USRAH NARUTO

4
USRAH & NARUTO http://studiomuslim.com/tag/usrah/   ³Sistem usrah ini umpama kumpulan-kumpulan ninja dalam cerita Naruto.´ Saya menyeluruhi semua wajah ahli usrah. Semua anak-anak usrah saya juga merupakan naqib yang bermaksud ketua usrah dalam sekolah tersebut. Saya menerima tanggungjawab untuk membawa usrah bagi sekumpulan naqib di salah sebuah sekolah berasrama harian di Gombak. Objektif yang ingin dicapai oleh saya adalah supaya mereka semua boleh membawa usrah sendiri dengan baik. Zaman sekolah dulu tidak pernah saya pegang tanggungjawab sebegitu.  ³Hehe. Naruto lagi,´ balas Faiz.  ³Kamu semua pun tengok, kan?´ Saya menyambung, ³Siapa yang hendak usrahnya jadi serius sikit-sikit, boleh ikut stail pakcik Asuma. Kalau hendak yang ceria sikit boleh ikut stail pakcik Kakashi dan pakcik Gai.´  ³Lagi« lagi«´ 

Transcript of USRAH NARUTO

Page 1: USRAH NARUTO

8/8/2019 USRAH NARUTO

http://slidepdf.com/reader/full/usrah-naruto 1/4

USRAH & NARUTOhttp://studiomuslim.com/tag/usrah/ 

  ³Sistem usrah ini umpama kumpulan-kumpulan ninja dalam cerita Naruto.´ Saya

menyeluruhi semua wajah ahli usrah.

Semua anak-anak usrah saya juga merupakan naqib yang bermaksud ketua usrah dalamsekolah tersebut. Saya menerima tanggungjawab untuk membawa usrah bagi sekumpulan

naqib di salah sebuah sekolah berasrama harian di Gombak.

Objektif yang ingin dicapai oleh saya adalah supaya mereka semua boleh membawa usrah

sendiri dengan baik. Zaman sekolah dulu tidak pernah saya pegang tanggungjawab

sebegitu.

 ³Hehe. Naruto lagi,´ balas Faiz.

 ³Kamu semua pun tengok, kan?´ 

Saya menyambung, ³Siapa yang hendak usrahnya jadi serius sikit-sikit, boleh ikut stail

pakcik Asuma. Kalau hendak yang ceria sikit boleh ikut stail pakcik Kakashi dan pakcik Gai.´ 

 ³Lagi« lagi«´ 

Page 2: USRAH NARUTO

8/8/2019 USRAH NARUTO

http://slidepdf.com/reader/full/usrah-naruto 2/4

Menetapkan Matlamat Dalam Berusrah

  ³Apabila kita berhadapan dengan anak usrah, anggap mereka

seperti ninja-ninja yang kita ingin latih. Tentukan apa matlamat yang ingin kita capai dalam

setiap sesi latihan tersebut.´  

 ³Maksud abang Azree?´ soal Imran.

 ³Maksudnya setiap sesi latihan kita perlu ada matlamat apa yang perlu kita sebagai naqib

ingin capai. Itu matlmat jangka pendek dan kita juga perlu ada matlamat jangka panjang

apa yang kita ingin capai dalam usrah tersebut.

Sebagai contoh, matlamat jangka panjang abang dalam usrah dengan kamu semua selama

setahun ini adalah ingin membimbing kamu semua supaya menjadi pelajar contoh di

sekolah. Bukan setakat baik dalam sahsiah, tetapi juga baik dari segi pemikiran. Cuma

 jangan baca komik Naruto banyak sangat sudah,´ terang saya sambil disambut gelak.

 ³Matlamat jangka pendek pula, dalam satu sesi usrah kamu itu, apa topik yang kita ingin

anak-anak usrah kita faham. Sebagai contoh, minggu ini kita bincang tentang topik akhlak.

Jadi, matlamat kita selepas berakhirnya sesi usrah tersebut adalah anak-anak usrah kita

faham tentang topik tersebut.´ 

Malam semakin gelap. Saya berkira-kira dalam hati untuk pulang lebih awal pada malam

tersebut. Pertama kerana masih belum makan malam sedangkan perut mula memulas.

Kedua kerana jarak rumah yang agak jauh daripada sekolah tersebut.

Page 3: USRAH NARUTO

8/8/2019 USRAH NARUTO

http://slidepdf.com/reader/full/usrah-naruto 3/4

  ³Ada ciri-ciri lain lagi dalam sistem usrah versi Naruto ini?´ soal Faiz lagi yang memang

menggemari Naruto.

Mengambil Tahu Perkembangan Ahli Usrah

 ³Yup. Ada lagi. Siapa naqib pertama Naruto?´ 

 ³Erm. Iruka!´ 

 ³Apa yang Iruka buat apabila dia hendak menyerahkan Naruto kepada Kakashi?´ 

  ³Erm. Macam tak buat apa-apa pun. Cuma kadang-kadang Iruka akan bertanya Kakashi

tentang perkembangan Naruto,´ jawab Nasir yang sedari tadi hanya angguk-angguk dan

senyum-senyum sahaja.

  ³Sebenarnya apabila Iruka hendak menyerahkan Naruto kepada Kakashi, Iruka telah

memberi semua maklumat berkaitan Naruto kepada Kakashi seperti tingkah laku Naruto

dan juga perkara yang perlu diambil tindakan oleh Kakashi seterusnya.

Kemudian Iruka akan tetap mengikuti perkembangan Naruto walaupun Naruto bukan lagi di

bawah tanggungjawabnya. Begitu juga apabila Kakashi menyerahkan Naruto kepada Datuk

Jiraiya. Dia juga akan menjelaskan apa yang perlu dan mengambil tahu tentang

perkembangan Naruto,´ jelas saya yang sudah lama tidak menggunakan cerita Narutosebagai analogi dalam setiap isu yang ingin diutarakan

Kadang-kadang sengaja saya memasukkan analogi-analogi berunsur kekartunan sedikit.

Sedikit sebanyak dapat mengimbangi suasana antara ceria dan serius.

 ³Oh, begitu. Faham.´ 

 ³Jadi, kamu semua apabila sudah habis SPM, keluar daripada sekolah ini jangan pula lupa

kepada ahli-ahli usrah yang pernah menjadi tanggungjawab kamu semua. Kerana itu abang

lebih suka menetapkan matlamat dalam usrah supaya setiap ahli usrah abang akan boleh

bawa usrah lain pula. Jadi, perkara ini akan berterusan.´ 

 ³Ciri-ciri yang lain lagi?´ 

 ³Eh, asyik abang saja yang bagi. Cuba kamu semua pula bagi.´ 

Page 4: USRAH NARUTO

8/8/2019 USRAH NARUTO

http://slidepdf.com/reader/full/usrah-naruto 4/4

 

Keistimewaan pada naqib

Semua pandang-memandang sesama sendiri. Faiz memandang ke syiling. Mungkin sedang

cuba mengingat sesuatu.

 ³Mungkin boleh juga dikaji kenapa usrah si Naruto, Sakura dan Sasuke ini ceria. Sedangkan

kita juga tahu yang perangai Naruto dengan Sasuke cukup berbeza. Naruto dengan

perangai main-main dia, Sasuke pula lebih serius. Jadi, bagaimana pakcik Kakashi ini boleh

mengawal ahli-ahli usrah dia dengan baik?´ Faiz cuba mengemukakan pandangan. Saya

sendiri berkerut dahi sambil wajah cuba mengukir senyum.

  ³Hurm. Menarik untuk dibincangkan. Bagaimana kita sebagai naqib boleh mengawal ahli-

ahli usrah yang pelbagai ragam? Kamu ada idea, Faiz?´ saya cuba mencelah sambil

memikirkan mengenainya.

  ³Saya tidak ada jawapan lagi tentang persoalan ini. Cuma mungkin ini terletak kepada

setiap ahli usrah untuk memberi komitmen terhadap usrah mereka,´ jawab Faiz.

Suasana perbincangan menjadi hangat. Saya merenung wajah setiap ahli usrah. Menanti

sama ada mereka masih ada idea untuk dilontarkan.

 ³Mungkin juga sebab ada sesuatu ilmu daripada Kakashi yang ingin dipelajari oleh Sasuke.

Pada awalnya kan Kakashi ini merupakan seorang yang penuh teka-teki. Teka-teki

bagaimana dia ada mata Sharingan, sama seperti Sasuke. Mungkin itu yang menjadi daya

penarik bagi Sasuke untuk memberi komitmen kepada kumpulan µusrah¶ tersebut.´ Imran

melontarkan pandangannya.

  ³Betul« betul« betul« Setiap orang sebenarnya ada keistimewaan masing-masing. Cuma

kita rasa rendah diri apa keistimewaan kita. Jadi, apabila kita menjadi naqib, sebenarnya

ilmu atau keistimewaan kita itulah yang menjadi daya penarik kepada ahli usrah kita,´ sayacuba menjawab apa yang termampu.

 ³Ok. Minggu depan kita sambung cerita lain pula!´ 

.