UNTUK AHLI SAHAJA MELAYU TETAP BERSAMA DAP fileJUN 2011 ROKET Fitnah UMNO ... Sebagai contoh, Haji...

8
JUN 2011 www.therocket.com.my [email protected] KDN PP11732/12/2011(026940) PERCUMA UNTUK AHLI SAHAJA A MARAN Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya orang Melayu tidak terpedaya dengan DAP menunjukkan beliau langsung tidak berwibawa dan bersikap remeh, kata Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang. Beliau berkata, kenyataan itu ternyata satu pembohongan, menunjukkan betapa tidak berilmunya Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden UMNO yang sanggup berbohong dan menfitnah demi kepentingan politik. Pada 24 Mei lalu, Naib Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi turut memberi amaran agar Melayu tidak terperangkap dengan hajat besar DAP yang kononnya mahu memerintah Malaysia. Kit Siang menjelaskan sejak pilihan raya pertama yang disertai DAP pada 1969, DAP telah meletakkan seorang calon Melayu untuk Parlimen, dan sembilan calon DUN yang merangkumi Johor, Negeri Sembilan, Selangor dan Perak. Malah, DAP sentiasa meletakkan calon Melayu dalam semua PRU yang ditandinginya sejak lebih 40 tahun lalu. Sejak 1969, enam pemimpin Melayu DAP telah memenangi pilihan raya termasuk Allahyarham Ahmad Nor yang menang Parlimen Bayan Baru (1990-1995) di Pulau Pinang. “Ini adalah bukti kukuh bahawa kita mempunyai Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden Umno yang langsung tak ada standard dan tak ada class,” tegas Kit Siang. Beliau turut mencabar Muhyiddin dan Zahid menamakan ahli parlimen atau menteri UMNO sekarang ini yang sanggup menyuarakan kebenaran sehingga disumbat ke dalam penjara untuk mempertahankan kebenaran kaum Melayu, seperti yang pernah dilakukan oleh pemimpin DAP. Kit Siang juga menggesa agar semua rakyat Malaysia menyoal kembali sebahagian pemimpin UMNO yang mengeluarkan kenyataan membabi-buta tanpa fakta sahih. “Semua rakyat Malaysia, sama ada Melayu, Cina, India, Kadazan, Iban, Orang Asli dan lain-lain patut menyoal kenapa pemimpin UMNO seperti Muhyiddin dan Zahid Hamidi takut dengan usaha DAP untuk mendapat sokongan Melayu,” katanya. Hati-hati fitnah UMNO MELAYU TETAP BERSAMA DAP

Transcript of UNTUK AHLI SAHAJA MELAYU TETAP BERSAMA DAP fileJUN 2011 ROKET Fitnah UMNO ... Sebagai contoh, Haji...

JUN 2011 www.therocket.com.my [email protected] KDN PP11732/12/2011(026940) PERCUMA

UNTUK AHLI SAHAJA

AMARAN Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya orang Melayu tidak terpedaya

dengan DAP menunjukkan beliau langsung tidak berwibawa dan bersikap remeh, kata Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang.

Beliau berkata, kenyataan itu ternyata satu pembohongan, menunjukkan betapa tidak berilmunya Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden UMNO yang sanggup berbohong dan menfitnah demi kepentingan politik.

Pada 24 Mei lalu, Naib Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi turut memberi amaran

agar Melayu tidak terperangkap dengan hajat besar DAP yang kononnya mahu memerintah Malaysia.

Kit Siang menjelaskan sejak pilihan raya pertama yang disertai DAP pada 1969, DAP telah meletakkan seorang calon Melayu untuk Parlimen, dan sembilan calon DUN yang merangkumi Johor, Negeri Sembilan, Selangor dan Perak.

Malah, DAP sentiasa meletakkan calon Melayu dalam semua PRU yang ditandinginya sejak lebih 40 tahun lalu.

Sejak 1969, enam pemimpin Melayu DAP telah memenangi

pilihan raya termasuk Allahyarham Ahmad Nor yang menang Parlimen Bayan Baru (1990-1995) di Pulau Pinang.

“Ini adalah bukti kukuh bahawa kita mempunyai Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden Umno yang langsung tak ada standard dan tak ada class,” tegas Kit Siang.

Beliau turut mencabar Muhyiddin dan Zahid menamakan ahli parlimen atau menteri UMNO sekarang ini yang sanggup menyuarakan kebenaran sehingga disumbat ke dalam penjara untuk mempertahankan kebenaran

kaum Melayu, seperti yang pernah dilakukan oleh pemimpin DAP.

Kit Siang juga menggesa agar semua rakyat Malaysia menyoal kembali sebahagian pemimpin UMNO yang mengeluarkan kenyataan membabi-buta tanpa fakta sahih.

“Semua rakyat Malaysia, sama ada Melayu, Cina, India, Kadazan, Iban, Orang Asli dan lain-lain patut menyoal kenapa pemimpin UMNO seperti Muhyiddin dan Zahid Hamidi takut dengan usaha DAP untuk mendapat sokongan Melayu,” katanya.

Hati-hati fitnah UMNOMELAYU TETAP BERSAMA DAP

2JUN 2011 ROKET Fitnah UMNO terhadap DAP

Fitnah dan budaya Melayu

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin,

sebagaimana yang dipetik oleh laporan Bernama, “mengingatkan orang Melayu supaya tidak terpedaya dengan helah DAP yang didakwa bercadang meletakkan calon-calonnya di kalangan orang Melayu pada pilihan raya umum akan datang”.

Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden UMNO menambah: “Tindakan DAP itu hanya untuk mengabui orang Melayu kerana hakikat sebenarnya ia adalah sebuah parti cauvinis yang tidak pernah memperjuangkan nasib orang Melayu. Saya hendak ingatkan orang Melayu, inilah parti (DAP) yang paling cauvinis. Dia berkata dia berjuang untuk Malaysian Malaysia tetapi sejarah perjuangan DAP dari dulu hingga sekarang saya tahu terlalu cauvinistik.”

Berikut adalah fitnah-fitnah Muhyiddin dan jawapan-jawapan terhadap tuduhan liar berkenaan.

FITNAH: DAP parti cauvinisJAWAPAN: Dengan hentam keromo, beliau menggunakan istilah “cauvinis” yang antara maksudnya semangat berpuak yang keterlaluan atau assabiyah dalam bahasa Arab yang bermaksud fanatik terhadap

kaum atau puak sendiri dalam membenarkan kezaliman.Tidak ada sebarang bukti jelas untuk menunjukkan DAP sebagai parti pelbagai kuam adalah parti cauvinis. Yang jelas UMNO, MCA dan MIC adalah parti-parti kaum (di mana kaum lain dilarang menyertai parti itu) yang boleh dianggap sebagai parti cauvinis, mengikut tafsiran Muhyiddin.Dalam desakan dan tuntutan UMNO melalui gagasan Ketuanan Melayu serta penggunaan media arus perdana untuk menakut-nakutkan rakyat, boleh dinilai siapa yang “cauvinis” dalam erti kata sebenar.

FITNAH: DAP tidak pernah meletakkan calon Melayu sebelum iniJAWAPAN: Jelas Muhyiddin menganggap rakyat, khususnya orang Melayu buta sejarah dan akan percaya bulat-bulat fitnah itu, kerana DAP sejak penubuhannya pada 1966 bukan sahaja telah meletakkan calon-calon Melayu dan kaum-kaum lain tetapi juga para perwakilan telah banyak kali memilih pemimpin Melayu untuk menduduki Jawatankuasa Pusat parti.Sebagai contoh, Haji Ibrahim Singgeh pernah menjadi wakil rakyat DAP bagi kawasan DUN Tapah Road (sekarang Air Kuning)

di Perak pada pilihan raya 1969. Allahyarham juga pernah menjadi Timbalan Setiausaha Agung DAP. Calon wanita Melayu DAP Zaharah Ibrahim juga pernah bertanding melawan Menteri Besar Perak Tan Sri Ghazali Jawi bagi Dun Kenering walau pun tewas.Anatara nama-nama besar pemimpin Melayu DAP adalah Mohd Nor Jettey sebagai antara mereka yang terawal bersama parti, Daing Ibrahim Othman, Salleh Nakhoda, Fadzlan Yahya, Mohd Asri Othman, Ahmad Nor, Ahmad Ton, Tunku Abdul Aziz dan ramai lagi.

FITNAH: DAP tak pernah memperjuangkan (hak) Melayu, malah hanya mempertikaikan (dasar membantu orang Melayu)JAWAPAN: Tanpa perlu menghurai panjang tuduhan-tuduhan seperti itu yang dimulakan sejak 1966 lagi, pendirian DAP ialah memperjuangkan hak semua kaum termasuk Melayu dan DAP hanya mempertikaikan dasar-dasar yang membantu pemimpin dan kroni-kroni UMNO. DAP tidak rela melihat Melayu (dan kaum-kaum lain) diperdaya oleh para pemimpin mereka yang sendiri yang meniupkan semboyan kaum tetapi membolot hak dan kekayaan untuk diri dan keluarga mereka sahaja.

Secebis kenangan, Lim Guan Eng terpaksa merengkok di penjara kerana membela nasib seorang gadis Melayu yang didakwa dianiaya oleh seorang pemimpin UMNO. Adakah itu caranya UMNO memperjuangkan Melayu atau apa ertinya pengorbanan Guan Eng yang memilih landasan politik keadilan untuk semua kaum?

FITNAH: DAP adalah sebuah parti perkauman berbanding parti-parti lain, “ada rekod dan sejarahnya, memang begitulah” JAWAPAN: DAP tidak memperjuangkan ketuanan kaum, DAP tidak berat sebelah pada mana-mana kaum dan DAP tidak mendiskriminasikan mana-mana kaum atau individu berasaskan warna kulit atau kepercayaan agama. Semuanya jelas dalam Perlembagaan DAP yang menjadi amalan politik setiap anggota parti.Dalam soal “sejarah”, penguasaan UMNO dan BN menyebabkan “sejarah” di negara ini ditulis mengikut kehendak kerajaan pusat, dan tiada ruang media bebas dibuka untuk perbincangan serius yang berasaskan fakta dan maklumat benar. Jika DAP adalah “parti perkauman”, bagaimana status dan amalan UMNO, MCA dan MIC yang jelas hanya mementingkan

satu kaum sahaja, malah mengharamkan penyertaan ahli dari kaum-kaum lain.

FITNAH: “…sejarah telah membuktikan bahawa DAP tidak pernah memperjuangkan nasib semua kaum berbanding Barisan Nasional yang telah lama memperjuangkannyaJAWAPAN: Setiap rakyat prihatin ingin tahu di mana bukti-bukti sejarah dari semua pihak dan semua peringkat untuk membuktikan dakwaan yang dibuat secara sembarangan itu. Jika “sejarah” ditulis mengikut propaganda sendiri untuk memburukkan orang lain, maka itu tidak layak dijadikan bahan bukti. Dengan adanya negeri-negeri Pakatan sekarang, rakyat boleh menilai sendiri prestasi amalan cekap, telus dan akauntabel DAP bersama PAS dan PKR dalam pentadbiran bersih di Kedah, Kelantan, Selangor dan Pulau Pinang yang menjaga kebajikan semua kaum.Rakyat mampu menilai sama ada pentadbiran dan penjagaan kebajikan rakyat di Kedah, Kelantan, Selangor dan Pulau Pinang itu adalah lebih baik, atau lebih buruk atau setara dengan Perlis, Perak, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Terengganu, Sabah dan Sarawak yang berada di bawah pemerintahan BN.

APA itu fitnah?

Tiga ahli panel yang mewakili parti politik Melayu serta seorang cendekiawan agama telah mengemukakan pandangan mereka dalam soal yang telah memporakperandakan politik negara.

Menurut bekas Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin, fitnah adalah satu suasana kekacauan, keadaan yang kucar-kacir atau krisis yang menghuru-harakan keharmonian kaum, bangsa dan negara.

“Punca fitnah boleh didorong oleh keinginan seseorang atau puak untuk memonopoli kuasa bagi menumpaskan lawan politiknya,

malah unsur pengkhianatan dan rasuah menjadi elemen yang sangat penting terjadinya fitnah,” katanya dalam forum ‘Fitnah – ancaman umat akhir zaman’ di Auditorium Kumpulan Media Karangkraf di Shah Alam, Selangor pada 31 Mei lalu.

Dr Asri yang menjadi salah seorang ahli panel dalam forum itu menyatakan bahawa mendedahkan keaiban seseorang juga akan mendorong berlakunya fitnah kerana ia adalah salah satu dari perbuatan tercela dalam amalan budaya dan agama.

Seorang lagi ahli panel Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaludin pula mengaitkan contoh fitnah yang didakwanya dilakukan oleh

Pakatan Rakyat terhadap institusi kerajaan dan UMNO. “Budaya fitnah bukanlah dimulakan atau dimonopoli oleh UMNO,” katanya.

Ahli panel Ketua Pemuda PAS Nasrudin Hassan memberi contoh-contoh fitnah yang berkisar tentang keadaan seseorang atau kumpulan yang menjadikan fitnah sebagai satu senjata paling jahat untuk menewaskan seteru mereka. Beliau menganggap bahawa budaya politik hari ini didominasi oleh budaya fitnah yang berkembang biak tanpa ada kawalan atau usaha untuk

menanganginya.

Terdapat beberapa persoalan yang dibangkitkan oleh penonton, antara yang menarik perhatian ahli panel adalah isu yang berkaitan dengan akhbar. Ramai yang berpendapat bahawa media juga menjadi salah satu alat menyebarkan fitnah.

Khairy apabila ditanya menjawab bahawa prinsip media massa harus lebih jelas dan bertanggungjawab – walau pun beberapa pemerhati forum melihat kenyataannya bertentangan dengan amalan kerajaan UMNO dan BN.

Malah ketiga-tiga ahli panel menyatakan bahawa kesemua media cetak atau elektronik termasuk dari media pembangkang harus berakauntabiliti dan bebas tanpa mengikut telunjuk ahli politik.

3JUN 2011ROKET

Jangan percaya janji BN kekal harga: Guan Eng

GEORGETOWN: Rakyat Malaysia diingatkan supaya tidak termakan dengan janji kerajaan

bahawa harga RON95, diesel dan gas petroleum cecair (LPG) akan dikekalkan, kata Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.

Ini kerana Barisan Nasional (BN) akan mengadakan pilihan raya umum dalam masa terdekat dan kenaikan harga akan dilihat sebagai menguntungkan penjana kuasa bebas (IPP).

Beliau yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang berkata, tindakan kerajaan tidak menaikkan harga sekarang juga disebabkan BN takut dengan kekuatan Pakatan Rakyat.

“PR berkemampuan untuk menggerakkan rakyat dalam usaha membantah kenaikan harga barangan dengan mendedahkan ketidakadilan yang wujud dalam syarikat besar seperti IPP yang dilindungi daripada pemotongan subsidi,” jelasnya dalam satu kenyataan.

Guan Eng menambah, IPP menikmati pemotongan subsidi RM19 bilion setahun sementara 27 juta rakyat Malaysia yang tidak berkemampuan pula terpaksa membayar dengan harga yang tinggi, jika kenaikan harga dilaksanakan.

Bagaimanapun, rakyat perlu berwaspada kerana harga dikekalkan pada masa itu sehaja; sekiranya BN menang lagi dalam PRU, kemungkinan harga barang dan perkhidmatan dinaikkan tidak dapat dielakkan.

Menurut Guan Eng, kenyataan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam yang menyatakan bahawa kajian semula dasar subsidi adalah perlu, kerana kerajaan berdepan dengan bebanan subsidi dua kali ganda iaitu dari RM10.32 bilion kepada RM20.58 bilion untuk tahun ini.

“Ini bermaksud, sebaik BN memenangi pilihan raya umum akan datang, tiada siapa yang akan dapat menghalang mereka dari menghapuskan subsidi dan menaikkan harga barang,” katanya.

Oleh itu, hanya perjuangan PR menghentikan kenaikan harga barang dan anti-rasuah sahaja akan menyelamatkan rakyat.

“Bak kata pepatah, (PR akan) menyelam sambil minum air,” katanya.

Dalam pada itu Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan mengingatkan rakyat berhati-hati dengan taktik BN yang cuba memesongkan orang ramai dengan

bermain isu perkauman.“Taktik terdesak BN memainkan

isu perkauman untuk melindungi kenaikan harga barang tidak akan berjaya dengan menipu dan membelenggu rakyat kerana pemotongan subsidi akan meninggalkan kesan rakyat Malaysia,” katanya.

Beliau merujuk kepada kenyataan Timbalan Menteri Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Tan Lian Hoe yang menuduh DAP cuba mencetuskan isu perkauman dalam pemotongan subsidi gula yang melibatkan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda).

“Bagaimana DAP boleh bermain politik perkauman sekiranya DAP sendiri meminta Kerajaan Persekutuan supaya mengambil sebahagian daripada keuntungan yang dikecapi Felda untuk membiayai kos dalam bentuk tanggungjawab sosial yang juga dapat membantu Melayu?” soal Guan Eng.

Beliau mempersoalkan hujah Tan, seolah-olah subsidi gula hanya memberi kesan kepada kaum bukan Melayu manakala orang Melayu tidak pula terjejas dengan kenaikan harga gula itu.

“Jelas ini adalah politik perkauman BN yang cuba memecahbelahkan Melayu dan bukan Melayu dalam kes klasik untuk pecah dan perintah,” katanya.

Kadar tarif air di Pulau Pinang tidak akan dinaikkan.

PUTRAJAYA: Kerajaan Pulau Pinang tidak akan menaikkan tarif air untuk memastikan para pengguna di negeri itu tidak dibebankan dengan keadaan ekonomi semasa yang semakin menekan.

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berkata kerana kerajaan negeri kini mempunyai kuasa untuk menentukan kadar tarif air kerana ia tidak lagi terletak di tangan kerajaan pusat atau Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB).

Katanya kerajaan pusat atau PAAB mestilah merujuk kepada kerajaan negeri Pulau Pinang terlebih dahulu. jika ada cadangan mahu menaikkan kadar tarif air.

“Ini adalah lebih baik daripada terma-terma sebelumnya kerana pinjaman negeri berjumlah RM655.24 juta, seharusnya dikenakan kadar faedah 3 peratus tetapi sekarang sudah tidak dikenakan faedah dan akan dibiayai oleh PBAPP (Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang),” katanya pada majlis menandatangani perjanjian semula

perkhidmatan bekalan air negeri dengan Kementerian Kewangan di sini pada 2 Jun 2011.

Selain itu tambah Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan, pembiayaan projek Empangan Mengkuang yang berjumlah RM1.2 bilion akan diberikan kepada kerajaan Pulau Pinang sebagai geran oleh kerajaan pusat.

Oleh itu, katanya, geran untuk projek pembesaran Empangan Mengkuang akan diperbesarkan kepada 78 juta meter padu dan dipercepatkan kerana kapasiti sekarang 23 juta meter padu amat sedikit untuk menampung penggunaan air Pulau Pinang.

“Ini kerana kadar penggunaan air di Pulau Pinang adalah yang paling tinggi di Malaysia iaitu sebanyak 286 liter sehari untuk setiap orang,” katanya.

Atas sebab itu juga, beliau menjelaskan, kerajaan negeri akan terus mengkaji kenaikan kadar Water Conservation Surcharge untuk menghukum pengguna domestik yang membazirkan air.

Jelasnya lagi, kesungguhan kerajaan negeri memeterai perjanjian bersejarah ini dengan kerajaan pusat menunjukkan komitmen kerajaan negeri Pakatan Pulau Pinang untuk menjaga kepentingan nasional dan memberi manfaat kepada rakyat.

Majlis menandatangai perjanjian penstrukturan semula air negeri Puau Pinang di Putrajaya itu turut dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Menteri Kewangan II Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah dan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin.

Asas –asas utama perjanjian itu yang memberi kelebihan kepada Pulau Pinang adalah:

Tidak perlu membayar semula • RM655.24 juta pinjaman bekalan air kepada kerajaan persekutuan di mana akan dibiayai oleh PBAPP;Kerajaan negeri Pulau Pinang • akan diberi peruntukan geran sejumlah RM1.2 bilion untuk projek pembesaran Empangan Mengkuang di Pulau Pinang;Kerajaan persekutuan akan • bertanggungjawab sepenuhnya terhadap projek pengendalian sumber bekalan air;Meringankan bebanan • kewangan untuk pembangunan dan peningkatan penyediaan bekalan air;Membolehkan PBAPP • menfokuskan sepenuhnya terhadap penyediaan bekalan air dirawat dan penyediaan

perkhidmatan serta tumpuan terhadap pencapaian operasi yang efisien, peningkatan kualiti air dan lain-lain perkhidmatan;Membolehkan PBAPP bergerak • ke arah pemulihan kos dan kemandirian kewangan untuk jangka masa panjang; danMengekalkan kuasa • menentukan kadar tarif air Pulau Pinang oleh warga Pulau Pinang sendiri.

Inflasi naik hanya 0.27%?KUALA LUMPUR: Logik Barisan

Nasional bahawa kadar inflasi hanya naik 0.27 peratus berikutan penarikan balik subsidi adalah tidak munasabah dan cuma mampu memperbodohkan rakyat.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata penarikan subsidi telah menyebabkan kenaikan kos pengangkutan selain harga ikan turut melambung akibat nelayan mendapati harga untuk turun ke laut terlalu mahal.

“Bagaimana kerajaan mengatakan inflasi meningkat hanya 0.27 peratus sedangkan semua orang terbeban dengan kenaikan harga barang yang lebih dari 0.27 peratus?” soalnya dalam kenyataannya.

Guan Eng berkata, sementara penarikan subsidi kepada golongan miskin memberi impak besar kepada negara, keengganan kerajaan pusat untuk mengarahkan syarikat penjana kuasa bebas (IPP) untuk berkongsi beban tidak akan menjimatkan kos-kos, atau menambahbaikkan lagi sistem penghantaran atau pengangkutan.

Menurut Ahli Parlimen Bagan itu lagi, Malaysia mempunyai simpanan tenaga mentah yang tertinggi di dunia iaitu sebanyak 52.6 peratus, dan TNB tidak perlu membeli tenaga dari IPP.

“Jika TNB tidak memerlukan tenaga yang mereka tidak gunakan, maka subsidi gas akan dapat dijimatkan sebagaimana Petronas menjual gas kurang dari 30 peratus dari harga pasaran,” kata Guan Eng.

Tambahnya lagi, walau pun ahli ekonomi bersetuju dengan mengurangkan subsidi akan mempertingkatkan lagi kecekapan, ketidakadilan sistem sedia ada hanya akan menyelamatkan sektor-sektor korporat yang sudah kaya, bukan menyelamatkan golongan berpendapatan rendah.

“Bagaimana Perdana Menteri membina budaya yang inovatif untuk Malaysia jika kroni-kroni besar dan amalan malas bersaing dibenarkan di negara ini?” soalnya.

Kolum

Lim Guan Eng

4JUN 2011 ROKET Tolak UMNO untuk kemajuan rakyat di Sabah

PLKN patut dikaji semula, bukan dipanjangkan tempoh

KOTA KINABALU: Sabah bukan sahaja boleh menjadi maju seperti Pulau Pinang, malah mampu menjadikan kehidupan anak negeri lebih baik dan terjamin jika UMNO dan Barisan Nasional ditolak oleh rakyat dalam pilihan raya umum akan datang.

Pengerusi DAP Sabah Jimmy Wong berkata bahawa Pulau Pinang di bawah pentadbiran DAP dan Pakatan Rakyat dalam masa tiga tahun sahaja mampu memajukan negeri termasuk menghasilkan lebihan bajet serta menghapuskan kemiskinan tegar.

“Kejayaan yang sama boleh dicapai di Sabah. Tidak seperti Pulau Pinang, kita di Sabah mempunyai sumber asli seperti minyak, gas, balak, kelapa sawit dan tanah-tanah subur. Kita ada hutan, gunung, pulau dan laut yang indah, dan seni budaya pelbagai suku kaum yang boleh menarik pelancong dari serata dunia.

“Kita juga ada anak negeri yang bijak serta rajin bekerja. Jika Pulau Pinang boleh melakukannya, kita juga boleh. Apa yang perlu dibuat ialah Sabah mesti tolak UMNO dan BN, ” katanya di majlis makan malam sempena Pesta Kaamatan 2011 di sini akhir Mei lalu.

Turut hadir di majlis itu ialah Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang, Exco Kanan Selangor Teresa Kok yang juga setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP dan pimpinan DAP Sabah.

Wong yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Sri Tanjung (Tawau) berkata UMNO telah menguasai banyak bidang termasuk politik di Sabah dengan meminggirkan parti-parti komponen BN yang lain.

“Parti-parti tempatan seperti PBS, UPKO, PBRS dan LDP hanyalah penumpang dalam bas UMNO…Kadang-kadang apabila mereka (PBS, UPKO, LDP) bising tentang masalah pendatang tanpa izin, UMNO buat tidak peduli dan jeritan mereka seperti anjing menyalak bukit.

“Kadang-kadang ia juga menjadi strategi UMNO untuk membenarkan parti-parti komponen BN buat bising terutamanya apabila dekat waktu pilihan raya untuk membolehkan mereka menarik sokongan suku kaum untuk parti masing-masing.

“Rakyat mesti faham wayang kulit yang dimainkan oleh PBS, UPKO, PBRS, LDP, Gerakan dan MCA di Sabah,” katanya.

Beliau menambah bahawa di

bawah pemerintahan UMNO, hanya kroni-kroni UMNO yang mendapat faedah manakala kebanyakan kaum Bumpiutera termasuk mereka yang beragama Islam masih hidup miskin.

“Sabah kini adalah negeri paling miskin di Malaysia sebagaimana yang dilaporkan oleh Bank Dunia. Mari kita ubah kerajaan UMNO-BN sebelum kita menjadi lebih miskin dan terpaksa menjadi pengemis dan orang asing di negeri sendiri,”

katanya.Wong berkata sambutan

Kaamatan atau pesta menuai amat bermakna kerana ia membolehkan DAP dapat bersama-sama dengan kaum Kadazan, Dusun dan Murut untuk meraikannya.

“DAP kini sudah berjaya menarik perhatian orang ramai terutama sekali pemimpin-peminpin berkaliber daripada suku kaum Kadazan Dusun Murut,” tambahnya.

KUALA LUMPUR: Jika Program Lathan Khidmat Negara (PLKN) yang bergelumang dengan pelbagai masalah dan menyusahkan para remaja, ia harus dikaji semula dan bukan dipanjangkan tempoh latihannya.

Ketua Pemuda DAP Anthony Loke berkata cadangan Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi untuk menambah tempoh PLKN daripada 3 bulan yang dilaksanakan sekarang adalah tidak tepat dan tidak mampu menyelesaikan masalah yang ada.

“Sejak mula dilaksanakan pada tahun 2003, PLKN telah dibelenggui dengan pelbagai kontroversi dan masalah. DAPSY membantah cadangan untuk memanjangkan tempoh latihan tersebut kerana ia bukanlah faktor utama sama ada program tersebut berjaya memupuk semangat patriotik di kalangan anak muda kita.

“Sekiranya Menteri sendiri mengakui program tersebut tidak berkesan untuk memupuk `semangat patriotik’, ia sepatutnya dikaji semula secara komprehensif sama ada patut diteruskan atau sebaliknya,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, PLKN memakan

belanja yang besar yang mencecah RM560 juta setahun.

“Sekiranya tempoh tersebut dipanjangkan, maka tanggungan kerajaan untuk program ini akan bertambah berlipat ganda. Adakah ini wajar dalam keadaan kewangan negara ketika ini yang terus mengurangkan pelbagai subsidi untuk barangan keperluan yang menghimpit kehidupan rakyat?

“Malah, Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin sendiri telah menyarankan supaya PLKN dikaji semula,” tambah Loke yang juga Ahli Parlimen Rasah.

Beliau juga mempersoalkan kenyataan Ahmad Zahid bahawa PLKN akan memperkenalkan modul baru untuk mendidik para peserta tentang kepentingan untuk mengundi apabila mereka mencapai umur 21 tahun.

“(Apa) tujuan sebenar mengapa PLKN begitu beria-ia untuk memperkenalkan modul ini walau pun peserta PLKN belum pun layak

untuk mendaftar sebagai pengundi?

“Sekiranya kerajaan benar-benar ikhlas untuk mendidik orang muda tentang sistem demokrasi, ia sepatutnya dimulakan di Institusi Penggajian Tinggi Awam (IPTA) kerana merekalah yang berhak mengundi dan merupakan golongan yang sepatutnya digalakkan untuk mengambil berat tentang perkembangan politik negara dan sistem pilihanraya dan bukannya terus dibantutkan pemikiran mereka di bawah AUKU,” katanya.

Loke juga mempersoalkan niat PLKN memberi peranan tambahan kepada Biro Tata Negara untuk terus “membasuh” pemikiran anak muda dan memprogramkan minda mereka bagi mengundi Barisan Nasional.

Barisan pimpinan DAP Sabah bersama Lim Kit Siang dan Teresa Kok menghormati semangat padi di majlis makan malam Kaamatan

5JUN 2011ROKET

Ramai pemimpin DAP lawat tanah runtuh rumah anak yatim

Tarif elektrik: kera di hutan disusukan

Kemiskinan tidak kenal kaum

KUALA LUMPUR: Exco Kanan Selangor Teresa Kok yang juga Ahli Parlimen Seputeh telah mengetuai rombongan DAP pada Sabtu 21 Mei untuk melawat kejadian bersama-sama Exco kerajaan negeri Ean Yong Hian Wah dan Adun Balakong Yap Lum Chin.

Turut hadir ialah Ahli-ahli Majlis Perbandaran Kajang dari DAP iaitu TanBoon Wah, Chandra Mohan dan Steven Chan serta beberapa orang ahli DAP.

“Kami amat sedih dan hiba dengan tragedi ini. Pada masa yang sama kami bersyukur kerana ramai juga berjaya diselamatkan,” kata Teresa Kok.

Beliau memberitahu pemberita di tempat kejadian bahawa beliau bersama DAP amat prihatin dengan keluarga mangsa-mangsa kejadian di samping memuji kecekapan semua pegawai anggota penyelamat yang menjalankan operasi mereka.

Pada 22 Mei, Teresa Kok sekali lagi melawat tapak tersebut bersama exco-exco kerajaan negeri Selangor dan pegawai-pegawai kanan kerajaan untuk mengiringi lawatan Sultan Selangor ke tempat kejadian di mana Baginda telah sudi berkenan menyampaikan wang ehsan kepada anak-anak yatim yang terselamat.

“Mengenakan nasib mereka, memang sedih rasa hati. Mereka telah kehilangan 16 orang kawan-kawan mereka,” tambahnya.

Teresa Kok juga berharap orang ramai tidak mudah terpedaya dengan dakyah dan fitnah kononnya tidak ada pemimpin atau ahli DAP yang mengunjungi tempat kejadian untuk melawat mangsa terselamat serta keluarga mereka.

“Memang menjadi tabiat orang yang suka bohong sehingga tragedi sedih ini pun mereka mahu membuat fitnah politik,” kata, menjelaskan DAP bersama Pakatan Rakyat akan berusaha sedaya-upaya meringankan beban rakyat.

KUALA LUMPUR: Kenaikan tarif elektrik tanpa menyemak rundingan berat sebelah dengan syarikat penjana kuasa bebas (IPP) adalah seperti “kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan,” kata Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua.

Beliau berkata tindakan kerajaan menaikkan kadar tanpa penstrukturan semula perjanjian pembelian kuasa (PPA) akan membebankan sektor perindustrian dan komersil.

Menurutnya, pengguna besar akan menghadapi kenaikan sehingga 8.4 peratus harga elektrik yang bukan sahaja meningkatkan inflasi tetapi bakal berhadapan dengan “letupan besar” kepada industri eksport yang sudah terbeban dengan ringgit yang kuat.

“Masalahnya, kerajaan memilih untuk menghukum pengguna dan pemilik industri tanpa menghiraukan keuntungan yang dikecapi IPP.

“Ini menunjukkan pentadbiran Najib tidak ada kemampuan untuk mengurus dan menjana ekonomi negara,” katanya yang juga Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara.

Pua berkata, walau pun harga gas asli di Thailand adalah dua kali ganda tinggi berbanding Malaysia, tarif elektrik komersil di negara jiran itu hanya 0.4 peratus lebih tinggi dari RM37.85 kw/j di Malaysia.

“PPA yang tidak adil mengakibatkan peningkatan yang terlalu tinggi margin rizab tenaga elektrik,” katanya.

Pua menambah bahawa 52.6 peratus margin rizab Malaysia dalam 2010 merupakan dua kali ganda daripada Thailand (25.4 peratus) dan Pulau Jawa, Indonesia (26 peratus).

“Kesannya, TNB terpaksa membeli kuasa elektrik yang mana ia tidak perlukan daripada IPP. Ini mengakibatkan kos-kos TNB

melambung dan dalam masa sama meningkatkan keuntungan untuk IPP.”

Oleh itu, katanya, kerajaan didesak mendedahkan segala maklumat berhubung perjanjian dengan IPP supaya kontrak yang berat sebelah itu tidak akan membawa malapetaka ekonomi terhadap rakyat.

Pua turut mengulas kenyataan Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek yang mempertahankan PPA oleh IPP bahawa perjanjian-perjanjian itu ‘suci’ dan kerajaan tidak boleh menstruktur semula perjanjian-perjanjian tersebut.

“Saya cabar Dr Chua supaya membuktikan dakwaannya bahawa kerajaan akan lemah tak bermaya setelah menandatangani perjanjian itu, dengan mendesak perjanjian itu tidak dirahsiakan dari pengetahuan rakyat Malaysia,” katanya.

Dalam pada itu, Pengarah Eksekutif Research for Social Advancement (REFSA) Teh Chi Chang juga berpendapat bahawa penyelesaian kepada isu ini ialah dengan tidak merahsiakan PPA supaya dapat diterangkan kepada orang ramai.

“Keterbukaan ini akan membuatkan rakyat memberi perhatian untuk memberi buah fikiran dan analisis, serta menyumbangkan kepakaran untuk menyelesaikan isu ini,” katanya.

Oleh itu REFSA menyeru kerajaan untuk tidak merahsiakan perjanjian pembelian kuasa kerana rakyat Malaysia akan mendapat maklumat tepat dan memudahkan lagi akal untuk perdebatan yang membina.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Nor Mohamed Yakcop dan Menteri Tenaga, Tenaga Hijau dan Air Datuk Seri Peter Chin, mengumumkan kenaikan tarif elektrik sebanyak 7.12 peratus bermula 1 Jun sebagai usaha mengurangkan subsidi yang ditanggung kerajaan.

IPOH: Melalui Projek Sinaran Matahari DAP, adik Azrul Azraf Zainal Abidin, 5, yang menghidap penyakit talasemia major serta memerlukan pemindahan sum-sum tulang di Hospital Kuala Lumpur, telah diberi sedikit sumbangan.

Sumbangan kecil RM500 yang disampaikan diharap dapat meringankan beban keluarga Azrul yang terpaksa membanting tulang dalam mencari nafkah kehidupan seharian.

Pasukan khidmat DAP Parlimen Beruas yang diterajui oleh Datuk Ngeh Koo Ham dan Ahli Parlimen Taiping Nga Kor Ming telah menyampaikan sumbangan itu kepada ibu pesakit, Shakinah Abdul Latif di kediaman mereka di rumah kos rendah Ayer Tawar.

Azrul menderita sakit sejak berusia 2 tahun dan kos perubatan beliau menjadi beban berat kepada ibu dan ayahnya Zainal Abidin yang kerja sebagai pemandu lori.

Pasukan khidmat DAP juga melawat keluarga Phang Siew Eng, ibu tunggal dengan 8 anak di kawasan perumahan yang sama. Phang bersama dua orang kakak iparnya merupakan buruh kasar

berpendapatan kecil yang tidak tetap.

Kesemua 11 mereka termasuk anak-anak kecil yang tinggal di bawah satu bumbung diberi sumbangan RM500 serta barangan keperluan harian.

Orang ramai yang berhasrat untuk membantu kedua-dua keluarga itu boleh berbuat demikian dengan menghubungi pusat khidmat masyarakat Ahli Parlimen Beruas di Ayer Tawar dengan menelefon 06-6726885/012-5933888 merujuk kepada saudara Phang Hing Chong.

Ngeh dan Nga bersama pasukan khidmat DAP menyampaikan sumbangan kepada Puan Shakinah

Ngeh dan Nga bersama pasukan khidmat DAP menyampaikan sumbangan kepada keluarga Puan Phang.

Ahli Parlimen DAP Bakri Er Teck Hwa melakukan “planking” sebagai bantahan terhadap kenaikan kadar elektrik di depan pejabat TNB

6JUN 2011 ROKET Semasa

Tony Pua perjuangkan isu pendidikan, ekonomi

SEORANG anak muda yang berperwatakan sederhana dari Batu Pahat, pemuda keturunan Cina dari Johor

ini fasih bercakap Melayu, bunyi bahasanya masih kuat dengan dialek Melayu Johor. Ketika bercakap, amat ketara penyusunan kata-katanya – cermat. Tony Pua Kiam Wee yang dilahirkan pada 1972 hanya melibatkan diri dalam arena politik secara aktif pada 2007 dan memenangi kerusi Parlimen Petaling Jaya Utara pada pilihan raya umum 2008. Beliau meninggalkan lapangan perusahaannya semata-mata kerana minat dalam bidang politik, dan minat itu timbul secara semulajadi semenjak beliau di sekolah menengah lagi. Dari bahan-bahan bacaan dan berita mengenai politik, sedikit demi sedikit telah membuka minat dan kefahamannya tentang perjuangan dalam arus politik perdana. Setelah tamat zaman persekolahan, beliau memilih untuk mendalami pengetahuan dalam bidang ekonomi.

Beliau memilih DAP kerana beranggapan bahawa parti ini mempunyai prinsip yang teguh dan konsisten dalam melaksana agenda rakyat. Malah keputusannya untuk bergiat secara aktif dalam politik juga tiada mendapat bantahan di kalangan ahli keluarganya. Inilah contoh keluarga bahagia, hendak berniaga disokong hendak berpolitik juga tidak dihalang. Graduan kursus Falsafah, Politik dan Ekonomi dari Universiti Oxford ini, kini dipertanggugjawabkan sebagai Ahli Jawatankuasa Pendidikan Tinggi dalam sekretariat Pakatan Rakyat. Selain daripada tanggungjawab tersebut, beliau juga merupakan Setiausaha Publisiti bagi Parti Tindakan Demokratik (DAP).

Isu-isu politik

Bercakap mengenai politik, Tony Pua menggambarkan bahawa perjuangan dalam bidang politik adalah sesuatu yang amat mencabar. Menjadi salah seorang penggubal dan pembahas mengenai dasar dan undang-undang di Parlimen merupakan suatu kerja yang memerlukan kegigihan yang tiada taranya. Segala kemahiran dan pengetahuannya, digunakan secara optimum dalam merangka dan membahas dasar-dasar demi kepentingan rakyat.

Beliau adalah antara Ahli Parlimen DAP dan Pakatan

Rakyat yang gigih berbahas dalam memperjuangkan isu-isu yang berkaitan dengan ekonomi dan pendidikan. Beberapa isu telah diutarakan olehnya seperti isu pembelian peralatan tentera, email 1Malaysia dan baru-baru ini isu subsidi petrol dan gula. Dalam aspek pendidikan pula beliau turut mengangkat isu biasiswa tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Bercakap mengenai kempen-kempen penerangan kepada rakyat tentang isu-isu salah guna kuasa dan isu ketirisan atau korupsi yang dilakukan oleh pihak Barisan Nasional, beliau mengakui bahawa terdapat beberapa masalah yang berkaitan dengan kempen ini kerana konsep dan teori-teori ekonomi agak asing dan agak teknikal untuk difahami oleh masyarakat umum yang akhirnya minat atau kecenderungan mereka untuk ambil tahu agak kurang berbanding isu-isu hangat seperti skandal video dan sentimen perkauman.

“Dalam ceramah-ceramah PAS dan PKR di kawasan Melayu, selalunya isu-isu yang saya bangkitkan hal-hal yang bersangkut paut dengan ekonomi. Saya kurang berucap tentang tentang politik kejamlah atau video seks lah. Saya cuba selalu fokuskan dalam ceramah isu-isu berkaitan ekonomi dan pendidikan.

“Ahli politik bila mereka sentuh tentang ekonomi pun secara ringkas saja. Tapi kalau terlalu mendalam pun tak boleh juga takut nanti orang tak faham jadi kena bangkitkan isu-isu ekonomi dengan cara yang orang ramai boleh faham,” katanya dalam satu wawancara dengan Roketkini.com.

Namun, dalam hal ini, beliau tidak menyalahkan masyarakat sebaliknya beliau sendiri telah berusaha mempermudahkan semua teori dan konsep ekonomi agar mudah difahami oleh masyarakat tentang objektif utama iaitu membenteras salah guna kuasa dan bahaya korupsi kepada negara.

Selain daripada itu, beliau berpendapat bahawa fenomena ketidakcenderungan (minat) masyarakat tentang isu korupsi adalah manifestasi budaya BN yang selama ini sengaja menjauhkan masyarakat dari berfikiran kreatif dan kritis menerusi dasar pendidikan yang sampa larau. Maka itu, masyarakat pada hari ini lebih tertarik dengan kisah politik lucah dan sentiment dari terlibat

dalam politik berdasarkan fakta. Hakikatnya, budaya politik yang ditanam oleh BN kepada rakyat adalah untuk memandulkan fikiran rakyat dalam hal ehwal pentadbiran negara. Menurut beliau, dasar UMNO-BN inilah yang akhirnya akan merosakkan budaya kaum Melayu yang terkenal dengan sifat keprihatinan kepada semua aspek.

Menangani masalah orang Melayu

Pua juga resah dengan masa depan masyarakat Malaysia khususnya kaum Melayu yang selama ini telah dipermainkan oleh UMNO-BN menerusi pendekatan sistematik dalam dasar pendidikan negara. Beliau dengan tegas menyatakan bahawa DAP dan Pakatan Rakyat tidak pernah dan tidak akan mempersoalkan Perlembagaan Persekutuan atau apa sahaja yang berkaitan dengan kepentingan Bumiputera dan Melayu. Sebaliknya, dasar baru sistem pendidikan negara harus disemak semula sejajar dengan keperluan semasa.

Beliau secara umumnya tidak mempersoalkan dasar, sebaliknya apa yang menjadi lebih keutamaan adalah aspek pelaksanaannya iaitu proses pembangunan yang setara. Hal ini juga termasuk dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) yang mana beliau berpendapat, aspek pelaksanaannya amat lemah. Perlu ada jalan penyelesaian untuk mengatasi kelemahan ini kerana kerajaan BN terus gagal mengatasinya.

“Yang pertama, guru kita pun tak fasih bahasa Inggeris. Kalau di perkampungan, di mana keluarga tak ada latar belakang dalam bahasa Inggeris, guru akan keliru dan murid jadi susah. Tapi pada masa yang sama memang ada tempat di mana bahasa Inggeris tak jadi masalah.

“Pandangan DAP, bagi kawasan di mana majoriti ibu bapa terutamanya di bandar, minta supaya polisi PPSMI dijalankan.

Asalkan sekurang-kurangnya 70 peratus, 80 peratus ibu bapa setuju, teruskan, biar diteruskan. Kita jangan halang orang lain dari memajukan pendidikan.

“Tapi di luar bandar di mana kita tak ada infrastruktur, memang tak ada guru yang cukup baik, memang tak ada latar belakang dalam bahasa Inggeris, bagi murid-murid, lebih baik kita ajar dalam bahasa Malaysia supaya mereka sekurang-kurangnya faham matematik dan sains daripada ajar dalam bahasa Inggeris di mana bukan saja mereka tak dapat belajar bahasa Inggeris, mereka juga gagal dalam matematik dan sains,” katanya.

Kesedaran beliau terhadap kaum Melayu adalah bersifat fakta, bukan kerana kasihan membuta-tuli. Beliau mengakui bahawa warga Melayu adalah yang teramai jumlah populasinya, teramai yang terabai, teramai yang masih lemah dan teramai yang masih kurang keyakinan. Justeru, beliau berharap jika Pakatan Rakyat dapat menguasai Putrajaya, ini akan menjadi agenda yang akan diberi keutamaan oleh beliau untuk membantu mengatasi kemelut ini.

Pua amat yakin bahawa sistem merit adalah amat releven untuk dipraktikkan terutama di institusi-institusi pengajian awam di Malaysia. Tanpa merit, pihak universiti tidak akan dapat menarik pakar-pakar sebagai tenaga pengajar, tanpa kepakaran tenaga pengajar, mana mungkin pelajar berkualiti dapat dilahirkan. Justeru, tidak hairanlah mengapa Univerisiti Malaya terus merudum ke tangga bawah dalam senarai kedudukan universiti terbaik. Maka, dasar Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) juga perlu disemak kembali.

Walau pun beliau begitu sibuk dalam tugas hariannya, beliau masih tenang melayan wawancara media. Beliau tidak ‘buat-buat’ sibuk seperti sesetengah ahli politik. Beliau benar-benar sibuk memperjuangkan hak semua rakyat Malaysia.

Tony Pua sering meluangkan masa untuk bersama rakyat pelbagai kaum.

7JUN 2011ROKET

Sewaktu pelancaran laman web Roketkini.com, satu wawancara eksklusif telah diadakan dengan Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP Teresa Kok untuk mendapat pandangan beliau tentang usaha meluaskan penggunaan Bahasa Malaysia serta menjelaskan pendirian parti terhadap fitnah-

fitnah yang dilemparkan terhadap DAP.

Sekarang DAP, dengan bantuan internet, telah dilihat sebagai sebuah parti pelbagai kaum. Walau pun sememangnya semenjak penubuhan DAP 45 tahun lalu, slogan perjuangannya adalah Malaysia Untuk Rakyat Malaysia atau Malaysian Malaysia. Mainan media Umno selama ini bahawa DAP sebagai parti untuk kaum Cina telah terhapus. Jadi apa pandangan saudari dengan adanya Roketkini berbahasa Malaysia?

Ya, ramai yang tak nampak, sebenarnya kita sudah ada akhbar Rocket dalam pelbagai bahasa sejak 1966 lagi. Mungkin kerana pembaca tak berapa banyak dan kami juga bagi secara percuma kepada Adun yang ingin menyimpan saja. Sebenarnya bukan kami tak mahu buat tapi kadang-kadang kesuntukan dana yang dihadapi parti kita, kerana parti kita bukan macam MCA, MIC, UMNO, ada tauke besar, ada dana, ada syarikat, yayasan semua itu untuk membantu mereka.

Tapi orang Melayu tak nampak pendirian DAP.Dulu akhbar-akhbar bahasa Cina bagi ruang kepada DAP untuk keluarkan kenyataan kami, tetapi bagi orang yang baca Utusan Malaysia atau akhbar-akhbar Melayu lain, apa yang mereka baca berbentuk laporan negatif. Tapi sejak reformasi 1998, sehingga kemunculan media baru, orang ramai semakin sedar tentang pendirian DAP mengenai isu-isu semasa, termasuk kaum Melayu.

Jadi, adakah melalui Facebook orang dah nampak DAP sebagai parti berbilang bangsa?Ya. Sebab sejak bermulanya laman web DAP, rencana-rencana yang ada adalah dalam bahasa Inggeris. Bagi yang Melayu berpendidikan Inggeris, mereka tahulah. Ya, kami akui ini tidak cukup membantu. Jadi,

inilah masanya untuk DAP mewujudkan web dalam bahasa Malaysia.Saya rasa kalau kita keluarkan akhbar parti dalam bahasa Malaysia memang kita telah buat macam Roket edisi bahasa Malaysia, tapi ia memang tak luas diedarkan sebab ia perlukan wang

yang banyak. Ini satu, bila kita ada website Roketkini, ia adalah cara yang bagus bagi mereka yang fasih bahasa Malaysia.

Boleh saudari terangkan kelemahan DAP yang ada selain daripada kita ini kurang akhbar BM untuk diedar? Seperti kenyataan media pemimpin DAP, kurang dikeluarkan kenyataan media berbahasa Malaysia.Sebenarnya bukan kami tak mahu keluarkan kenyataan media dalam bahasa Malaysia tetapi kebanyakannya tak disiar dalam akhbar berbahasa Malaysia, dan itu sebabnya kami buat dalam bahasa Cina dan bahasa Inggeris. Saya selalu lihat ucapan dalam Parlimen, dalam bahasa apa-apa pun walau pun bahasa Malaysia, macam berapa hari lepas saya keluarkan kenyataan isu Kristian sebagai agama rasmi itu, tapi ia tak keluar dalam mana-mana akhbar.Ini agak mengecewakan kami untuk keluar kenyataan media dalam bahasa Malaysia tapi saya fikir dengan adanya website Roketkini, senanglah sekurang-kurangnya kenyataan dalam bahasa Malaysia akan disiarkan dalam Roketkini dan mungkin akan dipetik akhbar lain.

Jadi, bagaimana kita nak tonjolkan kepada orang-orang ini? Macam saudari cakap tadi, seperti melalui laman web dan akhbar, apa lagi cari untuk DAP tonjolkan pendirian?Kita patut anjurkan ceramah, acara-acara dalam bahasa Malaysia bersama parti lain dalam Pakatan Rakyat kerana kita mesti terima satu hakikat, bagi DAP untuk masuk kampung Melayu buat program, kita mungkin semacam akan ada halangan. Sama juga dengan PAS nak buat sambutan Tahun Baru Cina, mereka perlukan bantuan DAP untuk datang bersama. Jadi memang penting kerjsama aktiviti bersama PAS dan PKR supaya sentiasa eratkan lagi hubungan kita bersama rakyat.Misalnya isu Utusan Malaysia main isu agama Kristian baru-baru ini. Saya terima SMS dari rakan dari PAS, mereka nak anjurkan kempen untuk respon balik kepada Utusan Malaysia, jadi saya keluarkan peruntukkan untuk mereka buatkan kempen itu kerana keadaan sekarang ialah satu-satu parti politik tak boleh menerajui kepimpinan secara sendirilah. PKR tak boleh, PAS tak boleh sendirian. Jadi kita mesti bergabung kuasa dengan parti politik

lain. Kalau satu parti jatuh, semua akan jatuh. Jadi, bila satu parti hadapi masalah, parti-parti kawan patut tolong.

Jadi, selain pasal ceramah, terjemahan. Apa lagi saudari rasa penonjolan DAP ini ada kelemahan? Contohnya sepanduk dan kain rentang? Sepanduk DAP patutkah hanya ada bahasa Cina saja atau ada usaha untuk dwibahasa? Mungkin untuk sesetengah pemimpin, tapi untuk seluruh negara, adakah saudari nampak?

Memang, untuk sepanduk memang kita ada dwibahasa. Kita mesti faham khususnya dalam negeri yang kita jadi kerajaan, kita memang ada pelbagai etnik, khususya dalam cawangan dan bahagian. Jadi kalau guna bahasa Cina saja, kaum lain tak faham.

Bagaimana pula langkah dan pendekatan DAP untuk selesaikan perkara-perkara ini?Kita harus tonjolkan usaha yang telah dilakukan wakil rakyat DAP. Khususnya pada 2008 dulu kami tak pernah masuk masjid, tak pernah meraikan perayaan hari raya, buka puasa dan sebagainya. Tapi bila masuk (masjid), tengok (Ahli Parlimen Serdang) Teoh Ni Ching masuk. dituduh tak pakai tudung lah tak tutup aurat lah. Jadi bagi saya, pada bulan Ramadan, saya tak masuk ke dalam masjid, saya kena pakai baju melayu, kerana sekarang ini kita menghadapi politik lawan yang putar belit isu kita. Jadi, program yang baik kita anjurkan untuk tolong fakir miskin Melayu pada Ramadan dijadikan isu, jadi banyak diputar belit.Maksud saudari, DAP perlu kreatif mendekati orang? Maksudnya orang yang luar dari kita punya kepompong kita lah? Macam perayaan Hari Ibu atau apa-apa perayaan lain, supaya mereka saling memahami masyarakat lain lah?Ya. Mereka boleh bergaul. Kita kena adakan majlis yang lebih untuk campur bergaul bersamalah. Walau pun saya bagi banyak peruntukan kepada orang Melayu dan India selalunya bila saya buat program berbuka puasa, hanya Melayu saja yang datang, bukan semua Melayu datang, cuma yang berada dalam kelompok surau saja yang dating.Kenapa tak datang? Takut? Program berunsur politik?Bukan semua tak mau datang sebab takut. Sudah jadi kerajaan (Selangor) kenapa takut? Ini UMNO tak mau datang. Kami selalu pasang sepanduk menjemput tapi segelintir tak datang. Sama juga Deepavali, hanya kaum India saja yang datang. Jadi, kita kena ada lebih program, macam saya sebut tadi kita perlu aktiviti yang boleh bergaul sama.

DAP, Bahasa Malaysiadan orang Melayu

Roketkini dilancarkan untuk jelas pendirian DAP

Wawancara bersama Teresa Kok

Laman web Roketkini yang bertujuan menjadi wadah utama dalam Bahasa Malaysia kepada DAP untuk menyuarakan pendirian dan

menyampaikan fakta tepat kepada semua rakyat Malaysia terutamanya anak muda yang dahagakan kebenaran, telah dilancarkan pada 24 Mei 2011..

“Roketkini bertujuan untuk menunjukkan pendirian DAP terutamanya kepada golongan muda Malaysia, tidak mengira kaum dan agama,” kata Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng di majlis pada pelancaran Roketkini.com di ibu pejabat DAP di Kuala Lumpur.

Di majlis yang sama, Guan Eng turut melancarkan buku Malaysia Milik Kita Bersama: Perjuangan 45 Tahun Parti Tindakan Demokratik (DAP) karya Wan Hamidi Hamid yang juga Editor Roketkini.com.

Turut hadir di majlis itu ialah Pengerusi DAP Perak Datuk Ngeh Koo Ham, Pengerusi DAP Sarawak Wong Ho Leng, Ahli Parlimen DAP Kota Kinabalu Dr Hiew King Cheu, Timbalan Setiausaha Organisasi DAP Kebangsaan Vincent Wu dan Setiausaha Politik kepada Setiausaha Agung DAP Zairil Khir Johari.

Teresa Kok

8JUN 2011 ROKET

Diterbit Oleh : DAP Malaysia, No. 24, Jalan 20/9, Paramount Garden. 46300 Petaling Jaya, Selangor D.E. Tel: 03-7957 8022 Fax: 03-7957 5718Dicetak Oleh : Angkatan Edaran Enterprise Sdn Bhd, Lot 6 Jalan Tukang 16/4 Seksyen 16, Shah Alam 40000 Selangor. Tel: 03-5519 6373 Fax: 03-5512 7985

TAHUKAH ANDA?Benarkah pentadbiran

Pakatan Rakyat Pulau Pinang menindas agama Islam?

Selama tiga tahun pentadbiran Pakatan Rakyat di Pulau Pinang yang diterajui Ketua Menteri Lim Guan Eng, agam Islam telah diangkat dan diberi lebih perhatian berbanding dengan pentadbiran dahulu.

Jadual di bawah menunjukkan peruntukan untuk hal ehwal agama Islam yang telah berganda dan kian meningkat setiap tahun sejak pentadbiran Pakatan Rakyat.

2008 (BN)

2009 (PR)

2010 (PR)

2011 (PR)

RM 12.5 juta

RM20.5 juta

RM 24.3 juta

RM 33.33 juta

Dalam pada itu, sekolah agama rakyat dan sekolah tahfiz juga diberi peruntukan tahunan di mana Kerajaan Barisan Nasional tidak pernah melakukan begitu. Di samping itu, Kerajaan Pakatan Rakyat juga memperuntukkan elaun tambahan sebanyak RM100,000 setahun kepada guru-guru KAFA.

Benarkah peniaga Melayu ditindas di Pulau Pinang?

Dalam menjalankan tugas harian sesebuah kerajaan tempatan,

tindakan harus diambil terhadap sesiapa yang melanggar undang-undang. Namun demikian, apa-apa tindakan yang diambil pihak berkuasa tempatan Pulau Pinang selalu diputar belit sebagai satu tindasan terhadap orang Melayu, padahal tindakan yang diambil tidak pernah disasarkan ke atas peniaga Melayu semata-mata.

Mengikut perangkaan MPPP, pada tahun 2009 tindakan telah dikenakan terhadap 1,737 penjaja Cina, 815 penjaja Melayu dan 247 penjaja India kerana menjalankan perniagaan tanpa lesen. Pada tahun 2008 pula, 1,082 penjaja Cina, 785 penjaja Melayu dan 196 penjaja India dikenakan tindakan.

Jelas kelihatan bahawa tiada unsur perkauman dalam tindakan yang telah diambil. Tambahan pula, biasanya pemilik gerai yang terpaksa diroboh akan ditawarkan tapak alternatif yang berdekatan.

Berikut adalah beberapa kes yang telah dihebohkan dalam media milik BN:1. Kafe Do Re Mi

Pemilik tidak mempunyai • permit dan telah membina struktur haram atas pokok yang mengancam keselamatan awam.Untuk mengelakkan apa-apa • kemalangan, pihak berkuasa

tempatan MPPP terpaksa mengambil tindakan ke atas gerai tersebut.Gerai alternatif telah disediakan • di Bayu Senja, Batu Feringghi namun pemilik enggan menerimanya.

2. Gerai 3N Ikan BakarGerai tidak berlesen dan • merupakan struktur haram di atas tanah Kerajaan.Pengusaha telah ditempatkan • di Medan Selera, Gelugor sebelum perobohan berlaku.

3. Kes Taman PelangiKerajaan Negeri dituduh • menzalimi peniaga-peniaga Melayu.Daripada 22 gerai tanpa • lesen dan berstruktur haram yang telah diroboh, hanya 4 merupakan gerai milik Melayu. Terdapat juga gerai-gerai milik Cina dan India, tetapi selebihnya milik warga asing yang berniaga secara haram.Selama beberapa tahun, • terdapat aduan daripada penduduk-penduduk kawasan tersebut tentang aktiviti-aktiviti haram, termasuk pelacuran, yang makin berleluasa sampai kawasan itu diberi nama ‘mini Hatyai’.Ini menyebabkan MPSP •

mengambil tindakan tegas untuk ‘membersihkan’ kawasan tersebut.

Apa-apa tindakan yang diambil oleh Kerajaan Pakatan Rakyat terhadap gerai-gerai yang melanggar undang-undang adalah tindakan yang wajar dan langsung tidak berdasarkan pertimbangan kaum.

Adakah sistem tender terbuka yang dilaksanakan di Pulau Pinang mengabaikan kontraktor Melayu?

Di Pulau Pinang semenjak pentadbiran Pakatan Rakyat, sistem tender terbuka dalam segala pemerolehan dan pembekalan kepada Kerajaan Negeri telah membuka peluang untuk ramai kontraktor-kontraktor Melayu yang dahulunya tidak mendapat peluang walaupun layak.

Ini kerana dalam sistem dahulu, hanya kontraktor Melayu yang mempunyai kabel atau merupakan kroni-kroni UMNO sahaja yang mendapat habuan.

Dengan sistem tender terbuka, kontraktor-kontraktor Melayu telahpun membuktikan daya saingan mereka dengan memenangi lebih 70% daripada kesemua projek dan kontrak Kerajaan Negeri. Ini menunjukkan bahawa kontraktor-kontraktor Melayu memang berdaya saing dan mampu berjaya atas usaha sendiri.

SEMANGAT SETIAKAWAN PAKATAN RAKYAT

Para pemimpin DAP Lim Kit Siang, Teresa Kok dan Liew Chin Tong serta pimpinan PKR bersama-sama dengan rakan-rakan seperjuangan PAS di Muktamar PAS ke-57 di Kuala Lumpur pada 3 Jun 2011.