UNTUK EDARAN DI DALAM JABATAN FARMASI · PDF fileWalau bagaimana pun, Borang Permohonan LP...

3
1 UNTUK EDARAN DI DALAM JABATAN FARMASI SAHAJA KEPUTUSAN MESYUARAT KALI KE 69 JAWATANKUASA FARMASI DAN TERAPEUTIK HOSPITAL USM PADA 3 SEPTEMBER 2009 Rumusan Keputusan Yang Berkaitan Dengan Jabatan Farmasi Bil Rumusan Keputusan Tindakan 1 Permohonan ICU untuk menyimpan stok buffer bagi sesetengah ubat bukan standard di ICU diluluskan. Walau bagaimana pun, Borang Permohonan LP masih perlu diisi dan Ketua Jabatan ICU diminta untuk memantau dan merekod penggunaan ubat-ubat daripada stok buffer tersebut. Senarai ubat bukan standard yang dibenarkan untuk disimpan sebagai stok buffer di ICU akan disediakan oleh Tn. Hj. Zainol Abidin Hamid. Tn. Hj. Zainol Abidin Hamid 2 Pengurusan Ubat Bukan Standard (rujuk edaran). Mesyuarat memutuskan perkara-perkara berikut: i. semua urusan perolehan ubat bukan standard (kecuali ubat kemoterapi bukan standard dan antiemetik berkaitan) diuruskan oleh Unit Kebajikan Perubatan. ii. secara amnya, Unit Kebajikan Perubatan berperanan untuk melicinkan proses perolehan ubat-ubatan untuk pesakit dengan syarikat yang akan dikenalpasti oleh HUSM. iii. kaedah ini juga terpakai untuk kes-kes pesara atau bagi pesakit yang dibiayai oleh majikan mereka. iv. Borang Pembelian Khas (LP) perlu dicetak semula di mana ‘header’nya adalah Unit Kebajikan Perubatan (bukan lagi Jabatan Farmasi). v. Untuk pesakit daripada klinik, pesakit perlu membawa sendiri borang tersebut ke Unit Kebajikan Perubatan. Sesi penilaian oleh Unit Kebajikan Perubatan boleh terus diadakan oleh Pegawai Kebajikan Perubatan dan penentuan kelayakan juga boleh ditentukan. vi. Bagi pesakit yang berada di dalam wad, Borang Permohonan Khas perlu dihantar oleh pihak wad kepada Unit Kebajikan Perubatan. Sesi penilaian oleh Pegawai Kebajikan Perubatan boleh dilakukan pada masa yang sesuai selepas itu. Tarikh kuatkuasa peraturan baru ini akan dimaklumkan kemudian, iaitu selepas Unit Kebajikan Perubatan dimaklumkan mengenai keputusan oleh Mesyuarat JK Farmasi dan Terapeutik ini. Tn. Hj. Zainol Abidin Hamid Azman Mat

Transcript of UNTUK EDARAN DI DALAM JABATAN FARMASI · PDF fileWalau bagaimana pun, Borang Permohonan LP...

Page 1: UNTUK EDARAN DI DALAM JABATAN FARMASI · PDF fileWalau bagaimana pun, Borang Permohonan LP masih perlu diisi dan ... (kecuali ubat kemoterapi bukan standard dan antiemetik berkaitan)

1

UNTUK EDARAN DI DALAM JABATAN FARMASI SAHAJA

KEPUTUSAN MESYUARAT KALI KE 69 JAWATANKUASA FARMASI

DAN TERAPEUTIK HOSPITAL USM PADA 3 SEPTEMBER 2009

Rumusan Keputusan Yang Berkaitan Dengan Jabatan Farmasi

Bil Rumusan Keputusan Tindakan

1 Permohonan ICU untuk menyimpan stok buffer bagi sesetengah ubat

bukan standard di ICU diluluskan.

Walau bagaimana pun, Borang Permohonan LP masih perlu diisi dan

Ketua Jabatan ICU diminta untuk memantau dan merekod penggunaan

ubat-ubat daripada stok buffer tersebut.

Senarai ubat bukan standard yang dibenarkan untuk disimpan sebagai

stok buffer di ICU akan disediakan oleh Tn. Hj. Zainol Abidin Hamid.

Tn. Hj.

Zainol

Abidin

Hamid

2 Pengurusan Ubat Bukan Standard (rujuk edaran).

Mesyuarat memutuskan perkara-perkara berikut:

i. semua urusan perolehan ubat bukan standard

(kecuali ubat kemoterapi bukan standard dan

antiemetik berkaitan) diuruskan oleh Unit

Kebajikan Perubatan.

ii. secara amnya, Unit Kebajikan Perubatan

berperanan untuk melicinkan proses perolehan

ubat-ubatan untuk pesakit dengan syarikat yang

akan dikenalpasti oleh HUSM.

iii. kaedah ini juga terpakai untuk kes-kes pesara atau

bagi pesakit yang dibiayai oleh majikan mereka.

iv. Borang Pembelian Khas (LP) perlu dicetak semula di

mana ‘header’nya adalah Unit Kebajikan Perubatan

(bukan lagi Jabatan Farmasi).

v. Untuk pesakit daripada klinik, pesakit perlu

membawa sendiri borang tersebut ke Unit

Kebajikan Perubatan. Sesi penilaian oleh Unit

Kebajikan Perubatan boleh terus diadakan oleh

Pegawai Kebajikan Perubatan dan penentuan

kelayakan juga boleh ditentukan.

vi. Bagi pesakit yang berada di dalam wad, Borang

Permohonan Khas perlu dihantar oleh pihak wad

kepada Unit Kebajikan Perubatan. Sesi penilaian

oleh Pegawai Kebajikan Perubatan boleh dilakukan

pada masa yang sesuai selepas itu.

Tarikh kuatkuasa peraturan baru ini akan dimaklumkan kemudian, iaitu

selepas Unit Kebajikan Perubatan dimaklumkan mengenai keputusan

oleh Mesyuarat JK Farmasi dan Terapeutik ini.

Tn. Hj.

Zainol

Abidin

Hamid

Azman Mat

Page 2: UNTUK EDARAN DI DALAM JABATAN FARMASI · PDF fileWalau bagaimana pun, Borang Permohonan LP masih perlu diisi dan ... (kecuali ubat kemoterapi bukan standard dan antiemetik berkaitan)

2

4 Kombinasi Valsartan + Amlodipine (Exforge®)

Diluluskan sebagai ubat standard di dalam Formulari HUSM

berdasarkan faktor-faktor efikasi, komplians dan kos. Dikhaskan untuk

pakar sahaja. Jumlah perbelanjaan keseluruhan ubat dalam kumpulan ini

kekal sama.

Tn. Hj.

Zainol

Abidin

Hamid

5 Inj. Phenylephrine 10 mg/ml

Kekal sebagai item bukan standard, tetapi diluluskan untuk disimpan

sebagai stok buffer di Jabatan Farmasi. Untuk kegunaan Unit

Kardiotoraksik sahaja.

Borang Permohonan Khas masih perlu diisi.

Tn. Hj.

Zainol

Abidin

Hamid

6 Human Albumin 5%

Kekal sebagai item bukan standard, tetapi diluluskan untuk disimpan

sebagai stok buffer di Jabatan Farmasi. Untuk kegunaan Unit

Kardiotoraksik sahaja.

Borang Permohonan Khas masih perlu diisi.

Tn. Hj.

Zainol

Abidin

Hamid

7 Inj. Abciximab 10 mg/5 ml

Kekal sebagai item bukan standard, tetapi diluluskan untuk disimpan

sebagai stok buffer di Jabatan Farmasi. Untuk kegunaan Makmal

Kardiologi Invasif (ICL) sahaja.

Borang Permohonan Khas masih perlu diisi.

Diindikasikan untuk Acute Coronary Thrombosis dan Kawasaki Disease.

Tn. Hj.

Zainol

Abidin

Hamid

8 IV Etomidate 20 mg/vial

Kekal sebagai item bukan standard, tetapi diluluskan untuk disimpan

sebagai stok buffer di Jabatan Farmasi. Untuk kegunaan Jabatan

Anestesiologi dan Jabatan Kecemasan sahaja.

Borang Permohonan Khas masih perlu diisi.

Tn. Hj.

Zainol

Abidin

Hamid

9 Avamys®

Mesyuarat bersetuju untuk menggantikan penggunaan Flixonase® nasal

spray dengan Avamys® nasal spray. Asas pertukaran adalah kerana

penggunaan Avamys® bagi Allergic Rhinitis meliputi kesan di bahagian

okular dan penggunaan ubat titis mata Sodium cromoglycate tidak

diperlukan lagi.

Walau bagaimana pun, penggunaan Flixonase® akan diteruskan selagi

stok masih ada.

Tn. Hj.

Zainol

Abidin

Hamid

Page 3: UNTUK EDARAN DI DALAM JABATAN FARMASI · PDF fileWalau bagaimana pun, Borang Permohonan LP masih perlu diisi dan ... (kecuali ubat kemoterapi bukan standard dan antiemetik berkaitan)

3

10 Kawalan Antibiotik Dari Kumpulan Carbapenem.

Kajian Dr. Zakuan (pakar mikrobiologi) mendapati terdapat tahap

kerintangan yang tinggi terhadap imipenem terutama di wad-wad 1

Mutiara, 2 Delima, medikal, dan surgikal.

Mesyuarat telah membincangkan dengan terperinci langkah-langkah

bagi memastikan tahap kerintangan terhadap imipenam dapat dikawal

dan seterusnya dapat dikurangkan.

Untuk itu, mesyuarat telah memutuskan langkah-langkah berikut:

i. mengadakan antibiotic holiday bagi semua antibiotik

daripada kumpulan carbapenem selama 3 bulan, untuk

kesemua wad di Hospital USM, bermula 13 September

2009.

ii. Good Prescribing Practice hendaklah selalu diamalkan.

iii. Dalam tempoh antibiotic holiday ini, jika penggunaan

antibiotik daripada kumpulan carbapenem memang

diperlukan, doktor yang merawat hendaklah terlebih dahulu

membuat ’consultation’ dengan pakar mikrobiologi.

iv. Carta pengubatan khas akan digunakan bagi mempreskrib

semua jenis antibiotik, terutamanya yang mempunyai

’prescribing criteria’.

Pelaksanaan bagi keputusan-keputusan di atas akan mula dilaksanakan

setelah memorandum Pengarah HUSM kepada semua ketua jabatan

klinikal dikeluarkan.

Makluman

11 Beberapa resolusi yang dicadangkan selepas Bengkel Good Prescribing Practice akan dilaksanakan. Memorandum daripada Pengarah HUSM

akan dikeluarkan untuk memaklumkan tentang pelaksanaan perkara ini.

Makluman