VIDEO SIRI PENDIDIKAN MUZIK SEKOLAH MENENGAH...
Transcript of VIDEO SIRI PENDIDIKAN MUZIK SEKOLAH MENENGAH...
VIDEO SIRI PENDIDIKAN MUZIK SEKOLAH MENENGAH BAHAGIAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN
TERBITAN 2010
KATEGORI : VIDEO TUNJUK CARA
GENRE : PENDIDIKAN MUZIK
BILANGAN PROGRAM : SIRI 1
JANGKA MASA : 25:51 MINIT KESELURUHAN (SEGMEN 1-14)
: 01 MONTAGE : 00:47 : 02 BERMAIN DALAM ENSEMBEL : 03:20 : 03 PENGENALAN XILOFON : 01:34 : 04 JULAT XILOFON : 00:35 : 05 TEKNIK MEMEGANG MALLET : 02:36 : 06 POSTUR & POSISI TANGAN : 01:10 : 07 TEKNIK BERMAIN XILOFON : 02:04 : 08 SKEL MAJOR & MINOR HARMONIK : 05:11 : 09 ARPEGGIO : 03:29 : 10 SKEL KROMATIK : 00:50 : 11 SKEL PENTATONIK : 01:01 : 12 JEDA : 01:33 : 13 MELODI DAN MELODI KAUNTER : 01:02 : 14 PERSEMBAHAN & PENGHARGAAN : 02:39
SINOPSISI VIDEO SIRI PENDIDIKAN MUZIK SEK. MEN. (XILOFON):
Video ini merupakan sebuah bahan rujukan asas bagaimana bermain Xilofon. Video ini diterbitkan
meliputi beberapa segmen iaitu pengenalan alat Xilofon, julat alat Xilofon, fungsi alat Xilofon, teknik
bermain Xilofon, teknik memegang mallet, postur bermain Xilofon, kemahiran memainkan skel major,
minor harmonic, pentatonic dan kromatik, kemahiran memainkan jeda serta arpeggio dalam nada
major dan minor. Permainan memainkan melodi kaunter menggunakan Xilofon juga ditunjukan di
penghujung segmen. Di akhir rancangan ditunjukan bagai mana alat Xilofon ini bermain dalam satu
kumpulan ensemble bersama alat perkusi moden dan tradisional, gitar dan gitar bes.
ISI KANDUNGAN VIDEO INI:
1. MONTAGE
Montage video siri pendidikan muzik sek. men bagi semua judul-judul alat muzik yang
terdapat di dalam video ini. Bahagian pertama ianya memaparkan sebahagian SME (subject matter
expert/pakar mata pelajaran) yang terlibat sebagai juru tunjuk dalam penerbitan video tersebut. Judul-
judul yang terdapat di dalam video ini adalah vokal, rekorder, flut, klarinet, saksofon alto, saksofon
tenor, trumpet, trombone, gitar folk, gitar bes, kibod, piano, violin, xilofon, drum set, caklempong,
gamelan, kompang dan dikir barat.
2. BERMAIN DALAM ENSEMBEL
Video ini dimulakan dengan persembahan Xilofon solo oleh Ruviyamin bin Roslan dengan
iringan gitar folk, gitar bes akustik serta perkusi (bongo, conga dan timpales). Lagu yang
dipersembahkan ialah lagu Sri Bulan ciptaan Allahyarham P. Ramlee.
3. PENGENALAN XILOFON
Di bahagian ini diterangkan berkaitan keluarga Xilofon adalah daripada keluarga perkusi berpic
seperti Marimba, Vibraphone dan Glockenspiel. Xilofon ini dimainkan dengan mengetuk mallet
pada bilah-bilah kayu atau logam. Terdapat juga selinder logam yang terletak di bawah bilah kayu
atau logam untuk menghasilkan bunyi atau resonennya.
4. JULAT XILOFON
Susunan not-not pada bilah-bilah kayu atau logam Xilofon adalah sama seperti susunan piano.
Not terendah adalah not C atau C tengah pada mata piano yang biasa. Julat Xilofon adalah 2
setengah oktaf daripada C tengah.
5. TEKNIK MEMEGANG MALLET
Di bahagian ini menerangkan tentang teknik memegang mallet dengan betul, cara pengaplikasian
teknik empat mallet dan jenis – jenis mallet yang digunakan di dalam permainan Xilofon.
6. POSTUR & POSISI TANGAN
Di bahagian ini menerangkan tentang postur badan, kedudukan badan dan posisi tangan semasa
bermain Xilofon.
7. TEKNIK BERMAIN XILOFON
Di bahagian ini menerangkan cara untuk menghasilkan ton yang baik dalam memberi
penumpuan pada teknik paluan yang betul serta cara paluan mengikut nilai not.
8. SKEL MAJOR & MINOR HARMONIK
Di bahagian ini menerangkan cara membentuk dan cara permainan Skel di dalam permainan
Xilofon. Skel – skel yang terlibat ialah : Skel
- C major - A minor harmonik
- G major - E minor harmonik
- D major - B minor harmonik
- A major - D minor harmonik
- F major - G minor harmonik
- Bb major - C minor harmonik
- Eb major
9. ARPEGGIO
Di bahagian ini menunjukkan cara memainkan arpeggio di dalam permainan Xilofon. Antaranya
ialah permainan arpeggio berdasarkan nada yang diberi seperti berikut :
- C major - A minor harmonik
- G major - E minor harmonik
- D major - B minor harmonik
- A major - D minor harmonik
- F major - G minor harmonik
- Bb major - C minor harmonik
- Eb major
10. SKEL KROMATIK
Di bahagian ini menunjukkan cara permainan Skel Kromatik di dalam nada C.
11. SKEL PENTATONIK
Di dalam bahagian ini menunjukkan cara permainan Skel Pentatonik C major dan C minor.
12. JEDA
Di dalam bahagian ini menunjukan cara permainan Jeda secara harmonik dan melodik. Antara
Jeda yang ditunjukkan adalah seperti berikut :
- Unison - Perfek ke 4 - minor ke 7
- Major ke 2 - Perfek ke 5 - Oktaf
- minor ke 2 - Major ke 6 - Augmented ke 4
- Major ke 3 - minor ke 6
- minor ke 3 - Major ke 7
13. MELODI DAN MELODI KAUNTER
Di dalam bahagian ini memaparkan cara permainan gabungan alat-alat muzik perkusi berpic
dalam memainkan melodi utama dan melodi kaunter berpandukan skor lagu Sri Bulan yang telah
dilampirkan.
14. PERSEMBAHAN & PENGHARGAAN
Di dalam bahagian ini memaparkan permainan Xilofon secara ensembel dengan etika
persembahan yang betul.
NAMA ARTIS:
1. RUVIYAMIN BIN RUSLAN (XILOFON) – SME/PAKAR MATA PELAJARAN
2. MOHD HELMI RAZLAN - SUARA LATAR
3. RUVIYAMIN DAN RAKAN - KUMPULAN MUZIK
NAMA LAGU/PENCIPTA LAGU/LIRIK & PENGUBAH LAGU:
1. LAGU SRI BULAN/PENCIPTA LAGU/LIRIK: P. RAMLEE 2. LAGU PATENDU PATENDE (LAGU RAKYAT) 3. LAGU AYO MAMA (LAGU RAKYAT) 4. LAGU EMBUN SOK SEK (LAGU RAKYAT) 5. SEMUA LAGU GUBAHAN: RUVIYAMIN BIN RUSLAN
PENOLONG PENGURUS PROJEK:
AZMAN BIN YAAKOB BAHAGIAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
PENGURUS PROJEK:
AZMI BIN HAMZAH BAHAGIAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PENERBIT EKSEKUTIF: HAJI ZAINUDIN ABAS BAHAGIAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA TERBITAN: Hak Cipta Terpelihara 2010 BAHAGIAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA