ceriterasigadisayu.weebly.comceriterasigadisayu.weebly.com/uploads/2/0/1/3/20137461/... · Web...

26
PENGENALAN Latar Belakang Seni rupa merupakan cabang seni yang membentuk karya seni dengan media yang boleh dilihat dan dirasakan dengan sentuhan. Kesan ini diciptakan dengan mengolah konsep titik , garis , bidang , bentuk , volume , warna , tekstur , dan pencahayaan dengan acuan estetika . Seni rupa dilihat dari segi fungsinya dibezakan antara seni rupa murni dan seni rupa terapan , proses penciptaan seni rupa murni lebih menitik beratkan pada ekspresi jiwa semata misalnya lukisan , sedangkan seni rupa terapan proses pembuatannya memiliki tujuan dan fungsi tertentu misalnya seni karya . Sedangkan, jika ditinjau dari segi wujud dan bentuknya, seni rupa terbagi kepada dua iaitu seni rupa dua dimensi yang hanya memiliki panjang dan lebar saja dan seni rupa tiga dimensi yang memiliki panjang lebar serta ruang. Secara tuntasnya, terjemahan seni rupa di dalam Bahasa Inggris adalah fine art. Namun sesuai perkembangan dunia seni moden, istilah fine art menjadi lebih spesifik kepada pengertian seni rupa murni untuk kemudian menggabungkannya dengan bentuk dan karya ke dalam bahasan visual arts . Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi Ketiga (1997), halaman 12444-45, seni membawa maksud halus iaitu kecil, elok, tipis dan enak didengar suara, comel bentuk badan. Manakala seni juga membawa

Transcript of ceriterasigadisayu.weebly.comceriterasigadisayu.weebly.com/uploads/2/0/1/3/20137461/... · Web...

PENGENALAN

Latar Belakang

Seni rupa merupakan cabang seni yang membentuk karya seni dengan media yang boleh

dilihat dan dirasakan dengan sentuhan. Kesan ini diciptakan dengan mengolah konsep titik,

garis, bidang, bentuk, volume, warna, tekstur, dan pencahayaan dengan acuan estetika.

Seni rupa dilihat dari segi fungsinya dibezakan antara seni rupa murni dan seni rupa terapan,

proses penciptaan seni rupa murni lebih menitik beratkan pada ekspresi jiwa semata misalnya

lukisan, sedangkan seni rupa terapan proses pembuatannya memiliki tujuan dan fungsi

tertentu misalnya seni karya. Sedangkan, jika ditinjau dari segi wujud dan bentuknya, seni

rupa terbagi kepada dua iaitu seni rupa dua dimensi yang hanya memiliki panjang dan lebar

saja dan seni rupa tiga dimensi yang memiliki panjang lebar serta ruang.

Secara tuntasnya, terjemahan seni rupa di dalam Bahasa Inggris adalah fine art. Namun sesuai

perkembangan dunia seni moden, istilah fine art menjadi lebih spesifik kepada pengertian seni

rupa murni untuk kemudian menggabungkannya dengan bentuk dan karya ke dalam bahasan

visual arts .

Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi Ketiga (1997), halaman 12444-45, seni

membawa maksud halus iaitu kecil, elok, tipis dan enak didengar suara, comel bentuk badan.

Manakala seni juga membawa maksud karya termasuk sajak, lukisan, muzik dan lain-lain lagi

yang dicipta dengan bakat atau kecekapan, hasil daripada sesuatu ciptaan. Hal ini juga

merujuk kepada seni bina sesuatu bangunan. Ianya juga tergolong dibawah seni rupa. Oleh

itu, perlu diamati bahawa seni bina juga merupakan seni yang perlu dihargai mengenai

kehalusan buatannya. Seni bina dicipta hasil daripada persekitaran pada waktu itu merujuk

kepada budaya masyarakat pada ketika itu. Seni bina juga menitikberatkan mengenai fungsi

sesuatu seni itu diciptakan.

Melaka ialah sebuah Bandar Warisan yang diiktiraf dunia. Di Malaysia, ia merupakan sebuah

Bandar yang unik dengan kepelbagaian warisan daripada pelbagai bangsa. Kertas kerja ini

memuatkan beberapa buah bangunan warisans yang berusia lebih sekurun untuk ditonjolkan

bagi mengigatkan tentang kewujudan seni bina dalam seni rupa Melayu. Bangunan yang

diketengahkan di dalam kertas kerja ini semuanya terletak di sekitar Bandar Raya Melaka.

Kepentingan warisan seni bina ini mencerminkan komitmen negara Malaysia dalam

menghidupkan suasana kepelbagaian etnik dan kaum bagi pemerkayaan budaya bangsa dalam

masyarakat ini.

Contoh-contoh seni bina bangunan yang terdapat di sekitar Bandar Raya Melaka ini

mempunyai pengajaran sama ada dari aspek teknologi, budaya, dan estetika yang dapat

mencungkil rahsia budaya dan seni bina serta teknologi dari warisan silam. Kertas kerja ini

mengupaskan isu konservasi perbandaran dan bangunan agar identiti sejarah negara ini

terpelihara bagi kepentingan dan keseronokan generasi masa depan.

Gereja Sacred Heart

Lot 25, Jalan Tranquerah, Melaka

Pengenalan

Sebuah gereja yang digelar Sacred Heart terletak di Lot 25, Jalan Tranquerah, Melaka. Lot 25,

Jalan Tranquerah didaftarkan di dalam Quiton’s Survey pada 1860 sebagai hak milik gereja

St. Peter, Melaka. Bangunan ini didirikan pada era 1800-an dan ia menggunakan tanah yang

disewa selama 99 tahun. Segala pengurusan adalah di bawah pentadbiran gereja St.Peter

sehingga penutupannya sekitar tahun 1980. Kini bangunan ini menjadi hak milik Kerajaan

Negeri Melaka.

Sejarah dan asal Usul

Sacred Heart adalah sebuah gereja Katolik yang dibina untuk kepentingan komuniti Portugis

yang menetap di Jalan Tranquerah, Melaka. Gereja ini dikendalikan oleh pihak pentadbiran

gereja St. Peter yang berada di bawah bidang kuasa Diocese di Macau.

Sejak ia mula dibina, fungsinya sebagai sebuah gereja tidak pernah berubah iaitu sebagai

tempat beribadat bagi penganut beragama Kristian Katolik. Gereja ini hanya boleh

memuatkan kiar-kira 150 orang dalam sesuatu upacara. Gereja Sacred Heart ditutup kerana

tempoh penyewaan tanah yang telah tamat, kenaikan sewa tanah, kekurangan paderi dan

persaingan dengan gereja yang terletak di Gajah Berang ( berhampiran dengan Jalan

Tranquerah). Apabila ini berlaku, komuniti Portugis telah berpindah ke merata tempat di

dalam kawasan Bandar Melaka.

Perancangan dan Konsep Reka Bentuk

Pelan gereja ini berbentuk segi empat tepat. Kedudukan bentuk biasa (nave) selari dengan

ruang aisle yang memanjang kea rah altar. Bahagian atas nave ditutupi oleh siling,

menyembunyikan sistem kerangka pada bahagian bumbung. Siling yang tinggi membentuk

ruang dalaman yang besar dan luas.

Setiap ruang gereja ini mempunyai pembahagian ruang-ruang untuk penganut dan juga

paderi. Penggunaan elemen seperti pencahayaan, pengudaraan dan reka bentuk bangunan

digunakan di dalam reka bentuk gereja ini. Tingkap kecil berwarna pada bahagian bangunan

membenarkan sedikit cahaya memasuki ruang.

Elemen Reka Bentuk dan Bahan Binaan

Tampak Gereja Sacred Heart mempunyai gabungan elemen ciri-ciri seni bina Klasik

Romanesque, seni bina Renaissance, seni bina Portugis dan Belanda. Penggunaan aturan

geometri asas yang seragam telah dipamerkan dengan bentuk segi empat tepat untuk

pelannya. Tingkap gereja adalah daripada kaca berwarna dan bahan binaan seperti jubin

terracotta digunakan untuk lantai. Pelan bangunan adalah berbentuk basilica memanjang.

Menara loceng dibina di tengah-tengah tampak bangunan. Sistem binaan adalah berbentuk

modular.

Kuil sri Poyattha Vinayagar Moorthy

Lot 3, Lot5, Lot 11, Lot13, Lot 15 dan Lot !7, Jalan Goldsmith, Melaka

Pengenalan

Kuil ini terletak di Jalan Tukang Emas (Goldsmith Street) atau lebih dikenali dengan nama

Jalan Harmoni (Harmony Street). Nama Jalan Tukang Emas adalah bersempena dengan

aktiviti perniagaan penghasilan barangan perhiasan daripada emas di situ. Bangunan kuil ini

dibina di dalam kawasan Kampung Keling dan dimiliki oleh kaum peranakan Hindu Melaka

(KaumChetti). Kawasan Kampung Keling adalah tanah yang dikurniakan oleh pihak Belanda

atas sumbangan masyarakat ini dalam ekonomi Melaka pada zaman pemerintahan Belanda.

Kampung Keling ini di ambil daripada perkataan Kalinga. Kalinga adalah nama sebuah

tempat di Selatan India.

Sejarah dan Asal Usul

Sebagai tanda penghargaan kerajaan Belanda terhadap sumbangan masyarakat Chetti dalam

ekonomi Melaka, Gabenor Bort telah menganugerahkan sebuah geran tanah di atas Lot 3, Lot

5, Lot 11, Lot 13, Lot 15 dan Lot 17 kepada ketua masyarakat Chetti, iaitu Theivanagam

Chitty. Ini membolehkan masyarakat Chetti yang menganut agama Hindu untuk membina

sebuah kuil atas tanah pemberian Gabenor Belanda itu. Kuil ini dibina pada 1781 secara

bergotong- royong oleh penduduk tempatan. Tukang-tukang pengukir patung, perhiasan, dan

binaan telah dibawa masuk dari negara India untuk menyiapkan kuil ini. Nama kuil Sri

Poyattha Vinayagar Moorthy ini diambil bersempena dengan nama dewa yang telah

membantu mereka dalam segala rintangan hidup.

Perancangan dan Konsep Reka bentuk

Konsep pembinaan kuil ini mempunyai hubung kait di antara manusia dengan alam ketuhanan

dan dewa melalui pembahagian aras kuil kepada kepala, badan, dan kaki. Susun atur ruang

pula mengambil kira adat istiadat dan kepercayaan kaum Hindu. Ini dapat dilihat melalui

peletakan beberapa ruang mengikut arah mata angin. Pintu masuk dan bahagian permulaan

bangunan ini diletakkan pada arah Utara. Bahagian belakang bangunan ini diletakkan pada

arah Selatan. Kuil ini menempatkan kesemua patung tuhan di dalamnya pada bahagian Barat.

Arah Timur dianggap kawasan mati.

Seni bina kuil ini tidak mempunyai banyak perhiasan dan ukiran, sebaliknya lebih banyak

dipengaruhi oleh seni bina Belanda. Ini boleh dilihat pada bahagian dinding, tiang, gerbang,

dan juga melalui penggunaan batu bata Belanda sebagai bahan binaannya.

Elemen Reka Bentuk dan Bahan Binaan

Bahagian dinding kuil menggunakan batu bata jenis Belanda, simen lepa, plaster, mortar dan

kapur (campuran kapur dan putih telur), madu sebagai pelekat dan juga pasir. Warna asal bagi

keseluruhan dinding kuil ini ialah putih dan kerangka pintunya berwarna hijau. Warna ini

sering kali diubah kepada warna-warna yang lebih terang seperti hijau muda, merah jambu,

jingga dan merah biru.

Terdapat beberapa lubang untuk lilin yang berbentuk segi tiga ditebuk pada bahagian-

bahagian tertentu pada dinding kuil. Genting asbestos digunakan sebagai bumbung untuk

menggantikan bumbung lama yang yang menggunakan genting pipit. Kubah dibina dengan

menggunakan bahan campuran daripada simen dan kapur. Ketinggian kubah menunjukkan

kesaktian, perlindungan, dan kekuasaan tuhan terhadap penganutnya.

Terdapat empat jenis tiang yang menggunakan batu bata Belanda yang berbeza daripada segi

reka bentuknya. Pintu dan tingkap dibuat daripada kayu dan dicat dengan warna hijau dan

menggunakan engsel logam. Jeriji digunakan pada beberapa bahagian di dalam kuil sebagai

laluan pengudaraan dan cahaya.

Bangunan The Royal Press

Lot 29 dan Lot 31, Jalan Hang Jebat, Melaka

Pengenalan

Bangunan The Royal Press terletak di Jalan hang Jebat (nama asalnya ialah Jalan

Gelanggang) dan kini lebih dikenali sebagai Jonker Street dalam kalangan penduduk Melaka.

Bangunan elektrik ini terdiri daripada dua lot iaitu Lot 29 dan Lot 31 yang mempunyai dua

pemilik yang berbeza. Lot 29 dimiliki oleh Cik Ee Lah Sui dan Lot 31 tidak dapat dipastikan

siapa pemiliknya, dan ia hanya disewa oleh Cik Ee.

Sejarah dan Asal Usul

Sejarah pemilikan bangunan ini tidak dapat dipastikan. Bangunan ini pernah dimiliki oleh

seorang peniaga Baba Nyonya, Ee Kong Guan. Bangunan ini kemudiannya ditinggalkan

terbiar selama 30 tahun sehinggalah Ee Lay Sui, bapa kepada Cik Ee Joo Guat mengambil

alih bangunan ini pada 1943 untuk dijadikan sebagai premis percetakan yang dinamakan The

Royal Press.

Perancangan dan Konsep Reka Bentuk

Seni bina bangunan dua tingkat ini mempunyai elemen dekoratif seni bina Eropah pada

bahagian tiang, dua buah jendela lengkap dengan kekisi yang berukir pada setiap lot

bangunan. Bahan binaan bagi bumbung menggunakan atap genting Cina.

Pelan bangunan ini berbentuk sempit dan memanjang serta mempunyai ruang bukaan yang

sedikit pada fasadnya. Terdapat perbezaan pada ruang dan elemen dekoratif di antara Lot 29

dan Lot 31. Lot 29 mempunyai ruang yang lebih besar dan lebih banyak ukiran.

Terdapat tiga elemen utama susun atur ruang seni bina Baba dan Nyonya dari aspek ruang di

dalam bangunan ini iaitu dewan nenek moyang, bilik rehat dan telaga udara (airwell). Dewan

nenek moyang atau tiah datuk adalah ruang utama dalam reka bentuk seni bina Cina. Ia

adalah ruang bagi aktiviti penyembahan dan berkait rapat dengan kepercayaan masyarakat

Cina. Bilik rehat adalah tempat bagi ahli keluarga untuk berkumpul, berehat, dan tempat

untuk menyambut tetamu yang baru dikenali.

Telaga udara atau chim cheh ialah satu ruang untuk taman di dalam bangunan ini. Ia memberi

pencahayaan dan pengudaraan bagi bangunan ini. Telaga udara ini memanjang dan sempit.

Lazimnya ia digunakan sebagai ruang rehat dan tempat tadahan hujan. Terdapat juga sebuah

perigi pada ruang ini.

Ruang-ruang lain yang terdapat di dalam bangunan ini ialah serambi, tiah gelap (iaitu ruang

perantaraan yang terletak antara ruang tamu dan ruang makan), tiah abu (iaitu ruang makan),

dapur, bilik pengantin, ruang ante (iaitu ruang depan sebelum bilik utama), bilik tidur dan

loteng. Setiap ruang ini dihiasi dengan ukiran-ukiran yang diukir secara timbul dan subjek

ukirannya adalag berdasarkan alam semula jadi seperti flora, fauna, warak dewa dewi dan

manusia.

Elemen Reka Bentuk dan Bahan Binaan

Bangunan ini menggunakan sistem dinding jenis tanggung beban dan asasnya adalah dari

jenis asas jalur. Untuk menanggung beban tembok, penapak konkrit dibina untuk

mengelakkan mendapan. Terdapat dua jenis tiang yang digunakan untuk bangunan ini. Tiang

konkrit digunakan untuk menampung anjung rumah pada tingkat atas dan tiang-tiang kayu

jenis cengal pula digunakan pada bahagian dalam bangunan yang turut berfungsi sebagai

kerangka bagi pintu dan telaga udara.

Sistem lantai tingkat bawah pada aras tanah menggunakan sistem lantai padu yang diperbuat

daripada konkrit. Lantai di ruang kaki lima menggunakan bahan kemasan red plaster, dan

lantai pada bahagian dalam bangunan menggunakan kemasan jubin terracotta merah.

Kelab Cosmopolitan

Lot 14, Jalan Hang Lekir, Melaka

Pengenalan

Sewaktu zaman pemerintahan kerajaan Belanda, bangunan ini amat dikenali oleh masyarakat

di sekitar sebagai “Chinatown of Malacca”. Bangunan ini menyimpan pelbagai peristiwa

bersejarah di mana dalam tempo tersebut berlakunya pertukaran sistem pemerintahan dan

transformasi budaya dan gaya hidup masyarakat yang berlainan bangsa dan agama kepada

sebuah masyarakat majmuk.

Sejarah dan Asal Usul

Selepas kejatuhan kerajaan Belanda, bangunan kediaman ini telah dilelong oleh pemerintah

British. Daripada sebuah bangunan kediaman, bangunan ini telah menjadi sebuah Kelab

Kesusasteraan Cina yang bergelar Malacca Chinese Literary Association (MCLA) oleh

mendiang Tan Chen Yan. Selepas tamat pendudukan Jepun iaitu pada sekitar 1945, bangunan

ini telah bertukat fungsi kepada Malacca Chinese Recreation Club (MCRA).

Kelab ini masih mempunyai peranan yang sama tetapi dengan beberapa penambahan aktiviti

baharu yang lebih bercorak rekreasi dan hiburan seperti billiard dan mahjung. Pada sekitar

1950-an, nama bangunan ini ditukar kepada Mess Club. Ia menjadi kelab elit yang

mengenakan bayaran yuran tahunan dan keahlian yang terhad, berobjektif untuk memberikan

lebih keselesaan kepada ahli kelab. Kemudiaan nama kelab ini ditukar pula kepada

Cosmopolitan Club dan keahliannya hanya terbuka kepada masyarakat Cina peranakan

sahaja. Nama Cosmopolitan Club kekal sehingga sekarang dan berada di bawah hak milik En.

R.S Sivam bersama ahli keluarganya.

Perancangan dan Konsep Reka Bentuk

Bangunan ini mempunyai ruang halaman dalaman 39 meter panjang dan mempunyai sebuah

telaga yang masih boleh digunakan sehingga hari ini. Ruang ini memberikan pencahayaan

semula jadi dan pengudaraan kepada bahagian dalaman bangunan dan digunakan sebagai

ruang untuk menjemur pakaian, tempat untuk bercucuk tanam dan sebagai tempat untuk

bermain. Aktiviti bercucuk tanam telah dihentikan apabila kemasan lantai dibina

menggantikan ruang ini yang dahulunya hanya berpasir.

Ruang hadapan pada aras satu adalah ruang utama untuk para pelanggan melakukan aktiviti

rekreasi seperti snuker dan mahjung. Namun aktiviti rekreasi di dalam bangunan ini telah

dihadkan berbanding dengan zaman sebelumnya kerana Encik R.S Sivam dan keluarganya

telah menggunakan sebahagian daripada bangunan ini sebagai kediaman mereka.

Elemen Reka Bentuk dan Bahan Binaan

Bangunan ini mempunyai pengaruh seni bina Belanda melalui penggunaan bahan binaan batu

bata Belanda, lepa simen pada permukaan dinding, siling flat board dan ornamentasi pada

permukaanya serta atap genting jenis Indian tiles.

Terdapat ukiran ornamentasi Klasik Greek pada tiang, dinding dan juga pentas persembahan

yang terletak di aras dua. Bangunan ini mempunyai dua aras, dan susun atur pelannya

berukuran 55 meter memanjang serta mempunyai saiz kelebaran yang sama dengan tampak

depan.

Bangunan Jabatan Buruh dan Audit

Lot 10, Jalan Hang Lekir, Melaka

Pengenalan

Bangunan ini terletak di Bukit St. Paul, Bandar Hilir Melaka. Ia dikelilingi oleh beberapa

bangunan bersejarah yang lain seperti bangunan Stadhuys, A Famosa, Muzium Belia, dan

Gereja St. Paul. Bangunan ini dibina pada zaman pemerintahan British pada 1884, dua tahun

selepas British merampas tanah Melayu daripada pemerintahan Belanda pada awalnya ia

berfungsi sebagai Sekolah Tinggi Melaka pada 1931.

Sejarah dan Asal Usul

Peningkatan jumlah pelajar telah menyebabkan sekolah ini dipindahkan ke bangunan lain di

Jalan Chan Koon Cheng, dan kini ia telah menjadi bangunan Mahkamah Tinggi Melaka.

Apabila bangunan ini dikosongkan, fungsinya telah bertukar menjadi bahagian pentadbiran

Jabatan Buruh dan Audit Melaka sehingga 1978, dan dikosongkan apabila jabatan buruh ini

dipindahkan ke Wisma Persekutuan.

Perancangan dan Konsep Reka Bentuk

Keseluruhan bangunan ini berbentuk segi empat tepat dan dibahagikan dengan dinding pada

kedua-dua aras untuk memisahkan ruang kerja bagi Jabatan Buruh dan Jabatan Audit. Semasa

penggunaannya sebagai sebuah pejabat kerajaan, ruang-ruang tambahan seperti ruang stor

dibuat pada bahagian kanan bangunan. Alang I-Beam digunakan untuk menguatkan sistem

kerangka bangunan ini.

Pada aras bawah terdapat ruang mensyuarat, bilik Pengarah Jabatan Buruh, stor dan

selebihnya ruang untuk para pekerja. Pada aras atas pula terdapat ruang penyimpanan fail,

meja setiausaha dan bilik Pengarah Jabatan Audit dan ruang pekerja.

Terdapat beberapa percampuran gaya rupa seni bina Inggeris, Belanda, Moorish dan Anglo-

Chinese pada bangunan ini seperti tingkap jenis Belanda tanpa lubang angin, penggunaan

bahan dan binaan batu bata ikatan Inggeris, bumbung berbentuk limas dan atap genting India.

Tiang bangunan mempunyai persamaan dari segi rupa bentuk dengan tiang bangunan

Stadhuys. Tembok yang dibina menggunakan batu bata jenis Belanda untuk menahan tanah di

sekitar kawasan bangunan daripada runtuh.

Elemen Reka Bentuk dan bahan Binaan

Kayu digunakan pada sistem kerangka, bumbung, lantai pada tingkat atas, lubang angin pada

bahagian atap, pintu dan juga tingkap. Dinding bangunan ini menggunakan binaan dinding

jenis tanggung beban. Tiang-tiang di sekeliling bangunan ini berfungsi untuk menanggung

beban daripada bumbung dan lantai aras atas.

Bangunan ini tidak mempunyai banyak kemasan dan ukiran kerana fungsi asalnya sebagai

sebuah sekolah dan kemudiannya sebagai bangunan pejabat. Terdapat kekisi kayu yang

bersilang untuk pengudaraan dan pencahayaan semula jadi pada tingkat atas.

Lantai pada tingkat bawah menggunakan kemasan jenis terracotta. Pintu masuk utama ke

bangunan ini diperbuat daripada besi tuang.

Kesimpulan

Dapatlah disimpulkan bahawa seni rupa Melayu amat menarik untuk diamati. Hal ini kerana

sesuatu yang disiptakan itu membawa maksudnya tersendiri. Tidak ketinggalan juga, dalam

menciptakan sesuatu yang indah, halus, dan elok untuk dipandang itu, ianya juga membawa

beberapa fungsinya yang tersendiri untuk memenuhi keperluan masyarakat pada ketika itu.

Kertas kerja ini hanya mengupas beberapa contoh seni bina warisan Melayu yang terletak di

Melaka. Akan tetapi terdapat banyak lagi warisan seni bina yang berada di bumi Melaka yang

belum ditonjolkan. Hal ini menunjukkan bahawa bertapa banyak seni bina yang tercipta di

Melaka sekaligus menunjukkan kemajuan ketamadunan masyakat ketika itu sehingga mampu

menciptakan seni rupa yang amat cantik dan menarik. Bangunan- bangunan yang diciptakan

membawa fungsinya yang tersendiri dan seni bina yang ditinggalkan kepada generasi abad ini

amat kukuh sehingga ke saat ini.

Amat wajar jika dikatakan bahawa seni bina yang tercipta didorong oleh pelbagai faktor,

antaranya politik, agama ,dan budaya sesuatu masyarkat itu. Kertas kerja ini memilih negeri

Melaka untuk mengetengahkan seni bina di bumi itu amat wajar kerana Melaka telah

diduduki oleh pelbagai bangsa yang terdiri daripada pelbagai agama dan budaya seperti

Belanda, British dan Portugis.

Oleh demikian, dapatlah disimpulkan bahawa kesenian Melayu amat berharga dan sangat

signifikan jika kita perlihara warisan yang kita miliki ini. Seni bina yang unik terdapat dalam

warisan seni bina Melaka sangat mengagumkan dan perlu dipelihara keseniaanya agar tidak

terhapus dek kemodenan yang melanda dunia.

Bibliografi

Zakaria Ali,1989.Seni dan Seniman Esei-Esei Seni Halus; DewanBahasa dan Pustaka

Mohd Johari AB. Hamid,2004. Falsafah danKritikan Seni; Universiti Pendidikan Sultan Idris

http://id.wikipedia.org/wiki/Seni_rupa 24 Oktober 2012 3.00pm

http://tolololpedia.wikia.com/wiki/Seni_rupa 24 Oktober 2012 3.05pm

http://www.freewebs.com/fedat/ 24 Oktober 2012 4.00pm

www.seni/org/wikipedia.com 24 Oktober 2012 5.30pm

http://www.allbookstores.com/Warisan-Seni-Bina-Dunia-Melayu/9789835203282

24 Oktober 2012 5.35pm

http://www.asiaexplorers.com/malaysia/museum-of-architecture_malacca.htm

24 Oktober2012 5.40pm

ISI KANDUNGAN

PERKARA MUKA SURAT

Latar Belakang 1-2

Gereja Sacred Heart 2-4

Kuil Sri Poyattha Vinayagar Moorthy 5-7

Bangunan The Royal Press 8-10

Kelab Cosmopolitan 11-13

Bangunan Jabatan Buruh Dan Audit 14-16

Kesimpulan 17

Lampiran