· Web viewAkan tetapi, sehingga sekarang, kandungannya masih diselabuti dengan rahsia dan...

15
10 Akibat Buruk Jika RUU 355 Diluluskan Pengenalan Pada April 2015, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengusulkan rang undang-undang di Parlimen untuk memindakan Akta Makhamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Akta 355) (“RUU 355”). Setahun berlalu tanpa perbentangan, sehingga ia dibawa ke hadapan senarai agenda Dewan Rakyat secara mengejutnya oleh ahli UMNO Datuk Seri Azalina Othman pada Mei 2017 (atas arahan Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Razak). Akan tetapi, sehingga sekarang, kandungannya masih diselabuti dengan rahsia dan misteri. Akta 355 adalah amat ringkas. Ia menetapkan had maksima kuasa penghukuman Mahkamah Syariah di Semenanjung Malaysia serta Sabah dan Sarawak. Had tersebut pernah dinaikkan sekali sebelum ini melalui pindaan pada 1985. Sebarang penaikan selanjutnya akan memperluaskan kuasa Kerajaan Negeri untuk undang-undang jenayah syariah lagi. Ini bertentangan dengan Perlembangaan. Kuasa menggubal undang- undang jenayah sepatutnya diletak bahawa kuasa Kerajaan Persekutuan. Adalah dijangka bahawa kelulusan RUU 355 akan mendatangkan pelbagai akibat buruk kepada seluruh masyarakat Malaysia. Jadual #1: Pindaan Akta 355 Tahun Hukuman Maksima Penjara Denda Sebat 1965 hingga 1985 6 bulan RM 1000 Tiada 1985 hingga sekarang 3 tahun RM 5000 6 kali 1. Penggubalan Undang-Undang Hudud Jika perkembangan undang-undang Syariah di Malaysia kebelakangan ini dikaji secara mendalam dan menyeluruh, 1

Transcript of · Web viewAkan tetapi, sehingga sekarang, kandungannya masih diselabuti dengan rahsia dan...

Page 1: · Web viewAkan tetapi, sehingga sekarang, kandungannya masih diselabuti dengan rahsia dan misteri. Akta 355 adalah amat ringkas. Ia menetapkan had maksima kuasa penghukuman Mahkamah

10 Akibat Buruk Jika RUU 355 Diluluskan

Pengenalan Pada April 2015, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengusulkan rang undang-undang di Parlimen untuk memindakan Akta Makhamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Akta 355) (“RUU 355”). Setahun berlalu tanpa perbentangan, sehingga ia dibawa ke hadapan senarai agenda Dewan Rakyat secara mengejutnya oleh ahli UMNO Datuk Seri Azalina Othman pada Mei 2017 (atas arahan Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Razak). Akan tetapi, sehingga sekarang, kandungannya masih diselabuti dengan rahsia dan misteri.

Akta 355 adalah amat ringkas. Ia menetapkan had maksima kuasa penghukuman Mahkamah Syariah di Semenanjung Malaysia serta Sabah dan Sarawak. Had tersebut pernah dinaikkan sekali sebelum ini melalui pindaan pada 1985.

Sebarang penaikan selanjutnya akan memperluaskan kuasa Kerajaan Negeri untuk undang-undang jenayah syariah lagi. Ini bertentangan dengan Perlembangaan. Kuasa menggubal undang-undang jenayah sepatutnya diletak bahawa kuasa Kerajaan Persekutuan.

Adalah dijangka bahawa kelulusan RUU 355 akan mendatangkan pelbagai akibat buruk kepada seluruh masyarakat Malaysia.

Jadual #1: Pindaan Akta 355

Tahun Hukuman MaksimaPenjara Denda Sebat

1965 hingga 1985 6 bulan RM 1000 Tiada1985 hingga sekarang 3 tahun RM 5000 6 kali

1. Penggubalan Undang-Undang Hudud

Jika perkembangan undang-undang Syariah di Malaysia kebelakangan ini dikaji secara mendalam dan menyeluruh, pertalian antara RUU 355 dengan undang-undang hudud bukanlah sekadar spekulasi semata-matanya.

Pada 1993, kerajaan negeri Kelantan di bawah pimpinan PAS telah meluluskan Kanun Jenayah Shariah II 1993 (“Enakmen Hudud Kelantan”). Pada Mac 2015, iaitu sebulan sebelum Saudara Awang Hadi mengusulkan RUU 355 di Parlimen, kerajaan Kelantan sekali lagi telah meminda Enakmen Kelantan dengan sokongan sebulat suara daripada ahli-ahli PAS dan UMNO. Pada 2003, kerajaan negeri Terengganu telah meluluskan Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Hudud Dan Qisas) (Terengganu) 2002 (“Enakmen Hudud Terengganu”).

Kedua-dua enakmen memperuntukkan kesalahan hudud secara jelasnya. Akan tetapi, ia belum lagi boleh dikuatkuasakan kerana hukumannya melampaui batas Akta 355. Oleh itu, ramai pakar berpendapat bahawa RUU 355 bertujuan untuk menaikkan had penghukumanan Mahkamah Syariah sehingga enakmen-enakmen konsisten dengannya.

Jadual #2: Perbandingan Hukuman Mengikut Sistem Undang-Undang Jenayah

Kesalahan Kanun Keseksaan Enakmen Selangor Enakmen Hudud

1

Page 2: · Web viewAkan tetapi, sehingga sekarang, kandungannya masih diselabuti dengan rahsia dan misteri. Akta 355 adalah amat ringkas. Ia menetapkan had maksima kuasa penghukuman Mahkamah

(Sivil) (Bukan Hudud) Kelantan (Hudud)Sariqah(Curi)

Penjara <10 tahun Sebatan

Tiada Potong tangan kanan / kaki kiri

Penjara <15 tahunHirabah

(Rompak) Penjara 30 tahun Sebatan (Hukuman mati

sekiranya berlaku pembunuhan)

Tiada Hukuman mati dan seterusnya menyalib mayat

Potongan tangan kanan dan kaki kiri

Membayar diyat kepada wali

Zina Tiada Penjara <3 tahun Denda RM 5000 Sebatan 6 kali

Direjam sampai mati

Sebatan 100 kali Penjara 1 tahun

Liwat Penjara <20 tahun Sebatan

Penjara <3 tahun Denda RM 5000 Sebatan 6 kali

Direjam sampai mati

Sebatan 100 kali Penjara 1 tahun

Qazaf (Tuduhan Zina

Salah)

Tiada Penjara <3 tahun Denda RM 5000

Sebatan 80 kali

Syurb(Minum arak)

Tiada Penjara <2 tahun Denda RM 3000

Sebatan 40-80 kali

Irtidah / Riddah

Tiada Penjara <2 tahun Denda RM 5000

Penjara mengikut budi bicara hakim (sebelum hukuman dijatuhkan)

Rampasan harta Hukuman mati

2. Penghukuman Yang Lebih Berat Dan Tidak Adil

Desas-desus terbaru menyatakan bahawa RUU 355 hanya akan menaikkan had penghukuman Mahkamah Syariah ke 30 tahun penjara, denda RM100,000 dan sebat 100 kali. Jikapun benar, pindaan sebegitu amat menghairankan. Kebanyakkan kesalahan jenayah syariah yang sedia ada agak ringan, dan hukuman yang dikenakan sudah wajar dan berpatutan. Setakat ini, tiada wakil dari Majlis Agama atau Mahkamah Syariah yang menyuarakan ketidakpuasan terhadap bidang kuasa terhad Mahkamah Syariah dan sokongan terhadap peningkatan kuasa penghukuman. Oleh itu, tiada justifikasi bagi RUU 355 langsung.

Tambahan pula, undang-undang syariah sememangnya tidak serata untuk setiap negeri. Terdapat perkara yang dilarangkan di satu negeri, tetapi bukan untuk negeri lain. Hukuman boleh berbeza untuk kesalahan yang sama. Proses mahkamah juga tidak konsisten. Contohnya, khalwat di Terengganu akan didakwa di Mahkamah Syariah Rendah, maka pesalah diberikan peluang untuk merayu dua kali di Mahkamah Syariah Tinggi dan Mahkamah Syariah Rayuan. Sebalikknya, di Wilayah Persekutuan, khalwat merupakan kesalahan pada tahap Mahkamah Syariah Tinggi, maka pesalah hanya mempunyai satu peluang rayuan sahaja.

2

Page 3: · Web viewAkan tetapi, sehingga sekarang, kandungannya masih diselabuti dengan rahsia dan misteri. Akta 355 adalah amat ringkas. Ia menetapkan had maksima kuasa penghukuman Mahkamah

Peningkatan kuasa penghukuman Mahkamah Syariah akan membuka ruang yang lebih luas untuk Kerajaan Negeri meningkatkan hukuman bagi kesalahan yang sedia ada. Justeru itu, undang-undang syariah setiap negeri akan menjadi lebih berbeza. Ini akan mewujudkan sistem jenayah syariah yang tidak seimbang dan adil antara orang Islam dari negeri ke negeri.

Jadual #3: Contoh Penghukuman Kesalahan Syariah Mengikut Negeri

Kesalahan Sedia Ada Selangor SarawakPemujaan Salah Penjara <2 tahun

Denda RM 3000 Penjara <2 tahun Denda RM 3000

Berdakwah tanpa tauliah Penjara <2 tahun Denda RM 3000

Penjara <3 tahun Denda RM 5000

Khalwat Penjara <2 tahun Denda RM 3000

Penjara <2 tahun Denda RM 3000

Penyalahgunaan tanda halal Penjara <1 tahun Denda RM 2000

Penjara <3 tahun Denda RM 5000

Orang lelaki berlagak seperti perempuan

Penjara <6 bulan Denda RM 1000

Penjara <1 tahun Denda RM 1000

Kegagalan untuk menunaikan sembahyang Jumaat

Penjara <6 bulan Denda RM 1000

Tiada

Pengutipan zakat atau fitrah tanpa kebenaran

Tiada Penjara <2 tahun Denda RM 3000

Kegagalan untuk menghormati adat bulan Ramadhan

Penjara <6 bulan Denda RM 1000

Penjara <6 bulan Denda RM 1000

Perbuatan tidak senonoh di tempat awam

Penjara <6 bulan Denda RM 1000

Penjara <6 bulan Denda RM 1000

Pemusnahan dan pencemaran masjid

Penjara <3 tahun Denda RM 5000 Sebatan 6 kali

Penjara <2 tahun Denda RM 3000

3. Perluasan Kuasa Pengeluaran Fatwa

Selain rang undang-undang yang diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri, undang-undang Syariah boleh juga dibuat melalui pengeluaran fatwa oleh Mufti. Skop fatwa amat luas, iaitu merangkumi “apa-apa persoalan yang belum diselesaikan atau yang menimbulkan pertikaian mengenai atau berhubungan dengan Hukum Syarak”. Sebaik disiarkan dalam Warta Kerajaan, fatwa akan mengikatkan setiap orang Islam yang bermaustatin di negeri tersebut. Perlanggaran fatwa merupakan suatu kesalahan yang mendatangkan hukuman sehingga dua tahun penjara, denda RM3,000 atau kombinasi kedua-dua.

Walaupun kebanyakkan fatwa berkenaan dengan zakat, wakaf, masjid dan perubatan moden, terdapat juga fatwa yang menyentuh perkara-perkara amalan, kepercayaan dan pendapat peribadi. Fatwa-fatwa sebegini amat menyekatkan kebebasan orang Islam.

Jikalau RUU 355 diluluskan, penghukuman perlanggaran fatwa boleh ditingkatkan lagi. Ini pula akan membuka jalan kepada Mufti untuk mengeluarkan fatwa-fatwa yang lebih ketat. Selain itu, perlanggaran fatwa-fatwa yang sedia ada boleh membawa hukuman yang lebih berat. Sekatan atas orang Islam akan berganda lagi.

Jadual #4: Contoh Fatwa-Fatwa Diwartakan di Negeri Selangor

3

Page 4: · Web viewAkan tetapi, sehingga sekarang, kandungannya masih diselabuti dengan rahsia dan misteri. Akta 355 adalah amat ringkas. Ia menetapkan had maksima kuasa penghukuman Mahkamah

Tajuk Tahun KandunganFatwa Tentang Merokok

1995 (1) Merokok adalah haram(2) Oleh yang demikian, adalah haram bagi mana-mana

orang Islam menghisap apa-apa jenis rokok(3) Bagi makseud fatwa ini, “rokok” ialah tembakau

yang digabung dengan kertas atau daun nipah atau selainnya.

Fatwa Tentang Penyertaan Wanita Islam Dalam Pertandingan Ratu Cantik

1995 Adalah haram bagi wanita Islam menyertai apa-apa jenis pertandingan ratu cantik

Kumpulan Black Metal Serta Langkah Menangannya

2007 Amalan dan perbuatan kumpulan Black Metal, Heavy Metal, Proto Metal, Doom Metal, Power Metal, Speed Metal, Thrash Metal, Death Metal dan Progressive Metal adalah sesat dan bercanggah dengan ajaran Islam.

Fatwa Pemikiran Liberalisme Dan Pluralisme Agama

2014 (1) SIS Forum (Malaysia) dan mana-mana individu, pertubuhan atau institusi yang berpegang kepada fahaman liberalisme dan pluralisme agama adalah sesat dan menyeleweng daripada agama Islam.

(2) Mana-mana bahan terbitan yang berunsur pemikiran-pemikiran fahaman liberalisme dan pluralisme agama hendaklah diharamkan dan boleh dirampas.

(3) Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) hendaklah menyekat laman-laman sosial yang bertentangan dengan ajaran Islam dan Hukum Syarak.

4. Pengenalan Proses Prosedur Bicara Jenayah Yang Tidak Adil

Bicara adalah peringkat yang amat penting dalam proses jenayah. Hak kedua-dua mangsa dan pesalah perlu dipeliharakan. Undang-undang keterangan mestilah membolehkan mahkamah menerima dan menimbangkan segala bukti yang relevan.

Akan tetapi, undang-undang keterangan berlandaskan hudud adalah masih primitif, dan tidak sekukuh dan terperinci berbanding dengan undang-undang syariah moden yang bermirip undang-undang sivil. Tambahan pula, undang-undang hudud bersifat tidak adil terhadap mangsa dan penuduh, terutamanya kaum wanita.

Buat masa sekarang di Kelantan dan Terengganu, Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah yang mengikuti sistem sivil masih terpakai. Jikalau RUU 355 diluluskan, Enakmen Hudud yang menrangkumi undang-undang keterangan berunsur hudud akan terpakai. Perubahan sebegini akan menjejaskan hak mangsa-mangsa jenayah untuk menuntut keadilan.

Jadual #5: Perbandingan Undang-undang Keterangan Syariah Berunsur Sivil dan Hudud

Perkara Sivil HududJenis Keterangan yang Boleh

Keterangan Mengikut Keadaan (Qarinah)

Keterangan Lisan Keterangan Pengakuan (Iqrar)

4

Page 5: · Web viewAkan tetapi, sehingga sekarang, kandungannya masih diselabuti dengan rahsia dan misteri. Akta 355 adalah amat ringkas. Ia menetapkan had maksima kuasa penghukuman Mahkamah

Diterima Keterangan Pengakuan (Iqrar) Keterangan mendapat

pengiktirafan Hakim Keterangan Lisan Keterangan Dokumentari

Siapakah yang Boleh menjadi Saksi

Semua orang Muslim Orang bukan Islam mengikut

Hukum Syarak

Lelaki Muslim yang dewasa dan adil

Bilangan Orang yang Boleh menjadi Saksi

Minima 2 orang saksi lelaki ATAU 1 orang saksi lelaki dan 2 orang saksi perempuan

Minima 4 orang saksi lelaki Muslim (zina dan liwat)

Minima 2 orang saksi lelaki Muslim (kesalahan lain)

5. Kekurangan Pegawai Berkelayakan Dalam Jentera Kehakiman Syariah

Kebanyakkan Hakim Mahkamah Syariah hanya mempunyai kelayakan tahap Diploma dalam Pentadbiran Kehakiman Islam (1 tahun). Mereka tidak terlatih tentang prosedur undang-undang jenayah secara mendalam. Bandingkan dengan Hakim Mahkamah Sivil, di mana ijazah Sarjana Undang-Undang (4 tahun) merupakan kewajipan. Perbezaan pengalaman adalah lebih ketara memandangkan Hakim Mahkamah Sivil sering menerima latihan dari Institut Latihan Kehakiman dan Perundangan (ILKAP). Sebaliknya, kemudahan yang sama tidak diberikan kepada Hakim Mahkamah Syariah.

Kekurangan sumber manusia juja merupakan masalah besar di kalangan pegawai undang-undang Syariah. Bilangan Hakim Mahkamah Syariah tidak mencukupi. Terdapat negeri yang terpaksa meminta bantuan Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia untuk menghantar hakim untuk mendengar kes rayuan. Sebilangan negeri melantik hakim daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, yang lain pula melantik daripada Setiausaha Kerajaan Negeri. Struktur kehakiman. Kekurangan hakim pula menyebabkan penangguhan kes sampai bertahun-tahun, malah mendatangkan derita kepada orang Islam biasa, terutamanya kaum wanita dalam kes cerai dan jagaan.

Tahap kemahiran peguam syarie juga kurang memuaskan. Sekarang, Majlis Agama setiap negeri akan menetapkan ujian kemasukan sendiri. Tiada sebarang peraturan tentang kelayakan, tatatertib dan pemecatan diperuntukkan. Sebaliknya, peguam-peguam sivil adalah dikawal ketat oleh Majlis Peguam melalui pelbagai peraturan tatatertib yang merangkumi pekara seperti kelakuan di mahkamah, skala fi perkhidmatan, pengurusan akaun klien, dan prosedur disiplin terhadap ahli yang melanggari peraturan.

Oleh itu, sebelum bidang kuasa Mahkamah Syariah diperluaskan lagi, adalah lebih wajar untuk memperbaiki aspek-aspek pentadbirannya terlebih dahulu. Tanpa sistem pentadbiran yang kukuh, sebarang perluasaan undang-undang Syariah hanya akan meningkatkan bilangan penangguhan kes serta risiko penyalahgunaan kuasa.

Jadual #6: Jumlah Hakim Mahkamah Syariah Di Malaysia

Negei BilanganSelangor 5 (yang dijumpai)

Wilayah Persekutuan 15Sabah Tiada maklumat

5

Page 6: · Web viewAkan tetapi, sehingga sekarang, kandungannya masih diselabuti dengan rahsia dan misteri. Akta 355 adalah amat ringkas. Ia menetapkan had maksima kuasa penghukuman Mahkamah

Sarawak 12Johor 10

Melaka 13Negeri Sembilan 10

Pahang 14Perak 19

Pulau Pinang 10Kedah 13Perlis 5

Kelantan 13Terengganu 13

6. Penyalahgunaan Kuasa Oleh Pegawai Penguatkuasa Agama

Pegawai-pegawai Peguatkuasa Agama bertanggungjawab menyiasat kesalahan-kesalahan syariah. Mereka dilantik daripada kalangan anggota perkhidmatan awam am oleh Majlis Agama negeri, tanpa latihan formal dalam undang-undang jenayah diperlukan. Tiada sebarang peraturan tentang kelayakan, tatatertib dan pemecatan diperuntukkan. Sebaliknya, anggota polis biasa adalah tertakhluk kepada peraturan-peraturan yang agak ketat.

Ini menimbulkan risiko penyalahgunaan kuasa di kalangan pegawai, seperti mana dilihat daripada kes-kes salah tangkap yang sering muncul di akhbar. Antara kes sensasi termasuk serbuan atas Kedai Buku Borders tanpa waran carian (2012) dan penangkapan sepasangan suami isteri untuk ‘khalwat’ walaupun telah menunjukkan sijil nikah mereka (2017).

Pada masa sekarang, amat jelas bahawa pegawai-pegawai Syariah tidak berupaya menjalankan tugas mereka dengan baik. Sebarang perluasan bidang kuasa mereka melalui RUU 355 hanya akan meningkatkan risiko pencabulan hak-hak orang awam.

KISAH BENAR #1: SALAH TANGKAP KHALWAT Pada 8 Januari 2017, suami isteri Mohd Ridhuan Giman dan Siti Sarah Maulad

Abdullah telah menginap di sebuah hotel bajet di Kuala Lumpur Kira-kira 1.30 jam pagi, sepasukan pegawai dari Jabatan Agama Islam Wilayah

Persekutuan (JAWI) telah menyerbu bilik si suami isteri. Mengikut Ridhuan, pasukan JAWI tetap memasuki biliknya secara paksa walaupun

beliau telah menunjukkan sijil nikah melalui telefon bimbit. Seorang pegawai telah mengarahkan Siti memakai baji di depannya, dan seorang lagi pegawai terus menangkap gambar dan merakam video sepanjang kejadian tersebut.

Berikutnya, pasangan suami isteri telah memfailkan saman terhadap JAWI di makhamah atas penangkapan dan penahanan salah, dan pencerobohan diri serta privasi.

7. Penyalahgunaan Sumber Kerajaan Persekutuan

Ahli-ahli politik dan juga ulama-ulama yang menyokong RUU 355 langsung tidak menitik beratkan keupayaan Kerajaan Negeri untuk menguatkuasakan undang-undang jenayah syariah. Pada masa sekarang, kekurangan sumber buruh adalah masalah yang amat ketara. Contohnya, mengikut statistic, nisbah antara pegawai penguatkuasa syariah dan rakyat di negeri Selangor adalah 1:28,400.

6

Page 7: · Web viewAkan tetapi, sehingga sekarang, kandungannya masih diselabuti dengan rahsia dan misteri. Akta 355 adalah amat ringkas. Ia menetapkan had maksima kuasa penghukuman Mahkamah

Maka, secara praktiknya, penangkapan dan penahanan suspek kesalahan jenayah syariah sering melibatkan anggota polis dan penggunaan balai polis dan penjara. Pertamanya, samada penglibatan mereka boleh dianggap sah dan munasabah boleh dipersoalkan. Keduanya, penglibatan mereka menunjukkan bahawa mereka juga tidak pasti bidang kuasa mereka berkenaan dengan kesalahan jenayah syariah. Ketiganya, adalah lebih wajar jika mereka tertumpu terhadap tugas utama mereka, iaitu pembanterasan jenayah awam yang serius.

Jadual #6: Bilangan Pegawai Penguatkuasa Agama di Selangor Pada Tahun 2015

Daerah Populasi Orang Muslim Bilangan PegawaiHQ/ Shah Alam/ Petaling 830,125 30Klang 369,059 9Sepang 124,449 8Kuala Langat 132,053 8Hulu Langat 565,618 9Gombak 382,774 8Hulu Selangor 127,783 8Kuala Selangor 146, 113 8Sabak Bernam 76,852 9JUMLAH 2,754,826 97NISBAH 28,400 1

8. Sistem Jenayah Menjadi Makin Kompleks, Kelam-Kabut Dan Tidak Konsisten

Malaysia merupakan sebuah federalisme yang terdiri daripada 14 negeri. Kuasa pemerintahan dibahagikan antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri. Hal ehwal agama Islam adalah tertakhluk di bawah kerajaan negeri (kecuali Wilayah Persekutuan). Undang-undang jenayah, sebaliknya, tertakhluk di bawah kerajaan Persekutuan.

Mengikut Perlembagaan, kewujudan dan penghukuman kesalahan syariah terhad kepada perkara di luar Senarai Persekutuan, dan mestilah diperuntukkan oleh undang-undang perseketuan terlebih dahulu. Selain itu, Perlembagaan juga mempruntukkan bahawa Kerajaan Persekutuan tidak boleh menggubal undang-undang yang menyentuh perkara di bawah Senarai Negeri kecuali dengan persetujuan Kerajaan Negeri. Kedua-dua syarat bertujuan mengelakkan pertindihan bidang kuasa antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri.

RUU 355, jikalau diluluskan, akan melanggari dua syarat tersebut. Pertamanya, ia akan memberikan kuasa luas kepada Kerajaan Negeri untuk menggubal undang-undang jenayah. Keduanya, ia merupakan suatu percubaan oleh Kerajaan Persekutuan untuk menggubal undang-undang jenayah bagi pihak Kerajaan Negeri tanpa persetujuannya.

Dari segi praktikal pula, RUU 355 akan mewujudkan suatu system jenayah yang lebih kompleks, kelam-kabut dan tidak konsisten. Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri akan berebut-rebut menggubal undang-undang berkenaan dengan kesalahan yang sama, maka jumlah kesalahan jenayah akan berganda. Keadaan sebegini akan menjejaskan hak-hak asasi orang Islam di seluruh Malaysia.

KISAH BENAR #3: KES SULAIMAN BIN TAKRIB Pada Julai 2005, Encik Sulaiman telah ditangkap dan didakwa kerana mematuhi ajaran

7

Page 8: · Web viewAkan tetapi, sehingga sekarang, kandungannya masih diselabuti dengan rahsia dan misteri. Akta 355 adalah amat ringkas. Ia menetapkan had maksima kuasa penghukuman Mahkamah

Ayah Pin yang dilarangkan oleh fatwa di Terengganu. Encik Sulaiman menentang kesahan tangkapannya di mahkamah. Isu yang terbangkit

adalah skop “kesalahan terhadap perintah agama Islam” yang boleh diwujudkan oleh Kerajaan Negeri serta dihukumkan oleh Mahkamah Syariah negeri tersebut.

Mahkamah Persekutuan telah memutuskan, antara lain, bahawa jenis kesalahan tersebut mestilah terhad kepada perkara yang tidak terkandung dalam Senarai Persekutuan dan bukannya undang-undang jenayah.

9. Undang-Undang Syariah Akan Mengikat Orang Islam Luar Negeri

Bidang kuasa Mahkamah Syariah hanya terhad dalam negerinya. Apabila Mahkamah Syariah mengeluarkan saman atau waran terhadap seseorang Muslim, Mahkamah Syariah negeri lain tidak boleh menguatkuatkuasakannya. Fatwa juga hanya mengikatkan orang Muslim yang bermaustatin di negeri tersebut.

Namun demikian, terdapat Pegawai Peguatkuasa Agama yang berani menangkap dan menahan orang Muslim dari luar negeri, seperti dalam kes Kassim. Setelah Mahkamah Tinggi memutuskan penangkapan dan penahanan sebagai tidak sah, kerajaan Wilayah Persekutuan telah menggubal rang undang-undang untuk membenarkan penguatkuasaan perintah Mahkamah Syariah dari negeri lain. Kemungkinan besar negeri-negeri lain akan turut sera.

Jikalau pindaan diluluskan, orang Muslim bukan sahaja tertakhluk kepada undang-undang syariah negeri asalnya, tetapi juga undang-undang setiap negeri yang beliau lawati. Setelah kembali ke negeri asalnya, Mahkamah Syariah boleh mengeluarkan saman untuk menangkap dan memindahkan beliau ke negeri lain tersebut untuk didakwa dan ditahan di situ.

Perkembangan sebegini, bergabung dengan RUU 355, akan memperluaskan bidang kuasa undang-undang jenayah Islam ke serata Malaysia.

KISAH BENAR #3: KES KASSIM @ OSMAN BIN AHMAD Encik Kassim seorang Muslim yang bermaustatin di Kedah. Pada 25 Mac 2014, Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan mengeluarkan waran

tangkap terhadap Encik Kassim, yang turut disahkan oleh Mahkamah Syariah Kedah. Pagi keesokannya, pegawai peguatkuasa dari JAWI bersama polis menangkap Encik

Kassim di rumahnya, dan menahannya di balai polis Kulim. Beberapa jam kemudiannya, beliau dibawa ke lapangan terbang untuk berlepas ke Kuala Lumpur.

Beliau seterusnya ditahan dan disoalsiasat di pejabat JAWI di Kuala Lumpur, dan dibawa hadapan Mahkamah Syariah.

Mahkamah Rayuan telah memutuskan bahawa penangkapan, penahanan dan pemindahan beliau oleh JAWI tidak sah kerana, antara lain, waran tangkap JAWI adalah defektif dan beliau tidak melakukan apa-apa kesalahan memandangkan fatwa Wilayah Persekutuan tidak mengikat orang Muslim dari luar negeri.

10. Perluasan Penguatkuasaan Undang-Undang Syariah Ke Atas Orang Bukan Muslim

Walaupun Enakmen Hudud di Kelantan dan Terengganu hanya mengikat orang Islam sekarang, ahli-ahli PAS telah menyuarakan harapan agar ia akan mengikat orang bukan Islam pada masa depan. Sentimen yang sama tertimbul di kalangan ahli Parlimen semasa bacaan pindaan Akta 355 pertama di Dewan Rakyat pada 1984.

8

Page 9: · Web viewAkan tetapi, sehingga sekarang, kandungannya masih diselabuti dengan rahsia dan misteri. Akta 355 adalah amat ringkas. Ia menetapkan had maksima kuasa penghukuman Mahkamah

Kebelakangan ini, terdapat pelbagai kes di mana pihak berkuasa telah cuba menguatkuasakan fatwa terhadap orang bukan Islam. Contohnya, fatwa yang dikeluarkan terhadap SIS yang merupakan sebuah syarikat (lihat Jadual di atas). Dalam kes Kedai Buku Borders (lihat di bawah), pegawai penguatkuasa agama membawa tuan kedai bukan Islam di bawah Mahkamah Syariah.

Di Indonesia, Aceh mempunyai autonomi untuk menggubal undang-undang jenayah syariah. Sejak tahun lepas, beberapa orang bukan Islam (termasuk remaja dan perempuan) telah disebat di tempat awam kerana melanggari hukum syarak (seperti khalwat dan minum arak).

Pada 2014, Sultan Brunei membentangkan rancangannya untuk memperkenalkan undang-undang jenayah syariah ke atas orang Islam dan bukan Islam melalui tiga peringkat mengikut hukuman, iaitu (i) denda dan penjara; (ii) potong tangan dan kaki; dan (iii) rejam.

Maka, tertimbul kebimbangan serius bahawa RUU 355 hanya merupakan titik permulaan rancangan kerajaan untuk memperkenalkan undang-undang hudud di seluruh Malaysia pada masa depan kelak.

KISAH BENAR #4: KES KEDAI BUKU BORDERS Pada 23 Mei 2012, pegawai peguatkuasa dari JAWI telah menyerbu Kedai Buku

Borders di Midvalley Megamall, Kuala Lumpur tanpa sebarang waran. Mereka telah merampas beberapa buku berkenaan dengan agama Islam, walaupun

penerbitan dan jualan buku-buku tersebut tidak dilarang oleh sebarang fatwa, perintah atau pekeliling.

Mereka juga telah memeriksa dua pengurus di kedai tersebut dan memerintahnya hadir di pejabat JAWI untuk siasatan lanjut. Salah satu pengurus adalah bukan Islam.

Mahkamah Rayuan telah memutuskan bahawa tindakan penguatkuasaan terhadap Kedai Buku Borders dan pengurus bukan Islam tidak sah kerana mereka tidak tertakhluk kepada undang-undang jenayah syariah.

Kesimpulan

Berdasarkan hujahan di atas, kelulusan RUU 355 akan hanya mendatangkan lebih akibat buruk, tanpa sebarang kesan positif.

Secara ringkasnya, RUU 355 perlu dibantah kerana:(a) Menjejaskan keseimbangan dan keadilan sistem jenayah yang sedia ada(b) Meningkatkan risiko penyalahgunaan kuasa di kalangan pegawai pentadbiran

undang-undang syariah yang kurang berkelayakan dan terlatih(c) Melanggari prinsip-prinsip Perlembagaan, khususnya pembahagian kuasa antara

Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri(d) Membuka jalan kepada penguatkuasaan undang-undang jenayah syariah ke atas

orang bukan Islam pada masa depan kelak(e) Merupakan taktik politik oleh pihak PAS dan UMNO semata-matanya

Sebaliknya, demi memperkukuhkan system undang-undang Syariah di Malaysia, langkah-langkah yang lebih praktikal patut diambil, misalnya:

9

Page 10: · Web viewAkan tetapi, sehingga sekarang, kandungannya masih diselabuti dengan rahsia dan misteri. Akta 355 adalah amat ringkas. Ia menetapkan had maksima kuasa penghukuman Mahkamah

(a) Mengukuhkan pentadbiran sistem perundangan Syariah (misalnya menambahkan bilangan hakim, peguam syarie dan penguatkuasa agama, serta mengetatkan proses perlantikan dan latihan mereka)

(b) Mengemaskinikan enakmen-enakmen Syariah negeri agar seimbang dan konsisten seluruh Malaysia

(c) Menyalurkan maklumat tentang perundangan Syariah kepada orang awam

10