· Web viewMatlamat program ini dijalankan adalah sebagai platform untuk guru-guru pelatih...

18
KERTAS CADANGAN INSTITIUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PENDIDIKAN ISLAM BANGI PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG) AMBILAN JUN 2011 (KOHORT 1) MINI KARNIVAL PERMAINAN TRADISIONAL TARIKH: 6 April 2014 (AHAD) TEMPAT: IPG KAMPUS PENDIDIKAN ISLAM BANGI ANJURAN: KUMPULAN PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU PRA 6.13 (B) KAMPUS PENDIDIKAN ISLAM,BANGI

Transcript of · Web viewMatlamat program ini dijalankan adalah sebagai platform untuk guru-guru pelatih...

Page 1: · Web viewMatlamat program ini dijalankan adalah sebagai platform untuk guru-guru pelatih menerokai serta mempelajari selok-belok pengurusan serta pentadbiran sesebuah pertandingan

KERTAS CADANGAN

INSTITIUT PENDIDIKAN GURUKAMPUS PENDIDIKAN ISLAM

BANGIPROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)

AMBILAN JUN 2011 (KOHORT 1)

MINI KARNIVAL PERMAINAN TRADISIONAL

TARIKH:6 April 2014 (AHAD)

TEMPAT:IPG KAMPUS PENDIDIKAN ISLAM BANGI

ANJURAN:

KUMPULAN PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU PRA 6.13 (B)

KAMPUS PENDIDIKAN ISLAM,BANGI

Page 2: · Web viewMatlamat program ini dijalankan adalah sebagai platform untuk guru-guru pelatih menerokai serta mempelajari selok-belok pengurusan serta pentadbiran sesebuah pertandingan

1. MAKLUMAT PROGRAM

1.1 Nama Program : Mini Karnival Permainan Tradisional

1.2 Tema Program : ‘Permainan Tradisional Penyambung Warisan’

1.3 Penganjur :           Kumpulan PPG Pra 6.13 (B)

1.4 Tarikh :           6 April 2014

1.5 Tempat :           IPG Kampus Pendidikan Islam, Bangi.

1.6 Masa :           8.00 pagi – 12.00 Tengahari

1.7 Peserta yang Terlibat    :        Ahli Kelab Kebajikan Kumpulan Staf Pengurusan

IPG Kampus Pendidikan Islam.

2. PENGENALAN

Subjek PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan adalah

merupakan subjek elektif bagi Kumpulan PPG PRA 6.13 (B). Pada semester enam ini, kerja

kursus yang perlu dilaksanakan adalah berkaitan dengan penganjuran sebuah karnival yang

dinamakan ‘Karnival Permainan Tradisional’. Penganjuran karnival sebegini adalah

merangkumi segenap pengendalian bermula daripada peringkat perancangan sehinggalah

peringkat pelaksanaan. Permainan Tradisional berupaya membentuk sebahagian daripada

kehidupan yang dilalui oleh nenek moyang kita. Perkara utama yang menjamin

kesinambungan permainan tradisional pada masa lalu ialah keseragaman cara hidup nenek

moyang kita. Permainan tradisional juga dikenali sebagai permainan rakyat. Ada di antara

permainan ini yang sekarang tidak dimainkan lagi tetapi hanya diketahui oleh ibu bapa dan

datuk nenek kita sahaja. Tetapi ada juga yang masih dimainkan lagi oleh kanak-kanak

sehingga hari ini.

3. RASIONAL PROGRAM

Page 3: · Web viewMatlamat program ini dijalankan adalah sebagai platform untuk guru-guru pelatih menerokai serta mempelajari selok-belok pengurusan serta pentadbiran sesebuah pertandingan

3.1 Matlamat program ini dijalankan adalah sebagai platform untuk guru-guru pelatih

menerokai serta mempelajari selok-belok pengurusan serta pentadbiran sesebuah

pertandingan terutamanya berkaitan dengan subjek ini iaitu pengurusan sukan serta

Pendidikan Jasmani.

3.2 Penganjuran program ini adalah memenuhi keperluan yang dikehendaki dalam

silibus subjek PJM3112.

3.3 Disamping itu, program yang sebegini juga akan dapat menerapkan kemahiran-

kemahiran dalam diri masing-masing.

3.4 Selain itu juga, penganjuran program karnival ini dapat menghidupkan kembali minat

dan pengetahuan masyarakat terhadap permainan tradisional dari pelbagai bangsa

yang semakin luput ditelan dek zaman.

4. OBJEKTIF

Dalam penganjuran program yang sebegini juga mempunyai objektifnya yang

tersendiri. Objektif inilah yang ingin diketengahkan dalam penganjuran karnival

ini. Antara objektifnya adalah seperti berikut;

4.1 Mempelajari serta meningkatkan kemahiran pengurusan serta pentadbiran

untuk penganjuran acara ataupun pertandingan.

4.2 Meningkatkan tahap disiplin serta kepatuhan dalam diri setiap peserta.

4.3 Memupuk semangat kerjasama, toleransi serta silaturrahim peserta melalui

penglibatan dalam aktiviti atau acara yang disertai.

4.4 Memperkenalkan dan mempromosikan permainan tradisional di kalangan

generasi akar umbi.

4.5 Mengeratkan hubungan dan silatullrahim di kalangan guru PPG dan Staf IPG.

5. SENARAI PERMAINAN TRADISIONAL DIPERTANDINGKAN5.1 Galah Panjang

5.2 Sepak Raga

5.3        Konda Kondi

5.4 Baling Selipar

6. UNDANG-UNDANG & PERATURAN PERMAINAN.6.1Seperti di lampiran A

Page 4: · Web viewMatlamat program ini dijalankan adalah sebagai platform untuk guru-guru pelatih menerokai serta mempelajari selok-belok pengurusan serta pentadbiran sesebuah pertandingan

7. SENARAI AHLI JAWATANKUASA PELAKSANARujuk lampiran B

8.    TENTATIF PROGRAM (KARNIVAL PERMAINAN TRADISIONAL)

8.00 pagi - Ketibaan peserta dan pensyarah             - Pendaftaran peserta             - Taklimat permainan             - Pembahagian kumpulan           - Sesi Pemanasan Badan (IPG KTAR Exercise)

8.45 pagi        Pertandingan Bermula- Permainan 1 (Baling Selipar)

            - Permainan 2 (Konda Kondi )             - Permainan 3 (Galah Panjang)              - Permainan 4 (Sepak Raga)            12.30 ptg        - Ketibaan tetamu/undangan             - Ucapan penutupan              - Penyampaian Cenderamata            - Penyampaian Hadiah kepada peserta             - Jamuan

1.0 Ptg - Bersurai

9 . PERALATAN DAN TEKNIKALRujuk lampiran D

Page 5: · Web viewMatlamat program ini dijalankan adalah sebagai platform untuk guru-guru pelatih menerokai serta mempelajari selok-belok pengurusan serta pentadbiran sesebuah pertandingan

10. ANGGARAN PERBELANJAAN Anggaran perbelanjaan

Bil PerkaraAnggaran

Harga Seunit

Kuantiti Jumlah

1. Hamper RM15.00 6 RM90.00

2.Peralatan RM5.00 50 RM250.0

0

3.Cenderamata RM 2.00 50 RM100.0

0

4.Barangan Runcit RM220.0

0

5.Makan dan Minum Peserta RM 4.00 60 RM

240.00

JUMLAH RM 900.00

Bagi menjalankan program ini pihak kami memohon sumbangan sebanyak RM 900.00 dari pihak pengurusan

14. JADUAL PERLAWANANRujuk Lampiran F

14. PENUTUP

            Secara keseluruhannya, dapat dirumuskan bahawa projek ini adalah sesuatu yang amat perlu sebagai penambahan ilmu yang bermanfaat kepada guru-guru Program Pensiswazahan Guru (PPG) bagi melengkapkan syarat untuk kumpulan PPG ini mendapatkan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Awal kanak-Kanak dengan Kepujian sebelum mereka menamatkan pelajaran mereka di IPG. Diharap program ini dapat memberi manfaat kepada guru-guru PPG dan dapat membantu dalam menghadapi cabaran-cabaran yang kian mencabar pada masa akan datang.

Page 6: · Web viewMatlamat program ini dijalankan adalah sebagai platform untuk guru-guru pelatih menerokai serta mempelajari selok-belok pengurusan serta pentadbiran sesebuah pertandingan

Disediakan oleh,       Disemak oleh,

………………………………. ...........................................(HASNAH BINTI ABDULLAH) (EN.MOHD RIZAL BIN MOHTAR)Setiausaha Penyelaras Program Mini Karnival Permainan Tradisional Mini Karnival Permainan TradisionalPPG PRASEKOLAH 6.13(B)                         

Disahkan oleh ,

..............................................Cik Azizah Bte Md.AminKetua JabatanPendidkan Jasmani Dan KesihatanIPG Islam Bangi.

Ulasan: ..............................................................................................................................

............................................................................................................................................

............................................................................................................................................

..............

Kertas Kerja Ini diluluskan / Tidak Diluluskan oleh,

………………………………….(TUAN HAJI OSMAN BIN HUSSEIN)Pengarah,Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam

Page 7: · Web viewMatlamat program ini dijalankan adalah sebagai platform untuk guru-guru pelatih menerokai serta mempelajari selok-belok pengurusan serta pentadbiran sesebuah pertandingan

LAMPIRAN B

AHLI JAWATANKUASA

Penaung : Tn.Hj.Osman Bin Hussein

Penasihat : Cik Azizah Binti Md. Amin

Penyelaras : En. Mohd Rizal Bin Mohtar

AJK PROGRAM KARNIVAL PERMAINAN TRADISIONAL

Pengarah Program : Mohd.Solleh Halim Bin Mohd Sokhi

Pen. Pengarah Program : Norhashmah Binti Majuhor

Setiausaha : Hasnah Binti Abdullah

Naib Setiausaha : Mariam Binti Selamat

Bendahari : Norfaezani Binti Katan

Persiapan Tempat / : Nang Noraini Bte Nik Ahmad

Promosi Nurnazatulliza Bte Abas

Hasnah Binti Abdullah

Peralatan : Norhashmah Bte Majuhor

Nadhira Binti Mohamed Arop

Che Nurul Lily Binti Che Mohd Arifin

Cenderamata : Siti Sharmila Bte Mohd.Shariff

Norlela Binti Ahmad Sapian

Jurugambar & : Norfadzillah Binti Abu

Dokumentasi Nismalita Binti Alang Ismail

Izu Hana Zilza Binti Imran

Shazalinda Binti Sharin

Buku Program / : Mariam Binti Selamat

Pendaftaran Ku Noorul Ain Bte Tuan Mat

Norfaezani Binti Katan

Page 8: · Web viewMatlamat program ini dijalankan adalah sebagai platform untuk guru-guru pelatih menerokai serta mempelajari selok-belok pengurusan serta pentadbiran sesebuah pertandingan

Makanan : Normalini Binti Ramli

Siti Dayana Binti Mohd Tap

Pengadilan & : Mohd.Solleh Halim Bin Mohd Sokhi

Penghakiman Norlidyawati Binti Mat Daud

Anizah Binti Osman

Siti Suraida Binti Jamari

Halimatun Saadiah Bte Hassan

LAMPIRAN C

(PERALATAN)

Bil Perkara Kuantiti1. Healer 1 buah2. Papan Markah ( White Board ) 1 buah3. Skitel 10 Buah4. Batang Mop 10 Batang5. Extension Cable 3 Unit 6. Tape 4 Unit7. Selipar Getah 3 Pasang8. Bola Getah 3 Biji9. Wisel 4 Biji 10.

Bola Takraw 2 Biji

Page 9: · Web viewMatlamat program ini dijalankan adalah sebagai platform untuk guru-guru pelatih menerokai serta mempelajari selok-belok pengurusan serta pentadbiran sesebuah pertandingan

Borang penyertaan 

Nama acara/permainan : Galah Panjang (P) Penyelia acara/permainan : Noorlela Bte Ahmad Safian

KUMPULAN 1

BIL NAMA PESERTA NO. KAD PENGENALAN TANDATANGAN

1234

KUMPULAN 2

BIL NAMA PESERTA NO. KAD PENGENALAN TANDATANGAN

1234

KUMPULAN 3

BIL NAMA PESERTA NO. KAD PENGENALAN TANDATANGAN

1234

Page 10: · Web viewMatlamat program ini dijalankan adalah sebagai platform untuk guru-guru pelatih menerokai serta mempelajari selok-belok pengurusan serta pentadbiran sesebuah pertandingan

Borang penyertaan 

Nama acara/permainan : Sepak Raga (L) Penyelia acara/permainan : Mohd.Soleh Halim Bin Mohd Sokhi

KUMPULAN 1

BIL NAMA PESERTA NO. KAD PENGENALAN TANDATANGAN

1234

KUMPULAN 2

BIL NAMA PESERTA NO. KAD PENGENALAN TANDATANGAN

1234

KUMPULAN 3

BIL NAMA PESERTA NO. KAD PENGENALAN TANDATANGAN

1234

Page 11: · Web viewMatlamat program ini dijalankan adalah sebagai platform untuk guru-guru pelatih menerokai serta mempelajari selok-belok pengurusan serta pentadbiran sesebuah pertandingan

Borang penyertaan 

Nama acara/permainan : kONDA (P/L) Penyelia acara/permainan : Noorlela Bte Ahmad Safian

KUMPULAN 1

BIL NAMA PESERTA NO. KAD PENGENALAN TANDATANGAN

1234

KUMPULAN 2

BIL NAMA PESERTA NO. KAD PENGENALAN TANDATANGAN

1234

KUMPULAN 3

BIL NAMA PESERTA NO. KAD PENGENALAN TANDATANGAN

1

Page 12: · Web viewMatlamat program ini dijalankan adalah sebagai platform untuk guru-guru pelatih menerokai serta mempelajari selok-belok pengurusan serta pentadbiran sesebuah pertandingan

234

KUMPULAN 4

BIL NAMA PESERTA NO. KAD PENGENALAN TANDATANGAN

1234

Borang penyertaan 

Nama acara/permainan : Baling Selipar (L/P) Penyelia acara/permainan : Ku Noorul Ain Bte Tuan Mat

KUMPULAN 1

BIL NAMA PESERTA NO. KAD PENGENALAN TANDATANGAN

1234

KUMPULAN 2

BIL NAMA PESERTA NO. KAD PENGENALAN TANDATANGAN

1234

KUMPULAN 3

Page 13: · Web viewMatlamat program ini dijalankan adalah sebagai platform untuk guru-guru pelatih menerokai serta mempelajari selok-belok pengurusan serta pentadbiran sesebuah pertandingan

BIL NAMA PESERTA NO. KAD PENGENALAN TANDATANGAN

1234

KUMPULAN 4

BIL NAMA PESERTA NO. KAD PENGENALAN TANDATANGAN

1234

Borang Keputusan Perlawanan

Nama Acara/Permainan                 : _____________________________

KEDUDUKAN NAMA PASUKAN/KUMPULAN CATATAN1234

Nama Acara/Permainan                 : _____________________________

KEDUDUKAN NAMA PASUKAN/KUMPULAN CATATAN1234

Page 14: · Web viewMatlamat program ini dijalankan adalah sebagai platform untuk guru-guru pelatih menerokai serta mempelajari selok-belok pengurusan serta pentadbiran sesebuah pertandingan

Nama Acara/Permainan                 : _____________________________

KEDUDUKAN NAMA PASUKAN/KUMPULAN CATATAN1234

Nama Acara/Permainan                 : _____________________________

KEDUDUKAN NAMA PASUKAN/KUMPULAN CATATAN1234

LAMPIRAN A

UNDANG-UNDANG DAN CARA PERMAINAN

KONDA-KONDI

Peralatan yang diperlukan adalah terdiri daripada dua batang kayu kecil berukuran, l5cm dan 30cm panjang. Kedua-dua batang kayu ini berbentuk bulat dan berukuran 2cm garis pusat. Kayu yang pendek dipanggil anak dan yang panjang dipanggil ibu. Lubang sedalam 15cm juga dikorek bagi meletakkan kayu panjang.

Undian secara 'wan to som' dijalankan bagi membentuk pasukan dan menetapkan pasukan mana yang harus memainkan terlebih dahulu.

Permainan Pertama

Pemain pertama memulakan permainan dengan meletakkan kayu pendek melintang lubang, kayu panjang digunakan untuk menguis kayu pendek itu supaya melambung ke udara, setelah itu kayu panjang diletakkan semula melintang lubang sementara itu, ahli pasukan lawan hendaklah cuba menyambut kayu pendek yang dikuis oleh pemain itu sebelum jatuh ke tanah. Jika pasukan lawan berjaya berbuat demikian, semua pemain daripada kumpulan yang sedang bermain itu dikira mati. Permainan akan diambil alih pula oleh pasukan lawan, tetapi jika pasukan lawan gagal menyambutnya, mana-mana ahli hendaklah membalingkan kayu pendek masuk ke dalam lubang ataupun mengena kayu panjang.

Page 15: · Web viewMatlamat program ini dijalankan adalah sebagai platform untuk guru-guru pelatih menerokai serta mempelajari selok-belok pengurusan serta pentadbiran sesebuah pertandingan

Jika kayu itu masuk ke dalam lubang atau pun terkena kayu panjang yang diletakkan melintang tadi, cuma pemain itu sahaja yang dikira mati. Sebaliknya, jika kayu yang dibaling oleh pemain lawan itu tidak mengenai lubang atau kayu panjang itu, pemain tersebut boleh mendapatkan mata dengan mengira jarak kayu itu jatuh dari lubang. Satu jarak kayu panjang dikira satu mata.

Permainan Kedua

Pemain tadi akan mengambil kayu pendek dan melambungkan ke udara, kemudian memukulnya kuat dengan kayu panjang. Dia diberi peluang sebanyak tiga kali jika pukulan pertama atau keduanya tidak kuat.

Sekali bagi pemain lawan cuba menyambut jika tidak berjaya. Pemain tadi boleh mendapat mata, dengan kiraan yang sama. Mata yang diperoleh dicampur dengan mata daripada langkah pertama tadi.

Permainan Ketiga

Seterusnya, pemain beralih kepada langkah ketiga yang dipanggil patuk ular. Pemain menyandarkan kayu pendek di tepi lubang, kemudian mengetuk hujung kayu pendek itu dengan kayu panjang. Jika pukulan dibuat dengan baik, kayu pendek akan melentik ke udara. Pemain itu hendaklah bersedia untuk memukul kayu pendek itu sebelum jatuh ke tanah, dengan menggunakan kayu panjang. Tempat kayu pendek itu jatuh dikira mata, iaitu mengiranya dengan menggunakan kayu panjang, kiraan mata tetap sama seperti sebelumnya. Pasukan yang mempunyai mata tertinggi memenangi perlawanan ini.

GALAH PANJANG

Cara permainan galah panjang tidaklah sesukar mana tapi ia dapat menguji kepintaran, kecekapan dan kepantansan setiap pemain.

1. Gelanggang galah panjang di lakar diatas tanah yang lapang. Panjang dan lebar bergantung kepada pelukis garisan dan bilangan pemain. Selalunya satu petak galah panjang berukuran lebih kurang 2 meter x 1.5 meter.

2. Selepas pemilihan dilakukan, setiap kumpulan akan melakukan pemilihan ketua. Ketua dari kedua-dua kumpulan akan mengundi siapa yang menjaga gelanggan dan siapa yang menempuh gelanggang.

3. Selepas penentuan, kumpulan yang menjagaa gelanggang akan menjaga gelanggang dengan berpijak diatas garisan yang dilukis tadi. Ketua akan menjaga garisan tengah dan bebas pergi kemana-mana garisan depan atau belakang.

Page 16: · Web viewMatlamat program ini dijalankan adalah sebagai platform untuk guru-guru pelatih menerokai serta mempelajari selok-belok pengurusan serta pentadbiran sesebuah pertandingan

4. Kumpulan menempuh gelanggang akan berkumpul di depan, seterusnya ketua akan menyapakan tanganya dengan ketua pihak lawan. Seterusnya merka belari masuk ke dalam gelanggang.

5. Penjaga akan mejaga kawasannya agar pihak penempuh tidak melepasi garisan yang dijaganya.

6. Penempuh akan menempuh sampai melepasi garisan paling akhir tanpa disentuh oleh penjaga gelanggang dan kemudiannya berpatah balik.

7. Kemenangan tercapai apabila orang yang telah melepasi garisan paling akhir melepasi garisan permulaan. Dan permainan diteruskan sehingga ada pemain yang ingin berhenti.

Syarat permainan

1. Jika penjaga gelanggang dapat menyentuh anak buah, maka anak buah akan mati atau tamat gilirannya bermain dan dikehendaki keluar gelanggang.

2. Jika penjaga gelanggang menyentuh ketua, maka seluruh ahli penempuh akan tamat giliran dan akan bertukar giliran antara penjaga dan penempuh.

SEPAK RAGA

Cara Bermain

Permainan ini dimulakan dengan salah seorang pemain melambung bola kepada rakannya dengan tangan. Rakannya itu akan menimang bola itu dengan kakinya sekali atau beberapa kali, sebelum menendangnya ke arah pemain lain. Pemain-pemain yang membentuk lingkungan atau bulatan itu mestilah bergilir-giliran menimang bola itu dan mengawalnya supaya tidak jatuh ke bumi. Jika bola itu jatuh, permainan dalam pusingan tersebut ditamatkan.

BALING SELIPAR

Peralatan yang diperlukan adalah 3 pasang selipar. Dan 1 lagi selipar untuk membaling atau menjatuhkan susunan selipar tersebut (seperti dalam rajah) .  Pemain pertama daripada kumpulan utama memulakan permainan dengan cara membaling 1 selipar ke arah selipar yang telah disusun. Setiap pemain dibenarkan membuat 3 kali lontaran untuk menjatuhkan kesemua selipar.

Pemain kedua dari kumpulan utama boleh menyambung permainan dengan melontar bola bagi menjatuhkan baki selipar yang ada.Jika kesemua selipar berjaya dijatuhkan, maka pemain kumpulan kedua berusaha mematikan lawannya dengan membuat balingan bola dan disasarkan ke arah anggota badan kumpulan utama.Satu mata

Page 17: · Web viewMatlamat program ini dijalankan adalah sebagai platform untuk guru-guru pelatih menerokai serta mempelajari selok-belok pengurusan serta pentadbiran sesebuah pertandingan

diberikan jika pemain kumpulan utama berjaya menyusun semula kesemua selipar tersebut.

LAMPIRAN F (JADUAL PERLAWANAN)

BALING SELIPAR & KONDA KONDI

SEPAK RAGA & GALAH PANJANG

KUMPULAN 1

KUMPULAN 3

KUMPULAN 4

KUMPULAN 2

JOHAN A

JOHAN B

PERLAWANAN 1

KUMP 1 LWN KUMP 3

Page 18: · Web viewMatlamat program ini dijalankan adalah sebagai platform untuk guru-guru pelatih menerokai serta mempelajari selok-belok pengurusan serta pentadbiran sesebuah pertandingan

PERLAWANAN 2

KUMP 2 LWN KUMP 1

PERLAWANAN 3

KUMP 2 LWN KUMP 3

AKHIR

JOHAN LWN N.JOHAN