Usul fiqh, rukhsah.

3
USULFIQH. RUKHSAH. PENGERTIAN RUKHSAH. DARI SEGI BAHASA : Mudah. DARI SEGI ISTILAH : Hukum yang disyariatkan disebabkan oleh sesuatu keuzuran yang berat sebagai pengecuali dari hukum asal yang menyeluruh („azimah) yang menghendaki larangan serta dibataskan kepada kadar yang perlu. CONTOHNYA. Diharuskan tidak berpuasa bagi orang musafir. FIRMAN ALLAH DALAM SURAH AL-BAQARAH, AYAT 184. Maksudnya : Maka sesiapa di antara kamu yang sakit atau dalam musafir, (bolehlah ia berbuka). BAHAGIAN BAHAGIAN RUKHSAH. MENURUT ULAMA SYAFI‟E DAN HANBALI. 1. Rukhsah yang wajib dilakukan. Contohnya memakan bangkai bagi orang yang dalam keadaan darurat disebabkan ketiadaan makanan yang halal. Jika sekiranya ia tidak makan, nescaya membawa kepada maut. Firman Allah dalam Surah an-Nisa, ayat 29 : “Dan janganlah kamu membunuh diri kamu.” 2. Rukhsah sunat dilakukan. Contohnya mengqasar sembahyang bagi orang musafir yang jarak jauh perjalanannya lebih dari tiga merhalah. Hadith Sayidina Umar r.a bahawa Rasulullah bersabda, “ini (sembahyang qasar) ………… 3. Rukhsah harus dilakukan. Contohnya jual cara tempah (jual salam), sewa dan jual „al Araya‟ (menjual buah ratab di atas pohonnya dengan buah kurma yang sudah kering (tamar) secara agak). 4. Rukhsah lebih baik ditinggalkan (menyalahi keuamaan). Contohnya tidak berpuasa bagi orang yang musafir. Jika ia berpuasa juga, maka tidak memudharatkannya juga. Firman Allah dalam Surah al-Baqarah, ayat 184 : “Dan bahawa kamu berpuasa adalah lebih baik.”

Transcript of Usul fiqh, rukhsah.

Page 1: Usul fiqh, rukhsah.

USULFIQH.

RUKHSAH.

PENGERTIAN RUKHSAH. DARI SEGI BAHASA : Mudah. DARI SEGI ISTILAH : Hukum yang disyariatkan disebabkan oleh sesuatu keuzuran yang berat sebagai pengecuali dari hukum asal yang menyeluruh („azimah) yang menghendaki larangan serta dibataskan kepada kadar yang perlu.

CONTOHNYA.

Diharuskan tidak berpuasa bagi orang musafir.

FIRMAN ALLAH DALAM SURAH AL-BAQARAH, AYAT 184. Maksudnya : Maka sesiapa di antara kamu yang sakit atau dalam musafir, (bolehlah ia berbuka).

BAHAGIAN – BAHAGIAN RUKHSAH. MENURUT ULAMA SYAFI‟E DAN HANBALI.

1. Rukhsah yang wajib dilakukan. Contohnya memakan bangkai bagi orang yang dalam keadaan darurat disebabkan ketiadaan makanan yang halal. Jika sekiranya ia tidak makan, nescaya membawa kepada maut. Firman Allah dalam Surah an-Nisa, ayat 29 :

“Dan janganlah kamu membunuh diri kamu.”

2. Rukhsah sunat dilakukan. Contohnya mengqasar sembahyang bagi orang musafir yang jarak jauh perjalanannya lebih dari tiga merhalah.

Hadith Sayidina Umar r.a bahawa Rasulullah bersabda, “ini (sembahyang qasar) …………

3. Rukhsah harus dilakukan. Contohnya jual cara tempah (jual salam), sewa dan jual „al Araya‟ (menjual buah ratab di atas pohonnya dengan buah kurma yang sudah kering (tamar) secara agak).

4. Rukhsah lebih baik ditinggalkan (menyalahi keuamaan).

Contohnya tidak berpuasa bagi orang yang musafir. Jika ia berpuasa juga, maka tidak memudharatkannya juga. Firman Allah dalam Surah al-Baqarah, ayat 184 :

“Dan bahawa kamu berpuasa adalah lebih baik.”

Page 2: Usul fiqh, rukhsah.

5. Rukhsah makruh dilakukan. Contohnya Qasar sembahyang nagi musafir kurang dari tiga marhalah.

MENURUT ULAMA HANAFI (4) :

1. Diharuskan melakukan perkara haram sewaktu darurat. Contohnya mengucap kekufuran ketika dipaksa dan terpaksa.

2. Diharuskan meninggalkan perkara wajib. Contohnya meninggalkan puasa bagi orang musafir.

3. Diharuskan akad dan transaksi menyalahi kaedah, kerana diperlukan oleh

masyarakat. Contohnya jual cara salam kerana keperluan masyarakat.

4. Menghapuskan syariat umat dahulu yang berat, diringankan kepada umat Nabi Muhammad. Contohnya bertaubat bagi umat Nabi Musa a.s dengan membunuh diri. Akan tetapi bertaubat bagi umat Nabi Muhammad s.a.w tidak sedemikian.

SEBAB – SEBAB RUKHSAH MENURUT IMAM AS SUYUTI.

1. Musafir. Iaitu jarak perjalanan lebih dua marhalah.

2. Sakit. Contohnya orang sakit boleh sembahyang duduk, baring atau terlentang.

3. Paksaan. Contohnya dipaksa melakukan perkara haram, seperti meminum arak.

4. Lupa. Contohnya tidak batal puasa bagi orang yang makan kerana terlupa.

5. Kejahilan.

6. Perkara yang tidak dapat dielakkan. Contohnya bersembahyang dengan kain yang

terkena percikan air di jalanan adalah sah dan dimaafkan.

7. Kekurangan. Contohnya kanak-kanak dan orang gila tidak dikenakan taklif.

JENIS – JENIS RUKHSAH.

1. Rukhsah membenarkan perkara haram. Contohnya meminum benda haram dalam keadaan darurat.

2. Rukhsah menggugurkan kewajipan. Tidak wajib sembahyang jumaat bagi orang musafir.

3. Rukhsah untuk menggantikan. Contohnya bertayammum bagi menggantikan wudhu

kerana ketiadaan air.

4. Rukhsah untuk mengurangkan. Contohnya sembahyang qasar bagi orang musafir.

5. Rukhsah untuk mengubah. Contohnya mengubah kedudukan sembahyang ketika dalam peperangan.

Page 3: Usul fiqh, rukhsah.

6. Rukhsah untuk dahulukan. Contohnya sembahyang jamak takdim bagi orang musafir.

7. Rukhsah untuk kemudiankan. Contohnya sembahyang jamak takhir bagi orang

musafir.

SOALAN :

1. Di dalam nas-nas al-Quran dan Hadith ada berlakunya pertemuan di antara perintah dan tegahan pada satu tempat.

2. Berikan pengertian „azimah dan nyatakan bahagian-bahagiannya.

3. Jelaskan bahagian-bahagian rukhsah, menurut ulama Syafi‟e dan hanbali beserta

contoh.

4. Pengertian rukhsah, jenis-jenis beserta contoh.

5. Nyatakan sebab-sebab rukhsah menurut Imam Suyuti.

6. Jelaskan hukum rukhsah dalam keadaan berikut :

(a) Minum arak disebabkan tercekik ketika makan buah epal. (b) Tidak puasa dalam bulan Ramadhan bagi musafir.