Upn Maal Hijrah

5
Seperti sedia maklum, 25 Oktober 2014 merupakan tahun baru dalam Takwim Islam bersamaan dengan 1 Muharaam 1436H. Maal Hijrah merupakan hari yang penting bagi umat Islam kerana menandakan peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah Islam iaitu memperingati penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w dari Kota Makkah ke Madinah pada tahun 622 Masihi. Peristiwa bersejarah itu berlaku pada 1 Muharam tahun baru bagi Takwim Hijrah. Namun Tahun Hijrah Rasulullah SAW dari Mekah ke Madinah itu diambil sebagai permulaan kiraan bagi kalendar Hijrah. Salam Maal Hijrah. Selamat Tahun Baru 1436H. Tidak lama lagi kita akan menyambut ketibaan 1 Muharram. Permulaan baru. Hijrah bermaksud berpindah. Tetapi Hijrah dari segi istilah dalam sejarah tamadun Islam bermaksud perpindahan Rasulullah S.A.W berserta sahabat – sahabat baginda dari Kota Makkah ke Yathrib (Madinah) pada tahun 622 Masihi, iaitu 13 tahun selepas baginda diutus menjadi Rasul. Sejarah Hijrah Nabi Muhammad S.A.W Saya masih ingat ketika belajar dulu kat sekolah menengah, fakta-fakta penting mengenai peristiwa hijrah Rasulullah S.A.W: Kaum Quraish nak bunuh Nabi Muhammad S.A.W dengan mengupah 11 penjenayah terpilih. Saidina Ali jadi pengganti Nabi S.A.W di tempat pembaringan. Nabi Muhammad S.A.W guna pasir untu kaburi penglihatan penjenayah atas izin Allah S.W.T Ali terselemat dari dibunuh di tempat pembaringan Ingat-ingat lupa, detail mengenai hijrah ni saya tak dapat nak recall, al maklumlah umur dah semakin mantap .. hoho ... Setelah merujuk beberapa sumber, kejadian hijrah itu berlaku pada pada 26 Safar tahun ke-14 kenabian, setelah mendapat wahyu dari Allah S.W.T. Baginda Nabi telah melakukan perpindahan dari kota Mekah ke Madinah pada waktu malam, yang ketika itu rumah baginda dikepung oleh 11 penjenayah kejam lagi licik diupah oleh pembesar-pembesar kaum Quraish.

description

MAAL HIJRAH

Transcript of Upn Maal Hijrah

Seperti sedia maklum, 25 Oktober 2014 merupakan tahun baru dalam Takwim Islam bersamaan dengan 1 Muharaam 1436H. Maal Hijrah merupakan hari yang penting bagi umat Islam kerana menandakan peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah Islam iaitu memperingati penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w dari Kota Makkah ke Madinah pada tahun 622 Masihi. Peristiwa bersejarah itu berlaku pada 1 Muharam tahun baru bagi Takwim Hijrah. Namun Tahun Hijrah Rasulullah SAW dari Mekah ke Madinah itu diambil sebagai permulaan kiraan bagi kalendar Hijrah.

Salam Maal Hijrah. Selamat Tahun Baru 1436H. Tidak lama lagi kita akan menyambut ketibaan 1 Muharram. Permulaan baru. Hijrah bermaksud berpindah.

Tetapi Hijrah dari segi istilah dalam sejarah tamadun Islam bermaksud perpindahan Rasulullah S.A.W berserta sahabat sahabat baginda dari Kota Makkah ke Yathrib (Madinah) pada tahun 622 Masihi, iaitu 13 tahun selepas baginda diutus menjadi Rasul.Sejarah Hijrah Nabi Muhammad S.A.WSaya masih ingat ketika belajar dulu kat sekolah menengah, fakta-fakta penting mengenai peristiwa hijrah Rasulullah S.A.W: Kaum Quraish nak bunuh Nabi Muhammad S.A.W dengan mengupah 11 penjenayah terpilih. Saidina Ali jadi pengganti Nabi S.A.W di tempat pembaringan. Nabi Muhammad S.A.W guna pasir untu kaburi penglihatan penjenayah atas izin Allah S.W.T Ali terselemat dari dibunuh di tempat pembaringan

Ingat-ingat lupa, detail mengenai hijrah ni saya tak dapat nak recall, al maklumlah umur dah semakin mantap .. hoho ...

Setelah merujuk beberapa sumber, kejadian hijrah itu berlaku pada pada 26 Safar tahun ke-14 kenabian, setelah mendapat wahyu dari Allah S.W.T. Baginda Nabi telah melakukan perpindahan dari kota Mekah ke Madinah pada waktu malam, yang ketika itu rumah baginda dikepung oleh 11 penjenayah kejam lagi licik diupah oleh pembesar-pembesar kaum Quraish.

Persiapan dan perancangan untuk membunuh Nabi Muhammad S.A.W dibuat di Darul Nadwah pada pagi tersebut.

Apabila malam menjelma, iaitu malam 27 Safar tahun ke-14 kenabian, 11 orang penjenayah tersebut telah berkumpul di depan rumah Nabi. Pembunuhan telah dirancang untuk diadakan pada setengah malam iaitu ketika Nabi sedang tidur. Jadi, sepanjang malam itu mereka menunggu dan mengintai-intai samada Nabi sudah tidur atau belum.

Kisah di atas ada disebut dalam Surah al-Anfal, ayat ke-30.

Sebelum Nabi S.A.W bertolak meninggalkan rumah, Banginda telah menyuruh Ali bin Abi Talib untuk tidur di tempat tidurnya dengan menggunakan selimut yang biasa Nabi gunakan iaitu selimut al-Hadrami berwarna hijau. Nabi kemudian keluar, mengambil pasir dan menaburkannya ke atas penjenayah-penjenayah itu sambil membaca ayat ke-9 dari surah Yasin.

Nabi S.A.W telah memulakan hijrah bersama-sama dengan Saidina Abu Bakar A.S. Sebelum memulakan hijrah, Nabi S.A.W terlebih dahulu ke rumah Saidina Abu Bakar A.S. Dari rumah Saidina Abu Bakar A.S, Nabi bersama Saidina Abu Bakar A.S. telah keluar menerusi pintu belakang sebelum terbit fajar. Baginda berdua telah menuju ke Gua Thur.

Perjalanan ke Gua Thur bukanlah jalan kebiasaan dilalui untuk ke Madinah. Ia menghala arah selatan, walhal kebiasaan ketika itu perjalanan untuk ke Madinah adalah menerusi arah utara. Mereka sengaja mengikut arah selatan dan tidak mengikut arah utara yang menjadi jalan biasa agar tidak dikesan oleh musuh. Apabila keadaan menjadi tenang, mereka keluar dari Gua Thur menuju ke Yathrib dengan dipandu oleh Abdullah bin Uraiqat.

Peristiwa hijrah ini berlaku secara berperingkat, dan berdikit-dikit. Ini adalah kerana untuk mengelak daripada buruan pihak Quraish.

Baginda Rasulullah S.A.W dan Saidina Abu Bakar sampai di Quba, iaitu kira kira 5km dari Kota Yathrib setelah menempuh perjalanan yang meletihkan selama 8 hari. Pada hari Isnin, 8 Rabiul Awal bersamaan dengan 20 September 622M, baginda S.A.W mendirikan masjid Quba. Inilah masjid yang pertama dibina oleh Rasulullah S.A.W.

Setelah 4 hari di Quba, Rasulullah S.A.W dan rombongan berangkat meneruskan perjalanan. Sebelum sampai ke Yathrib, baginda singgah di suatu tempat yang bernama Lembah Ranuna. Di lembah ini baginda telah menunaikan solat fardhu Jumaat. Ini adalah solat Jumaat yang pertama dilakukan oleh Rasulullah S.A.W dan juga khutbah pertama disampaikan.

Pada hari Jumaat, iaitu 12 Rabiul Awal bersamaan 24 September 622M, baginda dan rombongan telah sampai ke Yathrib. Inilah hari bermulanya Kalendar Islam (Kalendar Hijrah). Ketibaan baginda dan rombongan disambut dengan penuh meriah, kesyukuran dan kegembiraan oleh penduduk Yathrib.

Ketika tiba di Yathrib iaitu Madinah, unta yang ditunggangi baginda S.A.W telah berhenti di suatu tempat yang dimiliki oleh dua orang anak yatim. Di sinilah Rasulullah S.A.W. mendirikan masjid pertama di kota Madinah, yang kini terkenal dengan nama Masjid An-Nabawi atau Masjid Madinah Al Munawwarah.

Begitulah serba sedikit kisah penghijrahan Nabi Muhammad S.A.W dan bagaimana bermulanya kalendar Hijrah buat umat Islam.

Agak mendukacita sedikit kerana kalendar Hijrah tidak digunakan secara meluas terutama di negara Islam. Walaupun setiap tahun ada sambutan Maal Hijrah tetapi penggunaan kalendar tahun Hijrah seolah agak terpinggir sedikit. Mungkin nanti saya harap, Malaysia akan jadi negara Islam pertama yang guna pakai kalendar Hijrah dalam urusan pentadbiran dan awam di negara ini.

Salam Maal Hijrah 1436HAlhamdulillah... syukur kita kepada Allah SWT dengan limpah dan kurniaNYA, maka kita sekali lagi dapat menyambut Salam Maal Hijrah atau sambutanAwal Muharam. Selawat dan salam kita ke atas junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW serta para sahabat baginda. Tema Maal Hijrah pada tahun ini adalah"Perpaduan Nadi Transformasi Negara".

Salam Maal Hijrah 1436H

Hari Maal Hijrah atau Awal Muharam adalah hari yang penting bagi umat Islam kerana berlaku satu peristiwa penting dalam sejarah Islam. Ia adalah memperingati penghijrahan Rasulullah dari Kota Mekah ke Kota Madinah pada tahun 622 Masihi.

Dikesempatan akhir bulan Zulhijjah 1435H dan awal Muharram 1436H, saya mengucapakanSalam Maal Hijrah 1436Hbuat semua sanak-saudara, rakan-rakan blogger dan semua umat Islam di seluruh dunia. Maka bertambah lagilah setahun umur kita. Semoga Allah Taala panjangkan usia kita agar dapat beramal denganNYA.Selamat Tinggal 1435Hdan Selamat Datang 1436H.

Salam Maal Hijrah 1436HKalendar Islam bagi panduan umat Islam adalah Takwin Hijrah atau Takwin Islam. Ia diguna pakai secara meluas di kebanyakan negara Islam bagi menentukan hari kebesaran Islam. Takwin Islam merupakan kalendar lunar (berasaskan bulan) dan mempunyai kira-kira 355 hari dalam setahun.

Mula penggunaan Kalendar Tahun hijrah adalah hasil daripada ilham Khalifah Ar-Rasyidin dan disusuli Saidina Umar Al-Khatab r.a. Kalendar Hijrah adalah bersandarkan peristiwa hijrah Rasulullah. Peristiwa itu adalah perintah Allah SWT supaya membuat satu perubahan atau tranformasi perhijrahan dari Kota Mekah ke Kota Madinah. Satu perjuangan dan pengorbanan yang besar agar kaum Muhajirin dan Kaum Ansar bersatu di bawah satu agama iaitu Islam.

Sehingga ke hari ini, kita dapat saksikan Takwin Hijrah atau Takwin Islam untuk penggunaan umat Islam abgi menentukan hari-hari penting dalam Islam seperti Awal Muharam (Tahun Baru Islam), Awal Ramadhan (Hari Raya Aidiladha), 10 Zulhijjah (Hari Raya Aidiladha) dan sebagainya.

Peristiwa Penting Dalam Bulan Muharam 1 Muharam - Khalifah Umar Al-Khatab menetapkan bahawa hari pertama bagi setiap tahun untuk tahun baru Islam (kalendar hijrah). 10 Muharam - Dinamakan juga hari "Asyura". Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mengambarkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah untuk menegakkan keadilan dan kebenaran.Barangsiapa yang berpuasa pada hari Assyuuraa yakni 10Muharram, maka Allah akan memberikan kepadanya pahala 10,000 malaikat; dan barangsiapa yang puasa pada hari Assyuuraa, maka akan diberikan pahala 10, 000 orang Haji dan Umrah, dan 10, 000 orang mati syahid; dan siapa yang mengusap kepala anak yatim pada hari Assyuuraa, maka Allah akan menaikkan dengan rambut satu darjat. Dan barangsiapa yang memberi buka puasa orang mukmin yang berpuasa pada hari Assyuuraa, maka seoleh-oleh memberi buka puasa semua umat Muhammad SAW. dan mengenyangkan perut mereka.

Akhir kata...Salam Maal Hijrah 1436H Bersamaan 2014/2015 Masihi.Pohon kemaafan, jika ada kesalahan dan kesilapan di sepanjang perkongsian ilmu antara kita. Berazamlah dengan membuat penghijrahan daripada keburukan ke arah kebaikan. Semoga Allah Taala terima perhijrahan kita. Insya Allah.....!