Usaha Bagi Mengekalkan Permainan Tradisional

14
Usaha bagi Mengekalkan Permainan Tradisional Dalam era globalisasi ini, permainan tradisional mula dilupakan. Hal ini terjadi kerana pengaruh permainan moden seperti permainan video, permainan komputer, dan sebagainya berleluasa di pasaran. Mungkin ramai orang tidak tahu bahawa permainan tradisional membawa banyak kebaikan jika permainan ini dipraktikkan oleh generasi muda hari ini. Permainan tradisional bukan sahaja memberi hiburan, malah ia memberi manfaat terhadap kecerdasan rohani dan jasmani sewaktu bermain, terutama di luar rumah. Oleh itu, usaha-usaha tertentu perlu diambil untuk mempopularkan permainan ini, terutamanya kepada generasi muda. Usaha bagi mengekalkan permainan tradisional adalah peranan sekolah agar mengadakan kegiatan kokurikulum yang berkaitan permainan tradisional. Contoh permainan tradisional ialah permainan congkak, mencipta wau sobek atau bermain sepak raga. Bukan sahaja mengadakan pertandingan, tetapi langkah mewajibkan permainan ini di sekolah turut mampu memupuk minat dalam jiwa remaja kita. Tindakan ini bertujuan memastikan semua pelajar di sekolah akan menyertai satu permainan tradisional sebagai aktiviti kokurikulum mereka. Hal ini demikian kerana jiwa para pelajar yang ingin mencuba perkara baru akan tertarik perhatiannya untuk menyertai kegiatan kokurikulum berdasarkan permainan tradisional ini kerana mereka kurang terdedah dengan permainan-permainan tersebut. Dengan ini, generasi muda terutamanya pelajar sekolah dapat mengenal permainan tradisional

description

Kerja kursus Epic OUM

Transcript of Usaha Bagi Mengekalkan Permainan Tradisional

Page 1: Usaha Bagi Mengekalkan Permainan Tradisional

Usaha bagi Mengekalkan Permainan Tradisional

Dalam era globalisasi ini, permainan tradisional mula dilupakan. Hal ini terjadi kerana

pengaruh permainan moden seperti permainan video, permainan komputer, dan sebagainya

berleluasa di pasaran. Mungkin ramai orang tidak tahu bahawa permainan tradisional membawa

banyak kebaikan jika permainan ini dipraktikkan oleh generasi muda hari ini. Permainan

tradisional bukan sahaja memberi hiburan, malah ia memberi manfaat terhadap kecerdasan

rohani dan jasmani sewaktu bermain, terutama di luar rumah. Oleh itu, usaha-usaha tertentu

perlu diambil untuk mempopularkan permainan ini, terutamanya kepada generasi muda.

Usaha bagi mengekalkan permainan tradisional adalah peranan sekolah agar mengadakan

kegiatan kokurikulum yang berkaitan permainan tradisional. Contoh permainan tradisional ialah

permainan congkak, mencipta wau sobek atau bermain sepak raga. Bukan sahaja mengadakan

pertandingan, tetapi langkah mewajibkan permainan ini di sekolah turut mampu memupuk minat

dalam jiwa remaja kita. Tindakan ini bertujuan memastikan semua pelajar di sekolah akan

menyertai satu permainan tradisional sebagai aktiviti kokurikulum mereka. Hal ini demikian

kerana jiwa para pelajar yang ingin mencuba perkara baru akan tertarik perhatiannya untuk

menyertai kegiatan kokurikulum berdasarkan permainan tradisional ini kerana mereka kurang

terdedah dengan permainan-permainan tersebut. Dengan ini, generasi muda terutamanya pelajar

sekolah dapat mengenal permainan tradisional dan boleh mengetahui cara-cara bermain

permainan ini. Oleh itu, tindakan mengadakan kegiatan kokurikulum berdasarkan permainan

tradisional di sekolah berupaya mengekalkan kewujudan permainan ini pada saat masa yang

panjang.

Selain itu, usaha yang dapat dilakukan adalah peranan pihak Kementerian Kesenian,

Kebudayaan, dan Warisan agar mengadakan pesta permainan tradisional di peringkat negeri atau

kebangsaan serta memberi sijil penghargaan kepada sesiapa yang menyertainya. Hal ini dapat

menarik perhatian para pelajar sekolah untuk menyertai pesta tersebut dengan ganjaran sijil

penghargaan yang sedikit sebanyak dapat membantu mereka dalam melanjutkan pelajaran.

Langkah ini berupaya untuk mencungkil bakat-bakat baru yang pada masa yang sama

menggalakkan remaja meminati permainan ini. Dengan memperluas permainan tradisional

hingga ke peringkat angtarabangsa seperti permainan wau dan permainan sepak raga juga

membantu dalam mengekalkan kewujudan permainan tradisional. Usaha memperkenalkan

Page 2: Usaha Bagi Mengekalkan Permainan Tradisional

kepada para pelancong melalui program pelancongan “tak kenal maka tak cinta” dapat

menjadikan permainan tradisional berada dalam taraf angtarabangsa. Oleh itu, jelaslah bahawa

peranan pihak Kementerian Kesenian, Kebudayaan dan Warisan amat penting dalam

mengekalkan kewujudan permainan tradisional.

Di samping itu, kerajaan juga perlu membina lebih banyak kemudahan untuk permainan

tradisional. Pembinaan kawasan padang dan gelanggang khas membolehkan lebih banyak rakyat

negara ini turut melibatkan diri dalam permainan tradisional yang memberi banyak kesan positif

kepada rakyat Malaysia seperti manyatupadukan dan mengeratkan silaturahim sesama

masyarakat. Suasana yang meriah sebegini pasti memberikan impak positif kepada masyarakat.

Mereka melihat permainan ini sebagai sesuatu yang penting dalam kehidupan harian mereka..

Sesungguhnya, lebih banyak kawasan khas permainan ini disediakan semakin bertambahlah

minat masyarakat kita untuk bermain permainan tradisional. Malah, satu kempen yang terancang

tentang permainan ini perlu diadakan oleh pihak berkuasa. Dalam kempen itu dipamerkan

kepentingan permainan tradisional dibekalkan bersama-sama dengan sejarah permainan, tokoh

dan sebagainya. Semua informasi ini memberikan satu pengetahuan baru kepada masyarakat

yang mungkin boleh menimbulkan minat dan penghargaan mereka terhadap permainan

tradisional.

Akhir sekali, berkaitan dengan pembinaan gelanggang, pihak kerajaan boleh memajukan

permainan tradisional dengan turut menyediakan jurulatih yang terlatih dan mahir di setiap

gelanggang yang telah disediakan itu. Dengan adanya jurulatih ini memastikan masyarakat

menerima latihan yang betul tentang sesuatu permainan tradisional itu dan berupaya

mengajarkan pengetahuan mereka itu kepada anak-anak mereka pula. Langkah ini memastikan

berlakunya kesinambungan dalam memainkan permainan tradisional yang semakin dilupakan

kerana tiadanya tunjuk ajar yang tepat tentang permainan tersebut. Jelaslah, permainan tradisonal

ini akan terus dimainkan jika ada jurulatih yang bertauliah untuk mengajar masyarakat kita.

Peranan media massa dalam menyiarkan program yang memaparkan permainan tradisional dan

sukaneka berteraskan permainan tradisional seperti program ‘telematch’ yang disiarkan oleh

media massa Eropah juga menjadi satu langkah efektif untuk menjadikan permainan tradisional

mendapat tempat di hati rakyat Malaysia terutamanya generasi muda.

Page 3: Usaha Bagi Mengekalkan Permainan Tradisional

Kesimpulannya, dalam usaha untuk mengekalkan permainan tradisional, pihak yang

berkenaan haruslah mengambil langkah yang sesuai untuk memperkembangkan dan

memajukannya. Hal ini demikian kerana permainan tradisional membawa banyak kebaikan

kepada masyarakat dan negara. Dalam bidang pelancongan misalnya permainan tradisional dapat

dijadikan daya tarikan pelancong. Khazanah permainan tradisional, sekiranya tidak dikekalkan

akan melenyapkan identiti bangsa.

Page 4: Usaha Bagi Mengekalkan Permainan Tradisional

LANGKAH-LANGKAH MEMPOPULARKAN PERMAINAN TRADISIONAL

Masyarakat Melayu mempunyai pelbagai jenis kebudayaan yang digarap daripada

pelbagai keturunan. Kebudayaan ini disatukan menjadi satu kebudayaan yang unik kerana

hampir setiap keturunan mempunyai adat sehingga membentuk kebudayaan Melayu. Lantaran

resam yang majmuk ini, maka banyak permainan tradisional yang dipertandingkan. Permainan

tradisional telah berupaya membentuk sebahagian daripada kehidupan yang dilalui oleh nenek

moyang kita. Tonggak penting yang menjamin kesinambungan permainan tradisional pada masa

lalu ialah keseragaman cara hidup nenek moyang kita. Keadaan ini membolehkan mereka

bekerja dan berhibur pada masa yang sama. Malah sejak dari kecil lagi mereka membiasakan diri

dengan keadaan yang demikian. Apabila sesuatu permainan diadakan di sesebuah kampung,

penduduk kampung berdekatan turut berkunjung untuk mengambil bahagian atau sekadar

memberi semangat. Suasana pesta di padang permainan boleh mewujudkan interaksi sosial di

antara kampung-kampung yang mengambil bahagian. Oleh hal yang demikian permainan

tradisional juga dikenali sebagai permainan rakyat antaranya termasuklah guli, congkak, wau,

selambut, sepak raga, gasing dan lain-lain. Namun begitu,akibat daripada kemajuan dunia dalam

pelbagai skop,permainan ini seolah-olah dianaktirikan begitu sahaja oleh masyarakat kita. Oleh

itu,pelbagai langkah yang pragmatik perlu dilaksanakan dalam usaha menggiatkan permainan

tradisional pada hari ini.

Keluarga mendukung obligasi yang dominan dalam usaha ke arah menggiatkan

permainan tradisional tanah air. Sebagai contoh, ibu bapa boleh menghadiahi anak-anak dengan

set-set permainan tradisional sebagai hadiah hari lahir iaitu congkak dan gasing. Melalui langkah

ini,ternyata anak-anak akan berasa terhibur dan teruja selain dapat mengenali warisan nenek

moyang kita .Pada waktu senggang, ibu bapa boleh membawa setiap ahli keluarga mereka

bermain permianan tradisional ini agar anak-anak akan mempunyai semangat untuk bermain

permainan ini memandangkan ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Bahkan,ibu bapa

juga mampu menyerapkan minat terhadap permainan ini dalam kalangan anak-anak dengan

menggalakkan mereka menyertai pertandingan permainan tradisional di peringkat sekolah

mahupun anjuran badan-badan bebas. Hal ini dapat  mencambahkan minat generasi muda untuk

terus berkecimpung dalam tradisi permainan ini. Golongan pascamerdeka khususnya generasi

baru sepatutnya menyanjung dan menjunjung warisan budaya kita persis peribahasa Melayu

Page 5: Usaha Bagi Mengekalkan Permainan Tradisional

yang berbunyi biar mati anak,jangan mati adat. Oleh itu,setiap ahli keluarga terutamanya ibu

bapa memikul tanggungjawab murni untuk mempopularkan permainan tradisional negara kita.

Selain itu,permainan tradisonal juga dapat digiatkan dengan adanya peranan daripada

pihak sekolah. Pihak sekolah boleh memainkan peranan dengan menganjurkan kelab permainan

tradisionald dalam aktiviti kokurikulum. Dalam hal ini,pihak sekolah perlu memastikan kelab ini

bergerak secara aktif bukan sekadar melepaskan batuk di tangga. Pelajar sekolah perlu diberi

galakkan untuk menyertai kelab ini kerana dapat didedahkan dengan pelbagai jenis permainan

tradisional yang boleh menjadi salah satu hobi mereka. Sebagai contoh, permainan

congkak,permainan gasing dan permainan batu seremban.Bahkan, pelajar juga dapat

mendominasi teknik bermain permainan warisan ini dengan tepat dan betul. Dengan itu, mereka

akan lebih menguasai permainan ini kerana mereka telah belajar dengan orang yang

berpengalaman dan profesional kerana jauhari jua yang mengenal manikam. Pihak sekolah boleh

menjemput pihak luar seperti orang perseorangan yang mahir dalam sesuatu permainan

tradisonal untuk mengajar asas dan teknik permainan. Pelajar akan dibimbing secara efektif

dengan pihak yang berkemahiran itu.Sebagai contoh, dalam permainan congkak, pelajar dapat

mengetahui  tentang guli yang dikenali sebagai buah dan kawasan pemain dikenali sebagai

rumah. Pihak sekolah juga boleh menggiatkan permainan tradisional dalam kalangan pelajar

sekolah dengan menyediakan lebih banyak alatan permainan ini. Hal ini mencerminkan dengan

jelas sekiranya mereka sukar mendapatkan permainan ini,minat mereka mulai pudar dan

beranggapan peluang untuk mendekatkan diri dengan permainan amat nipis. Alatan permainan

tradisonal juga sukar diperoleh di pasaran dan kebiasaannya amat terhad. Pelajar akan menemui

kesukaran untuk membeli alatan permainan pusaka nenek moyang ini. Dengan cara membeli

alatan permainan ini terus daripada kilang,kos untuk membelinya menjadi bertambah murah.

Dengan itu, pihak sekolah dapat membelinya dalam kuantiti borong yang banyak. Dengan

adanya pelbagai permainan tradisional yang dibekalkan oleh pihak sekolah,pelajar akan

berminat  untuk bermain permainan ini. Bukan sahaja pelajar yang menyertai kelab ini,bahkan

semua pelajar boleh mencuba untuk bermain permainan tradisional ini. Masalah seperti

kekurangan peralatan untuk bermain tidak akan timbul lagi. Pihak sekolah juga boleh menjadi

pendukung utama dalam mempopularkan permainan tradisonal dalam kalangan pelajar sekolah

dengan menyediakan tempat-tempat permainan ini. Hal ini akan memudahkan mereka untuk

bermain dalam suasana yang selesa dan kondusif. Mereka menyediakan padang untuk bermain

Page 6: Usaha Bagi Mengekalkan Permainan Tradisional

gasing dan kawasan yang luas untuk bermain wau. Oleh hal yang demikian, usaha-usaha untuk

menggiatkan permainan dalam kalangan masyarakat dapat dilaksanakan dengan adanya peranan

pihak sekolah dalam memikul obligasi tersebut kerana kalau tidak dipecahkan ruyung manakan

dapat sagunya.

Dalam fasa itu,masyarakat memainkan peranan yang tidak kurang pentingnya dalam

menjayakan usaha ini. Pihak masyarakat wajar memberikan sokongan terhadap permainan

tradisional dengan menubuhkan kelab permainan tradisonal di tempat tinggal. Dengan wujudnya

kelab-kelab seperti ini seperti kelab sepak raga,kelab congkak dan kelab wau, usaha untuk

membaja kembali permainan ini akan menjadi lebih mapan. Hal ini demikian kerana dengan

adanya kelompok besar masyarakat yang memperjuangkan warisan ini, permainan tradisional

tidak akan lapuk dek hujan,tidak akan lekang dek panas. Hal ini berbeza sekiranya perjuangan

mempertahankan permainan hanya mengharapkan sebilangan kecil rakyat Malaysia kerana

sebatang lidi amat mudah dipatah-patahkan berbanding seberkas lidi. Pastinya,dengan

penglibatan bilangan komuniti yang ramai,usaha untuk mempopularkan permainan nenek

moyang ini tidak akan menjadi sekadar hangat-hangat tahi ayam. Tambahan lagi, masyarakat

perlu berusaha untuk mewujudkan tapak permainan tradisional di kawasan perumahan mereka.

Hal ini dapat menarik perhatian penduduk sekitar beriadah sambil memainkan permainan ini.

Pelbagai pertandingan berkisarkan permainan tradisional dapat dianjurkan di tapak itu bagi

mengelakkan permainan ini daripada terus berkubur begitu sahaj tanpa mendapat sebarang

pembelaan. Oleh hal yang demikian, pihak masyarakat perlu berganding bahu dalam

mengetengahkan permainan tradisional agar permainan ini akan terus utuh berdiri dalam arus

perdana.

Langkah yang paling afdal bagi memajukan permainan tradisional ialah kerajaan

hendaklah mengadakan lebih banyak lagi kempen dan promosi yang progresif menerusi media

massa serta media cetak bagi mendedahkan masyarakat tentang peri pentingnya kita menjaga

warisan nenek moyang kita iaitu permainan tradisional yang sudah lama wujud di negara kita ini.

Kita acap kali diperdengarkan mengenai peribahasa yang berbunyi sesal dahulu pendapatan,

sesal kemudian tidak berguna. Janganlah kita merindui permainan tradisional selepas permainan

ini pupus ditelan zaman. Dengan itu, Kementerian Warisan dan Kebudayaan telah mengambil

langkah bagi mempopularkannya dengan mengadakan kempen seperti kempen “Jom Main

Page 7: Usaha Bagi Mengekalkan Permainan Tradisional

Permainan Tradisional” dan pertandingan ‘Festival Layang –Layang Antarabangsa’ yang

merupakan rencah maslahat untuk memajukannya. Langkah tersebut penting supaya ahli

masyarakat tidak kira dari dalam negara mahupun luar negara mendapat pendedahan dan

mempelajari permainan tradisional sepanjang kempen dan pertandingan dijalankan kerana tak

kenal, maka tak cinta. Bukan itu sahaja, kerajaan juga boleh menetapkan satu bulan sebagai

‘Bulan Permainan tradisional’.Oleh hal yang demikian,dengan adanya langkah proaktif tersebut,

kita dapat memastikan permainan tradisional mampu menjadi warisan budaya untuk generasi

yang akan datang.

Minat yang mendalam terhadap permainan tradisional seperti wau,layang-layang,sepak

raga, gasing dan sebagainya tidak mencukupi sekiranya tiada kemudahan untuk

memainkannya.Bagi menangani isu ini, kerajaan haruslah menyediakan lebih banyak tempat atau

gelanggang permainan tradisional untuk memudahkan rakyat  bermain permainan ini.

Pembinaannya pula hendaklah di tempat-tempat yang strategik seperti di sekitar taman

perumahan supaya setiap lapisan masyaarkat lebih-lebih lagi golongan belia dapat menghabiskan

waktu senggang mereka dengan bermain permainan tradisional. Selain itu,jurulatih yang terlatih

juga patut disediakan di setiap gelanggang bagi mendidik para pemain tentang cara-cara sebenar

untuk memainkannya. Gandingan kedua-dua ini dapat menambahkan bilangan peminat

permainan tradisional di seluruh negara sekali gus mempopularkannya di mata dunia. Sekolah

juga memainkan peranan penting dalam memajukan permainan tradisional ini. Oleh itu, kerajaan

boleh menetapkan pemainan tradisional sebagai salah satu aktiviti kokurikulum di sekolah.

Kelab Permainan Tradisional juga boleh ditubuhkan serta pihak sekolah boleh menjadikan

permainan tradisional sebagai salah satu acara dalam sukan. Kerjasama yang erat antara kaum

ibarat aur dengan tebing dalam permainan ini  dapat meningkatkan perpaduan dan merapatkan

hubungan silaturahim antara satu sama lain sekali gus visi kudsi 1 Malaysia untuk menjadikan

Malaysia sebagai sebuah negara perpaduan dapat digarap sepenuhnya.

Page 8: Usaha Bagi Mengekalkan Permainan Tradisional

Dewasa ini, permainan tradisional tidak lagi digemari oleh generasi muda malah

kedapatan juga permainan yang telah pupus ditelan zaman. Terdapat banyak faktor yang telah

menyebabkan fenomena ini berlaku. Oleh sebab itu, pelbagai langkah drastik perlu dilakukan

untuk mempopularkan kembali permainana tradisional.

Pada umumnya, permainan tradisional merupakan permainan yang dicipta oleh

masyarakat tradisional pada zaman lampau. permainan tradisional ini menjadi kebanggaan

masyarakat dan seterusnya diwarisi dari satu generasi kepada generasi berikutnya. pada

kebiasaannya, permainan tradisional ini dimainkan pada masa lapang, pada perayaan-perayaan

tertentu atau selepas tamat sesuatu musim, misalnya musim menuai padi. Namun demikian, pada

hari ini permainan tradisional hanya dimainkan oleh segelintir masyarakat sahaja. Hal ini

sedemikian kerana permainan tradisional yang menjadi lambang kemegahan dan warisan tradisi

masyarakat terdahulu semakin dilupai oleh generasi muda.

Terdapat banyak faktor yang telah menyebabkan permainan tradisional semakin dilupai

oleh masyarakat kini. Faktor utama yang menyebabkan fenomena ini berlaku ialah remaja zaman

sekarang beranggapan bahawa permainan tradisional sudah ketinggalan zaman dan tidak sesuai

lagi dimainkan. Persaingan dengan permainan moden yang canggih seperti permainan komputer

juga merupakan ancaman kepada permainan tradisional. Remaja hari ini juga lebih cenderung

kepada sukan lasak yang dianggap lebih mencabar dan memerlukan daya saing serta daya tahan

yang tinggi. Hal ini menyebabkan generasi muda tidak lagi berminat dan kian melupai cara

sesuatu permainan tradisional dimainkan.

Kita, sebagai rakyat Malaysia haruslah bersama-sama bertanggungjawab dan berganding

bahu untuk mempopularkan kembali permainan tradisional agar terus popular seperti kata

peribahasa tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas. terdapat beberapa langkah untuk

mempopularkan kembali permainan tradisional. langkah pertama yang perlu diambil oleh pihak

kerajaan ialah mewajibkan setiap sekolah di Malaysia mengambil bahagian dalam pertandingan

permainan tradisional sama ada di peringkat sekolah , daerah, negeri dan kebangsaan. Langkah

ini bagi memperkenalkan kembali sesuatu permainan tradisional dan cara-cara memainkannya

agar sentiasa segar dalam ingatan generasi muda. Dalam hal ini, kita amat berasa bangga dengan

usaha Kerajaan Negeri Johor Darul Takzim yang menganjurkan Festival Layang-layang

Peringkat Antarabangsa yang bertempat di Pasir Gudang, Johor. Selain dapat memperkenalkan

Page 9: Usaha Bagi Mengekalkan Permainan Tradisional

warisan tradisi masyarakat Malaysia, usaha ini juga dapat menarik kedatangan pelancong asing

datang ke negera kita.

Pihak Kerajaan dengan kerjasama media massa dalam dan luar negera juga memainkan

peranan besar untuk mempopularkan kembali permainan tradisional. pihak kerajaan dan media

massa haruslah mengadakan pelbagai kempen mempromosikan permainan tersebut dengan

mengadakan pameran dan pertandingan berkaitan permainan tradisional. Kempen-kempen ini

perlulah diadakan secara berterusan terutama di tempat-tempat yang dikunjungi ramai

masyarakat tempatan dan para pelancong. Tegasnya apa yang akan dilakukan oleh semua pihak

perlulah menunjukkan komitmen yang tinggi dan tidak bersifat bagai melepaskan batuk di

tangga sahaja.

Ibu bapa juga memainkan peranan penting dalam memperkenalkan permainan tradisional

kepada anak-anak mereka. Mereka perlu mengajar cara-cara permainan tradisional sejak kecil

lagi. Situasi ini dapat dikaitkan dengan peribahasa Melayu, melentur buluh biarlah daripada

rebungnya. ibu bapa boleh membelikan anak mereka permainan tradisional seperti gasing,

congkak, wau dan lain-lain lagi. Mereka juga boleh bermain bersama-sama anak mereka. Situasi

ini secara tidak langsung dapat mengeratkan pertalian antara keluarga dan menyelami hati dan

perasaan mereka, ibarat kata peribahasa sambil menyelam minum air.

Natijahnya semua pihak perlu berganding bahu bagai aur dengan tebing untuk sama-sama

mempopularkan kembali permainan tradisional yang semakin pupus. Hal ini amat penting agar

permainan tradisional tetap popular dalam kalangan generasi muda