ver.7 Panduan Geran RUTrans 1.2021 updated 19.5.21

15

Transcript of ver.7 Panduan Geran RUTrans 1.2021 updated 19.5.21

Page 1: ver.7 Panduan Geran RUTrans 1.2021 updated 19.5.21
Page 2: ver.7 Panduan Geran RUTrans 1.2021 updated 19.5.21

© Pejabat Pengurusan & Kreativiti Penyelidikan _updated.19 May 2021 1

GARIS PANDUAN

PENGURUSAN SKIM GERAN UNIVERSITI PENYELIDIKAN TRANSDISIPLINARI

(RUTrans) FASA 1/2021

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

1. PENGENALAN

Geran Universiti Penyelidikan Transdisiplinari (RUTrans) adalah geran yang dianugerahkan untuk

menjalankan satu program penyelidikan transdisiplinari yang dapat membina kerjasama

keserakanan di antara penyelidik-penyelidik USM yang berlainan domain bersama rakan

kolaborasi di industri, agensi kerajaan, NGO dan/atau komuniti. Permohonan geran RUTrans perlu

mengikut panggilan kertas kerja (call for proposals).

Objektif utama geran adalah untuk mewujudkan satu program penyelidikan sinergistik yang

berteraskan Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) dan menyumbang kepada pembangunan

science, technology, innovation dan economy (STIE) terutamanya penyelidikan yang hasilnya

boleh diadaptasi di dalam industri, agensi kerajaan, NGO atau komuniti melalui pemindahan ilmu

dan teknologi. Program mesti memberi impak dan manfaat secara terus kepada pemegang taruh

yang terlibat seperti produk inovatif, nilai tambah, pengurangan kos, peningkatan kualiti dan

pendapatan.

Program RUTrans bertumpukan Rangka Kerja 10-10 MySTIE yang dibangunkan Akademi Sains

Malaysia (ASM) dengan Kluster Pemacu Sosioekonomi yang akan dikenal pasti pada setiap

pembukaan fasa geran. Penyelidikan membolehkan perkongsian dan kerjasama merentas bidang

dengan menggunakan Pemacu Teknologi (enablers) yang telah juga digariskan ASM.

Objektif ini sejajar dengan visi dan misi universiti yang menekankan kepentingan penyelidikan

rentas bidang, pemerkasaan bakat masa depan dan pengupayakan golongan terkebawah demi

mentransformasi kesejahteraan sosioekonomi mereka. Geran ini juga menyokong agenda

Universiti Penyelidikan (RU) iaitu Talent Development, Research Prominence, Wealth Creation and

Bridging the Grand Challenge yang akan membawa USM sebagai salah satu RU ke satu tahap

yang lebih tinggi.

Page 3: ver.7 Panduan Geran RUTrans 1.2021 updated 19.5.21

© Pejabat Pengurusan & Kreativiti Penyelidikan _updated.19 May 2021 2

Di bawah inisiatif ini, Universiti meletakkan kepercayaan kepada staf akademik dari Gred

DS/DU/DUG 45/51/52/53/54/56 sebagai Ketua Program untuk meneraju program RUTrans.

Usaha ini dilaksanakan untuk membudayakan aktiviti penyelidikan dalam kalangan kumpulan

pertengahan di Universiti. Program ini juga dapat mempersiapkan mereka untuk menerajui geran

transdisiplinari luar lain yang lebih mencabar.

2. PROGRAM PENYELIDIKAN

(a) Program Penyelidikan RUTrans mesti melibatkan minimum tiga (3) projek di bawah

domain penyelidikan yang berbeza dalam kalangan penyelidik di USM sahaja. Sekurang-

kurang satu (1) projek perlu mempunyai penyelidik bersama dalam kalangan rakan-

rakan kolaborasi dari Industri/Agensi Kerajaan/NGO/Universiti Antarabangsa yang

tersohor (bukti dokumen adalah sekurang-kurangnya surat niat (letter of intent) dan lain-

lain dokumen yang berkaitan). Program (atau projek) yang mempunyai rakan kolaborasi

dan telah bersetuju untuk memberikan sebahagian pembiayaan akan diberikan keutamaan.

(b) Program yang bakal dilaksanakan mestilah selaras dengan agenda penyelesaian masalah

global yang berteraskan SDG dan akan berpandukan kluster terpilih semasa permohonan

dibuka daripada senarai Pemacu Sosioekonimi (Socioeconomic Driver) dan bidang tujahan

(niche areas) yang dikenal pasti (rujuk LAMPIRAN A). Penyelesaian yang dicadangkan

untuk dilaksanakan hendaklah memenuhi kriteria berikut:

i. Gabungan sekurang-kurangnya dua (2) Technology Drivers (enablers) berikut

(Rujuk LAMPIRAN A):

• 5G/6G

• Sensor technology

• 4D/5D Printing

• Advanced Materials

• Advanced Intelligence Systems

• Cyber-Security & Encryption

• Augmented Analytics & Data Discovery

• Blockchain

• Neuro Technology

• Bioscience Technology

Page 4: ver.7 Panduan Geran RUTrans 1.2021 updated 19.5.21

© Pejabat Pengurusan & Kreativiti Penyelidikan _updated.19 May 2021 3

ii. Merangkumi sekurang-kurangnya tiga (3) domain berikut bagi memastikan

program RUTrans merentasi disiplin:

• Sains Tulen dan Gunaan (Pure and Applied Sciences)

• Teknologi dan Kejuruteraan (Technology and Engineering)

• Sains Kesihatan dan Klinikal (Clinical and Health Sciences)

• Sains Sosial (Social Sciences)

• Sastera dan Sastera Ikhtisas (Arts and Applied Arts)

• Warisan Alam dan Budaya (Natural and Cultural Heritage)

• Teknologi Maklumat dan Komunikasi (Information and Communication

Technology)

(c) Program penyelidikan yang dicadangkan perlu menjawab Panggilan (CALLS) dengan

TEPAT dan hubungan (connectivity) di antara satu projek dan satu projek yang lain

haruslah JELAS. Kerangka keseluruhan program penyelidikan perlu dibuat dengan jelas

merangkumi kesemua projek terlibat.

2.1. SYARAT PERMOHONAN SEBAGAI KETUA PROGRAM

Geran RUTrans adalah geran transdisiplinari yang akan diketuai oleh seorang Ketua Program.

Kriteria-kriteria Ketua Program adalah seperti berikut:

(a) Staf akademik USM (Gred DS/DU/DUG 45/51/52/53/54/56) yang mempunyai rekod

pencapaian penyelidikan yang cemerlang sepertimana Jadual 1 di bawah:

Bidang *Bilangan Penerbitan

Jurnal Web of Science (WoS)

*H-Index (SCOPUS)

Ketua Penyelidik (Geran Lepas)

Sains dan Teknologi (S&T)

≥ 20 ≥ 8 Pernah melengkapkan geran sebagai Ketua Penyelidik (seperti FRGS, RUI, LRGS, STG dan lain-lain Geran Dalaman USM kecuali Geran Bridging Insentif) dan telah Berjaya mencapai KPI yang ditetapkan.

Bukan Sains dan Teknologi (Non S&T)

≥10 ≥ 4

Nota: *Ketua Program, Ketua Projek dan semua Penyelidik Bersama (daripada USM) perlu mengemukakan CV Kepakaran (boleh dicerapkan daripada pangkalan data http://experts.usm.my/). Mohon kemaskini maklumat kepakaran di PTJ masing-masing. Permohonan yang tidak lengkap tidak akan dipertimbangkan.

Page 5: ver.7 Panduan Geran RUTrans 1.2021 updated 19.5.21

© Pejabat Pengurusan & Kreativiti Penyelidikan _updated.19 May 2021 4

(b) Staf akademik USM (Gred DS/DU/DUG 45/51/52/53/54/56) yang bertaraf kontrak MESTILAH mempunyai Penyelidik Bersama bertaraf tetap dan Penyelidik Bersama ini akan kekal aktif sehingga geran tamat.

(c) Pemohon yang tidak aktif seperti sedang bercuti belajar atau cuti tanpa gaji atau dipinjamkan atau bercuti sabatikal tidak dibenarkan menjadi Ketua Program.

(d) Permohonan hanya dibuka kepada mereka yang tidak memegang mana-mana geran dalaman. Permohonan baharu bagi penyelidik yang mempunyai geran dalaman aktif hanya akan diberi pertimbangan bagi geran yang telah sampai ke penghujung dan mempunyai hasilan dengan mengemukakan bukti tahap kemajuan atau tahap selesai projek pada kadar melebihi 75 peratus.

2.2. SYARAT PERMOHONAN SEBAGAI KETUA PROJEK

(a) Terbuka kepada semua staf akademik Universiti Sains Malaysia Gred DS/DU/DUG

45/51/52/53/54/56 sahaja.

(b) Ketua Projek yang bertaraf kontrak MESTILAH mempunyai Penyelidik Bersama dikalangan

staf akademik USM bertaraf tetap dan Penyelidik Bersama ini akan kekal aktif hingga tamat

tempoh geran.

(c) Pemohon yang tidak aktif seperti sedang bercuti belajar atau cuti tanpa gaji atau

dipinjamkan atau bercuti sabatikal tidak dibenarkan menjadi Ketua Projek.

(e) Hanya dibuka kepada mereka yang tidak memegang mana-mana geran dalaman atau

geran dalaman yang telah sampai ke penghujung dan mempunyai hasilan dengan

mengemukakan bukti tahap kemajuan atau tahap selesai projek pada kadar melebihi 75

peratus.

(d) Pemohon hanya dibenarkan menjadi Ketua Projek bagi satu projek sahaja.

(e) Ketua Program perlu mengetuai salah satu projek.

Page 6: ver.7 Panduan Geran RUTrans 1.2021 updated 19.5.21

© Pejabat Pengurusan & Kreativiti Penyelidikan _updated.19 May 2021 5

3. TATACARA PERMOHONAN

Permohonan Geran RUTrans akan melalui tiga (3) Fasa seperti berikut:

FASA BUTIRAN KAEDAH

PERTAMA Panggilan Kertas Konsep (Call for Concept Paper)

Kertas konsep perlu melalui saringan dan penilaian awal di peringkat PTJ sebelum dikemukakan ke RCMO. Kertas konsep yang memenuhi kriteria dan menjawab Panggilan akan disenarai pendek dan dipelawa untuk melalui proses Saringan Projek (Project Pitching).

KEDUA Saringan Projek (Project Pitching)

Sesi saringan ini dilakukan melalui pembentangan ringkas/pitching yang dapat memberi peluang kepada Ketua Program dan Ketua Projek untuk menerangkan penyelidikan yang dicadangkan kepada Jawatankuasa Penilaian Program. Tempoh Pembentangan tidak melebihi 7 minit. Hanya projek yang mempunyai kerangka keseluruhan Program yang komprehensif dan menjawab kepada panggilan akan dipelawa untuk fasa ketiga.

KETIGA Kertas Cadangan Penyelidikan Penuh (Full Proposal)

Kertas Cadangan Penyelidikan Penuh akan dinilai oleh Jawatankuasa Penilaian Program.

(a) Kertas Cadangan Penyelidikan Penuh (Fasa Ke- 3) akan meliputi Program dan setiap Projek di

bawah Program. Kesemua kertas cadangan perlu disatukan dan akan dikemukakan oleh

Ketua Program sahaja.

(b) Semua permohonan (Program dan Projek) hendaklah disemak, dinilai dan diperaku oleh

Pusat Tanggungjawab (PTJ) masing-masing. Hanya permohonan yang diserahkan

melalui PTJ Ketua Program akan diterima dan diproses.

(c) Permohonan yang tidak lengkap dan lewat tidak akan diproses serta akan dikembalikan

kepada PTJ masing-masing.

(d) Penyelidik di bawah senarai hitam tidak dibenarkan memohon.

4. SILING PERMOHONAN

Jumlah siling bagi satu Program adalah RM 600,000.00. Kaedah pecahan untuk pembiayaan

setiap projek adalah bergantung kepada persetujuan ketua-ketua projek di dalam Program.

Page 7: ver.7 Panduan Geran RUTrans 1.2021 updated 19.5.21

© Pejabat Pengurusan & Kreativiti Penyelidikan _updated.19 May 2021 6

5. TEMPOH PENYELIDIKAN

Tempoh pelaksanaan Geran RUTrans adalah 24 bulan hingga 36 bulan. Setiap projek di dalam

program perlu dijalankan serentak di mana tarikh mula dan tamat adalah sama.

6. PERATURAN KEWANGAN

Perbelanjaan projek yang terlibat/berkaitan dengan penyelidikan sahaja dibenarkan. Setiap Ketua

Projek perlu mematuhi prosedur semasa perolehan Universiti bagi setiap perbelanjaan.

Vot Definisi Catatan

Vot 11000 (Upah/Gaji dan Elaun GRA)

Elaun bagi Pembantu Penyelidik Siswazah (GRA) sahaja. Nota: Menggunakan Borang Graduate Research Assistant Scheme (Skim Siswazah Pembantu).

Pelajar PhD (max RM2500) Pelajar Sarjana (max RM2000)

Vot 21000 (Perjalanan & Pengangkutan)

Perjalanan bagi tujuan kerja lapangan dan menghadiri persidangan dalam atau luar negara.

1. Tidak melebihi RM3,000.00 bagi setiap projek untuk perjalanan menghadiri persidangan.

2. Permohonan maksima RM5,000 untuk program yang melibatkan kerja lapangan.

3. Tujuan perjalanan adalah untuk menghadiri persidangan sebagai pembentang oral sahaja dan hanya dibenarkan mulai Tahun Kedua. Persidangan yang dibenarkan mestilah mempunyai penerbitan dalam WoS sahaja (keutamaan Special Issues di dalam jurnal Q1/Q2). Hanya dibenarkan kepada staf USM sahaja. Seboleh-bolehnya hadkan perjalanan ke persidangan di rantau Asian.

Vot 23000 (Perhubungan dan Utiliti)

Perbelanjaan bagi penggunaan telefon, faks, pos dan lain lagi yang terlibat secara langsung dengan penyelidikan.

Vot 24000 (Sewaan)

Bagi peralatan, pengangkutan, bangunan dan barangan yang terlibat secara langsung dengan penyelidikan.

Vot 27000 (Bekalan & Bahan Penyelidikan)

Bahan mentah dan bahan berkaitan penyelidikan sahaja.

Vot 28000 (Penyelenggaraan dan Ubah Suai)

1. Perbelanjaan baik pulih & pengubahsuaian kecil bangunan, makmal, peralatan berkaitan penyelidikan

2. Penyelenggaraan peralatan sedia ada juga dibenarkan.

Page 8: ver.7 Panduan Geran RUTrans 1.2021 updated 19.5.21

© Pejabat Pengurusan & Kreativiti Penyelidikan _updated.19 May 2021 7

Vot 29000 (Perkhidmatan Ikhtisas)

Perkhidmatan seperti percetakan, honorarium, konsultansi, khidmat kepakaran, suntingan Bahasa, perkhidmatan pangkalan data. Perkhidmatan khas seperti kos dan yuran persidangan, bengkel, bayaran penerbitan dll.

1. Pembayaran honorarium kepada Ketua Program, Ketua Projek atau Penyelidik Bersama tidak dibenarkan.

2. Pembayaran honorarium kepada staf USM tidak dibenarkan.

3. Sebarang pembayaran honorarium

bukan pelajar USM perlu mendapatkan kelulusan RCMO.

4. Pembayaran honorarium

merupakan bayaran ‘one-off’ bagi kerja-kerja yang dilaksanakan dalam sesuatu tempoh masa. Manakala, pembayaran yang berkala dan berkadar sama perlu menggunakan VOT 11000 dan penerima perlu dilantik di bawah Skim Siswazah Pembantu (SSP) Penyelidikan/GRA (merupakan pelajar Siswazah USM Sarjana/PhD Mod Penyelidikan sahaja atau iRORA (sekiranya penerima bukan merupakan pelajar Siswazah USM Mod Penyelidikan.

Vot 35000 (Peralatan dan Aksesori)

Pembelian alatan dan aksesori untuk penyelidikan termasuk lesen perisian baharu.

1. Tidak melebihi 40% dari jumlah keseluruhan peruntukan projek.

2. Perlu kemukakan senarai justifikasi dan tiga (3) sebut harga bagi setiap alatan.

3. Pihak Universiti boleh mengagihkan

semula peralatan yang diluluskan di bawah geran RUTrans seandainya terdapat penyelidik lain yang memerlukan peralatan tersebut selepas projek tamat.

4. Pembelian komputer riba/desktop

adalah tidak dibenarkan.

Vot 52000 (Bayaran-bayaran lain)

Perbelanjaan lain seperti pembaharuan lesen (cth: pembaharuan lesen perisian, lesen pengangkutan), caj bank dan cukai.

Perbelanjaan geran adalah secara kawalan vot. Jika terdapat keperluan untuk pindaan vot,

permohonan akan dipertimbangkan/dibenarkan setahun sekali sahaja. Beberapa peraturan-

peraturan berikut perlu dipatuhi penyelidik:

Tidak dibenarkan membuat pemindahan dana daripada satu projek ke satu projek yang lain.

Tidak dibenarkan membuat pindaan vot keluar daripada vot 11000

Tidak dibenarkan membuat pindaan masuk ke dalam vot 21000 kecuali bagi tujuan

pengumpulan data sepertimana Kertas Cadangan Asal bersama justifikasi yang kukuh.

Page 9: ver.7 Panduan Geran RUTrans 1.2021 updated 19.5.21

© Pejabat Pengurusan & Kreativiti Penyelidikan _updated.19 May 2021 8

Perjalanan untuk persidangan dibenarkan pada tahun kedua (atau ketiga bergantung

tempoh geran). Tujuan perjalanan adalah untuk menghadiri persidangan sebagai

pembentang oral sahaja. Persidangan yang dibenarkan mestilah mempunyai penerbitan

dalam WoS sahaja (keutamaan Special Issues dalam jurnal Q1/Q2). Hanya dibenarkan

kepada staf USM sahaja.

Tidak digalakkan membuat pindaan vot masuk ke dalam vot 35000. Pembelian komputer

riba/desktop adalah tidak dibenarkan.

Semua jenis pembelian melalui pesanan rasmi (PO)/tuntutan perlu dilakukan sebelum tarikh

tamat tempoh projek penyelidikan. Sebarang pembelian/tuntutan selepas tarikh tamat

tempoh tidak akan dipertimbangkan.

Ketua Program diwajibkan memantau dan membuat perbelanjaan setiap projek berdasarkan

peruntukan yang telah diluluskan mengikut vot sahaja. Sebarang perbelanjaan bagi setiap

projek melebihi peruntukan yang telah diluluskan harus ditanggung oleh Ketua Projek tersebut.

Peruntukan yang tidak habis digunakan dalam tempoh projek yang ditetapkan akan LUPUT.

Setiap kelulusan dan pembelian aset/inventori perlu dikemukakan semasa pemantauan Geran

RUTrans. Setiap pembelian aset/inventori perlu melalui PTJ (setiap aset/inventori di PTJ adalah di

bawah tanggungjawab Pegawai Aset PTJ) untuk tujuan penerimaan, pendaftaran, pemantauan

dan rekod PTJ.

7. GARIS PANDUAN UMUM PERLAKSANAAN GERAN

(a) Pelaksanaan projek penyelidikan adalah berdasarkan objektif penyelidikan yang telah

diluluskan oleh Jawatankuasa Panel Penilai yang dilantik Universiti. Sebarang

pertukaran wajib dimaklumkan kepada RCMO dan hanya dibenarkan setelah mendapat

kelulusan.

(b) Pertukaran tajuk program dan projek, atau skop penyelidikan juga tidak digalakkan dan

jika ada keperluan penilaian semula akan dilakukan.

(c) Ketua Program dan ketua-ketua projek yang bercuti belajar/ bercuti sabatikal melebihi

tempoh 6 bulan perlu melepaskan kedudukan sebagai ketua dan melantik ahli sedia ada

di dalam projek untuk meneruskan peyelidikan. Kelulusan daripada RCMO diperlukan.

Page 10: ver.7 Panduan Geran RUTrans 1.2021 updated 19.5.21

© Pejabat Pengurusan & Kreativiti Penyelidikan _updated.19 May 2021 9

8. HASIL PENYELIDIKAN

8.1. Impak

Keseluruhan atau sebahagian hasil daripada Program dapat diadaptasi di dalam industri,

agensi kerajaan, NGO atau komuniti melalui pemindahan ilmu. Program mesti memberi

manfaat secara terus kepada pemegang taruh yang terlibat seperti pengurangan kos,

peningkatan kualiti dan pendapatan dan lain-lain manfaat yang boleh diukur.

8.2. Penerbitan

Setiap program perlu menerbitkan sekurang-kurangnya tiga (3) penerbitan bagi

setiap projek (tertakluk kepada bilangan projek bagi setiap program):

- Jurnal Web of Science-WoS (ISI) bagi Bidang S&T.

- Jurnal Web of Science-WoS (ISI) /Scopus/ERA/MyCite bagi Bidang Bukan

S&T.

- 60 peratus penerbitan mestilah diterbitkan dalam jurnal Q1/Q2 terindeks WoS.

- Projek yang mempunyai kolaborasi dengan industri, agensi kerajaan, NGO

atau komuniti perlu menghasilkan penerbitan jurnal bersama.

- Mengguna pakai sekurang-kurangnya satu (1) kata kunci (keyword) dan

satu (1) sub kata kunci (sub keyword) SDG pada setiap penerbitan (rujuk

LAMPIRAN B – JADUAL SDG KEYWORDS).

- Contoh kata kunci SDG seperti berikut:

SDG Kata Kunci Keyword

Pilih satu Choose One

Pilih satu Choose One

Contoh Example

Sub Kata Kunci Sub keyword

Sub Kata Kunci Sub keyword

SDG 6 SAFE AND water access OR Safe water access

drinking water Safe drinking water

clean AND drinking water Safe clean drinking water

Water source

Catatan : Perkataan ’SAFE’ sahaja tanpa sub kata kunci tidak akan dikira. Remarks: Only Word 'SAFE' without sub keyword will not be counted.

Semua hasil penerbitan dijalankan oleh penyelidik yang menggunakan sumber-

sumber geran RUTrans mestilah menyatakan Universiti Sains Malaysia sebagai

afiliasi.

Page 11: ver.7 Panduan Geran RUTrans 1.2021 updated 19.5.21

© Pejabat Pengurusan & Kreativiti Penyelidikan _updated.19 May 2021 10

Setiap penerbitan perlu memberikan penghargaan kepada geran RUTrans

dengan nombor akaun/rujukan geran tersebut ditulis pada bahagian

Acknowledgement penerbitan. Nama Universiti juga perlu ditaip dengan lengkap,

iaitu ‛Universiti Sains Malaysia’.

Sekiranya penerbitan yang dihasilkan merakamkan penghargaan lebih dari

satu geran berbeza termasuk RUTrans sebagai salah satu daripadanya,

pengiraan hasil penerbitan akan dibahagi mengikut bilangan geran yang dinyatakan

kecuali Geran Bridging/Geran Bridging Insentif/Geran Insentif. Walau bagaimanapun,

kiraan hasil penerbitan tersebut boleh dipertimbangkan berdasarkan budi bicara

mengikut keperluan dan keadaan tertentu.

Cara untuk melihat klasifikasi jurnal boleh didapati daripada:

https://rdmusm.files.wordpress.com/2021/04/jcr2021.pdf

8.3. Bakat

Bergantung kepada tempoh dan bilangan projek.

Bagi tempoh program 36 bulan:

- sekurang-kurang satu (1) pelajar PhD atau dua (2) pelajar Sarjana Mod

Penyelidikan (Penuh Masa) bagi setiap projek.

Bagi tempoh program 24 bulan:

- sekurang-kurang satu (1) pelajar PhD (enroll) atau seorang (1) pelajar

Sarjana Mod Penyelidikan (Penuh Masa) bagi setiap projek.

8.4. Harta Intelek

Sekurang-kurangnya satu (1) Harta Intelek daripada Program. Sebarang proses

atau produk baharu yang boleh dipatenkan hasil daripada kajian perlulah melalui Pusat

Inovasi dan Perundingan (Centre of Innovation and Consultation). Semua harta intelek

yang terhasil daripada geran RUTrans adalah tertakluk kepada polisi IP Universiti Sains

Malaysia.

Ketua Program perlu memastikan pencapaian hasil penyelidikan setiap projek seperti yang

dinyatakan. Sekiranya Program gagal mencapai hasil penyelidikan, Ketua Program

bertanggungjawab sepenuhnya dan bergantung kepada sebab kegagalan, Ketua Program

dan semua Ketua Projek berkemungkinan disenaraihitam (tidak akan dibenarkan untuk

memohon sebarang geran dalaman pada satu tempoh masa yang akan ditentukan).

Page 12: ver.7 Panduan Geran RUTrans 1.2021 updated 19.5.21

© Pejabat Pengurusan & Kreativiti Penyelidikan _updated.19 May 2021 11

USM memandang serius terhadap kegagalan penyelidik dalam mencapai hasil setiap

geran penyelidikan yang dianugerahkan.

9. PENILAIAN PERMOHONAN

Permohonan Geran RUTrans akan dinilai oleh beberapa Jawatankuasa Penilaian Program

RUTrans (yang dilantik universiti) mengikut fasa yang disenaraikan dalam Tatacara

Permohonan (Rujuk Perkara 3).

Secara umum, pemarkahan kepada permohonan akan diberikan berpandukan kriteria berikut:

Menjawab Panggilan dengan Tepat (Accurately Answering the Calls);

Relevan terhadap SDG (Relevant to SDG).

Impak Projek (Project Impact);

Rekod Prestasi dan Kecekapan Ketua Program/Projek (Track Record and Competency

of Programme/Project Leader);

Rekod Prestasi dan Kebolehan Kumpulan (Track ecord and Capability of the Team);

Merit Saintifik (Scientific Merit);

Penglibatan Rakan Kolaborasi (Involvement of Collaborators);

Ekosistem Penyelidikan dan Inovasi (Research and Innovation Ecosystem);

Penggunaan Prasarana Sediaada (Utilisation of Existing/Available Infrastructure)

10. KEPUTUSAN DAN PENAWARAN

Pemohon yang berjaya akan menerima surat tawaran geran bersama dengan nombor akaun

geran. Ketua Pasukan dan semua Ketua Projek perlu menandatangani Project Commitment

Agreement (PCA) sebelum pengaktifkan geran dilaksanakan seperti di Lampiran 1, Lampiran 2

dan Lampiran 3 yang akan disertakan bersama surat tawaran geran.

Pemohon selaku Ketua Pasukan bersama Ketua Projek serta Penyelidik Bersama perlu

membaca dan memahami kriteria keperluan Jawatankuasa Etika USM (Rujuk Lampiran 3),

iaitu Jawatankuasa Etika Penyelidikan Manusia USM (JEPeM), Jawatankuasa Penjagaan &

Penggunaan Haiwan USM (JKPPH-USM) dan Jawatankuasa Biokeselamatan USM

(Biosafety).

Page 13: ver.7 Panduan Geran RUTrans 1.2021 updated 19.5.21

© Pejabat Pengurusan & Kreativiti Penyelidikan _updated.19 May 2021 12

Makluman awal penawaran geran di bawah kelulusan secara bersyarat akan ditangguhkan

atau terbatal secara automatik berdasarkan kriteria berikut:

i. Projek Yang Memerlukan Kelulusan Etika

Penawaran geran ini akan ditangguhkan sehingga kelulusan etika yang berkenaan

diterima oleh RCMO dalam tempoh yang ditetapkan.

ii. Tidak Menyerahkan Laporan Akhir

Penangguhan penawaran juga dilaksanakan sekiranya Ketua Program (dan Ketua

Projek) tidak mengemukakan laporan akhir projek-projek lain (terutamanya

geran/dana dalaman Universiti) yang telah tamat tempoh penyelidikan.

(Nota: Sekiranya berlaku ketidakpatuhan bagi perkara tersebut dan Ketua Program

tidak memenuhi tarikh tutup yang dimaklumkan dalam surat tersebut, Ketua Program

berkemungkinan disenarai hitam dan secara automatik penawaran geran tersebut

ditarik semula).

iii. Tiada Maklum Balas Daripada Ketua Program

Penawaran geran ini akan terbatal secara automatik mengikut tarikh yang dinyatakan

dalam surat makluman keputusan awal sekiranya tiada sebarang maklum balas

daripada Ketua Program.

Permohonan pelantikan Skim Siswazah Pembantu (SSP) Penyelidikan atau Graduate

Research Assistant (GRA) hendaklah menggunakan borang yang dimuat turun dipautan

http://www.research.usm.my/default.asp?tag=17 .

11. PEMANTAUAN GERAN

Pemantauan Geran RUTrans dijalankan setiap 4 bulan melalui laporan kemajuan yang akan

pembentangan kepada Jawatankuasa Pemantauan Program bagi menilai menilai

kemajuan carta perbatuan (milestone) dan prestasi perbelanjaan geran.

Semasa pembentangan jika didapati pencapaian carta perbatuan dan/atau prestasi

perbelanjaan peruntukan geran tidak memuaskan atau geran tersebut tidak memberi

hasil yang sepatutnya, Jawatankuasa Pemantauan Program boleh mencadangkan

geran tersebut untuk DIBEKUKAN atau DITAMATKAN. Keputusan ini akan dibentangkan

untuk kelulusan peringkat Universiti.

Page 14: ver.7 Panduan Geran RUTrans 1.2021 updated 19.5.21

© Pejabat Pengurusan & Kreativiti Penyelidikan _updated.19 May 2021 13

Peruntukan geran yang telah diluluskan akan diagih dan diberikan mengikut tahun semasa

dalam tempoh geran diluluskan. Agihan tahun berikutnya hanya dibuat setelah mendapat

perakuan daripada Bengkel Pemantauan Geran yang diadakan.

Kegagalan untuk menyampaikan laporan kemajuan dan boleh memungkinkan semua

projek di bawah program akan dibekukan sehingga laporan berkenaan dikemukakan

atau ditamatkan selepas dua (2) kali peringatan dihantar.

Kesemua ahli Program WAJIB hadir ke pembentangan.

12. PELANJUTAN GERAN

Pelanjutan tempoh program tidak digalakkan bagi tujuan pelaksanaan amalan terbaik.

Sekiranya ada keperluan kritikal, Ketua Program bertanggungjawab untuk membuat

permohonan pelanjutan dengan mengisi borang HEPG tiga (3) bulan sebelum tarikh tamat

tempoh geran. Program yang diluluskan pelanjutan tempohnya, secara automatik akan

melanjutkan tempoh semua projek di bawah program tersebut.

Permohonan pelanjutan projek secara berasingan tidak dibenarkan.

Permohonan selepas tarikh tamat tempoh geran tidak akan dipertimbangkan.

Tempoh maksima yang dibenarkan untuk pelanjutan satu Pasukan ialah selama 12 bulan

sahaja.

13. PENUTUPAN/PENAMATAN GERAN

Semua Ketua Program dan Ketua Projek bertanggungjawab untuk menutup geran yang telah

diluluskan dengan menghantar laporan akhir yang boleh dimuat turun melalui laman web

Bahagian Penyelidikan & Inovasi (http://www.research.usm.my/default.asp?tag=45). Laporan

akhir ini perlu disampaikan dalam tempoh tidak melebihi tiga (3) bulan selepas tamat

tempoh kajian ke RCMO. Laporan akhir yang tidak lengkap atau tidak ditandatangani tidak

diterima dan akan dikembalikan semula sehingga syarat tersebut dipenuhi.

Semua pembelian aset/inventori perlu diisytihar dan dikembalikan (melalui Borang

Penyerahan Aset/Inventori dan salinan Kew.PA-2/Kew.PA-3) sebagai alatan guna sama

yang diletakkan di bawah pengawasan PTJ masing-masing dan merupakan hak milik USM.

Page 15: ver.7 Panduan Geran RUTrans 1.2021 updated 19.5.21

© Pejabat Pengurusan & Kreativiti Penyelidikan _updated.19 May 2021 14

Bagi pertukaran lokasi alatan/pelupusan/kehilangan harta yang telah didaftarkan di bawah

PTJ semasa pembelian/perolehan melalui peruntukan projek/geran perlulah melalui prosedur

semasa Universiti melalui Jabatan Bendahari.

Kegagalan mengemukakan Laporan Akhir Geran akan menjejaskan permohonan baharu

Geran Dalaman Universiti pada masa depan. Ketua Program termasuk Ketua Projek

berkemungkinan besar disenarai hitam sekiranya laporan tersebut tidak dikemukakan

selepas dua (2) peringatan dihantar.

Ketua Program, Ketua Projek, Penyelidik Bersama dan semua yang terlibat dengan

geran/projek adalah tertakluk kepada Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971,

Perlembagaan Universiti Sains Malaysia, Statut, Akta, Peraturan, Pekeliling, Syarat, Dasar

dan Etika Penyelidikan USM, Polisi Harta Intelek Universiti, Peraturan Pengurusan

Kewangan Penyelidikan Universiti dan Peraturan-Peraturan lain yang berkuatkuasa di

Universiti Sains Malaysia.