upsr-100521091705-phpapp01

download upsr-100521091705-phpapp01

of 3

description

333

Transcript of upsr-100521091705-phpapp01

BM : Nilai-Nilai Murni

Bil.Nilai MurniPenerangan/ Kata Kunci

1.Baik Hati Membantu orang yang dalam kesusahan.

1.1Belas kasihan Bersimpati terhadap kesusahan orang lain.

1.2Bertimbang rasa Mengambil kira keperluan dan perasaan orang lain.

1.3Pemurah Member bantuan secara ikhlas kepada yang memerlukan(menderma, berkongsi, memberikan)

1.4Saling memahami Sanggup memberi dan menerima pandangan serta memahami perasaan dan keperluan orang lain.

1.5Saling bermaafan Sanggup meminta maaf dan memaafkan.

2.Berdikari Sanngup dan boleh melakukan sesuatu tanpa bantuan orang lain.

3.Yakin pada diri sendiri Percaya kepada kebolehan diri dan sanggup mencuba.

4.Berhemah tinggi Tidak sombong/ rendah diri.

5.Bersopan-santun/ berbudi bahasa Berbudi bahasa dan beradad dalam pergaulan(mengucapkan terima kasih, bertanya khabar)

6. Mengakui kesilapan diri Sedia mengakui kesilapan diri sendiri serta sanggup menerima nasihat.

7.Ramah mesra Sedia bergaul mesra dengan semua orang.

8.Hormat- menghormati

Menunjukkan rasa hormat serta memberi layanan yang baik kepada mereka.

8.1Hormat dan taat kepada ibu bapa Memulia dan patuh kepada mereka.

8.2Hormat kepada kerajaan dan Negara Menerima dan hormat kepada kerajaan serta lambang kebesaran negeri dan negara.

8.3Hormat kepada kepercayaan dan adat resam pelbagai kaum Menghormati kepercayaan dan adat resam semua kaum.

9.Patuh kepada undang-undang Mematuhi undang-undang setiap masa .

10.Kasih sayang Menyayangi diri sendiri, orang lain, nyawa binatang dengan ikhlas.

11.Sayang kepada alam sekitar Memelihara dan memulihara kehidupan flora dan fauna untuk kesejahteraan hidup.

12.Adil Membuat pertimbangan dan keputusan secara positif, menyeluruh dan bersesuaian.

12.1Saksama Tidak menyebelahi sesuatu pihak dalam membuat keputusan.

13.Kebebasan di sisi undang-undangBoleh melakukan sesuatu asalkan tidak melanggar batasan peraturan dan undang-undang yang tersurat dalam keluarga, sekolah, komuniti, masyarakat Negara dan agama.

14.Keberanian Gagah dan berani.

14.1Berani mencuba Berani melakukan sesuatu perkara yang baru dan mencuba untuk kebaikan diri sendiri dan orang lain dengan mengambil kira risiko yang akan dihadapi.

14.2Berani kerana benar Berani mempertahankan sesuatu yang diakui kebenarannya dengan menunjukkan bukti yang nyata.

15.Menjaga kebersihan diri

Kebersihan anggota yang perlu dijaga oleh setiap individu untuk kehidupan yang sihat.

16.Menjaga kebersihan persekitaran Pemeliharaan alam sekeliling supaya rapid an bebas daripada kekotoran dan pencemaran.

17.Kebersihan mental Pertuturan dan perlakuan yang terpuji dan perlu diamalkan oleh seseorang dalam pergaulannya.

Bil.Nilai MurniPenerangan/ Kata Kunci

18.Jujur Tidak tamak/ tidak mengambil harat benda orang lain.

19.Amanah Bertanggungjawab dalam melakukan sesuatu tugas yang diberikan dan dapat menimbulkan kepercayaan dan keyakinan orang lain.

20.Bercakap benarMenyatakan perkara yang benar tanpa menokok tambah atau berselindung.

21.IkhlasMelakukan sesuatu dengan suci hati tanpa mengharapkan balasan.

22.RajinBerusaha bersungguh-sungguh untuk menghasilkan sesuatu yang berkualiti.

23.DedikasiBerminat dan rela mengorbankan masa dan tenaga untuk perkara yang berfaedah.

24.BekerjasamaMelakukan sesuatu tugas secara beramai-ramai dan sukarela (bergotong-royong).

25.ToleransiBertolak-ansur serta dapat mengelakkan berlakunya perselisihan.

26.Perpaduaan/ Bersatu-paduBersefahaman dan bekerjasama di peringkat keluarga, masyarakat, Negara dan antarabangsa.

27.Kesederhanaan

27.1Kesederhaan dan perlakuaan yang sederhanaBertutur dan berkelakuan yang tidak melampaui batas serta menyinggung perasaan atau menimbulkan kemarahan orang lain.

27.2Kesederhanaan dalam menimbangkan kepentingan diri dan orang lainMembuat pertimbangan yang sewajarnya supaya memuaskan diri sendiri dan orang lain.

28.Kesyukuran/ BersyukurPatuh dan menerima nasib atau takdir .

29. Menghargai jasa/ mengenang budi/ membalas jasaPenghargaan terhadap sesuatu jasa, sumbangan atau pemberian.

30.RasionalBerupaya mengambil kira baik buruknya sesuatu perkara sebelum membuat keputusan.

31.Semangat bermasyarakatSupaya hidup dalam keadaan yang harmoni.

31.1BermaufakatMengutamakan persetujuan dan kerjasama dalam sesuatu pekerjaan bagi kepentingan bersama.

31.2Semangat kejirananBerbaik-baik, bertolak- ansur, tolong-menolong dan bekerjasama dengan jiran tetangga dan masyarakat.

31.3Peka terhadap isu-isu sosial dalam masyarakat/ prihatinPeka/ memahami masalah masyarakat dan sedia berusaha menyelesaikannya.

32.Semangat patriotik

32.1Cintakan negaraBerbangga dan taat setia serta berusaha untuk memajukan Negara.

32.2Berkorban untuk negaraSanggup melakukan apa sahaja demi mempertahankan Negara daripada diceroboh.