ifolio.ukm.my · Web viewBorang soal selidik telah disediakan dan diedarkan kepada 40 pelajar UKM...

18
LMCK 1421 PEMIKIRAN KRITIKAL & PENYELESAIAN MASALAH SET 4 SEMESTER 1 SESI 2016/2017 LAPORAN AKHIR PROJEK BERKUMPULAN “PERANCANGAN MASA PELAJAR UKM” PENSYARAH DR. SAKHINAH BINTI ABU BAKAR DISEDIAKAN OLEH CHUA WAN FEN A147397

Transcript of ifolio.ukm.my · Web viewBorang soal selidik telah disediakan dan diedarkan kepada 40 pelajar UKM...

Page 1: ifolio.ukm.my · Web viewBorang soal selidik telah disediakan dan diedarkan kepada 40 pelajar UKM melalui Google Form. Borang soal selidik ini mempunyai 25 soalan yang merangkumi

LMCK 1421

PEMIKIRAN KRITIKAL & PENYELESAIAN MASALAH

SET 4

SEMESTER 1 SESI 2016/2017

LAPORAN AKHIR PROJEK BERKUMPULAN

“PERANCANGAN MASA PELAJAR UKM”

PENSYARAH

DR. SAKHINAH BINTI ABU BAKAR

DISEDIAKAN OLEH

CHUA WAN FEN A147397

Page 2: ifolio.ukm.my · Web viewBorang soal selidik telah disediakan dan diedarkan kepada 40 pelajar UKM melalui Google Form. Borang soal selidik ini mempunyai 25 soalan yang merangkumi

1.0 PENGENALAN

Masa merupakan aset yang tidak ternilai bagi setiap manusia. Setiap individu mempunyai

bilangan masa yang sama, iaitu 24 jam sehari. Tiada sesiapapun yang memiliki lebih

daripada 24 jam atau kurang daripada 24 jam. Pengurusan masa bermaksud pembahagian

masa dengan betul supaya aktiviti harian seseorang dapat dijalankan dengan lancar dan

tidak terganggu atau boleh dikatakan sebagai pembahagian masa yang cekap. Oleh itu,

perancangan masa merupakan elemen yang penting dalam menjayakan sesuatu projek,

kerja mahupun kehidupan seharian.

Sebagaimana yang sedia kita maklumkan bahawa perancangan masa yang

berkesan dapat menanam sikap bertanggungjawab dan berupaya mendisiplinkan diri

sendiri. Melalui perancangan masa, pelajar-pelajar berpeluang supaya berdikari dalam

menguruskan atau merancangkan masa sendiri. Ini bukan sahaja dapat mengamalkan

kehidupan yang berdisiplin, tetapi juga dapat mengamalkan sifat-sifat terpuji yang

membolehkan mereka supaya disanjungi oleh masyarakat. Usaha-usaha perlu

dilaksanakan oleh para pelajar dalam perancangan masa demi mencapai kejayaan dalam

kehidupan kerana jika tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya.

Tahap kesedaran terhadap kepentingan perancangan masa dalam kalangan

mahasiswa dan mahasiswi dipercayai berada pada tahap yang membimbangkan. Dengan

ini, projek “Perancangan Masa Pelajar UKM” telah kami jalankan untuk memberi

kesedaran kepada mahasiswa dan mahasiswi UKM tentang kepentingan perancangan

masa dalam kehidupan seharian.

Page 3: ifolio.ukm.my · Web viewBorang soal selidik telah disediakan dan diedarkan kepada 40 pelajar UKM melalui Google Form. Borang soal selidik ini mempunyai 25 soalan yang merangkumi

2.0 OBJEKTIF KAJIAN

2.1 Memberi kesedaran kepada pelajar PPSM tentang kepentingan perancangan

masa dalam kehidupan seharian.

2.2 Meningkatkan keupayaan pelajar PPSM dalam perancangan masa.

2.3 Melahirkan pelajar yang berupaya merancang masa dengan baik.

3.0 METODOLOGI

3.1 Soal Selidik

Borang soal selidik telah disediakan dan diedarkan kepada 40 pelajar UKM

melalui Google Form. Borang soal selidik ini mempunyai 25 soalan yang

merangkumi pemahaman pelajar terhadap perancangan masa dan cara yang biasa

digunakan oleh pelajar untuk merancang masa mereka. Analisis terhadap

keputusan soal selidik telah dbuat dalam bentuk carta pie dan histogram.

3.2 Facebook Page “Time Management 101”

Satu Facebook page yang bernama “Time Management 101” telah direkabentuk

untuk menyebarkan maklumat berkaitan dengan perancangan masa kepada pelajar

UKM. Page ini juga berfungsi untuk memberi kesedaran kepada pelajar UKM

tentang kepentingan perancangan masa dalam kehidupan seharian mereka.

3.3 Poster

Satu poster berkaitan dengan perancangan masa telah direkabentuk dan

disebarkan kepada pelajar UKM melalui media sosial iaitu Facebook. Poster ini

mengandungi masalah-masalah perancangan masa yang selalu dihadapi oleh

pelajar dan tips-tips untuk menyelasaikan masalah tersebut. Selain itu, poster ini

juga memperkenalkan aplikasi-aplikasi perancangan masa yang sangat berguna

kepada pelajar seperti Calendars by Readdle dan Forest: Stay Focused. Cara untuk

memuat turun dan penggunaan aplikasi turut diperkenalkan dalam poster tersebut.

4.0

Page 4: ifolio.ukm.my · Web viewBorang soal selidik telah disediakan dan diedarkan kepada 40 pelajar UKM melalui Google Form. Borang soal selidik ini mempunyai 25 soalan yang merangkumi

4.0 PELAN PERANCANGAN PROJEK

TARIKH BUTIRAN

6 – 10 Oktober 2016 Perbincangan Tajuk Projek Berkumpulan

10 - 13 Oktober 2016 Pembentangan Cadangan Projek Berkumpulan

14 – 31 Oktober 2016 Penyediaan dan pengumpulan maklumat-maklumat yang

berkaitan dengan tajuk projek

1 – 6 Novenber 2016 Perbincangan cara pelaksanaan projek

Pengagihan tugasan

7 – 13 November 2016 Penyediaan borang soal selidik

14 – 20 November 2016 Penyebaran borang soal selidik (Google Form) kepada

pelajar UKM

21 – 27 November 2016 Analisis terhadap masalah yang dihadapi oleh pelajar

UKM dalam perancangan masa

Mereka bentuk poster untuk disebarkan kepada para

pelajar melalui media sosial

28 November 2016 –

3 Disember2016

Satu Page Facebook “Time Management 101” telah

direkabentuk untuk memberi kesedaran tentang

kepentingan perancangan masa kepada pelajar UKM.

Penyebaran poster melalui media sosial untuk memberi

kesedaran kepada para pelajar tentang kepentingan

perancangan masa dalam kehidupan seharian

3 – 6 Disember 2016 Pemerhatian terhadap reaksi pelajar terhadap poster yang

telah disebarkan

7 – 10 Disember 2016 Penyediaan poster bagi pembentangan

10 Disember 2016 Pembentangan poster di Aras 2, PPSM

Page 5: ifolio.ukm.my · Web viewBorang soal selidik telah disediakan dan diedarkan kepada 40 pelajar UKM melalui Google Form. Borang soal selidik ini mempunyai 25 soalan yang merangkumi

5.0 HASIL KAJIAN

Seramai 40 pelajar UKM telah menyertai soal selidik kami. Hasil daripada soal selidik,

kami mendapati bahawa pelajar tidak sedar bahawa keupayaan terhadap pengurusan masa

mereka adalah pada tahap yang membimbangkan. Sebagai contoh, lebih daripada 82.5%

pelajar tidak pasti dengan adakah mereka boleh menyiapkan kerja yang sukar tanpa

melengah-lengah. 52.5% pelajar tidak pasti bahawa mereka boleh menyiapkan kerja yang

perlu diperlukan pada hari tersebut. Hal ini bermaksud pelajar lemah dalam menguruskan

masa mereka sendiri. 67.5% pelajar tidak pasti menggunakan masa dengan terancang.

Ketidakpastian pelajar-pelajar UKM menunjukkan bahawa mereka sebenarnya tiada

kesedaran dalam pengurusan masa mereka. Oleh itu, page 'Time Management 101' telah

ditubuhkan di Facebook untuk meningkatkan kesedaran pelajar tentang pengurusan masa.

Dalam "Time management 101", kami menyebarkan poster yang merangkumi tips-tips

pengurusan masa, aplikasi telefon yang boleh membantu pelajar dalam pengurusan masa

dan kepentingan pengurusan masa dalam kehidupan seharian.

Secara hasilnya, kami mendapat sambutan pelajar yang baik, iaitu hampir 60 likes

dan hampir 110 views. Semasa pembentangan poster, kami dapati bahawa pelajar telah

meningkatkan kesedaran terhadap pengurusan masa melalui kempen yang kami

laksanakan. Dengan peka terhadap isu ini, pelajar dapat mengeluarkan pelbagai saolan

yang menarik semasa pembentangan poster dijalankan.

Page 7: ifolio.ukm.my · Web viewBorang soal selidik telah disediakan dan diedarkan kepada 40 pelajar UKM melalui Google Form. Borang soal selidik ini mempunyai 25 soalan yang merangkumi

6.0 PENGLIBATAN / BIDANG TUGAS DALAM PROJEK

Sepanjang kursus LMCK 1421 Pemikiran Kritikal dan Penyelesaian Masalah, saya

bersama-sama dengan ahli sekumpulan saya telah bekerjasama dalam melaksanakan dan

menjayakan projek ini.

Pada permulaan projek, selepas perbincangan tajuk projek kumpulan, iaitu

“Perancangan Masa Pelajar UKM”, saya selaku ketua kumpulan telah bertanggungjawab

dalam menaipkan dan menyediakan kertas cadangan untuk dibentangkan kepada

pensyarah, Dr. Sakhinah binti Abu Bakar pada 11 Oktober 2016.

Selain itu, saya juga diamanahkan untuk membuat borang soal selidik dalam

bentuk Google Form. Borang soal selidik ini merangkumi 25 soalan yang membolehkan

kami untuk mengetahui dan mengenalpasti masalah-masalah yang dihadapi oleh pelajar

UKM dalam perancangan masa. Selepas itu, borang soal selidik ini telah disebarkan

kepada mahasiswa dan mahasiswi Pusat Pengajian Sains Matematik tahun 1, 2 dan 3.

Sebanyak 40 responden telah mengisi Google Form.

Selepas itu, saya bersama Leong Choy Wei, salah seorang ahli kumpulan, telah

menjalankan analisis terhadap borang soal selidik yang telah diisi lengkap oleh para

responden. Sepanjang proses analisis, kami berjaya mengenalpasti masalah-masalah yang

dihadapi oleh mereka. Kami juga telah memberikan beberapa cadangan seperti aplikasi-

aplikasi yang berguna dalam perancangan masa kepada para pelajar. Antara aplikasi yang

telah kami cadangkan ialah Calendars by Readdle – Event and Task Manager dan Forest:

Stay Focused.

Lebih-lebih lagi, selepas poster telah siap direkabentuk oleh ahli kumpulan, kami

telah menyebarkan poster tersebut dalam Facebook untuk memberi dan meningkatkan

kesedaran pelajar terhadap kepentingan perancangan masa dalam kehidupan seharian.

Akhir sekali, pada 10 Disember 2016, setiap ahli kumpulan telah

bertanggungjawab dalam pembentangan poster kepada rakan-rakan kursus LMCK 1421

dan juga pensyarah, Dr. Sakhinah binti Abu Bakar.

Page 8: ifolio.ukm.my · Web viewBorang soal selidik telah disediakan dan diedarkan kepada 40 pelajar UKM melalui Google Form. Borang soal selidik ini mempunyai 25 soalan yang merangkumi

7.0 REFLEKSI

Sepanjang kursus LMCK 1421 Pemikiran Kritikal dan Penyelesaian Masalah, saya

berkebolehan dalam melaksanakan tugas, menggunakan kemahiran pemikiran kritis dan

mengambil tindakan yang tepat. Sebagai contoh, apabila kumpulan kami menghadapi

masalah dalam pemahaman cara pelaksanaan projek, saya telah mengambil tindakan

dengan menghantar email kepada Dr. Sakhinah untuk mendapatkan penjelasan

daripadanya tanpa melengahkan masa. Tindakan ini bukan sahaja dapat menjimatkan

masa, tetapi juga dapat mendapat penjelasan yang paling tepat sekali berbanding dengan

bertanya kawan-kawan di sekeliling.

Selain itu, saya juga belajar bertanggungjawab terhadap implikasi yang telah

timbul tetapi bukannya mengelakkan diri daripadanya. Melalui projek ini, saya belajar

untuk berfikir secara kritis untuk mengeluarkan kaedah-kaedah yang sesuai bagi

menyelesaikan masalah yang timbul. Di samping itu, saya juga belajar mencari alternatif

dalam apa jua keadaan. Sebagai contoh, apabila kumpulan kami menghadapi masalah

dalam memberi kesedaran kepada para pelajar tentang kepentingan perancangan masa

dengan menyebarkan poster di Facebook, kami mencari alternatif yang lain iaitu mereka

bentuk satu Page Facebook yang bernama “Time Management 101”. Mereka bentuk page

Facebook adalah alternatif yang lebih baik berbanding dengan menyebarkan poster sahaja

di Facebook kerana page Facebook dapat membantu kami dalam membuat analisis

terhadap kajian projek kumpulan kami. Tambahan pula, saya juga belajar untuk sentiasa

mempunyai maklumat yang cukup sebelum mula sesuatu tugasan. Sebagai contoh, saya

telah menghadapi masalah dalam membina soalan bagi borang soal selidik disebabkan

kekurangan maklumat perancangan masa dalam kalangan pelajar. Oleh hal yang

demikian, melalui projek ini, saya telah belajar untuk sering membuat persediaan yang

mencukupi, iaitu membuat kajian dengan sepenuhnya sebelum mula menjalankan

tugasan.

Akhir sekali, saya juga belajar untuk menilai dan menimbang pelbagai pendapat

dan idea, berfikiran rasional dan mampu meneliti pengalaman lali sebelum membuat

keputusan. Sebagai contoh, apabila pelbagai cadangan dan idea terhadap tajuk projek

kumpulan telah dikemukakan, saya telah menilai dan menimbang pendapat-pendapat

tersebut sebelum menentukan tajuk projek kumpulan dengan mencari sumber-sumber

Page 9: ifolio.ukm.my · Web viewBorang soal selidik telah disediakan dan diedarkan kepada 40 pelajar UKM melalui Google Form. Borang soal selidik ini mempunyai 25 soalan yang merangkumi

yang berguna dan mengkaji kebolehlaksanaan projek dengan tajuk yang dicadangkan.

LAMPIRAN

Page 10: ifolio.ukm.my · Web viewBorang soal selidik telah disediakan dan diedarkan kepada 40 pelajar UKM melalui Google Form. Borang soal selidik ini mempunyai 25 soalan yang merangkumi

Gambar rajah 1

Soal selidik yang telah diedarkan melalui Google Form

Page 11: ifolio.ukm.my · Web viewBorang soal selidik telah disediakan dan diedarkan kepada 40 pelajar UKM melalui Google Form. Borang soal selidik ini mempunyai 25 soalan yang merangkumi

Gambar rajah 2

Poster yang disebarkan melalui media sosial Facebook

Page 12: ifolio.ukm.my · Web viewBorang soal selidik telah disediakan dan diedarkan kepada 40 pelajar UKM melalui Google Form. Borang soal selidik ini mempunyai 25 soalan yang merangkumi

Gambar rajah 3

Poster perancangan masa pelajar UKM

Gambar rajah 4Facebook page yang bernama “Time Management 101” telah direkabentuk

Page 13: ifolio.ukm.my · Web viewBorang soal selidik telah disediakan dan diedarkan kepada 40 pelajar UKM melalui Google Form. Borang soal selidik ini mempunyai 25 soalan yang merangkumi

Gambar rajah 5

Ahli kumpulan dengan pensyarah iaitu Dr. Sakhinah Binti Abu Bakar