Untuk Resepi Kek Span Coklat

Click here to load reader

  • date post

    02-Jan-2016
  • Category

    Documents

  • view

    232
  • download

    9

Embed Size (px)

Transcript of Untuk Resepi Kek Span Coklat

Untuk resepi kek span coklat, ita menggunakan resepi Kek Coklat Lembab atau Chocolate Moist Cake. Boleh lihat cara-cara dan kaedah penyediaan beserta step by step penyediaan diSINI

BLACK AND WHITE RUSSIAN SQUARE CAKE

Kek Coklat Lembab

Bahan A300 gm tepung gandum

100 gm serbuk koko

1 sudu teh serbuk penaik

1 sudu teh soda bikarbonat

Satukan semua bahanKemudian ayakKetepikan

Bahan B3 biji telur A saiz400 gm gula kastor1 sudu teh esen vanilla

Bahan C250 ml susu cair250 ml minyak jagung

Untuk mendapatkan kek yang lebih moist dan lebih lembut, bolehah tambahkan 2 sudu besar susu pekat manis.

Bahan D250 ml air panas

Satukan semua bahan BPukul hingga putihMasukkan minyak dan susu cair, jika nak lebih moist boleh tambahkan 2 sudu besar susu pekat manisPukul hingga sebatiMasukkan bahan tepung yang telah diayak tadi sedikit-sedikit dan kaup balik adunan dengan spatula.Tambahkan air panas dan gaul rataTuang adunan dalam loyang bulat atau empat persegi ukuran 8 inc yang telah di gris dan di lapik dasar loyang dengan kertas minyak

Bakar adunan di dalam ketuhar yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 170CMasa pembakaran 1 jam sehingga 1 jam 1/2 bergantung kepada kepanasan ketuhar.Untuk memastikan kek telah dibakar sempurna, cucuk tengah kek secara sendeng dengan lidi bersih.Bila lidi keluar licin, ini bermakna kek telah di bakar sempurna.Jika tidak tambahkan lagi masa membakar.Sejukkan kek atas redai setelah masak

Krim Keju Moca

Bahan A12 gm halal gelatin60 gm air

Bahan B400 gm krim keju2 sudu teh Nescafe segera ~ boleh juga letakkan pes Moca60 gm gula icing

Bahan C300 gm Krim Putar bukan tenusu

Mula-mula kita cairkan gelatin dahulu.Satukan gelatin dalam airKemudian cairkan secara kukusanUntuk kaedah mencairkan gelatin boleh rujuk diSINI, untuk cara dan step by step penyediannya.

Satukan bahan BPukul hingga lembutCampurkan gelatin dan pukul hingga licinDalam bekas lain, pukul krim putar bukan tenusu hingga kentalKaup balik krim putar dalam krim keju hingga bergaul sempurnaMasukkan dalam piping bag dan dinginkan dalam peti ais

Chocolate Ganache

Bahan A250 ml krim tenusu40 gm sirap glukos ~ ita lupa nak letak dalam gambar*sirap glukos ada di jual di kedai jual bahan kek

Bahan B400 gm coklat masakan gelap30 gm mentega1 sudu besar pes hazelnut ~ jika suka

Satukan krim tenusu dan sirap glukos, didihkan sehingga timbul buih-buih kecil di tepi periukCoklat masakan gelap di cincang halusTuangkan krim panas dalam bekas coklat dan biarkan coklat mencair, gaul rataMasukkan mentega dan gaul sempurnaJika inginkan rasa ganache yang lebih enak tambahkan 1 sudu besar pes Hazelnut, jika tiada boleh letakkan Nutella sebagai ganti.SejukkanMasukkan dalam piping bag dan dinginkan dalam peti ais

Sirap Nescafe

1 sudu besar Nescafe segera1/4 cawan air suam

Satukan semua bahan dan kacau rata

Kaedah Penyediaan

Kek yang telah sejuk dipotong kepada 4 kepingan

Kaedah memotong kek boleh rujuk diSINILetakkan 1 keping kek atas lapik kek

Sapukan sirap Nescafe di atas permukaan kek rata.

Boleh juga masukkan sirap dalam botol spray dan spraykan atas kek

Ini bertujuan untuk melembabkan kek

Paipkan di tengah-tengah kek secara menyerong, garnache coklat diikuti krim keju moca

Lakukan berselang seli sehingga habis

Letakkan pula sekeping lagi kek dan seperti yang pertama sapukan juga sirap Nescafe.

Kemudian paipkan pula krim keju moca pula di tengah kek secara menyerong

Ulang proses yang sama hingga habis semua lapisan kek

Kemaskan tepi kek

Simpan sebentar dalam peti ais

Kemudian salutkan atau lempa kek dengan baki krim keju moca pada keseluruhan kek

Simpan semula dalam peti ais hingga krim keju mengeras

Ambil lebihan Garnache dan cairkan dengan kaedah kukusanDouble boilerAlihkan kek atas redai

Alas redai dengan loyang supaya lebihan garnache tumpah ke dalamnya

Tuangkan garnache atas di tengah kek, kemudian di tepi hingga ganache meleleh turun dan menyaluti keseluruhan kek

Sendengkan ke kiri dan ke kanan loyang supaya ia rata

Biarkan sebentar

Kaedah mencurahkan garnache dan step by step boleh rujuk diSINIAlihkan Kek yang telah di letakkan ganache dari redai ke lapik kek semula

Cara dan kaedah mengalihkan kek dari redai ke lapik kek boleh rujuk diSINISimpan kek dalam peti ais hingga ganache mengeras

Hias kek mengikut kreativiti.

Untuk Black and White Russian Square Cake, seeloknya potong sekeliling kek untuk menampakkan corak sesuai dengan nama yang diberikan padanya.

Untuk kaedah dan cara memotong kek sila rujuk diSINIUntuk kek bentuk bulat boleh rujuk diSINIkaedah dan cara penyediaannya dengan step by step.

Terima kasih kepada rakan-rakan yang mengucapkan selamat ulang tahun kepada Azrul dan

Selamat Mencuba

.

KEK CHOC MOIST KUKUSBy:Pn. Munira Baharum

Bahan A1 cwn gula pasir1 cwn serbuk koko1 cwn susu cair1 cwn susu pekat1 cwn minyak masakKesemua bahan -bahan di atas di satukan. Masukkan dalam periuk dan masak atas api perlahan, sentiasa kacau. Bila ia dah licin matikan api dan rehatkan.

Bahan B3/4 cawan tepung gandum1 sudu teh soda bicarbonat1 sudu teh baking powderKesemua bahan diatas disatukan, kemudian di ayakBahan C

4 biji telur ~ diblenderPanaskan kukusanSediakan loyang 8 inc, sapukan butter dan alas dasar loyang dengan baking paper ~ ketepikanPanaskan loyang dalam kukusan terlebih dahuluMasukkan bahan B dan bahan C kedalam bahan A, secara berselang seli. Mulakan dengan bahan B dan akhiri dengan bahan B ~ B, C, B, C, BKacau sebati, guna spatula aje.Tuangkan adunan dalam loyangTutup loyang dengan aluminium foilKukus adunan selama 1 jam atau sehingga kek dimasak dengan sempurna.Bila kek dah masak, biarkan kek sejuk sekejap dalam 15 minit, kemudian terbalikkan loyang atas redai untuk keluarkan kek.Biarkan kek betul-betul sejuk sebelum kita potong kek kepada 4 kepingan.

CHOCOLATE GANACHE

100ml double cream/ whipping cream250gm coklat gelap dicincang halussedikit garam ~ ita tak letak1 sudu besar golden syrup ~ ita tambah1 sudu teh paste vanila ~ ita tambah1 sudu teh gelatin ~ Halal Jel50 ml air

Taburkan gelatin Halal Jel dalam 50 ml airBiarkan ia kembangKemudian panaskan cara double boiler hingga gelatin larut ~ ketepikanDouble boil cream jangan sampai mendidih, tambah coklat & sedikit garam, kacau rata.Tambahkan golden syrupBila semua sudah cair tambahkan gelatin tadi.Kacau rataLetakkan perisa vanila dan kacau sebatiAngkat dan sejukkanBila dah sejuk masukkan dalam piping bag dan simpan dalam peti ais hingga ia mengeras sedikit.

Ganache ni kita kena buat 2 adunan. Satu adunan kita letak gelatin dan satu lagi tak perlu. Yang tak perlu kita ketak gelatin tu kita buat setelah kek kita siap kita sapukan dengan cream cheese frosting dan selepas cream cheese mengeras. Itupun jika kita nak sapukan keseluruhan kek dengan ganache, jika nak buat macam ita ni tak perlu lah buat ganache ke 2 tu.

Sekarang kita sediakan pula Cream Cheese Frosting. Sebeluam kita buat cream cheese frosting, cheese dan butter tu kita kena keluarkan awal dari peti ais. Biarkan kedua-dua bahan ini berada pada suhu bilik.

CREAM CHEESE FROSTING

125gm Philadelphia cream cheese60gm mentega1/2 cawan gula aising1 sdt vanila ekstrak1 sudu kecil jus daripada lemon1 sudu kecil paste lemon ~ ita tambahsedikit pewarna kuning ~ ita tambah

Pukul cream cheese dan mentega hanya sampai creamy aje, tambahkan gula aising, pewarna dan jus lemon.Masukkan adunan dalam piping bag dan simpan dalam peti ais hingga ia sedikit mengeras.

Bila kesemua bahan telah siap kita mulakan pula proses untuk melapis kek.Kek tadi kita potong pada 4 kepingan yang sama besar. Buangkan lapisan permukaan kek yang keras.Letakkan sekeping kek atas lapik kek

Letakkan cream cheese di tengah-tengah kek bentuk bulatan ukuran sebesar duit siling 50 sen. Kemudian letakkan pula ganache coklat di sekeliling cream cheese tadi dalam bentuk lingkaran. Buat kaedah ini sehingga habis secara berselang seli macam dalam gambar.

Setelah habis selapis, masukkan semula dalam peti ais sekejap dalam 10 minit, kemudian keluarkan dan letakkan pula lapisan kek yang kedua. Dengan kaedah yang sama cuma kali ini lapisan bulatan siling 50 sen ditengah ditukar pada ganache coklat pula. Buat kaedah yang sama hingga habis. Kemudian simpan semula dalam peti ais anggaran 10 minit.

Keluarkan dan mulakan pula lapisan pada kepingan yang ke tiga, cara dan kaedahnya sama seperti kepingan yang pertama.

Setelah siap kita letakkan lapisan yang terakhir dan salutkan keseluruhan kek dengan cream cheese tadi. Simpan dalam peti ais sehingga cream cheese yang tersalut pada permukaan kek mengeras.

Sementara kita menunggu cream cheese mengeras kita sediakan ganache coklat untuk salut permukaan luar kek. Kaedah yang sama seperti resepi ganache di atas cuma kali ni tak perlu letak gelatin.

Kek yang dah siap tadi kita letakkan atas redai untuk proses meletakkan ganache. Alas bawah redai dengan loyang supaya bila kita tuang ganache baki ganache akan jatuh ke dalam loyang.Curahkan ganache dari tengah dan biarkan ganache meleleh turun ke sisi. Jangan ratakan permukaan kek ye biar ia rata sendiri. Cuma perlu sendeng-sendengkan loyang sahaja .

Kemaskan kek dan simpan semula dalam peti ais hingga ganache mengeras.Hiaslah kek mengikut kreativiti masing-masing.

Kek Asas 2 Kek Pandan

KEK SPAN PANDAN

150 gm tepung kek / tepung naik sendiri / tepung gandum1 sudu teh baking powder150 gm gula kastor5 biji telur80 ml air4 helai daun pandan80 ml mentega cair1 sudu besar ovelletePewarna