Upacara Pelantikan Jawatan Presiden A.S.: Satu … tidak diwajibkan, setiap presiden sejak George...

3
Upacara Pelantikan Jawatan Presiden A.S.: Satu Tradisi Luar Biasa Kebanyakan institusi kerajaan dan tradisi politik Amerika Syarikat menyokong kesinambungan di tengah- tengah perubahan. Undang-undang dan tradisi sekitar upacara pelantikan presiden adalah antara contoh terbaik kesinambungan semasa perubahan politik. Upacara pelantikan presiden A.S. merangkumi tradisi dwipartisan yang unik, malah debat politik partisan yang hangat diketepikan untuk menghormati peralihan kuasa yang aman. Upacara pelantikan presiden menyatukan ketiga-tiga cabang kerajaan A.S.: eksekutif, perundangan dan kehakiman. Ketua Hakim Negara Mahkamah Agung A.S. mentadbir Sumpah Jawatan di Kapitol iaitu tempat di mana Kongres bermesyuarat. Kedua-dua parti politik utama terlibat dalam merancang upacara ini. Kebanyakan tradisi upacara pelantikan A.S. berasal daripada Pelantikan Presiden George Washington 1789; sementara tradisi-tradisi yang lain berkembang dari masa ke semasa. Apabila Perlembagaan Tidak Digunakan Perlembagaan Amerika Syarikat tidak menyatakan bagaimana pelantikan seorang presiden. Ia hanya menyatakan orang yang dilantik mesti mengangkat "Sumpah Jawatan." Ia juga membenarkan sedikit kelonggaran: “Bahawa saya dengan sesungguhnya bersumpah (atau berikrar) bahawa saya setia akan melaksanakan jawatan sebagai Presiden Amerika Syarikat, dan akan melakukan yang terbaik mengikut keupayaan saya, memelihara, melindungi dan mempertahankan Perlembagaan Amerika Syarikat." Pilihan untuk berikrar telah diberikan dalam kes kepercayaan agama seseorang yang melarang bersumpah. Hanya seorang presiden, Franklin Pierce pada tahun 1853, memilih untuk "mengikrar" sumpah jawatannya dan tidak "bersumpah." Perlembagaan asal tidak menyatakan lebih daripada sumpah jawatan. Ia tidak menyebut bila presiden yang dilantik mesti memulakan jawatannya, di mana beliau mengangkat sumpah, siapa yang mentadbir sumpah itu, apa yang berlaku jika perkataan-perkataannya disalah sebut, apa yang berlaku jika penggal

Transcript of Upacara Pelantikan Jawatan Presiden A.S.: Satu … tidak diwajibkan, setiap presiden sejak George...

Page 1: Upacara Pelantikan Jawatan Presiden A.S.: Satu … tidak diwajibkan, setiap presiden sejak George Washington telah menyampaikan ucapan pelantikan. Penyesuaian Pengalaman Lama kelamaan,

Upacara Pelantikan Jawatan Presiden A.S.: Satu Tradisi Luar Biasa

Kebanyakan institusi kerajaan dan tradisi politik Amerika Syarikat menyokong kesinambungan di tengah-

tengah perubahan. Undang-undang dan tradisi sekitar upacara pelantikan presiden adalah antara

contoh terbaik kesinambungan semasa perubahan politik. Upacara pelantikan presiden A.S.

merangkumi tradisi dwipartisan yang unik, malah debat politik partisan yang hangat diketepikan untuk

menghormati peralihan kuasa yang aman.

Upacara pelantikan presiden menyatukan ketiga-tiga cabang kerajaan A.S.: eksekutif, perundangan dan

kehakiman. Ketua Hakim Negara Mahkamah Agung A.S. mentadbir Sumpah Jawatan di Kapitol iaitu

tempat di mana Kongres bermesyuarat. Kedua-dua parti politik utama terlibat dalam merancang

upacara ini.

Kebanyakan tradisi upacara pelantikan A.S. berasal daripada Pelantikan Presiden George Washington

1789; sementara tradisi-tradisi yang lain berkembang dari masa ke semasa.

Apabila Perlembagaan Tidak Digunakan

Perlembagaan Amerika Syarikat tidak menyatakan bagaimana pelantikan seorang presiden. Ia hanya

menyatakan orang yang dilantik mesti mengangkat "Sumpah Jawatan." Ia juga membenarkan sedikit

kelonggaran: “Bahawa saya dengan sesungguhnya bersumpah (atau berikrar) bahawa saya setia akan

melaksanakan jawatan sebagai Presiden Amerika Syarikat, dan akan melakukan yang terbaik mengikut

keupayaan saya, memelihara, melindungi dan mempertahankan Perlembagaan Amerika Syarikat."

Pilihan untuk berikrar telah diberikan dalam kes kepercayaan agama seseorang yang melarang

bersumpah. Hanya seorang presiden, Franklin Pierce pada tahun 1853, memilih untuk "mengikrar"

sumpah jawatannya dan tidak "bersumpah."

Perlembagaan asal tidak menyatakan lebih daripada sumpah jawatan. Ia tidak menyebut bila presiden

yang dilantik mesti memulakan jawatannya, di mana beliau mengangkat sumpah, siapa yang mentadbir

sumpah itu, apa yang berlaku jika perkataan-perkataannya disalah sebut, apa yang berlaku jika penggal

Page 2: Upacara Pelantikan Jawatan Presiden A.S.: Satu … tidak diwajibkan, setiap presiden sejak George Washington telah menyampaikan ucapan pelantikan. Penyesuaian Pengalaman Lama kelamaan,

presiden berakhir sebelum presiden yang dilantik mengangkat sumpah, sama ada terdapat perkataan-

perkataan yang boleh ditambah pada sumpah, sama ada ucapan perlu dibuat dan banyak lagi perkara-

perkara yang berpotensi membangkitkan kontroversi. Bersumpah dengan Kitab Injil tidak diwajibkan,

namun kebanyakan presiden memilih untuk bersumpah dengannya. Contohnya John Quincy Adams

bersumpah dengan buku undang-undang.

Pindaan ke-20 pada Perlembagaan menetapkan bila upacara pelantikan dibuat. Berkuat kuasa selepas

peralihan era Kemerosotan yang sukar dari Herbert Hoover hingga Franklin Roosevelt pada tahun 1932,

Perlembagaan menetapkan permulaan penggal presiden pada tengah hari 20 Januari. Selagi hari itu

tidak tiba, presiden yang dipilih melalui pilihan raya pada bulan November tidak memegang jawatannya

sehingga 4 Mac, iaitu tarikh Kongres Kontinental telah tetapkan untuk upacara pelantikan Presiden

Washington dalam tahun 1788.

Tradisi Mengambil Alih

Tetapi Pindaan ke-20 tidak menangani satu soalan penting: apa yang perlu dilakukan jika tarikh upacara

pelantikan jatuh pada hari Ahad, hari libur tradisional yang mana dahulunya adalah menyalahi undang-

undang untuk menjalankan urusan kerajaan dan perniagaan di kebanyakan tempat pada hari tersebut.

James Monroe telah meminta nasihat daripada Mahkamah Agung dan hanya mengangkat sumpah pada

hari esoknya, Isnin, 5 Mac 1821. Pada tahun 1849, Zachary Taylor melakukan perkara yang sama.

Rutherford Hayes mengangkat sumpah dua kali - 3 dan 5 Mac 1877. Bagaimanapun, Woodrow Wilson

mengangkat sumpah secara persendirian pada hari Ahad, 4 Mac, dan secara terbuka pada hari Isnin, 5

Mac 1917.

Namun selepas pindaan Perlembagaan menetapkan tarikh dan masa tertentu, risiko sama ada

mempunyai presiden atau tidak walaupun selama sehari tiba-tiba menjadi sangat jelas. Dwight D.

Eisenhower pada tahun 1957 dan Ronald Reagan pada tahun 1985 telah mengangkat sumpah secara

persendirian pada hari Ahad, 20 Januari dan sekali lagi dalam upacara terbuka pada hari berikutnya.

Sumpah persendirian Presiden Reagan telah ditayangkan di kaca televisyen.

Disebabkan tarikh pelantikan kedua Presiden Barack Obama jatuh pada hari Ahad, Presiden Afrika-

Amerika Amerika Syarikat yang pertama akan mengangkat sumpah jawatan dalam satu majlis awam

pada hari cuti kebangsaan memperingati pemimpin hak sivil Martin Luther King Jr, 21 Januari 2013.

Ketua Hakim A.S. John Roberts akan mentadbir sumpah rasmi ini dalam satu majlis kecil pada tengah

hari Ahad, 20 Januari.

Page 3: Upacara Pelantikan Jawatan Presiden A.S.: Satu … tidak diwajibkan, setiap presiden sejak George Washington telah menyampaikan ucapan pelantikan. Penyesuaian Pengalaman Lama kelamaan,

Walaupun tidak diwajibkan, setiap presiden sejak George Washington telah menyampaikan ucapan

pelantikan.

Penyesuaian Pengalaman

Lama kelamaan, senarai upacara, aktiviti dan tradisi pelantikan telah berkembang, begitu juga dengan

bilangan orang yang menghadiri upacara tersebut. Fakta-fakta yang unik, duluan atau peristiwa penting

dikaitkan dengan hampir setiap upacara pelantikan. Berikut adalah beberapa fakta-fakta ini:

Pada tahun 1837, Presiden yang akan berhenti Andrew Jackson dan Presiden yang akan dilantik

Martin Van Buren pergi ke Kapitol dalam kenderaan yang sama. Kebanyakan presiden yang

akan berhenti dan presiden yang akan dilantik meneruskan tradisi perjalanan bersama ke

upacara.

Pada tahun 1877, Rutherford B. Hayes memulakan tradisi presiden yang akan dilantik dan

presiden yang akan berhenti berjumpa dahulu di Rumah Putih sebelum melakukan perjalanan

bersama ke Kapitol.

Franklin D. Roosevelt memulakan tradisi menghadiri upacara keagamaan pagi gereja pada Hari

Pelantikan pada tahun 1933.

James Madison dan isterinya, Dolley, adalah tetamu kehormat pada majlis perjumpaan sosial

pelantikan rasmi yang pertama, yang diadakan di Long’s Hotel di Washington dalam bulan Mac

1809. Tiket berharga $4.

Pada tahun 1953, Jawatankuasa Bersama Kongres mengenai Upacara Pelantikan mula

menganjurkan satu majlis makan tengah hari di Kapitol untuk memberi penghormatan kepada

presiden baru. Makanan yang dihidangkan selalunya dari negeri asal presiden.

Jimmy Carter adalah presiden pertama yang berjalan di laluan perarakan dari Kapitol ke Rumah

Putih. Tetapi amalan ini tidak digalakkan atas sebab keselamatan.