Variasi Bahasa

10
Variasi Bahasa Variasi bahasa Kepelbahagaian bahasa yang ditentukan oleh faktor teknikal bahasa iaitu sebutan, kosa kata dan tatabahasa. . Halliday (1968) menjeniskan bahasa kepada dua aspek iaitu : Pengguna – orang yang menggunakan sesuatu bahasa Penggunaan – kesesuaian jenis bahasa yang digunakan dengan keadaan atau situasi bahasa itu digunakan. Berikut adalah beberapa istilah yang mewujudkan variasi atau kepelbagaian bahasa Melayu. Dialek Merupakan variasi bahasa apabila variasi bahasa itu masih difahami oleh oleh pengguna dalams esuatau masyarakat bahasa walaupun ada pembahagian geografi . Variasi bahasa ii dikenali sebagai dialek. Idiolek Variasi bahasa yang khusus berkaitan dengan individu. merupakan kelainan penggunaan bahasa pada peringkat individu. Perbezaan paling ketara ialah dari segi sebutan dan lagu sebutan. Keadaan ini berlaku kerana perbezaan alat sebutan seperti kecacatan atau tabiat penyebutan kerana pengaruh rakan atau seisi keluarga. Dialek kawasan Variasi bahasa yang berkaitan dengan pengguna dalam sesuatu kawasan. Dikaitkan dengan rumpun banasa Austronesia, cabang Nusantara. Cabang Nusantara mempunyai 200 hingga 300 bahasa dalam 16 golongan seperti Filipina, Sumatera, jawa, Kalimantan dan sebagainya. Bahasa Melayu termasuk dalam golongan Sumatera bersama- sama dengan bahsa Batak, Acheh, Minangkabau, Nias, Lampung dan Orang Laut. Umumnya bahasa Melayu merangkumi Bahasa Malaysia di Malaysia, Bahasa Indonesia di Indonesia, Bahasa Melayu di Brunei dan Singapura. Walaupun namanya berbeza, ia

description

sharing is caring..hope u success

Transcript of Variasi Bahasa

Page 1: Variasi Bahasa

Variasi Bahasa

Variasi bahasa Kepelbahagaian bahasa yang ditentukan oleh faktor teknikal bahasa iaitu sebutan, kosa kata dan tatabahasa.

.

Halliday (1968) menjeniskan bahasa kepada dua aspek iaitu :Pengguna – orang yang menggunakan sesuatu bahasa

Penggunaan – kesesuaian jenis bahasa yang digunakan dengan keadaan atau situasi bahasa itu digunakan.

Berikut adalah beberapa istilah yang mewujudkan variasi atau kepelbagaian bahasa Melayu.

DialekMerupakan variasi bahasa apabila variasi bahasa itu masih difahami oleh oleh pengguna dalams esuatau masyarakat bahasa walaupun ada pembahagian geografi . Variasi bahasa ii dikenali sebagai dialek.

Idiolek

Variasi bahasa yang khusus berkaitan dengan individu.

merupakan kelainan penggunaan bahasa pada peringkat individu.

Perbezaan paling ketara ialah dari segi sebutan dan lagu sebutan.

Keadaan ini berlaku kerana perbezaan alat sebutan seperti kecacatan atau tabiat penyebutan kerana pengaruh rakan atau seisi keluarga.

Dialek kawasan

Variasi bahasa yang berkaitan dengan pengguna dalam sesuatu kawasan. Dikaitkan dengan rumpun banasa Austronesia, cabang Nusantara. Cabang Nusantara mempunyai 200 hingga 300 bahasa dalam 16 golongan seperti Filipina, Sumatera, jawa, Kalimantan dan sebagainya.

Bahasa Melayu termasuk dalam golongan Sumatera bersama-sama dengan bahsa Batak, Acheh, Minangkabau, Nias, Lampung dan Orang Laut.

Umumnya bahasa Melayu merangkumi Bahasa Malaysia di Malaysia, Bahasa Indonesia di Indonesia, Bahasa Melayu di Brunei dan Singapura. Walaupun namanya berbeza, ia merupakan dialek bagi bahasa Melayu.

 

Dialek sosial

Dikaitkan dari segi penggunaan, iaitu bahasa mungkinberbeza mengikut kumpulan sosial dan situasi yang digunakan. Misalnya, dalam majlis rasmi, orang akanmenggunakan bahasa-bahasa yang formal. Varisi-variasi ini yangbrkiatand enan dialek sosial, dikatakan sebagai dialek sosial.

Page 2: Variasi Bahasa

Oleh itu, bahasa Melayu secara umumnya dapat dibahagikan kepada tiga jenis variasi, iaitu idiolek, dialek kawasan atau loghat, dialek sosial.

Perhubungan antara ketiga-tiganya dapat digambaran melalui skema rajah yang berikut.

 Berdasarkan konteks yang umum, pengunaan bahasa dapat dibahagikan kepada bahasa formal dan tak formal.

Contoh bahasa formal - Bahasa Baku dan Bahasa Diraja atau Bahasa Istana.

Page 3: Variasi Bahasa

Contoh bahasa tak formal - Bahasa mesra, bahasa slanga, bahasa basahan, bahasa pasar, bahasa halus, bahasa kasar, bahasa dialek dan sebagainya.

Bahasa formal dan bahasa tak formal dapat dibezakan dengan membandingkan ragam bahasa bebas dan bahasa terkawal, dan ragam bahasa mesra dan bahasa formal.

Ragam Bahasa Bebas dan Bahasa Terkawal

Ragam Bahasa Bebas Bahasa Terkawal

Ayat yang tidak gramatis.

Tidak mementingkan aspek sebutan, intonasi, pilihan perkataan, struktur ayat, dan tatabahasa.

Contoh: You ni betullah degil sangat. I dah warning you banyak kali, tapi you masih hendak ke tempat tu.

Ayat yang gramatis

Mementingkan aspek-aspek sebutanm intonasi, pilihan perkataan, struktur ayat dan tatabahasa.

Contoh: Awak sangat degil. Saya telah berkali-kali memberi amaran supaya jangan pergi ke tempat itu, tetapi awak masih hendak ke sana.

Ragam Bahasa Mesra dan Bahasa Formal

Ragam Bahasa Mesra Ragam Bahasa Formal

Menggunakan ragam bahasa bebas, iaitu tidak memeningkan sebutan, intonasi, pilihan kata, nahu dan sebagainya.

Ciri-ciri lain:

a. Penggunaan gelaran yang tidak lengkap

 

 

 

Bahasa Slanga

Page 4: Variasi Bahasa

 

Bahasa tidak rasmi, tidak baku.

Dianggap lebih rendah tarafnya daripada bahasa standard.

Menggunakan kata-kata remaja seperti brader, pakwe, mengancam, sekeh, boring.

 

Bahasa Basahan

Juga disebut sebagai bahasa kolokial.

Za'aba menggelar bahasa ini sebagai bahasa cakap mulut.

Merupakan bahasa pertuturan harian dalam konteks tidak rasmi.

Terdapat tiga jenis perbezaan antara bahasa baku dengan bahasa basahan, iaitu:

(a) perkataan berbeza untuk makna yang serupa

Bahasa Baku Bahasa Basahan

mengapa Kenapa

bagaimana macam mana

sedang Tengah

(b) bentuk kependekan

Bahasa Baku Bahasa Basahan

hendak Nak

tidak Tak

sudah Dah

(c) perubahan bunyi

Bahasa Baku Bahasa Basahan

ambil Ambik

kecil Kecik

pula Pulak

 

Bahasa Pasar

Bahasa kacukan antara bahasa Melayu dengan bahasa-bahasa bukan Melayu

Page 5: Variasi Bahasa

Pelat penyebutan dipengaruhi oleh pelat bahasa ibunda penutur.

Tidak gramatis dengan mengabaikan hukum DM dan penggunaan penjodoh bilangan.

Contoh: Pengunaan Gua menggantikan saya (ganti diri orang pertama) dan `lu' (ganti diri nama kedua).

Menggunakan banyaks ebagai kata penguat, contoh: banyak cantik.

Kerap menggunakan perkataan `punya' , contoh: dia punya barang, apa punya budak.

 

Bahasa Halus

Bahasa halus wujud kerana pertimbanag terhadap orang yang dilawan bertutur. Kedudukan, pangkat, umur dan keakraban orang yang dilawan bertutur mempengaruhi pemilihan perkataan dan kataganti nama.

Bahasa halus juga ada kalanya digunakan dalam surat menyurat apabila kata-kata yang bersopan digunakan.

Kata ganti nama diri merupakan ciri-ciri yang penting, seperti penggunaan anakanda, ayahanda, adinda, kekanda, bonda dan nenda.

Bahasa kiasan dan peribahasa digunakan dengan meluas untuk menyatakan sesuatu secara halus atau tidak berterus terang.

Contoh: Buang air besar, berbulan madu, berbadan dua.

Berikut diturunkan beberapa contoh:

Bahasa Basahan Bahasa Halus

kencing Buang air kecil

berak Buang air besar

mengandung/bunting Berbadan dua

kubur makam

 

Bahasa Kasar

Bahasa yang dhamburkan dengan mengikut perasaan. Kata-kata esat ialah contoh bahasa kasar seperti bangang, bodoh, tak berotak dan sebagainya.

Page 6: Variasi Bahasa

Ada pihak yang mengatakan perkataan jantan dan betina, jika ditujukan kepada manusia juga tergolong dalam bahasa kasar.

Bagaimanapun, kesannya kepada orang lain adalah subjektif, kerana adakalanya bahasa yang dianggap kasar di kawasan tertentu dianggap gurauan atau bahasa cakap mulut di kawasan yang lain. Misalnya perkataan celaka diaggap kesat di Selangor, tetapi dianggap biasa di Melaka.

Dialek

variasi daripada sesuatu bahasa tertentu dan dituturkan oleh sekumpulan masyarakat bahasa tersebut.

Dialek ditentukan oleh fakor geografi dan sosial.

Dialek berbeza dari segi:

a. Sebutan

Contoh: Perkataan ``air'' disebut dalam pelbagai dialek seperti ayaq, ayo.

b Gaya lagu bahasa

Contoh: Dialek Perak biasanya mempunyai sebutan yang lebih laju daripada Negeri Sembilan.

c. Tatabahasa

Contoh: penggunaaan imbuhan per- dan -kan.

perbesar (dialek Kedah) dan besarkan (dialek Johor).

(d) Kosa kata

Contoh: bewoh (dialek Kelantan bermaksud kenduri)

(e) kata ganti diri

Contoh ambo (dialek Kelantan bermaksud saya)

Hang (dialek utara bermaksud kamu)

http://www.tutor.com.my/tutor/stpm/variasi_bahasa.htm

Perbezaan bahasa baku dan dialekBahasa baku Bahasa dialek

Untuk tujuan rasmi Untuk tujuan tidak rasmi. Tidak mempunyai penutur asli Tidak mementingkan tatabahasa Mematuhi peraturan tatabahasa Banyak menggunakan istilah

berdasarkan daerah

Page 7: Variasi Bahasa

Digunakan dalam konteks formal Menggunakan bahasa biasa ynag bersifat tidak formal.

Menggunakan system panggilan formal.

Menggunakan imbuhan tertentu atau tidak sama sekali.

Bersifat fonemik Menggunakan sebutan yang tidak tepat atau tidak mengikut ejaan.

Mengalami perancangan yang sistematik

Banyak menggunakan unsur kependekan kata

Menggunakan perkataan yang lengkap dan tepat.

System sapaan yang berbeza.

Tiada unsur kependekan. Tersusun Menekankan kejelasan dan

ketepatan makna.

Ciri-ciri bahasa formal dan tidak formal. Bahasa formal Bahasa tidak formal. Mematuhi peraturan bahasa

yang ditetapkan. Tidak terikat kepada peraturan

tatabahasa. Ayat-ayat diucapkan dengan

intonasi yang betul. Binaan ayat tidak perlu tersusun

dan tanpa intonasi yang sempurna.

Menggunakan bahasa baku. Menggunakan kata ganti nama diri yang lebih mesra dan penggunaan nama sendiri.

Menggunakan kata ganti nama diri dan bentuk sapaan atau gelaran yang formal.

Penggunaan gelaran kekeluargaan dan panggilan yang lebih intim.

Tiada unsur kependekan kata dan pencampuran kod.

Terdapat unsur percampuran kod dan kependekan kata.

Menggunakan kosa kata yang lebih halus dan sopan.

Pemilihan kosa kata lebih dipengaruhi dialek daerah dan tidak begitu mementingkan kehalusan bahasa.

Binaan dan susunan ayat yang betul.

Mematuhi format tertentu seperti ucapan, ceramah dan persuratan.

Ciri-ciri bahasa halus dan bahasa kasar

Bahasa halus Bahasa kasarDiucapkan dengan nada yang lembut dan rendah diri.

Penggunaan kata yang kesat dan kurang menyenangkan.

Pemilihan diksi memperlihatkan kesopanan.

Menggunakan kata sindiran.

Page 8: Variasi Bahasa

Menggunakan tatabahasa yang lengkap dan teratur.

Penggunaan ganti nama diri yang kurang sopan.

Menggunakan kata ganti nama diri yang lengkap dan sopan.

Tidak menggunakan peraturan tatabahasa yang lengkap.

Menggunakan peribahasa dan kiasan. Penggunaan dalam emosi yang negatif.

Ciri-ciri bahasa istana dan bahasa biasa.Bahasa istana Bahasa biasaPenggunaan kata dan ungkapan yang khusus.

Menggunakan struktur ayat yang mudah.

Penggunaan kata ganti nama diri orang. Tidak mengikut peraturan tatabahasaPenggunaan gelaran dan rujukan kehormat.

Kosa kata atau perkataan mudah difahami.

Penggunaan unsure pemulukan (menyanjung raja) dan pendinaan (merendah-rendahkan dirinya.)

Terdapat juga pemilihan kata yang kurang sopan.

Unsuresingkatan atau kependekan kerap digunakan.Menggunakan kata ganti nama diri mengikut kesesuaian.Terdapat percampuran kod.

Contoh dialek.Bahasa baku

Dialek kedah

Dialek perak

Dialek kelantan.

Dialek terengganu

Dialek negeri sembilan

Air Ayaq Ayo Aye Aye AyeApa Apa Ape Apo Ape ApoPergi Pi Pegi Gi Gi PoyiUlar Ulaq Ulo Ula Ulo Ula

Cth unsur percampuran kod. I cari you last night tapi you tak ada dirumah.

Insya-Allah, esok ana akan jemput anta dari airport.