penakehidupan.weebly.compenakehidupan.weebly.com/.../sejarah_kebudayaan_melayu.docx · Web...

28
KANDUNGAN 1.0 Pendahuluan 1 2.0 Objektif Kajian 3 3.0 Metodologi Kajian 3 4.0 Tentatif Program Semarak Minoriti Semai 4 5.0 Analisis Data Istilah Fauna dan Hubungannya dengan Masyarakat Semai 6 6.0 Kesimpulan 15 7.0 Lampiran 17

Transcript of penakehidupan.weebly.compenakehidupan.weebly.com/.../sejarah_kebudayaan_melayu.docx · Web...

Page 1: penakehidupan.weebly.compenakehidupan.weebly.com/.../sejarah_kebudayaan_melayu.docx · Web viewAntaranya serangga, hidupan liar, binatang peliharaan, dan hidupan laut. Kaum Semai

KANDUNGAN

1.0 Pendahuluan 1

2.0 Objektif Kajian 3

3.0 Metodologi Kajian 3

4.0 Tentatif Program Semarak Minoriti Semai 4

5.0 Analisis Data Istilah Fauna dan Hubungannya dengan Masyarakat Semai 6

6.0 Kesimpulan 15

7.0 Lampiran 17

Page 2: penakehidupan.weebly.compenakehidupan.weebly.com/.../sejarah_kebudayaan_melayu.docx · Web viewAntaranya serangga, hidupan liar, binatang peliharaan, dan hidupan laut. Kaum Semai

1.0 Pendahuluan

Masyarakat Orang Asli merupakan antara masyarakat yang menjadi penghuni negara

Malaysia. Masyarakat Orang Asli sememangnya kaya dengan budaya serta adat resamnya yang

tersendiri. Hal ini kerana Orang Asli hidup dan mempunyai hubungan yang rapat dengan alam

semulajadi. Walaupun masa ini, dapat dilihat bahawa mereka juga menikmati serta menelusuri

cara hidup yang moden, tetapi mereka masih lagi menjalankan aktiviti-aktiviti yang berkaitan

dengan alam seperti berburu dan memungut hasil hutan selain penempatan mereka yang masih

dibina di kawasan desa yang dikelilingi dengan hutan, sungai dan alam semulajadi.

Berdasarkan bancian, terdapat kira-kira 140, 000 Orang Asli Di Malaysia dan

kebanyakan daripadanya bertumpu di Semenanjung Malaysia. Orang Asli juga terbahagi kepada

beberapa suku kaum yang berbeza-beza. Orang Asli dikatakan terbahagi kepada tiga kumpulan

yang terbesar iaitu Negrito, Senoi dan Melayu Asli. Suku Negrito terdiri daripada enam

kumpulan etnik iaitu Kensiu, Kintak, Lanoh, Jahai, Mendriq dan Bateq. Suku Senoi juga

terbahagi kepada enam kumpulan etnik iaitu Che Wong, Mah Meri, Jahut, Semoq Beri, Semai

dan Temiar. Manakala, suku Melayu Asli pula dipecahkan kepada tujuh suku kecil yang terdiri

daripada Orang Kuala, Orang Kanaq, Orang Seletar, Jakun, Semelai dan Temuan.

Kepelbagaian suku kaum ini memperlihatkan wujudnya banyak perbezaan dari segi cara

hidup dan pertuturan bahasa yang mereka gunakan. Setiap suku kaum ini mempunyai

kebudayaan serta adat resam yang berbeza dan memiliki keunikan yang tersendiri. Masyarakat

1

Page 3: penakehidupan.weebly.compenakehidupan.weebly.com/.../sejarah_kebudayaan_melayu.docx · Web viewAntaranya serangga, hidupan liar, binatang peliharaan, dan hidupan laut. Kaum Semai

orang asli juga masih mempercayai wujudnya makhluk-makhluk ghaib. Situasi ini juga berlaku

dalam kalangan masyarakat Orang Ali daripada suku kaum Semai.

Masyarakat Semai merupakan suku kaum Orang Asli yang terbesar jumlahnya dengan

anggaran seramai 42, 000 orang. Mereka hidup bermasyarakat dan setiap kampung akan diketuai

oleh ‘Tok Batin’. Kehidupan kaum Semai pada waktu dahulu dipercayai sama seperti Orang Asli

yang lain di negara ini iaitu mereka hidup secara nomad. Mereka hidup berpindah-randah dari

satu tempat ke satu tempat di dalam hutan kerana mencari tempat baru untuk berladang atau atas

sebab-sebab lain seperti kematian, binatang buas dan diganggu oleh orang luar. Suku Semai ini

juga dipercayai sisa daripada penduduk Kuno atau penduduk asal yang tersebar luas di Asia

Tenggara. Suku kaum Semai ini menetap dan boleh ditemui di Tanjung Malim, Slim River,

Tapah, Parit, Bota hingga ke Kuala Kangsar.

Keunikan masyarakat Asli kaum Semai ini menjadi pendorong kepada pengumpulan data

tentang masyarakat Semai. Laporan yang ditulis adalah berkaitan dengan istilah fauna dan

hubungannnya dengan masyarakat Semai. Laporan yang dikemukan ini akan melibatkan data

yang berkaitan Fauna yang terdapat dalam masyarakat Semai. Menerusi laporan ini, maklumat

tentang hidupan fauna akan lebih difahami oleh pembaca kerana hidupan fauna dalam

masyarakat Semai mempunyai keunikannya yang tersendiri.

2

Page 4: penakehidupan.weebly.compenakehidupan.weebly.com/.../sejarah_kebudayaan_melayu.docx · Web viewAntaranya serangga, hidupan liar, binatang peliharaan, dan hidupan laut. Kaum Semai

2.0 Objektif Kajian

Laporan ini dikemukan adalah bertujuan untuk menghuraikan istilah fauna dan hubungannya

dengan masyarakat Semai. Laporan ini menggariskan beberapa objektif seperti yang berikut:

I. Mengkaji istilah-istilah fauna yang digunakan oleh masyarakat Semai Kampung Batu 7, Tapah perak.

II. Memperoleh pengetahuan tentang hubungan atau kegunaan fauna dalam masyarakat Semai

3.0 Metodologi Kajian

Kaedah kajian yang dijalankan dalam kertas kerja ini melibatkan kaedah lapangan.

Pengumpulan data ini diperoleh menerusi lawatan ke perkampungan Orang Asli di kawasan Batu

Tujuh dan Batu Empat Belas, Tapah, Perak. Kaedah kajian ini melibatkan responden yang terdiri

daripada suku kaum asli Semai yang membantu dalam pemberian data. Orang asli yang terlibat

terdiri daripada pelajar sekolah rendah dan orang dewasa. Data yang diperoleh akan dicatat untuk

dianalisis dalam bentuk kertas kerja bagi memudahkan pembaca memahami kajian yang

dijalankan.

Skop kajian terbatas kepada penduduk orang asli di kampung batu tujuh dan kampung

batu empat belas. Suku kaum asli yang terlibat hanya terdiri daripada suku kaum orang Semai.

Bahan kajian yang dipilih hanya terlingkup kepada kajian berkaitan istilah fauna dan

hubungannya dengan masyarakat Semai. Responden yang dipilih hanya melibatkan tiga orang

3

Page 5: penakehidupan.weebly.compenakehidupan.weebly.com/.../sejarah_kebudayaan_melayu.docx · Web viewAntaranya serangga, hidupan liar, binatang peliharaan, dan hidupan laut. Kaum Semai

pelajar sekolah rendah dan seorang orang dewasa. Data yang diperoleh adalah dalam bahasa

Semai untuk dibandingkan dengan istilah dalam bahasa Melayu selain melihat fungsi fauna

dalam hubungannya dengan masyarakat Semai.

3.0 Tentatif Program Semarak Minoriti Semai (23-24 Mac 2013)

23 Mac 2013 (Sabtu)

08.30 pagi - Bertolak dari UPM

10.00 pagi - Berehat di Perhentian Sungai Buloh

12.00 tengah hari - Tiba di SK Batu 7, Jalan Pahang, Tapah Perak

12.30 tengah hari - Makan tengah hari dan solat jamak Zuhur dan Asar

02.30 petang - Taklimat I: Pensyarah bersama ibu bapa masyarakat Semai,

Taklimat II: Wakil pelajar bersama pelajar tahun 5

masyarakat Semai

Taklimat III: Pelajar UPM bersama bekas guru masyarkat

Semai dan Penolong Pengarah Kurikulum Orang Asli

Kementerian Pendidikan Malaysia

03.30 petang - Kajian bahasa dan budaya Semai (pelajar bersama

masyarakat Semai)

05.30 petang - Minum petang

4

Page 6: penakehidupan.weebly.compenakehidupan.weebly.com/.../sejarah_kebudayaan_melayu.docx · Web viewAntaranya serangga, hidupan liar, binatang peliharaan, dan hidupan laut. Kaum Semai

06.00 petang - Persembahan Sewang oleh masyarakat Semai bersama

pelajar UPM

06.45 petang - Bertolak ke Tapak Rekreasi Kuala Woh, Batu 7,

Tapah dan mendirikan khemah

07.30 malam - Solat jamak Maghrib dan Isyak

08.30 malam - Makan malam

09.30 malam - Aktiviti santai

11.30 malam - Bermalam di Tapak Perkhemahan Kuala Woh, Tapah,

Perak

24 Mac 2013 (Ahad)

06.00 pagi - Solat Subuh dan membersihkan diri

08.00 pagi - Sarapan pagi

10.00 pagi - Bertolak ke Kampung Batu 14, Tapah, Perak

Menyusuri denai

Diperkenalkan dengan pelbagai jenis buah-buahan,

binatang dan herba

Menyusuri sungai

01.00 tengah hari - Bertolak ke Tanah Rata

02.30 petang - Tiba di Mardi, Cameron Highlands

03.00 petang - Solat jamak Zuhur dan Asar / Makan tengah hari

04.00 petang - Bertolak balik ke UPM

11.00 malam - Tiba di UPM

5

Page 7: penakehidupan.weebly.compenakehidupan.weebly.com/.../sejarah_kebudayaan_melayu.docx · Web viewAntaranya serangga, hidupan liar, binatang peliharaan, dan hidupan laut. Kaum Semai

5.0 Analisis Data Istilah Fauna dan Hubungannya dengan Masyarakat Semai

Hidupan fauna yang terdapat di Malaysia adalah pelbagai dan boleh dikelompokkan

kepada beberapa jenis. Antaranya serangga, hidupan liar, binatang peliharaan, dan hidupan laut.

Kaum Semai juga tidak terlepas hubungannya dengan kehidupan fauna. Kedudukan geografi

penduduk kaum Semai yang tinggal di kawasan pedalaman berkaitan dengan hutan dan bukit

menyebabkan penduduk asli mempunyai hubungan yang erat dengan binatang.

Istilah yang dituturkan oleh masyarakat Semai berkaitan dengan hidupan fauna

mempunyai banyak perbezaan dengan istilah dalam bahasa Melayu. Hal ini menunjukkan

bahawa bahasa masyarakat Semai berbeza dengan bahasa Melayu sehingga menyebabkan

kewujudan istilah yang tersendiri. Istilah fauna yang diperoleh adalah berkaitan dengan binatang

liar, serangga dan binatang peliharaan.

5.1 Istilah Fauna dalam Masyarakat Semai

Istilah dalam Bahasa Melayu Istilah dalam Bahasa Semai

Harimau Bagor

Ayam Hutan Denak

Ikan Kak

Belut Jalir

Siput Babi Kaluk Tok

6

Page 8: penakehidupan.weebly.compenakehidupan.weebly.com/.../sejarah_kebudayaan_melayu.docx · Web viewAntaranya serangga, hidupan liar, binatang peliharaan, dan hidupan laut. Kaum Semai

Siput Kaluk

Kerang Kree

Kucing Kucik

Tikus Prok

Nyamuk Sebet

Semut Las

Anjing Chok

Kera Dog

Babi Menghar

Ayam Pok

Belalang Merah Semer

Beruang Koala Kokang

Burung Cep

Rama-Rama Kerba

Tebuan / Lebah Signan

Lembu Lembu

Kerbau Kerbau

Biawak Grit

Kelawar Kelawar

Lipas Gasur

Lipan Kem

Buaya Buayak

Katak Katak

Itik Itik

7

Page 9: penakehidupan.weebly.compenakehidupan.weebly.com/.../sejarah_kebudayaan_melayu.docx · Web viewAntaranya serangga, hidupan liar, binatang peliharaan, dan hidupan laut. Kaum Semai

Tenggiling Jol

Beruang Beruak

5.2 Hubungan Fauna dalam Masyarakat Semai

Masyarakat Orang Asli Semai mempunyai hubungannya yang tersendiri dengan fauna.

Binatang memainkan peranan penting dalam budaya masyarakat kaum Semai. Binatang bukan

sahaja dipelihara malahan digunakan sebagai penjaga keselamatan kepada kaum asli. Selain itu,

mereka juga menjadikan binatang sebagai santapan makanan, binatang untuk dipuja dan juga

binatang yang dijadikan sebagai ubatan tradisional dalam konsep perubatan kampung masyarakat

Semai.

5.2.1 Fauna sebagai Makanan Orang Asli Semai

Dalam masyarakat Semai, terdapat haiwan yang dijadikan sebagai makanan tidak kira

sama ada dijadikan makanan harian ataupun makanan untuk mengubati sesuatu penyakit.

Kebanyakan haiwan yang dijadikan makanan adalah binatang-binatang yang berasal dari hutan

seperti ular, kera, babi, landak, tupai dan tenggiling. Masyarakat asli percaya bahawa haiwan

yang dimakan hanya boleh dimasak secara rebus sahaja. Selalunya makanan yang dimasak

secara rebus akan dihidangkan sekali bersama ubi kayu rebus. Mereka tidak dibenarkan untuk

8

Page 10: penakehidupan.weebly.compenakehidupan.weebly.com/.../sejarah_kebudayaan_melayu.docx · Web viewAntaranya serangga, hidupan liar, binatang peliharaan, dan hidupan laut. Kaum Semai

memasak kari, menggoreng, atau masakan yang mengandungi rempah kerana perkara tersebut

menjadi budaya nenek moyang mereka.

Masyarakat Semai masih memakan haiwan seperti ayam, itik, dan kambing sama seperti

makanan masyarakat lain di Malaysia. Namun, yang berbeza mengenai masyarakat ini adalah

mereka turut menjadikan haiwan-haiwan hutan sebagai santapan hidangan bagi keluarga mereka.

Ular sawa merupakan hidupan Fauna yang mempunyai hubungan yang tersendiri dengan kaum

asli Semai. Ular sawa dijadikan makanan santapan sesetengah kaum asli. Namun, hanya kaum

lelaki yang dibenarkan untuk memakan ular kerana mempercayai bahawa ular mempunyai

khasiat yang baik untuk melancarkan peredaran darah dan kesihatan dalaman. Ular yang dimasak

akan dibuang sisik dan bisa terlebih dahulu sebelum direbus untuk dijadikan santapan.

Berdasarkan data yang diperoleh menerusi kajian itu, binatang lain yang menjadi

makanan harian kaum asli Semai adalah kera. Cara penyedian kera adalah membuang bulu kera

dengan mencarik, kemudiannya anggota kaki dan tangan kera dibuang dan barulah kera tersebut

dimasak dan dimakan. Hidupan kera merupakan antara hidupan liar yang sering menyerang

tanaman masyarakat kampung. Jadi, kera tersebut akan disumpit sehingga mati dan hanya seekor

atau dua ekor kera sahaja yang dibawa pulang untuk dijadikan santapan orang asli.

5.2.2 Fauna sebagai Ternakan

9

Page 11: penakehidupan.weebly.compenakehidupan.weebly.com/.../sejarah_kebudayaan_melayu.docx · Web viewAntaranya serangga, hidupan liar, binatang peliharaan, dan hidupan laut. Kaum Semai

Seperti masyarakat bangsa lain di Malaysia, kaum asli Semai juga turut terlibat dalam

aktiviti penternakan dengan memelihara binatang untuk dijadikan makanan atau jualan. Binatang

yang diternak dalam masyarakat ini adalah seperti babi, kambing, ayam, itik, dan ikan. Kaum

Asli Semai turut terlibat dalam penternakan ikan seperti ikan Talapia untuk dijual kepada peraih

atau orang kampung dalam usaha menambah pendapatan mereka. Kajian yang dijalankan

menerusi maklumat yang diperoleh daripada responden mendapati bahawa masyarakat ini tidak

menternak binatang seperti lembu dan kerbau.

Selain menternak binatang untuk dijadikan makanan. Masyarakat ini turut membela

binatang yang unik seperti tupai yang mempunyai sayap. Tupai tersebut mirip kepada kelawar

dan bersaiz agak kecil. Binatang ini sangat jarang ditemui dan hanya diperoleh ketika berada di

dalam hutan. Mereka juga turut membela tupai yang bersaiz besar dan mirip seperti kucing.

Tupai jenis ini tinggal dan tidur di bawah tanah.

5.2.3 Kepercayaan dan Pantang Larang Hidupan Fauna

Dalam membicarakan tentang kepercayaan dan pantang larang yang diamalkan oleh

masyarakat orang asli terhadap hidupan fauna, terdapat banyak pantang yang perlu dipatuhi oleh

mereka supaya hidup mereka sentiasa selamat. Masyarakat asli percaya bahawa wanita yang

mengandung tidak boleh memakan kera sepenjang tempoh kehamilan kerana khuatir anak yang

dilahirkan akan terkena penyakit sawan atau berperangai seperti kera. Wanita juga tidak

10

Page 12: penakehidupan.weebly.compenakehidupan.weebly.com/.../sejarah_kebudayaan_melayu.docx · Web viewAntaranya serangga, hidupan liar, binatang peliharaan, dan hidupan laut. Kaum Semai

dibenarkan untuk menjejakkan kaki ke hutan ketika mengandung kerana percaya bahawa

binatang seperti kancil atau harimau akan mengorek perut wanita tersebut. Hal ini menjadi satu

kepercayaan masyarakat asli sejak turun-temurun lagi. Wanita yang dalam pantang pula tidak

dibenarkan untuk memakan daging atau benda-benda berdarah kerana dikatakan akan

membahayakan diri mereka.

Masyarakat Semai tidak berani untuk mengusik harimau kerana mereka percaya harimau

akan mengganggu mereka kembali. Binatang juga mempunyai hubungan dengan kaum asli

menerusi kepercayaan mereka tentang gangguan makhluk halus. Responden menyatakan cara

untuk menghindarkan gangguan makhluk halus adalah dengan menggantungkan tulang dagu

ataupun gigi babi di dalam rumah. Mereka percaya tulang dan gigi babi mampu mengusir kuasa

jahat makhluk halus yang ingin memasuki rumah mereka.

Kepercayaan masyarakat ini ada kalanya hampir sama dengan kepercayaan masyarakat

Melayu seperti kepercayaan tentang rama-rama yang masuk ke dalam rumah menandakan

bahawa aka nada tetamu yang akan berkunjung ke rumah tersebut.

5.2.4 Tanda dan Alamat

11

Page 13: penakehidupan.weebly.compenakehidupan.weebly.com/.../sejarah_kebudayaan_melayu.docx · Web viewAntaranya serangga, hidupan liar, binatang peliharaan, dan hidupan laut. Kaum Semai

Kajian yang dijalankan mendapati hidupan fauna banyak dikaitkan dengan sesuatu tanda

atau alamat yang bakal berlaku dalam ahli keluarga atau dalam masyarakat sekitar. Masyarakat

Semai percaya bahawa tanda kematian dikaitkan dengan bunyi belalalang merah. Bunyi yang

dihasilkan oleh belalang menandakan bahawa akan terdapatnya kematian dalam kampung. Tanda

kematian juga dapat dilihat menerusi sejenis binatang yang diberi nama kokang yang akan keluar

sendiri daripada sangkar dan menuju ke rumah yang dilanda kematian, kemudiannya balik

semula ke dalam sangkar.

Selain itu, binatang juga memberi alamat apabila kampung akan dilanda hujan. Binatang

seperti katak yang berwarna coklat yang berbunyi akan menandakan hujan akan melanda

kampung tersebut. Data yang dikaji juga mendapati bahawa orang asli Semai percaya bahawa

fungsi sumpit yang mempunyai semangat apabila sumpit mampu berbunyi sendiri untuk

menandakan kedatangan harimau.

Binatang sangat mempunyai semangatnya yang tersendiri kerana masyarakat orang asli

tidak boleh mengata atau mentertawakan semua jenis binatang kerana mereka akan mendapat

kebinasaan seperti terkenan kepada diri dan keluarga mereka selain menghadapi bencana seperti

ribut.

5.2.5 Keselamatan

12

Page 14: penakehidupan.weebly.compenakehidupan.weebly.com/.../sejarah_kebudayaan_melayu.docx · Web viewAntaranya serangga, hidupan liar, binatang peliharaan, dan hidupan laut. Kaum Semai

Untuk menjaga keselamatan, masyarakat Semai membela anjing untuk menjaga rumah

dan keselamatan kepada keluarga. Anjing yang dipelihara ternyata membantu orang kampung

untuk daripada ancaman binatang buas dan juga penjenayah. Rata-rata masyarakat Asli Semai

membela anjing untuk menjaga rumah dan juga tanaman mereka.

5.2.6 Kegunaan Fauna

Mengikut responden iaitu Kak Lini, bahagian badan dan organ tupai dijadikan makanan

seharian dan perubatan manakala ekor tupai pula dijadikan sebagai hiasan rumah. Ekor tupai

sesuai untuk mencantikkan ruang rumah mereka dan digantung di sudut atas rumah sebagai

hiasan. Selain itu, kulit ular dijadikan sebagai penutup sumpit. Hal ini demikian kerana kulit ular

mempunyai pelbagai corak dan ini dapat mencantikkan lagi bahagian tertentu sumpit yang

digunakan untuk memburu binatang. Di samping itu, lebah pula lebih tertumpu kepada

penggunaan untuk aspek kesihatan. Mereka meyakini bahawa madu yang dihasilkan oleh lebah

mampu menjadi penawar kepada segala penyakit selain digunakan untuk makanan dan minuman.

Madu lebah juga merupakan antara sumber pendapatan sampingan masyarakat Semai kerana

madu lebah mendapat sambutan yang agak menggalakkan daripada pembeli tempatan.

5.2.7 Perubatan

13

Page 15: penakehidupan.weebly.compenakehidupan.weebly.com/.../sejarah_kebudayaan_melayu.docx · Web viewAntaranya serangga, hidupan liar, binatang peliharaan, dan hidupan laut. Kaum Semai

Dalam bidang perubatan masyarakat Semai, mereka turut menggunakan hidupan fauna

sebagai langkah untuk mengubati penyakit. Masyarakat Semai mempercayai bahawa air liur

katak boleh digunakan untuk mengubati penyakit-penyakit misteri yang tidak dapat dikesan oleh

perubatan moden. Selain menggunakan air liur katak, katak juga dimasak untuk dijadikan ubat.

Katak-katak ini ditangkap sendiri oleh mereka di dalam hutan.

Bukan itu sahaja, tupai turut digunakan sebagai ubat-ubatan oleh masyarakat Semai.

Mereka menggunakan organ dalaman tupai seperti jantung tupai untuk mengawal dan mengubati

penyakit darah tinggi dan kencing manis. Amalan ini dipercayai secara turun-temurun oleh

nenek moyang mereka dan diperturunkan dari satu generasi ke generasi yang lain. Bagi wanita

yang masih berpantang, mereka akan memakan ikan sungai seperti haruan untuk menyembuhkan

luka bersalin.

6.0 Kesimpulan

14

Page 16: penakehidupan.weebly.compenakehidupan.weebly.com/.../sejarah_kebudayaan_melayu.docx · Web viewAntaranya serangga, hidupan liar, binatang peliharaan, dan hidupan laut. Kaum Semai

Berdasarkan data-data pengumpulan yang diperoleh daripada lawatan ke Perkampungan

Orang Asli yang tertumpu di Sekolah Kebangsaan Batu 7 dan Kampung Batu 14 di Tapah Perak,

dapat dirumuskan bahawa masyarakat Semai pada masa kini telah terdedah dengan arus

kemodenan dan kemajuan teknologi maklumat. Mereka lebih berfikiran terbuka untuk menerima

pembaharuan yang dilakukan oleh badan-badan kerajaan.

Arus pemodenan yang difokuskan oleh kerajaan terhadap masyarakat Semai adalah

dalam bidang pendidikan dan kebudayaan. Di Sekolah Kebangsaan Batu 7, ada ditawarkan

subjek bahasa Semai untuk memperkukuh identiti bahasa dalam masyarakat Semai. Ini berikutan

masyarakat Semai merupakan antara suku kaum yang terbesar dalam kelompok orang asli di

Malaysia. Keadaan ini memberi satu inisiatif kepada masyarakat Semai untuk memperkenalkan

bahasa mereka ke peringkat yang lebih tinggi seiring dengan bahasa-bahasa utama dunia. Oleh

itu, secara tidak langsung akan meninggalkan kesan terhadap taraf pendidikan masyarakat

Semai.

Dalam proses meningkatkan mutu pendidikan masyarakat Semai, bukan sahaja golongan

kanak-kanak yang diberikan perhatian bahkan golongan ibu bapa turut diberikan ruang untuk

menambah ilmu pengetahuan. Hal ini seterusnya membolehkan ibu bapa memberi tunjuk ajar

kepada anak-anak sekiranya mereka menghadapi kesulitan dalam pembelajaran. Sehubungan itu,

masyarakat Semai akan lebih berdaya saing dalam kehidupan dan tidak lagi ditindas oleh

masyarakat luar yang sentiasa memandang enteng kepada kaum minoriti tersebut.

15

Page 17: penakehidupan.weebly.compenakehidupan.weebly.com/.../sejarah_kebudayaan_melayu.docx · Web viewAntaranya serangga, hidupan liar, binatang peliharaan, dan hidupan laut. Kaum Semai

Daripada lawatan singkat ini, kami berpeluang untuk berkenalan dengan lebih dekat

kehidupan masyarakat Semai yang masih mengamalkan adat resam daripada nenek moyang

mereka. Selain itu, kami juga memperoleh banyak pengalaman manis sepanjang berada di sini.

Antaranya kami didedahkan tentang kebudayaan yang masih diamalkan oleh masyarakat Semai

iaitu tarian Sewang yang dipercayai untuk memujuk Puteri Awan supaya tidak menurunkan

hujan kerana hujan mampu membantutkan aktiviti seharian mereka. Di samping itu, kami turut

berpeluang mengetahui tentang agama, adat resam, pantang larang, ilmu tentang flora dan fauna

serta kesenian.

Melalui lawatan ini diharap masyarakat umum lebih berpeluang untuk mengenali semua

kelompok masyarakat orang Asli di Malaysia seperti kaum Negrito, Senoi, Temuan, Semelai,

Jakun, Kanak, Mah Meri dan sebagainya. Oleh yang demikian, masyarakat orang asli akan lebih

dikenali dan dihormati setanding dengan masyarakat lain dalam pelbagai aspek kehidupan.

7.0 Lampiran Program Semarak Minoriti Semai

16

Page 18: penakehidupan.weebly.compenakehidupan.weebly.com/.../sejarah_kebudayaan_melayu.docx · Web viewAntaranya serangga, hidupan liar, binatang peliharaan, dan hidupan laut. Kaum Semai

Ahli kumpulan bersama responden yang terlibat dalam memberikan maklumat

17

Page 19: penakehidupan.weebly.compenakehidupan.weebly.com/.../sejarah_kebudayaan_melayu.docx · Web viewAntaranya serangga, hidupan liar, binatang peliharaan, dan hidupan laut. Kaum Semai

18

Page 20: penakehidupan.weebly.compenakehidupan.weebly.com/.../sejarah_kebudayaan_melayu.docx · Web viewAntaranya serangga, hidupan liar, binatang peliharaan, dan hidupan laut. Kaum Semai

Contoh hidupan fauna yang diternak dan dibela masyarakat Semai

Anjing dijadikan sebagai penjaga keselamatan masyarakat Orang Asli Semai

19