Usaha Menjaga Harta Sekolah Adalah Tanggungjawab Bersama Diantara Guru

download Usaha Menjaga Harta Sekolah Adalah Tanggungjawab Bersama Diantara Guru

of 8

description

psk psk tahun 6

Transcript of Usaha Menjaga Harta Sekolah Adalah Tanggungjawab Bersama Diantara Guru

Usaha menjaga harta sekolah adalah tanggungjawab bersama diantara guru, pelajar dan pekerja. Semua pihak hendaklah menggunakan dan menjaga setiap kemudahan yang disediakan di sekolah dengan sebaik-baiknya, disamping bekerjasama membenteras perbuatan memusnahkan harta sekolah. Antara usaha-usaha yang boleh dilakukan ialah:

* Menggunakan peralatan yang disediakan dengan cermat

* Melaporkan kerosakan kepada guru yang berkenaan

* Setelah menggunakan sesuatu peralatan, hendaklah diletakkan ketempat asalnya dengan baik

* Menjaganya seperti harta sendiri

* Bergotong-royong membaik pulih peralatan yang rosakPeraturan Penggunaan Harta Benda Sekolah

* Harta benda sekolah wajib dijaga dengan baik dan cermat

* Sesiapa yang merosakkan akan diberi amaran atau dikenakan tindakan

* Harta benda sekolah yang dipinjam mesti dipulangkan dalam keadaan baik

* Harta benda sekolah yang rosak atau hilang mesti diganti

Akibat Jika Merosakkan Harta Benda Sekolah

* Murid akan ditegur oleh guru

* Pembaziran akan berlaku

* Akan menyusahkan orang lain

* Dikenakan tindakan disiplinKebaikan Menjaga Harta Benda Sekolah

* Dapat digunakan dengan sebaik mungkin

* Suasana didalam kelas menjadi selesa dan ceria

* Mendapat pujian dan penghargaan

Adab Menjaga Kebersihan Sekolah

* Mematuhi peraturan sekolah

* Menggunakan tong sampah yang disediakan

* Menggunakan tandas dengan betul

* Menjalankan tugasan yang ditetapkanSebab Perlu Menjaga Kebersihan Sekolah

* Supaya kelihatan bersih, cantik dan ceria

* Pengajaran dan pembelajaran menjadi selesa

* Menarik minat dan dicontohi

* Menaikkan imej sekolah

* Kesihatan terjamin

Hikmah Menjaga Kebersihan Sekolah

* Menimbulkan rasa seronok ketika belajar

* Mengekalkan keindahan dan keceriaan persekitaran sekolah

* Menjauhkan penyakit berjangkit

* Mengukuhkan keimanan dan ketaqwaan

* Melambangkan kesucian agama Islam

Tanggungjawab menjaga harta sekolah tanggungjawab bersama-Menjaga harta sekolah menjadi tanggungjawab pelbagai pihak yang bukan bertumpukan kepada pengetua dan guru besar semata-mata, tetapi semua warga sekolah. Sekolah merupakan tempat pengajian yang menyediakan pelbagai kemudahan pelajar membabitkan peralatan makmal, bangunan, surau, makmal komputer dan jugakemudahann yang lain bagi kemudahan dan keselesaan pelajar.Harta sekolah adalah milik sekolah yang dibekalkan oleh kerajaan untuk kegunaan pelajar mempelajari sesuatu ilmu pengetahuan. Keadaan sekolah yang baik, peralatan pengajaran yang cukup serta pelajar yang bertanggungjawab merupakan faktor kejayaan sesebuah sekolah.

Tujuan pelajar perlu menjaga harta benda sekolah-Dapat mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang baik dan berkesan.-Untuk memudahkan proses pembelajaran dan pengajaran.-Dapat membantu para pelajar supaya belajar dengan baik dan selesa seterusnya mendapat kejayaan.-Dapat menarik minat pelajar untuk belajar dengan lebih bersungguh-sungguh dan tekun. -Supaya harta sekolah berada dalam keadaan selamat dan baik.

Antara peralatan atau harta sekolah-Bangunan-Komputer-Kemudahan asrama (jika ada)-Buku teks dan pinjaman buku perpustakaan-Kerusi dan meja-Peralatan sukan-Papan tulis-Tandas

Cara-cara menjaga harta sekolah-Sentiasa menggunakan segala peralatan yang terdapat di sekolah dengan baik dan cermat. -Menjaga dan menyayangi harta sekolah seperti menjaga harta kita sendiri.-Semua peralatan yang telah digunakan hendaklah disimpan dengan baik, di tempat asalnya dan selamat.-Melaporkan kepada guru atau kepada pihak pentadbir sekolah jika terdapat mana-mana kerosakan di sekolah.-Sentiasa menjaga kebersihan dalam kawasan sekolah seperti tandas, kantin, surau tempat berehat dan kawasan-kawasan lain.-Tidak melakukan pembaziran terhadap penggunaan air dan elektrik kerana ini dapat menjimatkan wang sekolah dalam urusan pembayaran bil bulanan.-Sentiasa mematuhi arahan dan peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah. -Mengadakan gotong-royong dalam membersihkan kawasan sekolah seperti mencuci cermin tingkap kelas, membasuh tandas, membersihkan kawasan laman sekolah dan memperbaiki kerosakan peralatan sekolah.-Selalu menjaga dan menceriakan kelas dan juga persekitaran sekolah.-Mengadakan pertandingan kelas tercantik dan ceria juga dapat membantu membina semangat yang ada di kalangan para pelajar dalam usaha menjaga harta sekolah.

Kebaikan menjaga harta benda sekolah-Menjamin proses pengajaran dan pembelajaran yang efektif dan boleh menarik minat para pelajar.-Dapat menjimatkan wang kerajaan dalam usaha membiayai peralatan sekolah yang banyak serta dapat membantu mengurangkan kos penyelenggaraan yang tinggi.-Para pelajar dapat belajar dengan baik, tekun, rajin dan dalam keadaan selesa dan suasana yang ceria.-Proses pembelajaran akan menjadi lebih baik dan dapat dilaksanakan dengan berkesan serta dapat membantu meningkatkan prestasi dan kejayaan pelajar.-Supaya keadaan persekitaran sekolah akan sentiasa kelihatan ceria, bersih dan menarik, sekali gus memudahkan pihak pengurusan sekolah menjalankan tugas mereka.-Pelajar akan lebih berdisiplin dan bertanggungjawab terhadap harta benda sekolah. Ini kerana jika peralatan dijaga dengan baik, peralatan tersebut dapat digunakan untuk jangka masa yang panjang.-Kurangnya masalah dan tidak menimbulkan sebarang kesulitan kepada para guru pelajar jika semua harta benda sekolah dijaga dengan baik, cermat dan selamat.-Sebagai tanda bersyukur di atas segala kemudahan yang telah disediakan.-Pelajar akan di sayangi guru jika dapat menjaga kawasan sekolah dan harta benda sekolah dengan baik.-Pelajar akan lebih bersemangat untuk menghadirkan diri ke sekolah.

Pelbagai kesan sekiranya tidak menjaga harta benda sekolah dengan baik:-Persekitaran sekolah tidak cantik, busuk dan menjadi tempat pembiakan nyamuk dan tikus. -Persekitaran sekolah yang kotor akan membuatkan pelajar dan semua warga sekolah berasa tidak selesa dan menyusahkan pelajar itu sendiri.-Menimbulkan pelbagai masalah dan kesulitan kepada pihak pengurusan sekolah.-Pelajar tidak dapat menumpukan perhatian kepada pelajaran seterusnya akan mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran kerana tidak dapat dijalankan dengan baik.-Merugikan wang negara kerana banyak membelanjakan ke arah pembaikan harta benda sekolah yang rosak akibat tidak dijaga dengan baik.-Melahirkan para pelajar yang tidak bertanggungjawab ke atas peralatan sekolah dan seterusnya harta awam.-Jika peralatan sekolah rosak, segala aktiviti sekolah juga akan turut terjejas dan tidak dapat berjalan seperti yang dirancangkan atau dengan lancar.-Tindakan disiplin akan dikenakan kepada pelajar yang merosakkan harta benda sekolah.

Sebab-sebab berlakunya kerosakan harta benda sekolah-Pelajar berasa kurang berminat untuk belajar.-Kurangnya pendidikan agama dan moral di kalangan pelajar.-Pelajar tidak mempunyai rasa tanggungjawab ke atas harta benda sekolah.-Pelajar terpengaruh dengan rakan sebaya yang tidak bertanggungjawab ke atas harta benda sekolah.-Tidak menyayangi dan menganggap harta benda sekolah sebagai harta benda sendiri.

Cara-cara mendidik pelajar supaya bertanggungjawab terhadap harta benda sekolah-Menyedarkan para pelajar tentang tanggungjawab menjaga harta benda sekolah. -Memberitahu kepada pelajar kesan-kesan sekiranya tidak menjaga harta benda sekolah dengan baik.-Melatih pelajar supaya menyayangi sesuatu perkara seperti menyayangi harta sendiri.-Jika ada pelajar telah melakukan kerosakan peralatan sekolah, pelajar berkenaan wajib menggantikannya kepada pihak sekolah.-Memberi amaran dengan membuat peraturan kepada pelajar bahawa tindakan disiplin akan diambil kepada mereka yang melakukan kerosakan harta sekolah.

RPH PSK TAHUN 6

Rancangan Pengajaran Harian

Matapelajaran: Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan.Tahun: 6 BijakTopik: Hidup bersama di sekolah dan masyarakat.Tajuk: Tanggungjawab terhadap kawasan persekitaranHarta benda sekolahKemudahan awamMasa: 60 minit.Hasil pembelajaran(objektif):Pada akhir pembelajaran murid dapat,i.Menyenaraikan sekurang-kurangnya empat kepentingan kemudahan awam kepada masyarakat.ii.Menghuraikan sekurang-kurangnya satu cara menghargai dan menjaga kemudahan awam dan kawasan persekitaran.iii.Melakonkan tanggungjawab masyarakat dalam menjaga kawasan persekitaran.

Pendekatan pengajaran:

Deduktif , kemahiran berfikir

Kaedah dan teknik pengajaran:i.Kecerdasan pelbagai :-Kinestetik-Verbal- linguistik-Intrapersonal-Interpersonal-Visual ruangii.Koperatifiii.Lakonan

Penyerapan ilmu:i.Murid menyedari kepentingan menjaga hak bersama harta benda awam.ii.Meningkatkan kesedaran untuk menghargai melibatkan diri dalam menjaga kemudahan awam.

Penerapan nilai:i.Kerjasamaii.Berbanggaiii.Menghargaiiv.Tanggungjawab

Unsur-unsur patriotisme :i.Bertanggungjawab terhadap kemudahan awam.ii.Menghargai kemudahan awam dan keceriaan persekitaran.

Kemahiran Generik:KBKK

Kecerdasan Pelbagai:-Kemahiran merumus-Kemahiran menghubungkait

i.Kinestetikii.Verbal-linguistikiii.Interpersonaliv.Intrapersonalv.Visual ruang

Bahan Bantu Mengajar:Video, Kertas edaran, 1 laptop, projector LCD, buku rujukan, MS. Power Point.

Pengetahun sedia ada:Murid mengetahui bahawa terdapat banyak kemudahan dan perkhidmatan awam di sekeliling mereka terutamanya di kawasan sekolah.

Langkah / MasaIsi PelajaranAktiviti P&PCatatan

Set induksi( 5 minit )Tanggungjawab terhadap kawasan persekitaran :-Harta benda sekolah-Kemudahan awam1)Guru menunjukkan video tayangan berkaitan dengan gejala vandalisme .2)Guru bersoal jawab dengan murid tentang video yang dipertontonkan tadi.3)Murid memberi respon terhadap soalan guru.Bahan Bantu Mengajar:Video, Laptop, LCD.

KBKK :-Kemahiran menghubungkait

Kecerdasan pelbagai:-Interpersonal-Intrapersonal

Langkah 1( 10 minit )Tanggungjawab terhadap kawasan persekitaran :-Harta benda sekolah-Kemudahan awam1)Guru memberi penerangan secara terperinci tentang tanggungjawab terhadap kawasan persekitaran menggunakan MS power point.2)Murid mendengar penerangan guru.3)Murid mencatat nota-nota penting di dalam buku.Bahan Bantu Mengajar :Buku rujukan, laptop LCD.

KBKK :-Kemahiran merumus

Kecerdasan pelbagai:-Intrapersonal-interpersonal

Langkah 2( 10 minit )Tanggungjawab terhadap kawasan persekitaran :-Harta benda sekolah-Kemudahan awam1)Guru meminta setiap murid menyenaraikan kepentingan-kepentingan menjaga harta benda awam di sekolah dan di tempat lain.2)Murid menyenaraikan kepentingan menjaga harta benda awam.3)Guru meminta beberapa orang murid untuk membentangkan hasil tugasan di hadapan kelas secara lisan.Media pengajaran :Buku rujukan,

KBKK :Kemahiran menghubungkait

Kecerdasan pelbagai :-Intrapersonal-Verbal-linguistik

Penerapan nilai :Menghargai.

Unsur patriotisme :Menghargai kemudahan awam dan keceriaan persekitaran.

Langkah 3( 10 minit )Tanggungjawab terhadap kawasan persekitaran :-Harta benda sekolah-Kemudahan awam1)Murid dibahagikan kepada empat kumpulan.2)Guru menugaskan setiap kumpulan menyenaraikan jenis kemudahan awam dan menghuraikan cara menjaga dan menghargai kemudahan awam tersebut. Setiap kumpulan dibahagikan kepada empat tajuk yang berlainan iaitu :i.di dalam kelasii.di kawasan perumahaniii.di taman permainaniv.di kawasan sekolah3)Murid-murid berbincang sesama ahli kumpulan mengenai jenis kemudahan awam dan cara menjaganya mengikut tajuk yang diberikan sambil merujuk buku rujukan dan nota yang dicatat semasa penerangan guru dalam langkah 1.4)Guru meminta setiap wakil kumpulan untuk membentangkan hasil perbincangan kumpulan.5)Wakil kumpulan membentangkan hasil perbincangan kumpulan.

Media pengajaran :Buku rujukan, kertas edaran.

KBKK :-Kemahiran menghubungkaitkan

Kecerdasan pelbagai :-Interpersonal-Intrapersonal-Verbal-linguistik

Koperatif

Penerapan nilai :-Kerjasama,-berbanga-menghargai

Unsur patriotisme :i.Bertanggungjawab terhadap kemudahan awam.ii.Menghargai kemudahan awam dan keceriaan persekitaran.

Langkah 4( 20 minit )Tanggungjawab terhadap kawasan persekitaran :-Harta benda sekolah-Kemudahan awam

1)Dalam kumpulan yang sama, guru menugaskan setiap kumpulan untuk membuat lakonan ringkas tentang tanggungjawab dan tindakan masyarakat dalam menjaga kemudahan awam jika terlihat aktiviti vandalisme berlaku di hadapan mata.2)Setiap kumpulan diberikan situasi yang berlainan mengikut tajuk di langkah 3 iaitu :i.di dalam kelasii.di kawasan perumahaniii.di taman permainaniv.di kawasan sekolah

3)Murid-murid berbincang bersama ahli kumpulan untuk membuat lakonan di hadapan kelas berdasarkan situasi yang diperolehi.4)Murid-murid membuat lakonan di hadapan kelas.

KBKK :-Kemahiran menghubungkait.

Kecerdasan pelbagai :-Interpersonal-Intrapersonal-Verbal-linguistik-Visual ruang-Kinestetik

Koperatif

Penerapan nilai :-Kerjasama,-berbanga-menghargai-tanggungjawab

Unsur patriotisme :

i.Bertanggungjawab terhadap kemudahan awam.ii.Menghargai kemudahan awam dan keceriaan persekitaran.

Penutup( 5 minit )Rumusan dan refleksi.Guru membantu murid membuat rumusan tentang pembelajaran pada hari ini dengan menyuruh murid membayangkan keadaan yang akan berlaku jika semua orang tidak menjaga harta benda awam dengan baik.KBKK:-Kemahiran merumus

Kajian Masa Depan.

Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest