view CONTOH kajian

76
MENGKAJI KESAN PENGGUNAAN ADVANCE ORGANIZER DALAM MATAPELAJARAN BIOLOGI TINGKATAN 4 DI SALAH SEBUAH SEKOLAH DI KELANTAN. NUR SYAHIDA BINTI MUHAMMAD ZAWAWI UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS 2008

Transcript of view CONTOH kajian

Page 1: view CONTOH kajian

MENGKAJI KESAN PENGGUNAAN ADVANCE

ORGANIZER DALAM MATAPELAJARAN

BIOLOGI TINGKATAN 4 DI SALAH

SEBUAH SEKOLAH DI

KELANTAN.

NUR SYAHIDA BINTI MUHAMMAD ZAWAWI

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

2008

Page 2: view CONTOH kajian

MENGKAJI KESAN PENGGUNAAN ADVANCE ORGANIZER DALAM

MATAPELAJARAN BIOLOGI TINGKATAN 4 DI SALAH

SEBUAH SEKOLAH DI KELANTAN.

NUR SYAHIDA BINTI MUHAMMAD ZAWAWI

LAPORAN PENULISAN ILMIAH DIKEMUKAKAN BAGI MEMENUHI

SEBAHAGIAN DARIPADA SYARAT UNTUK MEMPEROLEHI IJAZAH SARJANA

MUDA PENDIDIKAN DENGAN KEPUJIAN (SAINS)

FAKULTI SAINS DAN TEKNOLOGI

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

2008

Page 3: view CONTOH kajian

ii

PENGAKUAN

Saya mengaku karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang setiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.

10.10.2008 NUR SYAHIDA BT MUHAMMAD ZAWAWID20051022496

Page 4: view CONTOH kajian

iii

PENGHARGAAN

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Alhamdullilah syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan berkat dan izin dariNya saya dapat menyempurnakan penulisan ilmiah ini bagi memenuhi syarat kursus Sarjana Muda Pendidikan Dengan Kepujian (Biologi)

Sekalung budi dan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih untuk Encik Zahid Bin Mat Said selaku pensyarah penyelia saya yang banyak menyumbangkan tenaga dan masa serta banyak memberi didikan, tunjuk ajar serta pengetahuan yang amat bermakna bagi saya untuk menyiapakan penulisan ilmiah saya ini. Segala teguran, kritikan dan bimbingan yang diberikan amat membantu saya bagi menghasilkan penulisan ilmiah yang bagus.

Tidak lupa juga diucapkan penghargaan dan terima kasih kepada seluruh warga Fakulti Sains dan Teknologi Universiti Pendidikan Sultan Idris yang terlibat secara langsung mahupun secara tidak langsung dalam memberi kerjasama dalam pengurusan dalam proses membuat penyelidikan betul. Sekalung penghargaan dan terima kasih juga diucapkan kepada pengetua dan guru-guru sekolah yang terlibat diatas kerjasama dan sokongan memberi kebenaran menjalankan kajian.

Terima kasih kepada ayah dan ibu tersayang iaitu Muhammad Zawawi Bin Ahmad dan juga Ramlah Binti Zainal yang terlibat secara langsung dalam menyiapkan penulisan ilmiah saya ini. Buat rakan-rakan seperjuangan yang banyak membantu saya juga sesungguhnya jasa yang kalian berikan amat bererti bagi saya. Semoga mereka terus diberkati oleh Allah di atas keihklasan mereka membantu saya menyiapakan penulisan ilmiah ini.

Page 5: view CONTOH kajian

iv

ABSTRAK

Kajian ini dibuat bertujuaan mengkaji tahap pencapaian di kalangan pelajar biologi tingkatan 4 yang menggunakan advance organizer. Advance organizer yang direka oleh penyelidik ini memerlukan seramai 60 orang sampel yang dipilih secara rawak di sebuah sekolah di Tanah Merah, Kelantan. Terdapat dua jenis instrumen yang digunakan dalam kajian ini. Instrumen yang pertama yang digunakan dalam kajian ini adalah satu set borang soal selidik yang mengandungi 10 item untuk menguji faktor minat pelajar. Instrumen yang kedua adalah ujian pra dan pos yang digunakan untuk menguji tahap pencapaian pelajar dalam kajian tersebut. Maklumat diperolehi dianalisis dengan menggunakan perisian “Statistical Package For Social Science” (SPSS). Nilai min bagi ujian pra untuk kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan adalah 67.33 dan 56.00. Manakala nilai min bagi ujian pos untuk kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan adalah 77.67 dan 61.33. Manakala nilai-t bagi ujian pra dan ujian pos kumpulan kawalan adalah 5.757 manakala bagi kumpulan eksperimen adalah 7.878. Hasil kajian menyimpulkan bahawa keputusan yang positif terhadap minat pelajar dengan penggunaan advance organizer dalam matapelajaran biologi. Selain itu, hasil kajian juga berjaya menyimpulkan bahawa tahap pencapaian pelajar-pelajar yang didedahkan dengan penggunaan advance organizer meningkat.. Kajian ini juga turut membincangkan cadangan dan implikasi kajian yang boleh memberi panduan kepada pengkaji seterusnya.

Page 6: view CONTOH kajian

v

ABSTRACT

The objective of this research is to investigate the level of achievement among the students using advance organizer in biology subjects. This research focuses on the form 4 students in science class. The advance organizer which was developed by the researcher requires a sample of 60 students which was selected randomly in a school at Tanah Merah, Kelantan. There are two instruments used in this research. The first instrument is a set of questionnaire that comprises of 10 items to identify the interest of the students. The second instrument involves pre and post test to determine the achievement level of the student in this research. The data gathered is analyzed using Statistical Package For Social Science (SPSS) software. Result for the pre test for the both experimental and control group was indicate by the mean value. The mean value for the experimental group is 67.33 and while for the control group is 56.00. Meanwhile, the mean value for the post test for both experimental and control group are 77.67 and 61.33. The t-value for the level of students achievement of control group is 5.757 while for the experimental is 7.878.The research findings indicate a positive result of the students’ interest in using advance organizer in biology subject. Further, the research concludes that the achievement level of the students using the advance organizer has increased. The study also discusses the suggestions and research implications that might offer guidelines for further research.

Page 7: view CONTOH kajian

vi

KANDUNGAN

Muka surat

PENGAKUAN ii

PENGHARGAAN iii

ABSTRAK iv

ABSTRACT v

KANDUNGAN vi

SENARAI JADUAL ix

SENARAI RAJAH x

BAB 1 PENGENALAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Penyataan Masalah 3

1.3 Objektif Kajian 6

1.4 Persoalan Kajian 7

1.5 Hipotesis Kajian 7

1.6 SignifikanKajian 7

1.7 Batasan/ Limitasi Kajian 9

1.8 Definisi Operational 9

1.8.1 Kesan 10

1.8.2 Pembelajaran 10

1.8.3 Advance Organizer 11

1.8.4 Peta Konsep 11

1.8.5 Biologi 11

BAB 2 TINJAUN LITERATUR

2.1 Pengenalan 12

Page 8: view CONTOH kajian

vii

2.2 Pengetahuan sedia ada pelajar 13

2.3 Faktor yang mempengaruhi kesediaan pelajar belajar 13

2.4 Penggunaan advance organizer 14

2.5 Kesimpulan 15

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 16

3.2 Reka Bentuk Kajian 16

3.3 Kaedah Kajian 17

3.4 Sampel Kajian 20

3.5 Instrumen Kajian 20

3.6 Prosedur Kajian 21

3.7 Kesahan dan Kebolehpercayaan 24

3.8 Analisis Data 24

3.9 Kesimpulan 25

BAB 4 DAPATAN KAJIAN

4.1 Pengenalan 26

4.2 Analisis Persoalan Kajian 27

4.2.1 Analisis item positif 28

4.2.2 Analisis item negatif 31

4.3 Analisis Soalan Ujian Pencapaian Pra dan Pos 33

4.3.1 Analisis Soalan Ujian Pencapaian Pra Kumpulan 34

Eksperimen dan Kumpulan Kawalan

4.3.2 Analisis Soalan Ujian Pencapaian Pos Kumpulan 36

Eksperimen dan Kumpulan Kawalan

4.4 Analisis Min Peratusan 37

4.4.1 Analisis Min Peratus Ujian Pra Kumpulan Kawalan 38

Dan Min Ujian Pra Kumpulan Eksperimen

Page 9: view CONTOH kajian

viii

4.4.2. Min Peratusan Ujian Pra Bagi Kumpulan Kawalan 38

Dan Ujian Pra Kumpulan Eksperimen

4.4.3. Analisis Min Peratus Ujian Pos Kumpulan Kawalan 39

Dan Min Ujian Pos Kumpulan Eksperimen

4.5 Analisis Statistik ujian-t 40

4.5.1 Statistik Ujian-t Bagi Ujian Pra Dan Ujian Pos 40

Kumpulan Kawalan.

4.5.2 Statistik Ujian-t Bagi Ujian Pra Dan Ujian Pos

Kumpulan Eksperimen.

4.6 Kesimpulan 43

BAB 5 PERBINCANGAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 44

5.2 Pengujian hipotesis 44

5.2.1 Hipotesis Nul Pertama 45

5.3 Dapatan Kajian Berdasarkan Pernyataan Masalah dan 47

Tujuan Kajian

5.4 Masalah Dalam Menjalankan Kajian 48

5.5 Cadangan Kajian 48

5.6 Penutup 49

RUJUKAN 50

LAMPIRAN

Page 10: view CONTOH kajian

ix

SENARAI JADUAL

Jadual muka surat

4.1 Peratusan Pemilihan Item-Item Positif Berdasarkan 28

Skala Likert bagi Kumpulan Eksperimen.

4.2 Taburan Min, Median, dan Mod Bagi Item-Item Positif 30

Kumpulan Eksperimen

4.3 Peratusan Pemilihan Item-Item Negatif Berdasarkan Skala 31

Likert bagi Kumpulan Eksperimen

4.4 Taburan Min, Median, dan Mod Bagi Item-Item Negatif 33

Kumpulan Eksperimen

4.5 Min Peratusan Ujian Pra Bagi Kumpulan Kawalan Dan 38

Ujian Pra Kumpulan Eksperimen

4.6 Analisis Min Peratus Ujian Pos Kumpulan Kawalan Dan 39

Min Ujian Pos Kumpulan Eksperimen

4.7 Tahap Pencapaian Kumpulan Kawalan Dalam Ujian Pra Dan 41

Ujian Pos Berdasarkan Analisis Ujian-t.

4.8 Tahap Pencapaian Kumpulan Eksperimen Dalam Ujian Pra Dan 42

Ujian Pos Berdasarkan Analisis Ujian-t.

Page 11: view CONTOH kajian

x

SENARAI RAJAH

Rajah muka surat

3.1 Carta Aliran Kaedah Kajian 19

3.2 Carta Aliran Prosedur Kajian 23

4.1 Kekerapan Sampel Memilih Jawapan Betul Bagi 34

Setiap Soalan Ujian Pra

4.2 Kekerapan Sampel Memilih Jawapan Betul Bagi 36

Setiap Soalan Ujian Pos

Page 12: view CONTOH kajian

BAB 1

PENDAHULUAN

Bab ini akan membincangkan tentang pengenalan kajian, penyataan masalah, soalan

dan hipotesis kajian, signifikan kajian, batasan kajian dan definisi istilah. Hasil

daripada perbincangan ini akan memberi gambaran yang jelas kajian yang dilakukan

oleh pengkaji.

1.1 Pengenalan

Pada abab ke-21 kini, dunia sekali lagi dikejutkan dengan arus ledakan maklumat

serta kemajuan dalam pelbagai bidang terutamanya dalam bidang sains dan teknologi.

Ini membawa dunia maju setapak lagi kehadapan meninggalkan zaman-zaman yang

terkebelakang. Abdul Rahim (2005) menyatakan bahawa, globalisasi yang meluaskan

konsep dunia tanpa sempadan memberikan cabaran terhadap guru bagaimana

perancangan pengajaran dan pembelajaran serta dunia pendidikan boleh dimajukan

dari perspektif global yang melibatkan penyesuaian kurikulum, penjadualan belajar,

penerokaan maklumat melalui ICT pengawalan dan penyeliaan, dan peranan efektif

guru dalam memajukan dunia pendidikan.

Page 13: view CONTOH kajian

2

Oleh itu, kerajaan Malaysia tidak seharusnya leka dengan hanya sekadar

melihat negara-negara lain mengorak langkah dalam memajukan negara mereka

sendiri, sebaliknya kerajaan Malaysia juga haruslah mengatur strategi bijak bagi

membolehkan negara kita bergerak seiringan dengan negara-negara maju yang lain.

Langkah awal kerajaan bagi mencapai matlamat ini adalah antaranya memantau dan

memperbaiki mutu pendidikan di negara kita. Di sini perhatian daripada pihak

kerajaan perlu dititikberatkan supaya tahap pendidikan pelajar-pelajar berada di tahap

yang membanggakan. Keperihatinan masyarakat turut sama menyumbang ke arah

menaiktarafkan mutu pendidikan negara kita supaya mampu berdiri seiringan dengan

negara-negara lain yang telah lama menerpa nama di mata dunia dalam bidang

pendidikan.

Dalam memastikan mutu pendidikan negara kita berada pada tahap yang

membanggakan, kerajaan seharusnya memastikan tenaga pengajar mempunyai mutu

pengajaran yang baik. Kerajaan harus berpegang kepada slogan ‘hanya yang berhak

sahaja yang terpilih’. Di mana tenaga pengajar mesti mempunyai cukup bimbingan

serta latihan di samping mempunyai ilmu pengetahuan yang mencukupi sebelum

mennyumbang ilmu yang sedia ada itu kepada orang lain. Bimbingan dan latihan

semestinya berterusan dalam selang masa tertentu bagi memastikan mutu tenaga

pengajar tidak terjejas oleh masa.

Bahkan guru bukan sahaja perlu menguasai kemahiran dalam mendidik seiring

dengan perkembangan teknologi masa kini tetapi guru juga harus bijak untuk

mengawal emosi dalam pelbagai aspek. Mereka perlu mampu memahami emosi diri

sendiri, pelajar dan masyarakat disekeliling mereka supaya mereka boleh

menguruskan perasaan dengan lebih baik. Para guru juga digalakkan mempersiapkan

diri bagi menghadapi cabaran yang semakin mencabar dalam dunia pendidikan.

Kekhilafan guru menyampaikan sesuatu maklumat dan ketidakupayaan mereka

menarik perhatian pelajar-pelajar turut menyumbang kepada kemunduran tahap

pendidikan pelajar-pelajar kita di Malaysia.

Page 14: view CONTOH kajian

3

Selain daripada itu, bagi memastikan mutu pendidikan negara kita adalah

berada pada tahap yang diharapkan, kerajaan disarankan agar menampung

pembelajaran anak-anak miskin yang sekarang ini dilihat tidak berdaya meneruskan

sesi persekolahan mereka kerana kekurangan wang.

Bagi pembelajaran yang melibatkan mata pelajaran yang memerlukan daya

ingatan yang kuat seperti biologi, guru seharusnya memikirkan pelbagai kaedah bagi

merangsang daya ingatan pelajar supaya ilmu yang disampaikan dapat bertahan dalam

jangka masa yang lama. Ini memerlukan kaedah pengajaran yang menarik yang dapat

menarik minat pelajar ke arah pembelajaran. Kajian ada membuktikan bahawa

pembelajaran menggunakan peta konsep dan video animasi mampu merangsang sifat

inkuiri pelajar dan seterusnya menjadikan pembelajaran lebih bermakna dan dapat

bertahan dengan lebih lama. Kaedah yang berbeza-beza perlu dilaksanakan kerana

setiap pelajar mempunyai kecerdasan yang pelbagai dan guru tersebut seharusnya

bijak dalam mengaitkan kaedah pembelajaran supaya sesuai dengan tahap

kemampuan pelajr-pelajar.

1.2 Penyataan Masalah

McIntyre (1984) dalam Zurida Ismail et.al (2006) menyatakan bahawa Sains adalah

proses menyedari dan faham akan diri kita sendiri, kehidupan yang lain dan juga

persekitaran melalui deria dan penerokaan sendiri. Sekarang ini, matapelajaran sains

merupakan subjek terpenting yang menjadi tumpuan kerajaan bagi memajukan sektor

pembangunan di negara kita. Kini, matapelajaran sains telah diterapkan di sekolah

rendah lagi iaitu seawal sekolah rendah lagi dan kemudiannya diteruskan dengan

penerapan di sekolah menengah, seterusnya di matrikulasi dan juga di pusat-pusat

pengajian tinggi awam mahupun swasta. Ternyata matapelajaran sains adalah

matapelajaran yang penting dan perlu diberi perhatian oleh masyarakat seiringan

dengan arus pembangunan teknologi maklumat. Matapelajaran sains terbahagi kepada

3 kategori asas iaitu biologi, fizik dan juga kimia. Namun, matapelajaran biologi yang

paling digeruni oleh kebanyakkan pelajar-pelajar kerana matapelajaran biologi

Page 15: view CONTOH kajian

4

memerlukan daya ingatan dan pembacaan yang lebih berbanding dengan subjek-

subjek yang lain. Ini mungkin disalah anggap oleh sesetengah pihak kerana untuk

memastikan sesuatu pembelajaran itu berkesan dan kekal dalam ingatan jangka

panjang memerlukan memahaman yang teguh terhadap apa yang dipelajarari. Ini

kerana kefahaman yang teguh membantu pelajar-pelajar mengingati sesuatu fakta

tanpa memerlukan hafalan.

Beban berat dipikul oleh guru biologi kerana ramai yang meletakkan persepsi

negatif terhadap subjek biologi jika dibandingkan dengan matapelajaran lain yang

dianggap agak kurang membebankan. Ini bukan sahaja terjadi di kalangan pelajar-

pelajar malah ibubapa pelajar itu sendiri. Ramai ibu bapa yang tidak menggalakkan

anak-anak mereka mengambil matapelajaran biologi. Namun, jika ditelitikan

matapelajaran biologi adalah satu matapelajaran yang menarik kerana ianya adalah

aplikasi daripada kehidupan seharian. Ini memudahkan lagi pemahamam pelajar

kerana kebanyakkan contoh-contoh yang terkandung dalam subjek ini boleh didapati

daripada sekeliling mereka sendiri. Jadi pentingnya di sini supaya guru-guru

menangkis tanggapan-tanggapan negatif ke atas matapelajaran biologi ini bagi

memastikan pelajar dapat menanam minat untuk mempelajari biologi.

Ramai yang berpendapat bahawa menjadi seorang guru adalah satu tugas yang

ringan dan mudah jika dibandingkan dengan bidang kerja yang lain. Kementerian

Pelajaran juga sedang meneliti masalah beban kerja guru yang pada masa kini

dikatakan terlalu berat untuk dipikul. Sememangnya pengajaran dan pembelajaran di

dalam kelas bukanlah satu perkara yang mudah untuk dilaksanakan tanpa strategi

penyampaian yang teratur oleh guru untuk menarik perhatian para pelajarnya terutama

dalam bidang biologi. Ini kerana matapelajaran biologi dipandang sukar oleh

segelintir pelajar kerana biologi memerlukan kajian yang saintifik dan perlu

menggunakan pemikiran yang abstrak untuk memahami konsep dengan lebih

berkesan. Bagi memastikan sesuatu pembelajaran itu berkesan adalah berdasarkan

kaedah-kaedah pengjaran yang dibuat oleh guru yang sepatutnya diamalkan dengan

pelbagai cara yang sesuai dengan tahap atau pun pengetahuan sedia ada pelajar.

Page 16: view CONTOH kajian

5

Subjek biologi juga dikatakan mengerunkan kerana ianya merupakan subjek

yang memerlukan hafalan semata-mata. Sememangnya tafsiran buruk masyarakat ke

atas subjek biologi haruslah diperbaiki. Di sini, peranan guru biologi dalam menarik

minat pelajar-pelajar ke arah pembelajaran yang lebih berkesan diperlukan bagi

memastikan pelajar-pelajar tidak terpengaruh dengan tohmahan masyarakat ke atas

matapelajaran ini. Pelajar juga kerap kali berhadapan dengan istilah-istilah dan konsep

sains yang sukar dengan ideanya yang abstrak. Contohnya dalam mengenal istilah-

istilah seperti commensalism, mutualism, parasitism dan sebagainya dianggap sukar

bagi pelajar-pelajar kerana ianya merupakan sesuatu yang baru bagi mereka. Ini

kerana biasanya istilah-istilah dalam biologi adalah daripada istilah bahasa dari Greek

yang belum pernah didengar oleh pelajar-pelajar.

Jika ditelitikan, pengajaran secara tradisional dengan mengunakan kaedah

chalk and talk sahaja kurang merangsang perkembangan kognitif dan kemahiran

berfikir dikalangan pelajar dan cara tersebut tidak menjamin keberkesanan pengajaran

dan pembelajaran topik yang diajar pelajar khususnya dalam bidang biologi.

Permasalahan ini dapat diatasi sekiranya guru mempelbagaikan corak pengajaran bagi

memastikan objektif pelajaran tercapai. Misalannya, guru boleh mendedahkan pelajar

kepada advance organizer sebelum sesi pengajaran bermula. Ini secara tidak langsung

dapat menarik perhatian pelajar untuk mengetahui lebih mendalam berkenaan dengan

topik yang akan diajar. Penerangan melalui buku teks dan juga kaedah terkini yang

digunakan dalam makmal seperti mikroskop elektron tidak cukup untuk memberi

gambaran sebenar dalam sesetengah perkara.

Pendedahan advance organizer juga mampu meningkatkan pencapaian para

pelajar kerana biasanaya advance organizer merupakan satu kaedah pendekatan yang

menarik yang mampu merangsang ingatan jangka panjang pelajar. Menurut Kloster

dan Winner (1989), advance organizer boleh mencetuskan pembelajaran yang

berkesan kerana advance organizer membantu pelajar dengan struktur kognitif yang

baru supaya maklumat terkini boleh dikaitkan dengan advance organizer yang

disampaikan. Sesuatu pembelajaran yang berkesan terhalang apabila seseorang pelajar

Page 17: view CONTOH kajian

6

itu mendapat kesukaran dalam mengatur masa sendiri dan kebiasaan pelajar yang

membaca dengan kadar yang perlahan. Jadi pentingnya guru-guru memantau terlebih

dahulu tahap kebolehan pelajar-pelajar supaya kaedah yang diterapkan semasa sesi

pengajaran sesuai dengan tahap kemampuan pelajar supaya proses pengajaran dan

pembelajaran berlaku dengan berkesan.

Penggunaan advance organizer yang berpandukan teknologi sekarang ini juga

dapat membantu proses pengajaran dan pembelajaran dengan keupayaan menarik

minat pelajar, menggunakan bahan-bahan yang sesuai dari internet untuk tujuan

pengkayaan, mempelbagaikan teknik penyampaian dalam bilik darjah untuk

membolehkan pelajar memahami konsep serta mengusai kemahiran asas dengan lebih

berkesan, menggunakan alat bantu mengajar untuk memperjelas sesuatu konsep,

megajar secara konstruktivisme, masteri dan lebih konstekstual serta menarik minat

pelajar melalui teknik pengajaran yang pelbagai dan kreatif menggunakan literasi

komputer yang interaktif (Lembaga Peperiksaan Malaysia 2002).

1.3 Objektif Kajian

Berdasarkan kepada penyataan masalah yang dikemukakan, terdapat dua objektif

kajian yang dijalankan bagi memastikan matlamat utama kajian terlaksana. Iaitu:

1) Untuk mengkaji adakah penggunaan advance organizer boleh

meningkatkan pencapaian pelajar dalam matapelajaran biologi berbanding

dengan kaedah tradisional.

2) Pengkaji ingin menilai persepsi responden terhadap minat dalam

penggunaan advance organizer di awal pengajaran dan pembelajaran bagi

matapelajaran biologi.

Page 18: view CONTOH kajian

7

1.4 Persoalan Kajian

Kajian ini dijalankan bagi menjawab persoalan bahawa:

1) Adakah penggunaan advance organizer dapat meningkatkan pencapaian

dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi matapelajaran biologi

tingkatan 4?

2) Adakah pengunaan advance organizer dapat meningkatkan minat pelajar

terhadap matapelajaran biologi?

1.5 Hipotesis Kajian (H0)

1). Tidak terdapat perbezaan yang signifikan skor pencapaian antara pelajar yang

belajar menggunakan advance organizer dengan pelajar tanpa pendedahan advance

organizer.

1.6 Signifikan Kajian

Di dalam arus pembangunan moden kini, pelajar-pelajar harus diajar mengikut

kesesuaian persekitaran. Oleh itu, guru berperanan penting bagi mempelbagaikan

bahan bantu mengajar dengan mempelbagaikan bahan bantu mengajar mengikut

kesesuaian persekitaran. Dengan mempelbagaikan bahan bantu mengajar, ini dapat

memastikan keberkesanan sesuatu aktiviti pengajaran serta pembelajaran adalah

ditahap yang diinginkan. Di sini, penggunaan advance organizer sebagai pendedahan

awal yang akan dilakukan oleh pengkaji untuk menarik perhatian pelajar ke arah

proses pembelajaran yang berkesan.

Page 19: view CONTOH kajian

8

Kajian yang akan dijalankan adalah untuk menguji keberkesanan penggunaan

advance organizer terhadap pencapaian pelajar-pelajar. Ujian yang ditadbir setelah

selesai sesi pengajaran dan pembelajaran akan disemak. Jika keputusan ujian yang

dijalankan itu memuaskan di mana skor yang diperolehi oleh pelajar-pelajar itu tinggi

maka, kajian ini menunjukkan pengunaan advance organizer ini berkesan dan berjaya

meningkatkan pencapaian pelajar. Selain itu juga, kajian terhadap keberkesanan

advance organizer ini adalah penting untuk mengejutkan struktur kognitif pelajar-

pelajar yang sedia ada supaya proses asimilasi akan berlaku dengan lancar melalui apa

sahaja proses pembelajaran.

Menurut Fosnot (1996) dalam Zurida Ismail et.al (2006) guru tidak seharusnya

bertindak sebagai seorang penyampai sahaja tetapi juga sebagai penyalur ilmu dan

pengurus kelas. Guru itu sendiri dianggap sebagai fasilitator kepada pelajar-pelajar

semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan di dalam kelas dan guru

semestinya mengetahui tahap pengetahuan pelajar agar aktiviti pengajaran dan

pembelajaran yang akan dijalankan adalah bersesuaian dengan tahap pelajar. Selain

itu dengan penggunaan advance organizer, pengkaji dapat mengetahui pengetahuan

sedia ada pelajar-pelajar terhadap sesuatu topik pembelajaran kerana advance

organizer yang didedahkan dapat mengcungkil idea awal pelajar. Ini penting bagi

seseorang guru mengetahui tahap pengetahuan sedia ada pelajar mereka supaya guru

boleh menyesuaikan cara pengajaran dengan pengetahuan sedia ada pelajar-pelajar

berdasarkan kepada tahap yang sesuai dengan aras pelajar-pelajar.

Justeru diharapkan agar advance organizer yang dihasilkan oleh pengkaji

dapat menarik minat sesetengah pihak yang terlibat di dalam bidang pendidikan

supaya mengaplikasikan penggunaan advance organizer untuk meningkatkan tahap

pencapaian pelajar-pelajar dan sekaligus ianya diharapkan dapat meningkatkan mutu

dan taraf pendidikan di negara kita selaras dengan pembangunan era yang mendorong

kita untuk lebih bergerak ke hadapan berbanding dengan masa-masa sebelum ini. Ini

bagi mengelakkan negara kita jauh terbelakang berbanding dengan negara-negara

maju yang lain.

Page 20: view CONTOH kajian

9

1.7 Batasan/ limitasi kajian

Melalui kajian ini, pengkaji telah mengenal pasti batasan yang wujud sewaktu

menjalankan kajian. Tedapat beberapa batasan kajian yang diikuti sepanjang

menjalankan kajian ini, supaya hasil kajian yang diperoleh adalah menepati serta

mencapai objektif yang ditetapkan.

Sampel kajian pengkaji melibatkan lebih kurang 60 orang pelajar tingkatan

empat yang mengambil sains biologi. Pelajar-pelajar ini adalah terdiri daripada dua

buah kelas yang berbeza. Kelas-kelas ini dibahagikan kepada kelas eksperimen dan

juga kelas kawalan. Dimana pencapaian purata pelajar-pelajar ini dari kedua-dua kelas

tersebut adalah berbeza. Semasa menjalankan kajian, hanya satu sub topik dipilih

daripada topik utama dalam silibus tingkatan empat mengikut Kementrian Pendidikan

Malaysia (KPM). Subtopik yang dipilih pengkaji adalah Interaction Between

Organism Through Their Feeding.

Subtopik ini dipilih kerana ianya adalah penting sebagai asas pengenalan

biologi. Pemahamam pelajar amat penting bagi subtopik ini supaya pelajar-pelajar

tidak bermasalah untuk meneruskan subtopik-subtopik yang lain. Subtopik ini penting

sebagai pengenalan utama dalam biologi. Sebab itulah pengkaji memilih subtopik ini

untuk mencari initiatif lain bagi memudahkan pemahamam pelajar-pelajar dan

mencari jalan terbaik bagi membantu pemahamam pelajar agar pelajar-pelajar tidak

mempunyai sebarang masalah semasa mereka meneruskan pembelajaran mereka.

1.8 Definisi operasional

Defini operasional membincangkan tentang istilah-istilah penting yang berkaitan

dengan kajian penyelidik. Istilah yang ditekankan adalah daripada hasil rujukan

Page 21: view CONTOH kajian

10

daripada pelbagai sumber bagi mengukuhkan lagi fakta berkaitan dengan istilah yang

ditekankan itu.

1.8.1 Kesan

Menurut Kamus Dewan (2002), kesan bermaksud sesuatu tindakan itu dapat dilihat

daripada hasil yang diperoleh sesudahnya. Menurut Khalid (1993), keberkesanan

dapat dikatakan sebagai pencapaian matlamat dengan usaha yang minimum. Untuk

pembelajaran berkesan tinggi, pelajar mesti mengetahui tentang matlamat

pembelajaran dan usaha yang perlu diambil untuk mencapai matlamat tersebut.

Pembelajaran berkesan bermaksud usaha yang sistematik, bersungguh-sungguh

ataupun usaha yang optimum yang memnafaatkan dan merangkumi semua komponen

pembelajaran untuk memperolehi kejayaan yang terbaik yang diharapkan.

1.8.2 Pembelajaran

Menurut Mok Soon Sang (2001) dalam rujukannya mengikut Kamus Inggeris, belajar

boleh diertikan sebagai memperoleh ilmu pengetahuan atau kemahiran. Maka

pembelajaran boleh diertikan sebagai proses memperolehi ilmu pengetahuan atau

kemahiran.Menurut Robert M. Gagne (1970) mendefinisikan pembelajaran sebagai

perubahan tingkah laku atau kebolehan seseorang yang dapat dikekalkan, tidak

termasuk perubahan oleh proses pertumbuhan.

Mok Soon Sang (2002) yang mengemukakan dua definisi tentang

pembelajaran:

1. Pembelajaran ialah hasil daripapda usaha sesuatu organisma untuk

memenuhi keperluannya. Pembelajaran ini adalah terdiri daripada

Page 22: view CONTOH kajian

11

perubahan-perubahannya. Pembelajaran ini terdiri daripada

perubahan-perubahan di dalam sistem saraf semasa oganisma itu

melakukan sesuatu untuk menghasilkan keputusan atau kesimpulan.

2. Pembelajaran adalah suatu perubahan saraf akibat organisma

melakukan berbagai-bagai tindakan dalam kehidupannya.

1.8.3 Advance Organizer

Menurut Kamarudin Husin dan Siti Hajar (2004), advance organizer adalah

pendedahan awal yang dilakukan oleh guru untuk menarik perhatian pelajar ke arah

proses pembelajaran yang akan dilaksanakan. Advance organizer dilakukan sebelum

pelajar menjalankan aktiviti-aktiviti pembelajaran yang sebenar. Dalam kajian,

pengkaji pengunakan peta konsep sebagai advance organizer.

1.8.4 Peta Konsep

Peta konsep adalah kaedah untuk menunjukkan sesuatu dalam bentuk gambar rajah

ataupun graf. Teknik peta konsep diasaskan oleh Novak dari Universiti Cornell.

1.8.4 Biologi

Menurut Kamus Elektronik Oxford Concise (Edisi Kesepuluh), biologi adalah kajian

mengenai organisma hidup. Mengikut Greek, ‘bio’ bermakna hidup dan ‘logi ‘

bermakna kajian. Jadi biologi adalah kajian mengenai benda hidup.

Page 23: view CONTOH kajian

BAB 2

TINJAUAN LITERATUR

2.1 Pengenalan

Mengikut Mok Soon Sang (2001), pengajaran merupakan aktiviti atau proses yang

berkaitan dengan penyebaran ilmu pengetahuan atau kemahiran yang tertentu. Ia

meliputi perkara-perkara seperti aktiviti perancangan, pengelolaan, penyampain,

bimbingan dan juga penilaian, dengan tujuan menyebar ilmu pengetahuan atau

kemahiran kepada pelajar-pelajar dengan cara yang berkesan. Perkembangan berubah

dari masa ke semasa berdasarkan tahap kemajuan sesebuah negara. Perkembangan

dalam bidang pendidikan ini telah membawa bersama banyak perubahan dalam

aktiviti pengajaran khususnya dalam bilik darjah. Konsep yang diamalkan dalam

pengajaran dahulu adalah jauh berbeza dengan konsep pengajaran pada zaman ini

bersesuaian dengan kehidupan sekarang.

Page 24: view CONTOH kajian

13

2.2 Pengetahuan sedia ada pelajar

Pendedahan kepada advance organizer adalah perlu bagi mengetahui pengetahuan

sedia ada pelajar sebelum sesi pengajaran dan pembelajaran dimulakan.Mengikut Mok

Soon Sang (2000) lagi, pengetahuan sedia ada merujuk kepada kebolehan intelek ,aras

motivasi, penentu-penentu sosial serta budaya pelajar. Tambah Glaser (1990) dalam

buku Mok Soon Sang (2000) yang menghuraikan pengetahuan sedia ada sebagai

tingkah laku kemasukan dalam proses pengajaran. Berdasarkan kepada pengetahuan

sedia ada pelajar itulah guru dapat menentukan objektif pengajaran yang sesuai

sebelum memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran. Penentuan objektif pengajaran

adalah penting bagi memastikan hasil pembelajaran adalah mengikut yang dtetapkan

.Objektif pengajaran juga penting bagi memastikan pelajar-pelajar dapat menguasai

ilmu pengetahuan selepas sesi pengajaran selesai.

2.3 Faktor yang mempengaruhi kesediaan pelajar belajar

Kesediaan belajar adalah merujuk kepada keadaan dalaman seseorang individu yang

bersedia dan mampu untuk memerima sesuatu ataupun mempelajari sesuatu dengan

tujuaan untuk memperoleh pengalaman pembelajaran yang baru. Mengikut Bruner

(1966), kesediaan belajar merujuk kepada apa jua perkara yang dapat disampaikan

secara berkesan kepada kanak-kanak pada masa perkembangannya.

Mengikut Thorndike (1913) mengemukaan 3 Hukum Kesediaan yang dapat di

rumuskan secara ringkas bahawa pertama, apabila seseorang individu itu bersedia

untuk melakukan sesuatu tindakan, dan berjaya melakukannya, maka tindakan ini

akan membawa kepuasan kepadanya. Hukum kesediaan yang kedua pula dapat

dirumuskan bahawa apabila seseorang individu bersedia dalam melakukan sesuatu

tindakan, tetapi tidak dapat melakukannya maka individu itu akan merasa kecewa.

Dan hukum kesediaan yang ketiga pula dapat dirumuskan dengan apabila seseorang

individu belum bersedia untuk melakukan sesuatu, tetapi dipaksa melakukannya,

Page 25: view CONTOH kajian

14

tindakan pakssan itu pula menimbulkan perasaan duka citanya. Jadi dapat disimpulkan

di sini bahawa betapa pentingnya kesediaan pelajar dalam memerima sesuatu

pengetahuan bagi memastikan pengetahuan baru yang diterima itu adalah suatu

pembelajaran yang berkesan.

2.4 Penggunaan advance organizer

Advance organizer adalah strategi instruksi kognitif yang digunakan untuk

meningkatkan hasil pembelajaran dan juga untuk memastikan maklumat baru yang

diperoleh dapat dikekalkan dalam jangka masa yang panjang. Kebiasaanya advance

organizer digunakan di peringkat pembelajaran yang lebih tinggi. Ini kerana

pengunaan advance organizer memerlukan pelajar-pelajar menghubungkan

pengetahuan sedia ada mereka dengan maklumat baru yang mereka peroleh

(Ausubel,1963). Menurut Ausubel, untuk memastikan sesuatu pembelajaran itu

berkesan, pelajar harus dibekalkan dengan set pembelajaran yang baik di mana set

pembelajaran itu seharusnya memberi impak positif kepada pelajar-pelajar. Set

pembelajaran ini merujuk kepada struktur kognitif yang ada yang mengandungi

komponen-komponen yang membenarkan pelajar-pelajar menghubungkannya dengan

maklumat-maklumat baru yang relevan.

Kloster & Winne (1989), menyimpulkan bahawa advance organizer boleh

mewujudkan pembelajaran yang berkesan kerana advance organizer membekalkan

struktur kognitif yang baru kepada pelajar-pelajar. Dengan itu, maklumat yang baru

diperoleh dapat dihubungkait dengan pengetahuan yang sedia ada. advance organizer

dibina sebagai memberi gambaran awal kepada pelajar berkaitan dengan bahan-bahan

baru sebelum pelajar-pelajar didedahkan dengan konfrontasi yang sebenar (Ausubel,

1963). Hasil kajian membuktikan bahawa terdapat kesan yang mendalam terhadap

kepelbagaian pengunaan advance organizer dalam membantu pemahamam pelajar.

Menurut Evan (2003) yang mengkaji kesan graphic organizer dan mendapati bahawa

Page 26: view CONTOH kajian

15

pelajar yang didedahkan dengan graphic organizer dapat berinteraksi dengan pelbagai

gaya belajar dan ini seterusnya mengarah pelajar kepada pembelajaran yang berkesan.

2.5 Kesimpulan

Dapatlah dibuat kesimpulan bagi bab ini bahawa terdapat banyak faktor yang

mempengaruhi pencapaian pelajar.Selain daripada faktor kaedah pengajaran, guru-

guru juga harus menitikberat hal-hal yang berkaitan dengan pelajar-pelajar. Misalnya

faktor kesediaan pelajar untuk belajar. Selain itu juga, guru harus menilai pengetahuan

sedia ada pelajar sebelum sesi pengajaran dan pembelajaran dapat dimulakan. Semua

ini bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan dengan

lancar dan menjamin keberkesannanya. Jadi penyelidik telah mencipta advance

organizer bagi membantu mengetahui pengetahuan asas pelajar selain dari

mengcungkil idea-idea pelajar sebelum guru memulakan sesi pengajaran dan

pembelajaran.

Page 27: view CONTOH kajian

BAB 3

METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan

Dalam bab ini, penyelidik lebih menumpukan kepada bagaimana kajian ini dijalankan

ataupun bagaimana metodologi kajian dilaksanakan. Di dalam bab ini juga, penyelidik

membahagikan kepada beberapa aspek iaitu reka bentuk kajian, sampel kajian,

instrumen kajian, prosedur kajian, kesahan dan kebolehpercayaan dan analisis data.

3.2 Reka Bentuk Kajian

Di dalam kajian yang dijalankan , penyelidik telah menggunakan dua jenis ujian iaitu

ujian pra dan juga ujian pos. Ujian-ujian ini ditadbir untuk mengetahui sejauh

manakah pencapaian pelajar-pelajar yang dicapai oleh pelajar dengan menggunakan

dua kaedah pembelajaran yang berbeza iaitu dengan secara tradisional dan juga

dengan penggunaan advance organizer. Kedua-dua item ujian merupakan item ujian

yang sama dan item-item ujian ini telah terbukti mengikut huraian sukatan pelajaran

yang telah ditetapkan oleh Kementrian Pendidikan Malaysia (Lampiran I).

Page 28: view CONTOH kajian

17

Selain itu juga, penyelidik telah menyediakan borang soal selidik untuk

menguji minat pelajar-pelajar terhadap penggunaan advance organizer. Borang soal

selidik ini mengandungi 10 item yang mengandungi unsur positif dan negatif. Borang

soal selidik ini juga hanya diberikan kepada pelajar-pelajar yang telah didedahkan

dengan penggunaan advance organizer sahaja.

3.3 Kaedah Kajian

Kajian ini dijalankan dengan menggunakan kaedah kajian eksperimen. Kaedah ini

dipilih berdasarkan pemilihan sampel. Pemilihan sampel dibuat secara rawak

berkelompok untuk memudahkan kajian dilaksanakan. Sampel seramai 60 orang

pelajar ini dibahagikan kepada kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan yang

heterogenus daripada segi pencapaian, jantina, kaum, agama dan sebagainya. Kaedah

pengajaran adalah samada pengajaran mengunakan advance organizer sebelum

memulakan pengajaran ataupun pengajaran yang tidak mengunakan advance

organizer di mana kaedah pengajaran secara tradisional digunakan secara terus.

Selepas pendedahan penggunaan advance organizer diberikan kepada kumpulan

pelajar kelas eksperimen, guru biologi akan mengajar kedua-dua kumpulan pelajar itu

dengan mengunakan dua kaedah yang sama bergantung kepada guru biologi itu

sendiri.

Semasa menjalankan kajian, pengkaji membahagikan tugasan kajian kepada

beberapa sesi. Iaitu sesi pendedahan advance organizer, sesi pengukuhan dan sesi

pengagihan borang soal selidik. Di dalam sesi pendedahan pengunaan advance

organizer, pengkaji mendedahkan kumpulan eksperimen dengan pengunaan advance

organizer. Manakala kumpulan kawalan, pengkaji tidak mendedahkan pengunaan

advance organizer sebagai set induksi sebelum sesi pengajaran dan pembelajaran

dimulakan. Selepas pendedahan penggunaan advance organizer sesi pengajaran dan

pembelajaran berlangsung selama sejam berdasarkan subtopik Interaction Between

Organism Through Their Feeding dan sesi pengajaran dan pembelajaran ini ditadbir

Page 29: view CONTOH kajian

18

oleh guru biologi mereka sendiri dengan mengunakan kaedah yang sama bagi kedua-

dua kumpulan pelajar.

Bagi sesi pengukuhan pula, sebelum sesi pengajaran bermula, pengkaji telah

mentadbir ujian pra kepada kedua kumpulan pelajar-pelajar itu. Dan skor ujian itu

dikumpul untuk dibanding bezakan dengan skor ujian pos nanti. Setelah selesai sesi

pengajaran dan pembelajaran yang mengunakan dua kaedah yang berlainan bagi dua

kelas yang berbeza, ujian pos ditadbir pada masa yang sama untuk kedua-dua

kumpulan. Kedua-dua ujian pra dan ujian pos ditadbir secara serentak bagi kesemua

pelajar dari kedua-dua kelas. Ujian pra ditadbir bagi menguji pengetahuan sedia ada

pelajar dan ujian pos ditabdir bagi menguji kesan pengunaan ‘advance organizer’.

Ujian ini ditadbir secara serentak selama 30 minit bagi mengelakkan timbulnya

sebarang pembolehubah yang tidak terkawal seperti persekitaran bilik darjah yang

berbeza, hari kuliah yang berbeza dan sebagainya. Ujian pra dan pos yang ditadbir

mengunakan item-item ujian yang berbeza. Ini sebagai langkah untuk mengelakkan

unsur-unsur yang boleh menyebabkan pembolehubah tidak terkawal terjadi seperti

kebocoran soalan.

Selepas sesi pengajaran berlangsung, pengkaji akan mengagihkan borang soal

selidik yang mengandungi 10 item. Borang soal selidik ini diagihkan kepada pelajar-

pelajar dari kumpulan eksperimen sahaja untuk melihat persepsi pelajar terhadap

minat dan pelajar-pelajar terhadap pengunaan advance organizer yang didedahkan

kepada pelajar dari kumpulan eksperimen sebelum sesi pengajaran dan pembelajaran

dimulakan.

Rajah 3.1 menunjukkan carta aliran kaedah kajian dimana penyelidik telah

membuat ringkasan kaedah kajian dalam bentuk carta aliran.

Page 30: view CONTOH kajian

19

Rajah 3.1: Carta Aliran Kaedah Kajian

Mengumpul Data

Ujian Pos

Pendedahan menggunankan

advance organizer

Tidak didedahkan

dengan penggunaan

advance organizer

Kumpulan Kawalan

Analisis Data

Ujian Pra

Kumpulan Eksperimen

Ujian Pos

Soal Selidik

KAEDAH KAJIAN

Sampel Kajian

Sesi pengajaran dengan guru

Page 31: view CONTOH kajian

20

3.4 Sampel Kajian

Seramai 60 orang pelajar tingkatan 4 yang mengambil sains biologi dijadikan sebagai

sampel kajian oleh pengkaji dari Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Mahmud

Paduka Raja (1), Tanah Merah, Kelantan yang dipilih secara rawak berkelompok.

Pelajar-pelajar ini adalah dari 2 buah kelas yang heterogenus. Kedua-dua ujian

ditadbir pada masa yang sama bagi mengelakkan unsur-unsur yang tidak diingini

berlaku seperti berlakunya soalan bocor dan sebagainya.

Sampel dibimbing secara langsung oleh guru biologi dalam aktiviti pengajaran

dan bagi sesi pendedahan kepada advance organizer dan sesi pengagihan borang soal

selidik akan ditadbir sendiri oleh penyelidik. Kumpulan eksperimen telah didedahkan

oleh pengkaji dengan mengunakan advance organizer sebagai permulaan sesi

pengajaran. Manakala kumpulan kawalan tidak mengunakan advance organizer

sebagai permulaan sesi pengajaran di mana kaedah pengajaran secara tradisional yang

tidak menggunakan bahan bantu mengajar semasa sesi pengajaran dan pembelajaran.

Aktiviti ini dijalankan secara berkumpulan walaubagaimanapun ujian pra dan ujian

pos dijalankan secara individu.

3.5 Instrumen Kajian

Penyelidik telah mereka sendiri instrumen bagi kajian ini dengan berdasarkan objektif

kajian. Advance organizer dalam bentuk peta konsep (lampiran A) dan video

(lampiran B), ujian pra dan ujian pos dibina bagi mengkaji kesan penggunaan advance

organizer yang direka oleh penyelidik terhadap pencapaian pelajar-pelajar.

Instrumen pertama berupa soalan ujian pra (Lampiran C). Kertas ujian ini

merupakan item-item bagi ujian pra dan ujian pos yang masing-masing mengandungi

10 soalan objektif . Instrumen kedua (Lampiran D) merupakan soalan ujian pos yang

Page 32: view CONTOH kajian

21

merupakan bentuk soalan yang sama dan bilangan soalan yang sama dengan soalan

pra. Sebagai panduan dalam membina item ujian, pengkaji telah menggunakan

taksanomi Bloom dalam merangka item-item ujian dan mengandungi pelbagai aras

yang terkandung di dalam taksanomi Bloom. Ujian ini diedarkan kepada kedua-dua

kumpulan eksperimen dan juga kumpulan kawalan. Item-item ujian ini tidak

memerlukan kajian rintis kerana item-item ujian ini diperoleh daripada bank soalan

sekolah tersebut dan telah terbukti kebolehpercayaan dan kesahannya. Kemudian hasil

keputusan ujian ini dianalisis untuk menentukan kesan pengunaan advance organizer.

Instumen ketiga (Lampiran E) adalah berupa borang soal selidik untuk

diagihkan kepada pelajar-pelajar dari kumpulan eksperimen. Borang soal selidik ini

mengandungi 10 item untuk dijawab oleh pelajar-pelajar berdasarkan persepi mereka.

Borang soal selidik ini mengandungi 4 skala likert dan mengandungi satu bahagian

sahaja. Borang soal selidik ini tidak memerlukan kajian rintis kerana item-item dari

borang soal selidik ini dipetik daripada Suriati Binti Pool di dalam buku tesisnya.

3.6 Prosedur Kajian

Sebelum menjalankan kajian, penyelidik telah melalui beberapa prosedur. Setelah

penyelidik membentangkan cadangan penyelidikan di hadapan pensyarah-pensyarah,

penyelidik mendapatkan surat kebenaran daripada Kementerian Pendidikan Malaysia

(Lampiran F) melalui pengurusan dari pihak fakulti setelah cadangan penyelidikan

diperbaiki. Setelah penyelidik mendapat kebenaran menjalankan kajian daripada

Kementerian Pendidikan Malaysia, penyelidik berurusan secara terus dengan Jabatan

Pendidikan Negeri Kelantan (Lampiran G) untuk mendapatkan kebenaran

menjalankan kajian diperingkat daerah. Setelah memperoleh kebenaran tersebut,

pengkaji seterusnya berhubung dengan pihak sekolah menerusi kebenaran Pengetua

(Lampiran H) untuk mendapatkan kelulusan menjalankan kajian di sekolah tersebut.

Page 33: view CONTOH kajian

22

Dua buah kelas terlibat dalam sesi penyelidikan dari sekolah yang sama iaitu

Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Mahmud Paduka Raja (1), Tanah Merah,

Kelantan. Pengetua sekolah tersebut memgamanahkan seorang guru pembimbing bagi

membantu penyelidik menjalankan kajian. Guru pembimbing membantu penyelidik

mengagihkan masa menjalankan kajian supaya kajian yang dilaksanakan adalah

mengikut prosedur yang telah ditetapkan dalam laporan penyelidik. Penyelidik telah

menetapkan dua buah kelas itu sebagai kelas kumpulan kawalan dan juga kelas

kumpulan eksperimen.

Aktiviti penyelidikan melibatkan matapelajaran biologi bagi subtopik

Interaction Between Organism Relating to Their Feeding. Aktiviti dimulakan dengan

membenarkan sampel dari kedua-dua buah kelas menjawab ujian pra untuk menguji

kefahaman asas sampel. Setelah itu, kumpulan eksperimen akan didedahkan dengan

penggunaan advance organizer selepas itu guru biologi mereka akan mengajar tajuk

yang berkaitan dengan subtopik yang penyelidik telah pilih. Advance organizer dibina

dalam bentuk peta konsep dan juga video bagi menarik minat pelajar. Kumpulan

kawalan tidak didedahkan dengan penggunaan advance organizer dan guru terus

mengajar kumpulan kawalan dengan menggunakan kaedah tradisional.

Setelah guru selesai mengajar bagi kumpulan eksperimen dan kumpulan

kawalan, ujian pos ditadbir bagi kedua-dua kumpulan tersebut. Setelah itu, borang

soal selidik akan diagihkan kepada sampel dari kumpulan eksperimen untuk melihat

sejauh mana minat mereka terhadap penggunaan advance organizer dalam pengajaran

dan pembelajaran.

Rajah 3.2 menunjukkan carta aliran prosedur kajian yang dilalui oleh

penyelidik sebelum menjalankan penyelidikan hinggalah analisis dapatan kajian.

Page 34: view CONTOH kajian

23

Rajah 3.2: Carta Aliran Prosedur Kajian

Pembentangan cadangan

penyelidikan

Cadangan penyelidikan

diperbaiki

Mendapat surat kebenaran

daripada Kementerian

Pendidikan Malaysia

Mendapat surat kebenaran

daripada Jabatan Pendidikan

Negeri

Mendapat surat kebenaran

menjalankan penyelidikan di

sekolah daripada pengetua

Penyelidikan dilaksanakan

Data dikumpul dan dianalisis

Page 35: view CONTOH kajian

24

3.7 Kesahan dan Kebolehpercayaan

Kajian yang dijalankan oleh penyelidik telah mempunyai kebolehpercayaan dan

kesahan kerana kajian yang dijalankan melibatkan pemilihan pelajar secara rawak dan

akan dijalankan oleh penyelidik itu sendiri. Selain itu, penyelidik telah menggunakan

soal selidik yang digunakan oleh Surianti Binti Pool (2002) untuk mengkaji minat

sampel terhadap pendedahan advance organizer yang dibuat oleh penyelidik dan

penyelidik telah membuat sedikit pengubahsuaian supaya bersesuaian dengan kajian

penyelidik tanpa menjejaskan kesahan dan kesahihan borang soal selidik itu.

Penyelidik juga telah mendapatkan kesahan bagi soalan ujian pos dan ujian pra

yang ditadbir semasa penyelidik menjalankan kajian. Kesahan ujian diperoleh

daripada guru biologi Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Mahmud Paduka Raja

(1) iaitu sekolah penyelidik membuat kajian.

3.8 Analisis Data

Penyelidik menganalisis data kajian menggunakan perisian SPPS. Data dianalisis

menggunakan statistik deskriptif dan inferensi. Penggunaan statistik deskriptif

melibatkan kekerapan, min, median dan mod untuk menjawab persoalan kajian

Adakah pengunaan advance organizer dapat meningkatkan minat pelajar terhadap

matapelajaran biologi?. Statistik inferensi digunakan untuk mendapatkan ujian-t bagi

mengukur tahap pencapaian pelajar yang didedahkan dengan advance organizer

dengan pelajar yang tidak didedahkan dengan penggunaan advance organizer.

3.9 Kesimpulan

Sebagai kesimpulannya dapatlah dikatakan bahawa dalam bab 3 penyelidik telah

menghurai ini menghuraikan hal-hal yang berkaitan dengan kaedah kajian yang telah

Page 36: view CONTOH kajian

25

penyelidik jalankan selain menerangkan berkaitan dengan pengumpulan data dari

pelajar-pelajar. Data-data yang akan diperoleh akan dianalisis dalam bab 4.

Page 37: view CONTOH kajian

BAB 4

DAPATAN KAJIAN

4.1 Pengenalan

Bab ini membincangkan dapatan kajian yang telah diperolehi oleh penyelidik semasa

penyelidik menjalankan kajian. Hasil dapatan kajian yang diperolehi dianalisis

berdasarkan dua jenis instrumen iaitu instrumen soal selidik dan juga instrumen

kajian. Sampel kajian telah dipilih secara rawak berkelompok yang terdiri daripada

dua buah kelas yang berbeza.

Penyelidik menganalisis data dengan menggunakan dua kaedah iaitu analisis

data secara deskriptif dan juga analisis data secara inferensi. Data yang dianalisis

secara deskriptif bertujuan untuk mencari kekerapan, min, mod dan juga median

terhadap minat bagi menjawab persoalan kajian. Data yang diperoleh dianalisis

menggunakan perisian SPSS.

Page 38: view CONTOH kajian

27

4.2 Analisis Persoalan Kajian

Sebanyak 30 borang soal selidik telah diagihkan kepada responden. Borang

soal selidik ini terdiri daripada satu bahagian sahaja untuk menguji tahap minat pelajar

terhadap penggunaan advance organizer dalam matapelajaran Biologi. Item dalam

borang soal mengandungi 10 item yang bertujuan untuk menjawab persoalan kajian.

Sebelum responden dibenarkan menjawab item soal selidik, responden telah

didedahkan dengan penggunaan advance organizer dimana kumpulan eksperimen

telah didedahkan dengan penggunaan advance organizer dengan bimbingan

penyelidik, manakala kumpulan kawalan tidak didedahkan dengan penggunaan

advance organizer. Setiap item dalam borang soal selidik dianalisis secara deskriptif.

Analisis deskriptif ini adalah bagi menjawab persoalan kajian, ‘Adakah

pengunaan advance organizer dapat meningkatkan minat pelajar terhadap

matapelajaran biologi?’. Item soal selidik ini diagihkan kepada pelajar yang telah

didedahkan dengan penggunaan advance organizer bagi mengkaji sejauh mana minat

mereka terhadap kajian yang telah dijalankan oleh penyelidik . Analisis data dibina

dalam bentuk jadual yang menunjukkan taburan kekerapan item soal selidik yang

dijawab oleh reponden. Soal selidik ini mengandungi 10 item iaitu 6 item positif dan 4

item negatif yang terdiri daripada 4 skala Likert seperti yang ditunjukkan dalam jadual

di bawah.

Skala Likert:

1- Sangat tidak setuju

2- Tidak setuju

3- Setuju

4- Sangat setuju

Page 39: view CONTOH kajian

28

4.2.1 Analisis item positif

Enam item positif yang dikenalpasti dalam soal selidik adalah:

Item 1: Dapat merangsang minat saya dalam mempelajari biologi

Item 2 : Memudahkan saya memahami sesuatu konsep

Item 4 : Dapat menarik minat saya untuk membuat penaakulan dengan lebih lanjut

terhadap sesuatu topik yang diajar.

Item 6 : Membantu mengingat sesuatu tajuk atau topik yang diajar lebih lama

Item 7: Memudahkan saya menguasai tajuk yang diajar

Item 10: Dapat menggunakan advance orgainzer sebagai bahan ulangkaji saya.

Jadual 4.1 menunjukkan peratusan pemilihan item-item positif berdasarkan

skala likert bagi kumpulan eksperimen. Di dalam borang soal selidik yang diedarkan,

terdapat 6 item positif iaitu item 1,item 2, item 4, item, 6, item 7, dan juga item 10.

Analisis dibuat berdasarkan kekerapan pelajar-pelajar menanda item-item positif

berdasarkan skala Likert di dalam borang soal selidik yang diagihkan.

Jadual 4.1 Peratusan Pemilihan Item-Item Positif Berdasarkan Skala Likert bagi

Kumpulan Eksperimen.

Peratusan (%)

Skala Likert Item 1 Item 2 Item 4 Item 6 Item 7 Item 10

1 0.0 0.0 0.0 0.0 0.0 0.0

2 0.0 0.0 0.0 3.3 0.0 0.0

3 73.3 13.3 66.7 66.7 66.7 6.7

4 26.7 86.7 33.3 20.0 33.3 93.3

Jumlah 100 100 100 100 100 100

Page 40: view CONTOH kajian

29

Berdasarkan kepada jadual 4.1, kebanyakan skala Likert pilihan kumpulan

eksperimen adalah antara skala Likert 2 hingga 4. Didapati skala Likert 1 tidak

menjadi pilihan pelajar kumpulan eksperimen. Skala 1 merujuk kepada sangat tidak

setuju, skala Likert 2 merujuk kepada tidak setuju, skala likert 3 merujuk kepada

setuju dan skala Likert 4 merujuk kepada sangat setuju. Merujuk kepada peratusan

pemilihan item positif dalam jadual 4.1 didapati pelajar-pelajar dari kumpulan

eksperimen menyatakan minat mereka terhadap kajian yang dijalankan oleh

penyelidik. Namun hanya segelintir pelajar sahaja yang kurang berminat dengan

kaedah yang dikemukana oleh penyelidik. Hal ini merujuk kepada pemilihan skala 2

pada item 6 iaitu sebanyak 3.3% manakala bagi item 1, item 2, item 4, item 7 dan juga

item 10, pemilihan skala 2 adalah 0%. Ini jelas menunjukkan bahawa hanya segelintir

pelajar sahaja yang kurang bersetuju di atas pendedahan kajian yang dilakukan oleh

penyelidik.

Didapati sebanyak 73.3% pelajar memilih skala Likert 3 (setuju) bagi item 1

dan selebihnya memilih skala Likert 4 (sangat setuju) iaitu sebanyak 26.7%. Bagi item

2 pula sebanyak 13.3% memilih skala Likert 3 dan sebanyak 86.7% memilih skala

likert 4 dan 0% memilih skala Likert 1 dan skala Likert 2. Bagi item 4 peratusan

pemilihan skala Likert 3 adalah lebih tinggi berbanding dengan skala Likert 4 iaitu

sebanyak 66.7% berbanding dengan 33.3% yang menjadikan keseluruhannya

sebanyak 100%. Begitu juga dengan item 6, peratus pemilihan skala likert 3 adalah

lebih tinggi berbanding peratusan pemilihan skala Likert 4 iaitu masing-masing

mencatatkan nilai sebanyak 66.7% dan juga 20.0%.

Namun terdapat sebilangan kecil pelajar memilih skala Likert 2 iaitu seramai

3.3%. Bagi item 7, peratusan pemilihan skala Likert 3 adalah 66.7% manakala

selebihnya adalah 33.3% pada skala Likert 4. Didapati sebanyak 0% yang memilih

skala Likert 1 dan skala Likert 2 bagi item 1,2,4,7 dan 10. Berbeza pula dengan item

10, peratusan pemilihan skala Likert 4 adalah lebih tinggi berbanding dengan

pemilihan skala Likert 3 iaitu masing-masing mencatatkan nilai sebanyak 93.3% dan

6.7%. Berdasarkan analisis data jadual 4.1 didapati bahawa pelajar-pelajar

Page 41: view CONTOH kajian

30

beranggapan positif terhadap kajian yang dibuat oleh penyelidik di mana penyelidik

ingin melihat sejauh manakah kajian yag dibuat itu menarik minat pelajar-pelajar.

Jadual 4.2 menunjukkan taburan min, median, dan mod item-item positif bagi

kumpulan eksperimen. Ini dibuat bertujuan mengkaji minat pelajar terhadap advance

organizer yang dibina oleh penyelidik.

Jadual 4.2. Taburan Min, Median, dan Mod Bagi Item-Item Positif Kumpulan

Eksperimen

Item 1 Item 2 Item 4 Item 6 Item 7 Item 10

N 30 30 30 30 30 30

Min 3.2667 3.8667 3.3333 3.0667 3.3333 3.9333

Median 3.0000 4.0000 3.0000 3.0000 3.0000 4.0000

Mod 3.0000 4.0000 3.0000 3.0000 3.0000 4.0000

Berpandukan jadual 4.2 di atas didapati, kumpulan eksperimen ini mempunyai

kecenderungan minat pada skala 3 bagi setiap item berdasarkan bacaan min dalam

lingkungan 3.0 hingga 3.8. Nilai median pula berbeza bagi setiap item. Median bagi

item 1,4,6 dan 7 adalah 3 manakala median bagi item 2 dan 10 adalah 4.

Ini jelas menunjukkan bahawa pelajar-pelajar berkecenderungan berminat di

atas kaedah kajian yang dibuat oleh penyelidik. Mod bagi item positif adalah 3. Ini

menunjukkan bahawa pelajar-pelajar. Ini menunjukkan berpandangan positif terhadap

kaedah kajian yang dibuat oleh penyelidik.

Page 42: view CONTOH kajian

31

4.2.2 Analisis item negatif

Item negatif adalah songsangan item positif dimana item negatif merupakan item yang

mnenafikan item positif. Di dalam borang soal selidik skala likert 3 dan 4

mengambarkan kecenderungan minat postif manakala skala likert 1 dan 2

mengambarkan kecenderungan minat negatif di kalangan pelajar-pelajar terhadap

kaedah kajian yang dijalankan oleh penyelidik.

Empat item negatif yang dikenalpasti dalam soal selidik adalah:

Item 3 : Melambatkan proses pengajaran dan pembelajaran

Item 5 : Menyebabkan tidak wujud interaksi dua hala antara pelajar dengan guru

Item 8 : Tidak membantu meningkatkan pemahamam saya

Item 9 : Mengurangkan penglibatan saya di dalam kelas

Jadual 4.3 menunjukkan pemilihan item-item negatif pelajar-pelajar

berdasarkan skala likert bagi kumpulan kawalan.

Jadual 4.3 Peratusan Pemilihan Item-Item Negatif Berdasarkan Skala Likert bagi

Kumpulan Eksperimen.

Peratusan (%)

Skala Likert Item 3 Item 5 Item 8 Item 9

1 14.8 52.5 80.3 24.3

2 85.2 47.5 19.7 65.7

3 0.0 0.0 0.0 10.0

4 0.0 0.0 0.0 0.0

Jumlah 100 100 100 100

Page 43: view CONTOH kajian

32

Berdasarkan jadual 4.3, majoriti pelajar-pelajar dari kumpulan eksperimen

memilih skala likert 1 dan 2. Ini jelas menunjukan sampel berkecenderungan berminat

terhadap kaedah kajian penyelidik. Bagi item 3, kebanyakan sampel tidak bersetuju

bahawa kaedah kajian penyelidik melambatkan proses pengajaran dan pembelajaran.

Ini ditunjukkan dengan majoriti sampel memilih skala likert 1 dan 2.

Bagi item 5 pula seramai 47.5% tidak bersetuju dan 52.5% sangat tidak

bersetuju bahawa kaedah kajian penyelidik menyebabkan tidak wujud interaksi dua

hala antara pelajar dengan guru. Ini menunjukkan bahawa sampel berminat dengan

kajian tersebut. Item 8 pula, seramai 80.3% memilih skala likert 1 iaitu sangat tidak

setuju bahawa kaedah kajian penyelidik tidak membantu meningkatkan pemahamam

sampel manakala 19.7% memilih skala 2 iaitu tidak setuju.

Seterusnya bagi item 9, seramai 24.3% memilih skala likert 1, 65.7% memilih

skala likert 2 dan 10.0 memilih skala likert 2. Didapati segelintir sampel bersetuju

bahawa kaedah kajian penyelidik dapat mengurangkan penglibatan sampel di dalam

kelas. Manakala yang selebihnya tidak bersetuju bahawa kaedah kajian penyelidik

dapat mengurangkan penglibatan sampel di dalam kelas.Seterusnya, min, mod, dan

median dianalisis bagi item negatif kumpulan eksperimen.

Jadual 4.4 menunjukkan taburan min, median, dan mod item-item negatif bagi

kumpulan eksperimen. Berdasarkan kepada nilai yang diperolehi dapatlah ditentukan

minat pelajar bagi kumpulan eksperimen terhadap kajian yang dibuat oleh penyelidik.

Page 44: view CONTOH kajian

33

Jadual 4.4: Taburan Min, Median, dan Mod Bagi Item-Item Negatif Kumpulan

Eksperimen

Item 3 Item 5 Item 8 Item 9

N 30 30 30 30

Min 1.6000 1.6667 1.2000 1.6000

Median 2.0000 2.0000 1.0000 2.0000

Mod 2.0000 2.0000 1.0000 2.0000

Berdasarkan jadual 4.4, sampel dari kumpulan eksperimen berkecendurungan

minat pada skala 1 bagi setiap item berdasarkan kepada min yang berada dalam

lingkungan 1.2000 hingga 1.6667. Ini menunjukkan bahawa sampel tidak bersetuju

bahawa kaedah kajian penyelidik melambatkan proses pengajaran dan pembelajaran

dan ini menbuktikan sampel berminat dengan kaedah kajian penyelidik. Median pula

kebanyakan terletak pada skala 2 bagi item 3, 5 dan item 9.

Manakala bagi item 8, median terletak pada skala 1. Ini menunjukkan bahawa

sampel beranggapan positif terhadap kaedah kajian yang dibuat oleh penyelidik.

Kekerapan yang paling tinggi skala pemilihan sampel adalah skala 2 berdasarkan

kepada kekerapan pemilihan skala 2 bagi item 3,5, dan juga item 9. terhadap kaedah

kajian yang dibuat oleh penyelidik. Ini menunjukan bahawa sampel tidak bersetuju

terhadap item negatif yang menafikan kebaikan kaedah kajian penyelidik.

4.3 Analisis Soalan Ujian Pencapaian Pra dan Pos

Ujian pencapaian telah ditadbir sebanyak dua kali semasa sesi kajian dijalankan. Ujian

pra ditadbir terlebih dahulu sebelum sesi rawatan dan ujian pos ditadbir selepas

rawatan. Setiap soalan mengandungi 10 soalan objektif.

Page 45: view CONTOH kajian

34

4.3.1 Analisis Soalan Ujian Pencapaian Pra Kumpulan Eksperimen dan

Kumpulan Kawalan

Rajah 4.1 menunjukkan kekerapan sampel memilih jawapan betul bagi setiap soalan

ujian pra bagi kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan.

Rajah 4.1: Kekerapan Sampel Memilih Jawapan Betul Bagi Setiap Soalan Ujian Pra

0

5

10

15

20

25

30

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10

Nombor Soalan

Kekera

pan Eksperimen

Kawalan

Berpandukan kepada rajah 4.1yang menunjukkan taburan kekerapan sampel

kawalan dan eksperimen memilih jawapan betul bagi setiap soalan ujian pra.

Page 46: view CONTOH kajian

35

Diperhatikan seramai 12 orang sampel dan 14 orang sampel berjaya menjawab soalan

pertama dengan betul. Bagi soalan ujian pra kedua pula seramai 15 orang sampel dari

kumpulan eksperimen berjaya menjawab dengan betul berbeza dengan sampel

kumpulan kawalan yang hanya 10 sampel sahaja berjaya menjawab dengan betul.

Berbeza dengan soalan ujian pra ketiga, kumpulan eksperimen dan kumpulan

kawalan masing-masing mencatatkan seramai 23 dan 19 sampel berjaya menjawab

dengan betul item 3.

Didapati kumpulan eksperimen lebih tinggi 5 sampel berbanding dengan

kumpulan kawalan yang hanya mencatatkan 15 sampel yang berjaya menjawab

dengan betul bagi soalan ujian pra 4. Ini menunjukkan bahawa seramai 10 orang

sampel dari kumpulan eksperimen yang menjawab dengan salah bagi soalan ujian pra

4. Manakala separuh daripada bilangan sampel dari kumpulan kawalan menjawab

dengan salah bagi soalan ujian pra tersebut. Seterusnya terdapat julat yang agak tinggi

antara kedua-dua kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan bagi soalan 5, di mana

kumpulan eksperimen melebihi 7 sampel memilih jawapan yang betul berbanding

dengan kumpulan kawalan.

Namun demikian, terdapat turun naik graf bagi soalan 6,7,8,9 dan 10. Didapati

19 sampel dari kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan berjaya menjawab

soalan ujian pra 6 dengan betul. Manakalan bagi soalan ujian pra 7 pula, sampel dari

kumpulan kawalan mengatasi sampel dari kumpulan eksperimen dari segi bilangan

sampel yang berjaya menjawab soalan ujian pra dengan betul. Seterusnya soalan ujian

pra 8 yang menunjukkan penurunan yang runcing daripada kedua-dua kumpulan. Di

mana hanya 7 sampel dari kumpulan kawalan berjaya menjawab soalan ujian pra 8

dengan betul berbanding dengan 13 sampel dari kumpulan eksperimen.

Jumlah sampel yang menjawab ujian pra dari kumpulan kawalan agak tinggi

iaitu seramai 23 orang sampel. Bagi ujian pra 9 dan 10, seramai 15 dan 19 sampel

Page 47: view CONTOH kajian

36

berjaya menjawab soalan itu dengan betul masing-masing dari kumpulan eksperimen

dan kawalan bagi soalan ujian pra 9. Manakala bagi soalan ujian pra 10, seramai 21

sampel dari kumpulan eksperimen berjaya menjawab dengan betul yang mana jumlah

itu 2 lebih rendah berbanding dengan bilangan sampel yang berjaya menjawab soalan

ujian pra 10 dengan betul bagi kumpulan kawalan.

4.3.2 Analisis Soalan Ujian Pencapaian Pos Kumpulan Eksperimen dan

Kumpulan Kawalan

Rajah 4.2 menunjukkan kekerapan sampel memilih jawpan betul bagi setiap soalan

ujian pos bagi kumpulan eksperimen dan juga ujian kawalan.

Rajah 4.2 : Kekerapan Sampel Memilih Jawapan Betul Bagi Setiap Soalan Ujian Pos

0

5

10

15

20

25

30

35

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10

Nombor Soalan

Kekera

pan

Eksperimen

Kaw alan

Page 48: view CONTOH kajian

37

Rajah 4.2 merupakan graf kekerapan sampel memilih jawapan betul bagi

setiap soalan ujian pos bagi kumpulan kawalan dan eksperimen. Walaubagaimanapun

dapat dilihat di sini bahawa purata sampel memilih jawapan yang betul bagi setiap

soalan ujian pos bagi kumpulan eksperimen adalah mengatasi kumpulan kawalan.

Majoriti sampel dari kumpulan eksperimen dapat memilih jawapan yang betul bagi

soalan ujian pos 1 hingga 5 kerana dapat dilihat bahawa hanya segelintir sahaja

memilih jawapan yang salah.

Seterusnya, terdapat sedikit peningkatan ujian pra dengan ujian pos bagi

kumpulan kawalan. Bagi soalan ujian pos 1 dan 2 didapati hanya 14 dan 19 sampel

berjaya memilih jawapan yang betul bagi kumpulan kawalan dan bagi soalan 3 pula

seramai 23 orang sampel. Seterusnya soalan ujian 4, mencatatkan julat yang kecil

sahaja antara kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan yang seramai 21 sampel

berbanding dengan kumpulan eksperimen yang seramai 25 sampel berjaya memilih

jawapan yang betul.

Terdapat julat yang agak ketara antara kumpulan kawalan dan kumpulan

eksperimen bagi soalan 5 dengan beza 7. Manakala dapat dilihat terdapat perbezaan

julat 3 bagi soalan 6 dan 7. Seterusnya, semua sampel dari kumpulan eksperimen

berjaya memilih jawapan yang betul dan majoriti sampel kumpulan kawalan dapat

berjaya memilih jawapan yang betul iaitu seramai 25 sampel bagi soalan ujian 8. Bagi

soalan ujian 9 dan 10, majoriti kumpulan eksperimen dan kawalan mempunyai

kekerapan yang tinggi dalam memilih jawapan yang betul dimana hanya julat yang

kecil sahaja diperoleh di antara kumpulan eksperimen dan kawalan.

4.4 Analisis Min Peratusan

Analisis min peratusan merangkumi analisis min peratus ujian pra bagi kumpulan

kawalan dan juga min ujian pra bagi kumpulan eksperimen. Analisis min peratusan

Page 49: view CONTOH kajian

38

juga merangkumi analisis min peratusan ujian pos bagi kumpulan kawalan dan juga

kumpulan eksperimen.

4.4.1 Analisis Min Peratus Ujian Pra Kumpulan Kawalan Dan Min Ujian Pra

Kumpulan Eksperimen

Satu set soalan pra yang mengandungi bilangan soalan yang sama dan aras kefahaman

yang setara telah diberikan kepada kedua-dua kumpulan kajian iaitu kumpulan

kawalan dan kumpulan eksperimen. Ujian pra dijalankan bertujuan untuk mengetahui

tahap pengetahuan sedia ada pelajar mengenai topik jadual berkala sebelum

pengajaran dan pembelajaran di lakukan. Analisis min dilakukan bertujuan untuk

melihat prestasi keseluruhan pelajar di dalam kelas

4.4.2. Min Peratusan Ujian Pra Bagi Kumpulan Kawalan Dan Ujian Pra

Kumpulan Eksperimen

Ujian pra ditadbir sebelum sesi pengajaran dan pembelajaran dimulakan. Ujian pra

ditadbir untuk mengukur tahap pengetahuan sedia ada pelajar-pelajar. Jadual 4.5

menunjukkan min peratusan ujian pra bagi kumpulan kawalan dan ujian pra kumpulan

eksperimen.

Jadual 4.5 Min Peratusan Ujian Pra Bagi Kumpulan Kawalan Dan Ujian Pra Kumpulan Eksperimen

Min Skor (%) Perbezaan Min

Pra (Kawalan) Pra (Eksperimen)

56.00 67.33 11.33

Page 50: view CONTOH kajian

39

Jadual 4.5 di atas menunjukkan min peratusan ujian pra bagi kumpulan

kawalan dan ujian pra kumpulan eksperimen. Ujian pra diuji untuk melihat sejauh

manakah tahap pengetahuan sedia ada pelajar-pelajar dari kedua-dua kumpulan.

Didapati min skor bagi ujian pra kumpulan kawalan adalah 56.00% dan min ujian pra

kumpulan eksperimen adalah 67.33%. Julat perbezaan di antara kedua-dua kumpulan

ini adalah sebanyak 11.33%. Kedua-dua kumpulan kawalan dan kumpulan

eksperimen ada terdiri daripada pelajar-pelajar yang mempunyai tahap pengetahuan

sedia ada yang sederhana.

4.4.3. Analisis Min Peratus Ujian Pos Kumpulan Kawalan Dan Min Ujian Pos

Kumpulan Eksperimen

Ujian pos ditadbir selepas sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Ujian pos

bagi kumpulan kawalan ditadbir sebaik sahaja sesi pengajaran secara tradisional

dijalankan. Manakala ujian pos bagi kumpulan eksperimen ditadbir selepas sesi

pengajaran dengan pendedahan advance organizer dilaksanakan.

Jadual 4.6 menunjukkan analisis min peratusan ujian pos kumpulan kawalan

dan min ujian Pos kumpulan eksperimen

Jadual 4.6 Analisis Min Peratus Ujian Pos Kumpulan Kawalan Dan Min Ujian Pos

Kumpulan Eksperimen

Min Skor (%) Perbezaan Min

Pos (Kawalan) Pos (Eksperimen)

61.33 77.67 16.34

Page 51: view CONTOH kajian

40

Jadual 4.6 di atas menunjukkan min peratus ujian pos kumpulan kawalan dan

min pos kumpulan eksperimen. Ujian pos diuji untuk melihat sejauh mana tahap

pencapaian pelajar-pelajar dari kumpulan kawalan dan kumpulan eksperimen. Min

skor bagi ujian pos kumpulan kawalan adalah 61.33% manakala min skor bagi

kumpulan eksperimen adalah 77.57%. Perbezaan min bagi kedua-dua kumpulan

adalah sebanyak 16.34%. Berdasarkan min yang diperolehi, kedua-dua kumpulan

adalah terdiri daripada pelajar-pelajar yang mempunyai tahap prestasi baik dalam

ujian pos.

Pencapaian bagi kumpulan eksperimen adalah lebih tinggi berbanding dengan

pencapaian kumpulan kawalan. Ini dapat dilihat melalui min skor kumpulan

eksperimen adalah lebih tinggi berbanding dengan min skor kumpulan kawalan.

Berdasarkan min skor itu, dapat disimpulkan bahawa pencapaian kumpulan

eksperimen dan kumpulan kawalan adalah meningkat berbanding ujian pra. Di sini

dapat disimpulkan bahawa, terdapat peningkatan pencapaian bagi kumpulan

eksperimen yang didedahkan dengan penggunaan advance organizer berbanding

dengan kumpulan kawalan yang tidak didedahkan dengan penggunaan advance

organizer yang mana hanya didedahkan dengan kaedah pengajaran secara tradisional

sahaja.

4.5 Analisis Statistik ujian-t

Analisis statistik ujian-t merangkumi statistik ujian-t bagi ujian pra dan ujian pos

kumpulan kawalan dan juga statistik ujian-t bagi ujian pra dan ujian pos kumpulan

eksperimen.

4.5.1 Statistik Ujian-t Bagi Ujian Pra Dan Ujian Pos Kumpulan Kawalan.

Jadual 4.7 menunjukkan tahap pencapaian kumpulan kawalan dalam ujian pra dan

ujian pos berdasarkan analisis ujian-t.

Page 52: view CONTOH kajian

41

Jadual 4.7 Tahap Pencapaian Kumpulan Kawalan Dalam Ujian Pra

Dan Ujian Pos Berdasarkan Analisis Ujian-t.

Ujian kumpulan n min sisihan piawai t df p

Pra Kawalan 30 56.00 7.701-5.757 29 .000

Pos Kawalan 30 61.33 7.761

Jadual 4.7 di atas, menunjukan perbandingan keputusan statistik ujian t bagi

ujian pra dan ujian pos bagi kumpulan kawalan. Didapati min markah bagi ujian pra

kumpulan kawalan adalah 56.00. Manakala min markah bagi ujian pos kawalan

adalah 61.33. Julat perbezaan diantara kedua-dua ujian bagi kumplan kawalan adalah

5.33. Ini menunjukkan terdapat peningkatan kefahaman di kalangan pelajar selepas

sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan.

Berdasarkan jadual di atas sisihan piawai bagi ujian pra kumpulan kawalan

adalah 7.701. Manakala sisihan piawai bagi ujian pos kumpulan kawalan adalah

7.761. Nilai sisihan piawai yang besar bagi kedua-dua ujian menunjukkan taburan

markah bagi ujian pra dan ujian pos kumpulan kawalan adalah heterogen iaitu

mencapah dan berselerak serta jauh berbeza dengan nilai min markah.

Nilai t bagi tahap pencapaian kumpulan kawalan dalam ujian pra dan ujian pos

adalah -5.757 dan nilai p adalah 0.000. Berdasarkan nilai p yang diperolehi, hipotesis

nul berjaya ditolak kerana nilai p yang diperolehi adalah kurang daripada 0.05. Bagi

mengukuhkan lagi kenyataan bahawa hipotesis nul berjaya ditolak adalah berdasarkan

kepada nilai t. Nilai t yang diperoleh adalah nilai t kiraan iaitu 5.757. Nilai t kritikal

adalah 2.045. Berdasarkan nilai t kiraan dan nilai t kritikal didapati nilai t kiraan

adalah lebih besar berbanding dengan nilai kritikal .

Page 53: view CONTOH kajian

42

Jadi dapat disimpulkan di sini sekali lagi hipotesis nul berjaya ditolak dan

menjadikan terdapat perbezaan yang signifikan skor pencapaian antara pelajar yang

belajar menggunakan advance organizer dengan pelajar tanpa pendedahan advance

organizer .Hipotesis nul tersebut adalah tidak terdapat perbezaan yang signifikan skor

pencapaian antara pelajar yang belajar menggunakan advance organizer dengan

pelajar tanpa pendedahan advance organizer.

4.5.2 Statistik Ujian-t Bagi Ujian Pra Dan Ujian Pos Kumpulan Eksperimen.

Jadual 4.8 menunjukkan tahap pencapaian kumpulan eksperimen dalam ujian pra dan

ujian pos berdasarkan analisis ujian-t.

Jadual 4.8 Tahap Pencapaian Kumpulan Eksperimen Dalam Ujian Pra Dan Ujian Pos

Berdasarkan Analisis Ujian-t.

Ujian kumpulan n min sisihan piawai t df p

Pra eksperimen 30 67.33 8.683 -7.878 29 .000

Pos eksperimen 30 77.67 6.261

Jadual 4.8 di atas, menunjukan perbandingan keputusan statistik ujian t bagi

ujian pra dan ujian pos bagi kumpulan eksperimen. Di dapati min markah bagi ujian

pra kumpulan eksperimen adalah 67.33. Manakala min markah bagi ujian pos

eksperimen adalah 77.67. Julat perbezaan di antara kedua-dua ujian bagi kumplan

eksperimen adalah 10.34. Ini menunjukkan terdapat peningkatan kefahaman di

kalangan pelajar selepas sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan.

Berdasarkan jadual di atas sisihan piawai bagi ujian pra kumpulan eksperimen

adalah 8.683. Manakala sisihan piawai bagi ujian pos kumpulan kawalan adalah

Page 54: view CONTOH kajian

43

6.261. Nilai sisihan piawai yang besar bagi kedua-dua ujian menunjukkan taburan

markah bagi ujian pra dan ujian pos kumpulan eksperimen adalah heterogen iaitu

mencapah dan berselerak serta jauh berbeza dengan nilai min markah.

Nilai t bagi tahap pencapaian kumpulan kawalan dalam ujian pra dan ujian pos

adalah -7.878 dan nilai p adalah 0.000. Berdasarkan nilai p yang diperolehi, hipotesis

nul berjaya ditolak kerana nilai p yang diperolehi adalah kurang daripada 0.05. Bagi

mengukuhkan lagi kenyataan bahawa hipotesis nul berjaya ditolak adalah berdasarkan

kepada nilai t. Nilai t yang diperoleh adalah nilai t kiraan iaitu -7.878. Nilai t kritikal

adalah 2.045. Berdasarkan nilai t kiraan dan nilai t kritikal didapati nilai t kiraan

adalah lebih besar berbanding dengan nilai kritikal . Jadi dapat disimpulkan di sini

hipotesis nul ditolak.

4.6 Kesimpulan

Secara ringkasnya, hipotesis nul kajian berjaya ditolak dan ini membuktikan

perbezaan yang signifikan skor pencapaian antara pelajar yang belajar menggunakan

advance organizer dengan pelajar tanpa pendedahan advance organizer iaitu dengan

menggunakan kaedah tradisional. Data menunjukkan terdapat peningkatan terhadap

pengetahuan dan kefahaman pelajar selepas pengajaran menggunakan kaedah

tradisional. Pelajar kedua-dua kumpulan mempunyai pengetahuan sedia ada yang

setara berkaitan subtopik yang dipilih oleh penyelidik.

Ini secara tidak langsung menunjukkan bahawa penggunaan advance organizer

yang dicipta oleh penyelidik mampu meningkatkan pencapaian pelajar-pelajar.

advance organizer bertujuan untuk menarik minat pelajar kearah pembelajaran dan

dapat meningkatkan motivasi pelajar untuk terus belajar seterusnya meningkatkan

pencapaian pelajar dalam akademik.

Page 55: view CONTOH kajian

BAB 5

PERBINCANGAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan

Di dalam bab ini, penyelidik akan membincangkan dapatan kajian berhubung dengan

faktor minat dan pendedahan advance organizer terhadap pencapaian mata pelajaran

biologi pelajar. Hasil dapatan kajian ini kemudiannya dirumuskan untuk menjawab

persoalan kajian seperti yang terkandung di dalam bab 1. Kemudian kesimpulan

dibuat berdasarkan kepada data yang telah dianalisis di bab 4. Berdasarkan kepada

hasil dapatan data yang telah dianalisis dapatlah dibuat kesimpulan secara menyeluruh

berkaitan dengan hasil dapatan kajian itu tadi. Perbincangan juga dibuat berdasarkan

kepada analisis data yang telah dikumpul oleh penyelidik.

5.2 Pengujian hipotesis

Pengujian hipotesis membincangkan tentang hipotesis nul yang pertama yang telah

penyelidik bina sebelum kajian dijalankan.

Page 56: view CONTOH kajian

45

5.2.1 Hipotesis Nul Pertama

Hipotesis nul pertama penyelidik adalah tidak terdapat perbezaan yang

signifikan skor pencapaian antara pelajar yang belajar menggunakan advance

organizer dengan pelajar tanpa pendedahan advance organizer.

Hasil daripada analisis dapatan kajian, didapati bahawa hipotesis nul pertama

ditolak. Ini berdasarkan kepada analisis nilai p dan ujian-t yang telah diperoleh dalam

bab 4. Penyelidik telah mencari min peratusan bagi kumpulan eksperimen dan juga

kumpulan kawalan bagi melihat sejauh mana advance organizer mampu

mempengaruhi pencapaian pelajar-pelajar. Di dapati nilai p yang diperoleh hasil

daripada anailsis peratusan min adalah lebih kecil daripada 0.05. Nilai ini berjaya

membuktikan bahawa hipotesis nul berjaya ditolak. Bagi mengukuhkan lagi kesahihan

bahawa hipotesis nul berjaya ditolak, pengkaji juga menggunakan ujian-t bagi

menguji samada hipotesis nul itu ditolak atau diterima. Hasil daripada analisis ujian-t

didapati bahawa nilat t kiraan adalah lebih besar berbanding dengan nilai t kritikal.

Dimana didapati nilai t kritikal adalah 2.045 iaitu lebih besar berbanding dengan nilai

t kiraan hasil daripada analisis min peratusan secara keseluruhannya.

Ini membuktikan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan skor pencapaian

antara pelajar yang belajar menggunakan advance organizer dengan pelajar tanpa

pendedahan advance organizer. Pencapaian kumpulan eksperimen yang didedahkan

dengan penggunaan advance organizer meningkat berdasarkan kepada analisis ujian

pra dan ujian pos di bab 4. Ini membuktikan bahawa advance organizer mampu

merangsang pembelajaran yang berkesan. Menurut Smith et al. (1993), jika strategi

pengajaran guru berkesan, pelajar akan mendapat keputusan yang cemerlang dalam

ujian.Ini membuktikan bahawa pencapaian pelajar yang baik adalah bergantung

kepada cara guru menyampaikan ilmu dalam pelbagai bentuk bagi menarik minat

pelajar ke arah pembelajaran yang lebih berkesan.

Page 57: view CONTOH kajian

46

Menurut Khalid (1930), kejayaan pembelajaran sebernarnya lebih bergantung

kepada usaha dan kaedah pembelajaran berkesan. Dalam erti kata yang mudah,

msekipun pelajar yang berkebolehan sederhana juga masih boleh meningkatkan

pencapaian pembelajarannya menerusi usaha dan cara pembelajaran yang

berkesan.Namun sesetengah cara pembelajaran yang berkesan tidak memberikan hasil

yang sama bagi sesetengah individu. Ini kerana setiap individu masing-masing

mempunyai karaktor dan kemampuan yang tersendiri.

Jika dilihat terdapat sebahagian besar pelajar-pelajar yang gagal dalam

peperiksaan ataupun yang mempunyai keputusan peperiksaan kurang cemerlang

adalah daripada golongan pelajar yang mempunyai kemampuan yang lebih

berbanding dengan pencapaian mereka. Ini dapat dilihat daripada kebanyakkan

mahasiswa dan mahasiswi yang gagal meneruskan pengajian mereka adalah

kebanyakkan daripada golongan pelajar yang cemerlang semasa mereka di alam

persekolahan.

Ini membuktikan bahawa peranan guru itu sendiri dalam pengubahsuai kaedah

pembelajaran dengan memperlbagaikan bahan bantu mengajar. Bahan bantu mengajar

ini penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran kerana ia dapat menarik minat

dan meningkatkan kefahaman pelajar terhadap pelajaran yang diajar. Poh (1996)

menyatakan penggunaan teknik dan bahan sumber yang bersesuaian dapat menarik

minat pelajar. Hasil daripada kajian ini juga membuktikan bahawa pentingnya

mengetahui pengetahuan sedia ada pelajar-pelajar bagi memastikan kaedah pengajaran

yang akan diterapkan adalah bersesuaian dengan tahap pengetahuan pelajar-pelajar.

Menurut Nurul Himmah (1995) guru yang bersifat kreatif dan inovatif perlu

menggunakan pelbagai pendekatan serta teknik pengajaran bagi menarik minat pelajar

dan seterusnya melahirkan pelajar yang berkualiti.

Page 58: view CONTOH kajian

47

Daripada kajian-kajian yang lepas, penyelidik membuat kesimpulan bahawa

kaedah pengajaran guru di dalam kelas adalah satu elemen penting yang harus

diterapkan oleh guru itu sendiri. Kaedah pengajaran guru merupakan salah satu faktor

yang penting sdalam merangsang minat pelajar ke arah pembelajaran yang lebih

berkesan. Jika guru menggunakan kaedah yang sesuai dan berkesan, tentu dapat

menarik minat pelajar untuk mengetahui dengan lebih mendalam tentang tajuk yang

diajar oleh guru dan seterusnya dapat meningkatkan prestasi yang lebih baik dalam

peperiksaan. Semangat inkuiri pelajar-pelajar juga bertambah apabila guru

menggunakan kaedah pengajaran yang berbeza bersesuaian dengan tahap pengetahuan

pelajar.

5.3 Dapatan Kajian Berdasarkan Pernyataan Masalah dan Tujuan Kajian

Berdasarkan kepada pernyataan masalah dan tujuan kajin yang telah penyelidik ulas di

dalam bab 1, beberapa perbincangan dapat dibuat berdasarkan hasil daripada analisis

data dalam bab 4. Hasil dapatan kajian ini menunjukkan bahawa minat pelajar dan

pendedahan guru kepada pelbagai kaedah pembelajaran mempunyai hubungan dengan

pencapaian bagi subjek biologi.

Proses pengajaran dan pembelajaran perlu berlangsung dalam suasana yang

menenangkan di mana pelajar-pelajar bersedia menerima ilmu yang akan disampaikan

manakala guru bersedia menyampaikan ilmu kepada pelajar. Guru seharusnya

menguasai kandungan pelajaran yang akan diajar supaya proses menyampaikan

pengetahuan tidak tergendala dan dapat menjawab semua persoalan pelajar-pelajar.

Dengan itu, pelajar-pelajar akan berasa yakin untuk meneruskan pembelajaran

seterusnya. Setiap pengajaran perlu mempunyai perancangan, persediaan dan strategi

penyampaian yang menarik sesuai dengan tahap pelajar. Pemikiran yang kreatif, jitu,

pengorbanan, keikhlasan, amanah dan bersikap positif perlu bagi memastikan proses

Page 59: view CONTOH kajian

48

pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan dengan berkesan bagi meningkatkan

tahap pencapaian pelajar.

5.4 Masalah Dalam Menjalankan Kajian

Masalah yang biasa timbul dalam menjalankan ini adalah semasa sesi menjawab

borang soal selidik. Di mana terdapat segelintir sampel kajian melihat kawan

disebelah untuk menjawab soalan borang soal selidik tersebut walaupun penyelidik

telah memberi arahan awal bahawa jawapan kepada item soal selidik itu adalah sulit.

Masalah yang timbul dalam menjalankan kajian ini ialah ada segelintir dari sampel.

Ini menjejaskan darjah kepercayaan dan kejujuran item-item yang dijawab.

5.5 Cadangan Kajian

Kajian yang dijalankan oleh penyelidik mempunyai batasan disebabkan oleh

kekurangan dari penyelidik itu sendiri. Dalam mengatasi batasan ini, penyelidik telah

memberi beberapa cadangan kajian supaya ianya dapat membantu pengkaji-pengkaji

lain demi kepentingan kajian. Dalam kajian yang dijalankan oleh penyelidik ini,

kajian hanya tertumpu kepada subtopik kecil dalam subjek biologi sahaja dan

disarankan agar penyelidik seterusnya mengkaji skop topik yang lebih luas lagi

samada dalam subjek biologi ataupun subjek-subjek lain seperti fizik, kimia, sains dan

sebagainya.

Kaedah penyelidik yang mengedarkan borang soal selidik boleh ditambah oleh

pengkaji lain dengan menggunakan kaedah lain. Seperti dengan menemuramah

sampel-sampel kajian, guru-guru yang mengajar mata pelajaran berkenaan dan ibu

bapa sampel tersebut. Ujian pra dan ujian pos juga boleh digunakan oleh pengkaji

lain. Interaksi seperti ini dipercayai dapat meningkatkan keberkesanan dalam sesuatu

kajian dan data yang lebih tepat diperolehi. Hasil kajian mendapati bahawa minat

Page 60: view CONTOH kajian

49

pelajar dan kaedah pengajaran guru berperanan dalam mempengaruhi pencapaian

pelajar dalam biologi.

Selain itu juga, terdapat faktor lain yang mendorong kepada faktor yang

mempengaruhi tahap pencapaian pelajar iaitu suasana pembelajaran, rakan sebaya,

peranan ibu bapa dan sebagainya. Penyelidik berharap agar penyelidik seterusnya

dapat menggunakan faktor-faktor lain itu sebagai bahan dalam kajian mereka.

Disamping itu juga bakal penyelidik juga dicadangkan agar mempelbagaikan sampel

kajian kepada lebih banyak buah sekolah. Ini kerana batasan kajian penyelidik adalah

tertumpu kepada dua buah kelas biologi dari sebuah sekolah sahaja.

5.6 Penutup

Berdasarkan kepada hasil kajian, dapatlah dirumuskan bahawa keseluruhan

pencapaian pelajar meningkat dengan pendedahan advance organizer yang dibuat

oleh pengkaji. Sampel-sampel kajian juga menunjukkan minat mereka terhadap kajian

yang pengkaji terapkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang mereka

jalankan.

Pencapaian pelajar tidak bergantung kepada guru sahaja, malah ianya juga

turut bergantung kepada pelajar itu sendiri samada mereka ingin menerima

pengetahuan yang disampaikan ataupun membiarkan sahaja pengetahuan itu. Peranan

guru amat penting bagi memastikan proses pembelajaran dan pengajaran dapat

dilaksanakan dengan lebih berkesan lebih-lebih lagi apabila mengajar pelajar-pelajar

yang heretogenus. Ibu bapa juga berperanan penting dalam memastikan tahap

pendidikan anak-anak mereka berada pada tahap yang sepatutnya.

Page 61: view CONTOH kajian

50

RUJUKAN

Abd. Rahim Abd. Rashid. (2005). “Profesionalisme Keguruan Prospek dan Cabaran.” Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Advance organizer. Diperoleh pada Febuari 24, 2008 daripadahttp://www.learningandteaching.info/teaching/advance_organisers.htm

Advance Organizers and other approaches to structuring teaching. Diperoleh pada Febuari 24, 2008 daripada http://www.guidesandtutorials.com/advance-organizers.html

An advance organizer approach to distance learning course presentation. Diperoleh pada Febuari 24, 2008 daripadahttp://66.218.69.11/search/cache?ei=UTF8&p=journal+of+advance+organizer&fr=yfp501&fp_ip=MY&u=www.icte.org/T01_Library/T01_153.PDF&w=journal+advance+advanced+organizer+organizers&d=BtP6C3DuQVhv&icp=1&.intl=us

Ausubel, D.P, Advance Organizers, and Replicable Research. Diperoleh pada Ferbuari 24, 2008 daripada http://edutechwiki.unige.ch/en/Advance_Organizer

Ausubel, D. P. (1963). The psychology of meaningful verbal learning: An introduction to school learning. New York: Grune & Stratton.

Bruner, J.S (1966) Toward a theory of instruction. Cambridge, Mass.: Belkap Press of Harvard Universiti Press.

Evans, S. (2003). Graphic organizers for Japanese readers of expository texts. English. Language Research Bulletin, 18, 1-17.

Gagne, R. & Kingsley, H.L. (1970) The nature and conditions of learning (3rd ed). Endlewood Cliffs, N.J.: Prentice Hall

Introduction to Advance Organizers. Diperoleh pada Febuari 24, 2008 daripada http://newali.apple.com/ali_sites/ali/exhibits/1000328/Advanced_Organizers.m

Kamaruddin Husin & Siti Hajar Abdul Aziz. (2004). Pedagogi asas pendidikan. Kuala Lumpur: Kayazano Enterprise

Khalid Mohamed Nor (1930) Kaedah pembelajaran berkesan, Kuala Lumpur: Cahaya Pantai (M) Sdn. Bhd

Kloster, A. M., & Winne, P. H. (1989). Effects of different types of organizers on students’ learning from text. Journal of Educational Psychology, 81(1), 9-15.

Page 62: view CONTOH kajian

51

Lembaga Peperiksaan Malaysia. (2002). Laporan Prestasi SPM 2001. (atas talian). http\\www.lpm.skali.com. (21 Oktober,2005)

L. Huifen dan T.Chen (2007). Eading authentic Efl Text using visualization and advance organizer in a multimedia learning environment [ Electronic version]. Diperoleh pada Febuari 25, 2008 daripada http://llt.msu.edu/vol11num3/linchen/default.html

Mok Soon Sang (2000), Ilmu Pendidikan Untuk KPLI Semester I & II, Kumpulan Budiman Sdn. Bhd, P.Jaya

Mok Soon Sang (2001), Psikologi Pendidikan Semester I, Kumpulan Budiman Sdn. Bhd, P.Jaya

Nurul Himmah Hassan (1995, Dis 23). Perluaskan Teknik Pengajaran. Utusan Malaysia,4 – 5.

Noorliza Md. Yatim (2005). Penilaian Pelajar Terhadap Simulasi Berkomputer Dalam Matapelajaran Sub Topik ‘Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Kadar Fotosintesis’: Satu kajian kes. Tesis ijazah yang tidak diterbitkan. Tanjung Malim: Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Organizer. Diperoleh pada Ferbuari 24, 2008 daripada http://www.schoollibrarymedia.com/articles/Callison2000v16n5p36.html

Poh, S. H. (1996). Pedagogi sains 1 : Kurikulum Sains. Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.Subang Jaya.

Smith, E. L, Blakeslee, T. D and Anderson, E. W (1993). Teaching strategies associated with conceptual change learning in science. Journal of research in science teaching 30 (2): 116-123.

Stack the deck in favor of your students by using the four aces of effective teaching. Diperoleh pada Ferbuari 25, 2008 daripadahttp://www.uncw.edu/cte/et/articles/bulger/

Thorndike, E.L. (1913) Psychology of learning : Educational psychology. Vol 2, Nwe York: Teachers College Press.

Zurida Ismail, Syarifah Norhaidah Syed Idros, Mohd Ali Samsudin (2006). KaedahMengajar Sains. Kuala Lumpur : PTS Professional

Page 63: view CONTOH kajian

INTERACTION BETWEEN ORGANISM

THROUGH THEIR FEEDING

mutualism

commensalismPrey vs. predator

parasite

Eg:-Root nodule and rhizobium -Bee and flowerIs a relationship between

organism which benefit both species.

Is a relationship between 2 organism which benefit only one species and other get harm

Eg:-tiger and deer -Tape worm and pig

Predator is which whose hunting other animal

Prey is which being hunting by predator

-One gets benefit, other get harm-eg:-Between eagle (predator) and rat (prey)

Is a relationship between organism which benefit only one species and other get nothing or nor harm

Eg; a clown fish and sea anemones

Lampiran A

Page 64: view CONTOH kajian
Page 65: view CONTOH kajian
Page 66: view CONTOH kajian
Page 67: view CONTOH kajian
Page 68: view CONTOH kajian
Page 69: view CONTOH kajian
Page 70: view CONTOH kajian
Page 71: view CONTOH kajian
Page 72: view CONTOH kajian
Page 73: view CONTOH kajian

Lampiran E

BORANG SOAL SELIDIK

MENGKAJI KESAN PENGGUNAAN ‘ADVANCE ORGANIZER’ DALAM MATAPELAJARAN BIOLOGI TINGKATAN 4

Arahan: Anda diminta untuk menyatakan jawapan anda dengan menandakan () salah satu jawapan dengan skala jawapan yang sesuai dengan pandagan anda berdasarkan panduan skala berikut:

1) Sangat Tidak Setuju 3) Setuju2) Tidak Setuju 4) Sangat Setuju

Proses pengajaran dan pembelajaran biologi dengan pengunaan ‘advance organizer’:

Kenyataan 1 2 3 4

1. Dapat merangsang minat saya dalam mempelajari biologi.

2. Memudahkan saya memahami sesuatu konsep.

3. Melambatkan proses pengajaran dan pembelajaran.

4. Dapat menarik minat saya untuk membuat penaakulan dengan lebih lanjut terhadap sesuatu topik yang diajar.

5. Menyebabkan tidak wujud interaksi dua hala antara pelajar dengan guru.

6. Membantu saya mengingat sesuatu tajuk atau topik yang diajar lebih lama.

7. Memudahkan saya menguasai tajuk yang diajar.

8.Tidak membantu meningkatkan pemahamam saya.

9. Mengurangkan penglibatan saya di dalam kelas.

10. Dapat mengunakan advance organizer yang disediakan sebagai bahan ulangkaji saya.

Page 74: view CONTOH kajian

Lampiran F

Page 75: view CONTOH kajian

Lampiran G

Page 76: view CONTOH kajian

LampiranH