Usahawan berjaya dato' sani -syarikat bas

12
USAHAWAN BERJAYA DATO’SANI

description

Perniagaan dan keusahawanan kh t2

Transcript of Usahawan berjaya dato' sani -syarikat bas

  • 1. 1.Dato merupakan pemilik rangkaian operasi bas yang sedang meningkat naik Sani Ekspres di bawah kendalian syarikat, Sani United Sdn. Bhd. (SUSB). 2.Pada usia 35 tahun, anak muda ini bagaikan memiliki segala-galanya. Perniagaan yang memberi pulangan jutaan ringgit, bangunan sendiri sebagai pusat operasi perniagaan dengan kos pembelian serta pengubahsuaian mencecah RM7 juta, memandu kereta Ferrari F360 Modena bernilai RM1 juta dan mendiami banglo mewah bernilai RM 9 juta.3.Biarpun baru berusia 35 tahun tetapi Wan Mohammad Sani sudah menggenggam pelbagai pengiktirafan termasuk Tokoh Usahawan Muda, anugerah yang dinobatkan oleh Persatuan Pedagang dan Pengusaha Melayu Malaysia (Perdasama), baru-baru ini. 4.Sebelum menjai usahawan Dato ialah seorang model, penyanyi dan pelakon.

2. PROFILCABARANBERKONGSI RASIAPERANCANGAN 3. Nama : Datuk Wan Mohammad Sani SallehUsia : 35 tahunLahir : 24 Julai 1976 di Kuala Ibai, Kuala Terengganu, TerengganuAdik Beradik: Keempat daripada enam beradikPendidikan : Diploma Pengurusan Perniagaan Kolej Sunway (1994)Jawatan : Pengarah Urusan Sani United Sdn Bhd (Sani Express Sdn Bhd, Sani Properties Sdn Bhd dan Sani Hotel Sdn Bhd).Pencapaian : Dianugerahkan Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk oleh Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah (Jun 2009) dan Anugerah Usahawan Cemerlang 4. Dato sendiri tidak pernah terlintas untuk berada di tahap sekarang biarpun memiliki impian menjadi ahli perniagaan sejak remaja lagi.Sewaktu mengimbau semula sejarah perniagaanya, beliau berkata, hasrat untuk memiliki perniagaan bas timbul selepas sering berulang-alik dari Kuala Lumpur ke Terengganu 20 tahun lalu. Kata Dato ''Saya sebenarnya memulakan perniagaan melalui naluri sendiri, tidak ada orang suruh, tidak mendapat pandangan orang lain. Penglibatan dalam bidang ini adalah atas desakan diri sendiri. ''Saya akui mempunyai sedikit kelebihan iaitu pandai mencari peluang dan peluang yang ada saya gunakan sebaik mungkin, kalau tidak sampai bila pun kita tidak mampu mendapatkannya lagi,'' katanya. Katanya, pengalaman menaiki pelbagai perkhidmatan bas mendorong dirinya sendiri untuk memberi perkhidmatan bas terbaik suatu hari nanti. Dengan peluang yang diberi, beliau mula membuat kajian terperinci, penganalisis dan menstruktur strategi. 5. Pada 2003 Sani menubuhkan SUSB khusus untuk perniagaan pengangkutan itu. Ketika itu beliau bersama dua lagi rakan kongsi. Namun tidak lama kemudian dua rakan itu menarik diri, menyebabkan beliau terkontang-kanting seorang diri. Keadaan ketika itu memang getir Beliau terpaksa berhati-hati kerana sebarang keputusan dibuat adalah tanpa dirujuk kepada sesiapa. Ketika ada dua rakan kongsi itu, saya boleh merujuk kepada mereka, tetapi apabila seorang diri, saya perlu membuat keputusan sendiri.Jika tersilap membuat keputusan, memang saya akan jatuh. Justeru sebelum membuat keputusan, saya fikir 10 kali, katanya.Sani berkata, ketika itu beliau hanya ada seorang pekerja dan dengan menggunakan sepenuhnya kudrat dan buah fikirannya, segala perancangan untuk memulakan operasi bas ekspres yang diimpikannya hanya menampakkan hasil selepas tiga tahun bertungkus lumus dan modal daripada institusi kewangan.Katanya, beliau menanggung risiko besar kerana pinjaman yang dibuat, tetapi beliau berani dan yakin dengan apa yang dibuat.Bayangkan jika apa yang saya buat tidak menjadi. Bagaimana saya dapat melunaskan pinjaman dalam jumlah besar itu? 6. Wan Mohammad Sani berkata, dia bukan sahaja berhasrat memiliki 100 buah bas dan meneroka semua laluan yang ada, tetapi juga mahu memperkenalkan bas-bas berteknologi tinggi di Malaysia seperti bullet bus hasil kerjasama dengan sebuah syarikat di Sweeden.Ia selari dengan hasratnya - mahu mengubah persepsi bahawa penggunaan bas ekspres bagi perjalanan jarak jauh adalah lebih menjimatkan dan selamat. ''Ia adalah keutamaan saya sekarang,'' kata beliau. 7. pada Januari 2006 Sani Express ada di jalan raya dan alhamdulillah perjalanan perniagaan ini lancar, mendapat sambutan dan sejak itu perniagaan saya semakin pesat berkembang, katanya. Sani membuktikan jalan dipilihnya berbaloi kerana hanya dalam tempoh tiga tahun Sani Express menunjukkan prestasi luar biasa.Daripada seorang pekerja, Sani kini mempunyai 150 kakitangan sendiri. Daripada pejabat kecil di Ukay Perdana, Sani kini ada wisma sendiri yang dibeli dan diubahsuai dengan belanja mencecah RM 7 juta.Paling menarik, segala operasi di kaunter tiket Sani Express di setiap negeri dipantau secara langsung menerusi kamera litar tertutup yang dipancarkan terus ke wisma berkenaan.