UTAMAKAN MUTU BAHASA KITA

20
Anda sebagai pelajar patutlah memberikan perhatian yang serius kepada soal mutu bahasa kebangsaan kita. Hal ini demikian oleh sebab bahasa yang digunakan dalam bidang pendidikan seharusnya bahasa yang baku. Bahasa yang baku dan yang teratur diperlukan untuk menjadi alat berfikir yang berkesan, terutama bagi Dr. Haji Awang Sariyan dalam Tuntunan Bahasa, Asas Pegangan Pelajar (2004: 6)

description

UTAMAKAN MUTU BAHASA KITA. - PowerPoint PPT Presentation

Transcript of UTAMAKAN MUTU BAHASA KITA

Page 1: UTAMAKAN MUTU BAHASA KITA

Anda sebagai pelajar patutlah memberikan perhatian yang serius

kepada soal mutu bahasa kebangsaan kita. Hal ini demikian oleh sebab bahasa yang digunakan dalam

bidang pendidikan seharusnya bahasa yang baku. Bahasa yang baku

dan yang teratur diperlukan untuk menjadi alat berfikir yang berkesan, terutama bagi bidang yang canggih.

Dr. Haji Awang Sariyan dalam Tuntunan Bahasa, Asas Pegangan Pelajar (2004: 6)

Page 2: UTAMAKAN MUTU BAHASA KITA

Bahasa baku diperlukan juga sebagai alat untuk pemerolehan dan

pengembangan ilmu. Orang yang tidak menguasai bahasa baku tidak

akan berupaya menyampaikan pemikirannya dengan baik. Ilmu pula kebanyakannya dikembangkan dalam

bahasa persuratan, yang jelas berasaskan bahasa baku.

Dr. Haji Awang Sariyan dalam Tuntunan Bahasa, Asas Pegangan Pelajar (2004: 6)

Page 3: UTAMAKAN MUTU BAHASA KITA

“Kamus yang ada sekarang tiada maklumat fonetik. Dalam kamus

besar Melayu kami masukkan maklumat fonetik dan kelas kata. Selain itu, tulisan Jawi, maklumat etimologi, dan pembaharuan yang lain turut kami masukkan dalam kamus tersebut. Kamus besar

Melayu dijangka terbit pada tahun 2008.”

Puan Noresah Baharum, Ketua Bahagian Perkamusan DBP. (Pelita Bahasa, Oktober 2003)

Page 4: UTAMAKAN MUTU BAHASA KITA

Kini, DBP sedang dalam peringkat akhir untuk menghasilkan Kamus Dewan edisi

keempat yang memuatkan kira-kira 5000 entri tambahan dan membuat penambahbaikan

kepada kata entri yang sedia ada. Kami mengambil kira juga isu semasa yang

ditimbulkan terutama kata dalam bidang agama yang menimbulkan sensitiviti

masyarakat. Kamus Dewan edisi keempat dijangka terbit pada tahun 2004.

Puan Noresah Baharum, Ketua Bahagian Perkamusan DBP. (Pelita Bahasa, Oktober 2003)

Page 5: UTAMAKAN MUTU BAHASA KITA
Page 6: UTAMAKAN MUTU BAHASA KITA

berasal daripada maktab berasal dari maktab

berasal daripada kampung berasal dari kampung

berasal daripada bandar berasal dari bandar

berasal daripada Ranau berasal dari Ranau

berasal daripada Tawau berasal dari Tawau

Page 7: UTAMAKAN MUTU BAHASA KITA

daripada segi dari segi

daripada sudut dari sudut

daripada penjuru dari penjuru

daripada arah dari arah

Sumber: Tatabahasa Dewan Edisi Baharu (1993: 255)

Page 8: UTAMAKAN MUTU BAHASA KITA

bergantung kepada bergantung pada

berpegang kepada berpegang pada

digantung kepada digantung pada

tersangkut kepada tersangkut padaRujukan: Tatabahasa Dewan Edisi Baharu (1993: 261)

Page 9: UTAMAKAN MUTU BAHASA KITA

merasa lega berasa lega

merasa keliru berasa keliru

merasa tenang berasa tenang

merasa seronok berasa seronok

merasa bersalah berasa bersalah

Page 10: UTAMAKAN MUTU BAHASA KITA

Adalah dimaklumkan bahawa permohonan tuan telah diterima.

Dengan ini dimaklumkan bahawa permohonan tuan telah diterima.

Page 11: UTAMAKAN MUTU BAHASA KITA

Salah Betulbalik kampung balik ke kampungpergi sekolah pergi ke sekolahpergi tandas pergi ke tandasmasuk dewan masuk ke dewan

Rujukan: Tatabahasa Dewan Edisi Baharu (1993: 253-255)

Page 12: UTAMAKAN MUTU BAHASA KITA

Salah Betuldi dalam hal dalam haldi dalam urusan dalam urusandi dalam proses dalam prosesdi dalam suasana dalam suasana

Rujukan: Tatabahasa Dewan Edisi Baharu (1993: 270-271)

Page 13: UTAMAKAN MUTU BAHASA KITA

Perkataan dalam boleh berfungsi sebagai kata sendi nama dan sebagai kata arah. Sebagai kata sendi nama, dalam

berkedudukan di hadapan kata nama atau frasa nama yang membawa pengertian lingkungan yang tidak mempunyai ruang

atau jarak.

dalam acara dalam usahadalam mimpi dalam latihandalam bidang dalam perjalanan

Page 14: UTAMAKAN MUTU BAHASA KITA

Kata dalam sebagai kata arah berkedudukan selepas sendi nama di. Frasa di dalam membawa pengertian lingkungan

yang ada ruang atau jarak.

di dalam bilik di dalam lacidi dalam sungai di dalam keretadi dalam khemah di dalam almaridi dalam sangkar di dalam dewan

Page 15: UTAMAKAN MUTU BAHASA KITA

Kata sendi nama daripada digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan punca bagi manusia, haiwan, benda, dan unsur mujarad, sumber atau asal kejadian sesuatu benda, dan perbezaan atau perbandingan.

Page 16: UTAMAKAN MUTU BAHASA KITA

Dayang menerima sepucuk surat daripada Awang.

Punca (sumber) surat ialah manusia (Awang).

Pemain sarkas itu menerima bola daripada beruangnya.

Punca (sumber) bola ialah haiwan (beruang).

Bat dikatakan keluar daripada muntah lembu.

Punca (sumber) Bat ialah benda (muntah lembu).

Dia menjauhkan diri daripada bahaya dadah.

Punca (sumber) untuk dijauhkan oleh diri ialah unsur mujarad (bahaya dadah).

Ayat contoh yang menunjukkan punca bagi manusia, haiwan, benda, dan unsur mujarad.

Page 17: UTAMAKAN MUTU BAHASA KITA

Ukiran itu diperbuat daripada logam. Sumber (asal kejadian) ukiran ialah logam.

Ahli PIBG terdiri daripada ibu bapa dan guru.

Sumber (asal kejadian) ahli PIBG ialah ibu bapa dan guru.

Cara berfikirnya lain daripada yang lain.

Menunjukkan perbezaan atau perbandingan.

Markahnya separuh daripada markah yang dijangkakan.

Menunjukkan perbezaan atau perbandingan.

Ayat contoh yang menyatakan maksud sumber atau asal kejadian sesuatu benda, dan menunjukkan perbezaan atau perbandingan.

Page 18: UTAMAKAN MUTU BAHASA KITA

Kami semua daripada Tawau.

Pendatang itu daripada negara jiran.

Linda baru pulang daripada kampung.

Penggunaan kata sendi nama daripada bagi maksud punca hanya terhad kepada manusia, haiwan, benda, dan unsur mujarad. Penggunaan kata sendi nama daripada bagi maksud punca tempat seperti negeri, bandar, pekan, kampung, dan sebagainya dianggap tidak betul.

dari

dari

dari

Page 19: UTAMAKAN MUTU BAHASA KITA

berbagai

berbagai-bagai jenis

berbagai-bagai usaha

berbagai-bagai sebab

Berbagai-bagai bermaksud bermacam-macam, berjenis-jenis, atau beberapa (unsur, benda, negara dan lain-lain). Berbagai pula bermaksud berbanding atau bersamaan.

berbagai-bagai

Page 20: UTAMAKAN MUTU BAHASA KITA

berbagai-bagai jenis

berbagai-bagai usaha

berbagai-bagai sebab

Berbagai pula bermaksud berbanding atau bersamaan.

berbagai