7:11 1:22 4:44 7:30 8:43 31 Rabu 5:42 5:52 7:11 1:22 4:44 7:30 8:43

25 Khamis 5:41 5:51 7:11 1:23 4:45 7:30 8:44 26 Jumaat 5:41 5:51 7:11 1:23 4:45 7:30 8:44 27 Sabtu 5:41 5:51 7:11 1:23 4:45 7:30 8:44 28 Ahad 5:42 5:52 7:11 1:23 4:45 7:30 8:43 29 Isnin 5:42 5:52 7:11 1:23 4:44 7:30 8:43 30 Selasa 5:42 5:52 7:11 1:22 4:44 7:30 8:43 31 Rabu 5:42 5:52 7:11 1:22 4:44 7:30 8:43

25 - 31 julai 201922 - 28 zulkaedah1440

MAKKAH - Lembaga Tabung Haji (TH) fokus untuk mencegah sebarang pe-nyakit dalam kalangan jemaah dan giat melaksanakan pelbagai langkah antaranya lawatan bilik ke bilik jemaah bagi merealisasi hasrat itu.

Ketua Unit Kesihatan Awam TH, Dr Johari Awang Besar berkata, se-benarnya ramai jemaah haji sudah mempunyai pengetahuan tentang pencegahan penyakit dan cara men-jaga diri mereka di Tanah Suci, namun jemaah perlu bersikap prihatin serta mengamalkan pengetahuan itu.

“Bagi saya kalau buat pencegahan dengan bercakap kepada jemaah itu kos sangat rendah berbanding merawatnya dan yang penting je-maah kekal dalam keadaan terbaik untuk beribadah di sini jika sakit su-kar untuk mereka beribadah, kita ha-rap jemaah dapat ikut nasihat kita.

“Dalam melaksana langkah pence-gahan dengan lebih berkesan kita akan mengadakan lawatan bilik ke bilik un-tuk memberi nasihat dan membuat pemeriksaan secara terperinci setiap jemaah,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan bilik ke bilik jemaah di sini, pada 21 Julai lalu.

Tahun ini, seramai 30,200 jemaah Malaysia akan melaksanakan ibadah haji dengan lebih 13,000 sudah tiba di sini dan Madinah, dibantu 640 petu-gas TH.

Dr Johari berkata, pasukannya de-ngan kekuatan empat petugas tetap

bersama bantuan petugas perubatan lain juga akan bertindak mengenal pasti jemaah haji yang berisiko de-ngan kerjasama klinik dan maktab penginapan

“(Jemaah) berisiko 35 dikenal pas-ti (masa ini) dan kita akan sentiasa kemas kini bila kenal pasti jemaah berisiko lain. Jemaah berisiko ini lay-ak datang ke sini tetapi dalam rekod kesihatannya mempunyai diagnosis penyakit seperti pesakit buah ping-gang perlu rawatan hemodialisis.

“Jemaah ini kita kena beritahu dan

periksa supaya mereka makan ubat. Kita juga kena nasihat supaya tidak terlalu agresif ketika berada di sini se-hingga menjejaskan kesihatan me-reka,” kata Pakar Perubatan Kesihatan Awam itu.

Beliau berkata, jemaah dalam ke-sihatan yang membimbangkan akan dipindahkan ke Pusat Rawatan TH Syi-syah di sini untuk rawatan lanjut dan jika memerlukan bantuan perubatan yang lebih kompleks seperti pembe-dahan akan dibawa ke Hospital Arab Saudi. -BERNAMA

SHAH ALAM - Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, Sul-tan Sharafuddin Idris Shah berkenan melantik Dato’ Bakhtiar Hussin sebagai Pengerusi Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) yang baharu.

YIDE dalam kenyataan ber-kata, lantikan Bakhtiar yang juga mantan Setiausaha Maj-lis Agama Negeri Selangor itu berkuat kuasa, pada 16 Julai lalu.

Katanya, Bakhtiar mempu-nyai pengalaman luas sebagai pentadbir di Selangor ser-ta mempunyai pengalaman menerajui MAIS sebagai Se-tiausaha bermula 2014 hing-ga 2018.

“Antara lain, beliau turut pernah memegang jawatan

sebagai Pegawai Daerah Klang dari 2006 hingga 2013 dan Ketua Pengarah Setiausaha pejabat Dewan Undangan Ne-geri Selangor dari 2001 hingga 2006.

“Hubungan baik Bakhtiar bersama syarikat berkaitan ke-rajaan (GLC) dan syarikat korporat yang lain akan memberi impak kepada YIDE untuk disalurkan kepada golongan sa-sar seperti anak yatim, pesakit hemodialisis dan mangsa musibah,” kata kenyataan itu.

Pelantikan itu dibuat bagi menggantikan Dato’ Setia Mo-hamad Adzib Mohd Isa yang tamat tempoh perkhidmatan sebagai Pengerusi YIDE.

YIDE adalah sebuah agensi dibawah MAIS yang diper-tangungjawabkan menjalankan aktiviti kebajikan di Se-langor.

DENGKIL - Lembaga Zakat Sela- ngor (LZS) akan mempertimbangkan bantuan bagi membaik pulih Surau Al-Iman, Taman Dengkil Jaya, di sini, yang musnah dalam kebakaran, pada

LZS segerakan bantuan surau terbakar20 Julai lalu.

Jurucakap Operasi Agihan LZS, Aizul Zaki berkata, bantuan seperti permaidani dan peralatan PA System, rehal serta sejadah akan diberikan

Giat lawat jemaah bilik ke bilik

Tabung Haji fokus cegah penyakit

Bakhtiar Hussin pengerusi baharu YIDE

Keprihatinan tentang pengetahuan pencegahan penyakit dan cara men-jaga diri penting untuk jemaah haji

mengikut keperluan surau terbabit.“Hasil siasatan dan ziarah mendapa-

ti hampir 70 peratus struktur surau musnah dalam kebakaran terbabit membabitkan bumbung, ruang so-lat utama dan kawasan stor. Tiada ke-malangan jiwa di laporkan,” katanya dalam kenyataan.

Surau yang beroperasi sejak tahun 2000 dan mampu memuatkan 700 je-maah musnah terbakar kira-kira jam 2.30 petang.

Hasil siasatan mendapati keba-karan berpunca daripada stok meny-impan sejadah, namun punca sebenar masih disiasat termasuk anggaran kos kerugian.

Buat masa ini, beberapa khemah didirikan di hadapan tempat letak kereta sebagai surau sementara un-tuk kegunaan jemaah.

Orang ramai yang ingin mem-bantu boleh menghubungi Abdul Samad di talian 011-28535540 atau terus menyumbang menerusi akaun 8602812328 (CIMB) atas nama Surau Al-Iman Taman Dengkil Jaya.

EDARAN DIGITAL

SELANGORKINI

Page 21: Unsur sabotaj punca 20 usahawan tempatan Elizabeth ... · KUALA SELANGOR - Tiga kaki pancing antara yang disyaki menjadi dalang pencemaran Sungai Selangor sehingga me-nyebabkan gangguan

22Kebajikan

SelangorKini 25 - 31 Julai 2019

OLEH NADIAH ZAMLUS

SHAH ALAM - Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS) sudah membentangkan Laporan Ke-tua Audit Negara 2018 dalam Me-syuarat Ahli Lembaga Pemegang Amanah untuk kelulusan dan tin-dakan selanjutnya.

Pengurus Besarnya, Gan Pei Nei berkata, kesemua penemuan, cadangan daripada laporan serta pelan penambahbaikan juga su-dah dimaklumkan dalam mesyua-rat terbabit.

Katanya, YAWAS mengambil maklum akan kelemahan yang dinyatakan dalam laporan audit terbabit dan sedang mengambil

PUCHONG - Pertubuhan badan bukan kerajaan Islam (NGO-i) Sahabat Hospi-tal dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menyantuni pesakit ‘Human Im-munodeficiency Virus’ (HIV), di Rumah Perlindungan HIV Muslim Darul Ukhwah, di sini, baru-baru ini.

Wakil Sahabat Hospital, Mohd Basori Umar berkata, program ziarah itu bertu-juan menyelami pengalaman penghidap HIV selain melihat sendiri aktiviti dilaku-kan penghuni di situ.

Beliau kagum dengan suasana dan amalan dilaksanakan penghuni di rumah perlindungan terbabit kerana mereka didedahkan dengan ibadah serta aja-ran Islam.

“Program ziarah ini sedikit sebanyak membuka mata kita, malahan mereka sangat beruntung apabila masih diberi peluang untuk kembali ke pangkal jalan.

“Jadi, lawatan kali ini kami mengam-bil kesempatan untuk mendekati mereka kerana golongan ini sebenarnya memer-lukan sokongan,” katanya selepas sesi pe-nyerahan sumbangan kepada penghuni

SHAH ALAM - Lemba-ga Zakat Selangor (LZS) menyantuni seorang mangsa Orang Ke-lainan Upaya (OKU) mental yang menga-lami tragedi kebakaran rumah di Kampung Kuala Sungai Baru.

LZS melalui kenyataan di Face-book memaklumkan, pihaknya

yang diwakili Pegawai Operasi Agihan Zakat

Petaling, Zaheer Zainal, menziarahi keluarga terbabit, pada 16 Ju-

lai lalu.Katanya, LZS memberi-

kan bantuan zakat berben-tuk wang tunai berjumlah RM500 yang diserahkan kepada wakil yang juga abang kandung mangsa.

Laporan Ketua Audit Negara

YAWAS tunggu kelulusan lembaga pengarahlangkah bersesuaian.

“Ia termasuk menambah baik prosedur operasi standard serta mekanisme kawalan dalaman bagi meningkatkan prestasi YAWAS.

“Kami sentiasa komited me-nambahbaik amalan tadbir urus korporat yang telus dan efektif seiring dengan visi syarikat untuk

menjadi sebuah yayasan terso-hor dalam pengurusan kebajikan anak serta warga Selangor,” ka- tanya dalam kenyataan.

Terdahulu Laporan Ketua Au-dit Negara 2018 Siri 1 mendapa-ti pengauditan terhadap aspek tadbir urus korporat YAWAS kurang memuaskan dan beberapa

penambahbaikan diperlukan se-laras dengan amalan terbaik kor- porat.

Selain itu, bagi program Insen-tif Perkahwinan Belia terdapat kelemahan dalam pengurusan membabitkan tempoh bayaran insentif kepada pemohon yang berjaya.

Sahabat Hospital, JAIS santuni pesakit HIV

LZS serah bantuan mangsa rumah terbakar“Alhamdulillah mangsa selamat

dan hanya sebahagian rumah ter-bakar.

“Selain itu, bantuan sumbangan musibah kebakaran akan dipro-ses selepas LZS menerima doku-men diperlukan (laporan polis dan bomba),” katanya.

Difahamkan, tragedi keba-karan rumah itu berlaku, pada 14 Julai lalu.

rumah terbabit.Pada majlis sama, Sahabat Hospital dan JAIS

berkesempatan memberikan sedikit sumba-ngan berupa barangan asas kepada 37 peng-huni rumah terbabit.

Pada masa sama, Mohd Basori berkata, la-watan kedua itu sebahagian daripada kerja dakwah dilaksanakan pertubuhannya setiap tahun.

Rumah Perlindungan HIV Muslim Darul Ukh-wah mula ditubuhkan pada 2009 oleh pen- dakwah terkenal, Muhammad Abdullah Al Amin, sejurus melihat ketidakwujudan pusat perlindungan khas kepada pesakit HIV muslim.

Program ziarah ini sedikit sebanyak membuka mata kita, malahan mereka sangat beruntung apabila masih diberi peluang untuk kembali ke pangkal jalanMOHD BASORI UMARWakil Sahabat Hospital

Mohd Basori (kanan) menyampaikan cenderahati kepada pengasas Rumah Perlindungan HIV Muslim Darul Ukhwah, Ustaz Muhammad Abdullah Al Amin

Gan Pei Nei

EDARAN DIGITAL

SELANGORKINI

Page 22: Unsur sabotaj punca 20 usahawan tempatan Elizabeth ... · KUALA SELANGOR - Tiga kaki pancing antara yang disyaki menjadi dalang pencemaran Sungai Selangor sehingga me-nyebabkan gangguan

23SelangorKini 25 - 31 Julai 2019

Sukan MUAT TURUN

APLIKASIPERCUMA

InformasiTerkinidi jari anda

Sahabat Hospital, JAIS santuni pesakit HIV

SHAH ALAM - Kejohanan Sukan Se-langor (SUKSES) ke-13 yang bakal berlangsung, di Sepang, pada 22 Ju-lai hingga 10 Ogos ini menjadi me-dan pemilihan atlet ke Sukan Malaysia (SUKMA) 2020.

EXCO, Pembangunan Genera-si Muda dan Sukan dan Pembangu-nan Modal Insan, Mohd Khairuddin Othman berkata, mempertanding-kan sukan seperti SUKMA, kejohanan itu turut mengambil kira penyertaan sembilan daerah di Selangor.

“Kali ini Sepang dipilih sebagai lo-kasi sempena Tahun Melawat Sepang 2020.

“Lapan jenis sukan yang dipilih pada edisi ke-13 ini adalah badminton, bo-ling padang, memanah, olahraga, pen-tanque, sepak takraw, bola keranjang dan tenpin boling,” katanya.

Beliau berkata demikian pada si-dang media di Majlis Sukan Negeri (MSN) Selangor, Kompleks Belia dan Kebudayaan, di sini, baru-baru ini.

Mohd Khairuddin berkata, kejoha-

nan dwi tahunan itu menawarkan 308 pingat membabitkan 117 acara de- ngan 1,800 atlet dijangka akan berkampung di Sepang.

“Selain acara utama, perlawanan persahabatan bola sepak membabit-kan pasukan pilihan MSN menentang pasukan pilihan PBT/MSD turut diada-kan di Padang Sintetik Majlis Perban-daran Sepang, jam 8 malam, pada 9 Ogos ini,” katanya.

Edisi lalu menyaksikan daerah Pe-taling muncul juara keseluruhan.

Khairuddin bersama wakil Majlis Sukan Negeri Selangor memperagakan trofi sempena sidang media Kejohanan Sukan Selangor ke-13

KUALA LUMPUR - Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) me-nyasarkan skuad Bawah 19 (B-19) negara untuk mara ke aksi final Ke-juaraan B-19 Konfede-rasi Bola Sepak ASEAN (AFF) di Vietnam yang ber-mula perten-gahan bulan hadapan.

Kejuaraan B-19 Konfederasi Bola Sepak ASEAN (AFF)

FAM sasar pentas finalSasaran kita adalah pasukan ini layak ke pusingan akhir AFC B-19 2020 dan kita harap pasukan ini akan mempamerkan aksi terbaik pada aksi AFF B-19 nanti

Presiden FAM, Datuk Hami-din Mohd Amin berkata, skuad berkenaan perlu mara ke final bagi mencerahkan peluang layak beraksi pada Kejuaraan B-19 Kon-federasi Bola Sepak Asia (AFC) 2020, namun AFC masih belum mengumumkan tuan rumah ke-johanan dwitahunan tersebut.

“Sasaran kita adalah pasukan ini layak ke pusingan akhir AFC B-19 2020 dan kita harap pasu-kan ini akan mempamerkan aksi terbaik pada aksi AFF B-19 nan-ti,” katanya pada sidang media selepas sesi santai media ber-sama Presiden FAM, di sini, pada 18 Julai lalu.

Dalam pada itu, Hamidin tu-rut mengumumkan ahli EXCO FAM yang baharu, Datuk Kama-rul Ariffin Mohd Shahar, dilantik sebagai pengurus skuad B-19 ke

kejohanan di Vietnam nanti.Beliau pada masa sama, yakin

dengan kemampuan pengurus pasukan Polis Diraja Malaysia itu membantu membimbing pe-main muda negara pada kejo-hanan berkenaan.

Sementara itu, Kamarul Ariffin yang ditemui pemberita berka-ta, beliau bersedia menggalas tanggungjawab yang diama-nahkan oleh badan induk itu ke-padanya, sambil memaklumkan, akan mengadakan perjumpaan dengan barisan pemain skuad B-19 negara dan pengendali pa-sukan, Brad Maloney, hari ini (18 Julai).

“Saya ucapkan terima kasih kepada Datuk Hamidin kerana beri kepercayaan untuk me- ngurus pasukan B-19 dan Insya-Allah, saya akan mencurahkan

segala keringat juga pengala-man saya untuk pasukan ini,” jelasnya.

Malaysia berhadapan laluan sukar pada edisi ke-17 kejohanan berkenaan, selepas diundi me-nentang juara lima kali, Thailand serta juara empat kali, Australia dalam saingan kumpulan B, ber-sama tiga pasukan lain iaitu Kem-boja, Singapura dan tuan rumah Vietnam.

Enam pasukan pula akan bersaing dalam kumpulan A iai-tu Myanmar, Indonesia, Laos, Timor-Leste, Filipina dan Bru-nei Darussalam pada kejohanan berkenaan.

Untuk rekod, Malaysia muncul juara buat julung kalinya, selepas mengalahkan Myanmar 4-3 pada aksi final edisi 2018 di Indonesia. -BERNAMA

KUALA LUMPUR - Malaysia tidak boleh memandang mudah saingan Kumpulan G kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 walaupun kumpulan itu disi-fatkan umpama ‘pesta ASEAN’ apabila empat daripa-da lima negara di dalamnya terdiri daripada negara dalam kelompok Asia Tenggara.

Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, tiga negara jiran dalam kumpulan itu (Indonesia, Vietnam dan Thailand) mempunyai kekuatan masing-masing walaupun skuad Harimau Malaya pernah menang dalam pertembungan de-ngan setiap mereka, namun pernah juga tewas.

“Ia bagaikan fiesta ASEAN, tapi kita tidak boleh am-bil perkara ini dengan mudah. Pasukan dari negara ASEAN ini agak kuat dan kita pernah berentap sebe-lum ini. Ada yang menang, ada kalah.

“Pada masa sama walaupun tidak boleh am-bil mudah, tapi alhamdulillah. Banyak penyokong berpendapat yang sama,” katanya kepada pembe- rita selepas melawat Pusat Perubatan Sukan Negara (PPSN) di Institut Sukan Negara (ISN), di sini, baru-baru ini.

Berdasarkan keputusan 17 Julai lalu, skuad kebang-saan bimbingan Tan Cheng Hoe itu diundi untuk ber-saing dalam Kumpulan G yang disertai Indonesia, Vietnam, Thailand dan Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Dalam perkembangan lain, Syed Saddiq berkata, bakal Pesuruhjaya Sukan Malaysia, Dr Wirdati Mohd Radzi, akan memulakan tugas rasminya sebaik sa-haja beliau mendapat pelepasan daripada Universiti Malaya (UM).

“Dia adalah salah seorang pensyarah kanan di UM. Jadi, dia perlu melalui proses di mana UM perlu me-lepaskannya dan JPA perlu mengesahkan.

“Semua masih dalam proses. Kalau ikutkan, saya memang mahu dia mulakan tugas dua minggu lepas lagi,” katanya.

Dr Wirdati, Pensyarah Sukan UM diumumkan se-bagai Pesuruhjaya Sukan yang baharu bagi meng-gantikan Datuk Zaiton Othman yang bersara, pada Mac lalu. -BERNAMA

Jangan ambil mudah saingan tiga negara

SUKSES medan atlet ke SUKMA ����

EDARAN DIGITAL

SELANGORKINI

Page 23: Unsur sabotaj punca 20 usahawan tempatan Elizabeth ... · KUALA SELANGOR - Tiga kaki pancing antara yang disyaki menjadi dalang pencemaran Sungai Selangor sehingga me-nyebabkan gangguan

Diterbitkan oleh Kerajaan Negeri Selangor Darul EhsanDicetak oleh NAJ Press Resources (M) Sdn. Bhd., Lot 19, Jalan Lada Hitam 16/12, 40200 Seksyen 16, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan. Tel : 03-5519 6373 Faks : 03-5512 7985

OLEH AFIX REDZUAN

SHAH ALAM - Karnival Sukan Badan Berkanun (SUKANUN) menjadi landasan terbaik untuk kakitangan dan ahli Persatuan Badan Berkanun Malaysia (PBBM) menilai bakat bagi diketengah-kan ke peringkat lebih tinggi.

Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari berkata, dengan semangat kesukanan yang tinggi, ia juga akan menjadi asas bagi mening-katkan keharmonian dalam ka-langan atlet selaras dasar sukan negara untuk membentuk ma-syarakat aktif, sihat dan cergas.

“Bermula pada peringkat ini,

atlet yang berbakat perlu dike-tengahkan dan diberi pendeda-han latihan serta penyertaan di dalam kejohanan di peringkat lebih tinggi.

“Saya berharap kejohanan ini akan dapat melahirkan jaguh pelapis yang mampu menyum-bang ke arah kecemerlangan su-kan negara, pada masa hadapan,” katanya.

Beliau berkata demikian keti-ka menyampaikan ucapan peras-mian SUKANUN 2019 di Stadium UiTM Kampus Shah Alam, pada 22 Julai lalu.

Amirudin berkata, pengan-juran karnival sukan itu juga

membuka peluang kepada sek-tor pelancongan dan Kerajaan Negeri sentiasa memberi soko-ngan pada setiap program sukan baik di peringkat negeri, negara juga antarabangsa.

SUKANUN 2019 anjuran PBBM dengan kerjasama UiTM, Majlis Bandaraya Shah Alam, Majlis Per-bandaran Klang dan Majlis Per-bandaran Subang Jaya, bermula 19 hingga 26 Julai ini.

Sukan dwitahunan itu mem-pertandingkan 23 acara Bola Sepak 9 Sebelah Terbuka dan Veteran; Bola Jaring; Badminton Berpasukan; Olahraga, Futsal dan Ping-pong Berpasukan.

Akademi Bola Sepak Seri Pristana gilap bakat mudaSHAH ALAM - Akademi Bola Sepak Seri Pristana (ABSP) lan-dasan terbaik untuk mendidik kanak-kanak seawal usia lima sehingga 12 tahun mengenali, sekali gus mencintai sukan bola sepak.

Ketua Jurulatih ABSP, Khairun Haled Masrom berkata, pada usia sebegitu kemenangan bu-kan pokok utama sebaliknya pengenalan kepada peserta ter-hadap teknik asas dalam bola sepak seperti cara menendang.

Katanya, walau ia agak men-cabar tetapi kesabaran yang

tinggi perlu ada memandang-kan mereka masih di awal usia, namun perkara penting adalah dengan mengajar asas sukan

terbabit dan membuatkan me-reka cintai bola sepak.

“Saya amat memuji inisiatif Sekolah Kebangsaan Seri Prista-

na membuka akademi yang se-dikit sebanyak memberi peluang kepada kanak-kanak berminat menceburi sukan bola sepak ini.

“Malah, ia bukan sahaja ter-buka kepada pelajar sekolah mereka tetapi turut dibuka un-tuk pelajar sekolah sekitar Se-langor yang berminat untuk menyertai. Pada masa sama, mereka boleh saling kenal an-tara satu sama lain,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas ditemui SelangorKini pada ABSP Skill Test and Pa-renting Talk 2.0 di Akademi Bola

Sepak Merah Kuning, Persiaran Mokhtar Dahari, di sini, baru-baru ini.

Pada masa sama, Khairun Haled yang juga bekas pemain kebangsaan berkata, ibu bapa perlu elakkan memberi anak tekanan sebaliknya perlu me-nyokong apa sahaja yang me-reka minati.

Sementara itu, ibu salah seorang peserta, Hazimah Mohd Jamal, 33 berkata, beliau menyo-kong minat anaknya dan bersyu-kur kerana pencapaian sukan ser-ta akademik sentiasa seimbang.

SUKANUN 2019

Ketengah bakat atlet ke peringkat lebih tinggi

Berlangsung di Shah Alam, Subang Jaya dan Klang, acara perasmian SUKANUN edisi ke-11 dimulakan dengan Perbarisan Lintas Hormat semua 63 agensi kerajaan di bawah PBBM yang bertanding.

Sempena upacara pembu-kaan dan nyalaan obor kejo- hanan, Tourism Malaysia me-menangi perbarisan terbaik dan membawa pulang wang tunai RM1,000 serta hamper sumba-ngan Nestle.

SUKANUN 2019 anjuran PBBM dengan kerjasama UiTM, Majlis Bandaraya Shah Alam, Majlis Perbandaran Klang dan Majlis Perbandaran Subang Jaya, bermula 19 hingga 26 Julai

EDARAN DIGITAL

SELANGORKINI