Using Centers in a Multitask Classroom
-
Upload
nurul-nadiah-mohd-isa -
Category
Documents
-
view
60 -
download
3
Transcript of Using Centers in a Multitask Classroom
USING CENTERS IN
A MULTITASK CLASSROOMPensyarah:
ENCIK SHUKOR BIN ABAS
Pembentang:
ABDUL MUNIR BIN JAMIL
FIKRI AIZAT BIN HAMZAH
NURUL NADIAH BINTI MOHD ISA
SITI NADHRAH BINTI ISMAIL
Kes ini menghuraikan organisasi bilik darjah yang kompleks dan
melibatkan beberapa ruang yang ditetapkan untuk aktiviti murid.
Senaraikan perancangan awal yang telah dibuat oleh Cik Miller
berhubung dengan pengurusan bilik darjah.
Apakah peraturan-peraturan dan prosedur yang telah dirangkakan
oleh Cik Miller? Bagaimana beliau menyampaikan
dan memantau peraturan yang diikuti oleh murid?
Cik Miller mereka (design) kelasnya dengan ‘center’ atau pusat yang dikhaskan untuk mendengar, membaca, menulis dan mencipta.
Walaupun setiap murid mempunyai meja, tetapi mereka jarang berada di tempat mereka.
Mereka bekerja secara individu, berpasangan dan berkumpulan.
Mereka duduk di atas permaidani apabila berjumpa sebagai satu kelas.
Papan kenyataanPapan kenyataan
Papan kenyataan Papan kenyataan
Pusat membaca
Pusat mendengar
Pusat menulis
Pusat mencipta
Pada 6 minggu pertama, cik Miller membentuk murid supaya bekerja secara berdikari dan juga kolaboratif.
Hari pertama, Cik Miller ajar murid tentang ‘cues’, waktu bila perlu ke permaidani, dan waktu bila perlu ke tempat duduk masing-masing.
Ada masanya, murid boleh bercakap sesama mereka tetapi sewaktu mereka berkumpul di permaidani, mereka perlu mengangkat tangan jika mahu bercakap.
Cik Miller membuat poster berkenaan jadual dan ‘center time’ ditanda dengan jelas.
Beliau menjelaskannya kepada murid-murid sebelum menampal di papan kenyataan.
Pada minggu pertama, beliau menjadikan suatu kebiasaan kepada murid untuk merujuk poster tersebut.
Beberapa minggu pertama, cik Miller mempersembahkan serta membuat demo berkenaan dengan ‘center’ tersebut.
Setiap ‘center’ mempunyai dua notis pemberitahuan :
1. prosedur penggunaan ‘center’
2. kapasiti penggunaan ‘center’ Murid-murid perlu daftar masuk ‘center’ pada setiap
pagi, setelah tiba di sekolah. Semasa ‘free center time’, murid bebas memilih
‘center’ dan perlu memotong nama pada ruangan daftar ketika mahu meninggalkan ‘center’ tersebut, supaya murid lain boleh menggunakannya pula.
Semasa ‘assigned center time’, cik Miller sendiri yang akan tentukan siapa yang akan berada di ‘center’ tersebut.
Cik Miller memantau supaya setiap ‘center’ digunakan dengan baik, serta memastikan murid faham penggunaan sesuatu ‘center’ sebelum ‘center’ lain diperkenalkan.
Walaupun semua ‘center’ telah diperkenalkan, namun beliau masih memantau penggunaan ‘center’ tersebut.
Sebarang masalah akan dibincangkan semasa mereka berkumpul di permaidani.
Beliau berhati-hati dalam menyeimbangkan ‘center’ tersebut di mana jika aktiviti pada satu ‘center’ itu memerlukan perhatiannya, maka aktiviti pada ‘center’ yang lain dipermudahkan supaya ianya boleh dilakukan tanpa permerhatian oleh beliau sendiri.
1) Perancangan Awal Cik Miller
Menyediakan pusat-pusat seperti membaca, mendengar, menulis dan mencipta. Membuat jadual dan ‘center time’
Membuat peraturan bagi setiap ‘center’, prosedur dan kapasiti penggunaannya.
Memperkenalkan ‘free center time’ dan ‘assigned center time’
Menyediakan murid supaya berdikari dan berkumpulan.
Ruang Mendenga
r
Ruang Mencipta
Ruang Menulis
Ruang Membaca
Free Centre Time Assigned Centre Time
Murid boleh memilih pusat mana yang ingin mereka kunjungi.
Murid dikehendaki menanda nama mereka sebelum meninggalkan sesebuah sudut/ruang.
Guru memberi arahan kepada murid pusat manakah yang akan mereka kunjungi.
Guru akan mengawasi dan memastikan murid memahami akan kegunaan sesebuah sudut sebelum beralih ke sudut berikutnya.
Cik Miller akan memberikan isyarat (‘cues’) bila untuk berkumpul di karpet dan kembali ke tempat duduk.
Murid hanya dibenarkan bercakap pada masa – masatertentu.
2. Peraturan Cik Miller
Murid mesti mengangkat tangan
ketika hendak bercakap semasa
“rug time” kerana hanya seorang sahaja dibenarkan bercakap pada suatu masa.
Murid merujuk jadual harian di papan kenyataan setiap hari.
Patuhi jadual dan peraturan bagi penggunaan ‘center’.
Murid-murid perlu daftar masuk ‘center’ pada setiap pagi, setelah tiba di sekolah. Murid-murid melawat setiap ‘center’ yang disediakan
isyarat 1 - menerangkan prosedur bagi ruang tersebut.
Terdapat dua isyarat di setiap ruang pembelajaran
-contoh : Bagi ruang membaca, murid yang membaca secara senyap dibenarkan meninggalkan ruang membaca dan pergi ke ruang yang lain. Manakala bagi pelajar yang membaca secara nyaring, mereka mestilah berada di ruang membaca sahaja dan berbincang dengan rakan yang lain.
isyarat 2 - senarai kapasiti setiap ruang
pembelajaran.
- contoh : di ruang mendengar, terdapat 4 set
‘earphones’, bermaksud hanya 4 orang berada di
ruang tersebut pada satu masa.
Setiap senarai peraturan berakhir dengan arahan untuk menjaga kebersihan
3) Cara Penyampaian dan Pemantauan
Memberi arahan dengan jelas dan mudah difahami.
Memantau supaya setiap ‘center’ digunakan dengan baik.
Memastikan murid faham penggunaan sesuatu ‘center’ sebelum ‘center’ lain diperkenalkan.
Walaupun semua ‘center’ telah diperkenalkan, namun beliau masih memantau penggunaan ‘center’ tersebut.
Sebarang masalah akan dibincangkan semasa mereka berkumpul di permaidani.
Beliau seringkali bertanya soalan kepada murid.
Cthnya: “Sudah siap atau belum?”. Pelajar digalakkan untuk bertanya.
Pada ‘assigned center time’, beliau yang akan mengarahkan murid untuk ke
suatu ‘center’, dan beliau akan memantau murid-murid tersebut.
Beliau berhati-hati dalam menyeimbangkan ‘center’ tersebut di
mana jika aktiviti pada satu ‘center’ itu memerlukan perhatiannya, maka aktiviti pada ‘center’ yang lain dipermudahkan
supaya ianya boleh dilakukan tanpa permerhatian oleh beliau sendiri.
KESIMPULAN
Teknik yang digunakan oleh Cik Miller boleh dikaitkan dengan teori Kounin yang mana meletakkan peraturan terhadap sesuatu perkara sebelum dijalankan.
Cara perlaksanaan yang dilakukan oleh Cik Miller bersistematik dengan meletakkan setiap murid di dalam center masing-masing.
Cik Miller memberikan kebebasan kepada murid untuk bergerak apabila berada di dalam center masing-masing dan pemantauan dilakukan.