Untuk Siaran Segera SIARAN MEDIA LOJI RAWATAN KUMBAHAN ... Media/2017/siara… · 1 Untuk Siaran...

2
1 Untuk Siaran Segera SIARAN MEDIA LOJI RAWATAN KUMBAHAN PANTAI 2 DAN PANTAI ECO PARK KUALA LUMPUR DIBUKA SECARA RASMI Tingkatkan Kelestarian Alam Sekitar Dan Kualiti Hidup Rakyat Kuala Lumpur, 25 Mei 2017 Loji bawah tanah pertama di Malaysia dan terbesar di rantau Asia Pasifik, Loji Rawatan Kumbahan Pantai 2 (P2STP) telah dibuka secara rasminya oleh YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abd Razak, Perdana Menteri Malaysia pada hari ini. Loji yang mengaplikasikan teknologi Advance Anaerobic-Anoxic-Oxic (Advance AAO) yang pertama di Malaysia ini akan memberikan manfaat dari sudut kebersihan alam sekitar yang mana, pengoperasian P2STP ini akan dapat meningkatkan kuantiti dan kualiti sisa kumbahan (efluen) yang terawat untuk digunakan semula dengan lebih efektif. Ia juga berupaya untuk mengelak daripada pengaliran terus sisa kumbahan ke sungai- sungai. Secara tidak langsung, situasi ini akan mengurangkan risiko masyarakat daripada terdedah kepada penyakit bawaan air, bau yang tidak menyenangkan, kesan pencemaran dan lain-lain, sekali gus dapat meningkatkan kesejahteraan hidup rakyat. Dari sudut sosial, ekonomi dan pendidikan pula, P2STP ini berupaya untuk menyediakan keperluan riadah, rekreasi, sukan dan berpotensi menjadi kawasan tarikan pelancong serta showcase kepada aplikasi teknologi hijau. Projek feel good factor kepada rakyat di bawah Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) ini menelan kos sebanyak RM983 juta. Ia dibina oleh Syarikat BEWG (M) Sdn. Bhd yang dilihat berpotensi tinggi untuk menyumbang kepada kelestarian alam sekitar dan kualiti kehidupan penduduk sekitar. Loji ini turut menerapkan potensi teknologi hijau seperti teknologi penuaian air hujan, penggunaan bio-efluen, penggunaan bio-gas (400 KW) dan panel solar (200 KW) untuk menjana elektrik bagi menyokong keperluan operasi loji. Teknologi “Wastewater Source Heat Pump” turut digunakan untuk menyejukkan sistem pendingin hawa, yang menggunakan efluen sebagai medium penyejukan, sekaligus mengurangkan kebergantungan kepada air bersih. Sebahagian efluen juga dikitar semula bagi memenuhi keperluan penggunaan air di loji termasuk bagi tujuan pembersihan. Sistem penuaian air hujan turut digunakan bagi keperluan sistem curahan untuk tandas dan pengairan landskap. Ini merupakan satu lagi penjimatan yang besar dalam penggunaan air bersih. Projek ini membantu pencapaian sebahagian sasaran Kerajaan untuk meningkatkan liputan perkhidmatan pembetungan bersambung sehingga 80 peratus bagi bandar-bandar utama seluruh negara menjelang tahun 2020. Ia juga bertepatan dengan salah satu strategi

Transcript of Untuk Siaran Segera SIARAN MEDIA LOJI RAWATAN KUMBAHAN ... Media/2017/siara… · 1 Untuk Siaran...

Page 1: Untuk Siaran Segera SIARAN MEDIA LOJI RAWATAN KUMBAHAN ... Media/2017/siara… · 1 Untuk Siaran Segera SIARAN MEDIA LOJI RAWATAN KUMBAHAN PANTAI 2 DAN PANTAI ECO PARK KUALA LUMPUR

1

Untuk Siaran Segera SIARAN MEDIA

LOJI RAWATAN KUMBAHAN PANTAI 2 DAN PANTAI ECO PARK KUALA LUMPUR DIBUKA SECARA RASMI

Tingkatkan Kelestarian Alam Sekitar Dan Kualiti Hidup Rakyat Kuala Lumpur, 25 Mei 2017 – Loji bawah tanah pertama di Malaysia dan terbesar di rantau Asia Pasifik, Loji Rawatan Kumbahan Pantai 2 (P2STP) telah dibuka secara rasminya oleh YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abd Razak, Perdana Menteri Malaysia pada hari ini. Loji yang mengaplikasikan teknologi Advance Anaerobic-Anoxic-Oxic (Advance AAO) yang pertama di Malaysia ini akan memberikan manfaat dari sudut kebersihan alam sekitar yang mana, pengoperasian P2STP ini akan dapat meningkatkan kuantiti dan kualiti sisa kumbahan (efluen) yang terawat untuk digunakan semula dengan lebih efektif. Ia juga berupaya untuk mengelak daripada pengaliran terus sisa kumbahan ke sungai-sungai. Secara tidak langsung, situasi ini akan mengurangkan risiko masyarakat daripada terdedah kepada penyakit bawaan air, bau yang tidak menyenangkan, kesan pencemaran dan lain-lain, sekali gus dapat meningkatkan kesejahteraan hidup rakyat. Dari sudut sosial, ekonomi dan pendidikan pula, P2STP ini berupaya untuk menyediakan keperluan riadah, rekreasi, sukan dan berpotensi menjadi kawasan tarikan pelancong serta showcase kepada aplikasi teknologi hijau. Projek feel good factor kepada rakyat di bawah Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) ini menelan kos sebanyak RM983 juta. Ia dibina oleh Syarikat BEWG (M) Sdn. Bhd yang dilihat berpotensi tinggi untuk menyumbang kepada kelestarian alam sekitar dan kualiti kehidupan penduduk sekitar. Loji ini turut menerapkan potensi teknologi hijau seperti teknologi penuaian air hujan, penggunaan bio-efluen, penggunaan bio-gas (400 KW) dan panel solar (200 KW) untuk menjana elektrik bagi menyokong keperluan operasi loji. Teknologi “Wastewater Source Heat Pump” turut digunakan untuk menyejukkan sistem pendingin hawa, yang menggunakan efluen sebagai medium penyejukan, sekaligus mengurangkan kebergantungan kepada air bersih. Sebahagian efluen juga dikitar semula bagi memenuhi keperluan penggunaan air di loji termasuk bagi tujuan pembersihan. Sistem penuaian air hujan turut digunakan bagi keperluan sistem curahan untuk tandas dan pengairan landskap. Ini merupakan satu lagi penjimatan yang besar dalam penggunaan air bersih. Projek ini membantu pencapaian sebahagian sasaran Kerajaan untuk meningkatkan liputan perkhidmatan pembetungan bersambung sehingga 80 peratus bagi bandar-bandar utama seluruh negara menjelang tahun 2020. Ia juga bertepatan dengan salah satu strategi

Page 2: Untuk Siaran Segera SIARAN MEDIA LOJI RAWATAN KUMBAHAN ... Media/2017/siara… · 1 Untuk Siaran Segera SIARAN MEDIA LOJI RAWATAN KUMBAHAN PANTAI 2 DAN PANTAI ECO PARK KUALA LUMPUR

2

Rancangan Malaysia Ke-11 iaitu memastikan perkhidmatan bekalan air dan pembetungan yang berkualiti dan cekap. Loji ini kini berada pada fasa terakhir kontrak sebelum diserahkan kepada Indah Water Konsortium Sdn. Bhd. untuk dioperasi. Menurut YAB Perdana Menteri, projek ini membuktikan bahawa Kerajaan sentiasa komited dan prihatin terhadap keperluan dan denyut nadi rakyat. Ia dapat diterjemahkan melalui pembinaan sebuah taman rekreasi dipenuhi landskap hijau yang dinamakan Pantai Eco Park di atas P2STP ini. Loji dan Pantai Eco Park ini mampu memberi manfaat yang besar kepada penduduk sekitar dan berpotensi menjadi hub pendidikan teknologi hijau negara. Turut hadir adalah Menteri KeTTHA YB Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili, Timbalan Menteri KeTTHA YB Dato’ Sri Dr. James Dawos Mamit, Pemangku Timbalan Menteri KeTTHA YB Dato’ Seri S.K. Devamany, Ketua Setiausaha KeTTHA YBhg. Dato’ Seri Ir. Dr. Zaini Ujang dan Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Pembetungan YBhg. Dato’ Sri Ir. Dr. Zullkefle Nordin.

-Tamat- Perhubungan Media: Che Hazlina Yusof | Tel: 012-2695759 | Email: [email protected]